Setakat ini belum ada apa-apa
tindakan pihak kerajaan terhadap pihak yang memfatwakan DAP sebagai parti untuk
‘kafir harbi’. Sikap kerajaan membiarkan perkara ini terus menerus disebut
oleh pihak tertentu yang 'desperate' ini, membawa tanggapan yang pihak kerajaan
BN hari ini tidak prihatin terhadap sensiviti rakyat berbilang kaum dan agama di dalam negara ini.
Tidak ada sesiapa berhak untuk
melabelkan pihak yang menyokong dan bermuafakat dengan DAP demi kebaikan negara
menggelarkan mereka sebagai kafir. DAP merupakan sebuah parti politik yang
terdaftar secara halal dengan pendaftaran pertubuhan dan parti itu telah
menjunjung segala peruntukan yang tertulis di dalam perlembagaan negara. Hanya
pihak UMNO sahaja yang cuba
menafikannya.
Ulamak sesat yang memberikan
fatwa itu wajar diambil tindakan kerana ia merupakan satu tindakan memecah-belahkan rakyat berbilang agama dan kaum dan ini merupakan tentangan secara
'direct' terhadap agama suci kita. Memecah-belahkan masyarakat merupakan tindakan
yang tercemar daripada pandangan agama suci kita, kerana kita dituntut untuk
saling menghormati antara semua puak dan bangsa serta agama.
Kita mesti menerima hukum agama
kita secara 'total' dan bukannya mengambil setengah yang sesuai dengan mereka
(UMNO) dan membuangkan setengah yang lain yang terkena kepada batang hidung
mereka sendiri. Jika kita tidak menerima keseluruhan 6666 ayat di dalam Quran itu maka kita boleh persoalkan keimanan kita sendiri kerana mempercayai Quran secara 'total' itu merupakan salah satu daripada rukun iman yang enam itu. Kalau diambil semua nilai dan hukum agama kita, kita boleh
melihat dengan jelas yang UMNO sendiri melakukan banyak perkara yang kafir.
Rasuah itu adalah kafir, menyalahgunakan kuasa itu kafir, memfitnah itu kafir dan memecah-belahkan rakyat itu
adalah kerja kafir. Malahan tindakan ramai orang meninggalkan BN khususnya UMNO
itu ialah kerana tindakan-tindakan yang kafir yang dilakukan oleh mereka.
Banyak kroni di dalam UMNO itu sendiri mempunyai sikap dan sifat Qarun pada zaman
Firaun dahulu. Mereka tidak berhenti-henti mengumpulkan harta yang banyak tanpa
had dengan menggunakan wang rakyat dan negara.
Sebaliknya di pihak Pakatan
Rakyat mereka lebih 'sensitive' terhadap kehendak agama-agama di negara ini
dengan melakukan banyak perkara yang dituntut oleh agama-agama khususnya agama
Islam. Islam membenci rasuah dan sudah jelas kerajaan DAP Pulau Pinang telah
memunafaatkan kuasa yang ada pada mereka mentadbir negeri itu dengan tahap
rasuah yang paling rendah dan hampir kepada tahap sifar. Sesiapa boleh
menafikannya tetapi kenyataan tetap kenyataan.
Bagi seseorang yang bertuhan dan
beragama, yang penting ialah nilai Islam dan agama itu dilaksanakan dengan
sungguh-sungguh. Tidak guna kita menjadi muslim tetapi tindakan kita semuanya
menentang agama secara terbuka dan tidak meng'addin'kan agama itu. Kita mesti
tuntut agar kerajaan mengambil tindakan terhadap mereka yang mengeluarkan
fatwa mengikut nafsu dan nafsi amarah mereka kerana Islam yang tulen itu adalah
lembut dan sejuk untuk semua orang menerimanya dengan ikhlas dan jujur.
Islam itu sentiasa memberikan
kesejukan dan bukannya kepanasan seperti kepanasan api neraka. Saya adalah ahli DAP dan itu tidak mengurangkan kemelayuan saya atau mengurangkan Islam saya.
Saya tahu yang penting ialah saya
sentiasa mengingatkan diri saya dan keluarga saya supaya terus menerus
bertawajjuh dan bertawassul kepada Rasul dan Tuhannya sentiasa. Apa gunannya
menjadi ahli kepada parti yang dianggotai oleh orang-orang Muslim seperti UMNO,
sedangkan tindakan pemimpin-pemimpin mereka selalu bertentangan dengan kehendak
agama anutan mereka.
Saya tidak berhak untuk
memunafikkan sesiapa kerana hanya Tuhan sahaja yang berhak untuk melakukannya,
tetapi jika kita tarbiah syariat dengan betul saya hanya berhak setakat
mengingatkan sesiapa yang terlibat supaya jangan melakukan perkara-perkara yang
munafik. Saya ingin mengingatkan diri saya dan semua pihak, yang munafik ini
merupakan satu dosa yang tidak terperi besarnya.
Setakat yang kita ingat UMNOlah
yang menolak hukum hudud. Jika UMNO menerima hukum Islam secara 'total' Dr
Mahathir tidak sepatutnya menolak hudud dahulu. Kita masih ingat dengan jelas
penolakan itu.
Semua parti di dalam BN menolak
hudud. Seburuk-buruk Pakatan masih ada niat dan usaha untuk melakukannya. Hanya
setakat ini Putrajaya itu masih berada di dalam tangan BN sehingga pilihanraya yang
akan datang.
Itulah sebabnya saya selalu
mengulangi kata-kata ‘the worst of Pakatan Rakyat is a lot better than the best
of BN’. Ramai penyokong UMNO marah dengan kenyataan saya ini tetapi saya
tidak peduli kerana apa yang saya katakan itu adalah perkara yang benar.
Pakatan DAP, PAS dan PKR wajar
diberikan peluang kali ini setidak-tidak buat lima tahun yang akan datang untuk membuktikan
kemampuan mereka merubah segala-gala yang tidak baik kepada keadaan yang
dituntut oleh agama kita.
Rakyat boleh mengembalikan kepada
BN jika PR jelas lebih buruk dari BN. Tetapi PR akan mampu memberikan bukti itu jika Putrajaya berada di tangan
mereka (PR). Selepas itu rakyat boleh menilainya kembali kerana setiap lima tahun rakyat
mempunyai kuasa untuk menggunakannya.
Barulah kita akan tahu siapa yang
kafir harbi itu.
Saudara Aspan,
ReplyDeleteSaya tidak yakin orang UMNO benar-benar faham apa yang cuba saudara sampaikan. Jika pun mereka faham, hati kebanyakan mereka telah terlalu keras untuk menerima apa-apa nasihat wpun mereka tahu dan sedar yang dikatakan itu benar. Itulah masalah yang kini melanda pada kebanyakan pemimpin, dan ahli UMNO. Dogil, tongka, bega....
Salam.Sdr AA..
ReplyDeleteAnggap la apa2 pn dgn kenyataan kafir atau munafik, harbi ke atau zimmi...seme tu x di pakai guna d malaysia selagi UMNOBN memerintah dgn menggunakan perlembagaan LORDREID
-hmkaziz-
hmkaziz,
ReplyDeletekan ker mahadeyyy sudah kata dia sudah istihar malaysia negara Islam!....semua juak2 umno (BARU) bukan main sokong!
diorang bukan kesah pasal perlembagaan pun....hukum agama habis mereka sudah latam!
Nusa tercinta kita sedang meniti masa paling mengujakan (exciting?), segala2nya boleh berlaku (possible!)
gheng lama
Tolong tanya Ular Mamak bangsat tu..kalau UMNO terang2 tolak Ilam dan Hudud tu tak kafir harbi ka ampai mengancam kerajaan PAS Kelantan untuk laksanakan hudud dan hukum Islam.
ReplyDeleteKalau ikut fahaman Ular Mamak bangsat tu...Ah Jib Gor dan Mamak Kutty tu pun wajar dikelaskan dalam kumpulan "kafir harbi" jugalah sebab dua matlaon ini sudah terang lagi bersuluh telah menolak Hudud dan menggugut pimpinan Kerajaan PAS untuk laksanakan tuntutan Islam.
Adakah "kafir harbi" macam ni pun boleh diperangi dan dibunuh?. Kalau UMNO BN boleh terima fatwa sesat Ular Mamak macam ni...maknanya rakyat dan penduduk Islam Malaysia WAJIB perangi Ah Jib Gor dan Mamak Kutty habis2an kerana dua matlaon ni juga dalam kumpulan yang serupa.
Tidak kah begitu Tuan Aspan?
ReplyDeletesebenarnya masyarakat benar-benar keliru siapa yang kafir siapa yang bukan,berdasarkan pandangan politik atau amalan-amalan yang ditenteukan Quaran dan hadis.
Inilah penyakit utama yang menimpa umat Islam sekarang, nak ikut Quran dan hadis atau nak ikut mereka yang berjubah dan serban ?.
Tak boleh ikut SEMUA yg berjubah dan berserban? Cakap/tulis biar betul wahai tebing tinggi!
DeleteKalau kita halusi ucapan2 pemimpin umno (BARU) yg ikut sedap mulut, mereka langsung ketepikan banyak hukum hakam demi mempengaruhi rakyat!
Dan mereka semua tak berjubah dan tak berserban! Yg berserban di kalangan mereka bertaraf Abdullah Sa'amah sahaja.
Gheng lama
Saudara AA, Memgambil tanah secara tidak adil dengan menyalah guna kuasa undang2 untuk niat mengaut untung besar seumpama lanun.Itu lah yang dosa besar dalam mana2 ajaran dan ugama.These are the very people who we are going to vote into power.PEETUI,sudah muak nah muntah.Can MCA please stand up and explain to the rakyat how you supported the change in the enactment of the National Land Code which enable the government to acquire any private land on behalf of third party for any economic purposes.You have all fail in your duty to protect the RAKYAT But instead You have all sold out to the Devil.ABU!!!!!!!
ReplyDeleteFatwa bernilai RM 2 juta.. memang hebat...
ReplyDeleteSalam Tuan!
ReplyDeletePendapat saya mudah saja.Yang saya faham sebenarnya Parti Umno itu sendiri tak faham tentang ajaran islam.Kerana selama ini mereka asyik menyembah ketuanan Melayu yang palsu.Melayu dan islam tak sama.Parti Umno sebenarnya telah menyemarkan imej islam itu sendiri dengan kelakuan golongan mereka yang tak faham tentang islam.Kita sebagai orang Islam ada misi mendekati apa yang mereka panggil bangsa lain sebagai kafir harbi.Tujuannya untuk berdakwah dan menerangkan kecantikan islam dan menarik mereka memeluk islam.Tapi parti Umno kerja menakut-nakutkan bangsa lain malah menakutkan orang melayu dengan hujah-hujah mereka yang dangkal tentang islam.Ini kerana mereka cemburu bila ada kelompok lain manusia melayu yang mendekati bangsa lain melalui islam.Sebenarnya mereka tak patut dan tidak boleh bercakap bagi pihak orang-orang islam sebab pengetahuan pemimpin-pemimpin mereka rata-rata jahil tentang islam.Bila orang-orang Pas nak laksana Hudud,mereka kata hudud tu Hudud Pas.Itu menunjukkan mereka tak faham tentang islam,lagipun mereka memang tak mau pada Hudud seperti yang keluar dari mulut Mahathir dan PM Najib sendiri.Sejarah telah membuktikannya dan tak boleh dipadam lagi.
Salam AA dan bloggers,
ReplyDeleteAdalah menjadi satu kemusykilan bahawa UMNO/BN yang memerintah selama 55 thn gagal membuat kajian mendalam,apatah lagi melaksanakan hukum hudud.
Sedangkan ada sebuah negeri di dalam negara Nigeria telah melaksanakan hudud, adakah pemimpin Muslim Malaysia lebih jahil dari Nigeria?
Kenapa beban harus ditanggung oleh DAP yang menyatakan bahawa mengikut Perlembagaan, negara adalah mengamalkan sistem sekular oleh itu hudud tidak boleh dilaksanakan.
Adakah meng'kambing-hitamkan'kan DAP menyelesaikan masalah?
Perlembagaan negara harus dirombak bagi membolehkan hudud dilaksanakan dan prosesnya tidaklah semudah disangkakan.
Pihak yang akan lantang menentang hudud adalah golongan Sultan/Raja kerana _________. (Sila isi di tempat kosong secukup rasa)
Hukum Islam tidak boleh dipaksakan kepada 'non-believer' berdasarkan Perlembagaan,sebagai contoh hukum syariah seperti nikah/cerai/fasakh.
Jadi tidak kira samada bukan Islam itu terdiri dari BN ataupun PR secara otomatik tetap menolak hudud.
Mengikut hukum sebab/akibat maka kenyataan haram mengundi DAP kerana ianya menentang hudud adalah benar dan terpakai di luar kerangka Perlembagaan Malaysia,mungkin di
sebuah negara Barbarian atau 'cowboy country'.
Malahan golongan ini harus diperangi kerana kewajipan umat Islam mengembangkan syiar Islam.
Jika dulu kita ada professor kangkung yang mendakwa Hang Tuah tidak wujud dan Malaysia tidak pernah dijajah, maka berbanggalah kita memiliki ulama' otak udang.
Bagaimana pula dengan pemimpin2 UMNO/BN kita sendiri yang menentang hudud?
Kita anugerahkan mereka dengan pangkat,harta dan kekayaan untuk terus memperbodohkan kita kerana mereka ini 'Bayangan Tuhan'!
Utusan Malaysia harus menukar motto kepada 'Fitnatul Kubra' sebagai penyebar Fitnah 1Malaysia.
Surrogate
Macamana di katakan HARBI sedangkan tiap tahun kerajaan BN kutip cukai dari mereka? Muamalat dengan mereka ... kereta rosak aircond rosak renovate istana pun panggil yang "harbi" datang repair. FATWA yang separuh masak!
ReplyDeleteMMM
This will send a wrong and dangerous message to the misguided, extremist or terrorist.
ReplyDeleteA front page of dangerous politic of religion must be followed by a front page, for a few days, of total OUTRAGE by all leaders to prevent/avoid dangerous problems.
The middle esatern people will tell you that their religious conflicts are caused by their politicians....we are heading that way?
Tuan Aspan,
ReplyDeleteKadang2 kita sedih dengan Umno ni,nak kat tak faham Islam ada ramai pakar.Negara kita ni bukanlah negara Islam jadi macamana nak cap orang kafir zimmi ke atau kafir harbi ke. DAP adalah parti yang berdaftar dan telah mengambil bahagian di dalam sistem politik Malaysia lebih dari empat puluh tahun.Tapi dek kerana fatwa dari seorang yang mengaku ulama dan tak tahu hujung pangkal terus dijadikan isu besar.Lebih mengasyikkan lagi semalam 'ulama' tersebut dapat bayaran RM 2 juta dari Mustapa Mohamad.Apa makna semua ini?Jawapannya semua orang tahu..umno..umno ada duit boleh main duit,boleh beli itu,ini
FATWA DIA BERNILAI RM2JUTA. CUKUPLAH KOT BUAT BELANJA DIA DUNIA DAN AKHIRAT.
ReplyDeleteUmno masih ada harapan bagi depa menang pilihan raya kali ni dan pasti mereka akan buat penambahbaikan. I can assure of that En Aspan
ReplyDeleteSalam Pak Aspan,
ReplyDeleteSapalah pulak cik anon 16:56 yg nak assure umno (BARU) akan buat baik neh? Dia PM kah?
Atau dia mahadeyy yg nak tengok najib jatuh macam dia pernah buat pada Paklah dulu?
Alahai Cik anon, camnalah umno (BARU) nak buat baik pada rakyat kalo presiden parti pun kena NGAP?
Hehehehehe
Gheng lama
Mangkuk tu bukan keluarkan Fatwa tapi FUCKWA....mana dia mufti2 yang konon nya arif tentang ugama lebeh2 lagi mufti UMNO dan juga menteri 3/4 Jamil khir.ABU
ReplyDelete