Sesungguhnya PM Najib sudah sampai waktu untuk berundur.
Terlalu banyak masalah yang beliau lakukan terhadap banyak manusia termasuk
seluruh rakyat Malaysia. Dalam transaksi yang 1MDB lakukan seluruh dunia banyak
orang dan pegawai-pegawai bank yang terlibat dengan kerja kotor 1MDB anjuran
Najib telah di buang kerja dan setengahnya sedang menghadapi undang-undang di
negara masing-masing
Rakyat sangat susah kehidupan mereka sekarang ini tetapi
dalam masa yang sama kita melihat dan mendengar Jho Lo dan sekutunya dari
negara Arab sedang berpoya-poya di seluruh dunia dengan hasil yang mereka
dapati secara haram dari rakyat kita. Tidak akan berlaku perkara ini jika Najib
yang mempunyai seluruh kuasa dan pengaruh dalam 1MDB itu tidak bersekongkol
dengan mereka yang merompak dan menyamun khazanah negara kita ini.
Rakyat Malaysia telah dan masih
membayar segala tindakan berpoya-poya kumpulan ini dan dalam masa yang sama
sedang berhempas pulas menyambung hidup mereka dalam kesusahan. Jho Lo dengan
sekutu sekutunya di negara Arab berpoya-poya tetapi yang membayar harga mereka
berpoya itu adalah rakyat Malaysia.
Najib perlu berhenti dengan cara
baik. Kata orang biar jatuh terduduk dari terhempas. Kita perlu ingat dosa-dosa
yang kita lakukan akan berpindah kepada anak-anak dan keturunan kita jika kita
tidak sempat bertaubat sebelum mati.
Elok Najib berundur sekarang.
Jika berundur sekarang ini setidak-tidaknya pemergiannya akan nampak belakangnya
seperti beliau datang dahulu yang kita nampak mukanya. Tinggalkan lah kebaikan
buat kali pertamanya dan janganlah biarkan rakyat menderita dalam kesusahan.
Najib perlu insaf diatas segala
kemungkaran yang beliau lakukan dan hentikanlah menyalahkan orang lain kerana
kesalahan diri sendiri. Jangan menganggap orang yang mengkritik secara terbuka
itu musuh yang ketat kerana musuh saudara yang sebenarnya berada disisi saudara
sendiri dalam kabinet itu.
Dr Mahathir dan lain-lain itu
adalah musuh saudara yang nyata tetapi yang lebih bahaya ialah musuh yang
sama-sama dalam kabinet dan kerajaan yang beliau pimpin. Harimau yang mengintai
dan menghendap itu lebih merbahaya dari singa yang datang secara berdepan.
Dalam perhimpunan yang sedang
berjalan sekarang ini Najib sepatutnya nampak yang beliau sudah tidak
dikehendaki lagi. Mereka hanya menunggu waktu untuk menerkam. Usahlah percaya
kepada sesiapa yang menunjukkan sokongan yang melampau seperti janjikan sokongan
seratus satu peratus dan sebagainya.
Janganlah sudah terantuk baru
hendak tengadah. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya.
Umur dah panjang, takkanlah masih tidak faham yang saudara telah ditolak oleh
sebahagian besar rakyat termasuk mereka yang menghadiri perhimpunan agong Umno
itu.
Sangat2 setuju. Harimau yg mengintai dn menghendap itu lebih merbahaya dr singa yg dtg cara berdepan.
ReplyDeleteTak.larat dah....tunggulah pru14 nanti.tu.pun.klu.pengundi.tak.makan rasuah dan.buka.mata.
ReplyDeletehttps://telcogila.wordpress.com/2016/12/02/patut-kah-ceo-celcom-bukan-melayu/
ReplyDeleteSetelah berbelas tahun CEO Celcom orang Melayu, hari ini GLC kerajaan ini ada CEO baru dari Jerman.
jangan malukan harimau. Harimau haiwan gagah dan berani. Mereka itu lebih layak diumpamakan seperti sekumpulan dubuk yang sedang menunggu peluang membaham mangsa yang leka.
ReplyDeleteJika melayu yang undi UMNO itu cerdik maknanya melayu yang tidak undi UMNO itu bodoh....
ReplyDeleteJika melayu yang tidak undi UMNO itu cerdik maknanya melayu yang undi UMNO itu bodoh....
Maknanya, ramainya melayu yang bodoh berbanding bukan melayu...
Bahkan melayu yang bodoh lebih ramai dari bukan melayu yang bodoh....
Makhluk perosak yang masih di
ReplyDeletepuja akibat makan dedak