13 August 2012

Khairy, keringkan hingus dahulu sebelum bercakap besar

Khairy Jamaludin memberikan reaksi kepada penghijrahan Ahli-Ahli Parlimen BN ke Pakatan Rakyat seperti orang yang sedang merasakan perasaan ‘jilted’ dan bercakap benar-benar seperti ‘attribute’ yang ada pada UMNO. Khairy bercakap besar dengan mengatakan bahawa penghijrahan orang-orang UMNO dan pemimpin BN itu tidak menjejaskan BN kerana mereka semua adalah orang tidak laku di dalam BN khususnya UMNO.

Kalau mereka semua tidak laku kenapa Khairy bercakap seperti seorang yang kena ‘jilted’? Bunyi kenyataan yang tersiar di dalam akhbar-akhbar perdana hari ini memaparkan sikap sebenar pemimpin UMNO apabila mereka ditinggalkan dan memberikan reaksi seperti seorang yang ‘sour grape’.

Khairy sendiri bukannya laku sangat di dalam UMNO kalau hendak dikaji secara terperinci dan sekarang beliau sedang menjadi seorang kembiri politik yang tersohor, mengambil kesempatan penghijrahan pemimpin-pemimpin BN di Sabah dan tindakan Tamrin Tun Ghaffar keluar daripada UMNO.

Saya tidak kisah jika pemimpin lain di dalam UMNO bercakap seperti yang dikatakan oleh Khairy itu kerana pemimpin-pemimpin lain di dalam UMNO itu merupakan pemimpin-pemimpin yang tidak laku kepada rakyat yang ramai ini. Khairy ini ibarat seorang anak muda yang julung berkeris. Baru kenal selangkah dua batang pisang pun beliau hendak sanggah.

Siapa sebenarnya yang tidak laku? Saya berpendapat Khairy sendiri orang yang tidak laku. Kenapa beliau terlupa yang beliau menduduki kerusi Ketua Pemuda dengan sokongan kurang daripada 50% undi dari perwakilan sedangkan beliau telah menggunakan kedudukan beliau sebagai menantu Perdana Menteri habis-habisan dalam pertandingan itu?

Kenapa Khairy tidak mengendahkan rungutan pengundi beliau di Rembau sendiri? Kalau Khairy menilai diri beliau betul-betul, apakah yang menyebabkan beliau boleh duduk di tengah gelanggang UMNO tetapi membuka langkah silat yang tidak berjawab kerana dia adalah menantu Perdana Menteri semasa itu. Kalau dia sama seperti ahli UMNO yang lain nescaya Khairy tidak mungkin menang untuk menjadi pemeriksa kira-kira cawangan.

Khairy harus sedar bahawa UMNO itu sendiri tidak laku dan tidak ada maknanya jika dia laku di dalam UMNO. Apa faedahnya laku dalam UMNO jika UMNO itu sudah tidak laku lagi? Umum faham yang mereka yang baik dan sepatutnya menjadi pemimpin tidak boleh lama di dalam UMNO kerana budaya UMNO itu hanya mengambil pemimpin yang kurang berguna atau pun pemimpin yang mempunyai pengaruh keluarga mereka semata-mata.

Kalau Khairy anak penoreh getah atau anak kepada seorang penyapu sampah di Majlis Perbandaran Rembau beliau tidak mungkin dikenali oleh sesiapa waimma dari seorang buruh kasar.

Sekarang elok kita ingatkan Khairy agar sedar diri sedikit semasa berada di dalam UMNO itu. Sesungguhnya Khairy mempunyai penyokong yang ramai di luar UMNO. Di dalam UMNO Khairy adalah orang tidak laku kerana beliau bukannya ada sokongan yang ‘legitimate’ dalam parti itu. Beliau masih boleh bersuara sedikit ialah kerana kejayaan beliau mendapat kurang daripada 40% undi dari perwakilan pemuda beberapa tahun dahulu. Itu sahaja.

Khairy sepatutnya memberikan tumpuan kepada pergerakan Pemuda yang beliau pimpin itu. Khairy harus sedar bahawa UMNO menjadi lemah kerana pemuda-pemudanya di cawangan-cawangan UMNO tidak bergerak dan tidak dihormati oleh masyarakat dalam kariah masing-masing. Dulu-dulunya UMNO kuat kerana peranan pemuda di akar umbi. Keadaannya zaman Khairy memimpin ini, Pemuda hanya bergerak jika ada pemimpin besar melawat atau jika ada duit untuk bergerak.

Yang Khairy kritik ini adalah pemimpin-pemimpin yang telah banyak bersusah-payah untuk menegakkan UMNO dan BN. Semasa mereka bergerak dahulu Khairy belum lahir lagi dan semasa mereka berada di persada kepimpinan Khairy masih berak di dalam lampin lagi. Khairy semasa itu belum pun kenal yang mana satu tangan kanan untuk makan dan yang mana satu tangan kiri untuk bersuci selepas keluar dari jamban.

Pemimpin-pemimpin yang Khairy kritik ini bukannya dipecat oleh BN. Mereka keluar kerana tidak berpuas hati dengan perjuangan BN khususnya UMNO yang sudah menyimpang dari perjuangan asalnya. Mereka keluar UPKO dan BN kerana BN sudah tidak relevan lagi.

Kita ramai-ramai ingin sangat hendak tengok ke mana Khairy kesudahannya, kerana dia begitu sombong dan angkuh. Belum pun tahu dan faham tentang UMNO hendak bercakap seolah-olah beliau hebat dan laku di mana-mana.

Saya pernah label Khairy sebagai apam tebal…masak di luar mentah di dalam. Kalau Khairy benar-benar seorang yang laku pastikan yang beliau tidak disabotaj oleh ahli-ahli UMNO di Rembau sendiri, kerana dia bukannya laku sangat pun dalam UMNO itu.

Yang Khairy anggap tidak laku di dalam UMNO dan BN itu, sangat laku kepada rakyat ramai. Ramai di antara yang Khairy anggap tidak laku inilah yang akan menurunkan UMNO daripada memimpin negara dalam PRU yang akan datang ini.

Seperti matematik, formula itu penting. Dalam politik sekarang ini, mereka yang kuat di dalam UMNO itu akan kalah dalam pilihanraya yang akan datang. Mereka yang tidak laku di kalangan pemimpin UMNO itu akan menjadi laku dalam PRU yang akan datang.

Apa faedahnya laku di dalam UMNO, tetapi tidak laku pada rakyat? Khairy elok keringkan hingusnya dahulu dan terus melakukan introspeksi diri secara intensif. Lama-kelamaan dia akan akhirnya faham siapa beliau sebenarnya di dalam UMNO itu.

25 comments:

  1. Khairy ibarat apam tebal? Tak tahu pulak, tapi Khairy ada apam tebal kat rumah...itu saya pasti Pak....heh he...lawak posa

    ReplyDelete
  2. Yg. teratas sekali adalah yg. Laku dlm parti Laku;
    Kemudian, yg. Tak Laku dlm parti Laku;
    Kemudian, yg. Laku dlm parti Tak Laku;
    Kemudian, yg. Tak Laku dlm parti Tak Laku;
    Yg. Terbawah sekali adalah Khairy Tak Laku.

    ReplyDelete
  3. Saudara AA dan bloggers

    UMNO/BN is like a sinking ship now, and you know what - the rats aka frogs are getting ready to jump!

    Salam.
    Observer

    ReplyDelete
  4. Orang yang kalah, dapat jadi menteri. Orang yang menang jadi apam tebal saja. Sekarang siapa yang tak laku?

    ReplyDelete
  5. Khairy patut dah letak jawatan kerana sikap pemimpin Umno yang suka pecahbelahkan .Yang kalah disanjung dan yang menang abuk pun tiada.Kini Khairy hari2 menyalak harapkan orang dengar dan berilah peluang untuk satu term kalau tak duduklah di Prosper iaitu syarikat GLC bergelumang dangan masaalah.

    ReplyDelete
  6. AA janganlah marah... Nanti kena jual.....

    ReplyDelete
  7. Salam Tuan!
    Apa boleh buat.Sijil nikah dia dah tak laku di mana-mana.Tunggu kena campak dalam taik lembu saja!Ha..Ha..

    ReplyDelete
  8. Salam Pak Aspan,

    Pak Aspan ni dalam kategori tak laku dalam umno dan laku dalam dap??hahaha....sekadar bertanya..

    ReplyDelete
  9. Haram sokong parti DAP kerana DAP tentang hudud..

    Apamacam Bang Aspan.. saya baru nak berjinak jinak dengan DAP kerana mengikut seruan Bang Aspan.

    Tapi saya takut buat dosa dan masuk neraka jika saya pilih DAP.

    Tak sanggup saya masuk neraka kerana DAP. Tak berbaloi, Bang Aspan. Nauzubillah.,

    ReplyDelete
  10. Rombau so Rombau Rombau Eh, Pokung sodaolah eh Khairy....oxford konon,balik Rombau tanam rumput beri Lombu Sharizat makan itu yang layak buat kau,solemo tak koring lai nak ajar orang,koncing pun tak basuh....orang dah menyampah tengok kau,orang NS cakap kau ni tak senereh punya umat UMNO......nasib baik kau nikah dengan cucu bedawi kalau tak main tali seluar lah kau ha ha ha..apo yang ado kek Rombau sekarang ni habuk pun tak ado....
    Buek malu Rombau jo mampuih lah kau hidup dengan rasuah,kalu orang UMNO tak rasuah bukan orang umno namo eh.ABU

    ReplyDelete
  11. Khairy umpama gajah terpijak duri..bertempik kesakitan kerana tusukan duri. Kalau tak sakit masakan terlalak terlolong

    ReplyDelete
  12. Salam AA dan bloggers,

    Pokok durian kahwin adalah hasil cantuman pokok yang kurang elok bakanya drngan dahan pokok gred A.

    Isinya tebal,sedap,harga mahal tetapi mempunyai jangka hayat 15-20, bila ribut kuat patahlah dahannya.

    Masalahnya baka baik tu tidak ada 'grassroot' yang kukuh, melainkan menempel pada kekuatan akar tunjang pokok tumpang.

    Begitulah ibaratnya Khairy yang menumpang Pak Lah untuk naik.

    Satu ketika beliau memegang takhta penganggur terkaya seluruh Malaya.

    Dia menggunakan kebijaksanaan yang diasah di Oxford untuk mengurat Norin.

    'The rest is history'

    Dia menjadi 'ketua penjaga tol' di tkt 4 JPM dengan dibantu sekumpulan 'consultant' rakan2 sekuliahnya.

    Jalan pintasnya naik Ketua Pemuda UMNO adalah dengan menjatuhkan Isa Samad.

    Cita2 dia nak jadi PM sebelum umur 40 tahun adalah menakjubkan geng gerombolannya, sebaliknya membimbangkan senior2nya dalam UMNO.

    Semuanya berkecai bila Pak Lah jatuh.

    Jika tidak di bantu oleh 'magic re-count', 'carpet bombing' dan putus bekalan elektrik di PWTC, sudah pasti Datuk Razali Ibrahim dah jadi ketua Pemuda UMNO sekarang ini.

    (Datuk Razali Ibrahim adalah rakan Surrogate sewaktu di Kamsis Dato' Onn UKM)

    Itu janji Najib pada Pak Lah sebelum berundur iaitu pastikan Khairy menang Ketua Pemuda.

    Tapi Pak Lah lupa nak minta janji jawatan Kabinet untuk dia!

    Siapa sudah kena main belakang?

    Sayang.

    'The brightest young chap' terkial2 mencari ruang untuk menonjolkan diri dengan harapan menjadi' winnable candidate'.

    Ada beberapa bulan lepas Khairy gempak tidak mahu mempertahankan kerusi Rembau.

    Nak 'test maeket' la tu, tapi tidak ada sesiapa ambil pusing.

    Khairy sudah menjadi liabiliti kepada UMNO.

    Sudah menjadi tradisi UMNO untuk memancung golongan bijak pandai, ditakuti menjadi ancaman kepada mereka yang mahu berkuasa.

    Hanya di pihak PR permatanya boleh digilap.

    Mungkin sebagai 'under study' kepada Rafizi Ramli atau 'internship' di pejabat LGE.

    Ataupun berjinak2 sepentas dengan UAI dan Abby Abadi.

    'Takkan hilang bisa ular menyusur akar'

    Surrogate

    ReplyDelete
  13. Anon 23:06,

    UMNO pun tak sokong Hudud. Semua orang tahu. kalau menyokong UMNO yang sokong hudud itu tak masuk neraka ke?

    silly argument.

    ReplyDelete
  14. Tuan AA,

    - Apam tembam ini tidak pernah sedar diri bahawa dirinya sedang naik sebuah bas yang sudah rosak(umno).

    - Hanya kerana mempunyai tiket bas(kerana dirinya menantu PM) maka dia bolehlah merasa senang-lenang duduk selesa dalam bas.

    - Kalau tiada tiket ini sudah tentu dia terpaksa rela turun untuk bersusah-payah menolak dari belakang supaya bas yang rosak boleh bergerak seperti kebanyakkan orang-orang umno yang lain.

    Salam A.B.U

    -scorpeneterbang-

    ReplyDelete
  15. sdr aspan,

    Dulu saya tabek kat dia but now, Sori.. i tak suka pemimpin muda yg tunjuk pandai tapi nampak bodoh.dia dah tak tahu memilih mana emas dan mana tembaga. Pandai di kat U macam pandai kat kertas sahaja.Pandai beri pendapat tapi tidak ada pengalaman.pandai bercerita tetapi tak faham.itulah dia.Bagaimana nak cakap pandai kalau tidak dapat membezakan wajah pemimpin UMNO dulu dan wajah pemimpin UMNO kini? saya yang lepasan sekolah papan di Telok Kemangpun tahu.hisss, Kairi. Bagus lagi hang pergi belajar dengan sdr Rafizi.Harapan saya besar kepada pemimpin muda spt CM LGE, sdr Rafizi dan tentunya bekas MB Perak Dtk Seri Md Nizar.Walaupun saya ni org Sabah dan pernah bersekolah di Negeri, sehingga kini saya masih terasa budi baik orang Negeri tetapi saya hairan kenapa Kairi tidak memilikinya?

    ReplyDelete
  16. As Salam,

    Islam hanya kata RASUAH ITU HARAM. Siapa sokong rasuah masuk neraka. Nabi SAW bersabda : " Pemberi dan penerima Rasuah masuk neraka..."

    Islam kata JUDI ITU HARAM. Siapa sokong judi masuk neraka.

    Islam kata ARAK, NIGHT CLUB PUNCA MAKSIAT.

    ReplyDelete
  17. Anon 12:00
    Kalau jadi toke ARAK/ada saham dalam kilang ARAK macam mana bro apa hukumnya.....melayu, melayu ???? biar betul.ABU

    ReplyDelete
  18. kupasan yg bernas dri pak aspan

    ReplyDelete
  19. Khairi wakil parlimen Rembau tapi bukan anak Rembau, jauh sekali anak nogori 9 walau pun ayahnya memang anak Rombau jati. Di satu majlis khenduri di kampungnya sendiri, Kg Gadong, beliau terpinga-pinga bila orang kampung bertanya dalam loghat nogori. Dia kena berbisik dengan orang rapat beliau bertanyakan sesuatu untuk nak memahami cakap-cakap orang ramai. Saudaramaranya sengaja bercakap dalam loghat rombau dan perlekehkan beliau kerana beliau begitu angkuh dengan kelulusan dan kedudukan beliau. Maklumlah menantu bekas PM...hampeh tak sodar dighi...

    ReplyDelete
  20. his...baik aku cabut keluar dari umno yang tak sokong/tolak hudud,haramjadah dan berdosa sokong umno.Sokong pun haram apalagi duduk dalam umno...ngeri aku.....mahu tak cium bau syurga....na'uzubillah...

    ReplyDelete
  21. Mana budak beringus se-ekor lagi tu, QD. Tak nak defend bro dia ke.
    QD, mana awak. Dah balik negeri ke?
    Kopun macam Khairy. Belajar world class U ingat pandai. Nak lawan dengan orang veteran.
    Datang kat sini. Jangan delete dia Bang Aspan. Kita nak sental budak ni dengan abang KJ dia sekali.

    ReplyDelete
  22. There are many casino lovers in the world for which it is the best entertainment medium but the problem is that there are not many casinos. freeware anonymous surfing

    ReplyDelete
  23. They can even prepare all the accessible arrangements regarding the legal document of a short sale and can save much amount of your money, energy and time. what are vpns. This can be a hard mental hurdle to overcome as well. free x server for windows

    ReplyDelete
  24. Here you find numerous lenders with different loan quotes and by comparing them well you can fetch a suitable loan deal without any hassle., windows server 2003 enterprise serial number. Will you be working whilst you are away from home? A woman will remain stress free during her pregnancy if she is insured. dial up or vpn remote access. As they are well versed in their job its always advisable to take their help! logical vs physical network

    ReplyDelete
  25. Link building process should be and has to be different for each website. In the contrived science and technology versus humanities battle, the latter stood no chance. emule 13. You put in your best efforts to prepare an effective presentation and ordered the best cuisine from the most renowned restaurant in town. So, what is the right solution of this problem?, sql server kurulumu. Now, it can be ordered as the best feed for all your needs. vpn issues xp

    ReplyDelete