Semalam Utusan Malaysia dapat RM1.50 dari saya kerana buat
pertama kali saya membeli senaskhah akhbar propaganda UMNO itu setelah lima belas tahun tidak
membeli atau melanggannya. Saya membeli rokok di sebuah stesyen minyak di
Subang Jaya dan saya ternampak ‘headline’ muka depan akhbar itu yang menarik
hati saya untuk berbelanja sebanyak RM1.50. Apa yang menarik kepada saya ialah
tajuk ‘Dr M tegur Nik Aziz’ di muka depan akhbar itu. Setelah berfikir seminit
dua saya relakanlah RM1.50 untuk membeli akhbar ini. Kali ini terpedaya juga
saya oleh Utusan kerana tajuknya yang menarik perhatian saya apatah lagi ia
melibatkan nama Dr
M di muka depan itu.
Dalam liputan Utusan itu, Dr M
telah menegur TGNA kerana telah memberitahu rakyat yang Tok Guru itu akan
bertanding di dalam pilihanraya yang akan datang. Dr Mahathir menuduh TGNA
tidak menepati janji-janji beliau (TGNA) untuk mengundurkan diri dari menjadi
calon dalam pilihanraya yang akan datang dan meminta rakyat supaya menolak
TGNA. Dr M berkata memilih orang yang tidak menunaikan janjinya akan membawa
banyak masalah kepada negara. Apa masalah yang dimaksudkan Dr M itu tidak pula
saya ketahui kerana saya tidak membaca laporan itu sehingga habis walaupun saya
telah membeli akhbar itu dengan berat hati.
Saya tidak hendak sentuh tentang
janji TGNA itu buat kali ini untuk memendekkan tulisan saya ini. Saya mahu
memberikan fokus kepada mungkir janji Dr Mahathir yang telah membawa masalah
kepada UMNO dan seterusnya kepada rakyat dan negara. Selalunya orang yang
sentiasa mengintai-ngintai kesalahan pihak lawan ini akan terlupa kepada
janji-janji beliau yang beliau tidak mahu menunaikannya selama ini. Dr M tentu
telah terlupa apa yang beliau janjikan kepada rakyat khususnya ahli-ahli UMNO
semasa beliau mengambilalih kepimpinan parti itu dari Hussein Onn pada tahun
1981 dahulu.
Semasa mengambilalih pimpinan
UMNO dari Hussein Onn dalam perhimpunan agong 1981 itu Dr M telah berjanji
kepada ahli-ahli UMNO melalui perwakilan di Dewan Nirwana, Hotel Hilton, yang
beliau meminta rakyat memberikan ‘signal’ jika ada tanda-tanda yang ada
segelintiran rakyat yang tidak menyukai beliau.
Dengan tanda-tanda itu beliau berjanji akan mengundurkan diri secara
terhormat Itu janji beliau secara terbuka yang beliau luahkan semasa ucapan
penangguhan sebaik sahaja beliau menjadi Presiden kepada parti yang telah
beliau matikan pada tahun 1988 itu.
Tetapi akhirnya beliau tidak
menunaikan janji beliau itu dan telah membawa masalah besar yang kita warisi
pada hari ini. Beliau tidak mahu berundur walaupun jawatan beliau itu telah
dicabar dan beliau hanya mendapat kemenangan yang begitu tipis. Kemenangan
tipis ini merupakan tanda-tanda yang jelas orang ramai sudah mula tidak
berkeyakinan dengan pimpinan dan mahukan UMNO menyampaikan signal itu kepada Dr M. Beliau bukan sahaja
tidak mahu mengundurkan diri tetapi telah meruntuhkan semua institusi demokrasi
kerana bertegas ingin melanjutkan keseronokan dan kegilaan berkuasa sebagai PM
semasa itu.
Beliau telah mematikan
pendaftaran UMNO dan dalam usaha melakukan itu beliau mendapat reaksi keras
dari ahli-ahli UMNO maka beliau telah membuang dan memecat beberapa hakim Mahkamah
Agong termasuk Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas. Badan eksekutif yang beliau
ketuai telah masuk campur dalam hal perundangan dan kehakiman untuk memungkiri
janji-janji beliau itu. Akhirnya tindakan beliau itu telah memberikan banyak
masalah kepada negara dan rakyat sehingga ke hari ini.
Apa yang beliau katakan dalam
Utusan itu benar tetapi beliau sendiri tidak mahu menunaikan janji-janji beliau
dan sanggup membunuh semua institusi demokrasi negara semata-mata keinginan
beliau untuk berkuasa terus menerus sambil memungkiri semua janji-janji beliau
semasa mula-mula mengambilalih kepimpinan dari Hussein Onn pada tahun 1981 itu.
Dr Mahathir telah banyak
memungkiri janji-janji beliau sendiri dan beliau tidak boleh menuduh TGNA
sebagai pendusta kerana tuduhan itu sepatutnya beliau arahkan kepada diri
beliau sendiri. Pada tahun 1985 sebuah parti baru, Parti Bersatu Sabah (PBS)
telah ditubuhkan secara tergesa-tergesa beberapa hari sebelum Sabah mengadakan pilihanraya negeri. PBS telah menyertai
pilihanraya negeri untuk menumbangkan parti Berjaya. Mahathir telah pergi ke Sabah dan berucap dan berjanji secara terbuka yang beliau
akan ‘swim and sink’ dengan Berjaya. Beliau memihak kepada Berjaya pimpinan
Haris Salleh dan berulang-ulang kali berjanji untuk berenang dan tenggelam
bersama Berjaya.
Tetapi apabila Berjaya tewas
termasuk Presiden Berjaya, Harris Salleh yang ditewaskan oleh Kaduh Agundun di
Tenom, Dr M telah lari dan memungkiri janji-janji beliau dengan parti Berjaya.
Kebetulan saya berada di Kota Kinabalu dan mendengar ucapan beliau secara
berdepan dan saya mendengar segala janji-janji beliau kepada Berjaya semasa
itu. Dengan tangkas sekali Dr M telah membawa PBS ke dalam BN dan menjadi rakan
komponen kepada BN pimpinan Dr M dari peringkat Persekutuan itu. Berjaya
tenggelam tetapi Dr M tetap berenang dan meninggalkan Berjaya terumbang-ambing
dan hanyut sampailah parti itu mati begitu sahaja. Mahathir terus berenang
sampai 22 tahun berenang dan menenggelamkan semua musuh-musuhnya yang
menghantui kedudukan beliau.
Janji-janji beliau untuk
membangunkan negara tidak sampai ke mana kerana beliau hanya mampu untuk membina
bangunan tinggi-tinggi, jambatan yang panjang-panjang di dunia. Beliau hanya
mampu membina pembangunan fizikal yang merupakan sebahagian pembangunan negara.
Pembangunan fizikalnya pesat kerana ia melibatkan projek-projek runding terus
yang mahal-mahal untuk kepentingan kroni-kroni dan kebanyakan projek-projek
tersebut adalah projek-projek cadangan kroni-kroni dan bukannya untuk keperluan
rakyat dan negara. Projek-projek tersebut hanya memberikan keuntungan kepada
segelintiran kroni dan keluarga beliau .
Tetapi dalam pembinaan sikap dan
‘mentality’ terhadap rakyat tidak ada langsung sehinggakan pembangunan
infrastruktur yang besar-besar itu tidak ‘commensurate’ dengan pembangunan
nilai dan budaya bangsa. Rakyat menjadi ahli masyarakat yang ‘materialistic’
yang mengutamakan pengisian perut dan tempolok mereka yang hampir kepada kuasa
dan rakyat dipermainkan dengan gula-gula serta coklat manis-manis untuk
melekakan mereka dan meneruskan sokongan terhadap kepimpinan yang tidak jujur
dan ikhlas itu.
Dr M ini tidak dapat diikut kerenahnya
lagi. Dalam satu masa dia mengatakan UMNO sudah busuk sampai ke usus dan
mengatakan UMNO bukan untuk yang pandai, cerdik dan bijak. UMNO hanya untuk
yang bodoh-bodoh dan yang tidak mempunyai tulang belakang. Tetapi dalam satu
masa yang lain Dr M mahukan rakyat memberikan sokongan berterusan kepada UMNO
dan BN.
Dalam keadaan UMNO yang lemah Dr
M meninggalkan parti dan apabila partinya hilang sokongan tradisi 2/3 beliau
menyalahkan Abdullah Badawi. Dr M menyertai kembali UMNO selepas musuh yang dibencinya
Abdullah meletakkan jawatan sebagai PM. Apabila kembali menyertai partinya
beliau menuduh UMNO itu parti yang rasuah. Dalam pilihanraya yang lalu beliau
berkehendakan sangat rakyat supaya tidak memilih parti tetapi memilih calon.
Tetapi sekarang Dr M mahu
semuanya mengundi sesiapa sahaja yang diturunkan oleh parti untuk menjadi
calon. Beliau telah ‘obsess’ dengan kehendak beliau untuk memenangkan BN
sehinggakan beliau meminta semua pemimpin bersumpah tidak akan mensabotaj parti
dalam pilihanraya yang akan datang ini sedangkan beliau sendiri adalah
pensabotaj UMNO yang terbesar dalam sejarah kewujudan parti itu, sehinggakan
beliau sanggup membunuhnya. Dr M bukan sahaja setakat pensabotaj parti tetapi
beliau adalah pembunuh parti itu.
Habis keliru rakyat dengan
kata-kata Dr M ini. Nak diikut nasihatnya nanti beliau akan menasihati kita
melakukan perkara yang dulunya beliau tidak suka. Entah yang mana satu nasihat
yang patut diikuti dan entah mana satu kata-katanya yang benar. Lidahnya
sentiasa berubah dan jika ada kesempatan elok kita minta Dr M membuka mulutnya
lebar-lebar untuk melihat apa jenis lidah yang ada di dalam mulut beliau itu.
Kalau ia bercabang hendak juga kita tahu berapa cabangnya.
Pendeknya nasihat beliau kepada
TGNA itu elok kita abaikan sahaja kerana jika kita terima nasihatnya, nanti
dalam tempoh yang tidak berapa lama lagi Dr M akan menasihati untuk berbuat
perkara yang lain pula.
Sesungguhnya Dr M hanyalah
seorang yang bermain-main dengan politik yang melakonkan berbagai-bagai watak.
Kadang-kadang watak baik tetapi selalunya beliau melakonkan watak sebagai orang
jahat yang tidak senang dengan kebaikan yang dilakukan oleh orang lain.
Tetapi apa pun watak yang dilakonkan
oleh beliau, Dr M gagal untuk menjadi negarawan. Beliau tidak mungkin mampu
untuk menjadi negarawan lagi kerana beliau hanyalah seorang aktivis politik
yang sekarang bermain dengan pihak yang hendak digugurkan oleh rakyat ramai.
Mungkin oleh kerana penyelia
kemas dan pegawai penerangan khas gagal untuk melaksanakan tugas mereka maka Dr
M lah yang mengambil alih tugas mereka untuk berkata-kata perkara yang mungkar
sentiasa.
Tetapi kita tidak harus berasa
kesal dengan tindakan Dr M ini kerana beliau dari dahulu sampai sekarang hanya
kekal dalam keadaan rakyat berpecah-belah. Dalam keadaan rakyat sedang bersatu
di luar BN ini Dr Mahathir nampaknya tidak akan menjadi orang yang relevan lagi
untuk negara dan rakyat.
Tidak ada siapa yang boleh
membetulkan Dr M ini. Hanya Tuhan sahaja yang boleh melenturnya. Kita abaikan sahaja
pandangan beliau. Biarkan beliau bercakap kepada dirinya sendiri semahu beliau.
Begitulah jadinya bila sudah nyanyuk tapi masih tak sedarkan diri. Hari ini cakap 'A' esok cakap 'B', lusa cakap 'C' dan tulat cakap 'D'. Semua orang serba tak kena di matanya. Macamlah dirinya 'PERFECT' sangat. Yang keliru terus dikelirukan. Kasihan...
ReplyDeleteSir,
ReplyDeleteMahathir is still running the country
Saya sokong sdra Aspan 120 % Mahathir ni telah melingkupkan segalanya dg apa yg ada telah ada!Tuhan telah memainkan pita rakaman akan segala dosanya.Dia mungkir janji beliau.Akhirnya faktor dalaman menyebabkan beliau GIVE UP kerana SIGNAL dari Allah telah tiba.Dalam tindak tanduknya,hati Mahathir berkata,"Hang ni dah banyak buat dosa Mahathir"! Kita telah melihat bagaimana Mahathir bercakap " Saya dah fikir habis dah, saya nak melepaskan jawatan saya!"lakunan air mata tu memang hebat di PWTC! mahaddayy mahadday!Lagi satu sifat beliau tentang menegur dan mengkritik orang dia memang suka sangat.BARU mahadday boleh tidur malam!.Apabila org mengkritik beliau , beliau akan bertindak dg memaki hamun. Saya masih ingat lagi apabila dia dicabar oleh Tengku Razali dalam perjumpaan dg ahli perwakilan 1987.Dari situ rasa hormat saya sudah tidak ada lagi!Dalam hati saya berkata pi mampuslah hang mahadday!..
ReplyDeleteDr Mahathir is still going strong,despite his age and people calling him all sorts of names.He is the puppet master behind Najib and Umno.He can command Umnoputras to bend under or over.Muhyiddin is actually a puppet to Dr Mahathir,as he bends under and over at the Dr's command.Without Mahathir,Muhyiddin will be be a nobody and Umno is a goner.
ReplyDeleteTelah di terangkan dgn jelas akan sifat2 orang munafik oleh Nabi kita dan jika dihalusi kita akan dapat mengenali secara jelas siapakah orang2 munafik ini yang telah dinyatakan sebagai musuh ketat orang2 islam, musuh yang jauh lebih teruk dari zionisma dan kafir harbi. Lihat lah pada pimpinan UMNO dan pada Mahathir itu sendiri dan fikirkan jika mereka2 itu mempunyai sifat2 seperti berikut:
ReplyDelete1. Bila mereka bercakap, mereka biasa berdusta (berbohong).
2. Bila berjanji, mereka sentiasa mungkir serta berdolak-dalik dari menunaikan janji.
3. Bila berbuat perjanjian, mereka tanpa alasan dan tanpa hak melanggar perjanjian samada bertulis mahupun lisan dan yang terakhir
4. Apabila berbalah, orang2 munafik akan melampaui batas2 adat dan norma2 masyarakat serta zalim dalam segala tindakan.
Fikir2kanlah wahai Umat Islam serta orang2 Melayu yang mengaku beragama islam tentang sifat2 munafik ini! Kita telah diberi penjelasan yang mudah oleh Nabi Muhammad untuk mengenal musuh kita ini dan janganlah kerana taksub pemimpin dan berakidahkan Ketuanan Melayu kita mengenepikan amaran Rasul dan mengambil pihak2 munafik itu sebagai pemimpin kita. Sesungguhnya jika kita tidak dapat membezakan mereka2 yang munafik, besar kemungkinan sifat2 tersebut ada juga wujud dalam diri kita! marilah kita ABUkan orang2 munafik itu!
Nick.
As Salam Tuan Aspan.
ReplyDeleteTun Mendaliar Kutty ini kalau pasal provokasi memang No.1 di dunia. Provokasi adalah terang-terangan perangai kaum Munafik. Beliau ini langsung tak layak digelar negarawan, malah lebih sesuai dan amat sinonim digelar "Bapa Munafik". Kejahatan beliau terhadap rakyat negara ini terlalu besar berbanding kebaikkan yang pernah dilakukan cuma ditakdirkan negara ini kaya dengan hasil bumi dan galian walaupun mempunyai para pemimpin yang terlalu kebulur melahap harta dan khazanah negara pada setiap detik tetapi negara ini masih boleh bertahan kerana rakyatnya terlalu tinggi dengan sifat "kepatuhan" dan "kedayusan" serta mudah ditipu maka hingga 50 tahun parti pengkhianat UMNO masih diberi mandat untuk terus menipu dan memijak kepala rakyat walaupun berjuta penerangan dan pencerahan dari para ilmuan dan pemimpin parti lawan yang tidak sanggup melihat rakyat menjadi lembu hingga ke liang lahat.
Salam Pak Aspan,
ReplyDeleteKawan baik Pak Aspan, Kampong man amat teruja membaca persejarahan Mahatdeyyy yang Pak Aspan tuliskan ini.
Bab berjaya tu, dia lebih akrab dengan Berjaya Vincent Tan! Haris Salleh orghang melayu!. bekawan dgn orang cina lagi baik, kaya, malianaaa!!
sekian,
gheng lama
Dr M jealous he was forced to step down but PAS people still want TGNA around They both same age lah
ReplyDeleteDuring the global boom in 80s and 90s, with the amount of money spent/wasted on ' development ', any Tom, Dick and Harry could run our well developed economy.
ReplyDeleteThe real test of a true leader and economy manager is when recession hits the country, during the 1997 GFC.....everything starts to fall apart with no end in sight, with ordinary suffered the most.
Bior ler madet tuu...
ReplyDeleteKan dia dah tue... parkinson ada, alzhemeir pun ada
Pak Aspan
ReplyDeletePada pengamatan saya selama ini terhadap manusia bernama Mahathir adalah dia sekarang sedang diberi ganjaran oleh Allah SWT diatas apa yang dia lakukan selama dia memerintah. Saya berdoa buat dia semoga dia sempat bertaubat sebelum dia menutup mata buat selama-lamanya. Dia bukan sahaja buat jahat sesama manusia malah dengan Allah,Nabi kita dan para Ulama antaranya hukum Al-Quran tidak sesuai lagi dan perlu dirombak, Nabi tak cukur janggut kerana tidak ada pisau cukur gilate dan ulama bila nak keluarkan fatwa kena rujuk dahulu kepada dia. Itu sebahagian yang saya dapat huraikan disini dan akhirnya saya amat percaya dengan janji Allah yang telah memakbulkan doa Allahyarham Ustaz Fadhil Nor dimana doanya mohon Allah panjangkan umur Mahathir untuk melihat kehancuran yang dia buat selama dia memerintah.
Biasalah manusia munafik nie mmg suka menipu........sebenarnya dia tak bersara....dia masih lagi berkuasa sampai hari ini dibelakang tabir...dia adalah "puppet master"....dia nie sebenarnyer jenis penakut....sbb jika aper2 projek kantoi...dia akan lari lintang pukang..tak mahu bertanggung jawab....dia hanya mahu org mahu memujinyer sajer....siapa tak kenal...sipembaling batu sembunyi tangan nie...species mcm najib....mentor najib katakan...tak dak tulur...hihihihihi
ReplyDeleteHari ni saya bercuti..tak tahu apa nak buat, lazimnya saya membaca blog blog politik termasuklah blog Aspan.
ReplyDeleteSaya terbaca di portal antarapos interview dengan seorang yang begitu rapat dengan DSAI sehinggakan beliau pernah ditahan bawah ISA, Datuk Professor Sidek Baba kerana mempertahankan DSAI..
Lain macam bunyinya.. Yelah seorang yang begitu rapat dengan seorang yang dikatakan bakal PM yang akan datang, dah mula menongkah arus.
Apa komen Aspan dan pembaca lain... Dah kena mandrem, Vitamin M dan sebagainya..Masa belajar pernah saya dengar seorang Ustaz berkata, `Bila kebenaran dah datang, kebatilan akan gugur dengan sendirinya...tanpa paksaan atau Vitamin M, saya ra sa lebih ramai bekas rakan baik DSAi akan menongkah arus..Sapalah saya kalau dibandingkan dengan mereka yang begitu rapat dengan beliau..tak dapat tidak dengan logik akal yang diberi, saya terpaksa menerima hakikat demikian.
Batu Ronson
Dia seorang pengasas parti syaitan, perangai apa lagi yang boleh ditunjukkan selain yang terkeji, terjahat, ter..........
ReplyDeleteTDM...banyak jasa beliau pada negara. Ramai middleclass dalam negara, saya rasa adalah atas hasil usaha beliau dan kerajaan BN.
ReplyDeleteKalau tidak mungkin saya tidak mampu beli banglo di Subang Jaya dan mungkin tidak mampu sponsor anak belajar di London.
Batu Ronson
Baguslah engkau Batu Ronson, murah rezeki engkau dikurniakan oleh tuhan engkau, Mahathir Mohamed, sehingga engkau menjadi middleclass tinggal di banglo di Subang Jaya dan sponsor anak belaja kat London. Tahniah.
ReplyDeleteBatu Belah Batu Bertangkup
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
ReplyDeleteSebagai muqaddimah, saya ingin mengkalungkan ucapan "selamat 'idil Adh-ha" buat semua, dan kepada yang berpuasa hari ini (9 Zulhijjah), selamat berpuasa; semoga kita sekalian terus dirahmati, diberkati, diredhai lagi diampuni-Nya, insha Allah.
Dalam hal ini, pada hemat saya, seseorang yang lari daripada undang-undang dan telah biasa dengannya akan sedaya-upaya sehingga nyawa di hujung halqum pun untuk cuba lari dan keluar daripada undang-undang. Berapa ramai yang telah terbukti sepanjang sejarah ketamadunan manusia, golongan semacam ini? Baik Namrud, Fir'aun, Abu Jahal dan Abu Lahab, termasuk Ferdinan Marcos, Husni Mubarak, Suharto, hatta Mahathir dan UMNO durjana ini ... Kesemua mereka ini sama ada yang telah dihukum di dunia ini lagi atau sedang dan bakal menerima kehancuran, perangai dan tingkahlaku mereka sama sahaja ... Mempermainkan janji, melampau dalam perselisihan, khianatkan amanah, menipu berbohong ... Bukankah itu semua mainan syaitan? Sebab itu jika si tua ganyut Mahathir sendiri sanggup melabelkan UBN in sebagai "syaitan yang dikenali", dia tu, macam mana pula, kan? Malah, rasanya, analisa saudara ini sendiri jelas sebagai antara bukti konkrit yang boleh ditonjolkan; memadailah untuk direnungkan, kerana sudah pasti saudara menulis sebagai seorang bekas ahli UMNO. Oleh itu, walaupun saya tidak menafikan dia (Mahathir) ni ada jasa terhadap pembangunan dan kemajuan negara, tetapi, percayalah, buat mereka yang masih ingin menyokong dan bersimpati terhadapnya, ganjaran termurah di syurga sahaja tak mungkin sebanding dengan apa yang anda bangga-banggakan itu. Bersamalah kita fikir-fikirkan.
Terima kasih dan salam jihad.
Salah tu Batu Ronson!.Dalam pengajian Sains Politik, kemajuan sesuatu masyarakat itu bukan kerana individu atau parti politik.
ReplyDeleteMereka diberi mandat oleh rakyat utk merintah. Parti pemerintah kena beri balik political input.PI itu contohnya menyediakan kesihatan yg baik.Sekolah, universiti dan pelbagai lagi. input itu datang dari duit rakyat pembayar cukai.
Sdra bernasib baik dpt sponsor anak belajar di london.Apakah sdra mendapat sokongan dari Maddet kah?One call frm maddet makes lots of differences .
Ramai anak tempatan mendapat 9A1 kena memohon PTPTN.Anak menteri tanpa 9A1 boleh belajar di London dg biasiswa.Duit biasiswa itu duit rakyat pembayar cukai.
Apakah banglo sdra itu juga dari duit projek kah?Bayangkan duit 30 billion dari Forex itu boleh menampung pendidikan percuma kpd ramai rakyat Malaysia.Ironinya Maddet boleh senyum tanpa rasa bersalah dg Nur Mohd Yaakob dan Daim.
Salam Sejahtera AA.
ReplyDeleteAda pepatah mengatakan "seekor babi terlepas kandang, habis kampung berbau tahi". Itulah ibaratnya si tolol yang membeli banglo di Subang Jaya tu....(baru Ronson) Tolong beri tahu aku yang si tolol tu dah terlepas dari kandang mana ha? Setakat anak mengaji luar negara dan mampu membeli sebuah banglo tak payahlah bising satu dunia kerana kat Timur Leste dan Vietnam pun dah berlambak banglo dibina tanpa individu bernama Mahathir Mohamad atau UMNO menjadi PM atau parti pemerintah mereka pun, apa macam? Cuti-cuti ini eloklah jangan membaca blog politik kalau otak masih bercampur dengan lendir dari pan*** bini tu, lebih baik pergi mandi wajib dan solat zohor supaya otak kamu berfungsi dengan baik dan normal.
Dia (Sidek Baba) kata dia sokong kerajaan, bukan parti!.
ReplyDeleteMasa tu DSAI dalam umno, dia sokong kerana DSAI nak buat benda baik!
Kini DSAI bukan dalam umno, maka kawan ni yang berfahaman umno beranglaa
Bab pemimpin bersih, dia sebut DSAI kena membela diri atas tuduhan yang berulang2. Dia ni tak paham ka budaya umno yang akan cincang sehingga lumat selagi musuh mereka hidup?
Maka saya sarankan biarla sidek baba bekawan dengan insan suci chua soi lek dan yang seangkatannya yang mesra alam dengan umnoooo!
Dia SIBUK sebut kena ISA, berapa hari dia kena tahan???
TDM...banyak jasa beliau pada negara. Ramai middleclass dalam negara, saya rasa adalah atas hasil usaha beliau dan kerajaan BN.
ReplyDeleteKalau tidak mungkin saya tidak mampu beli banglo di Subang Jaya dan mungkin tidak mampu sponsor anak belajar di London.
Batu Ronson
-----------------------------
Inilah perangai orang yang lemah mengharapkan “Free lunch” dari NEP mamak yang senang untuk duduk banglo dan belajar kat luar negeri. Dia orang tidak berfikir kalau perkara (pembaziran) ini berlarutan, apa akan terjadi kepada Negara dan generasi cucu dia?
Hari ini, 1 juta orang minta free banglo and belajar kat luar negeri dan 10 tahun kemudian 3 juta yang meminta disebabkan penduduk bertambah. Apa akan terjadi kepada Negara ini? Ia akan bankrapt dan siapa yang susah bila Negara bangkrat? Cucu dia yang akan menerima padat kerana tidak dapat bersaing dengan kaum lain.
Untuk menjadi seorang manusia yang berdikari dan mempunyai saingan di parasan.
NEP atau keistimewaan perlu dibatalkan dan digantikan dengan polisi yang boleh menolong rakyat yang miskin sahaja. (Majority melayu).
Apa faedah yang telah dicapai oleh NEP selama 50 tahun?
1) 2% penduduk di Malaysia menjadi kaya-raya kerana cronies(Cina/melayu/mamak) dan penduduk menjadi lebih miskin disebabkan harta Negara dicuri oleh mereka.
2) Kebanyakan melayu berpecah (Umno, Pas, PKR) sebab semua mahu kaya kerana NEP yang boleh merelisasikan impian mereka dengan merompak.
3) Melahirkan manusia yang tidak dapat bersaing dengan bangsa lain. Tanya sendiri, kalau awak tidak berkerja untuk kerajaan/GLC. Bolehkah awak mendapat kerja di pihak swasta?
4) 5% penduduk Malaysia adalah kakitangan kerajaan adalah angka yang paling tinggi di dunia dengan belanjaan ratus billion setahun akan menbankrapkan negara
5) Pusat pengajian university mengudur sejak 30 puluh tahun yang lalu dengan kemasukan orang yang tidak layak dan menghasilkan graduate yang tidak berguna yang tidak dapat bersiang. Banyak mahasiswa berkerja sebagai receptionist/penjual berger/tidak berkerja.
6) Pelabur(Investor) melarikan diri dari Malaysia dan buka kilang di Thailand/Indo. Ini akan megakibatan pendapatan Negara kurang disebabkan policy 30%.
Dengan
(I) kekayaan Negara dicuri oleh cronies,
(II) beban dipikul untuk menampung kaki tangan yang banyak(bloated civil servant)
(III) Mahasiswa(Graduate) yang tidak boleh bersaing di pasaran(No human capital development)
(IV) Pelabur lari dari Malaysia(less investment)
Ini akan menbangkratkan Negara dan apa terjadi kepada generasi akan datang sekiranya IMF memberi pertolongan seperti Thailand/Indo/Korea dengan mengambil alih semua syarikat GLC (Mas/TNB/IWK/Tel....etc) ?
a) Orang yang lemah/tidak boleh bersaing akan jadi pengemis kerana tak ada kerja. Siapa golongan yang terbanyak? Anak awak?
Kita kena fikir generasi akan datang dan bukan kemewahan sekarang.
Negara bangkrat akan berlaku pada tahun 2020 sekiranya hutan Negara naik ke tahap RM 550 billion.(sekarang dah RM 450 billion)
Pengurusan Negara seperti pengurusan sebuah keluarga. Kalau u ada satu anak yang boros dan pandai merompak, ia akan menhancurkan dan memiskinkan keluarga awak walaupun terdapat harta yang banyak.
Indonesia adalah contoh yang baik (bankrat kerana cornies) supaya kita tidak mengikuti jejak mereka.
Nasihat untuk majority yang miskin, BN perlu dihapuskan untuk generasi awak.
Jangan salahkan Chinese/DAP/Soros/Amerika for your downfall. Blame your own doing.
Nothing is free from this world.
You work hard to get reward and not who you know to get reward.
Correction will take place when the resources run dry and paid back time will be by your grand chilren(CUCU awak)
yo la tu Batu Ronson,
ReplyDeleteEkau dapek buek banglo kek subang tu pakai duit mana? Ada projek dengan kerajaan ka... komisyen??? dapek hantar anak gi London.. tahniah anak ekau pandai balajau, tapi guna duit sendiri ke bantuan kerajaan. Kalau bantuan kerajaan tu bukan duit maka bapak ekau atau madet jer... duit pembayar cukai jugak. Jadi tak payahlah maka kata terhutang budi kat madet @BN tu.Jaga anak ekau tu elok-elok. Belajau kat London tu pun belum tentu lagi jadi 'orang' kalau tersilap langkah. Jangan la terlalu mengagungkan manusia seolah-olah dia tuhan sedangkan orang tu sendiri tak dapat melihat masa depan dia. Kalau tak, takkan la meroyan sebegitu dahsyat lepas letak jawatan presiden UMNO. Kejayaan kita rezeki dari ALLAH, bukan dari manusia bernama madet ka, najib ka atau sapa-sapa ka, hatta Tuan Guru pun tak leh menentukan rezeki seseorang. Jadi Batu Ronson tolong faham kalau anda seorang Islam. Kalau sebaliknya, ikut hang la...!!!
Saudara AA dak bloggers
ReplyDeleteKalo Mahathir begitu hebat, takkan dia ditewaskan oleh George Soros dalam krisis kewangan di rantau Asia. Kehebatannya hanya setakat menuduh orang lain sebagai musuhnya.
Segala perbelanjaan untuk membina bangunan yang besak telah menjadikan negara kita sebagai negara gajah putih.
Mahathir tau cakap jer, dia tak pernah dengar aper yg dicakapkan..mudah lupa pulak tu..apanama
ReplyDeleteBiarkan batu ronson tu...
ReplyDeleteDaripada komen dia sendiri, kita sudah tahu orang macam dia hanya nampak apa yang dia sendiri merasa.
Kita yang sama pendapat dapat nampak apa yang orang ramai merasa, kerana kita sendiri pun merasa...
Perlukah kita melayan kata2 orang yang menikmati kelebihan hanya untuk diri sendiri?
Dia masih tak sedar yang kelebihan yang dia nikmati itu "dicuri" daripada rakyat lain. Itulah dia asas kronisme.
Segelintir dapat habuan, yang lain habuk pun tak dapat. Kan sudah terbukti dengan komen2 batu ronson tu..
Masihkah kita mahu biarkan keadaan begini berterusan? Ayuh kita bertindak. Kita ikut nasihat Pak AA, iaitu kita bertindak melalui tindakan politik bila PRU13 tiba.
--ziggy
Salam semua peminat peminat saya, semoga semua dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan sepanjang masa. Amin.
ReplyDeleteIkut cakap Ahmad Nispu, " saya suka... Tak marahpun, kalau marah nanti kena jual.." semua komen balas saya terima dengan hati terbuka.. Diharapkan muzakarah ini dijalankan dengan terbuka tanpa ditapis ditapis oleh pemunya blog...itu baru demokrasi kan Aspan...
Orang melayu ni bahasa dia halus dan lembut..Pernah dengar ungkapan "Marahkan anak sindir menantu"...dalam ertinya..Bila saya kata, saya punya banglo di Subang Jaya dan dapat sponsor anak dengan duit sendiri kat London, sapa yang kena getahnya dan terasa cilinya? Elok lah kita muhasabah diri kita sendiri...
Ada pengomen berkata, mana datang duit itu, duit komisyen dan sebagainya.. duit rasuah kalau cakap brutalnya..Saya setuju dengan pengomen sebegini..direct to the point.. Nak bagi kesedaran pada orang Melayu. yang saya panggil rent seeker, kerana orang macam ni lah yang buat kos projek naik berlipat ganda..Sumpah duit beli banglo dan hantar anak ke London, bersih...tak da sesen pun duit rasuah...
Ada orang kata saya ni bertuhankan Mahathir..ye ke?.. Biasanya orang kalau dah kalah berdebat...macan ni lah.. Nauzubillah Mahathir tu manusia biasa brother..bukan Nabi dan juga bukan Tuhan.
Saya katakan jasa Mahathir meningkatkan jumlah muddleclass Melayu kat Malaysia ni..kalau dulu ramai orang Melayu duduk diluar bandar, kais pagi makan pagi, nak beli barangpun berhutang dekat kedai Cina, masa tu tak ramai yang mampu beli kereta, beli motorpun dah kira mewah.
Perubhan berlaku bila Mahathir buka sekolah asrama penuh, sekolah sains untuk memberi peluang pelajar Melayu yang pandai satu environment untuk mereka belajar dengan baik. Biasiswa diberi dan peluang belajar diluar untuk orang Melayu ditingkatkan..Hasilnya sekarang ni ramai profesyenel Melayu yang sekarang ni bersepah di Subang Jaya..
Cuba bandingkan Malaysia dengan negara jiran Philipines, satu ketika dulu lebih maju dari Malaysia. Sebab silap pemerintahan Marcos, negara jadi porak peranda, ramai rakyatnya berpindah kenegara lain nak cari sesuap nasi..jadi amah, jadi pekerja kontrak dan sebagainnya. Bukankah Mahathir lebih baik dari Marcos? Dia utamakan pelajaran dari ketenteraan?
Dah panjang celoteh saya ni..Maaf ye..selamat Hari Raya Korban dan bila memandu, pandulah balik dengan berhemah.
Batu Ronson
Wahai Batu Ronson,
ReplyDeletePada saya kesungguhan Mahathir itu bukan kerana dia hendak membantu Melayu atau mewujudkan keadaan dan suasana harmonis di negara ini. Sebaliknya semua dilakukan ada kepentingannya. Kalau Mahathir ikhlas untuk memartabatkan Melayu dan mewujudkan masyarakat harmonis, apakah selama 22 tahun sebagai perdana menteri, selama lapan tahun sebagai timbalan perdana menteri dan selama lebih 30 tahun sebagai ahli parlimen beliau tidak berusaha ke arah itu?
Kalau dia sudah berusaha tetapi tidak berjaya bermakna Mahathir gagal sebagai seorang pembina nusa dan bangsa. Mahathir seharusnya sedar dan insaf mengenai perkara ini. Pembangunan material yang wujud dizamannya bukan sesuatu yang boleh dibanggakan kerana kehidupan manusia itu ada dua aspek penting penting, jasmani dan rohani. Mahathir amat dhaif dalam membawa pembangunan manusia. Itu sebab dia gagal dan jiwanya kini keresahan.
Justeru setelah Abdullah Badawi mengambil alih pemerintah beliau cuba memberi keutamaan kepada pembangunan manusia yang terlupa dibuat Mahathir. Abdullah fokus kepada soal-soal ketamadunan bangsa menerusi syaksiah dan juga memartatkan aspirasi bangsa seperti agama dan budaya. Abdullah juga berusaha mengendurkan ketegangan Melayu dimana di era Mahathir Melayu berada dalam ruang krisis kepercayaan besar sesama sendiri. Abdullah melihat keadaan itu menyebabkan Melayu berpecah belah.
Namun malangnya Mahathir yang berfahaman sekular dan melihat manusia membangun dalam belitan kebendaan (madiyah) menolak idea dan harapan Abdullah, bukan setakat itu saja bertindak menyerang Abdullah siang dan malam. Mahathir sama sekali tidak percaya kepada politik perdamaian, atau damai boleh memuaskan hatinya. Selama dia menjadi presiden Umno beliau tidak pernah mendekatan orang Melayu untuk berdamai. Kehebatan dan kekuasaan Umno menjadikan dia lupa kepada lawan dan kawan.
Seingat saya beliau tidak pernah mengajak Pas untuk bersama membangun negara. Beliau tidak habis-habis mengecam Pas dan memberi konotasi buruk terhadap Pas kepada orang Melayu. Makanya hari ini walaupun (saya percaya) ada keinginan Mahathir untuk mempelawa Pas mengukuhkan politik Melayu tetapi beliau tidak tergamak untuk membuka mulut kerana mengenangkan kepada kezaliman dan keegoaannya selama ini.
Mahathir seorang yang materialistik dan individualistik yang menggunakan rakyat untuk memakai mahkota sebagai pemimpin. Mahathir tidak pernah mengenal soal ukhwah, soal perpaduan soal perdamaian dan kerjasama sebangsa. Apa yang dia insaf dan sedar ialah perbalahan, adu domba, memperlekehkan orang lain. Mahathir seorang manusia yang hidup atas perpecahan orang Melayu yang beliau tidak ikhtiraf sebagai kaumnya. Malangnya masih ada 'bagero-bagero' Melayu yang menganggap Mahathir sebagai wira dan pembela mereka, yang tersihir dengan senyuman manis Mahathir yang di dalamnya mempunyai racun berbisa.
Percayalah usaha keras Mahathir untuk mempertahankan kerajaan UBN hari ini bukan demi Melayu dan masyarakat majmuk negara ini tetapi demi dirinya sendiri. Bukan untuk memastikan Najib Razak terus menjadi PM, tetapi kerana untuk menjamin agenda peribadinya tercapai. Pertama memastikan kehidupan dan kekayaan anak-anaknya yang dipunggah sendiri oleh beliau semasa menjadi PM tidak terganggu dan terburai. Kedua untuk menjamin dia akan selamat dan tidak akan dihumban ke dalam penjara atas dosa-dosa dan jenayah kepada negara dan bangsa yang beliau lakukan.
Rumah banglo rumah untuk simpan pelacur dari cina,vietnam dan lain2 seangkatan dgn nya.ABU. PISS OF YOU BATU RONSAN YOU ARE A PIMM
ReplyDeleteBatu Ronson sayang,
ReplyDeleteBila kamu tak kenal seseorang itu secara peribadi dan orang itu public figure, kamu hanya kenalnya melalui propaganda. Zaman sekarang tak ada orang yang selamat dari propaganda hasil dari ledakan teknologi komunikasi.
Dalam kes Dr Mahathir, majoriti rakyat Malaysia kenalnya hanya melalui propaganda. Ia bukan melambangkan apa yang anda sepatutnya kenal beliau secara peribadi. Mengenali secara peribadi lebih tepat sedangkan kenal melalui propaganda biasanya terpesong dan tidak benar.
Bila Tun Musa ditanya kenapa dia tak lawan Tun M pada 1986 habis-habis, selamba saja dia jawab:
“kalau saya lawan, maka saya pasti akan dituduh seorang homoseksual malahan mengadakan hubungan seks dengan binatang dan lain-lain. Kamu tidak kenal dia (Dr. M) sepertimana saya. Pada masa itu juga saya tidak ada kekuatan kewangan. Duit semua dipegang oleh Daim.”
batu ronson,
ReplyDeleteMahathir buka asrama untuk anak2 melayu memang bagus, tapi Mahathir habiskan duit Bank Negara rm30Billion main forex pun bagus juga ke? Mahathir guna duit Petronas rm2billion untuk selamatkan perniagaan anaknya Mirzan tu bagus juga ke?
Aku pun boleh dikatakan golongan midleclass, pendapatan rumahtangga agak tinggi. Tapi purchasing power aku amat rendah sekali. Mengapa? Kerana terpaksa membayar harga kereta yang lebih tinggi drp negara jiran, membayar tol, bil letrik yang takkan turun, harga rumah yg melambung, hutang PTPTN dan macam2 lagi. Semua ini disebabkan oleh kronisme, monopoli melalui penswastaan, direct negotiation yg dipraktikkan oleh kerajaan UMNO/BN yg "modus operandi" begini diasaskan oleh Mahathir.
Ya, kita mendapat subsidi petrol drp kerajaan. Tetapi makin lama subsidi ini semakin kurang. Dan perbelanjaan petrol boleh dikurangkan, sekiranya kita mempunyai sistem pengangkutan awam yang efektif, cekap dan berpatutan. Pembinaan MRT kita yang sekarang ini menjadi rm1.8billion, sebelum ini harganya rm1.1biliion. Agaknya siapakah yang akan menanggung penambahan kos rm700juta itu? Siapa lagi kalau bukan pengguna i.e. rakyat.
Sudahlah. Sebab-musabab kau sokong Mahathir UMNO/BN adalah amat lemah sekali. Tak perlulah kau nak mempertahankan akal cetek kau tu kat sini. Your words have no substance, because your mind has none.
Batu Ronson @ Kampong man?
ReplyDeleteSalam AA dan semua: Rupa-rupanya ada juga manusia macam Batu Ronson ini di Subang Jaya. Pandai ! hodohnya pun ada.
ReplyDeleteMember semua jangan tersalah sangka, sebenarnya tak ramai Melayu Subang Jaya yang berfikiran macam Batu Ronson neh. Mungkin dia sorang saja yang macam itu. Megah tak tentu pasal. Tak sedar lagi ke sekarang ni BN di SJ pun dah hilang kuasa.
Nasihat saya kalau sudi nak ikut, ada baiknya kalau Batu Ronson ini juga turut buat 'korban' untuk diri dan keluarga tahun ini. 3~4ribu kacang saja. Tapi buatlah di tempat lain kerana di Subang Jaya kononnya orang Melayunya dah kaya belaka. Termasuklah polis dan chegu-chegu yang duduk sana. Mudah-mudahan akan terbuka hati Batu Ronson untuk bertaubat tak mahu cakap angkuh lagi. Apa sangatlah dengan banglo di SJ tu kalau dibanding dengan istana anak-anak Mahadir. Dr M tu memanglah bagus ..., yang kita tak tahan tu kelentong dan mulut celuparnya!... Habis dicacinya orang Melayu.
Insyaallah, suatu hari nanti sdra Batu Ronson akan tahu juga tinggi rendahnya lantai banglo yang sdra dan keluarga pijak sekarang. Roda kereta yang enginnya hidup tetap akan berputar. Esok lusa akan tiba juga giliran yang di atas terlekat kebawah.
Tak caya tanyalah AA, dia orang SJ juga. Salam
Batu Ronson,
ReplyDeleteAku minta maaflah kalau engkau terasa hati. Kita sebenarnya berbeza pendapat.
Engkau percaya, kalau tidak kerana Mahathir mungkin engkau tidak mampu beli banglo di Subang Jaya dan mungkin tidak mampu sponsor anak belajar di London. Itu engkau sendiri yang tulis.
Aku pula percaya, engkau mampu beli banglo dan sponsor anak belajar di London dengan izin Allah, kerana Dia yang beri rezeki kepada engkau. Itu yang belajar dan guru aku ajar kat aku.
Tak mengapalah jika engkau merasakan engkau betul. Kan aku dah kata tadi, kita berbeza pendapat.
Batu Belah Batu Bertangkup
Mahadey dengki dengan nik aziz mungkin berkat doa nik aziz mengaggalkan cita cita mahadey dan bn..cite cite mahadey supaya malaysia maju seperti amerika syarikat dan lain negara kafir yg maju hampir terbantut...apa guna negara maju jika akidah rakyat tergadai...
ReplyDeleteMungkin mahadey seperti pembesar kaum munafik..jika dilihat apa yg telah dilakukan kepada rakyat malaysia terutama org islam...bangsa melayu akan kehilanggan kekuasaan di malaysia dalam masa 25 tahun lagi adalah akibat dari perbuatan mahadey yg jelas memperbelakangkan tuntutan islam dlm mentadbir negara..
Amanah yg di beri pada umno untuk mentadbir negara telah di rosakkan..dan rakyat malaysia mempunyai peluang terbaik pada pru 13 nnti untuk membetulkannya..dengan ada nya PAS dengan ulamanya di dlm pakatan rakyat..
Jahatnya nya mahadey pada bangsa melayu telah terbukti..yg tinggal dlm umno adalah golongan yg terlalu banyak sejarah hitam yg susah hendak dibersihkan lagi..sehingga pintu hati tertutup untuk melihat kerosakkan ug dilakukan mahadey...
Anon 16:34 mengatakan Mahathir tewas kepada Soros. Betulke begitu?
ReplyDeleteDalam adat perperangan... Yang penting adalah kemenangan keseluruhan. Ikut cakap orang putih, you can lose a battle but you must win the war.
Betul dalam tahun 1998 Mahathir tewas kepada Soros, bukan Mahathir saja tapi Korea, Indonesia dan juga Thailand tewas kepada Soros. Sebelum itu negara besar seperti United Kingdom pun tewas kepada Soros.Di Indonesia lebih teruk lagi, Suharto terpaksa turun dari tampuk pemerintahan
! Rusuhan anti kaum berlaku, ramai orang Cina terkorban, perang agama telah berlaku dan akhirnya sebuah negara Kristian, Timur Leste telah muncul dalam kemelutnya. Sedih saya bila tengok Michael Chamdessus dengan angkohnya berdiri dibelakang Suharto bila Suharto menandatangani perjanjian hutang dengan IMF.
Untungnya Malaysia dipimpin dengan seorang genius. Atas nasihat pakar ekonomi seperti Mohd Nor Yaakob, Mahathir telah mengadakan polisi capital control. Dalam sekelip mata, matawang Malaysia yang disimpan diluar negeri telah kembali dan ekonomi Malaysia telah pulih.
Apa dah jadi dengan Soros dan hedge fund Yahudi lainnya, Mereka rugi dengan teruk sekali dan sehingga sekarang ada tak Soros dan hedg fund Yahudi berani nak mengganggu ekonomi negara lain.Dah tentu tak berani kerana seorang wira negara bernama Mahathir telah menunjukkan jalannya. Cara Mahathir bukan cara ortodoks, pakar ekonomi antarabangsa pun tak memikir cara tersebut. Sekarang cara Malaysia mengatasi kemelut ekonomi telahpun dijadikan
case study di unuversiti universiti antarabangsa.
Soalan cepu emas saya..sapa yang menang perperangan ekonomi tersebut..Mahathir atau Soros?
Batu Ronson
Salam semua, tak sangka ramai juga peminat saya malam ni sampai tak cukup tangan nak layan..
ReplyDeleteIngat nak balik kampung petang tadi...tapi tengok awan mendung berarak dan kat radio kata jem sana sini...niat nak balik kena tunda besok..mungkin lepas sembahyang sunat raya..
Tak ada apa nak buat..saya rasa elok juga saya balas komen peminat saya..Glamer siot...perasan..
Batu Belah Batu Bertangkup...kita ni mungkin sedara bau bau bacang, knamapun hampir serupa..setuju dengan pendapat Batu Belah..kita ni mungkin beza pendapat..tak perlu saya rasa kita perlu berparang kerana pendapat yang lain..we agree to disagree.tak perlu nak stress kan diri kalau berlainan pendapat..kan..
Masa kecik dulu emak saya kalau merajuk, selalu takutkan dengan cerita Batu Belah Batu Bertangkup..lazimnya sayalah akan pujuk emak supaya bersabar..
Bila dan besar, saya rasa mitos Batu Belah Batu Bertangkup perlu diharamkan kerana impak yang negatif pada masyarakat Melayu.. Adakah logiknya kerana sebutir telur tembakul, emak Si Pekan sanggup membunuh diri.dahlah bunuh diri tu haram, punca nak bunuh diripun benda yang amat remeh..telur tembakul.. Tak terpikirke emak Si Pekan tanggungjawabnya nak membesarkan anak anaknya. Melayu perlu berhati waja dan tidak mudah menyerah kalah.
Anon 20:34 yang katakan Katakan Mahathir hilangkan duit bermain forex sebanyak RM30billion. Dah baca hansard parlimen..yang menjawab ketika itu adalah DSAI, menteri kewangan yang mentadbir Bank Negara sepenuhnya..Seingat saya ketika itu PM tak pegang Menteri Kewangan 1 seperti sekarang. DSAI jawab...paper loss saje..
Bila dah keluar UMNO, DSAi kata lain pulak..Mahathir, Daim dan Mohd Noh yang bertanggung jawab..ini tahun 19888 bro, masa tu DSAI adalah segala-galanya. Apa yang DSAI nak buat akan disokong oleh Mahathir macam menatang dulang emas..jam pun tak berpusing tanpa Anwar, kentut Anwar pun Mahathir kata wangi..
Kalau tahun 1998, saya mungkin percaya dengan teori diatas. Yang saya pelik, bila Mohd Noh Yaakob berhenti dari Bank Negara, kenapa syarikat kewangan dengan rakan Anwar mengambil beliau, tak masuk akal?
Anon 19:47. Sedapnya bahasa..semoga anda diberkati. No further komen
Anon 13:03 yang kata Babi terlepas kandang..Anda marah.Bro jangan stress kan diri..pergi mandi, sembahyangke untuk menenangkan jiwa...
Berapi-rapi komen bantai Batu Ronson @ Kampung Man di atas tu.
ReplyDeleteMalam ni tentunya beliau tak lena tidur kerana memikirkan diri beliau yang terlalu banggang dalam mengeluarkan pendapat walaupun usia dah lanjut. Harapnya selepas ini beliau boleh mati dalam aman bersama idola beliau iaitu "Nabi Melayu Mahathir Iskandar Kutty". Mintalah syafaat kepada idola kamu di Padang Masyar nanti ye...
Wahhh Batu 'Api' Lonson nak 'justify' banglo kecik dan anak dia dapat pergi london berguru dengan ex penjajah??
ReplyDeleteFulamak! wa takjub la dengan pencapaian lu yang middle class(wa upper class wa tak heboh)sebab mahadead. Tak sangka itu mahdead banyak jasa sama lu. Wa success juga tapi wa jual ayam dan movie haram saja tapi hari hari ada anjing datang mau kacau. Tatak apa itu anjing dapat bangkai ayam sudah cukup. Janji ayam gua gemok gemok dan laku...
Anak wa masuk sekolah cina tapi wa hantar amelika pake duit jual ayam.
Sekarang mau dapat JPA scholar mayak susah. Tapi wa tatak helan kalau anak gua tatak dapat, kaum wa dapat, hati manyak senang. Olang melayu dapat 30% saja jpa scolar hahaha manyak bagus najib. Sekarang najib bagi 30juta pada sekolah cina manyak bagus najib, lu get my luv. Sekolah cina ada standard maa! kawan wa banyak dapat projek umno. itu olang sub 90% sama kawan wa ah meng. dia manyak untung, sekalang bikin bisness flancise ayam. kita sama sama tolong. Lu Ronson sendiri mau kaya tapi tatak tolong bangsa tapi wa tolong bangsa wa, itu pasal kaum wa sukses. Kawan wa siong sik manyak pandai main wayang, itu pkz dia sama sama sapu wang. mahdead kasi jalan lah, lu ingat dia ada belani ka kalau tatak ada gleen lite dari mahdead. Lu sendili mau pikir sekalang pkr selangor banyak kacau tapi wa suka bisness halal wa dia tatak kacau. wa suka DAP itu amoi cantik ely dia manyak kuat kereja, wa senang hati wo. Wa mesti sokong dia
Batu ronson,
ReplyDeleteKau kata masa 1988 DSAI adalah segala-galanya, padahal Mahathir lah PM pada tahun itu. Siapa tak tahu Mahathir adalah "control freak"? Mahathir lah penentu segalanya dalam negara semasa dia memerintah. Namun kau percaya skandal forex BNM salah orang lain selain Mahathir? Sejak bila apa yang berlaku dalam negara adalah bukan tanpa restu Mahathir?
Seperti biasa, Mahathir akan salahkan orang lain, dia tak pernah salah. Sebagai PM, Mahathirlah patut bertanggungjawab atas segalanya.
Bagaimana pula dengan skandal rm2billion duit petronas untuk selamatkan perniagaan Mirzan Mahathir?
Sudahlah. Salah sendiri taknak mengaku, dan kau pun dah terikut perangai tak senonoh ini. Orang lain semuanya nak memperbetulkan kesalahan ini dengan mengkuburkan Umno BN bila PRU13 nanti.
Sepatutnya jawapan soalan cepu emas kau itu ialah tidak sepatutnya pertembungan antara soros dan mahathir berlaku, sekiranya negara ditadbir dengan telus dan bertanggungjawab, kerana yang terima akibatnya adalah rakyat.
Apa lagi alasan2 dan soalan2 serta jawapan2 lemah akal kau yang kau nak bentangkan kat sini?
Anon 11.00,
ReplyDeleteSetahu aku ada pernah aku terbaca beliau ,KM ,tidak pernah sebut pun apa apa cerita Subang jaya.KM tinggal di Bangsar/ Federal Hill.Dia supporter tegar Dr M.
Batu Ronson,
ReplyDeleteApa yang engkau merepek sampai nak mengharamkan mitos batu belah batu bertangkup ni?
Padahal, engkau sendiri yang kata cerita tu mitos. Jangan takutlah impak negatif. Sebab, orang Melayu bukannya bodoh.
Lagipun orang sekarang ni lebih minat cerita Harry Porter daripada batu belah batu bertangkup. Aku guna nama tu pun fasal engkau guna nama Batu Ronson. Itu saja.
Aku tak stess he! Sebab, yang kena belasah kat sini bukan aku, tapi engkau. Malangnya engkau perasan, engkau sangka engkau ramai peminat. Tapi yang aku nampak, engkau ramai pengutuk!
Kalau iya pun taksub sangat kat Mahathir tu, janganlah sampai mengata emak sendiri selalu merajuk! Tak fasal-fasal orang tahu engkau keturunan perajuk.
Batu Belah Batu Bertangkup
Mamak kutty menang menyelamatkan anaknya dengan duit rakyat dan Sekarang dia nak anaknya jadi PM pula.Kalau anaknya sudah jadi PM barulah dia diam-diam.
ReplyDelete- A.B.U
Salam Batu Belah Batu Bertangkup,
ReplyDeleteorang Islam kalau tak jawab salam berdosa...
Lomahlah ekau Jang, lambek menangkap..Atok ni cakap slo slo sikit...
Lemahlah awak, Lambat menangkap.
Lazimnya perbualan ni terjadi dengan orang orang tua di Negeri Sembilan.Kumpulan orang tua dah lama tergelak dan si anak muda pun bertanya. Apa hal ni? kerana si anak muda tak tahu hujung dan pangkal cerita..kesian kan..
Anak ni tak pernah merajuk, orang tua anak tak pernah merajuk, Tunku Rahman, TDM,Pak Lah..tak pernah merajuk.. ini dah budaya Melayu, nak..apa nak buat...lainlah anak ni bukan Melayu.
Orang tua Melayu kalau nak marah dan menyindir dia tak bagi direct, tapi indirect dan kesannya menusuk jantung
kalbu.
Ingat tak ketika jatuh tangga walaupun berulang kali dah ditegur emak..Bila dah jatuh , sakit dan menangis. Emak akan cakap..buat buat lagi, lepas ni terjun tingkap sampai patah kaki. Emak suruh kita terjun tingkap atau maksud sebaliknya? Tak faham..slo ke?
Bila saya letak nama saya Batu Ronson, maknanya Batu Api, maknanya orang ketiga yang datang menghasut dalam satu kumpulan yang sealiran dengan idea Aspan. Bila saya sebut "peminat peminat" saya, saya maksud sebaliknya. Hello brother..ini lair Aspan..do you expect Aspan fans to be also fans to Batu Ronson as my writings will be anti thesis to Aspan.
Dah faham, nak...maaf kalau cakap terkasor sikit. Atok pun dah tua...esok lusa mungkin ajal dah tiba..Tiap tiap insan yang bernafas akan mati juga akhirnya
Alahai Batu Ronson.....
ReplyDeleteSebenarnya kamu ini tak pernah nak terima kenyataan yang benar dari pihak yang tertindas atau dizalimi. Kamu hanya pandang diri dan imej famili kamu sahaja tanpa menoleh kepada masyarakat lain yang sekian lama diabaikan.
Bila dah terkena "fire" dari komentar yang lain, segera kamu ubah tajuk dan buat "U-turn".
Aku harap kalau kamu nak mati sangat pun, tunggulah selepas PRU13 nanti. Sekurang-kurangnya dapat juga UMNO satu undi dari "badak air tua".
Batu Pelir aka Batu Maung @ Batu Belah Batu Bertangkup...
ReplyDeleteAnda ada masalah krisis identiti..
Saya tak terima kenyataan..ubah tajuk..buat U turn..
hello brother...ikut cakap omputeh...truth hurts...
Dalam muzakarah ni saya bagikan fakta, cubalah rebut point by point...macam debat pulak.
Brother ni bercakap macam brother ini akan hidup selamanya...dan brother nanti takkan menjadi tua. Perlu ingat, ajal tu ditangan Allah..entah entah esok brother dijemput Illahi.. Dan tuap tiap insan akan jadi tua dan akhirnya mati. Ini lumrah alam yang telah ditetapkan.
Batu Ronson aka Badak Air tua
usahlah menyalahkan atau dengki dan pelekeh kajayaan dan kekuatan org lain sekiranya kehidupan kita ni tak sebaik org lain...
ReplyDeletemuhasabahlah diri sendiri... adakah pengikut blog ni, spesis org yg jarang membaca dan takut akan kebenaran?... dari kebenaran dari hanya mendengar dari org yg kurang berilmu dan bersifat dengki dan busuk hati...
kebenaran selalunya pahit...
pembohongan semestinya yg mencuri hati yg ragu² dan kecewa...
usah disalahkan lantai tak rata sekiranya tak pandai menari...
KCD
Batu Ronson,
ReplyDeleteEngkaulah sebenarnya yang menghadapi krisis identiti.
Dulu kau kata, kalau tidak kerana Mahathir mungkin engkau tidak mampu beli banglo di Subang Jaya dan mungkin tidak mampu sponsor anak engkau belajar di London.
Tapi kini, pandai pula engkau berkata, "ajal tu ditangan Allah..entah entah esok brother dijemput Illahi."
Bab rezeki, engkau puja dan puji Mahathir, bab mati baru engkau ingat Allah. Betul-betul engkau menghadapi krisis identiti...
Batu Belah Batu Bertangkup
Haters will hate!
ReplyDeleteTun Dr M. Rocks!
Bendover for anwar you losers! Ha!