Saham FGV (Felda Global Ventures)
ditutup dengan harga RM5.39 sen semalam. Ini bermakna FGV telah mendapat
kenaikan harga sebanyak 0.84 sen. Tahniah
kepada sesiapa yang mendapat tawaran
dengan jumlah yang besar yang telah dibahagi-bahagikan oleh Kementerian
Perdagangan Antarabangsa baru-baru ini.
Jika Isa Samad misalnya mendapat
5 juta saham semasa penyenaraiannya maka Isa telah mendapat keuntungan sebanyak RM4 juta jika beliau menjualnya kepada
pasaran hari semalam.
Tetapi yang saya hendak bertanya agaknya berapalah
peneroka-peneroka dapat hasil daripada penjualan 810 unit saham yang diheboh-hebohkan
oleh pihak kerajaan itu? Jika mereka menjual saham-saham yang mereka beli
melalui pinjaman bank itu, boleh ke tidak penoroka dapat membeli
setidak-tidaknya sebuah kereta kancil ‘second hand’?
Seperti mana yang kita semua ketahui peneroka telah diperuntukkan sebanyak 810 unit saham sahaja bagi satu keluarga. Kalau dipatah-patahkan jari untuk membuat perkiraan ia bermakna peneroka hanya mendapat RM680 sahaja. Pendeknya peneroka tidaklah mendapat sebanyak mana. Kalau kita dengar publisitinya dahulu seolah peneroka akan menjadi kaya-raya setidak-tidaknya dapatlah setengah juta seorang, kerana peneroka telah memerah keringat mereka selama lima dekad lamanya.
Seperti mana yang kita semua ketahui peneroka telah diperuntukkan sebanyak 810 unit saham sahaja bagi satu keluarga. Kalau dipatah-patahkan jari untuk membuat perkiraan ia bermakna peneroka hanya mendapat RM680 sahaja. Pendeknya peneroka tidaklah mendapat sebanyak mana. Kalau kita dengar publisitinya dahulu seolah peneroka akan menjadi kaya-raya setidak-tidaknya dapatlah setengah juta seorang, kerana peneroka telah memerah keringat mereka selama lima dekad lamanya.
Setelah ditolak kos ‘processing’
sebanyak RM200 maka sekeluarga peneroka
akan hanya mendapat sebanyak RM480 sahaja. Itu untuk satu keluarga. Kalaulah
keluarga peneroka ada seramai 6 orang maka, seorang ahli keluarga mendapat RM48
seorang. RM48 itu jika dibelikan rokok Lucky Strike yang saya hisap itu maka
setiap ahli keluarga peneroka dapatlah sebanyak 4 kotak sahaja.
Jika harganya naik sampai RM10
sekali pun sebuah keluarga peneroka hanya mendapat RM8,100 sahaja dan itu belum
ditolak kos ‘pemprosesan’ yang dikenakan oleh CIMB misalnya. Dalam isu ini
kita nampak peneroka hanya mendapat air tangan sahaja. Yang mendapat keuntungan
besar ialah orang-orang kaya dan besar-besar yang tidak pernah menjejak kaki ke
tanah rancangan Felda itu.
Setelah bertungkus-lumus selama
50 tahun peneroka hanya boleh diibaratkan seperti kerbau yang membajak sawah
pagi ke petang, tetapi tikus yang gemuk-gemuk memakan dengan enaknya di kepuk
padi. Bagi saya peneroka-peneroka telah dipergunakan oleh pihak yang melakukan
penyenaraian itu.
Tetapi apakan daya peneroka begitu terloncat-loncat
kegembiraan kerana percaya akan tindakan Najib dan pimpinan tertinggi UMNO Baru
itu. Dalam isu ini peneroka-peneroka tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak
kerana segala usaha yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu untuk membatalkan
penyenaraian itu tidak mendapat kerjasama dari peneroka.
Sekarang ada peneroka yang sudah
mula merasakan mereka telah dipergunakan oleh pimpinan kita untuk kepentingan
saku mereka (pimpinan) sahaja. Bagi kami yang tidak boleh berbuat apa-apa kami hanya
boleh berkata di dalam hati kami “padan muka!” sahaja.
Tidak tahulah berapa lama
peneroka sekeluarga boleh bertahan dengan seribu dua hasil dari penyenaraian
itu. Mereka sahajalah yang akan merasakannya. Tetapi apa yang mereka akan dapat
tahu tidak lama lagi ialah mereka sebenarnya tidak lagi ada kena mengena dengan
FGV. KPF tidak mempunya apa-apa saham dalam FGV. KPF hanya mempunya saham dalam
‘special purpose vehicle’ (SPV), Felda Asset Holdings yang mempunyai saham besar
di dalam FGV. Dividend dan sebagainya akan diterima oleh Felda Asset Holding
sahaja. Lain-lain perkataan peneroka memang sudah terpisah dengan FGV bermula
dari sekarang.
In the first place, apa perlunya
Felda disenaraikan kalau tidak kerana kepentingan setengah pihak yang berwajib?
Selalunya syarikat akan disenaraikan di pasaran saham hanya kerana satu dua
sebab sahaja dan Felda tidak mempunyai alasan untuk disenaraikan.
Pertamanya jika seseorang itu
telah berjaya membina syarikat peribadi mereka dengan jayanya dan ingin untuk
berehat kerana elemen umur dan sebagainya mereka akan senaraikan di pasaran jika
telah melepaskan syarat-syarat yang ditetapkan. Empunya syarikat akan menjual
setengah daripada saham mereka kepada ‘public’ dan mereka akan memberikan pemegang
saham yang baru untuk menguruskan syarikat yang telah disenaraikan itu.
Ahli-ahli Lembaga Pengarah Syarikat yang baru disenaraikan itu dengan persetujuan mesyuarat agong syarikat
untuk melantik ahli-ahli lembaga pengarah serta pengurus-pengurus yang
bekelayakan untuk meneruskan perniagaan syarikat tersebut.
Sebab keduanya ialah jika
syarikat yang ingin mengembangkan perniagaannya, mengapungkan sahamnya
di pasaran merupakan cara yang paling lazim kerana dengan cara itu syarikat akan
memperolehi dana awam untuk kegunaan memperkembangkan perniagaan syarikat.
Tetapi dalam kes Felda ini apa
perlunya ia disenaraikan kerana Felda yang dikatakan sangat berjaya itu
memperolehi perolehan sebanyak RM4 sehingga RM5 billion setahun? Felda tidak
perlu mendapatkan dana dari terbitan awam tetapi kenapa ia disenaraikan juga?
Pendeknya penyenaraian Felda ini
sebenarnya hanyalah untuk kepentingan pihak lain, bukannya untuk kepentingan
peneroka kita…...kadang-kadang sedih juga melihat bagaimana peneroka yang telah
berhempas pulas untuk meneroka tanah itu selama lima
puluh tahun akhirnya setelah begitu berjaya datanglah pihak lain untuk meraih
keuntungan hasil penat dan jerih peneroka-peneroka selama lima dekad itu.
Peneroka hanya disogok sebanyak
RM15 ribu untuk memudahkan peneroka bersetuju untuk melakukan kerja yang amat
menyayat hati kepada siapa yang nampak tujuan tidak molek sesetengah pihak untuk
menyenaraikan saham-saham Felda kepada awam.
Tapi nak kata apa? Pemimpin utama
kita lupa pada dasar asal Felda itu ditubuhkan. Nampaknya peneroka sekarang ini
dapat untung secupak ruginya segantang.
Cerita peneroka Felda dan penyinaran saham Felda Global merupakan satu titek hitam dalam perjuangan UMNO untok membela nasib orang Melayu.
ReplyDeleteBukan sahaja mereka mendapat hanya 810 saham jika dibandingkan dengan kebanyakan ketua ketua UMNO yang mendapat diantara 30000 saham sampai ada yang dapat 10 juta saham.
Kedua Felda Lobal menggunakan kuasan Golden Shares untok memaksa peneroka Felda menyewa hasil dari tanah mereka dengan kadar hanya 200 rgt satu ekar berbanding dengan hasil yang mereka perolehi sabelum ini 2000 rgt satu ekar.
Hasil tanah mereka disewa dengan tempoh 99 tahun,ini bemaana peneroka Felda akan menjadi hamba kapada yahudi di Amerika,Mat Salleh di England dan Europe,Cina di Singapora dan Hong Kong dan ketua ketua UMNO dan BN yang menjadi pemegang saham Felda Global.
Aspan,
ReplyDeleteKami dengan Tengku Razaligh bersetuju unok menyertai Forum mengenai Felda .Ada kebenarannya,.
Aspan,
ReplyDeleteKami dengan Tengku Razaligh bersetuju unok menyertai Forum mengenai Felda .Ada kebenarannya,.
Bro, kalau harga naik RM10.00, peneroka dapat RM3,550 saja bukan RM8,100. Lepas tolak processing fee dan bunga bank, dapatlah RM3,300. Masaalahnya 10 tahun lagi pun tak akan sampai RM10. Kalau Isa ada 5 juta saham, pada RM10, dia dapat RM27 juta lah!
ReplyDeletemaka celakalah isa samad
ReplyDeleteSaudara AA,
ReplyDeleteWhere there is blood, vultures and sharks are not far behind!
The Felda farmers have truly been taken for a ride, and look who is laughing all the way to the bank!
Salam. Observer.
mmg celaka isa samad
ReplyDeleteAs Salam Tuan AA.
ReplyDeleteNak sambung sikit tentang perangai para peneroka Felda ini yang rasa amat terlalu terhutang budi kepada UMNO ni. Sekurang-kurangnya dengan penyenaraian saham ke dalam FGV, maka dapatlah kiranya mereka membalas budi UMNO selama ini yang memberi mereka tanah..... tetapi siapa pula yang memberi UMNO tanah untuk diberi kepada mereka(peneroka)? Ucapan takziah dan padan muka... padan muka... padan muka... padan muka dan padan muka. Slogan Pok Cik dan Mok Cik Felda adalah UMNO dulu tipu kami, tapi kami bodoh dan kini lagi banyak tipu kami, tetapi kami lagi kuat mempercayainya dan selamanya UMNO menghisap darah para peneroka, tetapi kami tetap dengan UMNO kerana kami memang golongan banggang selamanya.... Padan muka kami!
Ha ha ha..
ReplyDeleteAde aku kesah!!!! (jawapan yang tak beradab)...ha ha ha.
So..biarkan Peneroka Terjun dengan FGVnya , Biarkan! Biarkan!..ha ha ha.
Mereka semua Bangga dengan RM15,000 yang mereka dapat..kalau tak pueh ati, bukanya susah JANGAN PANGKAH DACING..Anyhow FGV Mesti ISA teruskan ..kalu tak mana UMNO Nak collect Modal untuk PRU 13..ha ha ha.
Sdr Aspan,
ReplyDeleteWhere did the cartel cronies get the funds to purchase the shares ? And then hover as much wealth as they possibly can from this deal?
If we can equate the outcomes of a greater mega dollars for these ultra rich cronies, we can also equate the outcome of the Felda settlers and their land.
Peneroka Felda can say bye bye ... kesian sungguh, besok “ kais pagi makan pagi, kais petang belum tentu lagi... ”
Salam AA dan bloggers,
ReplyDelete'Penny wise, pound foolish'
Never trust something that sound too good to be true.
Kelicikan geng songkok tinggi memang mengkagumkan atau 'legendary' omputih kata.
Tapi dah terlambat.
Bukan nak kata peneroka2 FELDA tu bodoh2 belaka,tapi gelap mata dengan duit RM15,000.
Akan terpalit dalam nota kaki sejarah bahawa penyenaraian FELDA adalah satu skim penipuan terbesar dalam sejarah Melayu.
Tahniah UMNO.
Che Det pasti tersenyum dalam tidor.
Surrogate
Ooi QD mana kau? Komen la sikit sokong Isa pendek n Najis pekenakan rakyat felda dahulu poket Umno diutamakan. - Othman Ghani
ReplyDeleteAssalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
ReplyDeleteTakziah, rakan-rakan peneroka sekalian (majoriti); itulah sebabnya saya secara tegas mengatakan UMNO kaki judi ... Sekaligus, nasib peneroka macam cerita pak kaduklah, kan?
Oh ya, sekadar sedikit pembetulan pada salah satu ulasan saya: Juzuk yang saya maksudkan tempoh hari ialah Juz 7/30, tetapi rujukan Surah dan ayatnya tetap sama. Jelas dah, kan, sikap kemunafiqan mereka sehinggakan seperti yang selalu saya tegaskan, Najib memang seorang anak bodoh, bangang lagi celaka; sanggup khianat amanah ayahandanya sendiri ... Maaflah, tak setuju, tak apa; cuma, renung-renungkanlah, duhai insan-insan Pro-UMNO ...
Terima kasih dan selamat berjihad!!!
Tuan AA,
ReplyDelete- Biarkan saja umno menipu kerana mereka memang mampu untuk menipu sampai ke tahap 'haramjadah'.
- Mereka adalah 'haramjadah' yang sememangnya tidak akan mampu membetulkan apa yang mereka telah rosakkan selama ini.
salam A.B.U
-scorpeneterbang-
mana orang felda ni... beri komen sikit...
ReplyDeletePan
ReplyDeleteMemang bangang dan bodoh betul peneroka felda ni,tapi tak semualah, ISA KINZIR dan NAJIB Babi ni memang dari keturunan Pariah.Sekarang padan muka jadi hamba abdi selama 90tahun,tengoklah pokok getah dan kelapa sawit tu tapi jangan mimpilah yang kebun awak ada hak lagi sokonglah UMNO dan jilat telok ISA KINZIR dan gosoklak buntut Najis babi tu ya,esok2 bila dua ekor pariah ni datang kat felda awak cari lembu Sharizat raikan dan jamulah mereka dan ucapkan terima kasih diatas penipuan yang dilakukan olih dua orang pariah ni,kalau dah tak ada duit apa lagi curi getah segrap dan tandan kelapa sawit jual black market ok,inilah dia Peneroka melayu pantang dapat sogok sikit lupa daratan kononnya nak balas budi UMNO podahhhhhhhhh.PADAN MUKA....anak2 peneroka felda jangan marah ye,tanah dah kene lelong nanti awak kene jual pulak.ABU
Tuan Aspan Alias,
ReplyDeletePeneroka ni sebenarnya sangat percayakan najib tun razak, masaalahnya, mereka dah tahu bahawa rosmah mansor adalah seorg yg sifatnya membanga diri, ego dan sombong tetapi mereka tak sampai hati nak pulaukan najib.....ini masaalahnya.
Masaalah akan bermula jika FGVH menghadapi masaalah di masa depan, namun peneroka tidak percaya apa yg dikatakan oleh pembangkang kerana sifat pembangkang yg sering menentang kerajaan, ini juga satu masaalah.
Akhirnya jika apa yg di ramalkan oleh pembangkang benar2 menjadi kenyataan maka penerokalah yg akan menerima padahnya.......
Mmmm..
ReplyDeleteJadi, yang UNTUNG besar adalah 'pelabur2 jangka pendek' termasuk UMNO, kroni2nya dan pelabur asing yang tak pernah berkorban di Felda; dan yang RUGI adalah [1] peneroka bonggok yg tak boleh menjual saham yg tak sampai satu lot (1,000 unit saham) dan [2] tabung2 awam (kebanyakannya melayu juga - EPF, Tabung Haji, Tabung ATM, Baitulmal?, dll) yang kena paksa pegang saham2 tersebut..
~ Memang Bijak UMNO, memang Bodoh Peneroka ;-]
Melayu memang pariah.Dari pemimpin bertaraf haramjadah hinggalah ke peneroka bonggok sial!Lepas ni melayu peneroka kenalah merempat didalam hutan sebab percaya pada manusia penipu macam Najib dan Isa.Percaya biarlah berpada-pada,inilah akibat perangai melayu yang paling jijik iaitu membalas budi yang tidak bertempat.Satu saja yang boleh menyelamat peneroka!Bila datang Pilihanraya ni pangkah pembangkang dan humbang si Najib masuk penjara.Barulah maruah peneroka tertebus kembali.
ReplyDeleteAssalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
ReplyDeleteMaaf, mencelah untuk ke sekalian kali. Juga, terima kasih dan tahniah buat kalian yang faham akan isu yang dibincangkan. Cuma, sekadar renungan bersama, juga berdasarkan pengalaman semasa saya, memang akan kedapatan antara kita lebih "favor" kepada salah satu pihak. Tapi, rasanya lebih elok andainya nama atau ID rakan kita ini tidak disebut sebegitu rupa, seolah-olah kita mencemuhnya. Maaf, bukan bermakna saya membela rakan kita itu; cuma, berdasarkan pengalaman saya yang bolehlah dikatakan agak terbaru ini juga, setelah saya menerima maklum balas rakan berkenaan, akhirnya saya harus juga menerima kenyataan:
1. Diri saya juga tak sesempurna mana, jauh sekali ilmu dan iman saya; dan
2. Secara moralnya, perbuatan sebegitu memang tak manis, apatah lagi bila bercakap soal budaya dan sivik.
Cuma, sebelum saya mengakhiri ulasan ini, sekali lagi, saya mohon jutaan ampun dan aaf sekiranya sepanjang masa saya mengutarakan pandangan, saya begitu emosi dan keterlaluan. Namun, pada masa yang sama, elok kita berbincang secara ilmiah dan fakta, apatah lagi dengan iman, kerana menyokong kemungkaran, natijahnya serupa benar dengan pelakunya, sebagaimana antara lain, hadith yang menyebutkan tentang proses arak: hatta penanam anggur yang jadi "supplier" tu pun dikira terlibat ... Dengan itu, bersamalah kita renung-renungkan untuk kebaikan dan manfaat agar Malaysia tercinta ini bebas dalam berkat, redha, ampunan dan rahmat, bukan dilaknat.
Terima kasih.
Salam Sdr Aspan;
ReplyDelete1. Malang nasib Pak Kadok Ayam Menang kampung tergadai;
2.Malang Lebai Malang terlepas kenduri di hulu dan di hilir;
3.Malang Pak Pandir, Mak Andeh lebih cerdik darinya.
4. Tamaknya umno dak kenyang makan lagi, dah kaya rompak lagi, dah muflis joli lagi, dah mati nafsu tinggi lagi.
Malang peneroka FELDA di tipu dan di"Spin" olih pm dan kuncu2nya.
Lebin setengah abad merhempas pulas, memerah keringat, menyabung nyawa, bergolok bergadai akhirnya ditipu oleh manusia yang berjiwa 1,2,3,4, diatas.
Yangmana terikut2 berhentilah sejenak, berfikirlah.....
manusia yg serba daif mengingati anda......myi
Tuan Aspan,
ReplyDeleteSebagai pengemar Lucky Strike, tuan meupakan antara penyumbang tegar hasil cukai. Terima kasih dan teruskanlah aktiviti itu.
Kes penyenaraian Felda ini boleh ditafsirkan dengan pelbagai warna bergantung kehendak pelukisnya. Masyarakat Felda perlu celik mata dan tingkatkan ilmu dalam membuat keputusan.
Pemerintah dan pembangkang sudah taburkan detail positif dan negatif. Janganlah tepuk dada tanya selera tapi gunalah akal tanpa dipengaruhi mana mana pihak terutamanya orang politik.
Pada saya, pemerintah selepas ini akan menekankan tentang selain tunai segera (RM 700 ?), peneroka akan memerolehi dividen tahunan tanpa perlu beritahu berapa jumlahnya yang akan di uar uar kan sebagai pencen sepanjang hayat dan boleh diwarisi. Dalam masa yang sama peneroka tetap akan mendapat hasil kelapa sawit seperti biasa dan tanah tetap hak peneroka.
Saya faham bahawa yang menyakitkan hati kita adalah peneroka hanya dapat sedikit dibandingkan dengan pihak yg menguruskan penyenaraian ini. Namun persoalan kita adalah apakah majoriti peneroka Felda ini peduli tentang pihak lain yg mengaut lebih laba dari mereka atau pun peneroka ini hanya peduli/bersyukur tentang apa yg mereka dapat. Kita tunggu undi mereka di pilihanraya nanti.
Unknown,
ReplyDeletekamu dah byk kali mohon maaf lah, dia seharusnya terima, sedar dia perlukan maaf dari Yang Maha Esa juga. Doakan utknya serta keluarganya dibalas kebaikan berlipat ganda.
Ramai yg kena abusive attacks tanpa menerima maaf.
Unknown, move on dgn kita orang, mohon maaf itu perlu, tanda org ikhlas, yg mengasihani Tuhan, gentleman, tak mengulanginya lagi. Termasuklah saya, kadang2 marah sungguh sebab kemungkaran yg kerterlaluan, tanda conscience very clear.
Let's move on, stay focused and united on our struggles agar Malaysia tercinta ini dalam berkat, redha, ampunan dan rahmat.
QD ran out of his umno scripts, so
ReplyDeletehybernating under the high pile of squashed notes !
Pak Aspan,
ReplyDeleteTahu tak baru minggu lepas kilang Felda IFFCO guling tikar di Afrika Selatan? Kalau FGV sangat menguntungkan, mengapa kilang tersebut tutup? Realitinya, FGV tidak mampu bersaing dengan pekilang lain di Semenanjung dan Indonesia. Management Pak Isa tidak secekap syarikat lain seperti KLK dan IOI yang mempunyai management kukuh.
kami warga felda tetap sokong ds najib dan ds rosmah....kami tetapsayang bangsa melayu...siapa lagi nak bela kami...walaupun sikit tapi kami tetap dapat habuan kami,,,kalau nak harap kan kebijaksanaan anwar kami tak harap ..dia tu peliwat ....lihat lah macam macam kami dapat....kami tetap sokong umno...isa samad adalah hulubalang kami...felda adalah darah daging kami....kah kah kaha kahak tuih untuk umno......kena bodo jer..
ReplyDeleteAdakah ini balasan Tuhan kepada warga Felda yang selama ini penyokong totok UMNO/BN yang korup & zalim? Wallahuaklam.
ReplyDeleteSaudara Aspan,
ReplyDeleteThank you so much for sharing the
United States Declaration of Independence.
What can i say, but you will certainly be a true and fair leader serving your constituents. And will be affectionately accepted. May God grant all your heart's sincere desires for the rakyat. Amin.
p.s
a little unsure now which side is unknown on..
Kesimpulannya, FELDA mesti disenaraikan by hook or by crook kerana pendarahan dalaman FELDA yg ditoreh oleh pemimpin2 UMNO & akan K.O. bila2 masa shj jika tidak di listed dan akan menyebabkan UMNO pun tergolek dog kerana kehilangan ‘deposit tetap’ undi Melayu yg paling ramai utk mereka terus berkuasa.Sambil itu pemimpin2 UMNO & Kroni2nya juga akan mendapat keuntungan yg berjuta-juta RM tanpa setitik peluh pun, serta dana UMNO utk menghadapi PRU 13. Kononnya, peneroka2 mendapat durian runtuh, walhal hakikat yg sebenarnya, pemimpin2 UMNO & Kroni2 mereka mendapat HUJAN EMAS. Bijak..memang bijak otak penipu & putarbelit pemimpin2 UMNO perkudakan majoriti peneroka2 FELDA yg jahil ekonomi & politik.
ReplyDeleteI am in disagreement with most of the feedback here.There is a need to think big and global.The FGVH listing was good for felda settlers to penetrate the world economy or else the felda people will be just felda people forever.
ReplyDeleteWhen we have professional bodies like PNB, KWSP and many other financial professional institutios involve felda is certanly in good hand.There is no need to politicise the issue.FGVH was the biggest listing after in the world after facebook and the biggest in Asia.So far it is a great success and look like my friend Pirates of Putrsjaya will keep his promise to close his blog if price go below IPO by 13 july.We shall see whether he honour his word.
Ha ha ha...Scotsman
ReplyDeleteDo not worried about Mr Pirates, he will keep his promise...Yeah..we have PNB , KWSP and others who monitor the performance of FGVH but do you agree that some company under PNB through KHAZANAH still not perform?? MAS as examples!!! or TNB..ha ha ha.
For me, I'm not against FGVH listing but have ISA and all incompetent FGV management. I could not agreed most. Macam Ular Lidi telan Anak Badak ...ha ha ha.Another MAS in the making.
Dunia dah nak kiamat agaknya..ha ha ha.
Hoi Scotsman,
ReplyDeleteKita bukan marah atau menghalang penyenaraian FELDA tatapi cara some fxxkin bastard menangani perkara tersebut.Saya nak tanya awak 'adakah awak ni anak peneroka FELDA? adakaah awak pernah duduk di tanah ranchangan FELDA?,betapa seksa nya mereka ini untuk membangunkan tanah felda ini,berapa gaji/upah yang mereka dapat semasa mengerjekan tanah tersebut? satelah bertungkus lumua selama 50 tahun some Fxxkin bastard with his bastard idea menyenaraikan felda.Fikir semasak masak nya peneroka hanya mendapat 800 unit kaatas haknya sedangkan some fxxkin bastard yang takada kene mengena jadi kaya raya, LOGIK ke? ISA KINZIR ini memang memang tergulung dalam ketegori ini,sekiranya terjadi kepada emak bapak awak, memang bapak awak manusia yang palin BODOH dan HINA sekali,dipermainkan olih manusia seperti ISA KINZIR.bodoh...ABU
FVGT closed at RM5.50 on wednesday.It will be interesting to monitor Pirates prediction of below IPO by 13 july.I wish Pirates is right but i seriously doubt so.Pirates are ready to ship out the way i look at the trend today.We shall monitor its performanve.
ReplyDelete