11 September 2012

Dr M kata PR akan memerintah lama kalau menang PRU13

Jumaat lepas Mahathir telah bercakap lagi, kali ini di Lembah Pantai. Walaupun usia sudah begitu lanjut Dr M tetap mundar-mandir berkempen untuk kemenangan BN dalam pilihanraya nanti. Mahathir tidak ada masa untuk menjadi seorang negarawan tetapi beliau tetap seorang ahli politik semata-mata. Tetapi itu pilihan beliau sendiri.

Dr Mahathir berkata jika Pakatan Rakyat memerintah ia akan memerintah sampai bila-bila dan tidak akan berpeluang lagi bagi BN untuk kembali ke Putrajaya jika rakyat memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat kali ini. Apa yang diperkatakan oleh Mahathir itu ada kebenarannya. Kata Dr M jika Pakatan memerintah ia akan memerintah buat selama-lamanya.

Belajar melalui kesilapan dan kesalahan orang lain merupakan cara pembelajaran yang paling baik kerana ia tidak melibatkan pihak sendiri dalam proses pembelajaran itu. Tindakan Mahathir keluar berkempen ini merupakan satu petanda yang BN berada di dalam keadaan terdesak. Pilihanraya kali ini merupakan pilihanraya yang paling sengit pernah dialami oleh BN sejak dahulu.

Jika Mahathir terus keluar berkempen ianya memberikan semangat yang kuat untuk rakyat membantu Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pentadbiran negara. Ianya menandakan yang PR hanya perlu sedikit sahaja usaha lagi untuk mengambil alih Putrajaya itu.

Dengan tindakan Dr Mahathir itu memberikan satu kenyataan yang membantu PR untuk mengambil alih Putrajaya itu adalah usaha yang jauh lebih mudah dari usaha untuk mempertahankannya untuk BN. Jika memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat lebih senang dari memberikan mandat itu kepada BN, kita ambillah jalan yang lebih mudah itu. Berikan sahaja mandat itu kerpada Pakatan Rakyat.

Kita ingatkan pilihanraya pada tahun 2008 dahulu adalah pilihanraya yang terburuk bagi UMNO dan BN dalam sejarah dan keadaan itu tidak akan lebih buruk lagi selepas itu. Rupa-rupanya pandangan dan tanggapan itu ternyata meleset kerana pentadbiran di bawah Najib adalah lebih buruk dan lemah lagi jika dibandingkan dengan zaman pentadbiran Pak Lah dahulu.

Kata-kata Dr M yang Pakatan Rakyat akan memerintah selama-lamanya jika pakatan tiga parti itu memenangi PRU nanti, membuktikan satu fakta yang mesti kita lihat dengan jelas. Ianya bermakna PR akan mentadbir dengan lebih baik dari BN dan ini merupakan pengakuan Dr M yang UMNO sekarang tidak baik. Jika BN kalah rakyat tidak akan mengembalikan kuasa kepadanya lagi. Jika rakyat tidak memberikan mandat lagi kepada BN, komponen itu akan hilang terus dan tidak berdaya lagi untuk bergerak.

Kata-kata Dr Mahathir itu juga merupakan pengakuan yang BN sekarang ini hanya bergantung kepada kuasa yang disalahgunakan itulah yang mengekalkan BN di Putrajaya selama ini. Jika begitu Dr M berkata, sekaligus beliau mengakui yang Pakatan Rakyat adalah pihak yang lebih baik untuk sebagai pemerintah kerana tidak mungkin rakyat akan mengekalkan PR memerintah jika mereka (PR) tidak memerintah secara telus dan bersih secara relatifnya.

Bagi rakyat, mana sahaja parti yang mampu memberikan pemerintahan yang adil dan saksama itulah parti yang perlu diberikan mandat. Jika PR melakukan kerja-kerja yang tidak baik setelah memerintah rakyat juga akan akhirnya mengenepikan mereka. Tetapi rakyat faham dan berkeyakinan perbezaan akan terlihat jika kali ini rakyat memberikan peluang kepada PR untuk mentadbir pula.

Dengan mandat kepada PR itu ia juga boleh memberitahu semua yang merasakan mereka itu berkuasa untuk kembali berfikir yang kuasa politik itu letaknya di tangan rakyat berbilang kaum. Buat seketika ini memberikan mandat kepada PR adalah satu-satunya jalan untuk menunjukkan kepada semua bahawa kuasa memilih itu adalah kuasa rakyat. Negara ini rakyat yang punya bukannya sesiapa yang telah kufur nikmat itu.

Tetapi dalam pada mengakui kekuatan dan kebolehan Pakatan Rakyat mentadbir kenapa Dr Mahathir menyeru rakyat untuk menyokong BN lagi? Kenapa? Itu ada sebabnya.

Jawapannya boleh diagak dengan mudah. Untuk mengagaknya seseorang itu tidak payah pergi sekolah tinggi-tinggi. Ia adalah berkaitan dengan masalah mereka (UMNO) itu sendiri. Maklum sajalah sudah terlalu lama memerintah. Selama ini UMNO berfikir yang parti itu akan memerintah buat selama-lamanya maka mereka telah banyak melakukan kerja-kerja yang bertentangan dengan kehendak rakyat.

Oleh kerana mereka tidak terfikir yang UMNO suatu hari nanti akan jatuh, mereka telah melakukan banyak kemungkaran politik dan ekonomi yang mereka boleh tutup dan lindungi dari pengetahuan rakyat dengan pengaruh dan kuasa yang ada kepada mereka.

Bagi menulis tentang isu kenapa mereka (UMNO) dan Dr Mahathir masih menyeru rakyat memilih BN walaupun beliau mengakui kewibawaaan PR itu, elok saya tulis sedikit dalam posting saya besok hari.

Apa yang saya tulis itu mungkin ibarat menyuluh tempat yang terang, tetapi masih ramai lagi yang masih lagi tidak nampak walaupun jawapannya berada di tempat yang begitu terang.

Jumpa lagi besok.

10 comments:

  1. Syabas Bro!
    Penulis politik internet yang paling saya minati ...kupas dan kupas lagi dan lagi sampai depa tumbang..demi kebaikan agama bangsa dan negara..

    ReplyDelete
  2. As Sam Tuan AA.

    Benarlah pepatah Melayu mengatakan "besar periuk maka besarlah keraknya". Kalau diamati dengan akal yang matang, mengapa Tun M sanggup beria-ria benar untuk mempertahankan UMNO walaupun usia beliau dah ditahap Isyak bukan Maghrib lagi. Beliau boleh sahaja berehat di ladang pertanian mewah hak milik beliau yang dikatakan berharga jutaan ringgit di Afrika Selatan dan memiliki jutaan wang simpanan di bank luar negara (seperti bukti di sebuah blog), boleh sahaja beliau bermastautin tetap di sana untuk seumur hidup beliau seperti rakan karibnya Daim Z. Beliau sebenarnya bimbang legasi milik keluarga akan terbongkar dan diketahui umum sekiranya UMNO sudah tidak berkuasa lagi kelak, maka segala harta rompakan hak milik rakyat selama beliau berkuasa yang telah diagihkan kepada famili dan kroni (hinggakan ada anak dan kroni yang menjadi jutawan segera) tidak akan bertahan lama dan akan berkubur buat selamanya malah akan dirampas dan didakwa. Semua perancangan tersebut telah dibuat oleh beliau dengan begitu teliti hinggakan sukar untuk rakyat mengetahuinya kecuali apabila beliau sudah tidak menjadi PM lagi(berkuasa). Berbanding dengan Najib yang jauh sekali lebih rendah tahap kebijaksanaanya berbanding Tun M yang dilihat sebagai "Bapa pengumuman" dan melahap harta rakyat seperti memakan "mee maggi", sedangkan tiada apa yang diberi kepada rakyat melainkan janji-janji kosong di samping kebolehan utama beliau menjual saki baki dan menghabiskan harta rakyat dan negara yang tinggal di samping memenuhi nafsu besar membeli belah bini beliau secara mewah di luar negara. Oleh itu berilah mandat lima tahun lagi untuk UMNO berkuasa di PRU13 nanti, nescaya mengalir air mata darah sekalipun, Melayu - Melayu Bodoh ini tidak akan dapat mengembalikan semula hak mereka setelah habis diratah dan dijual oleh para pemimpin UMNO yang terlalu khianat dan korupsi ini. Cubalah kalau masih tak percaya.... (dah habis tiada sambungan lagi)

    ReplyDelete
  3. Pak,

    Mahathir understand very clearly what would happen when UMNO and BN loses the next GE. Mahathir is in a panic mode because it will mean the death of UMNO (extinction to be exact) and the total rejection of his legacy (cronyism, corruption, bigotry, hypocrisy and worse of all economic plunder of this nation to enrich himself and his family/friends). In other words, Mahathir could well see his family fortune be reduce to ashes and he and his sons could also end up on the run or worse in Kamunting or Sg Buloh (and that goes for all of UMNO's leaders and warlord who have been stealing from the country).

    Mahathir knows very well that his rule of 22 years is full of misdeeds, corruption and crimes which are now hidden away just because his party is in power. But when UMNO no longer control the corridor of power, his wrongdoing will see the light of day and his true face and character will be exposed for all to see.

    It is God's will that nothing last forever and mahathir and UMNO's rule over Malaysia is no exception. It's about time Malaysian have a new government that is built on trust, equality and true democracy. We have suffered so much under Mahathir hypocritical and dictatorial regime (remember that Mahathir has exhibited the 3 clear sign of a hypocrite when we was PM, which are 1) lying through his teeth, 2) broken his promises to the people numerous time and worse of all, 3) dishonoring federal and state agreement which was written and agreed to by himself countless time and made false accusation when taken to task for his dishonor)!

    The signs are clear and the prophet has warned Muslim never to elect such persons as leader and yet many of us malays still believed mahathir's forked tongue. Whose advise would we follow? The prophet or the devil disguising himself as a doctor and the champion of Islam whose son owns the biggest brewery in South East Asia? As a muslim the answer is simple and as a decent Malaysian and a human being, the devil is never a choice!

    Nick.

    ReplyDelete
  4. Tuan AA,

    - umno/bn sangat pandai berslogan.55 tahun terbukti handal berjanji tapi JANJI hanya tinggal janji.Sekarang mereka cuba pula slogan 'janji ditepati'.

    - mengharap parti umno bn samalah seperti:

    > membuang masa bersama penipu.

    > membazir kekayaan negara untuk kepentingan keluarga dan kroni mereka

    > menyokong rasuah dan salahguna kuasa.



    salam perubahan A.B.U

    -scorpeneterbang-

    ReplyDelete
  5. SALAM PAK ASPAN,

    Kita tunggulah sehari dua lagi...si tua desparate tu akan cakap. ...JIKA PR MEMERINTAH, semua menteri kabinet sekarang akan dipenjarakan. Memang patut pun depa tu masuk jel, terutama penghulu kepada segala syaitan yang dikenali

    ReplyDelete
  6. Saudara AA dan bloggers

    Memang telah menjadi tabiat UMNO/BN bahawa Putrajaya adalah kepunyaan mereka selama-lamanya tetapi malangnya rakyat tidak berfikir begitu. Maka dalam PR13 kali ini, UMNO/BN akan dikuburkan.

    Salam.
    Observer

    ReplyDelete

  7. PR akan memerentah buat selama-lamahya .

    Kiasan yang amat dalam maksudnya,mengambarkan kalaulah PR diberikan kuasa mereka juga akan mengunakan apa cara sekalipon bagi mengekalkan kuasa,walaupon dengan mengunakan muncung pistol atau mungkin lebih ganas meriam.

    Pada Aden mudah jo ,fomula Aden sonang jo ,"what goes up must come down ", hanyo dibolan jo thing's goes up never come down topi brapo orang jo yang dapek noik.

    Aden nak pogi tengok kobou kut-kut tolopeh kat tanah orang nahyo Den.

    ReplyDelete

  8. Latest FGVB scorecard as at 10.53am/11/9/12

    Last done 4.58 down 10sen.
    Dah Kopek !
    Felda settlers are in a mood for a storming trip to putrajaya .

    ReplyDelete
  9. Bagi mahadey..jika bn kalah..harapan untuk anak dia...muhriz botak menjadi pm akan musnah..

    Dan lee kuan yew..akan ketawa besar..dan mahadey lebih takut jika lee kuan yew kutuk dia..dari rakyat malaysia hidup selesa di bawah Pakatan Rakyat..

    Adalah diharap dibawah kerajaan Pakatan Rakyat..dapat mencontohi sistem perumahaan singapura (HDB) yg dapat memberi kehidupan berkualiti dan selesa kepada rakyat walaupun seseorang itu bekerja sebagai pemandu teksi..

    Menteri perumahan malaysia sekarang mcm hampas..

    ReplyDelete

  10. Memang betul.

    Warga Singapore yang dapat kurang Sin 3000 ribu sebulan dapat memiliki pangsapuri seluas 1000 kaki persegi walaupun harga perumahan sana sungguh tinggi.

    Di malaysia, gaji kurang RM 3000 cuma dapat beli kereta sahaja.

    Inilah bezanya negara yang mengutamakan rakyat dan bukan Cronies seperti BN.

    ReplyDelete