Pemimpin-pemimpin UMNO sepatutnya mencari pemimpin gantian kepada kepimpinan Najib dan jalan yang terbaik ialah dengan memberikan sokongan kepada Deklarasi Rakyat yang di umumkan pada 4hb yang lepas. Kita bukan tidak tahu yang ramai dikalangan pemimpin-pemimpin UMNO sekarang amat susah untuk mempertahankan Najib kerana Najib sekarang berada dalam keadaan yang tidak boleh dipulihkan lagi imej dan kredibilitinya sebagai pemimpin utama negara.
Mahu tidak mahu Najib wajar
bersara untuk menyelamatkan Malaysia dan memilih untuk menentang Deklarasi
Rakyat itu adalah penentang terhadap UMNO itu sendiri. Mereka yang menyokong Deklarasi Rakyat itu merupakan kumpulan yang berusaha hanya untuk menggulingkan
Najib dan bukannya untuk menjatuhkan kerajaan seperti tuduhan ramai ahli-ahli kabinet
dan pemimpin pemimpin yang berada dalam Majlis Tertinggi.
Tentulah jika berjaya Deklarasi Rakyat itu dan Najib dapat diketepikan tentulah penggantinya dari pemimpin UMNO
yang berwibawa dan bukankah itu memudahkan UMNO untuk memulihkan imejnya dimata
rakyat. UMNO itu tidak sepatutnya dipandang rendah tetapi oleh kerana parti itu
dipimpin oleh seorang yang tidak boleh dipercayai maka UMNO itu sendiri
menanggung beban keyakinan dimata rakyat.
Kita faham dalam kabinet itu
sendiri ramai yang tidak berkeyakinan dengan Najib tetapi oleh kerana takut usaha untuk
menumbangkan Najib itu tidak berjaya mereka merasakan yang mereka akan
terkorban dan hilang mata pencarian mereka, kerana memegang jawatan dalam
kerajaan dan kabinet itu mereka anggap sebagai tempat mencari makan.
Dalam situasi sekarang sesiapa
yang berani menentang Najib itulah yang akan menjadi pemimpin masa depan negara.
Telah dibuktikan oleh sejarah pemimpin yang berani sahaja yang akan menjadi
pemimpin yang baik dimasa depan sesebuah negara. Jika tidak mereka akan
menjadi yang lemah fikiran seperti Najib Razak yang kita ada sekarang
ini.
Tidak sepatutnya sesiapa
menafikan yang kita wajar mempunyai politik baru dan pentadbiran yang baru
dengan dasar-dasar yang baru yang realistik dan praktikal untuk rakyat dan
negara. Pemimpin itu wajar mempunyai kualiti teknokrat dan telah menunjukkan
bukti tentang kemampuan pemimpin itu.
Memilih pemimpin yang tepat dan betul adalah lebih penting dari
menumbangkan Najib kerana jika pilihan tidak betul menumbangkan Najib itu tidak
akan membawa apa-apa faedah.
Menggugurkan Mahathir dari
jawatan penasihat Petronas tidak sepatutnya berlaku kerana jika perjuangan
Mahathir dan penyokongnya berjaya yang akan beruntung ialah UMNO itu sendiri.
Maka pada hakikatnya Mahathir dan sesiapa yang menyokong dan bersimpati dengan
perjuangan beliau itu, ialah UMNO itu sendiri. Lain-lain perkataan Mahathir
sebenarnya adalah dalam usaha menumbang untuk memperkuatkan UMNO dan menjadikan
parti itu menjadi parti yang selayaknya memimpin negara.
Menyokong Najib itu merupakan
tindakan meruntuhkan UMNO dan kerajaan. Maka hakikat disebaliknya menyokong dan
mempertahankan Najib itu adalah adalah tindakan melemahkan UMNO.
Deklarasi Rakyat itu nampak jelas yang UMNO hanya boleh dipulihkan dan diperkuatkan dengan sokongan pihak-pihak lain seperti pihak pembangkang dan NGO-NGO yang sedar betapa pentingnya pimpinan UMNO itu di juarai oleh orang UMNO yang lain.
Deklarasi Rakyat itu nampak jelas yang UMNO hanya boleh dipulihkan dan diperkuatkan dengan sokongan pihak-pihak lain seperti pihak pembangkang dan NGO-NGO yang sedar betapa pentingnya pimpinan UMNO itu di juarai oleh orang UMNO yang lain.
Pandangan saudara Aspan selari dengan hasrat dan niat Mahathir, iaitu ganti Najib dengan pemimpin umno lain supaya umno kembali kuat dan memerintah Malaysia dampai kiamat.Maka dinamakanlah cita2 tersebut sebagai Deklarasi Rakyat'. Sepatutnya dokumen tersebut lebih tepat dipanggil Impian Mahathir, kerana rakyat tidak mahu lagi umno kuat , sebaliknya kerajaan BN yang ditunjangi umno perlu dijatuhkan dan pentadbiran negara dukendalikan oleh parti politik atau gabungan parti2 selain umno. Menggantikan Najib saja tidak akan mengubah sistem yang telah punah kerana hanpir semua pemimpin umno diwujudkan mengikut acuan satu tuang. Tuang tersebut adalah ciptaan Mahathir sendiri yang adunannya mempunyai ciri2 penting seperti tamak,tikam menikam sesema sendiri untuk jawatan, kronisma, salahguna kedudukan, korupsi dan lain2 sifat mazmumah. Natijahnya, carilah satu orang pemimpin umno hari ini yang bersih dari sifat2 tersebut.Mahathir sendiri telah menyatakan dalam umno dah tak ada orang cerdik, orang2 pandai dah lari masuk Pas, masuk PKR. Kalau pun ada yang cerdik dalam umno seperti yg lulus oxford, yang punya CPGA 4.0 suasana dan budaya dalam parti tersebut melenyapkan intelectuality mereka dan menukar mereka menjadi individu moron dan terencat otak. Harapan rakyat hanyalah dua, samada menumbangkan kerajaan umno/bn dalam pru14 atau cuba memberi nasehat dan teguran kepada Najib dan pemimpin2 umno supaya berubah kepada kebaikan demi masa depan rakyat dan negara. Bak kata titah DYMM Yang DiPertuan Agung, rakyat tidak mahu lagi disibukkan dengan politik ancam mengancam dan jatuh menjatuh masa genting ini hingga kerajaan lupa tanggungjawab dan keupayaan mereka untuk melaksanakan tindakan2 baikpulih bagi kebaikan rakyat kerana tenaga mereka habis terpakai untuk menepis ancaman ke atas kuasa dan kedudukan mereka.Biarlah penentuan dibuat pada PRU14 yang akan diadakan hanya dua tahun saja lagi. Sepatutnya Deklarasi Rakyat kelmarin lebih memfokuskan mengajak dan menasehati Najib cara2 memperbaikki pentadbiran dan mengelolakan ekonomi negara supaya dapat keluar daripada kemelut yang sedang dihadapu oleh rakyat dan negara.
ReplyDeletedear sir,indeed we need someone to bring our country again to where once she was admired by friend and foe.who do you reckon to fill the blank;a nation builder or a revolutioneer?
ReplyDelete
ReplyDeleteAhli UMNO kata , 'ada aku kisah ' yang hanchur UMNO bukan aku .
Tak guna bercakap dengan orang yang pekak , dahlah pekak bebal pulak .
Kobou Den ,kalau Den cakap pon bolih paham .
Kita perlukan pemimpin yang mempunyai integriti dan bermaruah dan bertanggung jawab. Pilihan raya adalah untuk dapatkan mandat rakyat tetapi tidak bermakna pemerintah bolih buat sesuka hati sehingga PRU14 . Dalam tempoh 5 tahun memerintah kita dapati EXCO bertukar ,Menteri bertukar ,Timbalan Perdana Menteri bertukar ,pengerusi2 berbagai badan kerajaan bertukar tetapi PM kekal dan tidak bolh ditegur jika ditegur assalamualaikum jika memegang apa2 jawatan untuk duduk diam2.
ReplyDeleteTindakan yang dibuat olih TDM sebenarnya adalah untuk selamatkan negara dan juga UMNO lanjutan dari kelemahan dan permasaalahan peribadi pucuk pimpinan. Kejatuhan harga minyak rakyat bolih terima kerana ianya bukannya berpunca dari kelemahan peribadi . Kemasukan rm2.6 bilion kedalaman bank akaun peribadi rakyat tak bolih terima apatah lagi berbagai alasan yang tak diterima akal diatas jenis bentuk penerimaan jumlah tersebut . Sebenarnya rakyat berterima kasih kepada TDM dan kumpulannya sanggup berkorban untuk rakyat sungguhpun sungguhpun kita tahu TDM dan kumpulannya dah cukup selesa dalam kehidupannya .
Rakyat menyedari bahawa penyelesaiannya ialah melalui pilihan raya tetapi keadaan dah terlalu mendesak yang perubahan pucuk pimpinan perlu dibuat sekarang demi menjaga negara . Tindakan memecat TDM dari berbagai jawatan akan menambahkan lagi kebencian rakyat kepada UMNO tetapi kepada TDM dah dijangka dan tidak ada masaalah.....Kalau pilihan raya dibuat sekarang saya yakin UMNo akan tumbang kerana Umno dah tak ada apa2 modal lagi nak yakinkan rakyat . Kita tahu BN diPRU 13 menang atas perkiraan parlimen tetapi kalau perkiraan undi individu UMNO dah jadi pembangkang . Ini namanya angkuh kerana dah tahu kelemahan2 tetapi buat masaalah lagi dan berkeras dengan rakyat supaya mandat PRU 13 dikekalkan hingga PRU 14 .
Rakyat tidak lagi dihiraukan sungguhpun mereka naik atas undi rakyat kerana pemimpin khasnya UMNO sedang memikirkan dan mengutamakan matlamat dan keselamatan peribadi lebih penting dari negara dan rakyat . Sekarang ni dah nampak jelas yang rakyat dah tak mahu tengok muka wakil rakyat mereka kerana tak bolih harap dan memalukan....
Rakyat sangat2 berharap supaya pemimpin UMNO bersuara supaya mengikut usaha yang dibuat olih TDM . Akhbar hari ini terdapat komen orang politik atasan macam mana pemerintah yang bersara bolih kerjasama dengan pembangkang . Itu adalah fikiran sempit pemimpin UMNO yang utamakan matlamat peribadi mengatasi matlamat negara jika dibiarkan nasi akan jadi bubur.....
Mungkin pemimpin atasan UMNO masih merasa konfiden dengan peluang memenangi PRU akan datang. Jika mereka meneliti trend PRU sejak 2004 mereka mungkin akan merasa takut sedikit.
ReplyDeletePRU 2004. BN menang besar PRU dengan landslide
PRU 2008 BN hilang 2/3 setelah Tun Dr.M mengumum keluar UMNO
PRU 2013 BN hilang 2/3 dan hilang majority dibawah pimpinan najib
PRU 2018 apa keputusan PRU nanti ? Bukan saja Tun Dr.M keluar
UMNO bahkan bergabung dengan beberapa pemimpin atasan
parti UMNO dan pembangkang dalam usaha menyuruh najib
meletak jawatan sebagai PM