05 October 2012

Kabinet bayangan kata orang... kabinet bayangan kata Najib

Najib sudah bercakap tentang rasuah dan keburukannya kepada masyarakat dan negara semalam. Dalam perasmian ‘International Association of Anti-Corruption Conference’ semalam semua mendengar kata-kata Najib yang semuanya mengutuk perlakuan rasuah baik dalam politik, kerajaan, swasta dan yang lain-lain.

Di antara ayat yang kita dengar dalam ucapan beliau di persidangan itu ialah “countries needed to instill a ‘natural’ abhorrence’ into the conscience of the society”. Sepotong ayat dari Najib ini telah mendapat banyak reaksi semasa saya dan beberapa orang yang minum kopi bersama saya tengah malam tadi.

“I almost fell from my chair when I heard Najib delivering his speech at that conference. I just couldn’t believe it bro! Ayat ini tidak sepatunya keluar dari mulut Najib yang sedang menghadapi tekanan dari rakyat kerana dia dan rasuah itu adalah sinonim. Itu persepsi rakyat terhadap dia. Selamba aje dia cakap gitu. Tak malu-malu dia bercakap hal rasuah ini” Kata salah seorang yang ada bersama saya di kedai mamak di Kota Damansara tengah malam tadi.

Tentu ramai orang memahami apa yang dimaksudkan oleh rakan saya itu dan tidak payah lah kita ulang-ulangi apa yang Najib sendiri telah lakukan terhadap kewangan dan kantung perbendaharaan negara kita ini. Rakan saya itu bermaksud kalau hendak bercakap hal  rasuah ini Najib sepatutnya mewakilkan orang atau menteri yang lain untuk bercakap tentang isu ini dalam ‘conference’ antarabangsa itu. “kalau dia nak diwakilkan pun kepada siapa yang dia nak wakilkan? Bukankah semuanya dalam kabinet itu sama sahaja?” bentak seorang lagi yang ada bersama kami.

Pandangan ini merupakan pandangan ramai dan saya menerima panggilan telefon yang banyak memberikan komen yang lebih kurang sama seperti rakan saya tadi. Mereka semuanya berkata yang mereka seolah-olah tidak percaya yang Najib mempunyai kudrat untuk bercakap tentang rasuah ini dan membenci perlakuan rasuah dalam kerajaan dan dimana-mana. “I couldn’t compute what he said at the conference” tambah seorang lagi yang ada bersama saya di meja minum itu.

Saya hanya membiarkan sahaja mereka bercakap tetapi saya telah bawa mereka untuk bercakap tentang kabinet bayangan yang Najib tuntut Pakatan Rakyat untuk memaparkannya kepada rakyat jika PR memenangi pilihanraya ke13 ini. Utusan telah menjadikan isu kabinet bayangan ini dan telah di letakkan di muka hadapan akhbar itu semalam. Utusan telah menciplak barisan kabinet bayangan yang di reka-reka oleh seorang blogger pro UMNO. Saya pun tidak dapat membayangkan bagaimana Utusan yang suatu ketika dahulu merupakan akhbar yang sangat di hormati telah menjadi penyambung kepada blogger yang saya di fahamkan sebagai seorang yang amat kontroversial itu.

Sesungguhnya kabinet bayangan itu memang ada di setengah negara yang maju seperti di Britain. Di Britain parti pembangkangnya sentiasa mempunyai kabinet bayangan sejak dari dulu. Malahan menteri-menteri kabinet bayangan itu di bayar elaun dan gaji untuk melaksanakan tugas mereka sebagai ahli-ahli kepada kabinet bayangan itu. Untuk mengadakan kabinet bayangan ia memerlukan sikap ‘gentleman’ dari parti yang memerintah. Misalnya jika menteri pertanian negara itu akan bekerjasama dengan menteri pertanian dalam kabinet bayangan itu dalam banyak isu yang diperkatakan ada kedua-dua pihak mengadakan ‘consultation’ di antara satu dengan lain.

Jika kabinet bayangan itu di adakan oleh Pakatan Rakyat bagaimanakah menteri pertanian BN untuk membuat ‘consultaion’ dengan menteri pertanian bayangan dari Pakatan kerana tugas Noh Omar dalam kabinet kerajaan ialah untuk menghina dan perlekehkan menteri pertanian bayangan dalam PR bukannya untuk bekerjasama bagi mencari dan merumuskan perkara-perkara yang baik untuk pertanian negara kita. Lagi pun orang seperti Noh Omar ini bukannya faham apa-apa yang beliau katakan dimana-mana. Beliau hanya hendak jadi Menteri bukannya hendak melakukan kebaikan untuk negara dan negeri Selangor.

Di Britain setiausaha luar mereka akan melakukan ‘consultation’ dengan setiausaha luar kabinet bayangan sebelum berucap dan bercakap di dalam isu antarabangsa bagi pihak Britain.. Pendeknya mereka samada dipihak kerajaan atau pembangkang di Britain, bercakap dengan perkara yang sama bukannya untuk bercakap memperlekehkan kabinet bayangan mereka. Najib dan BN berhentilah bercakap tentang kabinet bayangan PR ini. Kabinet bayangan kata orang, kabinet bayangan kata Najib, tetapi tidak tahu pun apakah ‘obligation’ kabinet BN terhadap kabinet bayangan PR jika ianya di adakan.

Oleh itu bagi saya PR tidak perlu mengadakan kabinet bayangannya sekarang kerana jika di adakan juga itu akan menjadi isu untuk mempersendakan pihak PR bukannya untuk bekerjasama bagi kebaikan negara. Lagi pun terlalu ramai di antara mereka yang berada di dalam kabinet hari ini bukannya memahami fungsi mereka pun. Ramai di antara ahli kabinet pada hari ini tidak tahu pun kenapa mereka berada di sana.

Mereka tidak tahu yang tugas mereka itulah untuk membuat pemantauan terhadap pelaksana supaya melaksanakan tugas mereka dengan jujur dan baik. Tetapi kebanyakkan mereka yang menjadi menteri telah bersekongkol dengan pelaksana dan penjawat awam di dalam kementeriannya untuk melakukan kerja-kerja buruk seperti rasuah dan sebagainya.

Itulah sebabnya rasuah berluas-luasa di dalam kabinet dan kementerian-kementerian  kerajaan BN hari ini. Mereka (menteri-menteri) bukannya hendak mengelakkan pelaksana dari melakukan rasuah malahan menjadi penggalak kepada rasuah di kementerian-kementerian masing-masing dengan bersekongkol dengan mereka (pelaksana) untuk kepentingan wang ringgit masing-masing.

Kata perpatah, ‘harapkan pagar, pagar makan padi’. Itulah nilai Menteri-Menteri kita dalam kabinet negara ini. Itulah sebabnya BN terpaksa di tukar dengan PR semata-mata untuk membetulkan keadaan negara kita yang telah jauh terjerumus ke dalam kancah rasuah ini.

Seperti yang di sebut di awal-awal tadi, ramai yang hairan Najib mempunyai muka untuk bercakap dengan ‘poker face’ nya tentang isu rasuah di forum antarabangsa yang sedang diadakan di Kuala Lumpur sekarang ini.    

13 comments:

  1. Salam Pak Aspan!Saya tertarik dengan tulisan Tuan yang mngatakan menteri-menteri BN tidak tahu sebab apa mereka berada di sana. Mereka ingat tempat tu kerja nak pau kantung negara. Tak hairanlah menteri pertanian Noh Omar juga adalah tauke udang. Mereka tak faham sebab rata-rata menteri Malaysia orang yang terencat akal. Contohnya Khalid Nordin. Bila Universiti-universiti kat Malaysia dah jatuh rangking ketahap negara Afrika, sempat lagi menyalahkan orang lain. Memang mereka tak faham kerja buat mereka, sebabnya perlu jadi menteri adalah semata-mata nak pau duit rakyat.Tak hairanlahlah baru-baru ini seorang professor didakwa hanya kerana rasuah RM15,000.00. Memalukan!Macam mana Universiti kat Malaysia boleh jadi terbaik kalau menteri-menteri terencat akal ni masih perasan dialah pandai tapi hakikatnya "bodoh nak mampus".

    ReplyDelete
  2. Very funny -menteri BN semua tak tahu apa mereka lakukan memang betul!
    Jadi menteri means chance to be RICH filthy rich

    ReplyDelete
  3. Daripada bapa transformasi Si Najib ni dah transformed jadi bapa hipokrasi.....berbicara soal rasuah seolah-olah kaki mabuk menasihati orang tentang bahaya alkohol.....

    ReplyDelete
  4. Bila jadi menteri maka dapat gaji lenih dari rm15 ribu... Tu yang bekas mp dan mp yang tak ada portfolio berebut nak jadi "menteri tak berportfolio"...
    Bila jadi ketua menteri boleh beanja sampai rm600,000 untuk majlis kahwin anak and minta pbt turut hadir bantu.

    ReplyDelete
  5. Since 2008 where are the BN shadow team for Selangor, Penang, Kelantan.....

    ReplyDelete
  6. Assalamu'alaikum,
    Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

    Thanks again, dear Dato'! Cukuplah puak-puak UBN ni dengan angan-angan tak berkesudahan dan kejahilan yang bakal memutuskan nyawa mereka bila-bila masa aja. Justeru, biarkanlah aja puak-puak nyanyuk todi dan khamar ini yang diketuai Najib dengan bergurukan bapa syaitan 1-Malaysia berlagak lantaran telah kaya-raya sekarang sebelum mereka tercampak kehinaan bila tiba ketentuan-Nya nanti. Bersamalah kita doakan, insha Allah.

    Terima kasih dan salam jihad.

    ReplyDelete
  7. Salam Pak Aspan,

    Maka bertambah benarlah apa yang dikatakan kepada saya oleh Allahyarham Cikgu Hj Abdul Kahar Ahmad...."bahawasanya Najib ni budak2. Dia tak tahu apa2. Apa yang Mahatdeyyy suruh buat, akan dia buatlah!"

    Maka kini dia pun boleh luluslah untuk berperangai macam Mahatdeyyy gamaknya!

    Sekian,

    gheng lama

    ReplyDelete
  8. Sdra Aspan...

    Kita lihat bagaimana kabinet yg ada sekarang tidak memikirkan masa depan nasib anak dan cucu kita! memang betul jika seorang menteri yg tak tahu apa-apa tentang polisi imigresen dg megah berkata ramai pelancung datang ke Malaysia.Pelancung mudah masuk dg VOA (Visa On Arrival),social visit dan pelbagai lagi.Mana ada negara di dunia ini dg polisi yg kita lakukan?Bahananya kita menghadapi masalah gejala sosial yg teruk!.Keadaan kita tidak selamat jika dibandingkan dalam tahun 60an,70an dan 80an.Tahun 90an dan milenium, negara dibanjiri kemasukan PATI yg tidak berkualiti.Saban hari kita dipaparkan kes pecah rumah,ragut,bunuh,rompakan dan berbagai lagi.Apatah lagi ramai PATI mendapat mykad!

    Jika kita hendak melawat negara asing,kita mesti mendapat visa terlebih dahulu!

    Sungguh menghairankan Najib bercakap tentang Korupsi.Sedarkah beliau yg budget beliau iaitu BRIM itu cuba membeli undi rakyat dalam pilihan raya nanti?

    Sepatutnya polisi modal insan patut digalakkan dg kemahiran vokasional serta disokong dg keusahawanan dan banking.Malangnya apa yg terjadi cuma kroni-kroni kabinet sekarang mendapat habuan dalam projek kerajaan.Projek kerajaan itu adalah duit rakyat pembayar cukai!

    ReplyDelete
  9. .... "Perbuatan salah yang sudah terlanjur, tak dapat disesalkan lagi"..........

    ReplyDelete
  10. And yet again, we malaysian are presented with hypocritical speeches from Najib on corruption! Abhorring corruption to be a core value of the people? Why did he think that malaysian are rejecting UMNO and himself? Did he think that we want to kick him out because he has pink lips and an over bearing wife? Did UMNO think we are rejecting them without any valid reason? Well, Najib and UMNO, the reason is corruption. We, malaysian know that UMNO and yourself, Najib are corrupt to the core. It's no longer a assumption but a belief. A conviction of sort where we know for certain that if you and UMNO are giving another term of corruption, our nation will be destroyed and decimated.

    And we believe that the only way to stop that from happening is by kicking you and UMNO out of the government and from the political arena for the foreseeable future. We believe that a GOOD UMNO is a DEAD UMNO. Heck, UMNO is actually dead. Mahathir killed it and replaced it with a pseudo UMNO, just like Mahathir is a pseudo malay. So, it's not a great loss for Malays and Malaysian. In fact, we will be celebrating the demise of mahathir's UMNO Baru! It's like a second independence day. The first UMNO brought us independence from British and now we are waiting to be free from UMNO Baru, najib, Mahathir, Rosmah and all the other undesirables. Maybe we will commemorate the death of UMNO Baru with a holiday! And why not! And we will call it "ABU day"!

    Nick.

    ReplyDelete
  11. Betul kata Pak Aspan, semua menteri yg ada skrg tak tahu tugas masing2, lain yg ditnya lain yg dijawab, akhirnya rakyat yg tanggung akibat. Menteri makin kaya rakyat makin susah, menteri2 ni ingat rakyat makin tolol agaknya...

    ReplyDelete
  12. Bila ada sedutan ucapan najib dalam tv dan radio memang dah sampai tahap saya pekakkan telinga jer..tiada yang special pun..memang betul la pak aspan ni kata dulu.najib ni dah jadi bapa announcer.

    ReplyDelete
  13. HARAP PAGAR, PAGAR MAKAN PADI
    SEKARANG DIA SUDAH PUN MAKAN PAGAR

    LAGI TERUK ADA

    ReplyDelete