Dalam keadaan terdesak
pemimpin-pemimpin BN mengeluarkan kata-kata yang memilukan kita semua dan tidak
pula mereka menyedari yang dari kata-kata itu ia menampakkan keterdesakan mereka.
Akhirnya mereka sendiri membuatkan rakyat merasa bosan terhadap mereka. Belum
pun hilang dengungan kata-kata Chua Soi Lek yang menghina hudud dan bercakap di
dalam perhimpunan agong parti itu, tiba-tiba Mahathir pula berkata orang Melayu
sedang merempat di dalam negerinya sendiri.
Dr Mahathir telah melawak bodoh
dengan mengajak rakyat menyokong UMNO yang bertanggungjawab menjadikan orang Melayu merempat. Dr M seolah-olah menuduh yang Pakatan Rakyat yang
menyebabkan Melayu merempat sedangkan PR belum lagi memerintah kerajaan negara
ini. PR akan hanya memerintah buat pertama kalinya selepas pilihanraya yang
akan datang ini, jika mendapat keizinan Tuhan.
Mahathir seolah-olah sudah lupa
yang Melayu kini merempat kerana kerajaan BN selama ini tidak berkemampuan
untuk membangunkan orang Melayu yang kini merempat dari sudut pandangan Dr
M. BNlah yang bertanggungjawab
menjadikan Melayu merempat di negara mereka sendiri. Seruan Dr Mahathir supaya
rakyat menyokong UMNO untuk tidak merempat ini merupakan lawak jenaka terbaik
bagi abad ke-21 ini. Bagi Mahathir penyelesaian dalam isu Melayu merempat ini
ialah dengan menyokong UMNO yang bertanggungjawab merempatkan orang Melayu
selama ini.
Serangan secara rasmi Chua Soi
Lek terhadap Islam dalam perhimpunan yang juga dihadiri oleh Presiden UMNO,
Najib Tun Razak, menunjukkan kebaculannya dan melambangkan beliau seorang yang
tidak mempunyai ‘dignity’ sebagai pemimpin negara ini. Beliau mengiakan
kata-kata dan serangan Soi Lek itu dengan berdiam diri mendengar kata-kata
pemimpin Cina yang chauvinistic ini. Najib tidak memberikan reaksi untuk mempertahankan
agamanya dan ini tentulah oleh kerana hendak menjaga politik kepartian dan
kepentingan dirinya sendiri.
Rupa-rupanya kepada Najib parti
itu (MCA) lebih tinggi dan ditakuti oleh Najib. Beliau lebih takut kepada Chua
Soi Lek yang terlibat dengan lakonan seks di sebuah Hotel di Batu Pahat Johor
beberapa tahun dahulu daripada takut kepada Tuhannya. Soi Lek lebih mulia dari
agama dan undang-undang Tuhan. Jika kita tidak mahu melaksanakan hudud itu
jangan kita menafikan yang hudud itu adalah satu undang-undang yang terbaik
yang datang dari Tuhan. Kalau kita tidak mahu melaksanakannya kita mesti
mengakui yang kita telah engkar terhadap seruan Tuhan tetapi jangan sampai
menidakkan undang-undang dari Tuhan itu. Jangan sekali-kali kita mengharamkan
yang halal dan menghalalkan perkara yang haram.
Najib sepatutnya tidak
terikut-ikut dengan lagak Dr Mahathir yang suatu ketika dahulu mengejek-ngejek
hudud sebagai undang-undang zalim dan tidak praktikal untuk dilaksanakan. Bila
Najib berdiam diri dan tidak mempertahankan serangan terhadap hudud oleh rakan
kongsinya MCA, beliau boleh dicap sebagai petualang terhadap agamanya. Kepada
semua rakyat tanpa mengira parti dan agama wajar memberikan Najib dan sekutunya
pengajaran dengan mengalihkan kedudukan mereka daripada menjadi peneraju kerajaan
kepada pembangkang.
Sikap kurang ajar MCA itu jangan
dipandang enteng kerana ia melibatkan Tuhan semesta Alam yang Maha Suci dan
Maha Agong itu. Kita tidak perlu membunuh dan bertindak kasar tetapi sebaliknya
kita bertindak dengan baik dan lembut. Apa yang perlu kita lakukan hanyalah
pergi ke peti undi dan jangan kita memangkah lambang BN dan memberikan undi
kita kepada parti-parti yang mempertahankan kesucian agamanya. Sepatutnya MCA
bertindak dengan menghormati agama kami seperti yang ditunjukkan oleh DAP. DAP
secara rasminya mengambil sikap menghormati agama Islam seperti mana Islam
menghormati agama lain seperti yang dituntut oleh Islam itu sendiri.
Kita rakyat Malaysia wajar
memberikan sokongan kepada siapa yang menghormati kita, kerana kita menghormati
penganut agama lain dan ingin duduk di dalam sebuah negara yang bersatu padu di antara
semua kaum tanpa menyerang undang-undang agama yang kita anuti. UMNO sesungguhnya
tidak bertanggungjawab kerana tidak menegur sikap angkuh Presiden MCA itu
kepada agama dan Tuhan Maha Suci itu. Bukan sahaja pemimpin utama UMNO berdiam
diri tetapi keseluruhan pimpinan parti kerajaan itu berdiam diri termasuk
penyokong-penyokongnya sendiri.
Jika begini keadaannya maka amat
kita khuatiri jika BN terus memerintah maka UMNO akan diperkudakan oleh MCA dan
ini akan membuatkan agama kita dan undang-undangnya diserang setiap masa. Kita
khuatir jika BN memerintah lagi MCA akan menguasai kita termasuk agama kita
sekali dan ia amat merbahaya kepada keutuhan hidup rakyat berbilang kaum selama
ini. BN yang selama ini menuduh dan memfitnah DAP sebagai anti Islam sudah
jelas hanya satu cara untuk memecahkan permuafakatan di antara kaum yang sedang
terjalin melalui Pakatan Rakyat. Sekarang kita nampak dan boleh membuat pendirian
yang ‘conclusive’ bahawa MCAlah yang paling ‘chauvinistic’ dan bukannya DAP.
UMNO bisu dan kelu kerana ingin
mangambil hati kaum Cina melalui MCA. Elok kita bertanya kepada pemimpin UMNO
khususnya Najib dan Muhyiddin. Bagaimana UMNO dan BN hendak mendapatkan
sokongan kaum Cina melalui MCA? Bagaimana? Kita bertanya kerana MCA itu sendiri
tidak mendapat sokongan orang Cina. Jadi bagaimana UMNO hendak menggunakan MCA
sebagai saluran untuk mendapatkan undi dan sokongan? Bukankah bodoh namanya
itu.
Dalam keadaan sekarang UMNO akan
mengalami apa yang disebut oleh perbilangan, ‘yang dikejar tidak dapat yang dijinjing
berciciran’. Maknanya saki baki sokongan orang Melayu terhadap UMNO itu akan
berkurangan kerana cemuhan terhadap agama Islam oleh MCA itu. Sokongan orang
Cina pun tidak diperolehi. Oleh Najib yang tidak mahu menerima hakikat yang
kaum Cina tidak menghormati kepimpinan beliau. Kaum Cina telah sepakat untuk
memberikan sokongan kepada DAP yang jelas lebih telus dan boleh diharap untuk
membela semua kaum. Kaum Cina telah bersatu untuk melihat sebuah kerajaan yang
lebih bersih dan telus dan menepati kehendak rakyat untuk mencapai matlamat
yang satu, iaitu perpaduan nasional yang sejati dan berkekalan.
Kalau diintai dan diselidik
secara terperinci UMNO sedang tersepit dan tidak bergerak lagi. UMNO tidak
dapat menunjukkan kehadiran di tengah masyarakat kerana parti itu dari segi
teknikalnya telah mati di peringkat cawangan-cawangan. Di cawangan-cawangan
UMNO hanya wujud di atas kertas tetapi tidak bergerak dengan mengadakan
program-program yang selalu kita lihat tiga dekad dahulu. Yang bekerja dalam
UMNO hanyalah Najib dan Muhyiddin sahaja. Percayalah UMNO sudah mati
di peringkat ‘grass-root’. Urat-urat di bawah tidak lagi memberikan kesegaran
kepada pucuk UMNO itu. Kalau urat sudah mati maka secara beransur-ansur tubuh
akan mati akhirnya.
Penyokong-penyokong UMNO tidak
payah menghentam saya kerana komen saya ini. Saya telah bergiat di dalamnya sudah
lama. Saya bergiat dalamnya sebelum mereka yang garang-garang dan mencarut ini
belum lahir ke dunia ini lagi. UMNO sesungguhnya sedang dalam keadaan nazak dan
sedang mengalami ‘brain death’. Kalau tidak benar cakap saya ini takkanlah UMNO
sekarang menggunakan Dr Mahathir yang sekarang ini pun bercakap tidak tentu
arahnya lagi. UMNO benar-benar tidak ada prospek lagi sebagai parti yang
relevan selepas pilihanraya ini.
UMNO sudah lama terabai oleh
pimpinannya kerana pimpinannya sibuk dengan ‘glamour’ dan menggunakan masa
sepenuhnya untuk mencuri dan berniaga dan mereka ini menggunakan ahli-ahli
biasa dalam UMNO itu sebagai tangga mereka untuk memanjat sahaja. Pemimpin UMNO
hanya menggunakan ahli yang ramai seperti beruk belaan yang digunakan untuk mengambil
upah memanjat kelapa sahaja. Apabila beruk-beruk belaan mereka sudah
menjatuhkan buah-buah kelapa beruk-beruk itu akan ditambat dan diberi makan
di dalam tempurung sahaja. Begitulah sikap pimpinan UMNO hari ini…baik Mahathir,
Najib dan Muhyiddin. Semuanya sama sahaja.
Kepada saki baki penyokong UMNO,
janganlah mempertahankan UMNO itu dengan bertindak kasar kerana ia akan
menambah kebencian masyarakat terhadap parti itu. Buka minda seluas-luasnya dan berfikir selalu
kenapa UMNO itu dipersepsikan sebagai parti yang hodoh dan tidak beretika dan
tidak lagi berkelayakan untuk dihormati.
Jika kita hendak menggunakan
kata-kata kesat sedikit. Chua Soi Lek ini ‘celaka’ orangnya. Dia menggunakan apa
sahaja cara untuk kekal relevan, sedangkan beliau tidak menyedari yang beliau
telah lama tidak relevan. Jika Najib membubarkan Parlimen dan memanggil
pilihanraya tahun lepas, pada saat itu juga MCA akan terbukti tidak relevan.
Jika pilihanraya diadakan esok, esok jugalah MCA tidak akan menjadi relevan
lagi. Dalam masa yang tidak berapa lama lagi MCA akan menjadi sebuah parti yang
‘orphanage’. Parti itu akan jatuh dan akan memakan puluhan tahun untuk
dibangunkan kembali.
Kepada UMNO dan MCA elok kita
nasihatkan supaya lebih beradap dan jangan memaksa-maksa orang untuk menyokong
mereka. Tunjukkanlah tauladan yang baik. Jangan menjadi perongos seperti Dr M
dan Najib yang bercakap sombong dengan hidung yang tinggi.
Rakyat bukan bodoh lagi kerana
rakyat sudah berpendidikan. Seperti diri saya ini, saya pun pergi juga ke
sekolah sikit-sikit. Saya dan ramai lagi tidak buta huruf lagi. Kami boleh
membaca sikit-sikit sekarang ini. Setakat hendak membaca dan menyelam air di dalam
tunggak itu bolehlah sikit-sikit.
Kami ini pandainya tak seberapa,
tetapi cukup untuk membaca langkah orang seperti Dr M dan Najib itu. Rakyat
yang lebih pandai tentunya boleh membaca apa yang tersedik di dalam hati
pemimpin-pemimpin UMNO yang ‘desperate’ itu. Jika UMNO mati kali ini, ia
bukannya kejadian ganjil kerana UMNO pernah dibunuh oleh pemimpin mereka
sendiri.
Bezanya kali ini UMNO akan
dibunuh oleh rakyat.
tuan AA
ReplyDeletesatu komentar yang baik dan semoga dapat membuka minda para penyokong umno yang semakin cemas kerana sampan yang mereka naiki telah bocor hanya menunggu masa untuk tengelam sahaja.
Salam Hormat Tuan Aspan.
ReplyDeleteJuga memberi tahniah kerana pencerahan yang amat dinanti-nantikan rakyat sebelum PRU13.
Sekejap lagi akan keluar komen provokasi dari Kampung Man @ Batu Ronson. Nak tunggu juga apa kata sesumpah (penyamar) tersebut....
Salam.
ReplyDeleteSatu komentar dengan analogi yang tepat tentang UMNO sebuah parti yang sedang reput dari luar dan dalam.Sedikit lagi akan tinggal batu nisan.Zaman berubah, pemikiran bercambah dan semua unsur baik sebuah Pentadbiran menjadi tuntutan wajib masyarakat yang sedar! Namun malang sekali masih ada jenis manusia yang sanggup menghina diri sendiri dengan membiarkan diri menjadi 'lembu' kepada pemimpin UMNO yang rasuah!Mereka inilah yang sentiasa memanjat syukur kepada pembesar rasuah dan bukanya kepada Allah swt.Golongan yang perasan cerdik macam Asan Aqidah,Nasya UG juga turut tertarik untuk Jadi'lembu' atau 'beruk' belaan UMNO. Justeru jangan pelik kiranya kita tidak mendengar suara bantahan keras dari mereka ini terhadap pemimpin rasuah dan tidak bermoral menghina Agama sendiri. Wajib bagi setiap kita yang beriman menolak Najib dan gerombolan dalam PRU13 ini.jangan ada kesian belas...dalam hal ini. Takkan kita nak ambil penyamun untuk memimpin hidup kita? Biar jadi ABU jangan jadi LEMBU!!!
Salam Hormat Tuan.....
ReplyDelete"Pemimpin UMNO hanya menggunakan ahli yang ramai seperti beruk belaan yang digunakan untuk mengambil upah memanjat kelapa sahaja. Apabila beruk-beruk belaan mereka sudah menjatuhkan buah-buah kelapa beruk-beruk itu akan ditambat dan diberi makan dalam tempurung sahaja. Begitulah sikap pimpinan UMNO hari ini…baik Mahathir, Najib dan Muhyiddin. Semuanya sama sahaja". (Tulisan Tuan Aspan)
Memang amat tepat tamsilan Tuan berhubung beruk panjat kelapa itu. Beruk-beruk ini tak habis-habis menyokong Tuan mereka yang kononnya telah banyak berbudi kepada beruk-beruk ini mungkin diberi makan spesial sedikit iaitu nasi minyak tetapi di dalam tempurung juga lantas beruk-beruk ini tidak sedar yang nasi minyak diberi oleh Tuan beruk ini adalah hasil dari kerja keras beruk-beruk itu juga yang memanjat kelapa saban hari sehingga berpuluh-puluh pokok untuk menkayakan tuan mereka. Beruk-beruk ini juga takut akan kehilangan "Status Beruk" mereka kalau tidak patuh kepada Tuan beruk sedangkan dengan kepatuhan tersebutlah yang membuatkan status beruk mereka dinaik taraf daripada "beruk sementara" kepada "beruk selamanya".
Untuk pencerahan beruk-beruk peliharaan UMNO ini, status kamu semua dah lama hilang, cuma kamu semua yang tak pernah sedar kerana sifat penakut, dayus dan tidak berani berhijrah (kalau Nabi Mohamad SAW dan para pedagang Arab tidak berani berhijrah ke Asia Tenggara dahulu dan membawa Syiar Islam dah lama kamu semua masih beragama Hindu atau Buddha) menyebabkan status kamu tetap kekal sebagai "beruk selamanya". Nasihat untuk beruk-beruk UMNO, berhijrahlah kerana usia kita bukannya sampai 200 tahun pun, perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan ini adalah untuk masa hadapan bagi anak dan cucu kamu juga akhirnya bukan hanya untuk orang lain.
Sugguh malang sekali Najib tidak berani menegur Soi Lek! Najib ini bebal kerana tidak boleh melihat bagaimana gelombang perubahan dlm landskap politik negara.Najib juga bebal kerana tidak boleh menjawab soalan najis Mughalazah.
ReplyDeleteMaka itu UMNO peringkat negeri menggunakan tektik samseng menyekat kemaraan Pakatan rakyat.Rakyat seluruh negara memerhati gelagat mereka dari Yuotube.Jangan lupa Mahathiak dan Daim pendiam juga main peranan.
Mahathiak ini kena rujuk kepada psychiatrist kerana cakap dia tak serupa bikin.Dia ingat dia masih lagi PM kot...Sedarkah Mahathiak dia yg telah memerempatkan orang Melayu!
Mahathiak, orang Melayu di seberang laut di Sri langka,Afrika Selatan, Surinam hidup lebih mewah dari Melayu di Malaysia.Hang tahu apa sebab dia Mahathiak? Mereka tidak miskin jiwa! Orang melayu di sini merempat kerana hang yg memiskinkan jiwa mereka! hang yg mahu apa nama,apa nama ? hang mahu mereka menjadi subservient kpd hang !.Contoh paling kelasik waktu hang jadi PM 22 tahun.Apa yg rakyat jelata dapat khususnya Melayu? Cuma dapat cium tangan hang Mahathiak!Generasi akan datang akan ketahuan siapa PM ke empat yg memerempatkan Melayu!
Sekarang ni pun ramai rakyat jelata sudah tahu siapa Mahathiak yg sebenarnya.Mahathiak dah jadi meroyan takut BN jadi pembangkang.
Jangan lupa Mahathiak tu apa nama? correct,correct..looks like me but it wasnt me!Hang kacau sistem kehakiman melalui budak suruhan hang, Tengku Adnan Mansor.Budak Acheh jadi kaya bila kawin dg anak tengku Ismail, bekas Ketua Setiausaha KDN.Sebelum itu dikenali sbg Adnan meniaga tong gas di Kg Baru.
Mahathiak pernah bunuh UMNO dan kali ini dlm PRU 13 tanpa tipu muslihat dari SPR,JPN,KDN,JPM..
insyaallah UMNO akan dikapankan oleh Rakyat Malaysia.Tunggu ya cek det,Tribunal Rakyat menunggu anda!
Salam Aspan...
ReplyDeleteNak ambik kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya adha dan maaf dzahir dan batin sekiranya celoteh saya disini menyakiti hati Aspan..
Niat saya bermuzakarah atas ilmu dan pengalaman yang saya ada..Manalah tahu satu hari nanti terbuka pulak hati untuk bersama Aspan dan berjuang bersama Aspan untuk menentang kemungkaran,korupsi dan kronisme sebelum menjadi barah yang akan memusnahkan masyarakat ini.
Aspan marah pada CSL bila CSL menentang hudud. Aspan tak marahpun bila Karpal Singh menentang hudud..siap pulak kata yang menyakiti umat Islam yang lain..Langkah mayat saya dahulu sebelum hudud dilaksanakan. Bila kita ni berprinsip kita perlu menentang tak kira pemimpin itu kawan atau lawan kita kalau pemimpin itu melangkaui batasan agama.
Negeri Kelantan telah lama meluluskan enakmen hudud tapi pelaksanaan dia masih lagi ditangguh. Dengar kata tahun lepas satu komiti akan ditubuhkan. Apa hasilnya? Dulu TGNA boleh bagi alasan TDM menentang hudud ala PAS..Dah lebih 9 tahun TDM bersara, apa alasan lagi..Takut TDM atau takut Allah? Saya rasa elok pelaksanaan hudud dibuat percubaan dulu di Kelantan yang terkenal dengan nama jolokon Negeri Serambi Mekah. Paradoksnya negeri ini juga terkenal dengan negeri yang mempunyai kadar jangkitan HIV dan kes sumbang mahram yang tertinggi. Orang bukan Islam akan mula percaya pada Islam bila kerajaan Islam dapatkan menunjukkan model yang baik. Adakah Kelantan satu model yang baik?
Pasal pembunuhan parti UMNO, saya rasa Aspan tak perlu gusar. UMNO telah diuji bermacam-macam semenjak penubuhannya, alhamdulilah masih lagi dapat kekal relevan. Saya rasa UMNO akan terus relevan sekiranya masih disokong oleh orang Melayu dan Melayu akan menyokong UMNO sekiranya parti ini memberi manfaat pada mereka.Ataupun parti lain yang boleh memberikan manfaat tersebut. PKR, PAS, Semangat 46, NASMA, KITA. Ataupun DAP mungkinkah parti alternatif untuk orang Melayu? Tepuklah dada tanyalah selera.. Tak perlulah gusar pasal MCA akan membunuh UMNO..tak mungkin terjadi.
Batu Ronson
MCA, like other component parties, played a major part in creating this mess.
ReplyDeleteThe ordinary people will punish them badly and it will not recover.
Saudara AA dan bloggers
ReplyDeleteSi CSK ni mana ada hak nak cakap tentang hudud. Sya ni bukan seorang Islam namun saya tetap menyokong hudud jika perlaksanaanNya dapat menjamin sebuah negara yang aman dan tenteram.
Selamat Hari Raya Korban.
Salam saudara yang dihormati,
ReplyDeleteSALAM AIDILADHA pada bro Aspan dan pembaca semua.Agak berbulan bulan saya tidak menulis dan memberi apa apa komen dalam blog ini.Ada juga percubaan memburukan nama Kampong man dengan saudara lain bernama 'batu ronson'.
Demi menjaga nama baik kampong man ingin saya tegaskan disini Kampong man adalah kampong man dan tidak pernah menyamar sebagai batu Ronson dengan nama ALLAH.Harap tidak ada kaitan antara Kampong man dan Batu Ronson lagi.Harap maklum.
@ Mungkin rakan saya gheng lama dari Melaka lebih mengetahui.Salam hormat sekali lagi semua.Cheerio..
Tahniah.. komentar yang amat bermakna kpd semua golongan. Semoga yang telah membacanya dapat jadikan suatu pemangkin untuk terus istiqomah dalam perjuangan dan suatu pengetahuan,pembelajaran,pengajaran kepada yang baru tersedar/tersentak daripada lamunan serta kepada yang tercari-cari hala tuju yang sesuai...Moga-moga ianya dapat merubah arus dan gelombang PRU 13 seterusnya UMNO serta komponen-komponen lain akan menjadi pembangkang... Sama-samalah kita berdoa agar segala kerja keras yang dilakukan akan diredhaiNya dan seterusnya mencapai kejayaan. Insyaallah
ReplyDeletesunggoh ironic....bn guna platform dap 'menperkudakan ' pas untok tujuan politik tapi apa yang berlaku sekarang mca telah menperkuda umno/bn....untok survivalnya....sunggoh ironik najib must be very mad to chua soil leg now for the political blunder, now many malay votes are heading for pakatan raayat in the next general election , there is no time for damage control by barisan nasional..............
ReplyDeleteSangat setuju dengan pendapat Tuan yang sebenarnya Umno telahpun mati.Di mana-mana negeri pun gerakan akar umbi umno telah tiada.Dengan kos hidup yang tak munasabah, penyokong umno sendiri pun tertekan kecuali pemimpin-peminpin mereka yang hanya tunggu untuk disembelih pada PRU akan datang.Rakyat telah pun membuat keputusan!
ReplyDelete- Orang melayu yang ditipu oleh 'penyamun disiang hari' masih lagi leka dibuai mimpi.ini disebabkan oleh formula untuk terus berkuasa si 'penyamun disiang hari' yang siap-sedia mengamalkan sentimen agama dan bangsa dan apa-apa saja yang laku untuk mengekalkan kuasa.
ReplyDelete- 22 tahun sebagai PM pun boleh salahkan orang lain menjadi penyebab kepada orang melayu yang merempat sedangkan dirinya merempit segala harta negara.
- 55 tahun sudah merdeka, orang melayu masih hidup merempat hidup dalam kemiskinan disebabkan menteri dan sewaktu dengannya yang merempit harta negara.
- A.B.U
Tuan,
ReplyDeleteApa komen YDP Agong,DYMM Sultan-sultan dan Raja-raja Melayu terhadap kenyataan CSL selaku Ketua Agama Islam. Masjli Raja-Raja patut bersidang bagi membincangkan kenyataan CSL dan mengeluarkan mengenainya.
Penganugerahan Darjah dan Pingat kepada CSL patut ditarik balik kerana menghina Islam.
Wowww....
ReplyDeleteBaru balik dari tempat korban,lucu tak di labuan ada orang Umno takmau terima daging korban dari PR...aduhaiiii
Alif-Mim-Nun-Wau = Sirkis
ReplyDeleteBayangkan filem Bujang Lapuk P. Ramlee ni dah 40 tahun lebih menceritakan kisah UMNO=Sirkis.
Alkisah 3 Abdul, 1 Abdul lepas dan 2 Abdul kena lelong termasuk si Pak Mentua dan penasihatnya. Dikonotasikan UMNO, MCA/MIC dan APCO selaku penasihat.
Jika 1 Abdul(Anwar) ni dapat memerintah, maka negara akan kembali menyerlah dengan 3 bujang lapuk(PAS/DAP/PKR) serta pendekar Mustarnya(Tn. Guru Nik Aziz) versi baru untuk dipertontonkan.
Harap2 jadilah....!
Peminat P Ramlee.
As Salam Tuan Aspan.
ReplyDelete"Tepuklah dada tanyalah selera.. Tak perlulah gusar pasal MCA akan membunuh UMNO..tak mungkin terjadi".
Kan aku dah cakap pastinya Si provokasi "batu pelir" kat atas itu akan mengeluarkan kenyataan dunggu beliau yang diadaptasikan dari "blog penyokong UMNO" untuk mencipta cerita donggeng kepada rakyat.... Perhatikanlah bahawa dia ni hanya mementingkan selera (perut) dia seorang sahaja dan istilah "tak mungkin terjadi" selalunya diguna pakai oleh golongan "freemason" atau "qadariah". Di dunia ini semuanya berkemungkinan dan di bawah kudrat dan iradat Allah SWT.
Kepada "Kampong Man" aku mohon ribuan kemaafan Dzahir dan Batin kerana telah memburukan dan menuduh anda sebagai penyamar "Batu Pelir".
Sir,
ReplyDeleteTwo oil fields in Kelantan are owned by Dr Mahathir Mohamad’s children
Dulu TGNA boleh bagi alasan TDM menentang hudud ala PAS..Dah lebih 9 tahun TDM bersara, apa alasan lagi..Takut TDM atau takut Allah? Saya rasa elok pelaksanaan hudud dibuat percubaan dulu di Kelantan yang terkenal dengan nama jolokon Negeri Serambi Mekah. Paradoksnya negeri ini juga terkenal dengan
ReplyDeleteJawapan : Tak takut TDM! .Tidak juga Allah!.Orang yg berkata itu adalah naive tentang undang-undang Perlembagaan Malaysia.Kerajaan Negeri tidak boleh berbuat apa jika tidak mendapat greenlight dari Parliment.Parliment adalah the highest decision making body.Parliment boleh overrule apa saja keputusan Kerajaan Negeri.Contoh klasik tentang kekecohan Air di Selangor.Anda faham ke? paling dangkal bagi kelas menengah Subang Jaya dg anak belajar di UK.Tak payahlah nak iklan anak belajar di UK.Ada org tu anaknya lulusan accounting finance dg 1st class Honours tapi tidak mencanangkan sana sini.Anaknya sekarang bekerja sbg consultant dg firma inggeris. Banyak-banyaklah mengkaji tentang Parliment Malaysia
batu ronson,
ReplyDeleteramai orang menghantar anak-anak mereka belajar di London tu. Mereka menghantar bukan kerana Mahathir yang bagi peluang dan rezki menghatar anak di England itu tidak bergantung kepada Mahathir.
Usah lah tunjukan sangat ketidak kelasan anda.
Man of high stature dont tlak about what he has, but with ideas he can impart to the society.
Malulah, u have no class bro. Talk about ideaslah bro.
batu ronson,
ReplyDeleteramai orang menghantar anak-anak mereka belajar di London tu. Mereka menghantar bukan kerana Mahathir yang bagi peluang dan rezki menghatar anak di England itu tidak bergantung kepada Mahathir.
Usah lah tunjukan sangat ketidak kelasan anda.
Man of high stature dont tlak about what he has, but with ideas he can impart to the society.
Malulah, u have no class bro. Talk about ideaslah bro.
Parti BN parti Bunuh-Bunuhan
ReplyDeleteThere is nothing wrong for Batu Ronson to talk of his and family achievement .It is his family success . Too bad if you guys feel inferior .Why attack his personal.His opinions I thought was very fair and polite.Let's have a good discussion.Now I know many do not put their different ideas.TQ
ReplyDeleteAku ni spm grade 3 pun tau kenapa enakmen hudud kelantan x dilaksanakan..apa ke bangang batu ronson ni..patut pun ko masih jadi pencacai umno..
ReplyDeleteSelamat hari raya aidil adha Pak Aspan,
ReplyDeleteHudud dan Kelantan
Alam Flora,
ReplyDelete" Kan aku dah cakap pastinya Si provokasi "batu pelir" kat atas itu akan mengeluarkan kenyataan dunggu beliau yang diadaptasikan dari "blog penyokong UMNO" untuk mencipta cerita donggeng kepada rakyat.... DPerhatikanlah bahawa dia ni hanya mementingkan selera (perut) dia seorang sahaja dan istilah "tak mungkin terjadi" selalunya diguna pakai oleh golongan "freemason" atau "qadariah". Di dunia ini semuanya berkemungkinan dan di bawah kudrat dan iradat Allah SWT. "
Truths hurt brother. Lawanlah dengan hujah dan fakta bukan labelling orang lain bila dah nak kalah berdebat dengan gelaran "Batu Pelir", golongan freemason atau qadariah. Saya pernah cakap sebelum ni."Bila kebenaran dah datang..kebatilan akan gugur dengan sendirinya".
Saudara menyebut qadariah, faham maksudnya! bila saya kata "tak mungkin terjadi" , saya maksudkan lumrah hukum alam dan asbab, seperti mana asbab pisau boleh memotong dan melukakan, kalau nak beranak kena mengandong dulu dan sebelum itu kena besetubuh...
Jadi bila katakan Tak mungkin terjadi MCA menguburkan UMNO, kerana asbab membunuh UMNO adalah orang Melayu sendiri sebagaimana nak bunuh DAP dan MCA akan ditentukan oleh orang orang Cina sendiri..bukan Melayu atau India.
jarang jarang (ingat cerita Nujum Pak Belalang)ada kalanya bukan lumrah alam ataupun asbab terjadi seperti Maryam mengandungkan Nabi Isa. Ini mukjizat Allah, bro.
Tapi orang seperti kita ni hukum alam dan asbab terpaksa kita ikuti. Tak percaya, ambillah pisau dan berzikir lah sampai 40 hari. Selepas itu, ambik pisau tu dan lelehkan tangan tu. Berdarah tak, hukum pisautu melukakan akan menyebabkan tangan saudara itu luka..jangan salahkan saya, bro.
Batu Ronson
As Salam Tuan Aspan.
ReplyDeleteApalah orang tua nyanyuk ni merepek (Batu Nyanyuk)... Patutlah taksub sangat sokong Tun Maha Iskandar Kutty. Rasanya tuk nenek mereka satu kapal dan sama-sama datang dari Kerala kot?
Kalau ada saki baki orang Melayu yang atas pagar dan berat untuk menyokong UMNO dan mereka juga patuh kepada hukum agama Islam nya... Pastinya mereka marah sama UMNO kerana membiarkan Chua Soi Lek (MCA) menghina Islam. Sebagai balasannya mereka ini akan menolak BN/UMNO di dalam PRU akan datang, maka sebab itulah UMNO akan tumbang kerana MCA (dalam bahasa politik itu adalah membunuh), ada faham kah.......? Mahu fakta apa lagi, kalau hati dah gelap dan otak dah dunggu kerana selalu menyokong perkara kemungkaran dan kezaliman.
Membodek mahadeyy melangit, citer mahadey cipta middle class dan dia bangga berbanglo di subang jaya serta antau anak belajaq kat uk, tak syak lagi batu ronson = pakar ekonomi kampong = hipokrit melayu = omputeh celop @ Kampong man
ReplyDeleteSekian,
Gheng lama
Salam Gheng lama,
ReplyDeleteAnda masih ragu yang batu ronson adalah kampong man ? Sedangkan alam flora sudah pun mohon maaf dan gheng lama masih bersangka buruk ?.Ini terserah pada anda.Telah saya katakan saya tidak pernah tinggal di Subang Jaya,tidak tinggal di banglo dan tidak pernah hantar anak belajar di London.
Anda harus jangan sesekali menyimpan dendam .Pergi belajar ugama lebih sikit supaya Allah pelihari hati tuan gheng lama menjauhi dendam.Maaf ya.Apa masih yakin PAS boleh berjaya di Negeri kita Melaka ?.
Sudah tunaikan haji ? pernah ke umrah sekurangnya ? .Apa masih ghairah dan gembira menghentam Kampong man berterusan ?.Madih tidak puas hati ? .Maaf young man kampong man tidak berminat berhujah tanpa fakta.Tak setuju tak masaalah.Just move on my boy.Maaf sekali lagi sekira terkasar.Cheers ..
Kah kah kah
ReplyDeleteMiddle class ciptaan mahadeyy itu standard argument Kampong man dalam blog Pirate of Putrajaya!
Bab bela mahadeyyy melangit, hehehe
Jangan marah yer hipokrit melayu. Ni ada yg kata 'ayat munafik' pula!
Gheng lama
Kampong man @ batu ronson,
ReplyDeleteDulu kat Johor, umno dabik dada kutuk Pas! Tiba2 Allahyarham Cikgu Kahar menang DUN Parit Bakar Muar menjadi melayu pertama duduk atas kerusi pembangkang!
Kini gah gamai pembangkang melayu dalam DUN Johor!
Insya'Allah, di DUN Melaka, PRU 13 ni, akan lahir seorang pembangkang berbangsa melayu sebagai pemula kejatuhan umno di benteng terakhir mereka!
Sekian,
Gheng lama
Nabi saw ada pesan: akan tiba satu masa nanti, haji dan umrah tak lebih seperti kerja makan angin dan untuk berbangga2!
ReplyDeletePaling malang gamai buat umrah kini setakat nak kejau rezeki tahunan!
Jaga2 kampong man @ batu ronson yer
Sekian
Gheng lama