Ura-ura UMNO hendak menghantar senarai nama calon-calon parti itu ke SPRM dahulu merupakan isu yang agak menarik juga. Jika begitu elok kita alu-alukan usaha itu kerana kata pemimpin besar UMNO ia akan memastikan calon-calon yang bakal diturunkan nanti adalah bersih dari elemen rasuah.
Tetapi yang lebih menarik lagi boleh kah Najib dan ramai pemimpin yang lain yang sedang berkuasa dapat menjadi calon nanti? Bagaimana dengan Menteri-Menteri Besar sekarang pula? Kalau di siasat betul-betul berkemungkinan Najib, Muhyiddin dan ramai lagi Menteri-Menteri yang lain tidak layak menjadi calon kali ini.
ATAU tindakan ini hanya untuk mengaburi mata rakyat dengan menunjukkan calon-calon UMNO yang lama yang kita tahu terlibat dengan rasuah dapat di bersihkan nama mereka dari imej rasuah mereka. Lain-lain perkataan SPRM akan mengumumkan yang calon-calon yang akan diturunkan itu telah dibersihkan nama mereka.
Tetapi saya tidak menjangka apa yang di sebut itu adalah serius. Jika UMNO benar-benar serius, saya rasa tidak ada seorang pun akan layak menjadi calon, termasuk lah Perdana Menteri sendiri.
Tidak usah lah kita hiraukan isu itu Ia tidak akan berlaku. Yang rasuah akan tetap diturunkan sebagai calon nanti.Mungkin kenyataan ini di buat sebagai helah untuk tidak menurunkan setengah calon yang 'incumbent' atau 'warlords' dalam UMNO yang ghairah untuk bertanding dalam pilihanraya yang amat berisiko bagi BN ini.
Nak berhentikan yang masih ghairah ini takut-takut. Jadi SPRM lah yang di gunakan untuk menolak mereka, bukannya pucuk pimpinan parti. Pandai juga UMNO menipu ahli-ahlinya sendiri.
ATAU tindakan ini hanya untuk mengaburi mata rakyat dengan menunjukkan calon-calon UMNO yang lama yang kita tahu terlibat dengan rasuah dapat di bersihkan nama mereka dari imej rasuah mereka. Lain-lain perkataan SPRM akan mengumumkan yang calon-calon yang akan diturunkan itu telah dibersihkan nama mereka.
Tetapi saya tidak menjangka apa yang di sebut itu adalah serius. Jika UMNO benar-benar serius, saya rasa tidak ada seorang pun akan layak menjadi calon, termasuk lah Perdana Menteri sendiri.
Tidak usah lah kita hiraukan isu itu Ia tidak akan berlaku. Yang rasuah akan tetap diturunkan sebagai calon nanti.Mungkin kenyataan ini di buat sebagai helah untuk tidak menurunkan setengah calon yang 'incumbent' atau 'warlords' dalam UMNO yang ghairah untuk bertanding dalam pilihanraya yang amat berisiko bagi BN ini.
Nak berhentikan yang masih ghairah ini takut-takut. Jadi SPRM lah yang di gunakan untuk menolak mereka, bukannya pucuk pimpinan parti. Pandai juga UMNO menipu ahli-ahlinya sendiri.
Rasuah dlm umno ni dari zaman 50-an lagi. Arwah bapak saya pun jadi mangsa. Kalau pemimpin tu bersih maka diada adakan kotoran nya. Ini memang modus operandi orang umno.
ReplyDeleteSaudara AA dan bloggers
ReplyDeleteTak payah lah hantar sebarang senarai nama. Kita cuma tengok aje kedudukan atau ranking negara kita dalam Transparency International. Kalau negara rasuah bebas, skornya memang tinggi.
En Aspan,
ReplyDeleteKan cakap cakap saja..........
benda kalau baik tu.. elok kita galakkan. Kalau UMNO nak buat tapisan SPRM, baguslah tu.. Ada kemajuan.
ReplyDeleteBagi pandangan saya, bukan saja ahli politik UMNO dikenakan tapisan SPRM, ahli politik PKR, PAS dan DAP pun patut buat juga.Be transparentlah. Malahan saya galakkan ambik test polygraph, buat akuan sumpah dan juga buat sumpah mubahalah.
Nak jadi pemimpin ni bukan saja kita perlu bersih tapi perlu juga nampak bersih.Kalau ada pemimpin ada masalah moral seperti bermukah dengan bini orang, hubungan luar tabii,buat projek dalam koc keretapi, bilik hotel 121,dalam tandas..eloklah suruh mereka-mereka ni berhenti aje.
Ada berani ke!
Batu Ronson
percaya umno??SPRM jadi dia punya alat saja..tu semua nasihat APCO..bagi rakyat nampak wakil2 umno tak rasuah.. isu rasuah sgt penting skrang..klau betul nak buat...suruh badan bebas siasat menteri2 yg dok ada skrang..UMNO.??...tak percaya dah....sampai mampoih...
DeleteTuan Aspan,
ReplyDeleteIni sudah penyalahgunaan kuasa!Adakah ini dalam bidang tugas SPRM untuk menentukan calon sebuah parti itu bebas dari rasuah? menjengkelkan!!
Saya sepatah haram tak percaya... tapi SPRM pun geng dorang juga.. lagi tak guna.
ReplyDeleteBro Aspan,
ReplyDeleteCerita pasal UMNO nak minta SPRM semak calon sebenar adalah satu strategi untuk mengelak sabotaj oleh ahli-ahli yan merasa layak tetapi tidak terpilih untuk menjadi calon.
Ia sebenarnya menjadi semacam ugutan bagi mereka-mereka yang bermasaalah yang bercita-cita untuk menjadi calon.
Yang tinggal lagi adalah samada langkah ini efektif atau tidak je. Kita harap ia akan berjaya mengurangkan pening kepala Najib dalam soal pemilihan calon-calon PRU 13 nanti. walaupun kita selalu melihat tindakan-tindakan Najib dalam menyelesai pelbagai kemelut dalaman UMNO sebelum ini tidak efektif.
As Salam Tuan AA.
ReplyDeleteUntuk layak menjadi Pegawai atau anggota SPRM, mereka mesti mendapat kelulusan dan perkenan dari UMNO/BN itu realitinya.
Pak Aspan,
ReplyDeleteApa nak heran sangat. Bukan ke SPRM tu sendiri adalah biawak UMNO BN ?. Dihulur telur ayam sebiji..senyap laa menatang tu.
Bagi aku..menatang SPRM ni akan sibuk dan tangkas bertindak kalau kes yang dikatakan rasuah tu melibatkan sekupang dua. Tapi kalau jumlah juta juta dan billion RM, menatang ni buat pekak badak jer apa lagi kalau berkait dengan UMNO BN.
SPRM ni cuma akan bertaring kalau diletak terus di bawah parlimen. Ini tidak...masih dibawah telapak kaki PM..senang untuk di injak injak menatang ni. Kalau SPRM ni diberi kuasa menapis calon secara bebas tanpa campurtangan...calon pertama yang paling tidak layak bertanding adalah PM Najib sendiri. Tidak syak lagi !
Tuan Aspan,
ReplyDeleteMemang betul cakap tuan...lawak jenaka... tapi ramai rakyat Malaysia suka dan tertarik dengan lawak jenaka dan akan termakan dan terikut dengan persembahan lawak itu dan para pelawak disanjung... terutama yang hanya bergantung dengan satu sumber maklumat yang mereka adalah dahulu, kini dan selamanya....
saya setuju dengan sdr Aspan. Umno hanya pandai beretorik.Sejarah membuktikan bapak perasuah masih dipilih.
ReplyDeleteSalam Pak,
ReplyDeleteYang paling menyeronokkan ialah ramai kalangan ahli-ahli umno masih percaya sakan cakap pembesar-pembesar mereka.
Ahli-ahli umno jenis ini kalau ditoreh kulit mereka keluar keris. Macam itu juga kalangan ahli perkasa.
Mohd Zuki
Lawak tahap gaban...sarkas
ReplyDeleteSuruhanjaya pembodek rosmah mansur?
ReplyDeleteTak boleh layan la Sprm ni..dacing berat sebelah !
DeleteNajib tau,hampir 99 percen pemimpin bn skrg sememangnya terpalit dengan rasuah...dan najib mempunyai rekod akan kegiatan mereka...
ReplyDeleteIni adalah langkah untuk menyingkirkan puak puak dalam team mamak mamak/mahayudin termasuk zahid hamidi sendiri...dan untuk menyediakan pemimpin ameno yg akan menyokong najib sebilang masa walaupun mengalami bn mengalami kekalahan dlm pru 13...kerana najib masih kekal sebagai preseden ameno...
Dgn kedudukan sebagai presiden ameno..najib masih mengawal kekayaan ameno dan proksi syarikat seperti berjaya,ytl,genting.bukhari yg mendapat kekayaan dari ameno...
Hisyamuddin hussien onn pon mempunyai cita cita menjadi sebagai presiden ameno walaupun susah untuk menjadi perdana menteri malaysia akibat kelembikkan beliau...
Naji sekarang tengah berperang dengan mahadey untuk mengagalkan usaha mahadey melonjakkan mukhriz...
Bagi pemimpin utama ameno sekarang..kalo tidak dapat menjadi perdana menteri malaysia pon xpela..janji dapat menjadi presiden ameno...seperti dlm cerita P.Ramlee...kalo xdpt jadi hang tuah pon xpe...asalkan dpt jadi hang kebun...
ReplyDeleteLAWAK UMNO NI NAK MENGENA ORANG SAJA!.SPRM ITU BUDAK SURUHAN UMNO.TAK BOLEH CAYA.SPRM AKAN MENCARI KESALAHAN CALUN PR.SPRM BOLEH BUAT REKA CERITA CALUN PR
KEYANG DOT
21:23:00
ReplyDeleteBest betoi hang terjemah sprm...
memang betul kata Sudin dalam Filem Seniman Bujang Lapok..Alif Mim Nun Wau (UMNO) sarkis!
ReplyDeletePak Aspan,
ReplyDeleteUMNO suka berlawak.
Sejak bila UMNO serius dalam mentadbir sebuah negara?
Urusan pentadbiran adalah suatu yang serius dilakukan. Sebaliknya UMNO tidak pernah serius terutama dalam hal-hal seperti hudud ataupun menguruskan masa depan pendidikan negara.
Contoh yang ketara ialah berita penarikan balik pembekuan pinjaman PTPTN kepada Unisel dan KUIS.
Percaturan politik Umno BN ini menemui jalan mati apabila Menteri Besar Selangor , Tan Sri Dato Seri Abdul Khalid Ibrahim dengan segera memberi reaksi bahawa Unisel akan mencairkan aset yang dimilikki IPTS itu bagi membantu mahasiswa yang tertindas.
Tuan Aspan,
ReplyDeleteKini bumi Malaysia dipijak milik orang
Tak boleh layan la Sprm ni..dacing berat sebelah !
ReplyDeleteAnother layer of protection for Ummo cruppted crony under 'MACC certified Clean' which will be untouchable by any court, after OSA ??
ReplyDeleteselagi SPRM tidak diletakkan dibawah Parlimen (bertanggungjawab pada parlimen), selagi itulah SPRM 'tadak teloq'. Mana mungkin Menteri yg jaga SPRM ni telus... anak jantan sendiri pun bole guna kenderaan tokey balak sabah, sedang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Hong Kong masih menyiasat kes rasuah Tokey tu ngan Ketua Menteri Sabah la ni... RM40 juta wooooo!!!
ReplyDeleteBN dah 55 umur, elok pencen la... mata dah rabun, akal dah suku-nyanyuk, tenaga dah tadak-nafsu ja lebeh... siannnnnnnn UMNO/BN, 'busuk dah sampai ke usus-kanser tahap keempat'. Dah tak leh nak buat apa dah... tq.
Saudara Aspan!
ReplyDeleteBukan setakat lawak saja tapi bodoh tahap lembu. Hanya puak parti lembu saja yang percaya pada SPRM. Sprm ni hanyalah barua umno.
Spr dengan sprm sama je..buat lawak !
ReplyDeleteIn position of power, trust or influence, corruption is a very serious matter under the law.
ReplyDeleteIf it is part of our culture, the society's moral fabric will be destroyed.
penyamun minta tolong penyagak untuk check status....sarkas
ReplyDeleteTak tau pulak geng2 BN byk kaki rasuah. Sampai tahap kronik ni. Dah buka pekong sendiri. Yang SPRM dah ada rekod rasuah pasai apa tak ambil tindakan. Jawab lah hangpa dalam kubur nanti kerna bersekongkol dgn org buat rasuah.
ReplyDeleteAku rasa masa Mahadey lah statistik rasuah naik. Sapa2 boleh cari info ini. Seronok nak tenguk, dengar kata Anwar pon ada contribute? Era baru, politik mesti bersih la sakit duk byr cukai tiap2 tahun.
ReplyDeleteSalam~
ReplyDeleteNampak sangat SPRM tak ada kerja. Kerja yg patut disiasat tak dibuat. Dipengap je. Patutlah pegawai2 nya tengok laman web lucah dipejabat.
Harem Jaddah.
ReplyDeleteUMNO dan BN sudah memerintah Terengganu hampir 50 tahun..... Tapi Kenapa Pemuda UMNO, Puteri UMNO, Wanita UMNO dan Pemimpin2 UMNO Terengganu tetap memilih jadi bodoh?
2013 - Tahun Paling Malang Rakyat Terengganu........ Lihat sendiri bukti kalau tak percaya...
~ BUKTI 1 ~
~ BUKTI 2 ~
~ BUKTI 3 ~
~ BUKTI 4 ~
Saya mohon sangat2 agar semua anak2 muda mengundi PR pada PRU ke-13. Mesti undi PAS, PKR dan DAP. Kita mesti ambil serius soal ekonomi dan perpaduan kaum. BN telah meninggalkan banyak hutang di setiap negeri. Ini akan membebankan kita.. Percayalah. Lihat sendiri selangor, bila PR memerintah kurang 5 tahun, hutang berkurang. Bandingkan dengan Terengganu yang diperintah BN sejak 50 tahun dulu... Kat mana hebatnya Pemimpin UMNO yang menafikan kewibawaan Pemimpin Pakatan Rakyat? Mereka pun tahu tapi tetap mahu menafikannya.. sememangnya betul.. ( Buktikan kalau saya bercakap bohong)
Terang2 tak wujud perpaduan dalam BN. MCA dan MIC terang2 menolak BN.
Pastikan anda memberitahu rakan2, emak ayah dan saudara yang kurang tahu soal ekonomi dan perpaduan kaum.... Walaupun terpaksa berada dlm kem BN dan UMNO, pastikan undi anda tetap kpd PR....
~ (( Budaya Samseng )) - Ahli2 Mahu Lari Dari UMNO ~
Biarkan UMNO bersendirian... Mereka tidak mahu bersatu, kita boleh bersatu sesama kita... Mereka pentingkan perpecahan... Biarkan mereka... Mereka lebih mengutamakan keganasan untuk mengekalkan kuasa... Biarkan mereka..... Mereka hanya mahu jadi samseng... Biarkan mereka samseng selamanya....
Biarkan pemimpin2 UMNO memperbodohkan ahli2 mereka selamanya...
Boleh percaya ke siot....kat Suruhanjaya Pelindung Rasuah Menteri nih? Buang masa dan buang karan je kalau layan cadangan UMNO dan SPRM....bukti rasuah menteri dan YB UMNO nampak tertonggengpun tak dapat didakwa kerana 'bukti tak mencukupi' ada hati nak siasat calon PRU13? Patutnya tubuhkan badan bebas siasat dan tapis kewibawaan pegawai SPRM dalam menjalankan tugas dengan jujur dan amanah! Nampak semuanya macam takde wibawa kalau disuruh siasat rasuah menteri atau pemimpin UMNO/BN .Rakyat dah tak yakin dengan SPRM la wei! Ada tak menambah, takde tak berkurang! Kata orang....
ReplyDeleteKetua SPRM, Abu Kassim Baba mana boleh tengok Ali Baba dan orang lain kaya.
ReplyDeleteAloyahhh! Kanda tak boleh tidor. Kanda risau macam mana Ali Baba dan orang lain boleh jadi kaya. Ini buat kanda susah hati. Kanda pun nak jadi kaya juga. Musa Aman boleh dapat RM40 juta.
You help me I help you lah.
Raja lawak dan maharaja lawak adalah program utuk mengasuh jenerasi muda malaysia supaya tidak serius dlm berfikir. Orang yg banyak ketawa akan menghitamkan hati dari mengingati Allah. Sila rujuk kpd ulamak atau ustaz jgn rujuk kpd ustaz umno macam2 dia taklitkan.
ReplyDeleteBro Aspan Dan Pembahas,
ReplyDeleteSPRM adalah badan rasuah untuk kes-kes ikan bilis dan menyiasat rasuah dikalangan pembangkang nasional je. Pembangkang nasional sebab rasuah pembangkang di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan rakyat mereka ini tidak boleh disiasat.
Siasatan rasuah dikalangan anggota BN terutama UMNO diperingkat rendah dibuat juga, bukan tidak tetapi ia dibuat atas alasan dan tujuan politik mencantas je.Contohnya kalau tidak silap saya dalam kes Khir Toyo dan Ahli Parlimen Sabak Bernam.
Ini bukan satu tuduhan melulu tetapi berdasarkan kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM Malaysia, Dato (Tak ber-)Seri Abu Kasim yang dilapurkan oleh akbar-akhbar utama.
Dato Abu Kasim menjawab mengapa tindakan tidak diambil terhadap jerung-jerung besar, mereka-mereka yang memegang kuasa hari ini termasuk menteri-menteri?
Beliau menjawab bahawa undang-undang rasuah kita dah lapuk dan tidak boleh mengambil tindakan terhadap mereka. Undang-undang kena modenkan dulu!
Abih siapa yang kena ubah?...ke kena tunggu Ayah Pin dan kerajaan langitnya bentang pindaan untuk memodenkan akta tersebut dalam Parlimen teko gergasi dia dulu?
Tidakkah alasan ini bodoh dan menipu? Kalau Batu Ronson yang bagi alasan tersebut kita fahamlah, tetapi orang no.1 yang diamanahkan dengan tugas membenteras rasuah tanpa pilih kasih di malaysia boleh berkata begitu!
Batu Ronson,
Layakkah SPRM meluluskan pencalonan mereka yang semua orang tahu meramas punggung seorang GRO di sebuah kelab dan yang dituduh merogol amah indonnya dipilih bertanding dalam PRU 13 mewakili UMNO?
Anon 5:05
ps: kampongman, saya telah pulang dari obersea trip tempohari:d
Welcome home my dear friend.Your kampungman and QD is nowhere to be seen.SWK almost close his blog sort of.His Melaka buddy @ gheng lama is MIA ?.Happy New Year all.
ReplyDeleteAnon14:29
ReplyDelete"Layakkah SPRM meluluskan pencalonan mereka yang semua orang tahu meramas punggung seorang GRO di sebuah kelab dan yang dituduh merogol amah indonnya dipilih bertanding dalam PRU 13 mewakili UMNO?"
Soalan sama juga saya bertanya saudara:
Saya rasa sprm layak atau tidak bukan soalnye? Yang penting pemimpin yang tak bermoral tidak dilantik sama sekali. Nakke Malaysia ni dipimpin oleh seorang pelakon porno?
Bantu Ronson
Sdr. Aspan.
ReplyDeleteSebaiknya ditubuhkan Suruhanjaya DiRaja Penapisan Calon dan istihar harta. Bukannya SPRM@SPR. Penapisan dibuat selepas selesai penamaan calon. Itu baru betul. Sekurang-kurangnya setiap calon baik dari BN mahupun PR akan berfikir sehingga 10 kali untuk menjadi calon. Nanti tidaklah ada ahli yang sabotaj sepertimana yang diheboh-hebohkan dikalangan UMNO. Kalau dilaksanakan saya yakin pasti PR menang PRU13 sebelum hari pengundian.
Tapi itu kalau hendak dibuat. Hendak 1000 daya tak ndak 1000 dalih.
Salam Sdr. Aspan,
ReplyDeleteKalaulah SPRM ini satu badan bebas, saya yakin Malaysia akan memecahkan satu lagi rekod di dunia dimana pemimpin-pemimpin dan menteri-menterinya disumbatkan kedalam penjara. Cuba tengok pemimpin parti mana yang paling ramai disahkan menjadi banduan kerana rasuah. Itu dalam keadaan SPRM yang tidak telus dan tidak boleh dipercayai serta tiada kredibiliti. Kalau tidak percaya cuba tanya Khir Toyo, Shariff Jajang, Ahli Parlimen Sabak Bernam, Isa Samad dan lain-lain. Kalau sdr2. nak tau lg cuba tanya sdr. Batu Ronson dia lebih tahu kalau dia jawab tidak tahu bermakna dia munafik yang nyata.
Wassalam.
Bapa hidup susah...datuk hidup susah..diri sendiri hidup susah...lagi nak sokong bn..3 generasi hidup susah lagi nak undi bn..apalah bodohnya org melayu yg sokong ameno..
ReplyDeleteKebanyakan hidup bangsa melayu susah...ameno ni untuk kaum keluarga pemimpin ameno...seperti menteri,timbalan menteri,ketua pemuda,ahli parlimen,ahli dewan undangan..dan ahli perniagaan yg mengharap projek dari ameno...yg lain ibarat seperti menukut di tepi gantang...
PRU 13 adalah masa terbaik untuk mengubah aura kehidupan melalui kerajaan baru...apa yg bangsa melayu nak harap lagi pada ameno...
Kalau anda peminat filem Tamil, samalah keadaan yang belaku kat Malaysia la ni.
ReplyDeletePak,
ReplyDeleteSebonar eh, dari dulu lagi pembosar-pembosar Umno ni menipu ahli-ahli dio. Tapi tak sodar-sodar gak. Masalah bosa yang dihadapi Najib iolah; winnable candidate. Siopa dio yang winnable? Semuo calon Umno samoado incumbent atau calon baru perasan dioalah yang winnable. Mampuih lah selopeh penamaan calon nanti. Kalau ada yang beralah nanti, adolah yang masyukkk juta..juta..
Mohd Zuki
UMNO akan meletakan calun bersih dari kalanghan pendatang haram yang baru dapat IC Baru kerana mereka ni bersih .Bersih bukan dari pandangan SPRM tetapi dari semua sudut.Kalah sudah dibawa kemahkamah tapi belum didapati bersalah ,mereka itu bersih.Jadi UMNO kena define bersih dan mohon komen rakyat sebelum diterima pakai sebagai bersih.Bolih nyatakan menteri UMNO mana yang bersih ,RAIS Yatim saja yang nampak bersih kerana dia bersihkan sumua yang ada dalam rumah ,ha..ha..
ReplyDeleteMaaf lah kalian semua.Saya tidak nampak adanya qualiti perbincangan disini. Kecenderungan mengutuk peribadi harus dijauhkan.Granted kalian semua mahukan PR menang , sayang pendekatan tanpa fakta yang berbentuk retorik pembaca tidak boleh dan dapat terima.Malah akan memmberi impak negatif.Tak gitu ?
ReplyDeleteKita harap kalian semua dapat menerima apa juga keputusan PRU 13 nanti dengan hati terbuka tanpa ragu lagi .Boleh kan ?.Best of luck to the worthy winner.
Batu Giling
Umno ni jd ayam Buruk Pala... Otak masuk virus pobia...serba tak kena.. Rakyat jd pening... Sprm kes rasuah dok belambok lg.. Dok payah masuk politik r.. Rakyat tau doh wayang mu umno.. Dok lama doh nak pupus... Insaflah.. Jom kita Berubah.. Hidup Kuasa Rakyat...
ReplyDelete