28 June 2016

Malangnya Malaysia ini

Tindakan Naib Ketua UMNO Bahagian Semporna berserta dengan ketiga-tiga Ketua Sayap parti dan 300 Ketua cawangan keluar parti semalam merupakan tanda-tanda yang nyata bahawa Najib sudah tidak dapat mengawal UMNO itu lagi. Tetapi itulah tindakan yang patut Najib lakukan dengan memecat serta menggantung pemimpin UMNO yang tidak beserta untuk membantu beliau melindungi kejahatan yang beliau lakukan selama ini.

Bagi Najib mengkritik beliau untuk kebaikan parti itu adalah haram pada kemahuan beliau. Najib sedang berada dalam keadaan yang sangat getir kerana beliau tahu dan sedar yang beliau tidak boleh menutup semua onak yang beliau lakukan. Segala-galanya semakin hari semakin jelas yang beliau merupakan seorang pemimpin yang sudah hilang rasa hormat ahli-ahli terutamanya diperingkat akar umbi.

Semasa Dr Mahathir memecat Anwar Ibrahim, Timbalannya dahulu, tidak ada reaksi yang begini buruk yang menyusuli pemecatan itu tetapi dalam isu yang mutakhir ini ia amat jelas Najib sudah hampir kepenghujung hayatnya sebagai pemimpin utama negara. Beliau mungkin boleh memulas tangan beberapa orang pemimpin tetapi Najib tidak dapat memulas perasaan yang membara terhadap beliau dan tindakan keluar UMNO beramai-ramai ini merupakan petanda yang hampir pasti yang Najib hanya boleh memimpin kelompok beliau sahaja dan tidak mampu menguasai perasaan dan sokongan yang ramai di kalangan ahli-ahli parti itu.

Jika beliau tidak disegani oleh ahli-ahli UMNO sendiri bagaimana beliau mahu mendapatkan rasa hormat rakyat jelata yang ramai? Kita tidak pasti samada berita yang ramai lagi ketua-ketua cawangan seluruh negara akan keluar UMNO tetapi mood yang ada pada hari ini nampaknya tidak memberikan UMNO harapan untuk pulih seperti sedia kala selagi Najib masih mentadbir parti pemerintah itu.

Husni Hanadzlah, salah seorang dari ahli kabinet beliau, telah mengambil keputusan untuk melepaskan semua jawatan parti setiap peringkat dan jawatan beliau dalam kerajaan semalam, dan ini merupakan satu lagi indikasi yang amat buruk bagi UMNO terutamanya kepada Presidennya Najib Tun Razak. Tetapi Najib tetap merasakan yang beliau masih kuat dan tidak ada apa-apa dan sesiapa yang boleh mengenepikan beliau. Beliau mempunyai muka yang selamba dan berpura-pura dalam hidup kepimpinan beliau. Beliau tidak dapat lagi membuat keputusan yang matang dan bertindak secara berhemah dalam usaha mempertahankan jawatan yang amat beliau sayangi itu.

Najib sudah tidak ada masa untuk mentadbir kerajaan kerana segala tenaga dan usahanya ialah untuk mempertahankan jawatan sebagai Perdana Menteri sahaja. Tetapi apa pun alasan yang beliau berikan diatas tindakan beliau memecat Muhyiddin dan Mukhriz serta menggantung jawatan Shafie Apdal itu sudah cukup untuk membuktikan yang Najib sudah begitu ‘desperate’ dalam menghadapi kemelut yang menghadapi negara dan UMNO serta BN sekarang ini. Tindakan beliau mutakhir ini adalah tindakan terdesak dan kita sudah pasti yang negara tidak akan berada dalam keadaan stabil lagi. Beliau boleh menyalahkan pembangkang tetapi beliau mesti soal dirinya apa yang menyebabkan pembangkang mampu untuk menggugat kepimpinannya.

Bagaimana beliau mahu mendapatkan sokongan pembangkang dan rakyat ramai sedangkan ahli-ahli serta pemimpin UMNO sendiri tidak lagi segan silu untuk keluar parti secara terbuka. Jika semasa pilihanraya lebih sejuta ahli UMNO memangkah pembangkang sekarang ini ahli-ahli UMNO berani keluar parti secara terbuka.

Bagi saya tindakan ramai ahli-ahli UMNO keluar parti ini adalah tindakan yang tidak bersalahan dengan keadaan negara sekarang. Ramai berpendapat tidak ada apa-apa lagi dalam UMNO kerana semua ‘attribute’ UMNO itu sudah luntur dan tidak wujud lagi selain dari tinggal namanya sahaja.

UMNO itu wujud untuk mempertahankan negara tetapi UMNO sekarang berada dalam keadaan sebagai sebuah parti yang membiarkan pucuk pimpinan melakukan tindakan ‘treason’ dan mensabotaj negara. UMNO tidak lagi parti untuk kepentingan negara tetapi UMNO sudah semakin jelas sebagai sebuah parti yang memusuhi negara. Apa tidaknya? UMNO kini sedang menyokong pemimpin yang melakukan rasuah yang tidak terhingga besarnya jika dibandingkan dengan rasuah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin rasuah di negara-negara lain. Skandal kewangan yang berlaku dibawah pentadbiran Najib sekarang ini merupakan skandal kewangan yang terbesar dalam sejarah dunia.

Suharto dikatakan rasuah, Ferdinand Marcos dianggap rasuah dan ramai lagi pemimpin dunia dianggap rasuah tetapi rasuah mereka adalah jauh lebih kecil dari yang dituduh dilakukan oleh Najib dan kroni beliau. Malahan ada yang beranggapan rasuah yang dilakukan oleh Suharto dan Marcos dicampurkan sekali jauh lebih kecil dari apa yang sudah dilakukan oleh Najib.

Apa rupa nasib rakyat Malaysia selepas ini sama-sama kita perhatikan dan tengok secara serius. Kita akan terdampar dalam kerosakan dan semuanya ini akan dirasai oleh rakyat. Tidak payah kita fikirkan nasib anak dan cucu kita sekarang ini, kerana nasib kita dan generasi kita pun sudah tidak terjamin lagi.

Kita sudah sampai diambang kehancuran budaya dan tamaddun. Bagaimana sejarahwan menulis tentang Najib ini tidak dapat kita bayangkan. Yang pasti tidak ada dikalangan sejarahwan akan menulis tentang apa yang baik yang Najib telah lakukan.

Malangnya negara kita ini. Apakah hikmah yang kita akan perolehi, tidak dapat dibayangkan lagi oleh sesiapa.

11 comments:

  1. Dtk Rahim, Kuala Lumpur28 June 2016 at 09:31:00 GMT+8

    AA

    I am sure you remember how Tun Dr Ismail and Jaafar Albar resigned when they were at odd with Tunku on Singapore separation issu.

    Husni is resigning based on something to the effect. He resigns because he couldn't tolerate the pranks of Najib and gang. His resignation is a manifestation of his frustrations and disagreements with this corrupt Najib.

    I hope many more manifestations will emerge soon. Najib has got to go tuan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. I beg to differ. It a manifestation of not properly rewarded was the reason for husni resignation. After taking all the shit created by najib, i am sure he felt that he should be handsomely rewarded. EPU Minister is not good enough for him. If Husni is such a principled politican, he would have resigned long time ago. He is still one of them. Do not potray him as being otherwise.

      Arcadia

      Delete
  2. Assalamualaikum..
    Impian Tun M utk jadikan Malaysia sebagai negara maju pada 2020 HANCUR BERKECAI. Malaysia sekarang ketinggalan 30 tahun dibelakang USA. Rakyat Malaysia bersiap sedia utk hadapi sebarang kemungkinan dlm pergolakkan pentadbiran Malaysia. Pemimpin sudah gila kuasa, tamak, memperbodohkan keseluruhan rakyat. Kini semua rakyat sudah pun jadi bodoh dan makin mudah utk pemimpin bermaharajalela utk lakukan apa sahaja. Tiada siapapun yg boleh melawan arahan pemimpin hukumannya amat dasyat. Zaman Hitler kini berlaku diMalaysia. INILAH SUMPAH TERHADAP MALAYSIA DIAMBANG KEHANCURAN.

    ReplyDelete
  3. Tengok muka peguam negara bukan shj nak ketawa, perasaan geram, marah, sakit hati... macam-macam lak jadinya. Jadi betullah amat malang Malaysia sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok muka peguam negara Pandi oink oink macam2 rasa ada. Rasa nak terajang pun ada.

      Delete
  4. apart from being 'naughty' ,najib's academic performance has never been 'stirling' when he was studying in d UK. this was told 2 me by my colleague arwah pak wan baharudin when I was serving as n education attache in London from 1975 2 1980.

    his contd rise in politics has always been guided n protected. I consider his golden yrs was when he was helming d min of defense where soldiers' wellbeing was appropriately addressed.

    he was not rich. in d ge 2004 he personally appealed 2 our company 4 assistance.

    sad 2 sy that after becoming PM he got himself dragged into a 'get rich' scheme by allowing d Chinese lad 2 run riot n conning him along d way.

    he has found himself in d deep end of d pit n is struggling 2 xtricate himself.

    sadly his epitaph may sound like this " a statesman in d making that lost his way due 2 greed"

    sad ! very sad indeed !!!.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bersetuju dgn tuan tentang Najib membiarkn dirinya dipergunakan oleh budak cina itu kerana greed dan tidak cerdik. Kalau kata Najib diperbodohkan oleh budak cina itu sehingga Najib mengikut setiap arahannya untuk guna kemudahan kerajaan supaya 1MDB boleh pi berhubung merata dunia, kemudian dicuri oleh budak cina ini pun tepat.

      Jika laporan bahawa Kerajaan perlu membayar USD 6.5B kpd pihak Abu Dhabi oleh mahkamah timbangtara london ini benar sebelum 11/7 ini benar - kita nak tunggu tengok camne Najib nak cekau duit untk membayar.

      Yang menariknya hutang USD 6.5 B ini adalah duit yang ditolong dahulukn oleh pihak Abu Dhabi untuk membayar komitmen hutang 1MDB yg xboleh dibayar oleh 1MDB da Najib xmau menggunakn duit kerajaan membayarnya kerana ia akan menimbulkan kemarahan rakyat malaysia. Jadi pihak abu dhabi telah dijadikn si tolol untuk memikul beban najib. Sudahkah abu dhabi dijadikn si tolol, najib lun xmo bayar duit yg abu dhabi bagi pinjam untuk tolong dua tersepit....

      Bat8

      Delete

  5. Orang Melayu terkenal dengan sifst "redha" dan apa yang belaku sekarang diluar jangkuan kemampuan mereka untuk memulihkanya .

    Redha sahaja lah !.

    ReplyDelete
  6. On this day at restaurant kepala ikan pen-mutiara bt.maung in 2015 husni already hint out that he is leaving the cabinet...

    ReplyDelete
  7. Husni is a person with integrity because he refused to cooperate with some one who has taking advantage Of his position. Lets wait and see whether any more minister want to be person with"Integrity " or remained hopeless .

    ReplyDelete
  8. ada juga persamaan diantara najib dan Tun M...
    namun ianya sama tapi tak serupa.
    sama : keduaduanya ingin menaikkan nama Malaysia
    (to be ahead of other nations inthe world)
    Tak serupa : Tun M... memajukan Malaysia, mengharumkan nama Malaysia
    (dikenali dan disegani dunia..baik negara atau pemimpinnya)
    Najib.. memundurkan / Mengundurkan Malaysia, busukkan nama
    Malaysia aka Most corrupted nation / leader in the world?
    Rating : Najib 'Won' : he writes history in America / world???
    clap...clap...clap...!!!

    ReplyDelete