Permuafakatan di antara DAP
dengan PAS merupakan satu perkara yang menjeruk hati pimpinan BN. Permuafakatan
untuk kepentingan negara dan rakyat serta demokrasinya semakin erat selain dari
penyertaan PKR dalam Pakatan Rakyat sangat menggugat BN dalam menghadapi hari
muka dalam demokrasi negara.
Sokongan padu di antara PAS dan
DAP ini menjadikan BN khususnya UMNO begitu tertekan dan situasi ini memang
tidak pernah terlintas di pemikiran sesiapa di kalangan UMNO selama ini. UMNO
sentiasa berfikir yang PAS dan DAP tidak akan dapat duduk semeja sampai
bila-bila kerana perbezaan dalam banyak isu pokok yang menyelubungi kedua-dua
parti itu.
Tetapi apabila kematangan politik
itu wujud maka apa yang dianggap ‘impossible’ selama ini oleh BN, kerjasama
utuh di antara PAS dan DAP ini sangat-sangat menyakitkan UMNO. Berbagai-bagai
cara dan taktik digunakan untuk memecahkan PAS dan DAP itu kerana jika PAS dan
DAP berpecah maka senanglah sedikit bagi Perdana Menteri untuk membubarkan
parlimen dan memanggil pilihanraya yang sangat-sangat dinantikan oleh rakyat
sekarang ini.
Pilihanraya akan hanya diadakan
apabila PAS dan DAP berpecah dan bermasalah. Kita sedia maklum UMNO selama ini
hanya kekal kerana perpecahan pihak lain dan UMNO Baru itu sendiri tertubuh di
atas perpecahan orang Melayu. Premis kewujudan UMNO itu sendiri adalah di atas
perpecahan.
Ia tidak seperti kewujudan UMNO
asal dahulu dalam mana penubuhan UMNO asal itu adalah di atas perpaduan yang ditunjukkan oleh semua kesatuan dan persatuan orang Melayu untuk menyambung usaha
mancapai kemerdekaan yang telah dimulakan oleh pejuang-pejuang sebelumnya.
UMNO sudah hilang kemampuan untuk
menunjukkan dan membuktikan kepimpinannya dengan melakukan kerja baik, maka
perpecahan pihak lain merupakan perkara yang ditunggu-tunggu dan UMNO amat
mahir melakukan taktik ini kerana pengalamannya memecah-belahkan rakyat itu
sangat menonjol dengan ketara.
Keakraban DAP dan PAS dan disalut pula dengan PKR sebagai elemen yang mencantumkan mereka, membuatkan BN
khususnya UMNO dan juga MCA amat takut. Kali ini strategi memecah-belahkan
rakyat tidak menjadi dan selagi keadaan itu wujud maka BN hanya menunggu waktu
untuk terkubur dalam PRU yang akan datang.
Perkara seperti ini berlaku
tentulah bersebab. Ia berhubung dan berkait rapat dengan ketelusan PAS dan DAP
untuk bekerjasama untuk melakukan kebaikan. Tuhan sendiri menuntut setiap pihak
untuk bekerjasama dan bermuafakat untuk membina kebaikan. Kemuafakatan itu
hanya berlaku di antara setidak-tidaknya dari dua pihak yang berbeza dalam
banyak hal.
Demi kebaikan rakyat dan negara
kedua-dua pihak telah membina kemuafakatan yang telus bagi mencapai cita-cita
yang luhur untuk negara. PAS sebagai sebuah parti berlandaskan kepada Islam
telah beransur-ansur menunjukkan bukti bahawa Islam itu adalah universal dan
merupakan agama yang diturunkan Tuhan untuk mentadbir dan untuk memimpin semua
dalam dunia yang fana’ ini.
Apabila wujud elemen yang baik di
kalangan PR ia menjadi duri dalam daging kepada UMNO yang akhirnya akan
menghilangkan ‘hagemony’ UMNO yang selama ini menguasai pemikiran rakyat.
Sedikit demi sedikit cengkaman yang dilakukan oleh UMNO itu bertambah longgar
dan akhirnya UMNO terlepas sokongan yang selama ini diperolehi oleh parti itu.
Kesatuan yang dipupuk oleh PAS
dan DAP ini tidak terlerai oleh segala propaganda yang dilakukan oleh media
perdana cetak dan eletronik arus perdana dan ‘goodies’ yang diberikan oleh BN
sekarang sudah tidak berkesan lagi. PAS sudah menjadi ‘alternative’ automatik
bagi rakyat Melayu dan beragama Islam itu dan DAP merupakan parti yang disokong
oleh semua kaum terutamanya ‘alternative’ yang paling baik bagi rakan-rakan
kita kaum Cina dan lain-lain.
Benar kata pepatah ‘bersatu teguh
bercerai roboh’. Selagi kedua-dua parti PAS dan DAP dan sokongan oleh PKR ini
terus seperti yang ada pada hari ini maka tiada apa-apa lagi strategi dan
taktik kotor yang dilakukan oleh BN akan memberi kesan kepada ‘coalition’
pemerintah itu.
Usaha MCA untuk memainkan isu
hudud jelas menjadi ‘counter productive’ bagi BN. Isu DAP yang dituduh oleh
MCA sebagai kuda tunggangan kepada PAS tidak menjadi. Sebaliknya UMNO memainkan
isu PAS menjadi tunggangan DAP untuk menakutkan orang Melayu sudah tidak tajam
lagi dan kian menumpul.
Taktik bermuka-muka Najib dan
kepimpinan BN terhadap kaum-kaum di negara ini kian menjadi penyebab kepada
wujudnya perasaan curiga dan tidak yakin rakyat kepada kepimpinan BN kini.
Taktik yang dilakukan oleh pimpinan BN dengan bermuka-muka ini sudah menjadi
bahan jenaka rakyat sekarang ini. Segala tindakan dan segala kata-kata yang
keluar dari mulut pemimpin BN hanya membawa padah kepada BN itu sendiri.
Fatwa-fatwa songsang Abdullah
Sa’amah juga telah menjadi ‘counter productive’ yang jelas kepada BN khususnya
UMNO dan kian hari UMNO kian dijauhi oleh rakyat, termasuk oleh ahli-ahli UMNO
itu sendiri.
Kesatuan rakyat berbilang kaum
dan agama di bawah Pakatan Rakyat merupakan bukti kukuh yang kemuafakatan
seperti tuntutan Islam itu merupakan pemangkin yang kuat untuk melakukan perubahan
kepada sistem negara yang sudah kacau bilau ini.
Kesatuan rakyat ini menyebabkan
BN tidak dapat menentukan tarikh dan waktu untuk mengadakan pilihanraya kali
ini. BN tahu jika diadakan pilihanraya cepat maka cepatlah mereka hilang kuasa
dan jika dilakukan pilihanraya ini di waktu yang lambat sedikit, maka dapatlah
menangguhkan sedikit saat kejatuhannya kelak.
Saya selalu berkata yang rakyat
sebenar-benarnya mahu bersatu teguh sesama mereka tetapi mereka mahu bersatu di
luar BN. Nampaknya penyatuan rakyat di luar BN ini semakin menjadi kenyataan.
Semalam Ustaz Nasha suruh PAS keluar Pakatan kerana DAP masih menentang hudud. Ustaz Nasha pun buat umrah bersama Najib. Mcmana?
ReplyDeleteSemalam Ustaz Nasha suruh PAS keluar Pakatan kerana DAP masih menentang hudud. Ustaz Nasha pun buat umrah bersama Najib. Mcmana?
ReplyDeleteSalam Sdr AA,
ReplyDeleteStrategi 'pecah n Perintah kemudian menakut nakut rakyat dh xsesuai dan sdh ketinggalan zaman dgn adanya langit terbuka...rakyat makin lama makin celik n makin berwibawa....kesian UBN..gigitan mu buat kami ketawa kerana kegelian..sbb gigi mu sdh tiada....
-hmkaziz-
Salam AA dan bloggers,
ReplyDeleteKesepakatan DAP dan PAS adalah berdasarkan 'common goal' jangka pendek iaitu menjatuhkan BN.
Umum mengetahui PAS sanggup berkompromi daripada mewujudkan negara berhukumkan hudud kapada negara berkebajikan.
Begitu juga konsep Malaysian Malaysia oleh DAP sudah tidak kedengaran akhir2 ini.
Jadi apakah kesudahannya selepas berjaya merampas Putrajaya?
Masing2 DAP, PAS dan PKR tidak meletakkan calon yang cukup untuk menguasai Parlimen seterusnya menukar Perlembagaan kepada hudud atau Malaysian Malaysia.
Saru parkongsian kuasa yang menarik dari segi 'check and balance'.
Keluar dari mulut buaya masuk ke mulut harimau?
Malaysia akan diperintah oleh PR dengan acuan BN tetapi dengan lebih telus dan kadar rasuah yang minimum.
Itu saja yang kita mahu.
Surrogate
Kesian Mahadey..bila melihat pas dan dap menjadi geng..
ReplyDeleteSaya bekas tentera rejimen askar melayu diraja hairan semasa zaman mahadey..ramai mamak dan bangsa siam boleh masuk kor RAMD..
Skrg memang jelas umno ingin memusnahkan jati diri bangsa melayu..umno tidak relevan lagi untuk bangsa melayu..
Segala kemungkinan boleh berlaku.Bunga bunga penyatuan UMNO dan PAS juga menjadi igauan DAP kerana terlalu lantang negara islam dan hudud.Begitu juga dengan MCA sanggup keluar BN sekira UMNO meneruskan hudud.Apa akirnya akan berlaku sekira kemungkinan ini berlaku.Kenapa agaknya Tok Guru tok say sangat UMNO ?
ReplyDeleteTapi Tok Nik tidak boleh selamanya ....
Predict splt in PR down the road due to ideological conflicts.
dinoscots
Nasaruddin mencari jalan keluar macam Hassan Jati, itu saja...
ReplyDeleteSalam Pak Aspan,
ReplyDeleteAmat menarik membaca temubual ust misbahul munir dgn mantan Setiausaha Dewan Undangan Negeri, negeri Perak sewaktu perebutan kuasa BN daripada kerajaan PR yg dipilih rakyat.
Dia kata 11 bulan kerajaan PR perak yg diketuai oleh YB Nizar adalah contoh pentadbiran terbaik yg dia pernah berkhidmat! Kini dia sudah menjadi ahli Pas!
Kerjasama Pas-Dap-PKR paling mantap lagi telus ujar beliau!
Tentu pemimpin2 umno (BARU) bentan seluruh badan membaca interview ini!
Hahahahaha
Gheng lama
The country is multi religious from the start.....to implement hudud, give some respect and tolerance to others of matters of universal values.
ReplyDeleteNo one should have a monopoly over God.
Salam Hormat Tuan.
ReplyDeleteKita sebagai insan dan umat Islam yang beriman diwajibkan mempercayai kepada Qadak dan Qadar (ketentuan baik dan buruk). Cuma sebagai insan yang diberi akal (tidak seperti haiwan), kita perlu memperhalusi sesuatu perkara yang boleh menyokong atau menuju kesejahteraan dalam kehidupan. Dalam kontek memilih parti pemerintah di negara ini, kita tidak perlu terlalu berburuk sangka atau terlalu paranoid. Sebagai contohnya: Anda sebagai seorang bapa dimaklumkan bahawa ada rombongan peminangan jejaka yang ingin meminang anak perempuan anda (yang layak untuk dikahwinkan). Maka tibalah hari yang ditunggu-tunggu dan datanglah rombongan peminangan tersebut. Tetapi keputusan yang diberi oleh anda (perempuan) adalah tidak mempersetujui peminangan tersebut disebabkan anak anda belum ada pengalaman bertunang apalagi berkahwin. Maka sampai tua lah anak perempuan tersebut tidak akan kahwin (kalau tak mencuba mana datangnya pengalaman) . Begitulah sinonimnya kita apabila mahu memilih pemimpin atau parti pemerintah di negara ini. Kerana takutkan PR yang tiada pengalaman untuk memerintah (bimbang sama macam BN), maka biarlah selama-lamanya BN yang korupsi menzalimi, merompak dan menindas rakyat dengan pelbagai dasar dan peraturan yang hanya menguntungkan dan mengayakan para pemimpin dan kroni mereka (BN) sahaja. Sekiranya selepas diberi mandat kepada PR dan mereka juga mengkhianatinya, maka selepas 5 tahun (bukannya 50 tahun) tukarkan kepada BN semula (itupun jika BN masih relevan lagi)Jangan bandingkan dengan Melayu Singapura, kerana kebanyakkan mereka terlebih Cina dari Cina dan terlebih Mat Salleh dari Mat Salleh. Lihatlah karenah dan gaya mereka apabila bertandang ke Negara ini, layaknya mereka yang termoden dan terkini manakala kita ini (Melayu Malaysia) seolah-oleh dah tertinggal dek zaman 20 tahun melebihi kita (perasan mereka sahaja). Di negara ini Melayu adalah majoriti, oleh itu jangan persiakan status itu untuk membentuk sebuah bangsa yang kuat dan bertamadun.
" Jangan bandingkan dengan Melayu Singapura ".
ReplyDeleteMost Melayu S'porean are independent, competitive, confident and fairly open minded with global outlook.
Melayu M'sia are too insecured and lack of confidence to come out of their " comfort zone ".
Melayu S'porean do not need " numbers " to do well.....many with just secondary education or a basic trade certificate are doing reasonable well with decent jobs to support their family in other countries.