Saya telah memberikan pandangan
kepada rakan-takan fb semalam tentang budaya dan kepercayaan yang kita
selalunya tidak akan menggunakan lagi pinggan, cawan atau piring yang telah
sumbing dan retak seribu. Jika kita dihidangkan makanan dengan pinggan mangkok
yang sumbing ia menunjukan betapa kurang sopannya atau dhaifnya kita tentang
adab dan budaya bukan sahaja kepada kaum Melayu malahan kepada banyak bangsa
dan kaum di dunia ini.
Setengahnya percaya bahawa jika
kita menggunakan pinggan mangkok yang sumbing dan retak seribu itu ia akan
membawa sial dan berbagai-bagai lagi yang tidak baik untuk kita semua.
Kesemua yang memberi respons itu
bersetuju dengan pandangan saya itu, malahan ada yang memberikan bukti
keyakinan mereka dengan mengeluarkan hadith Muhammad saw yang mencegah kita
menggunakan pinggan mangkok yang sumbing itu. Kata mereka yang sumbing dan
retak seribu itu patut di buang sahaja dan jangan digunakan lagi.
Yang lebih menarik lagi ada yang
memberikan pandangan apa sahaja yang sudah retak dan sumbing itu kita patut
jauhi nya termasuk lah parti-parti politik yang sedang menghadapi keretakan dan
sumbing itu.
Keseluruhan komen dari peminat
politik yang memberikan respons itu rata-rata berpendapat yang Umno sudah retak
dan menunggu pecah sahaja. Malahan sumbingnya Umno itu sudah lama kelihatan dan
semakin jelas hari demi hari. Terlalu banyak puak dan kem dalam parti itu
sekarang ini. Di sana sini ada retak dan sumbingnya.
Sesungguhnya Najib akan
menghadapi masalah keretakan dalam parti pimpinannya hasil dari rasa tidak yakin terhadap kepimpinan Najib dikalangan pemimpin-pemimpin setiap peringkat dalam parti itu sekarang. Semuanya sedang menjolok Najib agar jatuh dan mereka akan berebut untuk mendapatkan buah yang
dijolok mereka itu. Ramai yang tidak tahu yang menjolok itu tidak akan dapat
menyambut buahnya.
Akhirnya ramailah yang
berpendapat yang parti itu tidak akan dipakai lagi oleh orang yang memahami
hakikat yang retak seribu dan yang sumbing itu seharusnya dibuang dan jangan
di dekati lagi.
Yang sumbing itu akan pecah dan
yang retak itu akan jatuh berderai. Telah diyakini oleh banyak pihak termasuk yang berada dalam Umno itu sendiri yang parti itu sudah tidak boleh di harapkan lagi.
Benarlah perbilangan yang berbunyi 'the good is for the good and the bad is for the bad' Tidak semema-mena PAS pulak yang terikut-ikut Umno dan parti itu sudah mula jelas sumbing dan retak seribu nya. Bersungguh benar PAS ini menempah mautnya.
Benarlah perbilangan yang berbunyi 'the good is for the good and the bad is for the bad' Tidak semema-mena PAS pulak yang terikut-ikut Umno dan parti itu sudah mula jelas sumbing dan retak seribu nya. Bersungguh benar PAS ini menempah mautnya.
Kah Kah
ReplyDeleteJatuh berderailah ummo&pas..itu sebaik2nya.
ReplyDeletejangan tak sebut Pas pun dah sumbing dan retak juga, gara2 sikap tuang presideng. TY Tuan.
ReplyDeletePemilik The Haven Ipoh adalah seorang Penjenayah Besar
ReplyDeletePakatan Pembangkang pun masih menggunakan pingan dan mangkuk yang sumbing dan hampir pecah. Kenapa??????
ReplyDelete