Saya hendak menyambung apa yang
saya tulis dalam posting saya semalam. Saya telah membuat komen tentang
pandangan Dr M yang Pakatan Rakyat akan memerintah lama jika menang dalam
pilihanraya yang ke-13 nanti. Pandangan itu adalah pandangan yang sangat natural.
Jika PR diberikan mandat ke Putrajaya, rakyat akan selalunya memberikan
setidak-tidaknya dua penggal untuk memerintah.
Dalam pada itu UMNO dan BN yang
menjadi pembangkang pula mempunyai masa untuk memperbaiki diri dan belajar
menjauhi diri dari segala dosa dan noda yang telah mereka lakukan terhadap
rakyat. Pakatan Rakyat pula akan menjadi perhatian rakyat dan sebagai sebuah
komponen yang telah melalui liku-liku yang memeritkan untuk memperbaiki siasah
dan politik negara tentalah PR akan lebih berhati-hati dalam menguruskan
pentadbiran negara.
Rakyat semakin hari semakin
pandai dan matang dan PR tentulah bersedia untuk melengkapkan diri untuk
mentadbir rakyat yang kian hari kian celek dalam segala-galanya. Dengan itu
akan wujudlah sistem dua parti yang akan memberikan rakyat segala kuasa penentu
untuk masa depan negara.
Tetapi apa yang dikatakan oleh Dr
M yang PR akan memerintah lama itu ada kebenarannya. UMNO yang tidak pernah
duduk di kerusi pembangkang amat susah untuk memperbaiki diri kerana mereka
tidak pernah merasakan kesusahan. Saya selalu membandingkan nilai di antara
pembangkan seperti PAS bersama DAP itu dengan UMNO ibarat ‘ayam kampung dengan
ayam daging’..
UMNO saya anggap sebagai ayam
daging kerana ahli-ahli UMNO tidak berkemampuan untuk hidup tanpa diberi makan
oleh tuannya. Ayam daging tidak berhenti mematuk makanan dan apabila dikeluarkan dari rebannya ayam itu akan mati dalam masa yang singkat. Sebaliknya
orang PAS boleh diibaratkan sebagai ayam kampung kerana mereka pandai mencari
makanannya sendiri. Itu sebabnya ayam kampung harganya lebih tinggi dari ayam
daging. Dagingnya lebih manis dan tidak mudah hancur apabila direndang di dalam
kuali walaupun berjam-jam lamanya.
Oleh itu jika UMNO gagal untuk
mendapatkan mandat kali ini, parti itu tidak akan dapat meneruskan
perjuangannya yang tidak menentu itu lagi. Itulah sebabnya mereka dalam UMNO
khususnya yang besar-besar begitu runsing memikirkan keadaan mereka selepas
pilihanraya nanti. Mereka lebih memikirkan peribadi mereka dan tidak ada masa
untuk memikirkan masa depan negara.
UMNO kehilangan kepimpinan sejak
Mahathir mengenepikan semua pemimpin-pemimpin berwibawa secara sistematik semasa
beliau menjadi PM yang sebegitu lama, sehinggakan yang tinggal hanyalah mereka
yang tidak sepatutnya berada di dalam barisan kepimpinan. Apabila mereka
mendapat jawatan dan tanggungjawab mereka keliru dan tidak mengetahui apa
sebabnya mereka berada di tempat yang diberikan itu.
Itu sebabnya kita lihat yang
pandai membuat kasut disuruh membuat songkok dan yang mahir membuat songkok disuruhnya membuat kasut. Itu pun yang Mahathir mahukan kerana beliau lebih
mementingkan kedudukan peribadi beliau sahaja. Yang berkepimpinan di setiap
peringkat tidak mendapat perhatian parti dalam proses membina kepimpinan parti
untuk jangka masa yang panjang.
Kalau pun UMNO hendak membina
kepimpinan baru dengan menonjolkan calon-calon yang boleh menang sekali pun
sudah tidak menjadi, kerana parti itu sendiri sudah tidak ‘winnable’ lagi.
Masalah yang lebih besar ialah
masalah dalaman yang berlaku di dalam UMNO sekarang ini. Di kalangan
pemimpin-pemimpin tinggi UMNO sendiri tidak semua yang merasa senang dengan
cara Najib mentadbir negara. Itulah sebabnya kita mendengar banyak desas-desus
di kalangan kepimpinan UMNO yang mahukan Najib berundur dan memberikan
Muhyiddin menerajui parti menghadapi pilihanraya kali ini.
Usaha setengah pemimpin UMNO itu
memang ada, dan ia memberi makna mereka mahukan Muhyiddin mengambil alih
jawatan yang dipegang oleh Najib sebelum pilihanraya nanti…..kononnya untuk
memastikan kemenangan BN sekali lagi kali ini.
Dalam keadaan sekarang UMNO
terutamanya Najib terpaksa menghadapi musuh dari luar yang boleh dilihat dengan
nyata, tetapi yang paling membimbangkan beliau sepatutnya ialah untuk menghadapi
musuh dari dalam yang lebih merbahaya.
Musuh-musuh Najib dari dalam itu
ibarat harimau yang sentiasa menghendap dan menunggu masa untuk menerkam Najib
dan kalau boleh tepat pada tengkoknya. Ia akan berlaku pada bila-bila masa
sahaja. Pada kumpulan ini, tatacara untuk pengambilalihan kepimpinan UMNO
dari Najib itu sudah tersedia lama dahulu, iaitu semasa Najib mengambil alih
kepimpinan dari Pak Lah dahulu lagi.
Masa untuk mengimplimentasikan
tatacara itu sudah hampir tiba. Masanya sudah masak dan hanya menunggu masa
dan saatnya sahaja.
Isu ini boleh kita kupas jika
tidak ada halangan dalam posting-posting yang akan datang.
Saudara Aspan,
ReplyDeleteSaya bersimpati dengan perjuangan tuan tapi orang melayu dalam pr tak bersedia untuk ketampok kerajaan Manakala yang bukan melayu they are ever ready.So I'm not ready yetvtovgive you my vote...I will abstain
Salam Pak Aspan dan semua,
ReplyDeleteSaya setuju nukilan dan analisa yang diberikan. UMNO ni memang bermasalah dgn rakyat sekarang ini dan lebih tenat dgn masalah dalaman parti itu sendiri. Jika diselak lembaran sejarah bagaimana lingkupnya Pak Lah@ex-PM yg lalu, kita dpt lihat bagaimana rakusnya permainan anak Pak Yassin yang boleh dikatakan setiap hari mendesak Pak Lah menetapkan tarikh peralihan kuasa kpd Najib. Sehingga ke suatu masa Pak Lah dgn nada sinis membalas dlm senyum 'mgkin dia dah tak tak sabar nak jadi PM kot'!!! Jadi skrang ni pasti Najib akan berhadapan 'masalah' yang sama. Najib tahu tp dah tak leh nak wat apa-apa, PRU13 dah dekat. Yakinnya anak Pak Yassin pasti akan sabotaj sesiapa yg jadik penghalang dia jadi PM. Skrang ni pun banyak kenyataan dia menyusahkan Najib spt ugut pecat ahli yg tak komited dgn parti. Orang tak marah dia, org marah Najib sbb Najib Presiden UMNO/BN. Pandaikan anak Pak Yassin main politik. Pengkagum-Pengkagum Najib perhatilah tindakan anak Pak Yassin ini. Nafsunya cukup besar dan ganas, Rosmah@RM pun tak leh tahan. Kalau tak caya tgu ja bila Najib umum bubar Parlimen, tengok la bagaimana anak Pak Yassin 'berpolitik'. Waktu tu dah terlambat...
Yg dimulaikan Pak Aspan
ReplyDeleteSejarah PRU 12 akan berulang. pada PRU 13 akan datang. Sudah nampak nyata UMNO/BN akan dikalahkan oleh penyokong dan ahli UMNO sendiri. Hanya pemimpin tertinggi sàhaja yang tidak nampak ataupun tidak mahu mengaku bahawa mereka sudah kalah sabelum berjuang. Rakyat akan menghukum mereka pada PRU 13 initial,'no doubt about it '.
Pak,
ReplyDeleteMahathir's UMNO has proven itself to be a disaster to Malaysia and it's people. UMNO is like a plague that ravages the nation health and wealth, killing off democracy, destroying the crop of talented people, polluting the sanity of the people and worse of all contaminated the faith of muslim and others as well! In short, if mahathir lost the UMNO pemilihan and Tengku razaleigh became PM, malaysia could have rivaled Singapore or even maybe at par with South Korea. Alas, with Mahathir at the helm, Malaysian muslim can only be proud of mahathir son who is the owner of the biggest brewery in South east Asia. 1malaysia and 1San Miguel!!! And muslims, don't forget to boycott San Miguel's Petron!
Nick.
Salam Pak Aspan dan semua,
DeleteMaaf la Pak Aspan sbb nak menyimpang sikit dari topik perbincangan tp rasanya masih lagi berkaitan kebobrokan kepimpinan negara sekarang yg diterajui oleh UMNO/BN. Nak minta Pak Aspan ulas sikit tentang POS Malaysia yg nak keluarkan stem kenangan khas @filateli khas sempena ulang tahun jubli intan ratu elizabeth II. Peliknya buat apa kita nak mengagungkan bekas penjajah yang menjahanamkan negara kita dan menyamun hasil-mahsul negara, yang memporakperandakan kedaulatan kesultanan melayu suatu ketika dulu. Adakah kerajaan tak peka dalam hal ini ataupun dah 'pekak'!!! Rupanya UMNO/BN masih lagi tak berubah, masih mengagungkan bekas penjajah laknat. Inikah kepimpinan yg nak diberi tanggungjawab menjaga kebajikan rakyat dan kedaulatan negara. Piiiiiirahhhhh...!!!
Pak Aspan, mohon juga kalau boleh ketengahkan isu-isu berkaitan petani@pesawah yang selama ini ditindas secara halus oleh pemerintah demi keuntungan BERNAS & pemimpin haprak. Biar rakyat buka mata dan sedar betapa datuknenek & ibubapa mereka di'hambakan' secara terancang. Kalau selepas itu tetap juga nak jadi 'hamba', terpulanglah. Kadang- kadang perlu ikut Hang Jebat untuk kebaikan semua dari jadi Hang Tuah yang setia membabi-buta.
Terima kasih.
Salam Pak Aspan.
ReplyDeleteDulu.....
Omak Abah sey kato bodoso kalau kito monontang kotuo @ UMNO sobab megheko tu pomimpin kito yang mombelo negagho, bangso dan agamo.
Sokaghang......
Sey lak kao kek anak-anak sey bodoso kalau kito monyokong UMNO @ kotuo...
Lom sompek sey nak koba an sobab-sobab eee, anak-anak sey kato..... kito oghang dah tahu apo sobab eee yah. Nanti kito link ayah ngan PAK ASPAN punyo artikel.
Kosimpolan eee....kojo sey dah jaadi sonang.....
TAHNIAH PAK ASPAN !!!!!!!!!!!!!!
sayo setuju dgn anony 12 sept.
ReplyDeletebaru jumaat lopeh khutbah jumaat cerito pasal kewajipan mentaati pemimpin. tak silap sayo, salah satu dosa bosa mengingkari pemimpin tu.
Najib ni bagus sebona eh. sebab kita ambik dio jd PM, kito dapat percumo FLOM. dan bukan calang2 FLOM, cantik lg jelito plak tu.