Bertemu rakan-rakan yang sudah
lama tidak berjumpa merupakan salah satu keseronokan yang saya alami sejak
kembali keluar ke merata tempat dan negeri di dalam negara dalam siri memenuhi
jemputan berceramah. Di mana-mana saja saya pergi, saya menemui sahabat-sahabat
lama yang kadangkala saya sudah tidak mengenali mereka kerana sudah dua dekad
tidak berjumpa. Saya berasa sangat bersemangat apabila mereka menunggu saya
di lapangan terbang untuk menjemput saya ke tempat-tempat ceramah yang telah
ditetapkan.
Semalam saya telah dihubungi oleh
Dato' Rosli Ibrahim, seorang pemimpin PAS dan bekas ADUN di Kelantan. Kami sudah tidak berhubung selama
dua puluh tahun dan beliau memanggil saya untuk datang memberikan penerangan
tentang penyertaan saya dalam DAP kepada orang ramai di kawasan Melor. Beliau
meminta saya untuk memberikan penerangan dan mengatasi isu PAS dikudakan DAP
dan DAP mengudakan PAS seperti yang dihebohkan dan diisukan oleh pihak BN itu.
Selain daripada seronok menjawab
isu-isu berbangkit apa yang menyenangkan saya ialah saya dapat menemui ratusan
malahan ribuan rakan-rakan lama. Di antara mereka ada yang sudah bergelar dan
bernama, ada yang masih seperti biasa tetapi yang lebih saya gembira ialah
mereka mudah untuk menerima penerangan saya tentang isu-isu yang berkaitan
dengan DAP dan Melayu yang telah dijadikan isu oleh pihak yang sedang berkuasa.
Tidak ramai yang menentang
tentang penyertaan saya dalam DAP malahan mereka mudah untuk menerima hakikat
yang kita tidak boleh menjadikan isu rasis sebagai isu lagi. Kita tidak akan
mendapat negara yang aman jika kita tidak membuangkan perasaan yang rasis
kerana isu rasis ini adalah isu yang digunakan oleh pihak pemerintah untuk
mendapatkan sokongan bulat orang Melayu. Bagi saya hanya pihak desperado sahaja
yang bergantung kepada isu rasis ini.
Rakan-rakan saya yang menanti
saya di mana-mana sekali pun mengakui bahawa pihak pemerintah sekarang dalam
keadaan panik kerana mereka tidak dapat menyelesaikan isu krisis keyakinan yang
BN sedang hadapi. Rakan-rakan saya ini mengakui yang BN menghadapi isu krisis
kepimpinan ini dengan tidak dapat mencari jalan penyelesaiannya.
Bagi sesuatu pihak yang tidak
dapat menyelesaikan isu kepimpinan ini, ianya memberikan jawapan yang jelas
kepada kita. Ianya menunjukkan bahawa mereka
sebenarnya tidak tahu apa masalah yang dihadapi oleh rakyat. Apabila kita tidak tahu masalah yang timbul
adalah mustahil bagi kita untuk mencari jalan penyelesaiannya.
Kita mesti faham apa masalah
sebenarnya sebelum kita berfikir untuk menyelesaikannya. Itulah saya selalu
berkata yang pimpinan BN hari ini sudah hilang hidayah dan punca bagaimana
untuk terus mentadbir negara dengan baik. “We must understand problems up to
specific first before we even start thinking of solving it”. Itu kata-kata pengkaji
subjek pengurusan yang semua pihak faham.
Saya tidak lupa menyatakan kepada
sahabat-sahabat yang ribuan yang kembali menemui saya bahawa krisis yang dihadapi
oleh pimpinan BN hari ini bukan sahaja dalam kepimpinan parti mereka. Mereka
juga sedang menghadapi krisis keyakinan terhadap agama yang mereka anuti. Apa
tidaknya? Mereka sudah tidak berapa yakin yang kita orang Islam percaya kepada
adanya pahala dan dosa serta ada neraka dan syurga.
Jika mereka tidak mempunyai
krisis terhadap keyakinan tentang adanya syurga dan neraka ini, mereka tidak akan
melakukan rasuah dan salahguna kuasa. Mereka telah cuba difahami oleh agama kita yang
rasuah itu besar dosanya dan ia sama seperti kita memakan daging saudara kita
sendiri.
Apabila kita tidak yakin terhadap
agama kita sendiri bagaimanakah pimpinan berjaya untuk mendapatkan keyakinan
terhadap mereka? Mereka tidak mahu menerima dan meyakini diri mereka yang semua
agama pun menyeru kepada nilai-nilai baik.
Itu sebabnya kita melihat bahawa
kerajaan Pulau Pinang amat dicemburui oleh pihak pimpinan kerajaan sebelumnya
kerana kejayaan pimpinan PR negeri itu melaksanakan kepimpinan mengikut
kehendak Islam dan agama-agama yang lain yang meningkatkan nilai-nilai ‘spiritual’ kepada kepimpinannya. Jika saya berkata begini ada pihak yang berkepentingan
akan menafikannya dan mengkritik saya.
Bagi saya parti dan ahli
sepatutnya memberikan sumbangan terhadap masing-masing. Sebagai seorang bekas
ahli UMNO yang telah begitu lama dalam parti itu tentulah banyak budaya dan
nilai parti itu yang masih terlekat kepada diri saya. Oleh itu saya tentulah
terpaksa melakukan ‘adjustment;’ dengan budaya yang ada dalam DAP itu dan parti
tentulah akan memberikan dan membentuk diri saya dengan nilai dan budaya parti
itu.
Saya sanggup untuk membuat
‘adjustment’ tersebut kerana keyakinan saya terhadap parti itu yang telah
membuktikan kebaikan sebagai parti yang akan bersama-sama mentadbir negara
dengan baik dan adil. Saya menyebut ini kerana saya serius dalam memperjuangkan
sebuah negara yang kepimpinan yang beretika dan bersih dari rasuah yang begitu
serius ‘consequence’nya jika tidak diperbaiki.
Saya bersama rakyat yang ramai
untuk melepaskan kerinduan untuk hidup di dalam sebuah negara yang bersih daripada
elemen yang buruk ini yang akhirnya akan membunuh tamadun yang telah terbina
selama ini.
Berbalik kepada perjumpaan dengan
ramai rakan-rakan karib di seluruh negara ini saya tidak lupa untuk bercakap dan
berbincang tentang isu ini. Setakat yang saya alami sejak empat lima bulan yang lepas saya
mempunyai keyakinan yang mereka menilai dan memberikan tumpuan untuk mendengar
pandangan saya dan saya tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan dorongan dan
sokongan daripada mereka.
Insyaallah selagi tubuh badan dan
pemikiran saya masih sihat saya rela untuk menghabiskan masa dan waktu untuk
memperjuangkan usaha untuk mendapatkan sebuah pentadbiran yang baik serta
bersih daripada segala elemen-eleman negatif yang selalu memperdayakan rakyat yang
ramai ini.
Selari dengan itu saya sendiri
sedia untuk memperbaiki segala kelemahan yang jika ada dalam diri saya sendiri. Bersama-sama kita untuk memperbaiki diri kita sendiri serta kebaikan perjuangan
untuk memperbaiki keadaan politik dan siasah negara.
Ayahanda Aspan,
ReplyDeleteBila ayahanda tahu akan budaya dan nilai yang tidak baik masih terlekat pada diri, ayahanda kena cepat-cepat buangkannya. Jangan hanya tunggu untuk parti memberikan dan membentuk diri ayahanda.
The wisdom is already in ayahanda. All you need to do is just download the wisdom.
Ayahanda perlu banyak muhasabah diri. Jangan hanya pandai menulis dan akhirnaya memerangkap diri sendiri. Itulah yang dinantikan oleh pihak Umno.
Bagi Umno, ayahanda telah mengkhianat Umno. Budaya Umno ialah dendam kesumat sehingga mengaibkan. Jadi eloklah berhati-hati dalam segala perlakuan ayahanda.
You cannot afford to make any mistakes and not even a slight hiccup!
Sdr Aspan , " Saya bersama rakyat yang ramai untuk melepaskan kerinduan untuk hidup dalam sebuah negara yang bersih dari elemen yang buruk ini yang akhirnya akan membunuh tamaddun yang telah terbina selama ini. "
ReplyDeleteReading every sentence, it is real hard to remain composed and not be visibly moved ... and your willingness to make adjustment ... Rakyat di seluruh pelusuk negara mesti lah mengundi untuk perubahan besar bagi menyelamatkan Malaysia !
counting the months, before a sojourn abroad, i will continuously learn more there, to share new and fresh ideas and innovations ... and beyond with you, fellow writers and readers in your blog .... who enjoy a common hearfelt camaraderie and concerns for the rakyat and this nation !
My utmost sincere thanks and appreciation to you, thru your blogs and your wonderful quests' quiet sharing, really like learning much in the little free time amidst exhaustion ... hopefully will explode in wonders alongside others' great ideas, ha ha.
Salam , Merci .
Ayuh, Saudara AA, kita sama-sama mendirikan negara ini sebagai sebuah negara yang bersih, cekap dan amanah.
ReplyDeleteNegara yang telus dan rasuah bebas akan menjadi idaman negara-negara lain.
Salam.
Salam Sdr Aspan.
ReplyDeletePerjuangan politik telah berubah drpd perjuangan mengikut kehendak sesuatu kaum kepada perjuangan memajukan rakyat dan negara.
Kepentingan negara didahulukan.
Kita sedang membentuk acuan untuk membina SATU KERAJAAN MALAYSIA. bukan kerajaan barisan nasional, bukan pari umno, mca, mic, gerakan; kita menuju kearah satu kerajaan Malaysia yang memerintah negara Malaysia dan rakyat Malaysia.
Perjuangan Sdr melalui DAP sangat menjurus kearah Malaysia yang sebenar.
PKR dan PAS adalah parti bagi rakyat Malaysia. Tidak mengira kaum,kepercayaan dan anutan agama.
Sesiapa saja boleh menyertai jika bersetuju dengan landasan yang telah diletakkan oleh parti berkenaan,
Parti2 yang beasaskan kaum sudah tidak relevan lagi pada hari ini.
Mereka yang maseh berjuangkan dasar iniadalah mereka yang takut kehilangan kuasa dan mereka yang berselindung salahlaku mereka, Dengan memperaktikkan sistem yangn diamal kerajaan sekaran seolah2 kita mencari jarum dalam berguni2 beras jika penyelesaian masalah hendak diambil.Mungkin ini lebih digemari oleh pemimpin kerajaan sekarang kerana dengan cara ini kekadang rakyat terlupa tentang masalah yang kerajaan tangani tidak selesai.
Budaya menakut2kan rakyat telah tidak sesuai lagi.
Budaya membiarkan rakyat kurang berkemampuan merana akan mengundang padah kepada kerajaan.
Saya rasa telah sampai masanya rakyat Malaysia membuat perubahan.
Menafaatkan akal dan ilmu yang ada.
Kini kita telah mengjangkau jenarasi ke 2 dan ke 3 setelah merdeka, pengisian kemerdekaan perlu berubah, jangan pandai bertempik Satu....Malaysia.. saja tapi dalam realitinya maseh berpuak/perkauman.
Jangan ketua satu puak sanggup menghina kepercayaan satu kaum lain dan tidak diambil tindakan oleh pihak penguatkuasaan undang2, kerana zaman sebegini telah lama berlalu.Lagu2 tahun 40an, 50an sudah tidak sesuai lagi dimainkan pada masa kini, perubahan , penyesuaian mengikut peredaran zaman perlu dilakukan/berlaku selagi manusia berakal. Jangan kongkong pemikiran rakyat yangmana kadangkala kita sendiri pun tak faham sejarahnya. Sejarawan tidak perlu membuat taksiran mengikut jalan carimakan, berkata benarlah atau lebih baik diam.....
Malaysia perlukan perubahan.....
Tuan AA,
ReplyDelete- Sesungguhnya perjuangan dilandasan yang betul tiada penghujungnya dan Sesuatu perkara yang baik wajib dilakukan demi kebaikan negara kita.
- Kepimpinan yang baik seseorang pemimpin bukan hanya bergantung kepada kuasa/jawatan atau kedudukannya dalam menentukan sesuatu keputusan tapi setiap tindakan/kputusan harus selari dengan peraturan-peraturan/undang-undang/agama untuk kebaikkan bersama kearah pembangunan bangsa Malaysia.
- Saya berharap tuan akan beroleh kesihatan tubuh badan/mental yang terbaik dan sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang cabaran/dugaan mendatang.
- Sama-sama kita berubah kearah kebaikan.
salam
-scorpeneterbang-
Salam AA dan bloggers,
ReplyDeleteDi antara gerakan2 pelampau perkauman yang saya 'kagumi' adalah Nazi, Klu Klux Klan,Zionisme dan Apartheid.
Mereka ini mempunyai ciri2 yang tersusun dan terancang,eksploitasi,pembuli,peras ugut,rasuah,salahguna kuasa,fitnah seks.
Dengan bangganya UMNO layak menganggotai kelab elit ini dan satu kajian ilmiah secara khusus mesti dibuat trntang kejayaan ini.
Orang yang paling berbangga seharusnya Tun Mahathir.
Tahniah Che Det!
Surrogate
Surrogate,
ReplyDeleteKajian ilmiah sudah lama telah dibuat oleh pihak Tun Mahathir. Malah, sudah lama diamalkan oleh pihak Tun Mahathir.
Tahniah???
ReplyDeleteBiar betul, surrogate? Ko nie betul atau tak betul bagi tahniah nie?
Pemimpin yang ikut ala terkutuk Nazi, Klu Klux Klan, Zionisme dan Apartheid patut dicemur dan bukannya dijulang dengan tahniah.
Apa sangat yang nak dibanggakan dengan tindakan licik mengikut gerakan pelampau yang ko kagumi nie?
Che det eluak di pancuang....
ReplyDeleteSalam Aspan;
ReplyDeletesetuju dengan pandangan Aspan, perlu kita baiki kelemahan kita.. tapi kita perlu juga konsisten dengan prinsip ni..
Kalau kita benci UMNO dan BN rasuah, elok juga kita benci kalau antara kita ada yang ambil kesempatan untuk mengaut harta sebanyak mungkin.
Kalau kita benci dengan pemimpin UMNO rasuah dan kaya-raya, boleh kah kita terima hakikat ada nya pemimpin PKR yang mempunyai harta tersembunyi bernilai RM3Billion dan setiausaha politik mempunyai aset bernilai RM30 juta.
Atau mungkinkah kita berdiri dengan prinsip bila kena kat orang UMNO tapi bila kena kat orang kita, kita membisu.. Macam tu ke?
Tuan Aspan,
ReplyDeleteDatuk Seri Najib Razak sampai kini masih belum menjelaskan kenapa Lynas perlu berhijrah beribu-ribu batu untuk mengangkut bijih nadir bumi yang dilombong di Australia Barat ke Kuantan, sedangkan kos untuk membinanya di Australia adalah lebih murah?
Salam AA dan bloggers,
ReplyDeleteAnon 07:22
I'm trying to be sarcastic here. Perli aje tu..
Anon 10:00
Anwar sudah setuju akaunnya diperiksa,sekali dengan akaun Najib,Pak Lah,Mahathir dan anak2nya. Itu pun kalau ada telor laaa..
Surrogate
Surrogate,
ReplyDeleteWhere did you learn to be sarcastic? Is it from Tun Mahathir?
Like father like son, huh? No wonder you congratulate him.
Dear Surrogate,
ReplyDeleteI have for a long time thought of Mahathir as a former great man who had lost some of his sense of balance, after reading his many irritating comments about a lot of issues.
I noticed that of all the many former chief executives of nations anywhere in the world, he has gone on record as the most acidic and the most sarcastic.
Tun Mahathir has been so aggressive in his criticism of the West and the Jews that he has been called “The Last Mohican of Asia”, but he is also a kind of warrior whose war is not yet finished, so he is still on a rampage to bulldoze everything he thinks is against his beliefs. Humility and moderation are very far away from his mind, thanks to the 22 years of wielding power.
And now in active “retirement” he feels he is free to say whatever he wants, even at the embarrassment and expense of the current Prime Minister. But a long period in a powerful post doesn’t make one right in everything.
In fact, arrogance often sets in and can make one make a lot of mistakes; even become delusional.
DJJ
Anon 24 June 07:22 you might have missed the quotation marks. You care that's why you jumped for a good reason.
ReplyDeleteSurrogate wrote, Di antara gerakan2 pelampau perkauman yang saya 'kagumi' adalah Nazi, Klu Klux Klan,Zionisme dan Apartheid.
" kagumi " in parentheses implying that he detests those racist atrocities. That's surrogate's style of writing using the reverse psychology. And he wrote it discreetly.. to set a spark, ha ha.
He's always on our side, or rather alongside MANY of us here who are of the same wavelengths for everything good for the nation.
Real good both Bruno and him have resumed writing to enlighten Sdr Aspan and Sak's friends, supporters and guests, to support, encourage, complement both their and fellow writers' thoughts. And times to send the torpedoes as the last resort to silence deafeningly !
Enjoy a restful evening.
anon 21:57;
ReplyDeleteWhat an apologist? Enough of Mahathirsm's reverse psychology and sarcasm.
You just can't admit but instead spin and twist with a fork tongue.
Malaysians had enough of these nonsense and actually wasted most our productive years instead of building the nation.
BTW, how can one really enjoy a restful evening with apologist ruining the nation?
ReplyDelete22:41:00 who wants to have anything to do with mahathir who ruins the nation with a fork tongue ? pii.
ReplyDeleteAnd you destruct yourself by alleging and stereotyping, jumping the gun just like that. Anyway, others want to enjoy a good EQ evening.
ReplyDelete03:05
ReplyDeleteThe admirers of Tun Mahathir will always emulate and practice what he had preached.
Tuan AA,
ReplyDeleteTahniah kepada Mamak Kutty, Walaupun tidak mampu membawa ekonomi Malaysia dilandasan yang betul tapi masih mampu menyelamatkan anak dan kroni,itupun sudah kira satu pencapaian bagi negara dunia ke 3.Memang susah hendak ikut kepala sendiri jika meminjam dari IMF.
Sesungguhnya pinjaman dari IMF adalah satu bentuk ancaman kuasa asing yang cuba menjajah untuk menguasai negara kita,ini dibuktikan apabila negara-negara lain yang menerima pinjaman IMF lebih cepat pemulihan ekonomi berbanding dengan negara Malaysia.
luahan hati,
-scorpeneterbang-
Persoalan yang rakyat berhak ketahui ialah dari manakah Tun Mahathir memperolehi kekayaan?
ReplyDeleteGajinya sebagai Perdana Menteri tidak sampai RM30,000 sebulan. Sekiranya dia tidak membelanjakan sesen dari wang ini dia akan mengumpul RM360,000 setahun. Dalam masa sepuluh tahun akan menjadi RM3.6 juta.
Maka, dalam 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri gaji terkumpulnya ialah RM 8 juta. Ini bererti kalau diharapkan pada gajinya sahaja, Tun Mahathir tidak mampu membayar kos pembinaan rumahnya di Mines dan Bukit Tinggi. Apatah lagi untuk membeli rumah-rumah lain, termasuk di London, Florida, Vancouver dan Argentina.
Dari manakah datangnya wang yang sebegini banyak? Rakyat juga tahu beliau menggunakan anaknya sebagai proksi untuk memegang kekayaannya.
Mokhzani kini mempunyai harta yang dianggarkan berjumlah lebih RM 2 bilion Ringgit, berdasarkan pegangan dirinya dan isterinya dalam 200 buah syarikat tempatan.
Ini bermakna Mokhzani mengumpulkan sebanyak RM 54 juta Ringgit bagi setiap tahun yang terkandung dalam umurnya! Semenjak dia keluar dari universiti, purata keuntungan yang diperolehinya adalah RM 167 juta SETAHUN. Ini adalah bersamaan dengan keuntungan MAS pada seluruh tahun 1998/9 dan lebih 350 kali ganda gaji TAHUNAN ayahandanya sebagai Perdana Menteri!
Mirzan pula menguasai beberapa syarikat peniagaan besar seperti Sunway Building Tecnologies berhad, Capetronic Consumer Electronics Holdings berhad, World wide holdings berhad, Artwright holdings berhad dan lain2 lagi.
Khabarnya Mirzan pada 2011 muncul sebagai salah seorang pengarah syarikat San Miguel Corp, syarikat konglomerat makanan terbesar di Filipina yang juga terlibat dengan perniagaan Arak yang kini telah memiliki ESSO dan MOBIL Malaysia.
Sehingga ke hari ini, masih ramai tidak ketahui bahawa Tun Daim dan Tun Mahathir sudah lama merancang 'tawan' Malaysia.
ReplyDeleteMalah, ramai terpedaya bahawa Tun Daim dan Tun Mahathir mempunyai perbezaan pendapat. Hakikatnya, mereka berdualah yang merancangkan pesepsi sebegitu.
A plot to fleece a big heist can only be done by a team with a mastermind that act effectively in the shadow.
ReplyDeleteTun Daim is all the while the masterminding shadow.
Came into the picture after Ku Li was pushed out. Subsequently enter into shadow mode in 1991 and reappeared to do some damage control in 1997 but eventually reactivate into shadow mode in 2001.
When everything is in place and secured, whereby the power can be remotely controled, Tun Mahathir 'retires'.
To win, you need to expose the Achilles heels.