Najib merayu lagi. Dalam ucapan
beliau di Expo Malaysiaku semalam Najib memohon dari rakyat untuk memberikan
beliau mandat untuk meneruskan perjuangan transformasinya dan dengan mandat itu
program yang dirancang untuk masa depan negara tidak terganggu.
Persoalannya sekarang apa yang
membuatkan beliau terayu-rayu kerana beliau telah dengan bangga dan takburnya
memberitahu semua pihak yang UMNO serta BN akan memenangi pilihanraya ini
dengan majoriti yang meyakinkan. Beliau selalu berkata yang Pakatan Rakyat
tidak ada pengalaman dan adalah terlalu tinggi risikonya jika rakyat memberikan
sokongan kepada Pakatan Rakyat.
Najib membuat rayuan ini kerana
beliau merasakan yang kali ini merupakan pilihanraya yang paling sengit yang
akan di hadapi oleh BN tetapi berlainan seperti yang beliau katakan semalam.
Najib selalunya bercakap besar dengan takbur yang keterlaluan. UMNO yang
sekarang beliau pimpin telah terlajak jalan terlalu acap, kerana UMNO
sebenarnya ibarat orang yang tersesat jalan kerana tidak tahu jalan yang
sebenar dan sebaiknya untuk parti itu lalui untuk keluar dari kesesatan itu.
Baru sekarang UMNO menyedari yang
rakyat tidak boleh dipermainkan seperti yang selalu mereka lakukan terutamanya
setiap pilihanraya datang. Tetapi bak kata perbidalan kita, ‘nasi sudah menjadi
bubur’. Tidak usah kita ulangi semuanya itu kerana rakyat sudah pun memahami
keadaan sebenarnya. Najib pun faham ‘sequence of events’ dalam politik selepas
ini jika di dasarkan kepada apa yang sedang berlaku pada hari ini.
Dalam perkembangan lain Najib
berkata beliau mahukan pelan-pelan pembangunan yang telah digubal oleh Dr
Mahathir mesti dilaksanakan dan beliau mempunyai ‘obligations’ untuk melaksanakannya
penuh setelah Abdullah Badawi melaksanakan sebahagian dari nya.
Dengan kata-kata ini ia menunjukkan
ada peralihan kepada segala perancangan beliau ialah untuk melaksanakan dasar-dasar
oleh Mahathir dan bukannya transformasi yang beliau telah rancang dalam banyak
perkara yang beliau umumkan sejak mengambil alih kepimpinan negara. Apakah
perbezaan di antara Najib dengan Dr Mahathir jika begitu kata-katanya dalam
bualbicara tersebut, sedangkan beliau telah mengumumkan Pelan Transformasi
Ekonomi (PTE) dan banyak lagi perancangan yang canggih-canggih. Yang lain masih
tidak nampak perlaksanaannya.
Beliau telah berusaha dengan
segala kudrat yang ada untuk membuat perbezaan dengan pemimpin yang sebelum
beliau dengan mengumumkan satu lepas satu program transformasi beliau. Semuanya
adalah untuk membezakan beliau dengan pimpinan sebelumnya. Tetapi sekarang
beliau berkata adalah giliran beliau
untuk melaksanakan program yang dirancang oleh Dr Mahathir pula. Entah yang
mana satu di antara kata-kata beliau yang benar, tidak pula dapat diketahui.
Tetapi beliau merayu untuk mendapatkan mandat yang kuat dari rakyat dalam
pilihanraya ini.
Tetapi Najib masih tidak memahami
apa masalah yang beliau dan kerajaan pimpinan beliau dalam menghadapi PRU kali
ini. Rakyat tidak nampak lagi perlaksanaan program pembangunan yang besar-besar
dan ‘ambitious’ yang beliau telah laksanakan. Rakyat hanya nampak beliau telah
melonggokkan projek-projek infrastruktur yang dicadangkan oleh kroni-kroninya
untuk dilaksanakan dan ini dianggap sebagai transformasi ekonomi oleh Najib.
Contoh-contohnya projek MRT dan LRT serta menaikkan taraf pengangkutan keretapi
dengan membina ‘double tracking’ dari utara ke selatan, tetapi tidak mengambil
kira pembangunan moral yang lain seperti rasuah, yang terlibat dengan
projek-projek tersebut.
Lagi besar projek pembangunan
yang diumumkan oleh Najib lagi besar perasaan was-was rakyat terhadap kejujuran
dam perlaksanaan projek-projek tersebut. Pendeknya setiap perkara yang
dilakukan dan diumumkan oleh Perdana Menteri akan mengaitkan isu rasuah bersama
ke semua projek-projek yang dirancang itu.
Rakyat mahukan ketelusan tetapi Najib samasekali gagal untuk membuang ‘stigma’
buruk yang terlekat kepada pimpinan kita itu.
Rakyat sekarang adalah rakyat
yang bertanggungjawab dan Najib mesti dengan cara apa sekali pun menghilangkan
tanggapan buruk rakyat terhadap UMNO dan kepimpinannya. Tanggapan buruk ini
pula bukannya timbul dengan tidak bersebab. Ianya timbul setelah rakyat telah
mendapat bukti melalui pengalaman dan pencarian yang begitu lama yang telah
membuktikan UMNO sudah rosak hingga ke ususnya seperti yang dikatakan oleh Dr
Mahathir sendiri. Dr Mahathir telah mengatakan yang pimpinan UMNO adalah pimpinan
yang rasuah dari atas hingga ke bawah-bawahnya.
Tetapi rakyat telah mempersoalkan
Dr Mahathir sendiri sekarang ini. Rasuah yang dilakukan oleh pimpinan hari ini
adalah hasil dari sikap Mahathir yang tidak bertindak terhadap pemimpin rasuah
semasa beliau berkuasa dahulu. Beliau hanya membuat tuduhan terhadap pimpinan
selepas beliau semasa beliau telah bersara dari jawatan PM itu. Beliau telah
membidas Abdullah Badawi kerana tidak bertindak kepada pemimpin-pemimpin
sejurus beliau meletakkan jawatan yang di ambilalih oleh Abdullah.
Beliau sendiri tahu yang
menteri-menterinya melakukan rasuah tetapi beliau enggan mengambil tindakan
terhadap mereka dan mengharapkan Abdullah untuk melakukannya. Itulah cara
Mahathir. Beliau mahu tindakan ke atas perasuah-perasuah oleh orang lain.
Sehingga hari ini menteri-menteri
rasuah itu tidak mahu dan enggan mengisytiharkan harta mereka kepada rakyat
jelata. Saya diberitahu oleh seorang rakan saya, seorang bekas menteri yang
ramai diantara menteri-menteri kabinet seperti Hishamuddin dan yang lain tidak
bersetuju untuk mengisytiharkan harta mereka.
Lim Guan Eng telah meminta semua
menteri-menteri termasuk perdana menteri mengisytiharkan harta mereka dan
saranan Lim Guan Eng itu adalah bertepatan dengan semangat negara demokrasi
yang kita pilih sebagi cara mentadbir negara persekutuan ini. Kita mesti ingat
yang LGE adalah Ketua Eksekutif kepada sebuah negeri dalam persekutuan ini dan
saranan beliau itu wajar dihormati untuk kepentingan rakyat yang ramai.
Kepentingan rakyat ialah yang harta benda mereka tidak diselewengkan oleh
pimpinan seperti yang ditanggap oleh mereka selama ini dan itu adalah hak
mutlak rakyat.
Najib dan UMNO bukannya mempunyai
hak mutlak terhadap kepimpinan kerajaan dan negara. Apa yang ada kepada sesiapa
yang menduduki Putrajaya itu hanyalah ‘Temporary Occupancy License’ (TOL) dan
rakyat mempunyai hak untuk menolak mereka keluar jika mereka tidak amanah
menjaga harta rakyat itu dan memberikan TOL itu kepada pihak lain.
Pendeknya apa sahaja yang
dilakukan oleh Najib dan BN tidak lagi memberi apa-apa kepada rakyat. Yang
rakyat mahu ialah dilakukan apa-apa bentuk ‘audit’ terhadap isu rasuah kepada
pemimpin BN sekarang ini dan ia tidak boleh kurang dari itu.
Selesai isu ini maka barulah
Najib boleh menagih dan merayu mandat rakyat dan biarkan rakyat
menimbangkannya. Lagi pun Najib bukannya merayu untuk partinya tetapi mandat untuk peribadi beliau.
Salam Hormat Tuan Aspan.
ReplyDeleteKepala penyangak pemimpin utama UMNO ini, sekiranya melaksanakan projek menanam pokok taugeh atau bawang putih sekalipun, pastinya untuk kesenangan dan aset buat beliau dan kroni. Apa lagi projek-projek mega yang melibatkan jutaan wang pembayar cukai rakyat. Beliau ini memang "Original Bapa Penyangak", kerana hampir keseluruhan rakyat tidak tahu pula apanya tranformasi, jasa atau budi beliau yang disuruh sangat-sangat rakyat untuk membalas budi seperti yang diwar-warkan oleh media melalui Menteri Pencacai Tua Perogol Amah beliau itu.
Sekiranya diberi mandat 5 tahun lagi untuk beliau memerintah, nescaya perkara pertama yang akan dilaksanakan adalah menghapuskan legasi pembangkang dan merasuah habis-habisan ketua-ketua jabatan, penguatkuasaan dan kehakiman untuk sujud di bawah kaki beliau supaya negara ini akan ditadbir seperti dahulunya Mesir, Tunis dan yang terbaru Syria.
Yang paling beliau takutkan adalah kes Scorpene yang membawa kepada pembunuhan Altantunya dan beratus-ratus projek runding terus yang dianugerahkan kepada kroni yang tidak langsung berkelayakkan memiliki atau melaksanakannya.
Akhir kata, memang rakyat tidak senang hati kerana negara yang dahulunya makmur kini terbeban dengan hutang dek angkara seorang PM yang berperangai seperti "Ketua Penyangak" apabila berhadapan dengan rakyat dan "pekak badak" apabila berhadapan dengan anak badak betina.
PM N sebenarnya tidak mampu 'berdiri' sendiri. Dia masih berdiri 'menyandar' pada pemimpin terdahulu. Pemimpin yang tiada pendirian tetap dan keyakinan diri ini layakkah menjadi pemimpin?
ReplyDeletesdra Aspan...
ReplyDeleteKita masih ingat lagi bagaimana Mahathir menggalakkan Member Parliment dibolehkan berniaga! Kita tidak lupa di mana Mahathir menggalakkan anaknya berniaga dan dibenarkan menggunakan alamat bapanya!Mahathir boleh buat apa saja!Ikut Suka Aku (ISA), aku PM!Mamak tongkang yat Kerala ni memerintah mcm running restoran.Dia nak kontrol habis!Bila ada sesuatu kesilapan, mulalah dia cari kesalahan org lain.
Kita masih ingat lagi kes memali! yg kena bahananya Musa Hitam.Musa Hitam pernah berkata yg Mahathir ni suka main bola sorang-sorang.tidak berpasukan! Musa pernah berpesan "Jagalah UMNO ni baik-baik!
Menyedari UMNO di ambang senja, mulalah Najib berkata dg ungkapan lirik " Bantu Kami, tolong kami,bagi kami mandat lagi. Aku akan jadikan transformasi satu realiti!
Di sebelah sana bersahutan kemundang dg "Sampai di sini Najib!..kau beri 500 itu kami ambik.itu duit kami!nak bagi undi taklah lagi...cukup sampai di sini saja..
Keadaan bertambah parah lagi bila Najib kaitkan dg Mahathir. Mahathir dalam arena politik Malaysia adalah taboo dan alergic kpd rakyat Malaysia.Bagi Mahathir utk vested interest dia, semuanya ok.Apakah Najib terikut-ikut dg gaya Mamak tongkang itu?
Rayulah Najib. Siapa not dengar rayuan yang tak ikhlas. Najib adalah PM flip-flop yang kedua selepas Badawi !
ReplyDelete#tanyanajib was a social networking disaster for Najib. He was tryinhg hard to compete with Anwar but can be clearing seen that all Najib's so call popularity numbers are NOT REAL.
ReplyDeleteSalam Pak Aspan,
ReplyDeleteReaganomics = Japan Inc = Malaysia Inc
Model ekonominya sama, kerajaan berbelanja sebesar2nya utk jana ekonomi!
Rakyat negara Amerika sudah terkena bahana Reagan yang berbelanja semaksimum oleh kerajaan pusat untuk menjana ekonomi. Hari ini hutang negara Amerika sudah Trillion!
Rakyat Japan sudah tolak LDP kerana mereka berbelanja terlalu besar dan rakus sehingga ekonomi negara mereka sehingga kini amat volatile.
Kat malaysia hanya Mahathirism sahaja yg mahu dikekalkan oleh Najib? Dia guna nama lain! Kartun transformer ni rupa2nya budak belaan mahatdeyyy sahaja bagi semata2 utk terus buat pelan Mahatdeyyy!
Sekian,
Gheng lama
P/s - cerdik dan bijak mahatdeyyy menciplak plan ekonomi yg disediakan oleh pihak lain. Sehingga kini masih gamai yg kata otak mahatdeyyy seorang sahaja yg teramat geliga!
Najib Razak = 'THE BOY' of Mahatdeyyy
ReplyDeleteI believed this boy will act for The Don to 'finish off' DSAI once and for all, the task that Paklah refused.
Najib will get an inside job. Watch!
Sebagai negara demokrasi Najib tak payah merayu atau minta nyawa atau fitnah pembangkan kerana rakyat dah matang ,bertanggung jawab bermaklumat jadi serahkan kepada rakyat untuk buat pemilihan .Rakyat bolih nilai bukan sahaja prestasi pemimpin tetapi yang penting bolih nilai keikhlasan dan kekayaan pemimpin .Jadi Najib jangan buang masa panggil sahaja pilihan raya ke13 sekarang.Sebagai rakyat siapa jadi pemimpin tak perlu , yang penting ialah kesejahteraan rakyat diutamakan diutamakan.Petanda awal menunjukan Najib masih belum berpuas hati tapi Najib perlu ingat siapa yang menaikkanya bukankah rakyat .Jawatan adalah tanggung jawab dan amanah jadi kalau berpegangkan kepada ini tidak timbul merayu,melekehkan ,memfitnah dsbnya dan serahkan kepada rakyat .Bila Najib tangguhkan pr 13 dengan berbagai alasan rakyat dah bolih baca dan ini telah beri banyak kelebihan kepada pembangkang.Rakyat dah tetapkan pendirian dan takkan berubah jadi kalau bertanggung jawab sila adakan pr13.
ReplyDeleteThe name 'Najib' shouldnt be created in this world in the first place as it is seriouly a filthy word!
ReplyDeleteAku bernasib baik dilahirkan sebagai rakyat biasa walau aku kais pagi makan pagi kais petang belum tentu lagi boleh makan..tapi yang penting aku cari rezki halal..x rompak duit org..x menindas org susah..x perbodohkan rakan2 lain..x rogol amah..x rogol budak sekolah..x menindan china doll kat hotel di batu pahat ..x berkhalwat dgn selebetrity kat port dickson..x menganjurkan tayangan porno perdana..x rembat tanah org kg..x fitnah org sana sini..x baling kasut dalam masjid..x simbah cat kat bas yang lalu tepi jalan..x ambik rasuah..x pau duit zakat..dan sebagainya(penat nak type sbb byk sgt)..dan aku terfikir sejenak..apa jenis manusia/gerombolan la yang boleh buat semua keje ni semata2 nak kekal berkuasa..terasa diri tu hebat sgt ke bila da berkuasa berduit..bagi aku la..baik aku hidup kais pagi makan pagi kais petang belum tentu boleh makan tapi aku x sehina manusia/gerombolan yang bt kje2 mcm tu..teringat kata arwah atuk..baik miskin dunia tapi selamat di akhirat..
ReplyDelete