Sesiapa pun, apabila dalam
keadaan lemah dan tidak sihat akan mudah merasa miskin di jiwa dan memandang
semua dikelilingnya dengan perasaan takut. Memang ramai orang takut kerana
‘creativity’ nya sendiri. Dikampung-kampung hingga sampai masa kini masih ada yang
takut kepada setengah pokok yang rimbun kerana kononnya pokok itu berhantu.
Oleh kerana terlalu percaya yang pohon rimbun itu berhantu maka akhirnya hantu
itu akan timbul.
Kita lupa yang jika kita masih
berbentuk Muhamad (mim ha mim dal) tidak ada apa elemen yang lain boleh
mengatasi kita. Tetapi apabila kita lemah maka yang tidak berhantu itu pun
dianggapnya ada hantu. Hantu dan syaitan itu sebenarnya takut dan tidak akan
dapat mengatasi kita kerana kita adalah makhluk yang secantik-cantik kejadian.
Manusia itu lebih mulia dari malaikat tetapi oleh kerana ada manusia yang lemah
jiwanya maka yang mereka tidak sepatutnya takut pun mereka akan takut.
Dalam politik pun begitu juga.
UMNO sekarang amat takut jika ditewaskan oleh pembangkang dalam pilihanraya
untuk menguasai kerajaan persekutuan. Rasa takutnya begitu jelas dan menonjol
sehinggakan media yang menyokongnya seperti Utusan Malaysia mencari jalan untuk
membantu BN dengan menulis perkara-perkara yang berunsur menakut-nakutkan
rakyat. Awang Selamat dalam tulisannya semalam menulis tentang PAP Singapura
yang kononya berkait rapat dengan DAP.
Utusan sebenarnya sedang cuba
untuk menjauhi sokongan orang Melayu terhadap DAP dalam pilihanraya kali ini
kerana undi orang Melayu merupakan sokongan yang sangat penting untuk Pakatan
Rakyat atau BN menentukan kemenangan masing-masing. Awang Selamat tahu yang
orang kaum Cina memang sudah mengambil keputusan untuk perubahan dan kita lihat
dengan jelas yang kaum Cina memberikan sokongan padu kepada PAS yang suatu ketika
dahulu amat ditakuti oleh kaum Cina.
Tetapi selepas beberapa lama PAS
telah membuktikan yang parti itu merupakan parti yang adil dan kaum Cina pun
mahu menerima PAS sebagai salah satu parti ‘alternative’ kepada UMNO. Dalam
siri ceramah anjuran PAS yang saya sering dijemput untuk memberi penerangan
tentang permuafakatan diantara PAS dengan DAP serta PKR, saya nampak dengan
jelas orang kaum Cina tidak lagi kekok untuk bersama-sama memberikan perhatian
terhadap ceramah yang saya lakukan itu.
Ini merupakan satu keindahan
siasah sebuah negara 'cosmopolitan' seperti negara kita ini. Itulah sebabnya saya
jarang-jarang lupa untuk menyebut yang saya amat merasakan nikmat hidup dalam
kemuafakatan diantara kaum dan agama. Saya tidak mengurangkan Melayu saya apabila
menyertai DAP dan lebih-lebih lagi saya tidak melemahkan akidah saya terhadap Tuhan yang satu. Tuhan mewujudkan manusia dari berbilang-bilang bangsa dan puak
untuk memahami serta menghormati diantara satu dengan yang lain.
Dimana-mana saya pergi dalam siri
ceramah saya, amat jelas persefahaman ini semakain hari semakin jitu dan inilah
yang akan memperkuatkan perjuangan untuk mencapai sebuah negara yang bersatu
padu diantara semua kaum yang hidup dalam negara yang di lindungi oleh
perlembagaan yang telah digubal untuk menjaga semua kaum dinegara ini.
Sebenarnya UMNO telah diberikan
mandat begitu lama untuk menjadi penyatu kepada semua kaum sebegitu lama,
tetapi kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat sebegitu lama itu telah
diambil kesempatan oleh pemimpin-pemimpinnya dan telah lari dari matlamat
penyatuan kaum itu. Mandat dan kepercayaan yang diberikan terhadap BN itu bukan
setahun dan bukannya dua tahun: BN telah mendapat mandat itu selama lima puluh empat tahun
sehinggakan BN mengambil semuanya ‘for granted’. BN merasakan mandat rakyat itu
adalah hak mutlak mereka dan tidak ada pihak yang lain yang berhak keatas
mandat itu.
Tetapi seperti yang saya katakan
selalu masa dan waktu sentiasa berubah tetapi BN tidak mampu untuk bersama-sama
berubah mengikut zamannya. Pemikiran rakyat begitu jauh berubah dan telah
meninggalkan cara UMNO dan BN berfikir. Justeru UMNO sedang dalam kedudukan
seperti telor dihujung tanduk. Bila-bila masa PRU di adakan parti ‘alternative’
merupakan pilihan rakyat yang sangat kepingin kepada perubahan dan ‘ambience’
politik yang baru yang lebih mementingkan ‘transparency’, tanpa rasuah dan
salah gunakuasa seperti yang sering berlaku sekarang ini.
Keadaan inilah yang meresahkan BN
dan media massa seperti Utusan sedang mencari segala cara yang ada untuk
mencantas sokongan rakyat kursus orang Melayu kepada PR terutamanya DAP. Isu
PAP Singapura berkumandang lagi dan membuat tuduhan yang Lim Kit Siang
merupakan seorang pemimpin didikan PAP Singapura. Lawatan Lee Kuan Yew ke
Pulau Pinang dijadikan isu dan Utusan cuba mengaitkan lawatan itu sebagai
simbol kerjasama DAP dengan PAP.
Tetapi Utusan tidak pula
memberikan ingatan yang Lee Kuan Yew juga telah melawat Kelantan dan bertemu
dengan Nik Aziz. Malahan Lee Kuan Yew juga berjumpa dengan Rosmah, wanita yang
paling berpengaruh dan digeruni oleh Najib sendiri. Lee Kuan Yew berjumpa
dengan semua pihak bukan sahaja pemimpin DAP.
Pilihanraya mesti sampai maka
Utusan dan Awang Selamat menulis perkara-perkara dan isu yang sudah tidak lagi termakan
oleh sesiapa yang berfikir dan mengetahui sejarah sebenar politik negara kita
dan Singapura. Isu mengaitkan kejadian berdarah 13 Mei dengan LKS sudah tidak
termakan lagi oleh sesiapa yang siuman kerana itu merupakan fitnah yang tidak
henti-henti di berikan terhadap pemimpin veteran DAP itu.
Awang Selamat sepatutnya
memberikan teguran terhadap rasuah yang tidak dapat dikawal lagi dalam kerajaan
dan agensi-agensi kerajaan sekarang ini. Awang Selamat sepatutnya menulis
tentang RM 28 billion ketirisan yang berlaku dalam kerajaan setiap tahun
seperti yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara.
Awang Selamat juga sepatutnya
menulis tentang perkara yang positif seperti kejayaan kerajaan P Pinang,
Selangor, yang telah berjaya memenuhi aspirasi rakyat yang mahukan pentadbiran
yang bersih dan kedua-dua negeri ini telah menyumbang 40% kepada GDP negara.
Utusan juga sepatutnya menulis yang Kedah serta Kelantan adalah negeri-negeri
yang jauh lebih bersih dan secara relatifnya amat baik dalam kesucian
pentadbirannya dan isu rasuah.
Apa yang Utusan dan Awang Selamat
perlu tulis juga ialah keadaan yang sangat harmonis yang berlaku diantara kaum
setelah PR bercambah pengaruhnya di seluruh negara. Utusan perlu memberitahu
yang penyatuan diantara kaum ini sedang terbentuk dimana semua kaum yang
terbesar telah bersama-sama berusaha untuk bersatu dibawah PR.
Ini adalah kerana mereka tidak
akan dapat kerjasama dan kesatuan itu di dalam BN yang telah diberikan peluang
untuk melakukannya selama lima
puluh empat tahun kerana isu perkauman yang dimainkan oleh UMNO sebegitu menebal.
Awang Selamat sepatutnya menasihatkan UMNO supaya jangan memainkan isu kaum dan
agama dengan sewenang-wenangnya semata-mata kerana politik.
Nasihatlah UMNO itu supaya
menjadi ‘gentleman’ dan menerima kekalahan jika sudah sampai masanya kerana
kekalahan di dalam demokrasi itu memang perkara yang biasa. Kalau tidak mahukan
demokrasi kenapa pilih sistem ini semasa kita membentuk kerajaan yang kita
tadbir sendiri dahulu? Katakan kepada rakyat yang jika tidak dipilih sistem
demokrasi pun, kerajaan akan bertukar tangan juga seperti yang berlaku dibanyak
negara. Ia baru sahaja berlaku dibeberapa buah negara Arab baru-baru ini.
Awang Selamat sepatutnya
memberikan pandangan yang ‘magnanimous’ supaya dihormati oleh pembaca dan
rakyat. Awang Selamat perlu terima hakikat yang rakyat tidak gemar dengan
pandangan yang bersifat menghasut yang dimainkan oleh saudara selama ini.
Saudara AA,
ReplyDeleteApa yang ditulis oleh Si Awang ni memang adalah sampah dan patut dicampak ke dalam tong tersebut. Dia ni memang seorang penakut yang sering menggunakan sinonim.
Salam.
Observer.
Kpd Awang Selamat
ReplyDeleteBerilah berita yang elok2, mengapa awang selamat tak tulis :Dimanakah Majlis Sukan Negara dikala keluarnya berita dalam ruang sukan Utusan yang Persatuan Kriket Malaysia menjadi PROXY kepada persatuan kriket ISRAEL?" bukan kah Israel tiada hubungan diplomatik dengan Malaysia? jangan tengok yang dekat sahaja, yang jauh pun kena renong juga. ABU
Pak Pan,
ReplyDeleteMungkinkah itu mengambarkan keperibadian UMNO...???
malu la...
mereka telah dijangkiti kuman nasionalis yang ubatnya hanyalah iman...tetapi mereka menjauhkan diri dari iman dan nikmat islam..
ReplyDelete-anon-
biarlah awang tak selamat menyalak macam anjing padahal tiada lagi orang peduli segala hasutan & fitnah serta ugutan dengki khianat mereka(utusan meloya) ,kerana akhbar layak jadi kertas tandas sahaja biarkan biarkan,tak payah kita ambil pot atau peduli anjing salak bukit tak akan runtuh,ABU !
ReplyDeletePak Pan,
ReplyDeleteChe boleh bertahan ka beragpa lama dalam parti cina tu.Apa kata pak dan pak sak bukak parti barghu.hang tengok nanti la mereka tak bagi hampa chan nanti.putih mata pak pan dan pak sak nanti.food for thought.......
Tuan AA,
ReplyDelete- Pada pendapat saya Awang Selamat belum lagi mahu/bersedia menerima perubahan yang sedang hebat berlaku sekarang.Melalui penulisan beliau yang lebih cenderung (menghasut pemikiran) daripada mengketengahkan isu yang lebih penting untuk kebaikan semua.
- Soal isu perubahan kearah pembaharuan pembangunan bangsa malaysia bukanlah hanya sebuah isu semasa atau sesuatu isu yang bersifat sementara tapi ini isu utama dan menjadi tunjang kepada perjuangan parti politk yang akan kekal dipersada politik tanah air.
- Rakyat sebenarnya sudah bosan dengan isu/sentimen perkauman (lapuk) yang tidak akan membawa apa-apa kebaikan kepada mana-mana negara pun didunia ini.Ingatlah sesuatu yang baik itu akan sentiasa mendapat tempat dhati rakyat.
salam A.B.U
-scorpeneterbang-
Salam Aspan,
ReplyDeleteapa bezanya dengan spin seorang blooger yang saya kunjungi, hari hari akan ditabur fitnah pasal Umno dan Mahathir..saya rasa blogger ini mungkin ada masalah nak tidur...selagi tak ditqbur rqcun fitnah di blog beliau, selagi itu mungkin beliau tak dapat lelap.
saya harap blogger tersebut baca komen saya ni,nasihat saya, hari dah senja, bertaubatlah sebelum kita ni dijemput meninggalkan alam yang fana ni.
Aspan.
ReplyDeleteBiar kan,biarkan Si lunchai dan Pak Kadok tengelam dengan labu labunya.
Tiak siapa yang pedulikan apa yang Utusan tulis.Saya di maalumkan oleh Dato Johan Jaafar,Pengerusi MediA Pima,Jumlah pengedaan akhbat Utusan telah jatoh ka tahap yang paling rendah sekali.Utusan sekarang setiap tahun menalami kerugian.Ramai Syarikat Cina sudah beheni membeli iklan di akhbar itu.
Selamat Jalan Kekaseh ku
Saya dok tengok hampa dok hantam Melayu...Tapi cuba dok bagi tau apa yang hampa nak buat bila dapat kuasa nanti..Hampa pun sama dok menyalak macam awang tu jugak.typical mentality melayu.menyampah aku.aku nak migrate lah
ReplyDeleteAssalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
ReplyDeleteSaya dahului dengan sekalung intan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada saudara dan rakan-rakan pengunjung atas perkongsian pandangan selama ini. Justeru, memulakan ulasan ini, saya sedari awal memohon ampun dan maaf andainya ulasan ini bakal mengundang rasa kurang senang mana-mana rakan-rakan kita. Apapun, saya akan cuba mengelak sedaya upaya, insha Allah, daripada mengulas dengan emosi.
Kepada rakan kita, sebagaimana saya katakan dahulu, soal Saudara Blogger kita ini nak sertai parti apa dan berapa lama, juga dapat jawatan atau tidak, saya minta saudara renung sehabis dalam, mengapa perkara seremeh ini yang nak diperdebat? Walhal, isu keruntuhan aqidah dan akhlaq warga Malaysia ini, khasnya warga Melayu Islam, tidak saudara perhalusi? Sedarkah kita semua, sepertimana yang Saudara Blogger kita katakan, bila menjelang PRU itulah, baru nampak para elit dajjal ini turun padang; itupun balik-balik dendangkan lagu dah lapuk zaman tu, kan? Fahamkah kita akan singkatan "DAP" itu, berbanding MCA, juga PAS berbanding UMNO? Kalau bear pun Saudara Aspan ini ada ayam goreng di sebalik mee goreng menyertai DAP, kononnya, patutkah kita nak pandai-pandai jadi tukang congak selain Penciptanya Yang Maha Segala itu? Persoalan terakhir kali ini, tapi berlum berakhir, insha Allah ... Redhakah lagi kita membiarkan daripada sekecil-kecil individu hatta sebesar-besar agensi, termasuk bidang kewartawanan, patuh akur seribu bahasa membuta-tuli menjadi agen pendakyah yang sudah sedia maklum akan dosa dan hukumannya nanti?
Oleh itu, sayugia bersama kita insafi, sesungguhnya tidak salah sama sekali untuk berbeza pendapat kiranya masih dalam lingkungan yang diizinkan syarak dan keadilan sejagat, dan marilah kita memohon perlindungan dan ampunan-Nya daripada segala macam gejala tak sihat ini. Menutup bicara, yang baik dan sempurna itu, datang daripada dan milik-Nya; kiranya saya keterlaluan pada ulasan ini, jutaan ampun dan maaf saya minta daripada kalian. Sesungguhnya, saya hanya insan biasa yang tak lekang daripada salah dan dosa.
Terima kasih.
Salam Saudara Aspan,
ReplyDeleteSeperti ada orang baik di right wing puji tulisan saudara berlapik-lapik serta rasional. DAP sendiri patut parachute down untuk baca setiap artikel saudara, tak sepatah pun yg menguris hati orang Cina. Begitulah kesemua komen kita di sini. Selalunya untuk membuka minda, to speak up menentang kepincangan, dll kekadang sindir pemimpin2 UMNO ... sepatutnya
Pak Aspan ikhlas, rasional, bijak secara konsisten di blog atau pun di ceramah2 seperti Muslim yang jujur, ikhlas sgt, baik serta harmonis, bukannya ingin mengejar jawatan tapi hanya untuk berbakti ikhlas pada masyarakat Melayu, serta bangsa2 Malaysia.
Sudah tentulah DAP Cina, India ternikmat keikhasan serta persahabatan muhibbah saudara seandainya mereka menyelami pemikiran dari tulisan saudara Aspan serta mendekati saudara semasa ceramah. Kita penyokong Sdr Aspan yg turut hadir, pun boleh bertegur sapa mesra dgn mereka to mend the past and to build bridges of friendship and reconciliation.
Semoga di luar sana, mereka menikmati kita menerima inclusiveness mereka, persahabatan bersama untuk membangun semula negara kita.
Kekadang itu, saya menonton video klip Bersih 3 untuk mengenang kembali " the unity " serta kasih di kalangan seluruh rakyat Malaysia. Di samping itu, build bridges.
Terima kasih Sdr Aspan.
Anon 11:00
ReplyDeleteWho cares awak nak migrate,its does not tickle anybodies assh men
Memang UMNO is a pariah and korap parti ok,nak tahu macam mana PR memerintah tengok sahaja Selangor,Penang,ISLAMIC REPUBLIC OF KELANTAN dan Kedah hutang yang dibuat olih KEREJAAN bn dahulu dah langsai.....beb. ABU
Anon 7:11:00
ReplyDeleteNak migrate ke indonesia ? Ke negara membangun, payah nak percaya dari nada substance komen kamu.
Ingat nak brain drain spt sebab2 golongan profesional India, Cina serta Melayu yg berpendidikan di luar negara yg tak tahan dengan rasism terhadap semua kaum ? Tak rasa kekok kah kalau jumpa mereka di luar negara sebab dah benci sgt mereka di sini?