BN hanya ada ‘propoganda machine’
sahaja lagi. Untuk menunjukkan ‘kad kemajuan’ ke atas kemampuan dan kecekapan
mentadbir negara tidak ada lagi kredibilitinya. Malahan sekarang ini dan akan
terus dialami BN ialah kehilangan sokongan rakyat dan komponen BN sedang
menghadapi krisis kepimpinan yang paling serius dalam sejarah negara merdeka
kita. Sindrom penafian yang diamalkan oleh pimpinan negara tentang keadaan
krisis kepimpinan ini tidak langsung membawa apa-apa kemajuan terhadap sokongan
rakyat ramai yang akan mengundi dalam PRU yang akan datang ini.
Najib dan kepimpinan negara
memahami keadaan ini, dan itulah penyebab kenapa pilihanraya tidak
sampai-sampai walaupun Najib telah mengambilalih kuasa sudah menjangkau empat
tahun. Sampai ke hari ini Najib belum lagi mendapatkan ‘endorsement’
kepimpinannya dari mandat yang beliau
sendiri perolehi.
Kepimpinan sekarang jauh lebih
lemah daripada kepimpinan Abdullah Badawi yang dulu dikatakan oleh Mahathir sebagai
Perdana Menteri yang paling tidak berguna walaupun beliaulah (Mahathir) yang
memilih dan melantik Abdullah untuk menjadi pengganti beliau. Apabila Mahathir tersedar
yang beliau telah tersalah pilih penggantinya, beliau pula yang menyalahkan
semua orang kecuali beliau sendiri.
Tidak mengapalah itu, kerana memang
Mahathir tidak pernah membuat salah dan kekecohan politik negara kita sekarang
adalah disebabkan oleh semua pihak kecuali beliau seorang. Itu memang sikap
beliau dan tidak boleh hendak berbuat apa-apa lagi. Kalau dia tidak menyalahkan
orang lain, beliau bukan Mahathir namanya.
Tidak usah dihiraukan beliau lagi
kerana kita hendak mencari kebaikan untuk negara. Kalau kita ikutkan nasihat
dan pandangan beliau kita tidak akan berjumpa penyelesaian terhadap kekalutan
yang kita alami sekarang yang berputik dari kepimpinan beliau dahulu.
Kita tehakik apa yang sedang kita
hadapi dengan pemikiran terbuka untuk menjadikan negara kita kembali kelandasan
demokrasi yang sebenar yang pernah kita alami sebelum Mahathir mengambil alih
kepimpinan negara kita ini dahulu. Bak kata P. Ramlee, ‘barang yang lepas jangan
dikenang, kalau dikenang merana badan’.
Sebahagian besar rakyat yang
telah terbangun dari tidur merasakan peralihan serta pertukaran kepimpinan
negara amat perlu dilakukan untuk keselamatan serta masa depan negara. Yang
dewasa ingin menjamin yang segala institusi demokrasi perlu dan wajib
dikembalikan kelandasan yang sebenarnya setelah badan kehakiman telah terlacur
semasa pentadbiran Dr Mahathir.
Tidak siapa akan menerima
pembohongan sejarah lagi. Badan kehakiman telah dikucar-kacirkan oleh pihak
eksekutif pimpinan Mahathir kerana kepentingan politik peribadi Mahathir dan
konco-konconya pada tahun 1988 dahulu. Sehingga ke hari ini badan kehakiman
tidak kebah-kebah lagi dari persepsi buruk masyarakat tempatan dan
antarabangsa.
Isu terhadap badan perundangan
seperti persepsi buruk terhadap ‘Attorney General’ tidak mungkin dapat
dipulihkan selagi parti yang merosakkannya masih berkuasa lagi. ‘AG’ diperguna
oleh pihak berkuasa eksekutif bukan untuk membersihkan salah laku mana-mana
pihak tetapi beliau dipergunakan untuk menutup segala tindakan tidak bermoral
oleh perasuah dan penjenayah negara dan rakyat.
Rakyat kini merupakan rakyat bermaklumat dan mereka
sekarang sudah nampak dengan jelas yang institusi kepolisan juga sedang dalam
keadaan nazak dan jika semua institusi demokrasi dikuasai oleh pihak eksekutif
yang rasuah dan penjenayah maka sudah pasti memang tidak ada lagi peluang untuk
rakyat hidup dalam keadaan aman damai seperti yang pernah rakyat rasakan
sebelum pemerintahan Mahathir Mohammad dahulu.
Kehilangan elemen pengasingan
kuasa di antara tiga badan, Legislatif, Judiciary dan Eksekutif merupakan
situasi yang amat malang
yang sedang dihadapi oleh rakyat yang cintakan keamanan dan keunggulan berdemokrasi
kita. Rata-rata rakyat yang selama ini bersabar dengan kerajaan BN untuk
menyelesaikan isu-isu yang berkaitan ini. Tetapi keadaan bertambah buruk dan
semua pihak merasakan jika BN masih berkuasa maka tidak mungkin keadaan ini
akan bertambah baik.
Hari demi hari kita seolah-olah
tinggal di dalam sebuah negara ‘police state’ yang zalim dan tidak bermoral kepimpinannya.
UMNO tidak lagi berjuang untuk rakyat dan negara tetapi sebaliknya parti itu
telah menjadi musuh kepada rakyat yang dahagakan kehidupan dalam sebuah negara
persekutuan yang menghormati rakyat dan negeri-negeri yang terkandung di dalam
persekutuan kita ini.
Dalam keadaan terdesak dengan
tekanan rakyat terhadap UMNO, parti itu tidak lagi dapat berbuat apa-apa
tentang arus dan angin perubahan yang rakyat sedang lakukan sekarang ini.
Sekarang sudah sampai ke tahap pertembungan di antara rakyat dan UMNO. UMNO
sedang menggunakan segala apa yang ada kepada mereka untuk mempertahankan
gerakan perubahan dalam pemikiran rakyat kini.
Perubahan yang berlaku kini
adalah perubahan pemikiran dan kita tidak nampak bagaimana UMNO boleh
mengembalikan perasaan hormat dan sokongan terhadap parti itu. UMNO sedaya
upaya cuba
mengawal perasaan rakyat seperti mengawal seekor haiwan ternakan yang boleh
dikandang dan disembelih mengikut kehendak dan nafsu pemimpin mereka.
UMNO telah terlupa yang mereka
tadbir ini adalah perasaan rakyat yang sentiasa berubah dan mahukan kemajuan
terhadap pemikiran dan tindakan mereka. UMNO sedang menggunakan segala kekuatan
propaganda yang ada ditangan mereka untuk membentuk budaya mengangguk dan
menurut perintah sahaja. Yang benar hendak diakui salah dan yang salah hendak
dibudayakan sebagai perkara yang mesti diterima.
Moral sudah tidak menjadi perkara
penting lagi kepada UMNO walaupun mengaku sebagai penjaga masa depan Islam dan
Melayu. UMNO masih menggunakan taktik lama yang sudah lusuh untuk menyakinkan
orang Melayu, tanpa UMNO orang Melayu akan hilang di dunia ini. Tetapi mereka
tidak sedar yang dengan cara mereka mentadbir negara sekarang ini …Melayu akan
hilang dunianya. Agama hanya menjadi tempelan kerana apa yang mereka lakukan
sekarang semuanya bertentangan dengan kehendak agama yang mereka retorikan setiap
masa dan waktu.
Mereka menakut-nakutkan orang
Melayu jika UMNO tidak dapat menyambung kuasa Raja-Raja Melayu akan lenyap,
tetapi apa yang mereka lakukan hari ini saling tidak tumpah serupa dengan cara
Malayan Union memerintah untuk mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu. Kita masih
ingat bagaimana UMNO menghina Raja-Raja Melayu semasa krisis perlembagaan tahun
1993 dahulu.
Orang Melayu sedang cuba dibohongi
yang ‘there will be no more Malays if UMNO is defeated’. Lima puluh empat tahun memerintah setiap kali
bercakap isu Melayu tetapi Melayu tidak ke mana juga. Yang mendapat habuan dan
menjadi kaya-raya yang tidak terperi ialah sebilangan kecil kroni-kroni yang
membelasah kekayaan negara dan menjadi ‘proxy’ kepada pemimpin rakus dan rasuah yang tidak
terperi.
Orang Melayu biasa dijadikannya
hanya sebagai anjing buruan untuk memburu kumpulan dan pihak yang ingin
melakukan perubahan. Anjing-anjing buruan ini dapatlah upah sedikit sebanyak
untuk membayar upah menjadi kuda pelejang bagi pihak pimpinan rakus tadi.
Oleh kerana keadaan begitu serius
maka UMNO dan BN sudah tidak lagi mempunyai modal untuk meyakinkan rakyat dan
cara terakhir ialah dengan menggunakan ugutan dan ‘gangsterism’. Kerana apa mereka menggunakan cara kasar ini? Kerana propoganda BN sudah tidak lagi 'mangkuih' kerana rakyat tidak yakin lagi kepada BN dan UMNO.
Percayalah, apabila sudah sampai
ke begini keadaannya ia hanya membuktikan bahawa usia BN dan UMNO itu tidak akan
bertahan lama lagi. Tetapi itu tidak menjadi masalah kepada orang Melayu,
kerana Melayu akan bertambah kuat selepas UMNO tiada memerintah. Selama ini
UMNOlah yang membantutkan orang Melayu untuk maju ke hadapan.
NB: 'mangkuih' maknanya berkesan atau mujarab.
NB: 'mangkuih' maknanya berkesan atau mujarab.
Hari ini berkata subsidi bagaikan OPIUM (Ganja) esok bagi BR1M!.
ReplyDeleteBagaimana mahu kita pecayai ini semua?
menteri BN manyak $$ utk beli no.plate.
ReplyDeletePR taklak beli kar??
duit taklak?
salam sdr. Aspan., entri yang padat lagi memberi maklumat untuk renungan bersama.. tahniah., kalau kita menoleh sebentar dan melihat sejarah lampau bagaimana runtuhnya kerajaan yang kononnya 'invinsible' atau 'amat ampuh' seperti kerajaan firaun, namrud, rom, membawa ke zaman mustapha kamal ataturk, stalin seterusnya era marcos hingga mubarak, kezaliman pemerintah yang banyak membawa kepada keruntuhan kerajaan yang 'amat ampuh' itu., dan kini kita diberikan peluang oleh allah untuk melihat detik-detik keruntuhan kerajaan yang kononnya 'amat ampuh' itu dihadapan mata kita... cuma detik keruntuhan muktamad itu belum tiba sepenuhnya (hanya allah sahaja yang mengetahui saat dan ketikanya tiba keruntuhan muktamad itu) sekiranya keruntuhan itu berlaku semasa hayat kita ianya adalah kurniaan daripada allah untuk kita.
ReplyDeleteAnon 15;24
ReplyDeleteApa yang nak di hairankan, menteri BN banyak duit rasuah sebab itu bolih beli macam2 sampai gundek pun bolih beri berjuta ringgit,apa ada pada no plate kerete,semua orang tahu jangan cakap menteri saja ketua kampong pun terlibat dengan rasuah.nama pun UMNO - Umat Munafik National Organization.
salam Abang Aspan;
ReplyDeleteNak tompang buat survey kat sini... berapa orang kat sini yang pernah dapat habuan dari UMNO secara direct ataupun indirect, Ini termasuklah biasiswa, sekolah asrama penuh, pinjaman, saham MITI, projek-projek,kontrak-kontrak, pekerjaan, AP, pemberian tanah, komisen kerana jadi ajen projek dan jenis jenis bantuan yang sewaktu dengannya.
Maafye Aspan kerana menganggu.
Aku ada dapat biasiswa sejak sekolah rendah sampai la Universiti. Adakah kerana aku dapat biasiswa, maka aku wajib sokong UMNO BN sampai mati walau pun depa dah semakin karut marut la ni?.
ReplyDeleteAda ka disebut dalam alquran..anak wajib turut perintah mak ayah walau pun yang disuruh tu perkara haram dan menyalahi agama? Adakah seorang anak perempuan wajib lacurkan diri hanya kerana disebabkan ayah dan emak yang besarkan mereka?.
Bila dah berilmu, gunakan ilmu dan akal fikiran itu untuk bezakan baik dan buruk. Soal biasiswa dan sebagainya itu adalah kewajipan dan tanggung jawab pemerintah, samalah dengan tanggung jawab ibu bapa besarkan anak. Jadi pemerintah jangan ingat bila rakyat diberi biasiswa, maka rakyat terikat dan perlu jadi pak angguk saja kepada mereka walau pun jelas apa yang pemerintah buat dah bercanggah dengan agama dan tata susila.
Agama melarang setia membabi buta. Pemimpin UMNO yang beria iya pertahan UMNO BN sekarang ni sebenarnya terpaksa setia untuk selamat diri sendiri saja kerana dah banyak terlajak. Jadi jangan ingat kerana biasiswa dan pemberian lain dari kerajaan tu sebagai rasuah yang mengharapkan balasan.
Aku harap orang yang bangkitkan soal biasiswa dan pemberian lain kerajaan ini tak ada niat buruk. Kalau ada niat tu..baik lupakan jer.
Nampaknya di Malaysia kita ni..ada pihak yang dah menganggap diri mereka umpama Tuhan...langsung tak boleh disentuh dan ditegur walau pun secara indirect.
ReplyDeleteLebih pelik..bila agama Islam dan Nabi dihina dicerca pemimpin dan individu tertentu..JAKIM bertukat menjadi JAKUN, MUFTI berubah menjadi MR UFTI. Semua membisu.
Jelas pemimpin tertentu tarafnya diletak kelihatan lebih tinggi dari Tuhan dan agama Islam itu sendiri. Apa jenis pemerintahan Melayu Islam kalau beginilah caranya?.
Bolehkah kalau kita katakan pemerintahan UMNO BN sekarang mengekalkan sistem kasta? Bolehkah putra Karala, melayu terlebih Melayu tolong jawabkan!
Berapa Melayu yang sudah lupakan jasa Umno yang mau buang perkataan Islam kepada pertubuhan dan NGO?
ReplyDeleteLupakah Melayu siapa yang songlap duit saham bumiputera RM52 bilion?
Lupakah Melayu siapa yang jual tanah rezab Melayu hingga jadi semakin kurus?
Tahukah bahawa lagi kuat survey Melayu dilakukan oleh Umno maka makin banyaklah harta dan kekayaan mereka menimbun-nimbun.
Bila mengenang jasa Umno, biarlah bertempat tepat kepada sasaran di mana jasa itu dikenang.
Sepatutnya pengasas Umno Baru mengenang budi parti yang telah mengangkat beliau ke mercu kekuasaan, tetapi beliau menggunakan kuasa hasil dari mengenang jasa orang Melayu dengan membinasakan parti itu pada suatu ketika dahulu. Jasa parti itu besar kepada beliau tetapi beliau sendiri yang tidak mengenangnya.
Beliau telah membiarkan Umno itu mati walaupun kuasa yang diberikan oleh orang Melayu kepada beliau boleh menyelamatkan parti itu dari terkubur.
Beliau adalah Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri semasa itu yang sepatutnya menggunakan kuasa yang ada kepada beliau mengikut Akta Pertubuhan 1965 sek 70 yang membolehkan beliau menggunakan kuasa itu untuk menghidupkan mana-mana pertubuhan yang diharamkan oleh mahkamah.
Beliau enggan menggunakan akta itu kerana beliau mahukan Umno itu mati terus dan menggantikannya dengan parti baru yang menggunakan nama “Umno” yang keramat itu.
Maka wujudlah satu parti yang meminjam nama Umno yang telah terkubur itu. Apa yang hendak diterima kasihkan kepada pemimpin-pemimpin seperti ini?
Kenapa hendak memaksa orang ramai khususnya orang Melayu yang berjiwa tulin dalam perjuangan mereka untuk mengenangkan “jasa” yang seperti ini? Inikah dia yang dinamakan jasa?
Selepas dan bermula dari saat itu Melayu tidak lagi mempunyai pemimpin-pemimpin yang jujur untuk perjuangan selain dari memperjuangkan untuk mengisi perut dan keluarga masing-masing.
Pemimpin-pemimpin berkomplot sesama sendiri untuk naik takhta kepimpinan dan melakukan perkara-perkara yang menjadi persoalan kepada orang Melayu.
Masalahnya Melayu begitu perlahan untuk sedar tentang perlakuan yang telah merosakkan keseluruhan “fabric” politik orang Melayu khususnya.
Selama lebih 30 tahun rakyat terpaksa membayar harga yang lebih tinggi untuk semua kereta untuk menyelamatkan Proton. Hakikatnya itu pun tidak mencukupi untuk menyelamatkan Proton yang telah dijual sebanyak lima kali.
ReplyDeleteMalah kerajaan telah mengubah peraturan dan undang-undang untuk menghalang kereta lain daripada memasuki pasaran negara dan pada masa yang sama Proton mendapat layanan istimewa seperti bantuan kewangan daripada menjadi muflis.
Kesannya rakyat dipaksa membeli kereta yang lebih mahal daripada jenama lain sementara mereka yang kurang berada tidak mempunyai pilihan tetapi terpaksa membeli Proton.
Apakah ini boleh dikatakan jasa rakyat kepada negara?
Sebenarnya rakyat telah banyak berkorban untuk negara. Kenapa pemimpin negara masih tidak cerdik menghargai jasa rakyat terutama orang Melayu yang telah banyak berkorban untuk parti dan negara?
Janganlah berpropaganda bertanya apa negara sudah buat kepada rakyat. Persoalan yang perlu ditanya ialah apa pemimpin negara sudah buat dengan amanah yang diberikan oleh rakyat.
ReplyDeleteKata-kata John F Kennedy hanya elok untuk tahun 1960-an dan 1970-an.
Rakyat kini bertanya kenapa dengan amanah rakyat, harga barangan dinaikkan, rakyat kena saman ekor, lori takut kena saman yang mana semua menganiaya kehidupan harian rakyat.
Warga muda dan tua kini mengenang jasa but kasut, gas pemedih mata dan air asid kerana hanya berhimpun meminta sesuatu yang adil dan bersih.
Sejarah ketamadunan manusia mencatatkan bermacam demonstrasi, protes dan revolusi. Ada bangkit dan ada jatuh. Kerajaan bertukar silih ganti tapi rakyat kekal selamanya.
Kita bukan hidup dalam syurga macam Adam dan Hawa. Adam dan Hawa dalam syurga yang aman damai pun boleh kena tipu, inikan kita yang hidup di dunia.
Pemimpin negara harus ingat bahawa rakyat, ahli dan penyokong parti-parti politik bukanlah mangsa keadaan yang boleh dijadikan sebagai bahan uji kaji untuk memastikan penyelidikan itu berjaya atau tidak.
ReplyDeleteRakyat merupakan kelompok yang sangat fragile, sekiranya tidak ditatang dengan baik pasti akan hancur berkecai dan terbahagi kepada pelbagai puak.
Rakyat adalah antara kumpulan yang sangat penting dalam memastikan perjuangan parti politik menemui kejayaan mahupun kegagalan. Dalam erti kata yang lain, tanpa sokongan dan bantuan rakyat, parti-parti politik tidak mampu untuk mempertahankan kedudukan atau status quo.
Pengorbanan rakyat sangat suci dan tulus kerana rakyat berjuang demi kepentingan parti, tokoh politik, hak sosial, ekonomi dan politik dan masa depan diri serta keluarga rakyat.
Hargailah jasa dan pengorbanan rakyat dan bukan sebaliknya.
Salam AA dan bloggers,
ReplyDeleteanon 22:56
Duit kerajaan bukan duit UMNO tetapi duit pembayar cukai termasuklah rakyat dari parti PAS,DAP,PKR dll.
UMNO cumalah pihak yang diberi amanah untuk menguruskan wang rakyat.
Ini samalah dengan komen mak mertua saya semasa melalui jambatan Kuala Kangsar semasa melihat begitu banyak bendera PAS dipasang.
Katanya "Mana boleh PAS pasang bendera atas jembatan. Jembatan ni 'kerajaan' punya"
Tolonglah bezakan antara parti dan pemerintah.
Surrogate
Anon 30.22:56,
ReplyDeletePerlu di ingat duit yang dapat itu bukannya duit UMNO totok ok,itu adala duit kerajaan,kerajaan terdiri dari berbagai2 party jangan ingat duit tu datang dari UMNO totok,pembayar cukai berhak menerima balik dari kerajaan,UMNO totok sepatutnya tidak mengungut raayat,apa setiap jasa mesti dibalas? kalau ia mengapa raayat Kelantan dinafikan berbagai2 imbuhan yang sepatut diterima olih raayat kelantan? raayat Kelantan pun membayar Cukai kepada Kerajaan kan?....inilah dia UMNO diterajui olih orang Melayu yang zalim dan gila kuasa dicemari olih perbuatan RASUAH,Gangster, ini termasuklah mufti dan jemaah fatwa, apa nak cakap ini semuanya hasil didikan dari manusia yang datang dari Kerala bernama mahadir S/O mohammed iskander.
Ha ha ha
ReplyDeleteAku memang masuk SBP, Pinjaman Pendidikan, masuk Unibersiti..tapi yang aku dapat kerana Merit yang aku ada!!!.
Lagi satu Che Anon Survey..masa aku masuk tu Kerajaan Memang UMNO, tapi Jemaah Menteri Tak sama, Dasar pun tak sama. Jadi Kerjaan tu patutnya Exclusive untuk pada masa tu aje..
Sekarang ni Dasar Kerajaan UMNO dah tak sama dengan dulu, Jemaah Menteri pun tak sama. So Adakah Salah kalau saya mengundi selain UMNO kerana UMNO yang ada Sekarang TAK Sama dengan yang Ada Dulu????
Adakah saya tak berterima kasih/lupa daratan. Walhal yang memberi Jasa kepada saya ialah kerajaan yang diUNDI Sepuluh/Duapuluh tahun dulu. Bukannya Kerajaan yang ada sekarang. Jadi If UMNO need my Vote, they must Show what they can delivered. Erase your Bad Record, Erase your BAD Leader..Erase the Thug, Pirate as well as Free loader ....ha ha ha.
BDW, Now days to much Mamak spoil the UMNO..Lucky that Pahang UMNO do not have much Mamak in UMNO..tak Gitu QD....ha ha ha
WEh sikitnya komen kat sini. Si boy QD mana? Kalu dia ada, ramailah fans dia masuk. Tak nak kawan dengan kita ke QD? Atau awak dah kalah dengan kepandaian Ayahnda Aspan.
ReplyDeleteHeehee, QD masih tidur lagi. Tapi terkejut sekejap tengok dua komen sebut nama QD. Mujurlah belum makan, if not dah tentu tersedak.
ReplyDeleteAs usual Tuan Aspan's Malay is superb. Perfecto. Siap dengan perkataan Manguih.
But you know Tuan Aspan. Ada orang tak mujarab makan ubat Manguih saudara. Apa orang Pahang cakap dawaih aje. Which means no effect at all.
Agaknya QD is one lah.
Anon 10.12
Betul apa aok cakak. Kat Pahang takde Mamak.
Yang ada orang nama ala Siam Sakmongkol or Aka Arif Sabri. Beloved Uncle kita tu bangga dia lima keturunan Melayu lah. Malangnya dia tinggalkan UMNO. If not he's authentic UMNO.
Susah nak cari orang UMNO asli tu. Sayapun celop. Hahaha. Tapi orang celop cerdik you. Tengoklah Tun M. Otak geliga.
Okaylah nak tidur. Bilah agaknya QD nak bangkit dari tidur like Saudara Aspan said.
Hehe nampaknya taklah. Seronok jadi Rip Van Winkle. Tak banyak dosa. Tidur saja.
Or I boleh jadi Cinderella tunggu prince charming kiss me baru bangun.
Agaknya bangun bila KJ jadi MB NS. Setuju ke Tuan Aspan? Okay kan since he's not Mr 40 winks like Pops (I panggil my dad)in-law.
Pak Aspan,
ReplyDeleteRakyat Malaysia merasa malu kerana mempunyai seorang Perdana Menteri yang dikaitkan dengan isu skandal kapal selam Scorpene.
Malah kes ini juga dikaitkan dengan Altantuya yang mati dibunuh dengan kejam oleh pengawal peribadi Najib sendiri.
Ayah Altantuya baru-baru ini semasa berkunjung ke Malaysia untuk mengetahui perkembangan kes anaknya di sini sendiri mengaku bahawa beliau pernah melihat Altantuya, Razak Baginda dan Najib Razak dalam satu gambar tetapi, malangnya gambar itu tiada dalam simpanan beliau.
Sebenarnya sejak zaman Mahathir, pemimpin UMNO tidak pernah kenal dengan apa itu malu. Hanya rakyat yang selalu terasa malu. Oleh kerana itu, setiap hari rakyat kini mulai hilang keyakinan dengan kepimpinan Barisan Nasional.
TERKINI : KISAH BENAR GELANG PATAH
ReplyDeletehttp://kingofgoblok.blogspot.com/2012/05/sultan-johor-patut-lawat-rakyat-sebelum.html
Komen Tuan AA pada kali ini memang terlalu baik dan boleh dijadikan broucher di PRU13 untuk diagihkan kepada Melayu-Melayu banggang dan bodoh wal jahanam yang masih berkarat menyokong UMNO (Baru) parti haramjadah dari dulu kini dan selamanya...... Bodoh Melayu....Bodoh Melayu......
ReplyDeleteKenapa orang Melayu boleh ditipu hampir 54 tahun oleh para pemimpin UMNO/BN? Mudah sahaja jawapannya... kerana para pemimpin ini bijak menggunakan seni bahasa yang enak dan lunak hinggakan pok cik dan mok cik Felda, pengundi saluran 1 dan 2 terlena diulit mimpi. Mereka tahu orang Melayu ini kalau ramas punggung bini mereka dan bawa lari anak dara mereka pun belum tentu mereka marah berbanding kalau menggunakan bahasa yang kasar dan tegas terhadap mereka. Maka dengan formula inilah para pemimpin UMNO/BN boleh menjual harta dan khazanah Negara tanpa rasa takut dan bimbang, asalkan pandai mendendangkan bahasa dan puisi. Biar kita tinggal di atas rakit dan sampan pun tidak mengapa asalkan dapat didendangkan dengan bahasa yang lunak dan merdu dari si pemimpin penyangak dan korupsi. Itulah metalitinya bangsa melayu kita ini.
Tuan AA,
ReplyDeleteApa yang berlaku sekarang ini adalah kesan dari pemerintahan Mamak kutty yang terlalu lama menjadi perdana menteri.
- Perwaja Bankrup...mamak kutty nak salahkan siapa
- MAS bungkus tidak bermaya tidak seperti semangat slogan ''hidup melayu'' masa himpunan umno baru.Mamak kutty nak SALAHKAN SIAPA DALAM HAL INI??
-Proton vs kualiti+harga+pasaran+cukai+membebankan rakyat.
-Terlalu banyak kepincangan yang merugikan bangsa melayu berlaku dalam zaman diktator mamak kutty,apakah mamak kutty memang lupa dia puca segala yang berlaku ini.
-ABU-
-Scorpene terbang-
QD,
ReplyDeleteMadey bukan celup la..
Totok, pure kaf lam ya nga.
tak tau nak beza ke?
QD macam ni lah katak2 are the right species to kiss prince charming baru bangun, kesian prince alarming terus jadi katak ! cinderrala lama2 jadi botoxed queen bees ahem ahem. Jgn jom heboh sini sana utk mereka, QD. Mentaliti glam tak sedar diri.
ReplyDelete