Perkembangan politik di Sabah akhir-akhir ini amat menarik dan menjadi tumpuan
ramai. Dengan perkembangan terakhir ini tidak dapat lagi dinafikan bahawa BN
Sabah sedang menerima tekanan yang amat berat untuk mempertahankan mandat yang
ada pada mereka (BN) apabila PRU sampai masanya untuk diadakan. Musa Aman,
pengerusi BN Sabah berkata penghijrahan Lajim Hj Ukin dan Wilfred Bumbering
tidak langsung menjejaskan BN di Sabah. Kita
faham bahawa kenyataan beliau (Musa) itu hanyalah satu kenyataan politik yang
liar sahaja.
Isu yang menyebabkan BN Sabah
khususnya UMNO tidak lagi mendapat perhatian rakyat sekarang ini terlalu banyak
sehinggakan kita tidak dapat memahami di antara sebab atau alasan yang
menyebabkan penolakan rakyat yang begitu ketara terjadi. Tetapi yang paling
nyata sekali ialah isu peribadi Musa Aman sendiri yang tidak lagi sanggup
diterima oleh rakyat Sabah sebagai pemimpin
utama mereka. DAN pemimpin ini jugalah yang dipertahankan bermati-matian oleh
Najib.
Tetapi kalau UMNO itu UMNO juga.
Parti itu sememangnya terlalu leka dengan mempertahankan pimpinan yang diragui
rakyat sejak tiga dekad yang lalu. UMNO tidak dapat menerima bahawa politik ini
adalah peperangan mental dan jika Musa yang sudah dipersepsikan sebagai
liabiliti kepada BN sepatutnya mengundurkan diri atau dipaksa oleh pimpinan
tertinggi UMNO untuk berundur.
Tetapi biasalah, dalam UMNO, untuk
memberhentikan seseorang itu terlalu susah kerana terlalu banyak pertimbangan
sampingan yang kebanyakannnya adalah pertimbangan peribadi semata-mata. Pucuk
pimpinan lebih cenderung untuk mendengar nasihat ‘warlords’ yang di sekeliling
mereka daripada mendengar pandangan ramai. Tidak kita ketahui apa yang menyebabkan
Najib khususnya terlalu terikat dengan Musa sehinggakan beliau (Najib) tidak
berdaya untuk memberhentikan seseorang yang telah begitu parah persepsinya di mata
rakyat itu. Hanya Tuhan sahaja yang mengetahuinya.
Najib masih mempertahankan Musa
sehinggakan rakyat Sabah merasakan bahawa UMNO hanya
mementingkan keuntungan dan pertimbangan peribadi daripada memberikan pertimbangan
terhadap keselamatan parti itu di mata rakyat. Isu ‘money laundering’ yang
dikaitkan dengan peribadi Musa itu adalah isu yang amat serius dan tidak boleh
lagi berada di dalam sebuah parti pemerintah jika kita pertimbangkan dari sudut
etika sesebuah negara yang merdeka yang mengamalkan sistem demokrasi.
Kerana Musa segala-galanya pecah
dan punah-ranah, dan itu belum lagi dilihat dari isu-isu besar yang lain. UMNO
tidak mempertahankan etika serta moral sebagai sebuah parti pemerintah. Sejak
tiga dekad yang lalu UMNO terlalu lalai dengan etika kepimpinan sehinggakan
mereka yang tidak sepatutnya menjadi pemimpin dijadikan pemimpin oleh parti
itu. Itulah sebabnya seseorang yang ingin menjadi pemimpin mesti seorang yang
berintergriti, bukannya seorang yang pandai berpolitik tanpa moral dengan
melaksanakan politik pecah perintah sejak zaman Dr Mahathir dahulu.
Akhirnya parti itu secara tidak
disedari sudah dikuasai oleh mereka yang tidak beretika dan secara beransur-ansur
juga rakyat memandang rendah terhadap kewibawaan parti itu seperti yang kita
lihat sekarang ini. Apabila sudah sampai ke tahap yang tidak boleh diperbaiki
lagi ini, barulah pucuk pimpinan hendak membetulkan keadaan tetapi sekarang
usaha itu sudah terlambat.
Pucuk pimpinan yang sedang
berusaha untuk memperbetulkan keadaan itu sendiri adalah dari kumpulan yang
terbentuk dengan budaya buruk yang saya sebutkan tadi. Justeru kita lihat apa
jua tindakan untuk memperbaiki keadaan yang dilakukan oleh Najib sekarang
adalah seperti ‘tikus memperbaiki labu’ sahaja.
Rakyat termasuk rakyat Sabah sendiri mempunyai had kesabaran mereka. UMNO
terlalu leka dengan kerja peribadi sehinggakan lupa bahawa yang mereka pimpin ini adalah sebuah negara bukannya persatuan murid tua sekolah kebangsaan Kuala Tahan.
Segala teguran dan kritikan terhadap pucuk pimpinan dianggap sebagai
penentangan dan tidak langsung diambil peduli.
Sekarang bagi BN, untuk
mempertahankan kedudukan mereka, ia amat
mahal harganya. Berbillion ringgit wang rakyat telah dibelanjakan untuk memberi
‘gula-gula’ kepada rakyat dan wang itu adalah wang rakyat sendiri. Saya
teringat semasa kecil dahulu, askar-askar Australia
dan New Zealand
yang masih berada di negara ini selepas merdeka selalu melemparkan gula-gula
kepada kanak-kanak sekolah semasa konvoi mereka melalui kawasan sekolah.
Murid-murid yang sedang menunggu
bas untuk balik ke rumah berebut-rebut untuk mendapatkan gula-gula yang dilemparkan oleh askar-askar orang putih itu dari trak dan land rover yang dinaiki oleh mereka. Maka kita masih lagi dilakukan seperti itu oleh Najib untuk
mempertahankan kedudukan mereka itu.
Zaman dan waktu ‘menggula-gulakan’
rakyat sudah berakhir termasuk bagi rakyat Sabah.
Najib akan ke Sabah dengarnya untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh BN Sabah. Bagi saya sikap BN, baik dari Pusat
dan di Sabah sendiri, tindakan ini ibarat
‘sudah hendak berak baru menggali lubang’. Segala rintihan rakyat selama ini
tidak dihiraukan: asyik dengan mempertahankan mereka yang dalam barisan kroni
mereka tanpa memerhatikan etika dan kewajaran untuk mempertahankan mereka,
termasuk pemimpin seperti Musa Aman.
BN jelas sudah menjadi pak
pandir. Sibuk hendak mengambil alih Selangor tetapi terlepas pula Sabah dan negeri-negeri lain. Tutup lubang sana terbentuk pula
lubang di sini. Yang dikejar tidak dapat yang dikendung berciciran.
Walaupun Najib akan ke Sabah
tetapi dalam masa beliau ke Sabah itu ramai lagi ahli legislatif dari Sabah berhasrat untuk meninggalkan BN yang mereka tidak
yakini itu dalam masa yang terdekat ini. Najib sudah mundar-mandir sampaikan
beliau tidak ada masa untuk menguruskan negara.
Dalam pada Najib sibuk ke hulu
dan ke hilir, ke darat dan ke baruh, untuk mengejar masa mempertahankan kuasa, sempat juga isterinya yang merupakan seorang ‘social climber’ yang terhebat di
dunia ini, bergegas-gegas terbang ke London. Tujuannya (Rosmah) ialah untuk
menyaksikan perlawanan akhir badminton di acara Olimpik yang akhirnya kita kalah di tangan jaguh China,
Lin Dan semalam.
Pingat emas tidak juga kita
perolehi walaupun pemain bermain di hadapan seorang wanita yang tersohor di
seluruh dunia kini, yang datang untuk memberikan semangat. Begitulah yang akan
dihadapi oleh BN serta Najib; bergegas ke sana dan ke sini tidak tentu siang dan
malam, tetapi BN berkemungkinan besar akan kalah juga akhirnya.
Pendeknya jika kita sudah sampai
ke penghujung nyawa kita, tidak ada sesuatu pun boleh menyambung nyawa dan
kehidupan kita. Begitu jugalah BN; apabila sudah sampai waktunya untuk
dikalahkan tidak ada apa kuasa yang ada di tangan makhluk seperti kita ini
mengelakkannya.
BN sepatutnya bersyukur dengan
sokongan rakyat sebelum ini yang menjangkau 55 tahun itu. BN patut bersyukur
dengan apa yang mereka telah perolehi selama ini dan jangan marah kepada apa
yang mereka (BN) tidak perolehi lagi sekarang ini.
Kelalaiann UMNO selama inilah yang menyebabkan parti itu merudum. Dulu-dulunya semuanya 'taken for granted'. Akhirnya membawa bencana. Bak kata perpatah 'kalau keruh di hulu, keruhlah di hilir'. Sekarang ini kekeruhan yang dialami oleh UMNO itu adalah hasil daripada kekeruhan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin sejak tiga dekad dahulu.
Kelalaiann UMNO selama inilah yang menyebabkan parti itu merudum. Dulu-dulunya semuanya 'taken for granted'. Akhirnya membawa bencana. Bak kata perpatah 'kalau keruh di hulu, keruhlah di hilir'. Sekarang ini kekeruhan yang dialami oleh UMNO itu adalah hasil daripada kekeruhan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin sejak tiga dekad dahulu.
Pak Aspan,
ReplyDeleteSeperti menjadi tamsilan kepada umat yang akan datang bahawa;
Taat Melayu biar bertempat,
Taat yang buta adalah petaka,
Taat kepada Raja yang adil,
Taat kepada Bendahara yang jujur.
Taat Melayu biarlah berpada
Agar sekelian mengenangkan jasa
Kepada yang zalim harus dibinasa
Kepada yang saleh harus dijaga
Salam Sdr Aspan;
ReplyDeleteBak kata orang2 tua, jika Tuhan nak beri ganjaran kepada hambanya tak perlu tunggu mati.
Keadaan yang terjadi sekarang jelas menampakkan contoh2 yang besar dalam kelas pembelajaran/pentas yang besar.
Tunggu keputusan saja apabila pilihanraya diadakan.
Najib ada jalan pilihan, tinggalkan kerajaan sekarang, biar pahlawan2 umno yang lain berjuang mempertahankan kuas, atau;
Tengelam bersama kerajaan yang di pimpinnya.
Ini kerana Najib tidak mempunyai kecerdikan untuk mentadbir negara.
Lihat apa yang dilakukan 4 tahun kebelakang ini,Najib hanya melaksanakan isu2 tuntutan rakyat yang diketengahkan oleh pembangkang. Ini seolah2 kerajaan yang memerintah tidak peka keperluan rakyat dan negara.
Setelah isu2 ketidakpuasan rakyat diketengahkan rakyat barulah kerajaan bergopoh-gapah melaksanakan.
Jika rakyat tidak mengubah kerajaan yang ada, sampai bila kita perlu bertempik bagi memberitahu kerajaan keperluan rakyat.
Cukuplah lebih 3 dekad pembangkang perlu membuat teguran dan cadangan apa perlu dilakukan baru kerajaan umno Bn sedar apa yang rakyat perlukan.
Cukuplah lebih 4 dekat hak royalti kerajaan negeri dirompak.
Mana kejujuran kerajaan yang memerintah sekarang.
Janganlah sibuk mengwar2kan keburukan (ciptaan BN) pandai mengungkit isu air dan sebagainya, tengoklah sendiri kawasan2 Felda yang maseh tak beair walaupun digembar-gembur kerajaan BN cekap dan peka pada kehendak rakyat.
Lihat lah projek2 membazir dan menelan kos berkali2 ganda yang dilakukan oleh kerajaan sekarang sampai keperluan rakyat "dibelakang rumah" tidak didipeduli.
Begitulah kalau yang memerintah kita orang kaya2, orang senang2,mempunyai harta tak habis makan...."Breakfirst in London, Lunch in New York, dinner in Vegas" berkepit dengan bidadari syurga dunia.
Tunggulah Balasan Dari Yang Maha Esa....
Ingatlah.......
pendapat ni bkn satu persepsi liar juga.. hehehe
ReplyDeleteAs Salam Tuan AA.
ReplyDeletePM sekarang amat sesuai ditamsilkan sebagai Ketua Perompak yang diberi tugasan untuk menjaga khazanah dan harta rakyat di negara Pasir Berdengung. Kalau di pasaraya di bandar Pasir Dua Butir pula, beliau layak sebagai DJ kerana tugasnya hanya membuat pengumuman demi pengumuman. Kalau di UK, layaknya beliau digelar Mr. Bean.
Salam AA dan bloggers.
ReplyDeletePeratus pendatang Filipina yang diberikan kerakyatan di Sabah semakin membimbangkan.
Ada dua tujuan BN.
Pertama memenangkan calon pilihanraya dan kedua bagi mengimbangi nisbah Muslim/Kristian, dimana kita sedia maklum Melayu/Muslim adalah minoriti di Sabah.
Jadi mengharapkan kerajaan BN menubuhkan RCI ibarat mimpi di siang hari.
Dari sudut sosio/ekonomi/budaya ia telah merubah lanskap secara keseluruhan.
Kota Kinabalu sendiri dibanjiri pendatang yang "dihalalkan" ini menguasai perniagaan kaki lima, bersaing dengan penduduk tempatan untuk peluang pekerjaaan,kahwin campur dan lain2 gejala liar.
Dari segi ketirisan, sejak zaman Harris Salleh sampailah Musa Aman, hasil balak disalurkan ke akaun2 pesisir pantai melalui proksi2.
Itu tak termasuk projek2 pembangunan peruntukan persekutuan yang kesemuanya dikuasai kroni dan penama.
Open secret.
Sebagai balasan, kerusi Parliman solid kepada BN.
Kemaraan PR dengan gelombang perubahan massa memberi ruang serampang dua mata - sebagai pejuang dimata rakyat dan tidak didakwa atas kesalahan rasuah lampau - kepada perasuah2 ini 'bargaining power'.
Penyamun2 yang gemuk2 kekenyangan termasuklah Lajim Ukin, Wilfred Bumburing & Co.
Agak2 kenapalah diorang ni berpaling tadah?
Memperjuangkan rakyat?
Your guess is as good as mine!
Surrogate
Anon 6 August 17:35
ReplyDeleteBegitulah kalau yang memerintah kita orang kaya2, orang senang2,mempunyai harta tak habis makan...."Breakfirst in London, Lunch in New York, dinner in Vegas" berkepit dengan bidadari syurga dunia.
Tepat sekali. Disambung pula yachting in Monaco, and wives killing time playing polo at RS Polo Club.
Jangan lupa baca posting Sakmongkol terbaharu dengan Video tentang kehebatan parti DAP kita dan sama sama kita peritmbangkan dan fikirkan
ReplyDeleteTerima kasih Sakmongkol.
Tuan Aspan,
ReplyDeleteKerap saya tidak bersetuju dengan pemikiran sdr surrogate tetapi kali ini pemikiran saya sama dengan beliau.
Tuan Aspan,
ReplyDeleteKerap saya tidak bersetuju dengan pemikiran sdr surrogate tetapi kali ini pemikiran saya sama dengan beliau.