Isu kenyataan Musa Hassan masih
menjadi isu hangat dan entah bila isu ini akan surut. Merata-rata dalam media
massa alternatif ianya diperkata dan dibincangkan oleh rakyat khususnya mereka
yang tampil untuk menulis tentangnya. Minat rakyat terhadap isu ini semakin
besar kerana isu permainan politik di dalam institusi penguatkuasa dan
demokrasi dalam negara ini sememangnya isu yang begitu sensitif bermulanya dari
pentadbiran Dr Mahathir dahulu.
Pihak eksekutif telah mencerobohi
semua badan dan institusi demokrasi dan penguatkuasa kerana kepentingan
seseorang atau sekumpulan manusia lemah yang memimpin kita. Mereka ini telah
lemah untuk mendapatkan sokongan rakyat secara natural dan berdasarkan kepada
kemampuan peribadi maka menggunakan institusi kepolisan merupakan kaedah yang
ampuh bagi mereka walaupun dalam jangka panjang ia akan terbongkar dan di hina
rakyat.
Dengan kenyataan-kenyataan yang
tidak henti-henti dari Musa itu, ia membuktikan yang kerjasama secara haram di antara
pemimpin lemah dengan individu-individu dalam PDRM semasa itulah yang
menyebabkan BN yang sepatutnya jatuh lama dahulu mampu bertahan sehingga hari
ini. Tetapi kerja yang tidak baik akhirnya akan di ketahui ramai juga, kerana
konspirasi dua belah pihak untuk melakukan kerja yang tidak betul lambat laun
akan terbongkar juga.
Bagi saya Musa bukan isunya. Isu
yang terbesar sekarang ialah dengan pembongkaran oleh bekas Ketua Polis Negara
itu menunjukkan kepada kita bahawa Polis telah di gunakan untuk kepentingan
peribadi pimpinan untuk menahan ombak perubahan yang sebenarnya telah bermula
sejak zaman Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri lagi. Apa yang pimpinan
tertinggi UMNO dan kerajaan tidak tahu, ialah apabila konspirasi seperti ini
dilakukan yang paling penting untuk di jaga ialah mengekalkan perhubungan
kedua-dua belah yang berkonspirasi itu.
Hasil dari pembongkaran Musa ini
kita mendapat tahu maklumat tambahan bagaimana Polis Di Raja kita rupa-rupanya
berpecah belah kerana selagi ada campur tangan pihak politik dalam PDRM yang
sepatutnya bertindak secara ‘professional’ itu telah lari dari asas
tanggungjawab pihak PDRM itu.
Tidak guna ada pihak yang sedang
menuduh Musa itu dan ini, tetapi yang penting Musa telah melambakkan apa-apa
kejahatan moral yang dilakukan oleh pimpinan negara kita kerana kuasa politik
semata-mata. Politik yang menggunakan kuasa Polis untuk berpolitik merupakan pemimpin
yang tidak bertanggungjawab kerana tidak merasa sensitif dan tidak mahu
mengakui yang pencerobohan terhadap Polis itu boleh mengekalkan kuasa tetapi
hanya untuk jangka masa pendek sahaja.
Akhirnya rakyat akan tahu dan
akan bertindak terhadap mereka dan dalam isu kita di Malaysia ini ia akan dilakukan oleh
rakyat yang mengundi di dalam PRU nanti. Sekarang semuanya sudah terbongkar
satu demi satu dan pemimpin yang menjadi sasar tuduhan Musa itu sedang diam
membisu dan tidak memberikan apa-apa reaksi terhadap isu itu.
Kepada pegawai-pegawai tertinggi
Polis atau mana-mana penjawat awam yang sedang berkuasa kini wajar menjadikan
isu ini sebagai pengajaran. Satu pengajaran yang boleh saudara/i sekalian
pelajari ialah apabila mereka (pegawai kerajaan) menjadi sasaran rakyat ahli-ahli
politik yang menggunakan mereka akan berdiam diri dan menyelamatkan diri
masing-masing dan tidak akan keluar membantu mereka dalam kesusahan.
Ini jugalah yang sedang berlaku
kepada ramai pemimpin yang tidak jujur yang lain. Mereka begitu ‘glamour’
semasa berkuasa kerana ada banyak institusi kerajaan yang membantu mereka
melakukan kerja yang tidak baik itu. Tetapi apabila bersara semuanya terbongkar
satu demi satu dan zaman persaraan mereka itu tidak aman dan yang besar-besar
pangkatnya dahulu gagal untuk mencapai status yang di idamkan mereka.
Contohnya Dr Mahathir sendiri
telah gagal untuk di anggap sebagai negarawan dari pandangan banyak pihak
kerana beliau masih aktif berpolitik kerana terlalu banyak perkara yang beliau
terpaksa tutupi. Dr Mahathir terpaksa bercakap sehingga isu buku memoir Rosmah
pun terpaksa beliau komen. Beliau terpaksa memberi penjelasan kenapa beliau membidas
pewaris kuasa dari beliau, Abdulah Badawi dengan berbagai alasan yang mudah
dipatahkan oleh orang ramai.
Pendeknya beliau terpaksa
bercakap dan bercakap dan menggunakan isu mempertahankan Melayu sebagai alasan
untuk mempertahan diri dari anggapan negatif rakyat terhadap beliau. Beliau cuba hendak
menyorokkan fakta yang segala kecelaruan politik dan ekonomi negara ini bermula
dari kelemahan zaman beliau sendiri. Rakyat telah memahami bahawa bangunan
tertinggi, jambatan terpanjang dan tiang bendera tertinggi di dunia yang ada
dalam negara kita ini tidak mampu untuk dijadikan isu untuk Mahathir
menunjukkan perbezaaan dengan pimpinan
sebelum beliau.
Segala budaya politik perniagaan
dan sebagainya telah rosak sehinggakan sekarang tidak tahu lagi bagaimana dan
siapa yang akan mampu untuk memperbaikkinya. Tidak mungkin pemimpin dari
gerombolan sekarang mampu untuk memperbaiki nya kerana mereka adalah dari
kumpulan yang telah melakukan kerosakkan kepada segala sistem politik dan
budaya kehidupan rakyat yang ramai ini.
Jika UMNO hendak memperbaiki
keadaan ini parti itu terpaksa memberikan tugas kepada orang yang berpengalaman
dalam kerajaan yang tidak berada di dalam kabinet negara. Hanya orang yang
tidak terpalit dengan kerosakan ini sahaja yang mampu untuk memberikan imej dan
budaya politik dan pembangunan negara yang lebih di yakini rakyat yang ramai.
Kalau pimpinan UMNO sesungguhnya
jujur, semua yang berada di dalam kabinet hari ini mesti meletakkan jawatan dan
menyerahkan kepada seorang yang lebih bertanggungjawab untuk meneruskan usaha
membangunkan negara agar matlamat pencapaian negara yang mempunyai rakyat yang
berpadu tanpa mengira kaum, agama dan warna kulit hidup aman dan damai
setidak-tidaknya 50 atau enam puluh tahun yang akan datamg.
Kurang dari itu, UMNO tidak akan
lagi relevan dan akan terbukti dalam pilihanraya yang akan datang. Kalau pun
berjaya ia akan hanya kejayaan yang amat tipis dan UMNO akan menjadi parti yang
seperti kata perbilangan Melayu ‘hidup segan mati tak mahu’.
Dalam isu Musa yang sedang
diperkatakan ini, pimpinan negara sepatutnya mengambil ‘accountability’ dan
berhadapan dengan rakyat. Kalau politik tidak masuk campur dan membiarkan PDRM
melaksanakan tugas secara 'professional', polimik tentang Musa ini tidak akan
wujud.
Sekarang ini biar Mahathir, dan
Najib menjawab segala-gala yang di sebut oleh Musa Hassan itu. Kepada
pegawai-pegawai tertinggi kerajaan termasuk Ketua Polis, Ketua SPRM dan
pegawai-pegawai tinggi yang lain elok belajar dari apa yang berlaku terhadap
PDRM hasil dari permainan politik pimpinan yang sedang berkuasa.
Pandangan ini penting di ambil
kira kerana apabila rakyat melakukan perubahan nanti pegawai-pegawai ini akan
terus berkhidmat tanpa sarat dengan isu lama yang buruk melekat di diri anda. Ingat, ahli politik datang dan
pergi. Anda di dalam perkhidmatan awam akan kekal sehingga tarikh persaraan.
Berkhidmatlah dengan jujur agar dalam zaman persaraan untuk menunggu mati anda tidak terlibat dengan isu yang tidak baik. Kita perlu ingat di dalam melalui sisa-sisa hidup kita tidak dipandang remeh oleh masyarakat sekeriah dan jiran tetangga kita.
Apabila kita meninggal dunia, biarlah sanak saudara dan jiran tetangga kita mengusung jenazah tanah perkuburan kita akan diiringi dengan doa mereka yang baik-baik bagi kita menghadapi kehidupan yang kekal di akhirat nanti.
Berkhidmatlah dengan jujur agar dalam zaman persaraan untuk menunggu mati anda tidak terlibat dengan isu yang tidak baik. Kita perlu ingat di dalam melalui sisa-sisa hidup kita tidak dipandang remeh oleh masyarakat sekeriah dan jiran tetangga kita.
Apabila kita meninggal dunia, biarlah sanak saudara dan jiran tetangga kita mengusung jenazah tanah perkuburan kita akan diiringi dengan doa mereka yang baik-baik bagi kita menghadapi kehidupan yang kekal di akhirat nanti.
Aspan ini pangajaran apa.Pengkhianat sama seugama sebab disuruh,penipu perasuah penyamun.Aspan tak payah isi certa barua ni.Buat kotor laman blok aje
ReplyDeleteSalam. Jangan begitu bro anon 11:59. Biarkanlah Musa Hassan terus bercakap dan bongkar segala kejelikan dan perlakuan jahat dan khianat pemimpin politik dan mereka yang berada di 'corridor of power'. Yang jelas kita telah dapat maklumat bahawa ketua jabatan tertentu memang jahat,salah guna kuasa, tidak amanah,penakut dan bersubahat melindungi kejahatan dan jenayah pembesar. Dengan maklumat ini, bila kerajaan bertukar, maka ketua jabatan dan pegawai yang 'korup' ini wajib diheret dan dihukum mengikut jalur undang-undang. Tiada istilah bebas dan lepas begitu sahaja. Ini kerana jika pegawai awam yang jahat ini tidak dihukum, maka dia akan bersubahat pula dengan kerajaan baru..kerana pemimpin politik ni bila dah lama dia cenderung untuk melakukan sesuatu yang korup! Ingatan kepada ketua jabatan yang korup!Jangan ingat anda akan terlepas biarpun kerajaan bertukar. Masyarakat akan ingat dan menghina anda sehingga ke anak cucu anda atas segala jahatlaku yang anda buat semasa diberi amanah untuk melaksanakan tugas dengan jujur dan tanpa takut! INGAT tu....
Deletekalau depa depa ni (bekas2) join pas, pkr atau dap, ambik la pasai depa kutuk bn & kemungkaran yg depa buat boleh hilang ka? parti2 pr kilang cuci dosa ka?
ReplyDeletesolah kp jpj sila ambil ingatan jangan terlalu angkuh sangat hendak melaksanakan aes, boleh dilaksanakan tetapi bukan nya diswastakan, ada faham.
ReplyDeleteApa kata Najib menyaman Deepak kalau Deepak membuat dakwaan salah dan fitnah
ReplyDeleteApa kata Hisyamuddin menyaman Musa kalau Musa menabur fitnah semata mata ?
Apa kata Dato Najim turut menyaman Deepak kerana Deepak membuat fitnah membabitkan beliau dalam kes SD kedua Bala ?
Apa kata Rosamah juga menyaman Deepak kerana membabitkan beliau dalam kes SD Bala kedua itu ?
Mudah cakap..kalau pemimpin lanun serta bini kepala lanun di atas ini tidak berani menyaman Deepak dan Musa...sah sudah bahawa mereka mereka ini terlibat dalam kes yang sangat serius. Orang bersalah tak mungki mempunyai keberanian yang cukup sebaliknya akan menjadi dayus dan bacul untuk pertahankan diri mengikut lunas undang undang.
Kalau nama nama diatas ini tidak berani menyaman Deepak dan Musa..maka rakyat perlu faham bahawa mereka takut segala galany terbongkar dengan meluas dalam sesi perbicaraan mahkamah.
Jalan terbaik untuk menegakkan kebenaran ialah dengan memastikan Pakatan Rakyat menerajui negara dan merampas Putrajaya agar segala tembelang menteri UMNO BN termasuklah pengasas parti syaitan itu iaitu Mamak Kutty Mahathir dapat diheret ke mahkamah untuk perbicaraan yang seadil adilnya.
Ghani Patail yang selama ini umpama " malaikat maut " dalam UMNO BN akan tahu tinggi rendahnya langit bila PR berkuasa nanti. " Malaikat Maut " UMNO BN inilah yang menganiayai rakyat dan orang ramai dan juga yang menjadi penyelamat kepada para pemimpin besar parti syaitan yang maha perasuah dan maha pembelit selama ini.
Kalau mereka mereka ini layak ke tali gantung..gantung saja dan kalau mereka mereka ini layak untuk dihukum sula...sula saja mereka bila bukti kesalahan sudah jelas. Hukumlah mereka mengikut undang undang. Sama sama kita usahakan agar PR mampu menguasai Putrajaya dan kita perlu lakukan ini dengan bersungguh sungguh kerana sudah jelas dan terang...pemimpin UMNO BN selama in telah menipu dan menganiaya rakyat Malaysia semata semata untuk kepentingan diri dan kroni.
Aku teringin nak lihat sendiri pembunuh Altantuya di hukum gantung sampai mati tak kiralah samada ianya Najib atau Rosmah.
Salam tuan.
ReplyDeleteMusa Hassan ni dia citer semua hal ni apa tujuan dia?? Dendam kerana tak dpt habuan yg dijanjikan selepas pencen? Atau dah tobat nak join pakatan? Sy rasa lebih kpd dendam sebab kalau dia nak memihak kpd pakatan dgn kenyataan dia, dia kena ambik langkah pertama iaitu tobat nasuha dan buat public apology atas perbuatan dia semasa jadi IGP, byk salah dia pd rakyat khususnya dia kena bersemuka dgn mangsa2 dia DSAI dan Datuk Ramli, buat personal apalogy. Baru rakyat boleh terima dia sepenuhnya. Kalau tak dia serupa ayam jantan kokok ekor penuh taik.
Jadi kita yg di pihak pakatan jangan ambik pot sgt dgn lakonan dia selagi syarat tadi belum dia buat.
Al Baihaki
JB
Setidak-tidaknnya Musa Hasan berani tampil ke hadapan memperbetulkan kesilapan yg dibuat oleh kuasa Ekskutif!
ReplyDeleteDi mana Madeiyy Kutty ni menikus nampaknya?Madeiyy telah mempergunakan PDRM utk kepentingannya!.Polis juga telah dikerah mengrekruit pelajar universiti dalam th 70an menjadi informer kerajaan BN.
Madeiyy memang terlibat dalam hal ini melalui BTN ,JPM dan KDN.Informer ini dijanjikan pekerjaan yg baik bila graduate nanti!Madeiyy telah menggunakan SB utk mengawasi mensyuarat UMNO Bahagian di seluruh negara.SB akan menghantar repot ke Bukit Aman.
Madeiyy ketika itu adalah Menteri Dalam Negri.Precedent yg sama telah di turunkan kpd Dolah Bodowi dan Najib.Sehingga baru-baru ini Hishamuddin telah menjolok dan memperkecilkan Musa Hasan.Hishamuddin telah silap! ke mana Hishamuddin ketika ini? Dia boleh tunjuk muka sardin mcm tidak ada apa-apa berlaku!Ke mana Najib? Semua barisan kabinet BN tunjuk poker face aje tahu!
Kita minta Musa Hasan tampil kehadapan tentang kes DSAI,Altantuya,Zahid Hamidi balun kekasih anak perempuanya.Muhyiddin menghamburkan wang dalam PRU yg lalu.Shahrizat Lembu!Skandal PSC Naval oleh Amin Shah.Amin Shah adalah kroni Daim dan Madeiyy serta banyak lagi!
Pembongkaran Musa Hasan tentang kemungkaran UMNO/BN adalah asset kpd PR utk menolak BN dari Putrajaya dalam beberapa bulan lagi!
Ikan Karin Siam
Salam Sdr Aspan & Pengunjung,
ReplyDeleteMemang kelemahan orang Melayu mudah terpesong dan dipesong.
Saya hamba yang serba kekurangan berpesan;
Janganlah kita takut sesama manusia;
Jalankan amanah sepertima yang diamanahkan;
Jangan cepat terpesong dengan tawaran lumayan dunia;
Kuatkan iman dalam hidup;
Kotakan yang hak kepada yang berhak;
Betulkan kesilapan sebaik sahajadisedari;
Jangan dekati benda2 tegahan Allah;
Jangan bersubahat dengan orang2 yang melakukan kejahatan.
Ingat Allah, rezeki yang halal menjadi darah daging yang baik
..................
Kalau dah terlajak bertaubatlah dan betulkan kesilapan.
jangan duduk bercerita kehulu ke hilir.... kerana ianyna tidak membetulkan kesilapan......
Bertaubatlah...
ReplyDeleteApa yang bolih dipelajari, yang nyata hanya saorang individu yang tidak berprinsip dan bertangongjawab dalam amanah yang diberikan ,'berdasarkan kapada tudohan yang dibuat '.
Sasaorang yang beprinsip tidak akan belaku bagitu ,menghianati tugas yang diamanahkan dan apabila tidakdapat apa yang dihajati memburokan pula pehak yang dituruti selama ini, apakah pegangan beliau sebenarnya ?.
Soal utama disini keuntongan diri bukan prinsip.
Saya setuju AA cerita tentang musa.. Bagi saya tiada masaalah kalau betul dia Insaf... Kita lihat apakah semua ini kerana dia sudah bertaubat atau tau buat... Rakyat hari ini jadi Hakim.. Kami Anak Muda akan Pastikan Pengkhianat Negara jawab Tuduhan Musa...Rakyat Melihat. Kami bukan Taksub pada Parti.. Kami tunggu Pru 13 nanti.. Dulu cakap cakap saja psl pemimpin Korup. Bekas IGP dedah kenapa SPRM diam saja.. Pasal siapa untung kami tak peduli.. Yang penting bg Kami pesalah di adili. Siapa dia kami tak hirau... Berani kerana Benar. Kami pemuda tak akan biar pemimpin pakatan melakukan perkara ysng sama berulang.. Kami pilih pemimpin Rakyat. Jangan kami di bodohkan macam orangtu kami.. Dedah semua.. Kami mahu lihat. . Hidup Pakatan... Kuasa Rakyat... Insaflah.....
ReplyDeletePengajaran dan peringatan kepada semua penjawat awam terutamanya :
ReplyDelete1) Ketua Syaitan Negara
Sidek Sigaraga, masihkah kau ingat pegawai pegawai yang kau humbankan di Pool JPA dan diturunkan pangkat atas sebab sebab yang remeh? Dan ingatkah kejayaan kau mengkambinghitamkan Abu Bakar KPPA yang ditamatkan perkhidmatan dengan sadis? dan semasa kau menjadi tali barut orang BN mendapatkan projek kerajaan dan mengipas orang BN untuk menjadi lelakikerusi di kedai minyak hijau?
Ali Hampeh, mamak kerala yang penuh lagaknya menyuruh PAwam menyokong BN setelah projek UKAS dan PPP dibalun dan kini sentiasa berkonvoi dengan kawalan polis seolah olah kau tahu ramai yang mahukan duit komisen mereka yang telah kau sapu?
2) Pity Dey!
Dari Ketua Setanusaha, Ketua Pemerah sehinggalah ke Penolong Setanusaha yang menjadi pencacai bertaraf JUSA bagi orang BN, tukang hulur projek mega di kementerian, projek kelas F di ICU, JPM dan tukang cuci taik orang BN yang melingkupkan projek-projek kerajaan. Sedarlah bahawasanya mereka sentiasa tidak disukai dan diterima oleh skim perkhidmatan lain yang sentiasa dipandang rendah dan dibuli.
3) JASA
Agen propaganda kerajaan BN bertaraf kontrak yang terang menerang membuat kempen setiap hari diluar tempoh berkempen pilihanraya.
dan banyak lagi jabatan kerajaan yang menjadi kuda dan keldai tunggangan orang BN. Sekadar menyebut beberapa.
Sekalung tahniah kepada mereka yang bekerja mengikut peraturan walaupun kini majoriti mereka ini telah dikolamkan, dibekukan, diturunkan pangkat dan ada juga ditamatkan perkhidmatan.
Kepada mereka yang masih berangan dan enak dibuai kekayaan dan kesenangan hasil bodekkan dan kerja keras membantu orang BN. dan kontraktor Ketua Bahagian selama ini, bersedialah.
Bersedialah dengan payung percuma kerna hujan lebat pasti akan turun. Hujan lebat ini pastinya akan membogelkan mereka akibat pakaian yang selama ini melindungi mereka terlalu nipis sehinggakan tiada apa lagi yang boleh membantu menutup keaiban mereka semua yang selama ini melakukan onar semasa bekerja.