Sudah empat hari Ramadhan berlalu
dan semua umat Islam merayakan kejayaan sebulan berpuasa dengan sambutan hari
raya. Semua pemimpin dan rakyat yang bercakap melalui corong-corong radio dan
TV serta media cetak memperkatakan kejayaan melawan nafsu dan belajar dengan
sungguhnya untuk tidak mengikuti kehendak nafsu kita. Setiap tahun menjelangnya Syawal semua bercakap perkara yang sama dan sesungguhnya itu semuanya adalah
seruan yang benar.
Saya jarang-jarang bercakap
tentang kejayaan melawan nafsu dan membuat seruan kepada ramai supaya kita
tidak melakukan apa-apa nafsu dan kehendak amarah serta mulhimah itu, kerana
saya adalah orang yang lemah dan saya rasa tidak layak untuk membuat seruan
itu. Bagi saya usaha memperbaiki diri saya di sisi Tuhan itu adalah untuk diri
saya sendiri dan tidak payah berkempen untuk mengerjakan perkara baik seperti
yang diserukan di bulan Ramadhan dan ibadah-ibadah dan amalan kita yang lain.
Saya adalah insan yang lemah dan
tidak sunyi daripada melakukan kesilapan dan saya tidak layak untuk membuat seruan
kerana saya mesti membuat seruan itu kepada diri saya sendiri.
Persoalannya apakah kerja-kerja
yang wajar kita tinggalkan di dalam bulan Ramadhan dan seterusnya kepada
bulan-bulan dan tahun yang seterusnya itu? Ramadhan mensyaratkan kita untuk
melakukan ibadah yang telah disyariatkan agama, Tuhan dan Rasul kita. Ia
merupakan salah satu dari rukun Islam yang lima itu. Rukun itu merupakan pra syarat
untuk kita menjadi seorang Muslim. Ini semua kita tahu.
Tetapi yang tidak terlerai
sehingga hari ini ialah samada apa yang diserukan oleh pemimpin-pemimpin
terutamanya benar-benar dilakukan dan dilaksanakan dengan sesungguhnya? Saya
bertanya kerana saya dan semua orang mendengar seruan yang sama oleh pimpinan
yang sama sejak puluhan tahun yang lalu tetapi pimpinan yang sama juga yang
melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan seruan mereka sendiri.
Walaupun berulang-ulang kali
perutusan hari raya disiarkan oleh saluran TV setiap siang dan malam sejak
lima hari yang lepas, tidak ada sekali pun saya mengikutinya sampai habis
kerana saya dan ramai lagi yang berpendapat itu hanya merupakan seruan retorik
yang hanya dilakukan kerana semata-mata untuk melakukannya. Seruan itu tidak
serius. Mungkin lebih dari itu ialah hanyalah sebagai usaha memancing sokongan
politik rakyat semata-mata.
Nasib baiklah kita mempunyai
saluran TV yang banyak. Apabila perutusan itu disiarkan saya menukar kepada
saluran yang lain yang belum menyiarkan
perutusan itu. Saya tidak tahan dengan hipokrasi yang terpancar di depan saya
itu.
Saya tahu rasuah yang merupakan
tindakan nafsu tamak haloba yang ditegah agama itu tetap juga akan berlaku
selepas Ramadhan itu. Seruan PM kita untuk berbelanja secara wasatiyah itu
tidak akan beliau lakukan. Pemborosan tetap berlaku dan kita boleh melihat
bagaimana wang kita semua dibelanjakan di depan mata kita tanpa had untuk
berbelanja hari raya.
Seruan untuk menyeru rakyat
berbilang kaum untuk bersatu kerana itu adalah tuntutan agama kita juga tidak
terlaksana kerana di belakang dada media kita melihat dan mendengar bagaimana
UMNO memainkan isu perkauman dan agama dilakukan oleh penyokong-penyokong UMNO
dan BN di mana-mana. Orang-orang UMNO di bawah-bawah memainkan isu
Cina…cina…dan cina, tetapi di corong radio dan saluran TV seruan bersatu
berkumandang yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpi rasis ini.
Perpecahan terus-terusan dicipta
dan dilakukan dengan tahap ‘gila-gila’ dan kita pun berfikir sampai bilakah
kita hendak dipecahkan belahkan oleh isu rasis mainan Melayu UMNO yang amat
merbahaya ini?
Kalau benarlah kerajaan inginkan
perpaduan nasional seperti yang diretorikkan, kenapa masih ada isu-isu rasis
yang diperbesarkan oleh penyokong-penyokong kerajaan sekarang ini. Kenapa
begitu tamak seolah-olah Putrajaya itu hanya untuk BN dan UMNO sahaja untuk
mendudukinya?
Kita mesti ingat mereka yang
menduduki Putrajaya itu bukannya duduk di atas tanak hak milik kekal. Mereka
semuanya itu ibarat duduk di tanah TOL (temporary occupancy license) sahaja.
Jika mereka yang mendiami tanah
TOL di Putrajaya itu melanggar syarat dan moral yang telah ditetapkan, rakyat
wajar menghalau mereka dari tanah TOL itu. Mereka (BN) tidak ada hak untuk
menentukan siapa yang rakyat hendak pilih untuk mendudukinya.
Putrajaya itu rakyat yang punya. Najib
dan semua pemimpin UMNO dan BN mesti memasukkan hakikat sebenarnya ini
ke dalam kepala dan pemikiran masing-masing.
Lagi sekali kita ingatkan,
pejabat-pejabat di Putrajaya itu hanyalah premis yang bertaraf TOL (temperory
occupancy license) sahaja dan ia bukannya hak milik kekal.
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
ReplyDeleteSaya mulai dengan ucapan selamat Aidil Fitri, maaf zahir batin dunia dan akhirat kepada kalian. Juga, jutaan ampun dan maaf kerana agak lama tidak mengunjungi blog ini, dik permasalahan kesihatan dan beberapa masalah teknikal diri lain yang masih belum terungkai. Namun begitu, saya tetap berdoa, insha Allah, segalanya akan dirungkai jua oleh-Nya bila tiba ketentuannya.
Ya, terima kasih sekali lagi di atas ingatan itu; Putrajaya hanyalah TOL; bukan kediaman abadi. Justeru, wajar sekali saranan saudara ini, kerana logiknya, bikankah kita sebagai pengguna, berhak untuk mengganti barangan yang telah rosak, atau sebagai pembeli, bukankah kita berhak untuk tidak mengambil jualan yang diragui? Bayangkan, dah kerana terdesak, baru nak balik pada hukum Allah, kononnya ... Bukankah itu ulang-tayang sejarah bagaimana Firaun meminta agar Nabi Musa AS berdoa kepada Allah untuk membuang semua bala yang menimpa mereka, seterusnya berjanji akan beriman kepada Baginda dan membebaskan Bain Israel?
Justeru, marilah kita sekalian kembali kepada fitrah suci yang semulajadi, iaitu memperhambakan diri hanya kepada-Nya, bukan kat Najib ke, Mahathir, Muhyiddin ke, Rais ke, ... trillionan macam tokoh UMNO bangang ini. Lagi baik kita jamu Mr LGE kalau kita buat rumah terbuka daripada bagi makan puak-puak munafiqun ini ... Semoga DAP yang mewakili suara non-Muslim dalam PR itu nanti akan berjaya didakwahkan (walaupun tidak semestinya menjadi Muslim) dengan kebaikan-kebaikan Islam yang sebenar, bukan sekadar kebaikan Islam Melayu UMNO sahaja, kan? Akhir kata, ampun maaf seandainya ulasan ini kurang disenangi; cuma, hakikat tetap hakikat yang pasti tak mampu dibohongi bila ia tertegak kukuh nanti, insha Allah. Bersamalah kita berdoa.
Terima kasih dan salam jihad.
Sdr. AA Salam Edilfitri 1433H,
ReplyDeleteDoa semuga tuan terus sihat sejahtera untuk terus menyuburkan EBlog ini.
Pengikut2 UMNO memeng sudah sebati dengan anggapan kuasa ditangan selama 56 tahun semacam hak mutlak mereka sampai hari kiamat. Mereka masih ramai belum sedar dari habuan kebendaan, pangkat/nama, harta benda,isteri dan segala keindahan kebesaran yang telah "dirampas,disamun,ditipu" dan yang sangat mereka sayang adalah "kuasa" yang berterusan.
Pak AA, biarkan sementara waktu ini puak UMNO itu lena dengan kegemaran dan kecintaan kepada kebendaan. Saya macam tak sabar menunggu PRU-13 untuk melihat pengikut UMNO kecundang dan rebah seperti dilanda taufan.
Saya selepas PRU2008 dahulu sudah sekian lama berdoa dan sama berkempen cara bersendirian untuk melenyapkan UMNO dibumi Malaysia. Menjelang selepas Mach tahun 2013 UMNO/BN patut sangat dikuburkan.
Walau apa pun yang datang UMNO/BN bukan pilihanku.
It is unhealthy and damaging to mix politics and religion.
ReplyDeletePolitics is " playing games ", including dirty, immoral and dangerous " games " with people lives.
True religion is about principles, morals and way of life.
You mix religion with politics, you will tarnish the good name of the religion.....look at the mess in middle eastern countries.
The West has a seperation of power of State and Religion to protect the basic rights and entitlements of its ordinary people from abuse by people ( human being sometime acting like God )in position of power, trust and authority.
Nobody knows what 'he' had planned for ALL of us, including animals and insects in this world.
We cannot speak on his behalf.
Salam AA, untuk makluman, jika kita 'benar-benar' menghayati, memahami & merasai bahawa Allah S.W.T itu Maha Berkuasa, Maha Mengetahui & Maha Pengampun, maka insaflah bahawa apa yang berlaku 'sekarang' di negara kita ini adalah atas 'izinNya' jua. Tadahlah tangan selama mana & di mana pun juga untuk memohon, apa saja yang ingin dipohon, namun tanpa 'keizinanNya' tiada apa yang akan berlaku. Atas pengakuan saudara AA sendiri sebagai insan yang lemah, ingatlah 'semua' insan adalah lemah, tidak kira bangsa, agama, keturunan & darjat. Maka itu 'ingatlah' surah Al-Jin ayat 13 akan firmanNya yang bermaksud 'Dan sesungguhnya kami tatkala mendengar petunjuk (Al-Quran) , kami beriman kepadaNya. Barang siapa beriman kepada Tuhannya, maka ia tidak takut akan pengurangan pahala dan tidak (takut pula) akan penambahan dosa & kesalahan' Oleh itu 'tahanlah' lidah, tangan, hati & fikiran saudara daripada perkara yang 'sia-sia' & mohonlah petunjukNya yang benar kerana Dialah yang mengatur segala 'urusanNya' dan kerana Dia 'sahajalah' yang Maha Mengetahui siapa yang mendapat petunjuk & siapa yang sesat. Tq
ReplyDeleteTo Anon 14:12
ReplyDeleteJgn ingat semua org politik tu kotor…
Pernah dengar politik Islam?? Itulah politik yg benar2 menuruti perintah Allah dalam menjalankan urusan pentadbiran… Rasullullah contoh paling jelas… yang menjadikan ikutan PAS, PKR dan DAP. Remember LGE nak contohi pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz?
hansafire
Satu artikel yang bernas tentang konsep negara Islam, hudud dan sekular. Malang dalam Bahasa Inggeris, tetapi bagus untuk pertimbangan semua.
ReplyDeletehttp://www.themalaysianinsider.com/sideviews/article/arguing-for-a-secular-state-ahmad-farouk-musa/
-jenny
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
ReplyDeleteMaaf, sekadar mencelah. Teruja saya untuk mengulas komentar salah seorang rakan kita ini.
Ya, seperti yang telah saya katakan: "Lebih baik jamu Mr LGE bila kita buat rumah terbuka ..." Kenapa? Itulah yang dikatakan "HAKIKAT", seandainya saudara benar-benar faham. Malah, tiada salahnya orang Islam berbaik dengan non-Muslim yang tidak memerangi Islam dan umatnya; semoga mereka akhirnya sedar dan menghargai kebaikan Islam. Justeru, salahkah kenyataan saya ini? Malah, bukankah tugas "khalifah" itu bermakna "pentadbir" atau "pengurus"; terutamanya pemerintah? Tentu sekali tidak kira siapa yang memeerintah, seandainya PAS yang memerintah itupun, kalau dah salah tu, tetap salah jugalah, kan?
Justeru, kepada mereka yang masih beranggapan politik dan agama itu terpisah, baiklah muhasabah diri; takut nama aja pemegang Al-Quran mulia, tetapi akhlak serupa macam para pengubah kitab-kitab samawi terdahulu. Kesimpulannya, kita dikurniaiaqal dan nafsu; mana yang kita mahu utamakan, tepuk dada tanyalah diri. Apapun, bukanlah maksud saya memperlekeh mana-mana pandangan atau ulasan; sekadar berkongsi idea, dan terpulang kalau tak setuju. Cuma, bila kita menafikan hakikat, kita sebenarnya membohongi diri, bukannya Allah.
Terima kasih dan salam jihad.