29 May 2012

Pilihan di antara Beyonce dengan Whoopi Goldberg

Dr Mahathir tetap dengan pandangan bahawa Najib sedang memimpin kerajaan yang lemah dan wajar melupakan untuk mengadakan pilihanraya dalam masa yang terdekat ini. Mahathir mengakui hakikat ini semasa ditemuramah oleh media antarabangsa baru-baru ini. Mahathir menyarankan pilihanraya mesti ditangguhkan kerana keadaan lemah kerajaan akan hanya membawa Najib berhadapan dengan masalah yang sudah hendak diselesaikan semasa menghadapi rakyat dalam PRU ini.

Saya percaya dengan pandangan Mahathir yang kerajaan sekarang terlalu lemah. Kalau tidak masakan Presiden MCA, Chua Soi Lek menyarankan supaya kerajaan memberikan sekali lagi bantuan rakyat 1Malaysia sebelum pilihanraya diadakan. Nasihat CSL ini menguatkan pandangan yang BN dalam keadaan ‘desperate’ dan terpaksa membeli perasaan rakyat dengan duit sejemput seorang.

Ada baiknya dan ada buruknya jika Najib menangguhkan PRU ini bagi kedua-dua pihak, kerajaan dan pembangkang. Bagi BN, pihaknya akan ada masa untuk menunjukkan kebaikan daripada berlaku tidak senonoh terhadap rakyat dengan budaya samseng dan kerja-kerja tidak bermoral dari pihaknya (BN).

BN jika benar-benar hendak menunjukkan kebaikan mesti menunjukkan sikap ‘gentleman’nya dengan membersihkan senarai nama-nama pendaftar pengundi daripada mendiamkan  diri tidak berani menafikan keadaan itu berlaku. Najib masih ada masa untuk menggugurkan Menteri-Menterinya yang rasuah dan menyalahgunakan kuasa untuk menunjukkan yang beliau serius untuk memberikan pilihan yang terbaik untuk rakyat.

Tetapi untuk melakukan ini Najib mesti pastikan yang beliau sendiri tidak terlibat dengan apa bentuk rasuah sekali pun. Mampukah beliau melakukannya? Benar-benar bersihkah Najib ini? Jika masa masih ada, Najib mesti bersihkan imej negara dari masalah ‘2R’, iaitu Rasuah dan Rosmah, yang menjadi bualan rakyat yang mengundi. Sejarah akan memberi pertimbangan ke atas isu rasuah untuk menilai kerajaan BN ini, kerana rasuah dan UMNO itu begitu sinonim yang tidak dapat dibuang lagi.

Walaupun BN sedang melakukan perang saikologi yang besar terhadap rakyat, rakyat sebenarnya sudah menetapkan pendirian mereka dan kedua-dua belah pihak hanya mempunyai peluang untuk mempengaruhi pengundi di atas pagar yang tinggal tidak seberapa lagi jumlahnya. Akhir-akhir ini ada pemimpin-pemimpin besar mendabik dada yang kali ini BN akan kembali memerintah dengan majoriti dua pertiga.

Jika keadaan itu benar kenapa Najib tidak berani membubarkan Parlimen untuk mendapatkan ‘endorsement’ pimpinannya dari rakyat. Barang diingat hanya Najib sahaja diantara PM-PM yang sebelumnya yang masih belum mengadakan pilihanraya untuk mendapatkannya (endorsement rakyat).

Kali ini BN tidak semudah dahulu lagi untuk menafikan kemampuan PR memerintah Kerajaan Persekutuan kerana bukti-bukti dan dalil-dalil yang baik yang ditunjukkan oleh PR dalam negeri-negeri tadbirannya. Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan telah menunjukkan ketinggian akhlak kepimpinan mereka jika dibandingkan dengan akhlak kepimpinan BN khususnya UMNO.

Kerajaan–kerajaan pimpinan BN yang menempelkan agama Islam sebagai asas pentadbiran mereka terbukti telah melakukan pertentangan dengan syariat dan nilai Islam itu sendiri, Rasuah dan salahguna wang dan ‘resources’ kepunyaan rakyat itu adalah elemen pertentangan dengan Islam dan ia amat jauh dari apa yang mereka (UMNO) laungkan yang Islam itu sebagai cara hidup.

Jika Najib mendengar nasihat Mahathir supaya pilihanraya ditangguhkan, PR juga mempunyai banyak ‘advantages’nya. Bagi PR samada dipercepatkan atau menangguhkan PRU kali ini tidak menjadi apa-apa padanya. Bagi PR yang perlu dilakukannya ialah untuk terus mentadbir negeri-negeri tadbiran mereka dengan baik seperti yang sedang mereka lakukan pada hari ini.

Sesungguhnya Pakatan Rakyat tidak terdesak untuk mengadakan pilihanraya ini. Yang terdesak ialah BN kerana BN terlalu banyak ‘cover up’ yang terpaksa mereka lakukan. UMNO terutamanya terlalu banyak yang putus yang hendak disambung dan yang koyak yang perlu mereka tampal.

BN adalah seperti seorang seniwati tua yang hendak muncul di pentas, ia terlalu banyak perkara yang terpaksa dilakukan untuk menonjolkan imej muda dan bertenaga. “Cosmetics’nya terpaksa lebih tebal dan lubang-lubang dan kedut terpaksa disumbat dengan ‘foundation’ yang mahal-mahal. Hendak mengenakan pakaian pun susah kerana sudah gemuk gedempul, dan untuk mencari pakaian yang sesuai memakan masa yang lama.

Sebaliknya, PR diibaratkan seperti seniwati yang masih muda dan tidak payah melakukan ‘make up’ yang ‘elaborate’ terhadap mukanya yang masih cantik dan menawan itu. Seniwati muda (PR) ini masih bertenaga kerana tubuh badannya masih genit dan ringan, mudah untuk menari dan menyanyi di hadapan penonton yang ramai di hadapan. Penyanyi muda boleh mengenakan apa-apa jenis pakaian. Pakai jeans dan baju-t pun cantik dan kalau pakai pakaian kebaya lagilah cantik. Nak pakai cheong sam dan sari pun senang kerana tubuh masih langsing dan cantik.

Pendeknya, pemilihan kali ini adalah pemilihan di antara seniwati tua dan seniwati yang muda. Pihak yang tua ini terpaksa melakukan banyak persediaan untuk menjadi ‘competitive’ dengan artis muda yang serba baik dan cantik itu. Begitu ramai penonton yang bersedia membeli tiket untuk menonton mereka.

Dalam kata-kata yang lain pertandingan di antara BN dan PR kali ini ibarat pertandingan di antara Whoopi Goldberg dengan Beyonce. Saya sudah pastilah memilih Beyonce bersama ramai yang lain kerana kecantikannya. Tetapi masih ada yang memberikan sokongan kepada Whoopi Goldberg walaupun tidak berapa ramai seperti penyokong Beyonce.

50 comments:

  1. AA,

    Saya pilih Beyonce. Tetapi QD terpaksa pilih Woopi Goldberg.

    Heeee

    ReplyDelete
  2. akop

    Wah, typical Pakatan supporter dictating others what they should choose.
    But I will be a good sport and bow to your demand.
    Whoopi Goldberg it is then.Hahaha. Substance over form. I am not given to superficiality. Deep person, la, your friend QD.
    Okay got to finish my food. Nearly choked on the chicken I am having for lunch at Restoran 1Malaysia.
    Tentulah you tak makan kat restoran brand ni kan.

    P.S. Dah tentulah ramai pilih Beyonce. Even Michelle Obama too would like to be Beyonce.
    Tuan Aspan pandailah pilih topic nak tulis.

    ReplyDelete
  3. Kita diberi pilihan antara Whoopi dan Beyonce.
    Tapi pilihan Najib masih Rosmah. Najib dan Rosmah tak dapat dipisahkan.
    Tengok ucapannya kat perhimpunan dua juta belia hari tu. Beliau menyahut seruan I love PM.
    Tapi dia kata love macam ni Rosmah tak jealous.
    Have you noticed that Rosmah figures so much in most of Najib's speeches.
    Alangkah baiknua kalaulah Ketua Pakatan sayang wifey macam tu. Ini Aunty Zie saja yang cakap suami anugerah Allah. Dan Izzah kata Papa hebat.
    Tapi suami dan papa takde response yang sama.

    Okay nak sambung makan. Sedapnya.

    ReplyDelete
  4. QD,

    Najib has no choice lah bro.

    ReplyDelete
  5. Maka berakhirlah hurutan "RAHMAN".

    ReplyDelete
  6. QD,

    You actually fall for the trap that ayahanda lay out for you!

    Are both whoopi and beyonce similar to BN and PR?

    No wonder, Mahathir claimed that the smartest do not join UMNO for certain reasons.

    Never the less, you are neither stupid nor foolish. You are better than a clown actually.

    ReplyDelete
  7. Nampaknya QD tak follow ceramah2 Anwar bila dia kata Anwar tak puji wifey. Rasa saya Anwar lebih banyak puji Wan Azizah dari Najib puji Rosmah.

    ReplyDelete
  8. QD,

    Sebelum ini saya mempunyai respek yang tinggi untuk kamu.

    Bila terbaca bahawa kamu akan pilih Whoopi dan pilihan Najib masih Rosmah, tiba-tiba respek saya menguncup.

    Macam dulu respek saya terhadap Tun Mahathir bukan main tinggi lagi. Kini setelah mengetahui anak-anak beliau paling kaya dan masih dibantu lagi, respek saya pun hilang.

    Tapi apa kisah Tun Mahathir dengan respek saya. Bagi beliau asalkan keluarga dan anak beliau kaya sudah mencukupi kerana siapalah saya?

    Oleh kerana beliau, saya telah hilang keyakinan kepada tampuk kepimpinan Umno. Ini kerana Umno kini cuba menegakkan benang yang basah.

    Budaya yang diperturunkan oleh Tun Mahathir adalah pak turut, pemikiran jumud terikat pada kotak jajahan dan hilang hala tuju dalam kepimpinan berasaskan daya bersaing maupun jati diri.

    Pemimpin Umno gagal mengesan kehebatan ketokohan para pembangkang adalah hasil dari kepekaan mereka terhadap suara dan kehendak rakyat.

    ReplyDelete
  9. Pak Aspan,
    Tangguh atau tidak, pastinya Memanda Menteri Perdana itu sedang kalut menentukan wakil UMNO yang akan dicalonkan. Tatkala nama calon UMNO yang dipilih diumumkan, maka akan ramailah calon UMNO yang tidak terpilih akan mengamok serupa "Yop Pasior" dan melaung takbir dan reformasi. Sudah tentulah hal ini perlu disejukkan dengan wang. Duit lagi...Extreme Despair..he he

    ReplyDelete
  10. Tun mahathir sebenarnya yg takut dan gabra. Sekiranya najib tersalah catur. .mahathir dh betul simpan anwar kat sungai buluh. .tapi paklah baik hati lepaskan anwar untuk lanyak najib. .tapi najib kira ok jugak semasa jadi tpm dengan bantuan mahathir dapat selesaikan masalah balasundram.. .jadi najib sudah matang dalam sepak terajang politik , jgn underestimate najib. .jangan fikir yg muda cantik boleh menang kerana yg muda ni selalunya cepat perasan takut nanti terlebih perasan terus meninggal. .beyonce pakatan ni hanaya tinggal PRU 13 ini sahaja untuk terus cantik dan bergaya tetapi sekiranya whoopi yg tua ni terus menang. .. .beyonce akan jadi tua berkedut walaupun masih muda.

    ReplyDelete
  11. Anon 14.39

    Saya amat respek kepada QD. Dia tu Mr Sempoi, Mr Selamba. Always cool, never angry and perceptive.
    Saya rasa kita diperangkap oleh QD lah. Dia bukan seperti dia tulis.
    Saja buat macam bodoh, macam lawak, macam menyakat.
    Cam tak dia pakai M O macam CIA dan FBI.
    Jangan-jangan dia spy kut. Budak ni lain dari yang lain lah.

    ReplyDelete
  12. Dengar...

    Aku hari2 dengar dan baca akhbar PM membahagi2kan duit tapi aku tak merasa....sebab tak cukup syarat... Gaji RM4000 dan bukan Peneroka dan bukan pegawai kerajaan... tapi kalau dia kurangkan harga minyak kereta sikit hari2 aku rasa ...lagi baik.. aku kali ni akan undi PR... rekod dlm sejarah hidup aku yg berusia 55tahun.

    ReplyDelete
  13. Bangsa cina....

    MCA...Cina
    Gerakan...Cina
    SUPP.... Cina
    DAP....Cina(campor sikit Singh,melayu,India)

    DAP...Artis muda.
    MCA,GERAKAN dan SUPP...Artis Tua.

    Pasti pilih artis Muda....

    ReplyDelete
  14. kekalahan UMNO adalah baik untuk Rakyat Malaysia

    ReplyDelete
  15. I thought all these while QD is an intelligent person. What an answer? How could he considered PR as a celebrity? PR is a political party to serve the rakyat.

    It is never a wonder for him to consider BN to entertain the rakyat. It came as no surprise when the ministers in BN emulate the lifestyles of celebrities.

    ReplyDelete
  16. Pak Aspan,

    Kalau pun Najib gugurkan semua menteri dan pemimpin2 UMNO sekarang pun..masalah tetap tak akan selesai. Teraju negara iaitu Najib sendiri perlu "terjun bangunan tinggi" supaya tempat yang penting itu boleh diganti oleh pribadi dan personaliti lain yang lebih layak dan berintegriti dan tentunya calon pengganti ini mesti bukan dari UMNO BN.

    Testimonial Pandit Kutty sendiri telah mengesahkan bahawa dari kepala hingga ke ekur..UMNO telah busuk berulat..ini termasuklah Najib dan Pandit Kutty sendiri.

    Jadi apa rasional memecat semua ahli sedia ada sedangkan kepala yang busuk itu juga kekal jadi teraju negara. Kalau kepala keretapi dah rosak punah ranah...nak guna ke jadah apa lagi?. Ganti baru jer! Apakah rakyat Malaysia megah dan seronok Malaysia terus dipimpin seorang yang terbukti sangat sangat bacul dan pengecut??????

    ReplyDelete
  17. QD,what causes you to almost choked with chicken at 1Malaysia restaurant?My good guess is you are paying RM7 for your meal while your beloved PM Najib pays only RM3.60.
    Well now you know how you kena conned,and with so many CONsultant around Najib any surprise?
    QD,you really make AA blogs exciting and I loves it.Why not bring in more of your umno buddies to hantam AA at his blog and also shows how they argue of about you favorite topic sexxxxx and aljuburi ,also show how smart umno mentality works(if any).

    P/S where the hell you gone for the last few days,ohhh dah lupa himpunan 2 juta kat Putra Jaya. Maybe you got to call up Bernama and the idiot Rais to count using the new tech during bersih3.0 pakai jari, lidi dan kaki.They are good at counting,the Bukit Jalil Bernama reports 100ribu orang hadir,but the stadium mampu menampung penuh 87,000 tapi tengok gambar macam separuh stadium kosong saja.QD boleh tolong confirmkan siapa yang bohong.

    ReplyDelete
  18. Ayahanda,

    PAS ajar rakyat beriman kepada Allah...umno kata ajaran sesat

    PAS hendak menegakkan hukum2 yg terkandung dlm Al-Quran...itupun umno kata sesat

    PAS ajar menjauhi rasuah pun umno kata ajaran sesat

    PAS ajar menjauhi judi/arak pun umno kata ajaran sesat

    apa umno ajar tidaklah sesat seperti rasuah, fitnah, menipu, menekan rakyat dgn kenaikan harga minyak, barang2, toll.dll.

    betulkah anakanda kena pilih ikut umno kalau tak mahu sesat?

    ReplyDelete
  19. Saudara Aspan,

    Bagaimana Najib nak gugurkan menteri yang rasuah dan salahguna kuasa kalau dia sendiri tercemar?

    ReplyDelete
  20. takut rakyat akan anggap pakatan rakyat = people gangester, sebab ganas sangat. bakar tayar, punggah penghadang jalan, bagai berok menghenjut-henjut petrol car dan sebagainya. masa tuan AA dalam S46 dulu tak da macam ni kan.......
    berpusu keceramah memang kebiasaan rakyat malaysiaq, pilihanraya nanti kotak undi kosong

    ReplyDelete
  21. What do you expect from QD mangkuk cup eh......

    ReplyDelete
  22. Aspan,

    saya baru habis terbaca kisah rasuah Azmin Ali di Malaysia Today. Dah habis membaca, saya rasa saya ni dan seluruh rakyat Malaysia yang menyokong PKR ni bodoh sebenarnya.

    Sampai bila kita sanggup berkorban duit dan masa, tapi pemimpin yang kita sanjung ni sebenarnya sama aja dengan pemimpin UMNO yang dikatakan korup tu.

    Terfikir pulak saya, pemimpin UMNO korup, pemimpin PKR korup dan juga gila seks, pemimpin PAS tak reti meminpin, mana lagi pemimpin Melayu yang tinggal.

    Harap-harap ada pulak pemimpin Melayu dalam DAP yang boleh menonjol dan tidak korup.

    ReplyDelete
  23. TERKINI : Guards watch while resident gets robbed

    http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=eHTdR11q1Kw

    ReplyDelete
  24. Anon 16:47;

    Saya setuju minda kita nie selalu terperangkap oleh orang UMNO BN.

    Negara akan bankrap kalau kita semua tidak bayar minyak pada harga tinggi, bayar tol, ambil hutang PTPTN, bayar barang makan lebih mahal dan macam-macam lagi.

    Dengan gaji 1 ribu paun di UK, kos beli barang makan lagi murah di situ. 1 kg pisang baru 1 paun. Sini gaji 1 ribu ringgit, 1 kg pisang ialah 3 ringgit. Ayam, gula, telur ayam, cokelat, susu dan banyak lagi lebih murah.

    (rujukan :
    http://www.woodlands-junior.kent.sch.uk/customs/questions/cost.html)

    ReplyDelete
  25. 20:24

    Rasa bodohnya seseorang itu kerana tidak berpegang kepada tuntutan al Quran iaitu jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiklah untuk menentukan kebenarannya. Surah al-Hujurat, ayat 6.

    Allah SWT sudah memberi peringatan dan mengajar semua umat Islam supaya meneliti dan menyelidik terlebih dulu berita yang disampaikan oleh orang fasik kepada mereka. Tidak kira sama ada berita itu disampaikan secara lisan atau melalui internet.

    Seseorang mukmin dilarang tergesa-gesa mempercayai sesuatu berita disebarkan atau jangan terlalu cepat pula menafikannya sebelum membuat penelitian serta penyelidikan terhadap kebenaran berita itu.

    Adik Aniz

    ReplyDelete
  26. anon 21:53

    I am not surprised. This was what happened when minister can just watch while the rakyat gets the beating.

    Today foreigners are managing the stalls. A day will come, they will manage the country. When currently the minister can just watch and do nothing, what do you think the foreigners will do when they are in power?

    ReplyDelete
  27. QD chocked ? calling 911 over. Sorry semua ambulance tengah on the way to Putrajaya, SEMUA kes emergency ! QD lucu, kekadand ide bagus, lagi elok kalau self sensor, jgn pekik2, ada class sikit.

    BTW Michele Obama worked so hard to earn a place at Princeton, graduated cum laude, then proceeded to Harvard Law School,where she was described as extremely smart humble, very charismatic and extremely articulate and mature. Then she worked at a large corporate law firm, and was assigned to be a mentor to the man who would one day be her future husband - and the president of the United States.

    Still very young, graceful, beautiful, relevant, doing lots of charities, without too much ado like TS Khalid's wife, sampai sekarang saya masih tak pernah jumpa muka dlm the Star, that's why i will vote for DAP / PK again.

    All work, no poising everywhere under the trees, beside the putrajaya lake, in the lake... ribbit ribbit SNAP SNAP QD with pinkish yellow ( Bersih ) shades !

    ReplyDelete
  28. Hello Anon 29 May 2012 20:24:00 GMT+08:00,

    Kalau hang dah tau Azmin tu korup, hang tunggu kepala bapak apa lagi?. Buatlah report kat SPRM suruh bertindak buka kes dan dakwa ke mahkamah. Yang hang duduk diam saja tu dan pandai bercakap saja tak guna satu sen. Aku gerenti kalu hang buat report, SPRM akan bertindak jika terbukti ada kes.

    Cuma masalahnya berbakul report dah dibuat terhadap BPR (Sekarang SPRM) tentang rasuah dan penyelewengan pemimpin2 UMNO BN malah orang kuat SPRM akui report2 tu memang jelas kes dan ada bukti, tapi sampai saja ke EG..dibakul sampahkan macam tu saja.

    Awat? Hang tak tau ke cerita ni?. Sekarang aku cabar hang buat report kes Azmin kalau hang pejuang sangat. Kalaulah betul Azmin tu dah pelahap duit, dah lama kes dia berjalan kat court sebab dah terbukti UMNO BN menguasai semua hatta court di Malaysia. Nak tunggu apa lagi?.

    Kalau nak provoke tu padan padanlah oii. Kalau Dato Jamal Ikan Bakar Sekincan tu sanggup jual maruah diri, kita boleh faham alasannya. Yang hang ni lebih lebih..berapa juta RM UMNO BN dah bagi kat hang? Ha ha ha..sekadar pencacai miskin jer kan kan?.

    Satu soalan cepumas buat hang..agak2 kenapa Sirul dan Azilah bunuh Altantuya. Boleh bagi jawapan?

    ReplyDelete
  29. To whom it may concern

    I choked on my chicken lunch because I was laughing about the choice between Whoopie and Beyonce. It should be between Queen Latifah and Whoopie and Rihanna and Beyonce.
    Barulah fair Tuan Aspan.

    Ehem, Will any Pakatan bloggers post on Azmin's corruption as exposed by RPK? Sure, not.
    Actually it is nothing new. But when it comes from RPK, he made it sound new.
    Of course some of you will not believe it since RPK is no longer in your camp.
    Actually it's just a recycling of exposes by Ummi Hafilda, Ezam, Nalla, Zaharin et al.

    ReplyDelete
  30. AA,

    Agaknya QD dah tidur ke belum. Sekarang sudah pukul 3.40 minit pagi.Tentu beliau sekarang sedang merenug gambar uncle Najib dan auntie Rosmah dia kan?

    Tentu dia sedang mengenangkan nasibnya bila Najib hanya duduk sebagai ketua pembangkang selepas PRU ni.

    Kalau itu berlaku, apakah cara beliau nak kelentong kita semua ni.

    QD, bawa-bawalah berehat. Kata baru kawin aje.

    ReplyDelete
  31. Akop...saya rasa dia belum tidur lagi sebab sedang mengarang apa yang dia nak kelentong kita besok.

    ismail

    ReplyDelete
  32. Siapakah menteri kewangan selepas DSAI?

    Kenapa jawatan menteri kewangan hanya dipegangi oleh PM?

    Daim Zainuddin memegang jawatan menteri kewangan pada tahun 1984 dan DSAI mengambil alih pada tahun 1991. Bila DSAI dipecat pada tahun 1997, Daim jadi menteri kewangan semula. Sejak Daim berundur, jawatan menteri kewangan dipegang oleh PM.

    Mengapa DSAI sangat digeruni sampai sekarang?

    ReplyDelete
  33. QD,

    Do you know why RPK do not have the balls to expose Daim Zainuddin?

    ReplyDelete
  34. salam sdr. Aspan., (walaupun adalah tidak adil merendahkan rupa yang kurang elok - this is what I'm always bear in mind) saya awal-awal lagi pilih beyonce punya ... melainkan kalau dah takde peluang membuat pilihan. Namun seringkali berlaku didalam kehidupan ini kita langsung tak berikan sebarang pilihan untuk membuat keputusan ...


    heartbreak

    ReplyDelete
  35. Ayahanda Aspan,

    Walaupun 22,000 rakyat telah berhimpun untuk menuntut pilihanraya yang adil, telus dan bersih, kenapa SPR masih tidak peduli dengan permintaan rakyat?

    ReplyDelete
  36. Everyone knows that Daim is the silent type; so silent, in fact, that the victims of his scheming and conniving have fallen like ten pins without ever knowing what hit them. He has, on the quiet, made a career of shooting poison darts, laying booby traps. and knifing friend or foe in the back. His hand is never seen, but his mark is everywhere. Truth to tell, he has been at the root of many national crises, but his name has never been smudged, thanks to the wealth he wields and his bond with Mahathir.

    ReplyDelete
  37. " antara Whoopi Goldberg dengan Beyonce "....pilih Lady Gaga?

    ReplyDelete
  38. Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

    "CREATIVE!!!" Teruskan! Sememangnya kita kini sedang berdepan pilihan dua persimpangan: syurga atau neraka. Juga, umum kita tahu sudah, menyaksikan dengan penglihatan pun dah, mendengar dengan kedua alat pendengaran, apatah lagi, kan? Tinggal, memproses dengan akal dan minda ...

    Ya, saya setuju akan kiasan pemilihan artis antara muda dan tua, antara yang "sexy" dan comot ... Tepuk dada, tanyalah minda, kan? Justeru, sekali lagi, sejarah telah membuktikan, sekiranya kepimpinan negara itu dikuasai golongan ilmuan lagi soleh, nescaya seluruh rakyatnya, hatta miskin papa tu pun, insha Allah, akan jadi ilmuan dan soleh. Tapi, sayang trillionan kali, apa dah jadi sekarang? Wasatiyah apa ni bila himpunan sejuta belia tempoh hari tak lekang daripada aksi menjolo mata dan "in-direct killing" terhadap penonton? Dah tu, balik-balik si Mahathir ganyut tak sedar diri tu sibuk nak jadi tuk nujum? Jawapannya tak lain, demi menghapuskan musuh bersama mereka, DSAI, kan? Juga, tak kan kita tak nampak atau sengaja membutakan mata, memekakkan telinga dan mematikan hati melihat bagaimana nasib kepimpinan Pak Lah yang digulingkan?

    Oleh itu, bagi saya, bukan sekadar Najib yang patut bertegas merubah "landscape" BN, tapi, dia sendirilah yang patut berambus daripada singgahsana tu sama sekali, sekaligus membolehkan pentadbiran baru menyebar-luaskan "public enquiry" terhadap UBN yang terkenal sebagai "penjenayah dunia" ini. Walaupun akan kedapatan sesetengah rakan yang tak setuju, konon manusia tak sempurna, itu dan ini, saya tetap berkeyakinan muktamad, Malaysia tercinta kita ini mesti kita selamatkan dengan membersihkannya daripada pelbagai bentuk jenayah, khasnya jenayah aqidah para dajjal UMNO yang ditarbiyah Mahathir gila bin bodoh ini. Sekali lagi, sekadar ingatan bersama, jangan main-main soal haram halal, syurga neraka, meskipun ketika melontarkan pandangan dan ulasan, kerana segalanya nanti akan dipersoal dan dipertanggungjawabkan. Untuk itu, maaf, saudara, andainya ulasan saya ini begitu "emotional"; sekadar menyatakan rasa sedih dan kecewa bila kedapatan antara kita yang masih ingn menyokong dan bersekongkol dengan para mungkarat ini. Apapun, yang baik, jadikanlah iktibar; manakala yang buruk, jadikan sempadan yang wajib kita jauhi bersama.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  39. Ramai masih tidak tahu dalang di sebalik pemecatan Tun Salleh Abas adalah Tun Daim Zainuddin. Tun Hamid Omar yang ganti pula adalah rakan sekolah Mahathir dan Daim.

    Perlantikan Tun Hamid Omar sebenarnya mencetuskan keruntuhan integriti dan kebebasan badan kehakiman.

    Daim dan Mahathir telah memberi Unit Perancang Ekonomi dan Perbendaharaan kuasa penuh dalam melaksanakan dasar penswastaan. Maka, tidaklah perlu untuk memanggil tender bagi projek-projek kerajaan. Sebaliknya, projek-projek dengan mudah diberikan kepada syarikat-syarikat kroni.

    Dari situ bermulalah era pengumpulan kekayaan harta dan kroni beliau. Syarikat United Engineers, dibeli dengan harga RM2, diubah kepada syarikat multi-juta ringgit. Sebagai Menteri Kewangan, Daim mengarahkan bank-bank untuk memberi pinjaman kepada syarikat yang dimilikinya.

    Daim melantik Wan Azmi dan Basir untuk mengetuai Malayan Banking dan Bank Bumiputra kerana sebab-sebab tertentu.

    Permainan sandiwara politik Daim Mahathir berjaya menipu ahli Umno untuk mempercayai bahawa Mahathir tidak akan membiarkan Daim pergi walaupun beliau telah meminta untuk dilepaskan daripada jawatan Kabinet Mahathir banyak kali.

    Pernah seketika dulu, pengerusi dua bank terbesar Jepun - Bank of Tokyo dan Sanwa Bank merungut Menteri Kewangan negara Malaysia menuntut komisen adalah terlalu tinggi sewaktu perundingan pinjaman yen. Bahkan, Margaret Thatcher, juga mengadu tentang peranan Daim sebagai ejen komisen negara bertauliah. Maka tidak hairanlah dalam kes scorpene tiada komisen dipinta.

    Hakikatnya, ramai tidak tahu bahawa Daim dan Mahathir telah lama bersekongkol. Master mind Mahathir ialah Daim Zainuddin.

    ReplyDelete
  40. Sepandai-pandai tupai melompat, Tun Daim membuat kesilapan dengan memilih DSAI sebagai Menteri Kewangan.

    Mengapa Daim melepaskan jawatan Menteri Kewangan? Tujuan asas beliau ialah keinginan beliau memanipulasi KLSE waktu it. Untuk seketika KLSE berniaga seperti kasino tapi 'all good things with bad intention will never last'.

    Bukannya ramai rakyat ketahui yang Daim juga cuba memanipulasi pasaran Forex sehingga negara kehilangan berbilion ringgit. Akibat dari itu, wang ringgit jatuh mendadak.

    Dalam situasi itu, Daim ingin mengisytiharkan darurat untuk membolehkan beliau memulihkan ekonomi dan pada masa yang sama, mengebumikan 'bangkai' yang telah mulai berbau busuk. Mujurlah waktu itu Ketua Setiausaha Negara dan Peguam Negara tidak setuju.

    Sebaliknya, Daim-Mahathir menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi Negara, dan diketuai oleh Daim sendiri, dengan Unit Perancang Ekonomi sebagai Sekretariat. Rancangan asal adalah untuk memberi autonomi yang lengkap MTEN, tetapi menteri-menteri Kabinet menentang kerana bimbang akan kehilangan kuasa. Akhirnya, MTEN menjadi sebuah badan penasihat, dengan Kabinet yang mempunyai akhir kata.

    Dengan campurtangan DSAI waktu itu, MTEN tidak mempunyai kuasa autonomi. Kesan dari situ, semua cadangan MTEN ditolak oleh Kabinet dan Bank Negara. Daim secara terbuka menyerang Bank Negara kerana menolak cadangan MTEN, seperti yang berkaitan dengan kadar faedah dan kawalan kredit.

    Bila DSAI dipecat dan gabenor Bank Negara dipaksa meletakkan jawatan, maka Daim-Mahathir mula dengan agenda kononnya menyelamatkan syarikat-syarikat mega daripada kebankrapan. Sebenarnya semuanya adalah syarikat-syarikat berkaitan Daim-Mahathir.

    Rakyat mungkin sudah lupa situasi waktu itu tentang kenaikan harga cili, atau lompatan harga ikan atau bagaimana harga beras yang telah direbus. Begitu juga dengan perniagaan kecil dalam pergolakan kematian. Kontraktor kelas F jadi bankrap dan projek-projek jalan kampung ditinggalkan. Di dalam kamus, tiadalah penyertaan untuk kebimbangan orang kecil, apa-apa tentang rumah kos rendah, pemotongan air atau dana kajian untuk anak-anak Melayu yang miskin. Waktu itu hanya cerita bilion angka saiz untuk menyelamat bisnes Daim dan Mahathir.

    ReplyDelete
  41. Seriously I never cared two hoots about RPK. Don't care a damn on what he says.
    Never believed in Anwar, Zaid Ibrahim and RPK. And never ever will.
    Serves you all right for trusting RPK.Last time you were lauding him as DA MAN.
    Now that he's on the other side, you demonized him.
    Bestla you all punya double standard.

    ReplyDelete
  42. Startegy to Win:

    First you loosen the grip around the achilles heel.

    Next you go for the achilles heel, as it is the deadly weakness in spite of overall strength, that can actually or potentially lead to downfall.

    ReplyDelete
  43. As I sit here writing this, I am just so grateful to be alive.

    To think that 30 hours ago I had a knife to my throat, face to face with the threat of being kidnapped and raped.

    It was a Sunday, at 5.22PM. I was alone, walking towards my boyfriend's car in level B2 of The Curve, Mutiara Damansara. He was not in town, and I was running errands with his car. Just as I was putting my shopping bags in the rear seat, the rear car door was slammed against my back, and a meat cleaver was pressed against my throat. A man covered my mouth with his hand, and whispered not to scream. He then shoved me onto the floor of the backseat of the car and waved the cleaver at me, reminding me not to scream. He was skinny, wearing a baggy turqoise blue t-shirt, had a thick moustache and short curly hair, approx 5'8", mid-30s, and of Indian descent.

    At this moment, second man appeared. He was also in his mid-30s. He was wearing a red t-shirt, had a crewcut, and was of Malay descent. He grabbed my car keys and demanded for my parking ticket. I couldn't remember where it was. They shoved me deeper into the car, and the Indian man got into the back seat with me, while the Malay man got into the driver's seat, driving us out of the carpark.

    I told them they could take everything, just let me go. But at that point they didn't even ask for money. Instead, the Indian man started to make sexual advances. Then it hit me. "Oh my God. Oh my God. This is really happening. I'm being kidnapped.. and I think I know what they want."

    cont...

    ReplyDelete
  44. cont...

    From this moment on, there were a few crucial things that happened that I think is the reason I'm alive today.

    1. I managed to get into a position to escape.
    When they got into the car, the Indian man had tried to force my body down onto the floor. I knew that the moment I'm on the floor, there would be no chance of escape. So I begged him to let me sit up. I promised him I wouldn't scream or alert anyone's attention. Thankfully, he trusted me, and let me sit up, gripping my arm tightly. Then I told him my arm really hurt and to please not grip it so hard. He loosened his grip.

    2. I did not fight for the sake of fighting.
    I was in an enclosed space, with no clear escape route. I would never win in a fight with these 2 guys, especially when they have sharp weapons. Had I fought from the get go, I may not have been in a position to escape. I might've even been knocked out cold, and God only knows where I would be right now.

    3. I was lucky and sneaky.
    I knew that the only way to escape, was to jump out of the car, even if it was moving. They had locked the car doors. So I leaned back, pretended to scratch my hair, and shakily unlocked the door I was leaning against. I'm so lucky they did not see or hear this!

    4. I went 'crazy' at the right time.
    And then I waited. I knew that the car would have to slow down outside the parking lot, as it exits to merge with the main roads. The moment it slowed down, I opened the car door and tried to make a run for it. I failed. I kicked my legs out of the car, but the Indian man had managed to pull my body back in. From this moment on, everything is a blur. I remember the Malay driver temporarily stopping the car, leaning over from the driver's seat and attempting to close the door and pull my legs in. At that point I remember thinking, "Even if I don't get out now, I need to keep the door open and my legs out the door. At the very least, it should cause a scene, and someone would see me. Or, the door might hit another car and they'll be forced to slow down." So I continued kicking. My right foot pushed against the wide-open car door to keep it open. I recall elbowing, struggling, kicking, and even biting. I lost my glasses, and was struggling blindly for my life. At some point the Malay driver yelled, "BAGI DIA LEPAS! BAGI DIA LEPAS!" (Let her go! Let her go!) and the Indian man loosened his grip. I made a jump out of the still-moving car, and ran for my life.

    5. I acted in spite of the fear.
    My friends said I was brave. But I didn't feel like it. I was quivering and shaking in fear. I was so afraid. I thought I was going to die. I was weak with fear and deathly afraid. I truly thought "this was it". But I knew I HAD to move. I had to run. Or there would be a worser fate in store for me. While I was quaking in fear, I forced myself to look around and see if there was any way I could escape, or even catch someone's eye.

    6. I remembered the people I love.
    The only thing that matters when you're faced with potentially horrendous fate, is the people in your life. When I felt the knife to my neck, the first thing I thought was , "This cannot be happening. I must be dreaming." The second? The people that truly matter to me flashed across my mind. It sounds cliche, but it's true. I thought of my parents. My brother. Khailee. Esther. More people. That's all I could think of for a few moments, before I started brainstorming my escape.

    cont...

    ReplyDelete
  45. cont...

    I ran towards the Maybank outlet at the Curve. There were plenty of people milling around. I screamed for help over and over again. I was hysterical. I grabbed an older Malay man by his shoulders and begged for help before practically collapsing at his feet.

    I will always remember the relief and liberation I felt, running over Mutiara Damansara's manicured grass and into the crowd.

    //

    Today, I found out that the entire ordeal from the moment I left the parking ticket payment machine, to my escape, happened in about 4 minutes. To me, it felt like one long nightmare.

    We never think its going to happen to us... and then it does. I used to think that this is something that happens only in the papers and to people far, far removed from me. But then it did happen to me. I moved to PJ/KL 6 years ago, and I've spent countless mornings, afternoons and nights at The Curve. When my friends and I were organizing Rock Up! back in 2008, we were walking around the place at 4AM even. It's been 6 years, and never once did I feel that I was unsafe at The Curve. Until yesterday.

    I feel like moving out of the country ASAP. Getting the hell out of this state where you hear of a kidnapping or attempted one every month (remember Nayati?), or a snatch theft every week. And yet I'm fully aware of the fact that in another country with more lax firearm laws, they would've been holding a gun to my head, not a cleaver. And that would've been so, so much worse.

    I'm Blessed. By God's grace, I am alive and relatively well. And I will live another day to build another cat iPhone app. It just was not my time to go. And for that, I thank God.
    I want to share this story with everyone because cops tell me that they rarely get to hear it from someone who escapes.

    Girls, be so very careful. Be vigilant, and please try not to go anywhere alone. If you need to walk to the carpark, and you're alone, get a guard to go with you. I was recently told that it's part of their job description to assist anyone if needed.

    Guys, watch out for your girlfriends, wives, mothers, sisters and friends. Walk with them, don't take their paranoia or fear lightly. Watch out for them.

    And everyone, just watch out for each other. Take care of each other. These things really DO happen. As I ran out of the car, so many people came to help me. Strangers who didn't know who I was, came forward and offered me tissue paper, water, cellphones, and general comfort.

    Malaysians, please care for one another. You already do. Just keep on caring. Keep watching out for each other. Don't worry about being thought of as "busy body" or "overreacting". The world can be a cruel place, but all it takes is for people to care for one another to make all the difference.

    by Chin Xin-Ci

    ReplyDelete
  46. Salam Dato,

    Saya rasa yang menjadi masalah ialah segelintir masyarakat Melayu yang mindset mereka macam orang sekitar tahun 60an. Masih terperangkap dalam hukum hakam pemikiran sempit UMNO.

    Bukan kerana undang-undang negara yang semua akui, tapi rekaan-rekaan cerita wayang kulit UMNO baru yang masih skrin hitam-putih.

    Masyarakat bukan Melayu sudah beralih arah kepada skrin berwarna dan High Definition 3D, yang kasihan pakcik makcik di kampung masih suka dengan skrin hitam-putih lagi suara tidak jelas dan kabur. Sebab itulah walau tinggi mana korupsi pemimpin UMNO, orang kampung masih tidak percaya 100%.

    Dan sekarang pimpinan UMNO, sudah kembali ke zaman batu .... ganas , tikam batu kat orang, tikam telur, bising tak tentu pasal macam orang gila. Ini kerja lembu-lembu kat bawah, yang ikan jerung besar sibuk buat kerja main kotor.

    Contoh : http://www.mutaligat.blogspot.com/2012/05/pendedahan-sg-buloh-selangor-warga.html

    Banyak lagi kita lihat tingkah laku pimpinan UMNO dan penyokong totok, yang kita geleng kepala, buat malu orang Melayu saja

    ReplyDelete
  47. QD byk responds nak handle, larat kah otak kamu ? kena minta triple OT & perks ? renung gambar uncle najib & aunty rosmah, nangis2 pakai paper utusan malaysia, tak terlena tidur ? Tak terlepas dpd occupational hazards seperti kita org, cuma ada di antara kita yang masih terjaga kerana nak baca buku, menulis, berfikir dengan tenang di pagi yang hening.

    Terasa ketenangan jiwa within reach bila rakyat kampung bangun mengundi untuk mengakhiri kemiskinan, kemunduran socio-ekonomi dengan menamatkan pemerintahan UMNO - BN.

    ReplyDelete
  48. Qd,

    Wah2 kalau org double standard,..
    Kalau Ko .. world class gitu..
    porah.. cermin muka.. yg tak tau malu tu..
    pandang kiri kanan.. bukan semua buta..

    Jawab solaan saya.. berapa banyak org umno jilat ludah sendiri.. termasuk dewa kamu tu..

    malu la sikit nak kata tu..

    ReplyDelete
  49. Chin Xin-Ci, thank you for sharing your heartfelt outpouring. God protected you.
    Wish some people from PDRM read your sharing and some of us will share your article with others. Hishamuddin, a few weeks back, proudly declared on Yahoo that Malaysia was one of the safest nation ( i forgot the ranking he said; too many slogans, etc ). Take good care,
    Ms. Chin.

    ReplyDelete
  50. Dear Sdr Aspan & fellow blog readers

    This is a gift to all dads, and their beloved children and cucu-cicit. And to the moms who stand beside, love and honor dads. Enjoy a respite from the intensity of politics !

    YouTube Daddy´s Song (Dan Hill)

    ReplyDelete