Sesudah lima puluh empat tahun berkuasa dan
bermaharajalela, UMNO Baru akan sampai ke penghujungnya dan sudah terlalu
banyak dalil dan tanda-tanda yang menunjukkan ia akan berlaku. Tidak payah
disebut dan diulangi kali ini kerana kenyataan itu sudah dirasai oleh ramai
rakyat dan ia dirasakan di dalam naluri mereka yang memerhati keadaan ini.
Ia tidak usah disedihkan kerana
ia perlu berlaku bagi menjauhkan negara daripada terjerumus ke lembah kerosakan
kepada budaya politik negara kita yang kita sayangi ini. Parti Liberal Demokrat
Jepun (LDP) telah tumbang setelah memerintah negara matahari terbit itu selama lima puluh tahun.
LDP merupakan parti yang telah
berjasa kepada negara Jepun. LDPlah yang telah membangunkan Jepun dengan
begitu pantas setelah negara itu mengalami kekalahan yang menghinakan dalam
peperangan dunia ke-2 dahulu. Negara Jepun
yang telah hancur lebur hasil dari ledakan bom atom di Hiroshima yang menjadi penyebab kepada
kekalahan Jepun itu, telah dibangunkan kembali oleh LDP sehinggakan Jepun menjadi
kuasa ekonomi yang besar di dunia ini.
Jasa LDP kepada negaranya begitu
‘quantifiable’ kerana dalam tempoh lima dekad dalam pentadbiran dan
pemerintahan parti LDP itu, Jepun telah menebus kekalahan yang dialaminya yang
begitu hina, menjadi sebuah negara yang tidak boleh ditinggalkan dalam segala
urusan antarabangsa, khususnya dalam bidang ekonomi dan perdagangan
antarabangsa. Keributan kecil di Jepun boleh menjejaskan keadaan ekonomi dan
seterusnya politik dunia, lebih-lebih lagi rantau Asia
ini.
Pemimpin LDP tahu dan faham apa
yang mereka lakukan dan mereka tidak melakukan sesuatu tindakan itu berdasarkan
kepada politik kepartian semata-mata. Jepun khususnya pimpinan LDP membangunkan
negara bukan kerana diasaskan kepada kepentingan kepartian LDP semata-mata
tetapi berdasarkan kepada matlamat yang ‘ultimate’ bagi rakyat dan negara iaitu
untuk mencapai pembangunan negara (nation building) dalam erti kata yang
sebenarnya.
Negara Jepun setelah mengalami
kekalahan peperangan dunia kedua tidak menunggu lama untuk memperbaiki
keruntuhan hasil dari peperangan itu. Jepun terus sahaja membangunkan industri
negaranya dengan memilih ‘formula’ dan pendekatan yang radikal dan prakmatik.
Yang pertama dilakukan oleh Jepun
ialah untuk membangunkan industri ‘precision’nya dengan disampingi oleh
‘R&D’ nya kerana mereka tahu yang cara untuk menyaingi pembangunan
negara-negara lain yang sedang membangun dengan pesatnya ialah dengan mencapai
‘perfection’ yang tinggi. Jepun tahu yang cara untuk mencapai ‘competitiveness’
yang tinggi ialah untuk membina industri kepada produk-produk yang mampu di‘export’
dan mudah diterima oleh pasaran antarabangsa.
Jepun di bawah pimpinan LDP sedar bahawa negara itu tidak mempunyai kekuatan ‘export’ untuk apa-apa komoditi kerana
Jepun merupakan negara secara ‘geographic’nya merupakan negara yang tidak
mempunyai keluasan untuk kediaman yang besar. Jepun hanya mempunyai satu pertiga kawasan negaranya yang boleh didiami oleh
manusia dan negara itu tidak mempunyai
hasil bumi yang besar seperti di negara kita ini.
Mahu tidak mahu Jepun terpaksa menumpukan
usahanya untuk pembangunan industri sahaja semasa itu. Pembangunan industri
‘precision’ itu telah membantu pembangunan industri yang lain kerana kos
pengeluaran barangannya menjadi rendah kerana
kos yang dibelanjakan terhadap ‘capital goods’ dalam sesuatu pengeluaran itu menjadi rendah. Ini ialah
kerana mesin-mesin untuk mengilang itu dikeluarkan oleh negara Jepun sendiri
hasil dari ‘R&D’nya yang berjaya itu.
Di sebaliknya, di negara kita
sampai ke hari ini kita belum pun lagi mempunyai industri Malaysia itu sendiri. Malaysia belum
lagi mempunyai barangan industri kita
sendiri untuk di‘export’ atau menjadi kegunaan masyarakat antarabangsa.
Kesemua industri yang ada di negara kita hanyalah merupakan industri
‘footloose’ yang boleh dipindah dan dianjak kemana-mana oleh pengilang-pengilang
antarabangsa yang ada disini.
Malahan banyak di antara
kilang-kilang gergasi kepunyaan negara lain yang beroperasi di negara kita
telah memindahkan operasinya di negara-negara jiran kita seperti Thailand dan Vietnam.
Begitulah besarnya jasa LDP
kepada negara Jepun tetapi setelah memerintah selama lima dekad rakyat menolak parti itu kerana
kepentingan negara dan rakyat. LDP telah melakukan kesilapan demi kesilapan
kerana mereka (LDP) telah mengambil segala-galanya ‘for granted’ kerana telah
terlalu biasa dengan kuasa yang rakyat mandatkan.
Rakyatnya mementingkan kepentingan
negara sebagai perkara yang utama. LDP sudah mula diselaputi oleh kegiatan
rasuah dan salahguna kuasa dan kadar rasuahnya tidaklah sebesar apa yang
berlaku di negara kita. Itu pun rakyat Jepun menolaknya setelah berjasa kepada
Jepun selama lima
puluh tahun.
Itulah sebabnya jika UMNO Baru mengungkit-ngungkit
apa yang mereka telah lakukan terhadap rakyat dan meminta rakyat mengenang
jasanya untuk meneruskan kuasa itu, ia merupakan satu penganiayaan kepada
negara sendiri. UMNO Baru mahukan rakyat mengenagkan jasa-jasa lama dan
melupakan sahaja isu rasuah yang berluas-luasa yang mereka lakukan. Bagi UMNO Baru
‘aku boleh rasuah kerana aku telah lama berjasa’ itu merupakan budaya dan
pemikiran yang amat hina terhadap rakyat.
UMNO Baru telah mengungkit sampai
ke perkara yang kecil dan di kampung saya suatu ketika dahulu pemimpin UMNO Baru
mengungkitkan bantuan gigi palsu sebagai cara untuk menyambung sokongan
terhadap mereka (UMNO) Baru.
Kita perlu mengambil contoh yang
baik seperti contoh yang dilakukan oleh rakyat Jepun. Mereka (rakyat Jepun)
mengutamakan nasib dan masa depan negara. Mereka tidak termakan dengan cerita
jasa lama dan membiarkan negara mereka dipunah-ranahkan oleh pemimpin-pemimpi
parti yang telah berjasa lebih besar kepada rakyatnya dari jasa UMNO Baru kepada
rakyat Malaysia.
Kita juga elok mengkaji apa yang
berlaku kepada Parti Kongress India
yang telah ditumbangkan oleh rakyat negara India
setelah hampir lima dekad berjasa kepada negara
demokrasi terbesar di Asia itu. Semuanya
mengambil giliran untuk turun apabila masanya tiba.
Begitu juga Parti Golka dari Indonesia. Ini
semuanya merupakan contoh-contoh yang hampir dengan kita yang sejarahnya masih
baru dan muda. Kita tidak payah membaca tentang sejarah lama seperti kejatuhan
Empire Roman dan sebagainya.
Apa yang berlaku di sekeliling
kita sudah memadai untuk dijadikan contoh dan teladan.
Tuan,
ReplyDeleteRasa saya kan, bagi memberi sedikit kedibiliti pada pemimpin masa lalu, serta ungkapan UMNO atau UMNO baru mungkin tuan terpaksa membezakan 54 tahun Malaysia diperintah.
Memang selayaknya kita hargai perkara baik yang telah dilakukan, tapi kita tidak dapat menerima perkara salah sekecil mana sekali pun.
Kita perlu kepada "Good Governance" setiap masa, maka siapa yang mampu membuktikan bahawa mereka "SERIOUS" perlu disokong.
Good luck Malaysia.
Tuan AA,
ReplyDeleteHalal dan Haram cara umno ;
- Halal kepada pemimpin umno untuk Memperolehi komisen/projek kerana kuasa/jawatan sebagai menteri.
- Haram sekiranya pemimpin umno menambahkan pendapatan dan mengurangkan perbelanjaan negara.
- Haramjadahkan rakyat jika tidak rela digadai masa depan mereka dengan pemberian 'DURIAN RUNTUH' cara umno.
salam
-scorpeneterbang-
Saudara ku Aspan,
ReplyDeleteYour entry into DAP has resulted reasonable big followings among the Malays and I am one of them.
Everywhere I go I hear people discussing about you and DAP.
BUT they are mostly in the waiting zone, as they are not sure whether you would be fielded or not during the coming.
It will bear differences with the issue , you contesting or just at the side line.
Thanks saudara.
Razak hamid, johor baru
hahaha tuan aa, lucu sekali bila saya bayangkan parti ldp jepun mengganggu ceramah parti lawannya dgn membalingkan batu dan telur sambil tv nasional jepun menyiarkan fitnah terhadap parti pembangkang 24 jam sehari bertali arus. lepas tu mereka berteriak pula "hidup ketuanan jepun". tentu jadi bahan lawak antarabangsa. tapi itu hanyalah bayangan fikiran saya sekiranya keadaan di negara kita skg ini diaplikasikan ke negara timur yg maju itu.
ReplyDeleteAdakah kekalahan umno/bn parti pakatan rakyat akan lebih baek??
ReplyDeleteAdakah sejarah akan berulang,apabila pakatan mendapat mandat memerintah..Pas akan ditendang keluar..lihat apa yg umno buat pada Pas apabila terdesak..
Bodoh dan banggang nya umno ne..apabila tolak islam sebagai wadah perjuangan..
Pas diibaratkan sebagai pengimbang kepada kerakusan bn atau pakatan rakyat pada masa mendatang..
Politik bagi islam dan melayu akan diibarat pimai pimai tang tu...yg untungnya org kafir
Diakhirat nnti berjawap la wahai pemimpin samada di kalangan pakatan rakyat dan barisan nasional..termasuklah raja raja melayu..
Mr AA,
ReplyDeleteWhat said by Razak Hamid is real and holds truth.
Your participation carries and hold water.
Without you joining the candidacy line up will be just like making you a pawn by DAP.
The excitement of your entry will die instantaneously once you are not in the line up bro. The issue of Malay marginalization in DAP will resurface.
I saw your seriousness and commitment when listening to your speech in Perlis 2 weeks ago tuan.Incidentally i was at my kampong where you were on stage tuan with Dayangku Intan.
Cheers tuan.
BB ahmad
PRU 12 saya ambil tindakan yg betul, tiada BARISAN, saya pangkah MATA. Alhamdulliah menang, PRU 13 ini, apa juga adik kandung YB kata, saya tetap pangkah MATA atau DAP atau PAS. DARI: MOSES
ReplyDeleteMemang tak pelik tapi tak mungkin, Tuan Asan.
ReplyDeleteMana mungkin dengan perpecahan dalam Keadilan semakin ketare dengan perletakan jawatan Rafizi. Kalau anak emas Anwar boleh buat demikian dah tentulah mencerminkan krisis leadership dalam Keadilan.
And then isu Faekah yang berlagak macam MB dan mendatangkan kemarahan di kalangan parti.
Belum apa-apa Tuhan dah tunjuk. Anwar memang tak pandai menjaga hati orangnya.
nsyaAllah, saya penuh yakin bahawa berkat pengorbanan dan kesungguhan usaha pimpinan PR dan juga seluruh rakyat yang cinta akan keadilan, keamanan dan keharmonian hidup, kita akan dapat mengubah nasib dan masa depan kita serta generasi akan datang dalam Pilihanraya Umum ke 13 ini.
ReplyDeleteRafizi Ramli menjawab;
ReplyDeleteKepada mereka yang ragu-ragu, kononnya saya akan lompat parti, saya berjanji akan bersunat sekali lagi kalau lompat parti. Patut semua wakil rakyat kena janji macam ini.
Assalam Pak Aspan
ReplyDeleteApa yang menjadi persoalannya sekarang adakah orang orang Melayu
UMNO dapat menggunakan akal mereka untuk memahami fakta mudah yang telah
Pak Aspan huraikan dalam artikel tuan
itu.Didalam jiwa dan akal mereka sebenarnya telah merasa terlalu terhutang budi dan harta dari UMNO.Mereka percaya sekiranya tiada UMNO maka kesejahteraan ekonomi,masyarakat malah agama akan tergugat.Sebab itulah UMNO menjadikan slogan "Dulu kini dan selamanya"sebagai rukun kehidupan politik mereka.Kebejatan kepada bangsa oleh UMNO baru dengan aksi rasuah bersekala besar,pengkhianatan kepada umat Melayu marhain dengan hanya menjaga
segelintir kelompok umnoputra,merompak harta kekayaan negara untuk dirisendiri dan banyak lagi kerja kerja culas dan curang UMNO mereka diamkan sahaja.Anak bumi bertuah ini bangun berjuang dengan jiwa raga mereka menentang penjajah untuk menuntut kemerdekaan.Ketika itu jiwa mereka tidak ditakluki oleh ikatan budi dan harta benda.Pak Aspan,sekiranya
pada hari ini pertiwi ini masih terjajah seperti suatu ketika dahulu saya percaya kemerdekaan itu tidak akan dicapai.Ini adalah kerana jiwa raga,hati nurani dan rukun hidup sebahagian besar Melayu itu dapat dilelapkan hanya dengan sedikit suapan kebendaan.
Pak,
ReplyDeleteYou are absolutely right to say that it's normal for any political party to lose an election or even a "buy election" in a functioning democracy. Winning or losing is the basis of a democratic election and what it means is that the power to elect a government reside with the people (the voter) and not with the "government of the day".
BUT what is strange and bizarre and not to mention, totally ridiculous is UMNO's beliefs that IT (UMNO) is the only one who has the sole right to govern Malaysia and furthermore, UMNO insanely assert that no matter what the circumstances is, IT must have the right to "rule" (instead of govern) even though UMNO is corrupt, immoral and inept in everything it does or in other words, UMNO is full of worthless scoundrels.
Never in the history of mankind has a political party stoop so low and despicably in pursuit of power and wealth. UMNO's rule in Malaysia is the worse example of democracy in action but the best example of corrupt politician destroying a nation while hiding behind the veneer of "democracy" albeit with liberal alterations and modifications. Or in other words and language, it's "demokrasi terpimpin" where Abdul Wahub (UMNO) and Abdul Wahib (their cronies and lackeys) cheats and steal everything while Abdul Wahab (the people, Malaysian) get nothing but black eyes, chemical water that itches and burn and worse, all the debts UMNO incurred while pretending to be the government which has to be repaid (no out of court settlement unlike the lucky Tajudin Ramli). WOW! We all should thank TDM for giving us so many wonderful gift! Let us elect his party into government for another 3 decades and promptly buy a plot at the nearest cemetery and bury ourselves alive!
Nick.
Cape tiger.
Pak Aspan,
ReplyDeleteAnwar Ibrahim beri bukti yang Pakatan Rakyat boleh tadbir negara dengan lebih baik
Salam,
ReplyDeleteIni PM kita, punyalah bangang pasal sejarah.
Adakah pilihanraya musim haji pada tahun 1986, dia kata zaman Hussein Onn!!!!
Wahai Kerismuddin, apa pendapat anda ?
Lihat pada minit ke 12:36 di : http://www.mobtv.my/current_affairs-1597.html
Najib oh Najib....