07 August 2012

Kita dengar nasihat Sahibul Samahah Najib Tun Razak

Semalam Najib bercakap tentang Islam, agama yang maha suci. Akhir-akhir ini beliau sudah bercakap agak kerap tentang Islam. Baguslah begitu kerana sesiapa yang beragama khususnya Islam tentulah wajar menjadikan Islam itu sebagai cara hidup kita. Nampaknya selain daripada menjadi seorang peniaga, beliau juga sudah menjadi pendakwah akhir-akhir ini dan itu tidak salah. Untuk kebaikan Islam dan umatnya tentulah kita alu-alukan kata-kata PM kita itu.

Kalau dipandang dan didengar dari satu sudut Najib berkata benar. Beliau berkata Islam itu moden dan Islam itu juga tidak mahu umatnya miskin. Kita tidak boleh mengaitkan Islam dengan miskin dan kemunduran. Islam itu katanya, suka kepada kecantikan dan Islam itu mesti dikaitkan dengan kemajuan dalam kehidupan dan bermacam-macam lagi yang beliau sebut tentang Islam itu.

Tetapi apa yang beliau tidak sebut, Islam tidak suka kepada rasuah dan pimpinan yang mengambil laba dari pembangunan rakyat. Islam tidak menggalakkan kronism dan jika Najib benar-benar mengimarakkan Islam beliau tidak sepatutnya membiarkan atau bersama-sama membina kekayaan yang tidak terhingga kerana kedudukan beliau sebagai PM. Beliau tidak sepatutnya ada pegawai-pegawai di sekeliling beliau yang menjadi ‘toll gate’ dan memerah peniaga dan usahawan yang meminta bantuan di pejabat PM.

Islam juga tidak mahu dan tidak suka melihat pimpinan mengelirukan pemikiran rakyat tentang isu-isu melibatkan orang ramai dan jauh sekali untuk membohongi rakyat. Islam menyuruh kita menepati janji, bukannya sekadar menjadikan ‘janji ditepati’ sebagai slogan pilihanraya sahaja.

UMNO selama ini hanya pandai berkata-kata dengan perkataan yang enak didengar. Najib hanya pandai berkata-kata semata-mata setiap hari seolah-olah yang beliau katakan itu datangnya dari penasihat yang kita tidak tahu siapa. Beliau tidak tahu samada satu-satu ayat yang beliau sebut itu memakan diri beliau dan partinya sendiri.

Kalau benar apa yang beliau kata itu kenapa kemiskinan di negara ini dikaitkan dengan orang Islam? Bukankah UMNO sudah memerintah sejak merdeka? Kenapa masih ramai di antara orang Islam yang miskin? Jika benar kata-kata Najib itu kenapa kerajaan pimpinan beliau (yang beragama Islam) tahap kegiatan rasuah tidak dapat dikawal sehinggakan rasuah itu menjalar di setiap lapisan pentadbiran negara?

Kenapa UMNO dan BN kotorkan imej Islam itu? Islam menggalakkan pembangunan pemikiran umatnya mengikut zaman dan waktunya. Tetapi kenapa orang Islam ‘dipengap’ pemikiran mereka oleh UMNO sehinggakan orang Islam pimpinan UMNO tidak lagi boleh berfikir secara bebas mengikut lunas-lunas Islam itu?

Saya tidak berhajat untuk membuat kupasan yang lebih daripada ini kerana terlalu banyak perkara yang anti-Islam yang dilakukan oleh pemimpin kerajaan hari ini. Tetapi saya tahu sebabnya kenapa Najib akhir-akhir ini bercakap tentang Islam. Sebabnya tidak lain dan tidak bukan ialah kerana beliau terlalu banyak kekurangan pada diri beliau. Islam itu hanya menjadi salutan untuk membawa imej baru yang amat penting dalam menghadapi pilihanraya ini. Bak kata seorang sahabat saya, “he has too much to cover about himself.”

Najib lebih mementingkan ‘packaging’ daripada ‘quality’ barangan yang berada di dalam 'packaging'nya itu. Itu sahaja. Tetapi mungkin ada yang percaya dengan kata-katanya, tetapi lebih ramai lagi yang tidak mahu mendengarnya dan hanya menganggapnya sebagai angin lalu sahaja.

Sesungguhnya Islam itu mesti diaddinkan. Bukan setakat retorik politik semata-mata. Islam tidak boleh setakat diterap-terapkan atau menjadi tempelan semata-mata. Ia wajib dilaksanakan sepenuhnya.

Kalau boleh biarlah mereka yang sewajarnya bercakap tentang Islam ini.

20 comments:

  1. ABANG.... SEMUA ORANG BERHAK UNTUK JADI BAIK...
    BULAN MULIA...BERI LA RUANG,

    ReplyDelete
  2. As Salam Tuan AA.
    Nasihat PM ke arah kebaikkan dan ke Islaman bertepatan pepatah Banggla, "Seperti Iblis membaca Al-Furqan" dan pepatah Monggolia pula ada mengatakan "Seperti jantan munafik yang terkena nasi kangkang betina pekak badak". Ditambah pepatah Somalia "Seperti Sami mengarak jantan munafik dan badak air keliling api untuk menelek untung nasib di PRU13". Maaflah Tuan, pepatah tu saya dapat dalam kitab Al-Tantunya dan rakyat macam saya pun dah jadi merapu dek kerana PM yang merapu.

    ReplyDelete
  3. najib nak berhijrah jugak kot macam artis sekarang ni hehehehe

    ReplyDelete
  4. Tuan Aspan,

    Demi Putrajaya, tetiba najib bercakap mengenai islam. Janggal telinga mendengar tetapi semoga apa yg di ucapkan beliau itu didengar oleh telinganya dan difahami oleh akalnya.

    Demi Putrajaya juga PAS menjadi lebih liberal seperti UMNO dan UMNO menjadi lebih menonjolkan dasar islam seperti PAS.

    Demi Putrajaya juga ahli politik bukan islam sudah mula berbicara tentang firman Allah dan hadis.

    Saya bersetuju bila tuan menekankan bahawa islam itu Addin bukan retorik mahupun tempelan semata mata. Saya tidak bersetuju islam itu digunakan sebagai bahan pelaris produk seperti yang diamalkan sekarang ini. Islam itu bukan parti politik, sistem kewangan, bank, insuran, perubatan, makanan, pakaian dan pelbagai lagi yang meletakkan islam dihujung produk mereka sebagai bahan pelaris. Islam itu Addin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibmi Ismail:
      I agree with your opinion. I find it disgusting that banks are allowed to use the word Islam in their products. More so especially Bank Islam. Using a honorable religion in the name of profits. It's well known bankers are the highest paid profession now. They manipulate the rates and reward themselves selfishly without so much contributing to society as a Doctor or Engineer or even scholars and artists.

      Delete
  5. ustad ameno pak najib x yah le kamu ckp pasal islam..ckp je negara islam tp di mesia kes rasuah melambak2, penindasan, kayekan anak beranak dgn bilion bilion projek, ketidakadilan, salah guna kuasa melampau, tangkap org sane sini, pukul org sane sini, malukan org sane sini dgn video seks..malu..malu ..malu kamu ckp pasal islam..negara scandinavia tu bukan islam, jepun bukan islam, tp moral n integriti mereka sgt2 tinggi kalahkan org islam..sane rasuah sgt sikit, politik telus,cukai rakyat btol2 guna utk kesenangan rakyat pemimpin x slahguna kuasa, pemimpin x tamak kuasa, xde pukul org sane sini, sane pembangkang dan kerajaan dpt layanan same adil cthnye kempen politik tru media or ceramah, demonstrasi sane dibenar selaras dgn islam..aiyyyooooo x sah ckp lg la berdegar2 pasal islam dan suruhannya..bosan la dgr bende same berulang..asik keje kamu tipu rakyat, tipu tipu tipu..pastu jd penyapu sebat duit rakyat..yg kamu tau projek projek projek nk buncitkan perot kamu..bosan dgn penipuan dan ketidaktelusan.

    ReplyDelete
  6. Sdr Zainal Abidin Awang Kecik,

    BAIKKK....Baik ada makna tu......kah kah kah (Petikan dari filem Madu 3)

    ReplyDelete
  7. Pak,

    Is it me or has the world turned upside down? The ever vehement opposer of Islamic law and values suddenly spouting Islamic smelling speeches? Has the fear of defeat in the next GE finally drove Najib towards repentance or is it another "soap opera" cum sinetron effort in beguiling the angry malays and muslim and thus change their mind in kicking him and UMNO to the curb? I'm more inclined to think the latter since it took the revelation of scandal after scandal involving UMNO and himself to actually make him don his islamic mask. Those revelations must have hit hard to make him stir from his corrupt slumber and slothness.

    If we can remember, it was Najib who early on his premiership approved a number of gambling licenses for UMNO cronies and we are suppose to listen to him on the matters that concern the "do and don't" in Islam? No way! For someone who is still implicated with various scandals that are very much contrary to Islamic teaching and values, the recent one being the (illegally) award of billion RM contract to his cronies, Najib has no moral ground what so ever in everything to do with Islam. Najib who once pledged that Islamic law does not have a place in Malaysia is the last person to speak about Islam and what it means to be a Muslim!

    Thanks but no thanks Mr PeEM! You can try to hoodwink those" UMNO first, Muslim last" supporters of yours but don't expect civic minded Muslim and Malaysian to fall for your cheap theatrics. You and UMNO has staged the same play for over half a century and we will not fall for it ever again. The last thing we want to do is listen to you talking about Islam and democracy since we already know that you and UMNO knows nothing about Islam and about democracy!

    Nick.

    ReplyDelete
  8. Salam Pak Aspan & semua,
    Atas parameter yang sama di mana IC biru instant di semenanjung di mana minority lagi tertekan.

    Mungkinkah keadaan akan berubah di mana minority di semenanjung dan di Sabah berubah menjadi inclusive iaitu apakah ilmu serta harta kita digunakan secara adil saksama terhadap semua insan sepertimana dituntut dalam agama ? dituntut untuk dijawab di Padang Mahsyar ?

    Sekiranya tiada perubahan yang positif,ramai percaya sesiapa yang tidak berlaku adil saksama berterusan tidak akan terlepas. Perangai individu,komuniti serta pemerintah sama saja dengan umno. Amalan Tok Guru Nik Aziz yang adil saksama, menunjuk belas kasihan, pertimbangan terbaik terhadap minoriti di sini hanya dipratikkan oleh segelintir saja. Atau berkembang kepada seluruh umat Islam di Malaysia bila PK memimpin nanti ? Buatlah renungan.

    ReplyDelete
  9. Umpama burung kakak tua,pandai ber kata2 tapi tidak tahu maksud yg di kata kn ny tu.Dok ikut je.

    ReplyDelete
  10. nak cite pasal islam cam ne tok jib kalu bini pun x reti nak menutup aurat.tu belum lagi suruh mengimankan solat....

    ReplyDelete
  11. Salam AA dan bloggers,

    UMNO/BN berada dalam keadaan defensif dan tertekan.

    Banyak polisi2 yang kucar-kacir dan korup sudah pecah tembelang satu persatu.

    Ramai bekas2 peagawai,artis2 dan terbaru wakil2 rakyat BN menyeberang ke PR.

    Rata2 memperkatakan fenomena ini berasaskan satu kuasa perubahan.

    Islam.

    'Arab Spring' yang menjatuhkan satu persatu rejim kuku besi menggusarkan Najib hingga ke tulang sum-sum.

    You can't beat them, join them.

    Tetapi saranan Najib tentang Islam ibarat seorang ayah menyuruh anak solat sedangkan dia sendiri khusyuk menonton K-Pop!

    Antara ciri2 klasik munafik ialah:

    Kalau bercakap selalu berbohong.
    Kalau berjanji tidak ditepati.
    Kalau buat sesuatu tak pernah ikhlas.

    Isu2 seperti Scopene dan George Kent tidak pernah dijawab malahan pemberi maklumat di dakwa dimahkamah,diugut malahan dirasuah untuk tarik balik laporan.

    Your silence is deafening.

    Kita semua menunggu bila Najib akan ke pentas forum perdana bersama UAI,MAZA,Ust Don dan moderatornya Hasan Ali.

    Kalau tak pun hantar je wakil dari Kementerian Hal Ehwal Wanita sebagai pengganti.

    Surrogate

    ReplyDelete
  12. Apa yg berlaku sekarang terhadap akidah/iman umat Islam diMsia adalah peracangan jangka panjang British/Zionis.Memberi kemerdekaan kpd Malaya dgn majoriti syarat2 yg berat sebelah British. Diantaranya ialah mengguna undang2 British mentadbir negara & dipisahkan agama dari politik iaitu sistem sekular.Agama tiada kena mengena dgn pentadbiran negara tetapi hanyalah utk sembahyang, puasa, kahwin/cerai, tunaikan haji, zakat & mati, bertujuan melemahkan iman & merosakan akidah umat Islam. Begitulah liciknya perancangan British yg diturunkan kpd anak didik mereka yg bernama UMNO.

    ReplyDelete
  13. Memisahkan politik dari agama adalah salah satu taktik British,U.S, Zionis dan lain2 kuasa besar negara barat utk melemahkan negara2 umat Islam supaya mudah utk mereka menguasai ekonomi negara2 Islam. Ad-Deen itu merangkumi politik, ekonomi, social, kebudayaan dan cara hidup setiap individu yg mengaku Islam, bukannya mengambil & mempraktikkan mana yg disukai shj seperti yg dilakukan oleh UMNO sekarang iaitu menolak rukun iman yg ketiga> Yakin/ikuti
    kpd ajaran/undang2 Kitab-kitab Allah (terkini: Al-Quran)

    ReplyDelete
  14. UMNO hanyalah memperjuangkan kekayaan utk Kaum Kerabat & Kroni2 Sdn Bhd, memperalatkan agama..dan bangsa melayu yg masih jahil. Sekiranya UMNO berjuang atas nama Melayu sekali pun..kita wajib tolak kerana fahaman yg dibawa UMNO samalah seperti doktrin bangsa Yahudi yg utamakan bangsa mereka.Memperjuangkan Islam atas landasan bangsa adalah perjuangan yg sempit, kolot, sesat & menyesatkan akidah pengikutnya,sedangkan Islam itu adalah agama utk semua bangsa didunia, bukannya utk dieksploit & dimanipulasi oleh UMNO utk kepentingan duniawi.

    ReplyDelete
  15. Ministers: 99%Cow's Brain 1%Human's Brain For Stealing8 August 2012 at 01:37:00 GMT+8

    Islam is not about having certificates or status. Its about iman, and Allah only promises those with iman will be chosen to enter paradise, even if its as small as an atom. And those who execute the 'amal makruf nahi mungkar' principle completely & believes in the Ad-Deen’s fundamental to be practiced and implemented in Islamic society, are amongst those who can be categorized as convincing 'beriman' people.

    ReplyDelete
  16. Tidak menjadi masaalah sebagai saorang ketua negara yang islam ugama resmi memberi syarahan.Bukankah ini yang sepatutnya kita mahu sebagai nasihat.Saya tidak punyai masaalah kepada apa apa juga yang baik terutama dalam bulan ramadhan yang mulia ini.Sorry , saya tak setuju dengan komen negatif disini.

    ReplyDelete
  17. Anon 09:16,

    Memangnya benar tidak salah Najib bercakap tentang agama itu. Blogger Aspan pun tidak menafikannya.
    Akan tetapi Najib tidak melakukan apa yg dia katakan yg benar itu. Dia l;akukan perkara yg tidak seperti yang dia kata itu bro.
    Dia rasuah orangnya, bagaimana dia nak kata kita mesti jaga Islam itu. Dia salah guna kuasa secara terbuka, bagaimana dia nak menjaga imej dan kesucianIslam itu?
    Kita bukan marah kerana orang berkata benar tetapi lakukanlah yg benar itu. Ini tidak.

    Sikap hipokrit Najib ini melampaui batas. Sikap ini sikap munafik bro. Saya bukan lah orang baik but I don't preach like him. He is no better than my poor self.

    I hope you understand and digest this bro.

    ilham

    ReplyDelete
  18. Anon 09:16, tidak faham apa yang Tn Aspan tulis, orang yang macam Anon 09:16 inilah yang banyak sokong UMNO kerana dia malas membaca dan memahami.

    ReplyDelete
  19. saya tidak bersetuju dgn pendapat "apa juga yang baik terutamanya bulan ramadhan"....

    apakah selepas ramadhan tidak diistiqamahkan??jika begitu..sia2lah ramadhan..hanya mendapat lapar dan dahaga..tetapi tidak membudayakan apa yg diamal semasa ramadhan...

    ubah statement ini..melayu suka sgt guna..

    ReplyDelete