22 August 2012

Isu putus bekalan air adalah isu yang menyeluruh di hari raya sejak dahulu

Kali ini saya menulis tentang isu air lagi kerana nampaknya sejak saya menulisnya dua hari yang lepas saya telah menerima ratusan sms dan email sebagai respon kepada apa yang saya telah tulis itu. Nampaknya isu air yang dihadapi oleh rakyat adalah menyeluruh semasa hari raya ini dan kerajaan sepatutnya memberikan tumpuan untuk menyelesaikan isu ini.

Semalam saya ke kampung lagi untuk menziarah kaum keluarga. Kali ini di Seri Menanti, keluarga sebelah isteri saya pula. Di Seri Menanti juga kedapatan tidak berair di siang hari. Nasib baiklah di rumah ini ada kolah yang besar dan kami dapat menggunakannya untuk mandi di siang hari.

Kalaulah tidak ada kolah untuk menyimpan air tentulah ketiak kami akan bau ikan sepat masin kerana tidak dapat mandi. Di hari pertama saya telah menulis tentang kekurangan dan keputusan bekalan air di kampung asal saya di Sg Jelutong yang tidak berair dan air hanya mengalir dari pagi semalam sahaja.

Sebelum saya balik ke kampung sebelah isteri saya di Seri Menanti saya telah dihujani oleh sms serta email dari seluruh Semenanjung mengadu hal tentang kekeringan air di tempat mereka. Saya dihubungi oleh mereka yang saya tidak kenali dari Perlis hingga ke Johor mengadu yang terputusnya bekalan air ini bukan sahaja di kampung saya tetapi rupa-rupanya banyak tempat di seluruh negara. Kekurangan air ini merupakan fenomena yang menyeluruh di seluruh Semenanjung ini.

Saya menulis isu ini bukan kerana apa, tetapi sudah terbukti yang isu air di Selangor dijadikan isu politik kerana untuk menjejaskan kerajaan negeri dan tidak lebih daripada itu. Kekurangan bekalan air ini dialami oleh seluruh negara dan saya ingin mencadangkan supaya Kerajaan Persekutuan jangan menjadikan isu air sebagai senjata untuk memenangi hati rakyat Selangor sahaja kerana negeri-negeri yang ditadbir oleh BN pun sudah mengalami kekurangan bekalan air sejak puluhan tahun dan belum ada tanda-tanda isu itu dapat diselesaikan.

Sebaliknya di Selangor tidak ada pula kelihatan yang ada kawasan yang putus bekalan air di hari raya ini. Hanya dikatakan air di negeri Selangor akan berkurangan dan akan membawa krisis besar selepas 2014 nanti. Kalaulah Syabas jujur dan telus, isu air ini di Selangor tidak sepatutnya timbul langsung. Yang menyebabkan isu ini timbul ialah kerana Syabas tidak berkemampuan merawat air yang secukupnya tetapi belum pula sampai ke tahap yang dialami oleh pengadu di seluruh Semenanjung ini.

Mengikut perjanjian, Negeri Selangor boleh mengambilalih Syabas tetapi oleh kerana kepentingan kroni dan Kerajaan Persekutuan, isu Syabas ini sudah menjadi isu yang besar. Jika kerajaan Selangor mengambilalih pengurusan Syabas itu maka Kerajaan Negeri akan bertanggungjawab ke atas isu air ini dan dijangka ia akan lebih mudah diselesaikan kerana banyak isu yang tidak boleh diselesaikan oleh kerajaan persekutuan dahulu telah diselesaikan oleh pentadbiran TS Khalid Ibrahim.

Mudahan-mudahan jika Negeri Selangor boleh mengendalikan isu air ini sendiri dengan lebih cekap maka mungkin Selangor boleh membantu negeri-negeri yang berjiran seperti NS, yang tidak putus-putus dengan masalah air terutama semasa minggu perayaan seperti hari raya seperti sekarang ini.

Mungkin kerajaan negeri Selangor boleh membantu negeri Pahang yang mana banyak kawasan di  Pahang itu sendiri menghadapi masalah air seperti yang berlaku di Jengka semalam. Di Jengka semalam sesudah dua minggu keputusan air baru lori-lori tangki Jabatan Bekalan air datang membantu. Masalah air telah berlarutan sejak  lama dahulu di kebanyakan kawasan di negeri-negeri yang ditadbir oleh BN.

Selangor tetap sebagai sebuah negeri yang sekarang ini tidak ada apa-apa masalah tentang isu air. Isu air di Selangor hanya merupakan satu isu politik ciptaan BN yang ‘creative’ yang menggunakan isu itu sebagai isu pilihanraya oleh BN dalam ketamakan mahu menguasai semula kerajaan negeri yang terkaya di Malaysia itu.

BN patut pastikan yang di negeri-negeri pentadbiran mereka ada air dengan secukupnya sebelum menjadikan isu itu sebagai isu pilihanraya semata-mata kerana hendak mengambil alih kerajaan Selangor. Air jangan dijadikan isu politik kerana ia akan menjadi ‘counter productive’ kepada UMNO.

Cukup-cukuplah menggunakan isu yang jahat semata-mata untuk mengekalkan kuasa di Putrajaya. Putrajaya itu sebagai yang saya sebutkan dalam posting semalam adalah tempat penempatan sementara sahaja atau TOL (temporary occupancy license), bukannya hak milik kekal bagi BN atau pun UMNO.

16 comments:

  1. Nampaknya banyak yang kekurangan ayer di kampong kampong seluruh negara dan di Selangor ada pulak ayer.Biasalah bro hari raya orang Selangor banyak bukan anak Selangor.Banyak anak beranak balik ke kampong masing masing seluruh semenanjong menyumbang sadikit sebanyak kekurangan ayer tapi manageable.

    Isu ayer di Selangor adalah isu long term dan tidak bersifat sementara.Sekira Kerajaan Selangor hebat binalah dam sendiri.Saperti Singapura ayer laut pun boleh buat ayer minum.Apa hal pulak nak salahkan kronilah itulah .Ada bukti ke ? Saman saja kerajaan Persekutuan dan jangan bertolak ansur dengan mereka.Sekira berjaya gua tabik PR.

    ReplyDelete
  2. Anon,
    Sekarang masalah air ni dah di bicara oleh hakim . Lu ni bingai ker apa tk bc paper utusex meloya,
    Aspan, u r the new 1malaysia hero. Kami sokong anda di pru13 nnti

    ReplyDelete
  3. Masalah xda air ketika musim perayaan kat kawasan Jengka ni bukan masalah baru. Kat Jengka 12, tempat keluarga aku tinggal, masalah ni terjadi dah berpuluh2 tahun dah. Raya tahun ni pun mcm tu juga, bahkan lagi teruk, sebab ada pulak saluran paip pecah. Raya pertama dan kedua, langsung xda air. Susah betul, sampai nak ambik air sembahyang pun xdak air. Aku terpaksa ke masjid Bandar Jengka(14km) atau Jerantut (45km) semata-mata nak mandi. Dah bermcm laporan dibuat selama berpuluh tahun ni, masuk TV pun banyak x dah, masalah x selesai2 juga...xdak siapa ambik peduli. 3 atau 4 tahun lepas,sebelum pilihanraya 2008, tak tau siapa punya idea, diorang pasangkan tangki air extra, kononya nak bagi selesaikan masalah air. Selepas pilihanraya, terus senyap sunyi projek tangki air tu, sampai sekarang. Tangki tu pun dah xda, hilang entah ke mana. Aku x tau, ADUN UMNO kononya pembela Melayu ni kat tempat aku buat apa.99.999% penduduk jengka 12 ni Melayu. Hampir 99% penyokong UMNO. Tp masalah xda air ni, dibiarkan berpuluh2 tahun xmpa penyelesaian. Bahkan Adun Tahan, Wan Amizan tu orang Jengka 12, rumah keluaga dia pun di Jengka 12. Tapi masalah air ni, x selesai2 juga. Maybe ADUN2 UMNO konon pembela melayu ni sedang sibuk memfaraidkan tanah,projek & perniagaan, pasir, balak, dan lain2 sumber negeri atas nama Melayu agaknya, sebagaimana lazimnya ADUN2 UMNO kononya pembela Melayu di seluruh negara. Sebab tu xda masa nak tau apa2 ttg msalah rakyat. Dioarang ni ingat kita lantik diorang jadi Adun masa pilihanraya supaya senang mereka berniaga,dpt projek dan dapat dato' agaknya?

    ReplyDelete
  4. Tuan-tuan yg tidak ada air,

    Pergilah tumpang mandi di rumah Najib dan Rosmah. Rumah dia org ni tentu air tak putus.

    ajam

    ReplyDelete
  5. AA

    Saya menyesal sungguh balek ke kampong di Johor kerana bekalan air rumah ibu saya terputus 2 hari iaitu di hari pertama dan hari kedua raya kali ini.

    nak berak pun tak boleh nak cebok. Terpaksa pergi masjid untuk membuang air besar dan mandi, sedangkan masjid bukan itu fungsinya.

    Sesalan saya sangat besar. Sekarang baru saya dah balek ke Damansara, saya mandi puas puas.

    Celaka betul.

    zain ibrahim

    ReplyDelete
  6. ape yg dimaksudkan kekurangan air tapi manageable?manageable kah jika di jengka senegeri kelahiran PM sendri berstatus seperti di sabah dan sarawak?

    s'wak dan sabah..habis ditarah hasil mahsul...paip air bersih pon xdapat...jengka pula hasil sawit UMNO tarah...tapi bagi rakyat...air yg perlu ditadah...

    ReplyDelete
  7. bukankah kebyakkan damn yg ade skrg di selangor dibina oleh kerajaan negeri juga?syabas hanya mengambilalih apa yg kerajaan negeri dulu(ditadbir umno dan modal oleh rakyat) buat...berbekalkan title bekas org kuat umno...rozali dapat penswastaan air diselangor...ape yg rakyat selangor dapat dari rozali?untuk apa dibayar gaji berjuta setahun jika masalah kekurgn air terawat tidak dapat dibendung dgn sources yg ade dan kos yg berpatutan..?

    klo ni la CEO kat syrkt spt Microsoft..dah lama kene pecat...

    ReplyDelete
  8. Pak Aspan..

    Nampaknya kita seharusnya menubuhkan satu kumpulan NGO sebagai 3rd Force untuk mendesak pihak kerajaan mengambil tindakan keatas masalah air ini. Seharusnya Kerajaan sepatutnya bertanggungjawab dan lebih perihatin terhadap keperluan harian rakyat. Air, Elektrik, Pelajaran, Kesihatan serta perhubungan seprti Jalanraya di kampung2 ada keperluan asas yang tak seharusnya menjadi sebagai isu politik yang mementingkan sebelah pihak. Kerajaan lah sepatutnya bertanggungjawab untuk menyediakan perkara asas ini tidak kiralah samada kerajaan BN ataupun PR.

    Kalau setelah 55 tahun pihak BN yang memerintah negara ini masih tidak mengetahui perkara asas ini..elok lah serahkan saja pemerintahan kepada pihak PR yang telah membuktikan pemerintahan mereka di empat buah negeri.

    Sementara itu rakyat tempatan yang terlibat seharusnya bertindak menubuhkan 3rd force untuk menjadi pendesak atau penuntut keperluan asas ini.

    Jangan biarkan janji mereka hanya janji-janji palsu sahaja.

    ReplyDelete
  9. Salam Pak Aspan,

    Pulau sudah!
    Tanah bukit bukau sudah!
    Batu batan sudah!
    Pasir sudah!

    Tak lama lagi, udara/oksigen dan cahaya matahari akan ada CEO gaji beratus jootah akan muniaga jugak!
    Kenalah kita beli balang2 kaca utk buat bekas beli oksigen!

    Jangan terkejut nanti ada CEO gaji beratus jootah keluarkan notis projek bidaan terus utk cat langit!

    Sekian

    Gheng lama

    ReplyDelete
  10. Tuan Aspan,

    Takpe tiada api jangan tiada air...

    ~Langrumba~

    ReplyDelete
  11. Saudara AA dan bloggers

    Masalah air ini dijadikan satu isu oleh pihak UMNO/BN semata-mata untuk mendapat 'political mileage'. Tapi punca masalah ini disebabkan oleh pihak UMNO/BN yang memberi lesen monopoli air kepada Syabas yang asyik bertungkus lumus untuk mengebas duit rakyat.

    Salam.
    Observer

    ReplyDelete
  12. Kat Johor pun sama... raya ke-4 kampung aku kat Senggarang, Batu Pahat takde air. Nak marah kat UMNgOk yg dok ngata Sgor tapi kat tempat fixed deposit sumenye tak berair!

    JOM BERUBAH... kita pasti kan yang sume tempat-tempat fixed deposit dijadikan FIXED LOSS-IT untuk UMNgOk Be-eNd...!

    ReplyDelete
  13. Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan pengunjung sekalian.

    Sedih bin kecewa bin geram!!! Ternyata kesemua 9 komentar yang saya baca, 100 % meluahkan rasa tak puas hati. Justeru, elok benar kita tanya puak-puak tu semua: "Inikah yang kau orang nak kata 'JANJI DITEPATI'?? Kalau dah sampai air yang jadi bekalan asasi kesemua makhluq, khasnya insani ini, tak terurus, nak sibuk carigali salah dan aib orang lain tu, kanapa, kan?

    Justeru, saya ingin mengkalungkan takziah kepada saudara dan rakan-rakan yang pulang ke kampung dalam kedha'ifan sebegitu rupa, yang sudah tentu, bukan kehendak kalian, tetapi, kerana salah-urus dan cuai yang disengajakan pihak berkepentingan demi tembolok mereka semata-mata. Nah, dengan itu, marilah kita bersama melangkah dengan apa juga cara diplomatik, kalau boleh, hatta ke saat memangkah lambang, agar Malaysia benar-benar merdeka dan segala sumbernya termasuk air dinikmati bersama. Justeru itu, nyata sudah, penswastaan bekalan air seperti yang diberikan kepada SYABAS ini sebenarnya hanyalah berstatus keuntungan peribadi, yang setelah kemudiannya terdedah tembelang dan kelemahan di sebalik kegilaan projek sebegitu oleh mereka yang lebih cekap, apa lagi, kan; dengan sikap egoestik bin mabuk kuasa itulah mereka akan berusaha sehabis nafsu mengaut semula untung haram jadah yang mereka perolehi tu! Cukuplah; marilah kita bersama berjihad membanteras kemungkaran yang telah setengah kurun lima tahun ini, K?

    Terima kasih dan salam jihad.

    ReplyDelete
  14. Jangan lah tulih hal air sajo.Jem macam mano. Dari Kajang memang LOKEH, lopeh Ulu Bendul dah jadi LAMBEK MERANGKAK. Yang den menyampah bilo jem bermulo nampaklah gambar2 MALAON tersonyum sumbang. Gambar MB Hasan Kepalo Bana, Hasan Malik Al Kelentong. Orang menyumpah dan meludah namapk gambar itu.
    Sojak zaman Mansor Osman lagi kito dah dijanjikan Hiway. Kito di tipu. Tak masuk dalam 5 yaer paln pun sojak dari dulu. Itu sobab eh hiway tak siap siap.
    Janji tak ditopati maka tak perlu baleh budi. Orang Pilah janagn undi BN lagi. Mampuh lah mereka.

    ReplyDelete
  15. salam dan selamat hari raya aidilfitri buat semua.. di kampung isteri saya kampung pertang,simpang pertang jelebu fenomena ini dah berlarutan hampir 10 tahun , tiap raya.. air pasti putus dan tiada.. ini adalah cerita yang tidak suka di dengari oleh banyak pemimpin baik ahli parlimen mahupun adun dan mb n9 sendiri... turun turun lah ke padang wahai pemimpin yang di pilih ole rakyat, kepada rakyat..sains tak perlulah bagi alasan alasan lapuk lagi..kami sekeluarga mahupun penduduk kampung amat kecewa dgn layanan kerajaan n9 yang di pilih oleh rakyat ini..

    ReplyDelete
  16. Anonymous 20:08:00

    Jangan nak putarbelit isu.Putusnya air bukan berlaku tiba-tiba. Banyak isu, ada diantaranya terlalu teknikal untuk dipahami oleh tuan.Untuk makluman tuan Selangor mempunyai bilangan dam yang paling banyak serta yang terbesar. Tidak perlu dam besar-besar lagi. Yang perlu adalah pelbagaikan sumber air serta mengoptimamkan operasi rawatan air (efficiency)dan yang AMAT PENTING KURANGKAN NRW.

    ReplyDelete