Penyelaras BN Selangor Mohamad
Zain Mohamad telah meminta supaya DAP tidak mengungkit isu-isu lama terhadap BN
Selangor kerana BN telah pun di hukum oleh rakyat SELANGOR pada pilihanraya
2008 yang lalu. Zain berkata “rakyat telah pun menghukum kami dan tidak usahlah
mengungkit-ngungkit perkara lama”
UMNO begitu ‘defensive’ dalam
banyak isu. Malahan isu-isu yang di wujudkan oleh UMNO lah yang menjadi
penyebab keadaan negara jadi begini. UMNO yang memerintah sejak merdeka maka
segala isu terhadap kerajaan adalah isu terhadap UMNO dan komponennya. Bukan
begitu?
DAP tidak mengungkit cerita lama.
Cerita UMNO ini tidak pernah menjadi tua kerana isunya sama sahaja dari dulu.
Isunya ialah isu kegagalan parti itu menjadi parti yang memerintah secara adil
dan saksama, parti yang telah menggunakan kuasa yang keterlaluan dan parti yang
menjadi penyebab rasuah berlarutan sehingga tidak dapat di kawal lagi. UMNO
yang menyebut berulangkali yang DAP itu parti rasis dan UMNO tidak rasis.
Tetapi hakikatnya UMNO lah yang memainkan isu rasis yang tidak ada batasannya
sehinggakan menuduh bangsa lain sebagai pendatang dan bermacam-macam lagi.
UMNO jugalah yang menjadi parti
yang sentiasa menanamkan perasaan takut terhadap bangsa lain dan telah
menjadikan orang Melayu itu lesu dan sentiasa mengharap kepada UMNO khususnya
kepada kepimpinan mereka. UMNO lah yang tidak mahu Melayu itu bebas berfikir dan
membangunkan kejatian pemikiran mereka kerana UMNO mengharapkan ahli-ahlinya
menjadi bangsa yang sentiasa mengharap kepada kerajaan dan tidak dari yang
lain.
Apa yang lebih menyedihkan lagi
UMNO lah yang membantutkan matlamat penyatuan dan hidup bersama secara aman
denhgan bangsa-bangsa lain. Sebab UMNO berbuat demikian ialah kerana UMNO
mempunyai kepimpinan yang lemah. Seorang pemimpin yang lemah selalunya akan
melakukan perpecahan sesama rakyat yang berbilang kaum agar kaumnya, iaitu
Melayu akan sentiasa mengharapkan perlindungan dari partinya, sedangkan mereka
tidak ada sebab kenapa mereka mesti takutkan. Akhirnya Melayu menjadi parti
yang menyebabkan Melayu itu menjadi bangsa yang penakut dan tidak berani
bersaing dalam kehidupan.
Apa yang diperkatakan oleh
Mohamad Zain itu adalah perkara yang sudah lama kerana itulah dia isunya dari
dulu sehingga sekarang. Isu yang di sebutkan tadi adalah isu yang tidak akan
menjadi isu lama kerana semuanya itu masih berlaku sekarang ini. Jika isu 24
bidang tanah yang di beli oleh pimpinan UMNO Selangor dan menjualnya kepada
agensi kerajaan Selangor sendiri dengan harga yang tinggi itu tidak di keluarkan
oleh DAP, siapa pula yang akan menjadikannya isu lagi.
Kita tidak boleh mengharapkan
sesiapa di dalam UMNO untuk memberitahu rakyat. Sebagai parti yang
bertanggungjawab maka tentulah DAP akan memberitahu rakyat supaya ia tidak
berulang lagi dilakukan oleh BN. Bukan sahaja DAP, sesiapa juga mesti keluar
dan memberi tahu rakyat tentang apa yang dilakukan oleh pimpinan UMNO dahulu
kerana mereka (UMNO) tidak boleh lagi kembali berkuasa di Selangor. Jika mereka
kembali berkuasa maka budaya itu pasti akan wujud kembali.
Jika UMNO kembali di berikan
mandat ia akan tetap di ketuai oleh pemimpin-pemimpin yang dahulu juga, iaitu yang melakukan kerja-kerja
tidak baik itu. UMNO Selangor bukan ada pun pimpinan gantian kerana yang pandai
sudah tidak ada lagi dalam UMNO kerana mereka telah disisihkan dari dulu lagi.
Mereka kini berada dalam PAS, DAP dan PKR. UMNO Selangor hanya mempunyai pemimpin
seperti Noh Omar sahaja. Noh sendiri sedang menghadapi berbagai-bagai isu
termasuk isu pembekalan benih padi yang berkaitan dengan salah guna kuasa
melibatkan puluhan juta ringgit.
Dalam keadaan UMNO menghadapi
isu-isu berat pemimpin seperti Noh ini masih menggunakan kuasa di
Kementeriannya untuk melakukan perkara yang menipu rakyat tani ini. Itu sebabnya
saya selalu berkata yang UMNO dan pimpinan mereka sedang menghadapi krisis
ketagihan rasuah yang merupakan ketagihan yang lebih merbahaya dari ketagihan
dadah. Ketagihan ini menghinggapi keseluruhan kepimpinan UMNO di setiap
peringkat.
Siapa lagi yang ada di kalangan
UMNO yang menjadi pimpinan gantian bagi menerajui kerajaan Selangor itu? Kalau
ada pun tentu lah nama yang baru yang belum tentu baiknya. Ramai juga mereka
yang baik-baik dalam UMNO yang pernah diberikan tempat oleh parti duduk
di dalam kerajaan.
Tetapi yang baik ini pun akan
menjadi tidak baik kerana jika mereka mengekalkan sikap baik mereka, pemimpin
seperti ini tidak akan kekal dalam kedudukan mereka. Itu sebabnya ramai yang
bersetuju jika kita bersedia untuk bersekongkol dengan mereka yang berbudayakan
rasuah itu mereka akan kekal dalam jawatan mereka. Bukan kah ini sudah menjadi
‘attribute’ UMNO yang tegar?
Oleh itu Dato’ Seri Mohamad Zain
mesti faham DAP atau parti-parti lain dalam PR, mereka bukannya mengungkit
perkara lama tetapi perkara itu masih manjadi isu yang sentiasa baru. Dato Seri
Zain mesti terima kenyataan yang UMNO begitu susah untuk kembali berkuasa di
Selangor sekarang ini.
Jika Zain sendiri mengaku yang
UMNO pernah buat salah dan telah menerima hukumannya kenapa pula
bersungut-sungut. Jika mengikut etika dan moral demokrasi sebenarnya UMNO
tidak sepatutnya menyertai pilihanraya kali ini.
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
ReplyDeleteTepat; sudah terang lagi bersuluh, kepimpinan lemah akan melakukan apa sahaja, termasuk pura-pura menangis memohon simpati, walhal hakikat sebenarnya sudah terang jelas, malah akan lebih terserlah menurut peredaran masa. Justeru, tahniah kepada DAP di atas kebertanggungjawaban mereka mendedahkan penyelewengan UMNO/kerajaan "corupt" ini, sekaligus menzahirkan lagi hakikat bahawa perpaduan sebenar hanya boleh dicapai di luar UMNO dan BN yang kesemuanya "racist". Oleh yang demikian, kepada barisan kepimpinan dan penyokong PR, kekalkanlah momentum ini sehingga berjaya menawan dan mentadbir Putrajaya dengan kondisi yang jauh lebih bermakna buat kita sekalian, warga Malaysia yang sememangnya sedang kebulurankan aman sejahtera, keharmonian dan perpaduan sejati. Semoga setelah ini, kita mampu membangun semula sebagai antara kuasa ekonomi dan politik global, bbbukan kuasa jumud "local" semata-mata, insha Allah.
Terima kasih dan salam jihad.
Bukan saja diSelangor PAN,tetapi dinegeri2 yang diperentah olih umno semenjak berzaman2 itulah masaalahnya.Kalau kita menilai prestasi sasaorang atau sesebuah badan kita wajib tengok prestasinya semasa dia memerentah,bersih sangat ke atau sebagainya.D NS misalnya tidak ada beza dengan Selangor .Tanah projek Gula yang gagal diBahau yang dibahagikan mengikut firasat Rais Yatim kini tak selesai puluhan tahun dan dibebankan kepada Mat Hasan .Tanah felda Sendayan tak selesai zaman Isa diselesaikan zaman Mat hasan tapi siapa yang untung .Tanah Felda LB Johnson dan tanah perumahan Bandar baru Nilai ada melayu yang kaya raya ,satu habuk kontraktor melayu tak diberikan olih Isa sedangkan Isa masa itu adalah pengerusi PKNNS dan juga syarikat yang membangunkan bandar baru nilai itu.Semua ni telah pun dibalas olih Allah semasa pemimpin2 itu masih hidup tetapi orang UMNO yang buta hurup tetapi bersekolah melangit termasuk dari universiti azhar dan uia masih memberikan sanjungan dan sokongan tak berbelah bagi sedangkan pemimpin yang tak tahu malu ni berteruskan menonjolkan kehandalanya. . Jadi janganlah terperanjat jika UMNO tumbang diseluruh negara kerana semua ini adalah atas salah ,tamak,ego mereka sendiri.Beranikah Rais,Isa dan Mat Hasan mengaku bersih dan kalau berani suruh mereka2 itu buat statutory declaration mengesahkan kebersihannya untuk rakyat NS sanggah mereka.Isa misalnya bukan tanah balak saja,tanah perumahan saja dikurniakan kepada kroni2nya tetapi tanah dalam laut diPD pun habis.Orang melayu mesti ada pendirian yang mahu kebaikan dan mana yang terbukti tak bolih pakai ngapa emosi sangat tak mahu buang...Kita ada pilihan bukan macam dulu2 dimana letakkan baju UMNO pun bolih menang apabila melawan mana2 parti pembangkang ...Era itu dah berakhir dan melayu dah sedar kecuali beberapa ekor yang masih rabun dan emosi tak tentu arah.
ReplyDeleteDari segi moral pula bersih benarke pemimpin yang saya nyatakan diatas tu .Saya tak perlu lah ceritakan tetapi memohon mereka2 itu balik kepangkal jalan bersihkan diri untuk dunia lagi satu dan serahkanlah kepada generasi muda untuk ambil alih dengan imej baru.Kalau masih anggap handal ,berpengaruh dsbnya tunggulah kerana rakyat terutama orang umno dah tak bolih terima lagi puluhan tahun dikelentong hampir dua abad...yang akhirnya melayu juga yang rugi dan tertipu...
Very Good morning Pak Aspan,
ReplyDeleteFirst I really hope that you don't mind if I wish a very Happy New Year to you, About the issues, tell me who and whose in BN can lead the Nation? I'm a Chinese and really feel the spirits of nationalist even though I never Involve in fighting for my country independent, the MCA always frighten the Chinese that if opposition win d mandate, the country will turn to Islamic country, I always tell myself that, if opposition is giving the mandate, I love to see Zik Aziz to be the Spiritual Leader, Dr Dzul and d rest of PAS will work together with PKR and DAP, to lead the country. Like the old man says UMNO Susah Rosak Dari Ususnya...The Worst in Pakatan is Always Better than The Best From BN.. Salam Pak Aspan
MOSES KATA: Apa lagi PRU 13.ABU kita. Apa salahnya buat hijrah, buat xperiment utk 4 1/2 th tak rugi pun. 5 negeri dah buat , nampak ada perubahan ok lah tu kan.Perak , nampaknya masih disitu setelah dirompak disiang hari. ABU utk PRU 13
ReplyDeleteSoalnya adakah umno telah bertaubat utk tidak mengulangi kesilapan lalu. Apa yg kita lihat hari ini tiada tanda meraka ingin kembali ke pangkal jalan. Mungkin hukuman yg lebih teruk blh megubah sikap meraka.
ReplyDeleteAjilian
ReplyDeleteAspan,
There is no problem to support you and DAP since there are lots of reasons to do so.
But are you contesting in the coming election? This is my apprehension Aspan. Thnx
Guna Segeran
Kulai
Salam AA n pembaca
ReplyDeleteSejak Najib mtak maaf pd rakyat maka ramai lah org UMNO ni ikut cam tu jgk...tapi ckp jer la...perbuatan still cara dulu kini n selamanya...klu ckp...iblis n syaitan lg handal...udah2 la tu ..bg jer PR pulak ....
Di negara lain terutamanya Jepun..bila pemimpin sedar mereka dah buat silap, dengan sendirinya mereka berundur. Malah amalan " harakiri " itu sendiri dalam masyarakat lama Jepun dulu adalah satu bentuk hukuman ke atas kegagalan dan kesilapan yang telah dibuat oleh seseorang. Pemimpin Jepun yang bukan Islam pun tahu harga maruah diri.
ReplyDeleteTapi di Malaysia khususnya pemimpin pemimpin UMNO BN, kulit mereka lebih tebal dari kulit babi... tak tahu malu, tidak hargai maruah malah sangat bebal...tidak sanggup berundur malah mahu terus memegang kuasa walau tahu diri sendiri tidak layak malah jauh dari bermoral. Malah walau pun tahu diri tidak layak tapi masih degil melepas kuasa.
Sebenarnya mereka mereka ini hanya layak disebut sebagai kepala dan pimpinan lanun atau perompak kerana kita tahu lann dan perompak tidak mudah untuk menyerah kalah. Bagi mereka soal maruah tidak penting. Sepattnya kesilapan dan kata maaf yang diucap harus disusuli dengan pengunduran diri dan memberi peluang pihak lain yang lebih dipercayai untuk memimpin. Tapi ini tidak berlaku di Malaysia...negara yang didakwa oleh puak puak ini sebagai negara Islam. Islam kepala bapak apa macam ni ????.
Dah tahu diri sendiri buat silap dan tidak mampun membangunkan Malaysia walau pun berkuasa lebih 50 tahun...haram jadah apa nak pegang kuasa lagi ?. Memang perangai haram jadah pemimpin begini tidak akan mampu membantu kaum Melayu dan rakyat Malaysia amnya walau pun mereka memegang tampuk kuasa 500 tahun.
Pemimpin pemimpin begini wajar dihumban ke longkang saja ! Apa la diharap kepada sebuah parti yang dipimpin oleh seorang kepala yang perasuah malah di perkatakan terlibat dalam pembunuhan, juga kerana berpunca rasuah dan penyelewengan. Mahu kah kita rakyat Malayssia berimamkan seorang pembunuh dan pembelit???.
Sudah kepala dan ketua mereka sendiri kencing berlari...macam mana ketua nak menegur anak anak yang kencing dan berak atas kepala orang?.
Wahai Mohamad Zain Mahmud. Tolong minta imam kamu, Najib Razak bersihkan dulu najis yang selekeh ditubuh beliau berkaitan pembunuhan Altantuya. Minta ketua kamu, Najib Razak menyaman Bala dan Deepak kalau nyata mereka itu fitnah ketua kamu. Kalau ini pun kamu tidak sanggup lakukan...tak payahlah nak memohon maaf dan merayu untuk rakyat berikan lagi kuasa untuk kamu semua. Dan kalau kamu yakin pemimpin atasan kamu tidak bersalah...sila desak beliau menyaman Deepak dan Bala. Jangan jadi pemimpin dayus dan bacul. Dan kamu Mohamad Zain..jangan ikut jadi bacul dan pengecut juga untuk tegakkan kebenaran.
Guna Segaran,
ReplyDeleteNo need to worry lah. Just keep voting BN if that wat u did in previous GEs', no need to changelah.
Whether Pak Aspan contests on not in coming GE is not an issue simply because efforts required to win a GE are collective efforts. No one man can win any GE alone.
tahniah pada pemerintahan Pakatan kat Selangor...
ReplyDeleteBuat pertama kali...dah ada kemajuan kat Shah Alam..dah ada disko beb...tak perlu susah susah pergi KL... Kalau nak mabuk, nak ringan ringan pergi je kat disko Shah Alam tu..
Kalau nak buat projek tak susah pergi jauh..pergilah mana mana hotel budget..macam macam ada. Pakej 3 jam, 6 jam, setengan hari..bersepah kat Selangor ni...
Tahniah pada pemerintah Selangor kerana prihatin dengan kehendak rakyat.
Batu Ronson
Mohd Zain ni tidak tahu apa itu sejarah!Dia tidak menghayati sejarah !No wonder! Madeiyy yg tidak belajar sejarah tetapi selalu mengungkit-ungkit apa yg dia dan UMNO telah buat utk melayu.
ReplyDeleteUMNO memerintah sekian lama sehingga Malaysia mendapat tempat PERTAMA dalam senarai dunia di mana negara kita paling KORAPSI!
Menyentuh tentang Selangor, sewajibnya Mat Tyson dibicarakan!Dia sapu keliling.Begitu juga TOYOL yg telah menjalani hukuman.Noh Omar pun sapu duit TEKUN.Tekun betul dia perhabis semua kpd kroni-kroni dia.Tambahan pula semenjak ada isteri muda ni dia kena kerja lebih kuat lagi.Kuat apa tu??ha ha....
KETAGIHAN KORAPSI PEMIMPIN UMNO telah mencapai ke tahap maksima.Madieyy pun telah mendapat no 2 dalam ranking dunia.Mantan PM yg terkaya!
Anak Bukit
Salam Sdr Aspan,
ReplyDeleteKalau dah mengaku silap baguslah, tak perlu buang masa kelak apabila kerajaan persekutuan memerintah.
Kita terus sebut kes satu persatu, kita adili dengan mahkamah pula.
Jika Selangor mengakui kesilapan mereka negeri2 lain apatah lagi.
Dengan ini pengundi2 tak perlu fikir panjang, sampai hari mengundi hanya ada satu pilihan iaitu bukan umno, bukan bn.Yang lain dari itu, tak perlu diajar lagi.
Kerajaan baru kelak perlu meperbesarkan satu pasarana yang penting iaitu bilik kurungan, jika hukum hudud dilaksanakan prasarana ini tak perlu disegerakan.
Ini bukaan zaman feudal, buat salah boleh maaf, jumpa ketua feudal, kira beres, engkau satu aku satu.
Hukum dunia tetap akan berjalan sementara menanti penghakiman akhirat.walaupun segala kesilapan telah diadili didunia.
Saudara Aspan and bloggers,
ReplyDeleteI guess the nation is ready for change, and the tidal wave is sweeping in. There is just no stopping it. Look around the world. God willing, if change really takes place, and the rakyat are united, our neighbouring countries will be in for a shock with a united Malaysia, with only one objective of nation building.
It will be a HUGE mistake to let BN take control of the state.
ReplyDeleteThe process to clean up the mess had just started....it would take at least 3 terms for PR to fairly and properly do their jobs - to implement good leadership and management to serve and benefit the people.
perenggan akhir sungguh tepat sekali tuan aspan. saya bukan ahli mana-mana parti dan saya akan mengundi pr nanti
ReplyDeleteSaya suka urus tadbir kerajaan selangor skrg yg lebih telus,berikan lg mandat pd pr utk membersihkan sisa kotoran yg dibuat oleh bn dan seterusnya fokus kpd pembangunan ekonomi dan sosial ,kpd umno jika ikhlas membantu rakyat seperti ucapan najib rakyat didahulukan semestinya mereka akan membantu bkn nk menjatuhkan pimpinan tan sri khalid ibrahim.bagi saya beliau adalah seorg pemimpin yg sangat baik.
ReplyDeleteKita kena beritahu kpd Mat Zain beberapa perkara: (1) Baiklah dia dah mengaku. Tapi mangkuk ayun Umno yg lain tu mcm tak sedar diri. termasuk Presidennya asyik dok bantai kita tak habis2. Jadi, dia kena bg tahu kat orng dia, jgn dia shj buat pendirian. Ni jadi mcm nk bodek raayat aje, maklumlah cita2 nk jadi MB kalu BN menang. INI TAK IKHLAS NAMANYA (2) Dia tk tau ke PR baru aje 1 penggal memerintah. Rakyat nk kita mentadbir lagi 10 ke 15 penggal lagi, baru cukup 55 tahun. Jadi buat masa ni suruh dia sabar2 dulu.Duit masih bnyk lagi. Jimat2 le . kot boleh tahan 50 thb lagi. (3) Bagi tahu kat dia, sebenarnya, rakyat tk cukup hukum dosa2 depa ni, sbb sorang pun tak kena hukum atas rasuah le dn mcm2 lagi. Nk kata tak cukup bukti, berlambak kat polis, SPRM dan yg ada depan mata pun tk terkira. Kita nk duduk kat Putrajaya dulu, baru boleh buka fail baru. Baru boleh hukum dgn adil kot.
ReplyDeletemat zin dan pemimpin UMNO/BN nie muka tak malu......tak kisahlah kau nak minta maaf berapa byk sekalipun.....tapi jgn perasanlah rakyat yg telah dipatuk sekali dulu nak maafkan korang......oleh itu kita orang punya pasallah nak ungkit atau tidak......pandai2 pulak nak paksa org maafkan dia......parut luka dulu masih berdarah...oleh itu....TIADA MAAF BAGIMU....BOLEH BLAAAAAHHHHHHH
ReplyDeleteCukup, cukup lah sudah, dari Atuk/Nenek, Bapa/Emak & Kita telah ditipu, takkan anak2, cucu2 n cicit2 kita pun akan terus kena tipu???????
ReplyDelete