20 August 2012

Dr Mahathir ibarat 'pungguk rindukan bulan'

Dr Mahathir Mohammad dalam kenyataan terakhir beliau meminta supaya PAS meninggalkan Pakatan Rakyat dan bercantum dengan UMNO untuk melaksanakan hukum hudud bersama-sama. Pandangan terakhir Mahathir yang sentiasa berubah mengikut keadaan itu, merupakan satu pandangan yang sangat susah bagi sesiapa yang berfikiran tenang dan baik untuk mempercayainya.

Mahathir begitu jelas sebagai penentang hukum dan beliau pernah berkata pada suatu ketika dahulu yang hudud itu merupakan satu undang-undang yang zalim. Dr Mahathir memberikan alasan yang ada parti dalam Pakatan Rakyat tidak mahukan undang-undang hudud tetapi Dr Mahathir tidak pula mengaku bahawa rakan kongsinya MCA adalah parti yang sesungguhnya menentang hudud dengan keras dan lantang.

Tidak hairanlah jika MCA bersikap begitu kerana ahli-ahli dan pemimpinnya adalah dari kaum bukan Islam. Tetapi yang lebih malang lagi UMNO jugalah yang menyekat perlaksanaan hudud itu dan Mahathir tidak setuju dengan ‘enactment’ tentang hudud yang diluluskan oleh DUN Kelantan pada tahun 1991 dahulu. Dr Mahathir ini pelupa orangnya kerana beliaulah yang mempersendakan hukum Islam (hudud) itu secara  terang-terangan ketika dahulu.

Beliau tahu apa-apa hukum sekali pun yang diluluskan oleh dewan Undangan Negeri, ia tidak akan dapat dilaksanakan jika dicegah dan digagalkan oleh Kerajaan Persekutuan. Ajakan Dr Mahathir supaya PAS menyertai UMNO dan melaksanakan hukum hudud bersama-sama itu merupakan satu helah beliau untuk mencari jalan untuk UMNO terus di dalam kuasa.

Tidak dapat disangkal lagi PAS dan DAP jika kekal kerjasama sama mereka, UMNO sudah hampir terlalu pasti akan sampai ke penghujung nyawanya dan akan hanya wujud dalam sejarah sahaja. UMNO hanya menunggu pilihanraya sahaja untuk disahkan secara rasmi sebagai parti yang pada hakikatnya sudah tidak diterima rakyat lagi.

Saya selalu berkata perpaduan rakyat akan hanya terjadi jika mereka (rakyat) bersatu di luar BN. Seperti ilmu matematik, formula sangat penting untuk mencari jawapan yang betul. Formulanya ialah bersatu di luar BN dan seruan ini adalah untuk semua rakyat yang pada hakikatnya benar-benar inginkan perpaduan itu.

Jika benar UMNO mahukan perpaduan itu, parti itu sebaliknya keluar BN dan menjadi rakan kongsi yang ‘junior’ dalam Pakatan Rakyat dan menjadi pengikut pula kerana UMNO sudah tidak lagi mempunyai kekuatan untuk menjadi pemimpin. Lagi pula, di Semenanjung ini BN akan hanya mempunyai satu komponen sahaja, iaitu UMNO itu sendiri.

Sekarang UMNO terpaksa memberikan peruntukan kerusi kepada parti-parti yang sudah hampir pasti tidak akan menang di hati rakyat lagi seperti MCA, Gerakan, MIC dan PPP. Malahan parti-parti komponen dalam BN itu hanya memberikan bebanan yang sangat berat kepada UMNO yang sudah tersedia dengan bebanannya sendiri yang sangat berat.

Bagi saya, angan-angan Dr Mahathir itu adalah seperti ‘pungguk rindukan bulan’ kerana jika Mahathir sendiri atau pimpinan tertinggi UMNO yang ada sekarang ini mahu melakukan ‘negotiation’ untuk percantuman ini, ia tidak akan berjaya. UMNO tidak ada ‘magnanimity’ langsung termasuk Dr Mahathir itu sendiri untuk melakukannya.

“Dr Mahathir is a very good servant but a very bad master,” kata seorang pemimpin UMNO suatu masa dahulu. Beliau telah gagal untuk menjadi negarawan kerana baliau masih menjadi ‘activist’ parti UMNO dan tidak mempunyai sifat negarawan yang sejati. Dr Mahathir tidak ada ‘cut’ untuk digelar sebagai negarawan kerana beliau memihak kepada pimpinan yang rakus dengan rasuah dan beliau tidak merasa bersalah langsung mewarisi sifat rasuah kepada pimpinan-pimpinan selepas beliau.

Jika kita singkap sejarah yang masih terlalu baru, beliau tidak merasa bersalah kerana membantu menjatuhkan kekuatan UMNO apabila keluar dari parti itu sebelum pilihanraya yang lalu. Beliau bertindak keluar kerana mahu menjatuhkan Abdullah Badawi yang tidak sebulu dengan beliau. Kerana Abdullah seorang, beliau sanggup melemahkan parti yang beliau tubuhkan sendiri dalam tahun 1998 dahulu.

Dr Mahathir hanya mampu membawa kegelisahan kepada semua pihak. Beliau hanya berjaya jika semua pihak berpecah-belah. Politiknya hanya boleh hidup jika kita semua berpecah-belah dan bergaduh di antara satu dengan lain. Jika PAS dan DAP serta PKR dan bekerjasama pula dengan rakan-rakan dari Sabah dan Sarawak, insyaalah kita akan bersatu dengan lebih mudah lagi.

Selagi UMNO, lebih-lebih lagi Dr Mahathir diberikan tanggungjawab untuk menyatukan rakyat, perpaduan tidak akan tercapai. UMNO nampaknya menunjukkan penyesalannya setelah nasi menjadi bubur.

UMNO hanya menyesal setelah berada di dalam gaung yang dalam. UMNO tidak boleh bangun lagi. PAS tidak perlu menghiraukan ajakan Dr Mahathir itu. Usaha penyatuan yang PAS dengan rakan-rakannya sedang lakukan sekarang sudah terlalu hampir untuk mendapat kejayaan. Jangan dirosakkan lagi.

Percayalah.

36 comments:

  1. Pak Aspan,

    Aku sampai mati pun tak akan percaya cakap berbelit ular Mamak Kutty tu. Dia ni Raja Pembelit nombor wahid kat Malaysia.

    Mamak ni tak usahlah nak auta keling tak abis abis. Anak dia tokey besar kilang pengeluar air haram..ingat dia seang senang nak terima hukum Islam dan hudud. Islam dah terang terang megharamkan umatnya berjual beli benda benda haram, Tapi itulah sumber duit banyak anak dia. Jadi janga haraplah Mamak Kutty ni nak terima undang undang Islam dan hudud tu.

    Dia tahu.kalau undang ndang Islam ditegakkan, bukan saja sumber rezki haram anak dia akan punah, malah silap silap dia sendiri di penjarakan atas perbuatan dan dosa dia pada rakyat Malaysia selama ni.

    Kalau Mamak Kutty terima hudud...Malaysia dan dunia barangkali boleh kiamat atau memang dia sendiri hampir kepada "kiamat" peribadi.

    Pesan aku kat Mamak Kutty ni termasuklah anak anak dia yang setia pertahankan perjuangan "toghut" ni...hentikanlah buat "lawak bangang" kat umat Islam kat Malaysia ni.

    Kepada pengkagum Mamak Kutty ni..tanyalah akal waras korang sendiri..ada ke Mamak Kutty sanggup terima Islam dan hudud dan sanggup pula hilang segala sumber rezki haram dia serta anak beranak yang dia dapat sekian lama. Buang tebiaat ke keturunanan Kera La ni?

    ReplyDelete
  2. Dear all,

    I shall be able to moderate all comments tommorrow night as I am leaving for kampong again now.

    Selamat hari raya aidilfitri

    Thanks a lot and salam.

    ReplyDelete
  3. Celaka nilah yang menghina NABI SAW
    dan hukum ALLAH SWT.Jangan percaya
    dgn mamak ni!!!!

    ReplyDelete
  4. Salam AA dan bloggers,

    Saya akan cuba sedaya mungkin untuk tidak mencarut dan mengeluarkan kata kesat bila mengkomen tentang Tun Dr Mahathir TDM.

    Pendokong2 TDM berkata dia adalah 'necessary evil' atau setan baik memandangkan jasa2 beliau membangunkan negara.

    TDM adalah pendokong 'old school' Machiavelli yang berprinsipkan matlamat menghalalkan cara.

    Pada awal TDM memerintah sekitar awal 80'an tidak dinafikan saya sendiri terpesona dengan kelunakan slogan2 beliau seperti Bersih Cekap Amanah, Kepimpinan Melalui Teladan dan konsep Pandang Ketimur.

    Memang dulu dia bersih.

    Tapi lama-kelamaan dia nampak jalan pintas nak jadi kaya melalui penciptaan billionaire2 segera seperti Ananda Krishnan, Tajuddin Ramli dan Vincent Tan melalui projek2 kerajaan yang diswastakan.

    The rest is history.

    Surrogate

    ReplyDelete
  5. Saudara AA

    Kita biarkan si Mamak ni terus berangan. Tun Apanama ni nampaknya begitu konfiden bahawa anaknya bakal menjadi MB Kedah Bila ditanya siapa yang patut bertanggungjawab atas apa yang telah dan masih berlaku dalam UMNO/BN, dia pula kata ini adalah salah orang lain, bukan dia.

    Salam.

    ReplyDelete
  6. Salam AA, pungguk tidak rindukan bulan, kerana pungguk tak peduli bulan muncul atau tidak, yang pungguk rindukan adalah pencipta bulan yang telah menurunkan kitab (quran) sebagai petunjuk yg benar bagi yg memahaminya. Pungguk juga tidak hairan dgn kutukan & hinaan kerana pungguk juga maklum bahawa pencipta bulan maha pengasih & penyayang juga maha pengampun. Insaflah, bahawa ketajaman mata & pendengaran pungguk di malam yg gelap tidak serupa dgn kebutaan & ketulian manusia, walaupun di siang hari. Tq

    ReplyDelete
  7. AA, I will only believe when I see the pig flies.....

    ReplyDelete
  8. Biasalah cakap2 syndrom orang nyanyuk memang macam tu.

    Sampai hujung nyawa pun masih seronok berkata2 sedang hakikat orang berilmu, semakin takut berbicara tambah2 melibatkan perpecahan manusia.

    Di usia2 emas sepatutnya bermuhasabah kemana nak dibawa harta setinggi gunung apatahlagi meninggalkan anak2 pinak berharta hasil dari mengambil kesempatan semasa memikul amanah menjawat jawatan perdana menteri.

    Allah panjangkan usia bukanlah untuk nak tunjuk kita tu hebat tapi nak tunjuk betapa Maha BijaksanaNYA DIA dalam memberikan subsidi umur pada manusia.

    ReplyDelete
  9. Macam tak caya je dengar seruan madey utk pas sama2 dengan Umno utk laksanakan hudud!lawak aidil fitri ke apa ni? Dengan kuasa yg ada sedikit dan tak lama tu luluskan enakmen undang2 Islam di kelantan dulu.....atau sokonglah hudud untuk orang Islam seluruh Malaysia dulu sebagai percubaan! Hudud itukan menjadi wajib atas setiap umat Islam. Ada berani ke Madey?

    ReplyDelete
  10. Kemunafikan dan kebusukan Mahafiraun semakin terserlah, sekarang situa kutuk nak mampos tu berada dalam ketakutan kerana dosa2 tekutuknya semakin memakan dirinya sendiri. Allah Maha Adil. Allahuakbar3x.

    ReplyDelete
  11. I hope PAs have to rethink its position of implementing hudud. Even for me i can consider as pr supporter will be scared of what will happen if pr come into power. Obviously Terenganu is a good example how Pas screw up and finally handover back to BN. Me as a voter i am really in dilemma. Vote for bn mean i support corruption vote for pr felt i support hudud. What should i do?if pr really keen to be next govt, this must be sort out asap before election, else i would rather not vote at all.

    ReplyDelete
  12. " Vote for bn mean i support corruption vote for pr felt i support hudud ".

    Well, you have no choice but to make a decision and VOTE.

    If corruption is your biggest concern, then vote PAS/PR.

    TRUE Islam is all about justice and fairness....and there is no compulsion.

    ReplyDelete
    Replies
    1. For most of common people hudud is always related to stone to death for adultery, chop hand for theft, and many way of torturing. We have to put punishment in human way and respect the rights of individual even for a criminal. Criminal should be given a chance to be a better person. If a person is handicap due to hudud, how is he going to contribute back to the society after he change? And shall he be given with oku rights with public money which due to failed law in place?

      Delete
    2. You are right bryan but I would say that you are still confuse just like myself. Our current gov has never make any effort to seriously explain to the people what hudud is, so I dont blame you. Even muslim can easily get confuse. Stonning to death and chopping off people hand is so inhumane, people may say.. but to us god has his own reason for providing such punishment. My understanding is, we cannot simply stone to death or chop off the hand of just any people. First of all the law is only applicable to muslim. Second, the crime must be 100% proven done by the perpetrator beyond any doubt. Third, there are other consideration also need to be taken care off to ensure justice is serve to the perpetrator and everyone else. The fact is, Islam value human live seriously. Let us hear how they are going to implement it.. after all, it is their responsibility to explain it to the people and make us understand. Everything must be transparent to us and we have right to object if the implementor cannot ensure justice can be serve. This is my personal view.

      About who to vote.. I personally think corruption is more damaging to this country, not hudud.

      Delete
  13. most non's oldtimer in sabahan and sarawakian are conservative thinker yet liberal minded, and have accepted the country as "secular". if "hudud" were to be implement, "pr" especially "pas" akan hilang ramai sokongan from the non's.

    it's better not to use religion in politic. i would go for "secular", kerna malaysians are multi-racial. kito karang di era 20an. either we move forward, or go back to basic. do leave religion alone, and keep it to heart.

    salam...

    ReplyDelete
  14. Mahathir ni Penipu. Sejak tahun 1982 dia berkerja keras siang dan malam untuk menipu bangsa Melayu. Tunku Abdul Rahman dan Husin Onn tahu perkara ini. Itu sebab mereka benci kepada Mahathir. Mahathir mencipta Tajuddin Ramli, Wan, Samsuddin, Renong... Sebagai cover supaya dia bolih menjual dan membeli UDA, FIMA, dan sebagainya pada harga rendah.Polisi ini diteruskan Najib. Najiblah yg bertanggong jawab menukar bahasa penghantar di Universiti kepada bahasa Inggeris. Sehinggakan UKM yg sepatutnya mempunyai aliran BM sekarang menggunakan BI... Mereka meletakkan juak2nya disitu..

    ReplyDelete
  15. Islam will take of every thing including corruption,nepotism cronysm because god's direction and compliance is very clear.What ever law we have if we are crooks then you can't escape.Abang Zek of Port Klang passed away because he can not absorbed the pressure Selangor lost to PR but who knows god is giving enough time for Tun Mahathir to look at his effort whether the GE13 be on BN side or PR side.If PR take over Putrajaya Tun Mahathir will have same bad luch as Abang Zed ......Be patient to wait for the outcome....Based on the discussion among my UMNO friends the days of UMNO is numbered.The more Mahathir talk the more people hate UMNO ,so if Mahathir loves UMNO he should shut his mouth ,this is my honest advise as paria UMNO member..

    ReplyDelete
  16. Salam semua,

    Seronok menaiki Keretapi Tanah Melayu menuju ke utara dari KL Sentral untuk kali pertama salepas 45 tahun !!.Teringat zaman silam kerana ini sahaja yang tinggal yang boleh dibaggakan satelah Utusan Melayu pun ditukarkan kepada Utusan Malaysia bagi menjayakan perpaduan semua kaum yang unik di negara Malaysia ini kan..

    Pengorbanan begini harap dapat di reciprocate melalui semangat muhibbah antara kaum dan ugama.Pergolakan politik post 2008. dengan berbagai demand diharap tidak disalahgunakan demi memancing undi.Ini ana mahu warning Najib.

    Dasar pendidikan pelajaran negara akan digubal bertujuan dengarnya bagi penambah baikan to accomodate new challenges katanya.Sama sama kita tunggu dan bahaskan kerana isu pelajaran adalah satu satu isu yang rapat dihati Kampong man.

    Berkenaan Tun Dr Mahathir pula pendirian Kampong man masih belum berubah apa juga sumpah seranah yang tuan tuan sekilian mahu perkatakan kepada yang saya kasihi Tun.Itu hak tuan tuan semua dan saya tidak fikir ia akan memberi kesan kepada keputusan PRU 13 nanti kerana zaman Tun sudah berlalu.Cuma peliharalah Solat.Constantly reminding myself too.

    Allah sentiasa memberi rahmat kesihatan dan umur yang panjang kepada orang hebat saperti Tun ,Prof DiRaja Engku Aziz dan Tan Sri Arshad Ayob yang semuanya Kampong man kagumi dengan pengorbanan mereka kepada negara dan bangsa.Untuk kita pula apa nasibnya kita tidak tahu.

    Isu PAS dan DAP ana tidak minat hendak campur disini.Tetapi apa yang ana ramalkan perpaduan marriage of convenience ini wont last.Ana tetap menyokong perpaduan ummah .Ops...Ana sudah sampai ke destinasi dan ana pilih second class kerana tiada gerabak third class.Perjalanan yang lama membuatkan ana banyak masa berfikir bertuah betul ana dibumi ini.

    Selamat menyambut kemerdekaan negara dan jangan lupa kibarkan jalur gemilang.
    Cherio..

    ReplyDelete
  17. Bila dia bercakap, Punggungnya diarahnya ke Bulan, sdr Aspan..

    ReplyDelete
  18. i wonder y non's fear to islamic law...?kalau salah kene hukum...isn't fair enough?kalau mencuri duit rakyat hukuman setimpal cz rakyat teraniaya....

    ReplyDelete
  19. Kampong man,

    kamu tu sudah mental block. bagi kami kita melihat kamu tu Mahathir nombor 1 dan tuhan no 2.

    sadir

    ReplyDelete
  20. 2 jenis manusia yg terpesona dgn mahadeyyy

    A) yg kejar donia dgn mengenepikan segala2 yg lain tuntutan ukhrawi

    B) yg tak berilmu yg akan terus membanggakan apa yg dia dengar celotehan mahadeyyy, walaupun banyak percanggahan dan pertindihan fakta di antaranya! Hal2 kebenaran tak wujud dalam kamus mamak ni

    Sekian

    Gheng lama

    ReplyDelete
  21. Pengarang segala kelentong selama 22 tahun - Mohd Mahatir a/l Mamak Kutty

    ReplyDelete

  22. FOR THE SAKE OF ISLAM / WE THE ATAS PAGAR PEEPS UNION OF MALAYSIA WILL NOT CAST OUR VOTE TO
    THOSE WHO DO NOT SUPPORT HUDUD !!!!...PERIOD !!!!

    ReplyDelete


  23. MY VOTE GOES TO PAS N UMNO !!!
    OTHER THAN THAT ///// sorry !!!

    ReplyDelete
  24. Tun Mahathir membuat kenyataan terbuka sewaktu berucap si University Utara dengan mengatakan bahawa hukum Hudud ini tidak ada dalam quran dan ianya ciptaan ahli ahli fekah Islam zaman dahulu.

    Ia kemudiannya menulis dalam blog nya sabagai menjawab tulisan dari pelajar Malaysia dari Jordan sdr Hilal dan mengatakan hukum hudud tidak ada dalam Quran.

    Tun Mahathir mempunyai pengalaman yang cetek dalam Ugama Islam sungguh pun ia saorang yang banyak berfikir.
    Ia juga tidak percaya dengan Hadith walau pun ianya sahih dengan mengatakan mana mana hadith yang bercangah dengan ayat quran perlu di tolak.
    Jadi dalam tapsiran ayat quran surah 24:2 surah al Nur yang menyatakan orangborang yang berzina perlu disebat dengan 100 rotan.Tapi ayat ini telah dimanaohkan dengan hadith rasuallah saw yang menyatakan orang Islam yang berkahwin dan melalukan zinabperlu di rejam dengan bau sampai mati.Perentah ini dilakukan ka atas Muiz Malek.
    Tun Mahathir tidak dapat meneima hadith ini malah ia mengatakan dalam tulisan blognya yang tidak ada ayat ayat Quran yang dimansuhkan.
    Saya setuju yang Tun Mahathir tidak betul fahamannya dengan hukum hudud.

    ReplyDelete
  25. saya setuju dgn kampong man. harapan dan doa saya supaya golongan parti majoriti tidak terikut2 dengan perasaan yg kurang gentleman olh parti yg dipilih minoriti. jangan dikira pas, bn, pkr, dap dgn sbgnya. kepada golongan parti majoriti, jaga lah tatasusila, jaga mulut supaya pertuturan dan penulisan kita tidak memecahbelahkan umat di malaysia. fikirlah dengan akal dan jangan fikir dgn perasaan. anda boleh nilaikan siapa yg bermulut longkang, berhati najis dan berjiwa palat. namun, janganlah dicaci dan di hina golongan tersebut. doakan semoga semuanya dirahmati allah s.w.t.

    rizal dawami

    ReplyDelete
  26. This is what happened when one does not want to know or too ashame of his/her root/background.

    Principle is nothing to him/her, worst if they are politicians.....personal, narrow and selfish aims are achieved at all costs.

    They will create a messy and extremely stressful environment for everyone.....with corruption, wastage, breach of trust, abuse of power and etc..

    ReplyDelete
  27. to Bryan Lee, 14:47:00

    first and foremost, the Hudud law cannot be implemented without amending the Federal constitution. In which case, PAS will need to control 2/3 of the parliamentary seats (147 seats), which is unlikely.

    dont be misled by MCA, which is bringing up the Hudud issue to scare the non-muslim like you into not supporting PR (which Pas is a partner).

    so dont worry, just vote PR, the country need a change of government for once, otherwise, this beloved country of ours will be in ruin in the not too distant future.

    steven

    ReplyDelete
    Replies
    1. You see you are right in constitution point of view. My worry is where r we going from here. My view still politic and religion shall not be mix. But i also understand that there is no way they oppose hudud. When it come to faith there is no way to change.

      Delete
  28. Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

    Terima kasih sekali lagi di atas analisa ini. Juga, saya benar-benar teruja dengan pandangan kebanyakan rakan-rakan pengunjung yang sememangnya berpijak di bumi nyata. Namun begitu, jangan pula nanti ada yang beranggapan saya bersikap "buyers"; apa yang ingin saya maksudkan ialah, sedarlah kita, duhai insan, kita dikurniai aqal fikiran untuk menganalisa. Justeru, jangan kerana ketaksuban akan sesuatu yang bersifat sementara, tergamak kita gadai aqidah.

    Ya, saya setuju 100 % dengan pandangan beberapa rakan kita yang memperjelas bagaimana Islam telah mensyaratkan pelaksanaan perundangan sebegitu. Dengan itu, untuk apa kita yang tak bersalah ni nak takut seandainya undang-undang Islam ini benar-benar berjaya dilaksanakan? Mengapa kita di era pantas maklumat ini, kita masih menjahilkan dan membutakan diri? Bukankah sumber hukum Islam itu ada empat: Al-Quran, hadith, ijmak ulama dan qias? Oleh itu, bagaimanakah kita masih boleh menyayangi pendusta agama terang-terangan sebegitu, malah orang sebegitu, tak kena gayanya, kafir jadinya, tau? Bukankah kalau dah tak reti tang agama tu, baik diam aja, lagi bagus? Setidak-tidaknya pendiriannya yang sebegitu akan dikenang setiadanya nanti?

    Dengan itu, marilah kita bersama, tolonglah, tolonglah, tolonglah dan tolonglah, hayati kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya ini dengan penghayatan sebenar. Sesungguhnya tidak dinafikan, kedapatan mereka yang seusia insan durjana seperti Mahathir ini yang benar-benar berjasa kepada negara. Namun, seperti yang telah saya jelaskan acapkali, saya sama sekali tak akan hormat dia di atas pelbagai penyelewengan jasmani dan rohani sepanjang pentadbirannya ke atas Malaysia kita nan tercinta ini. Biarpun dia punya jasa, tapi, kalau dah berlagak jadi kafir macam tu, apa gunanya, kan? Oleh itu, kepada mereka yang tak setuju, itu pendirian kalian; tetapi ingat, jangan nanti bila nyawa di halqum, baru nak taubat ... Masa tu, sorry-la ... Akhirnya, perhatikanlah firman-Nya (sebagai contoh) pada ayat 124-126, Surah Taha, yang secara jelas memberi amaran keras terhadap mereka yang sengaja lupakan Allah ini; buta di dunia macam saya dan rakan-rakan OKU penglihatan di kalan ni, masih tak apa ... Tapi, kalau dah di sana, macam mana, ya?

    Terima kasih dan salam ihad.

    ReplyDelete
  29. Islam is above all .As muslim we are accountable while alive and on death we are accountable to Allah.
    If a person is guilty of stealing his fingers or hand be chopped which depend the magnitude of the case If in case of NFC all those involved cheating and stealing public money of rm250 mill can have hands and legs chopped off .Umno is known for threatening people as long as there is no change in power.Open your eyes open your ears open your mind then only you can get answer ie kickout umno for good.Umno have ruined their people for their personal benifit and it is morally and legally proper that they should be thrown out.

    ReplyDelete
  30. Assalamu'alaikum, SaudaraAspan dan rakan-rakan sekalian.

    Maaf, mencelah sekali lagi. Sekadar mengulas ringkas.

    Ya, sememangnya penguasaan undang-undang sebegitu memerlukan pengubahsuaian terhadap Perlembagaan Persekutuan. Namun, sedarkah kita sekalian, siapakah sebenarnya yang menghalang inisiatif murni sebegitu, kalau bukan puak-puak munafiqun sebegitu rupa? Sudah tentu boleh difahami, non-Muslim akan menentang pelaksanaan undang-undang sebegitu kerana memang sekian lama mereka ditakutkan dan dimomokkan dengan keburukan sistem sebegitu, yang, kalau bukan ciptaan UMNO khasnya Mahathir, siapa? Malah, jika diperhatikan takrif Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, jelas sudah bermakna non-Muslim patut sekali mengiktiraf hak orang Islam untuk mempraktikkan ajaran agamanya, kan? Mengapa raja-raja boleh diiktiraf, sedangkan hukum Islam tak boleh? Adakah itu yang saudara maksudkan politik tak boleh campur dengan agama? Kalau begitu, lebih baik jangan bernegara dan hiduplah ikut suka sendiri ... Boleh tak?

    Untuk itu, sedarlah, segala yang diajarkan Al-Quran pasti 100 % baik untuk manusia. Namun, tidak dinafikan, pelaksanaan perundangan sebegitu bukan sepantas menang aja plihanraya, dah boleh buat; malah mungkin memakan masa, antara lain, untuk meleraikan kekusutan mana-mana perundangan yang berkaitan dengan Islam dalam perlembagaan serta proses runding-cara, timbang-tara, dakwah dan pendidikan. Justeru, tak setuju, tak apa; cuma, tak perlulah kita nak berdebat dalam keadaan kita sendiri, khasnya saya, masih jahil dan perlu mengaji lebih banyak lagi. Akhirnya, jutaan ampun maaf seandainya komentar ini juga tidak disenangi.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. My friend, what you believe and what i believe is diff. I will not put an argument on this because i repect fellow muslim. Thats y we need a middle path. Religion and govt administration divided and not mix. This will cause muslim and non muslim further gap.

      Delete