Mahathir merupakan penyebab utama
UMNO itu menjadi carca marba. Bagi saya Pakatan Rakyat sekarang hanya perlu
menumpukan masa untuk memikirkan menyelaras dan memperkemaskan persediaan untuk
melalui peralihan kuasa yang bakal berlaku jika di izin Tuhan. Di dalam UMNO
sudah ada orang yang membuatkan parti itu berkecamuk dan pembangkang tidak
payah bersusah payah sangat untuk menurunkan parti itu dari berkuasa. Di dalam
BN itu sendiri ada Dr Mahathir untuk menjatuhkan UMNO dan BN itu.
Buat setakat ini BN sudah menentukan
nasibnya sendiri kerana BN hanya ada UMNO di Semenanjung ini. MCA, Gerakan, MIC
dan lain-lain sudah boleh dianggap tidak ada lagi. Yang ada hanyalah UMNO yang
kini sedang di lemahkan oleh Dr Mahathir sendiri. Seperti biasa apabila sampai
sahaja pilihanraya Mahathir akan memainkan peranan untuk melemahkan UMNO itu.
Jika dalam pilihanraya dahulu beliau keluar dari UMNO, kali ini beliau dari
awal-awal lagi telah meminta Najib meletakkan jawatan jika perolehan UMNO dalam
pilihanraya kali ini lebih buruk dari pilihanraya yang lalu. Mahathir mahukan
Muhyiddin mengambil alih seperti Najib mengambil alih kuasa kerana kekalahan
UMNO yang teruk di banyak kerusi dalam PRU dahulu.
Itulah dia Dr Mahathir. Semasa
beliau menjadi PM beliau pantang menerima teguran dari bekas PM negara sebelum
beliau. Tetapi setelah beliau melepaskan jawatan beliau akan bertindak untuk
masuk campur dalam urusan pengganti-pengganti beliau. Sesungguhnya Dr Mahathir
masih merasakan yang beliau adalah seorang yang paling berkuasa sehinggakan
semua dalam UMNO itu mestilah mengikut arahan dan mendengar pandangan beliau
sahaja. Dr Mahathir ini berfikir seolah-olah beliau boleh mengubah
segala-galanya. Beliau seolah-olah boleh menjadikan matahari naik dari barat
dan turun di timur dan menaikkan hujan ke langit serta mengalirkan sungai ke
hulu.
Sememangnya Najib perlu berhenti
jika UMNO kalah dalam PRU ini. Tetapi tidak semestinya pimpinan diambil alih
oleh Muhyiddin kerana saya yakin UMNO tidak akan mampu menubuhkan kerajaan kali
ini. Saya mempunyai keyakinan itu. Saya bukan hendak mendahului Tuhan tetapi
kecenderungan UMNO akan menjadi pembangkang itu semakin hari semakin jelas.
Tetapi kita mesti akur kepada hakikat yang penentu terakhirnya adalah Allah SWT
semata-mata.
Mahathir ternyata begitu ‘desperate’
untuk mendapatkan semua yang akan terjadi adalah di atas kehendak beliau.
Beliau mahukan semua pihak yang naik dan turun itu berterima kasih kepada
beliau di atas kesusahan rakyat dan negara. Bersepah negara dibuatnya dan
beliau tidak berhenti di sini sahaja. Itulah sebabnya UMNO itu tidak mungkin
boleh menyelamatkan negara jika pemimpin-pemimpinnya boleh di kotak-katikkan
oleh orang bernama Mahathir ini.
Justeru rakyat harus meninggalkan
UMNO dan tidak lagi terbabit dengan parti dalam mana pemimpin-pemimpinnya hanya
bertindak mengikut kehendak dan nafsu nafsi pemimpin mereka sahaja. Rakyat
tidak seharusnya menjadi mangsa permainan politik peribadi pemimpin-pemimpin
mereka sahaja. Dari sekarang jika UMNO masih menjadi parti yang memimpin
kerajaan begini lah keadaan negara kita sampai bila-bila. Apabila mendapat
mandat mereka akan bergaduh sesama sendiri untuk merebut kenikmatan dari kuasa
menjadi parti dan pemimpin kepada kerajaan itu.
Mahathir hanya mahu orang lain
meletakkan jawatan jika mendapat kekurangan sokongan. Beliau mahu Abdullah
Badawi berhenti kerana kehilangan mandat 2/3 di Parlimen dan sekarang beliau
mahukan Najib untuk berbuat perkara yang sama jika keadaan dan keputusan
pilihanraya tidak bertambah dari pihanraya yang lalu.
Mahathir sepatutnya berfikir
apakah beliau sendiri melakukan apa yang beliau suruh orang lain lakukan?
Beliau telah ditunjukkan oleh orang ramai melalui pemilihan 1987 dahulu dimana
beliau hanya memenangi pertandingan jawatan Presiden dengan hanya 43 undi.
Beliau tidak meletakkan jawatan dan mengatakan walaupun menang dengan satu undi
beliau tetap menang.
Tetapi sebelum itu, semasa beliau
mengambil alih jawatan Presiden UMNO pada tahun 1981 dari Hussein Onn, beliau
telah membuat satu janji yang jelas di dengar oleh perwakilan UMNO tahun itu.
Dalam ucapan penggulungan perhimpunan itu dengan meminta rakyat atau UMNO
memberikan isyarat kepada beliau jika beliau sudah tidak dikehendaki lagi.
“Jika ada tanda-tanda yang UMNO sudah tidak berkehendakan beliau, beliau akan meletakkan
jawatan dengan terhormat. Saya masih
teringat kata-kata dan janji beliau itu kerana saya berada di barisan hadapan
dalam Dewan Perhimpunan itu (NIRWANA BALLROOM Hilton). Bacalah lapuran
perhimpunan agong tahun itu jika masih di simpan oleh Ibu Pejabat UMNO sekarang
ini.
Tetapi apabila beliau hanya
mendapat kemenangan yang amat tipis dalam pertandingan Presiden itu beliau
berkata satu undi pun saya menang. Beliau tidak mengambil contoh bagaimana
Hussein Onn bertindak selepas beliau memenangi pertandingan jawatan Presiden
UMNO dengan Sulaiman Palestin pada tahun 1978 dahulu. Sulaiman Palestin hanya
mendapat 125 undi sahaja sedangkan lebih dari seribu perwakilan yang lain
memberikan undi kepada Hussein Onn.
Tetapi Hussein Onn bertindak
mengumumkan yang beliau tidak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO itu
dalam pemilihan parti 1981 kerana hendak mengelakan perpecahan dalam UMNO.
Hussein Onn tahu cabaran yang di lakukan oleh Sulaiman Palestin itu adalah dari
Timbalannya sendiri yang tidak sabar untuk menunggu giliran untuk naik ke
jawatan tertinggi itu.
Semua orang tahu tindakan
Sulaiman Palestin menentang Hussein Onn itu adalah di sebabkan oleh tangan
ghaib Timbalan beliau sendiri. Dengan perletakan jawatan Hussein Onn itu maka
tangan ghaib yang menyebabkan Hussein Onn merajuk itulah yang mengambil alih
jawatan beliau (Hussein Onn).
Sekarang dalam masa beliau sudah
bersara pun perangai dan sikap itu tidak dapat dibuangnya kerana sifat itu sudah
meresap dalam segenap tubuh dan naluri beliau. Sekarang kuis-menguis di antara
pemimpin-pemimpin UMNO amat mengembirakan Mahathir. Dengan keadaan ini Mahathir
selalunya akan berjaya menyelitkan agenda beliau yang tidak mempunyai sempadan
dalam politik negara ini. Itu pun keyakinan beliau sendiri. Tetapi Mahathir
tidak akan bernasib baik sentiasa. Ada
kalanya tindakan beliau itu akan memakan diri beliau sendiri dan juga UMNO itu
keseluruhannya. Samada Mahathir mahu menerima kekalahan UMNO dalam PRU ini
bukan lagi menjadi perkara penting bagi rakyat sekarang ini.
Rakyat mahu situasi seperti ini
tidak berlaku lagi dan untuk mengelakkan perkara seperti itu berulang-ulang,
rakyat wajar mengenepikan parti yang hampir jahannam itu kerana perbuatan
pemimpin-pemimpin seperti Dr Mahathir ini.
Bagi Pakatan Rakyat mereka sudah
bersedia untuk melakukan perbezaan. PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat sudah
pun berpengalaman untuk mentadbir melalui pengalaman di negeri-negeri tadbiran
Pakatan Rakyat itu.
Rupa-rupanya jika pentadbir dan
penggubal undang-undang tidak rasuah banyak perkara dapat diatasi dengan baik
seperti yang berlaku di negeri-negeri tadbiran Pakatan Rakyat walaupun begitu
banyak sabotaj dilakukan oleh Putrajaya itu.
Jika Putrajaya beralih kuasa maka
tidak akan berlaku sabotaj terhadap negeri-negeri yang inginkan kemajuan sebenar
itu. Lakukanlah dalam pilihanraya yang akan datang ini.
Salam Saudara Aspan dan pembaca lain yang di hormati.
ReplyDeleteHow the hell did Dr M became so powerful?
tuan aspan, tidak syak lagi setelah melihat sokongan org ramai bahawa pr akan mengambil alih putrajaya tetapi apa yg membimbangkan saya adalah pengundi hantu dan taktik kotor spr. apakah langkah-langkah pencegahan yg akan dilakukan oleh pihak pr semasa sesi pengundian nanti? setakat ini belum ada perancangan yg konkrit dari pihak pr utk menyekat tipu-daya bn/umno. mungkinkah pr ada strategi rahsia utk menangani isu ini?
ReplyDeleteSaya rasa tak usahlah ambik pot kelindan lori ni.Anggap macam tin kosong ajelah Aspan..
ReplyDeleteCubalah Aspan war warkan anugerah tuhan tu pulak. Bakal PM serba boleh, boleh baca doa, buat tazkirah, boleh jadi imam, boleh cakap bahasa Inggeris dengan baik..
Dia pakar ekonomi dan bekas menteri kewangan yang paling jaya sekali...dialah menyelamatkan Malaysia tahun 1998 dulu...kan kan
Dialah satu satu bekas menteri yang paling bersih, moral yang tinggi, berintegriti sampaikan anak dan keluarganya tidak diberi peluang sekalipun..
Batu Ronson
Mahathir ni cakap tak serupa bikin...dia suka cipta sensasi pada ucapannya 1981...1987 mahathir kata satu undi pun menang.
ReplyDeletekemenangannya dg tipu belit oleh Sanusi Junid.Sanusi mengaku kpd Tengku Razaleigh yg dia tipu. APA MAKNA NI? Mamak tongkang ni muka tak malu!
Cuba lihat muka dia sekarang? mukanya penuh dg kedut-kedut penipuan! Saya masih ingat lagi...dalam perjumpaan Mahathir dg wakil perwakilan 1987 di rumahnya Seri Perdana.
Ada perwakilan mengkritik dia ttg hubungannya Musa Hitam.Mahathir melenting meroyan sasau memarahi perwakilan yg menegur dia.
Semenjak dari itu,SAYA SUDAH TIDAK HORMAT MAHATHIR LAGI....Saya berdoa semuga Mahathir mendapat pembalasan yg setimpal!
kodiang
Antara semua ahli Umno, Mahathirlah yang paling takut BN kalah. Ketakutannya begitu terserlah sampaikan orang yang tidak bijak sepak terajang politikpun boleh mengesannya.
ReplyDeleteTuan AA, Mahathir berupaya bersikap demikian akibat kelemahan najib. Najib takut kpd Mahathir sehingga melantik Mukriz jd timb menteri dgn membelakangkan org yg menang. Lemah-lemah Pak Lah pun tak ikut Mahathir dan ini yg menyebabkan Mahathir meradang sehingga keluar Umno Baru yg dia tubuh tu. Saya setuju dgn tuan yg Mahathir sedang melemahkan Umno Baru dan ini meningkatkan peluang Anwar Ibrahim jd PM ke 7.
ReplyDeletePak Aspan, aku kata dah situa Mahathir ini dihantar oleh SiKitol utk karamkan perahu umno. Tak dak situa ni mana mungkin kita bedua keluar umno. Ingat doa Almarhum Dato Fadhil Noor, panjang umoq situa tu dia akan lihat hasil kerja tanganya.. kalu situa tu tak ujud dlm pperahu umno mana mungkin rakyat tahuumno ni jahat..khianat..idop mahathir.!!! Wellcome to sungai buloh..!! Wardar dan banduan siap siaga menanti anda..
ReplyDeleteSalam Sdr Aspan,
ReplyDeleteBiarlah Maha Spin menjalankan tugasnya yang disandang hingga mati(macam raja pula). Moga2 dengan peranannya ini akan mempercepatkan terkuburnya umno baru.
Akan muncullah umno baru2.
Buat masa ini yang mencucuk dan yg kena cucuk pun 2 x 5, jadi biarlah sama2 mereka berkubur.
Yang menjadi orang suruhan (umpan) bukannya cerdik sangat, tetapi kerana sifat tamaknya, hilang pertimbangan.
Memang pemimpin umno dahulu dan sekarang tidak belajar melalui sejarah.
Bak kata perpatah" BODOH TAK BOLEH DIAJAR, CRDIK TAK BOLEH DIIKUT.
Ini kerana sifat tamak telah menguasai mereka kerana terlalu lama berkuasa.
Saya ingin menyarankan jika PR menang nanti, semua penerima kewarganegaraan baru perlu menunggu 21 Tahun baru di bolehkan mengundi. Dengan cara ini tiada keistemewaan kepada mereka, mereka kena tunggu sepertimana kita rakyat asal, dibenarkan mengundi apabila umur mencapai 21 tahun.. Tak ada ruginya kita rakyat asal, dengan cara ini formula Maha Spin tidak menyengat.Alasan orang terdahulu melakukan perkara ini tidak relevan lagi.
Jangan kerana nak berkuasa kita perjudikaan hak rakyat asal Malaysia.
Bab tolak-menolak dalam umno ini kita lihat saja, tak kemana kerana kesemuanya akan sampai ke penghujungnya.
Tuhan akan menunjukkan kepada hamba Nya sepertimana yang dikehendaki...
Wasallam myi
Batu Ronson,
ReplyDeleteApa punya gohead gostan punya jawapan daa. Orang cincang pemimpin pujaan sdra begitu rupa, jawapan sdra pasai pemimpin orang pulak.
Ini peluang terbaik untuk membuktikan bahawa itu semua dusta. Pemipin pujaan sdra adalah negarawan terbilang yang tidak ada tolak bandingnya sejak dari Nabi Adam sampailah kiamat.
Patut le UMNO parti sdra asyik kena lanyak memanjang je kerana langkah sdra sonsang habis.
Apabila orang kutuk parti kita, kita jawab dengan kutuk parti orang. Persaingan politik ni pasal persaingan siapa lebih baik ke atau siapa lebih buruk?
Kalau nak bersaing siapa lebih buruk, haramkan je parti-parti politik. Rakyat tak nak memilih kerajaan dari kalangan parti-parti politik yang paling terburuk luar dalam....hahahaha.
Batu Lesung
Tuan,
ReplyDeletePerangai Mahathir ni tak ubah seperti tuan tanah, tuan rumah sewa, tuan ladang dsb..perangai pemilik sesuatu harta atau benda.
Betul juga sesetengah pendapat, UNO Baru ni milik Mahathir. Dia yang tubuhkan tahun 1988 dulu.
Perangai Mahathir ni sebijik macam tuan rumah sewa. Paklah, Najib tu macam penyewa pada kacamata Mahathir. Tu pasai la dia kuat komplen, kuat dok suruh t, suruh ni.
Kalau boleh paham bandingan ni, kita pahamlah perangai ahathir dan tahu sebagai rakyat kita nak buat apa.
Zack
Salam Pak Aspan,
ReplyDeleteTiga minggu sebelom mahadeii pecat DSAI dan membuat tuduhan liar mengenai salah laku seks yang tersebar melalui Malay Mail dengan memetik kata2 nallakaruppan, seorang aparatcik umno berdiri di tangga sebuah surau di Selangor sewaktu para2 ibu yang selesai kuliah asar ingin balik.
Dia tak semena2 menyatakan dia adalah bekas kawan baik DSAI dan dia kini sudah tak percaya dengan DSAI kerana dia berkelakuan buruk! Banyak lagi yang dia sebut tapi mertua saya enggan sebut!
Tercengang2 kaum ibu itu semua mendengar kata2 mamat ni. Bila hari DSAI ditangkap selepas Demo di Dataran Merdeka, barulah ibu mertua saya beritahu kami semua tentang insiden yang berlaku di surau itu.
Kenapa perlu mamat ini bercakap di kaki tangga surau??? Inikah jalan kebenaran Mahadeiiii???
DAN adakah mamat ini spesis batu ronson?????
Dear anon 4 February 2013 21:25:00;
ReplyDeleteDo you have to be in hell to know why?
BATU RONSON,
ReplyDeleteHang nie jenisMelayu mudah lupa!
Ni citer apa Pak Aspan??
ReplyDeletehttp://tukartiub.blogspot.com/2013/02/world-breaking-news-tukar-tiub-pemecah.html
Najib sudah mula bertindak ke atas SAKI BAKI monteri2 kabinet dapur Mahadeii??
SPRING CLEANING OF MAHADEIII BOYS???
hehehe
RILEKS KAN MINDA....baca ini.
ReplyDeletehttp://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=42711:bahaya-dihadapan-perhatian-tertumpu-pada-gaya-kamikaze-dr-m-hadapi-isu-perbalahan-dan-penyingkiran-najib&Itemid=2
Najib tewas kerana BR1M 1.0& 2.0 yang sepatutnya tidak patut dilaksanakan.
ReplyDeleteBR1M adalah bagus tetapi cara perlaksanaannya membuat generasi muda meluat dan akan mengundi Pakatan Rakyat. Saya dapati pengundi muda yang ego ini akan mengundi Pakatan Rakyat dengan peratusan yang lebih tinggi untuk PRU-13.
Mungkin Najib asalnya orang senang (Anak PM) dan tidak berapa memahami 'psychology' generasi muda kini. Generasi muda kini lebih berwawasan dan bukannya boleh di ambil hati dengan bertepuk tampar, gurau senda atau diberi gula-gula sekali sekala.
UMNO juga mengajar anak muda berfikiran materalistik yang akhirnya UMNO sendiri terjerat dan tidak dapat memuaskan kemahuan generasi muda sekarang.
UMNO juga tidak dapat memberi agama kepada generasi muda yang cenderung kepada 'ISLAM'. Vacuum ini telah disi oleh UStaz Azhar Idrus, yang menyumbangkan kepada kejatuhan UMNO dan BN.
Maka selamat tinggal BN. Jumpa lagi di PRU ke 14.
Mamak memang bijak tapi kebijaksanaan beliau bersikap jahat dan terpesong dari segala gala kebenaran dan kemuliaan.Mamak ini tak bercaya Tuhan dan akhirat itu sebab dia begitu keji dan kejam.Umno hidup pasal Mamak dan tenggelam pun pasal Mamak. Gua sampai sekarang tak paham pasai apa PM takut Mamak ini,mungkin Mamak ada simpan gambar2 ala soilek PM dgn punpuan di Pork Dickson dulu.
ReplyDeleteSalam pak,
ReplyDeleteMahathir menyalahkan semua bekas Presiden umno sebelum dan selepas beliau menjadi Presiden umno. Mahathir juga menyalahkan semua Timbalan Presiden yang beliau lantik sendiri. Semua orang salah kecuali dirinya sendiri.
Mahathir kini sudah jadi macam Ahmad Nesfu dalam cerita Tiga Abdul. Najib sudah jadi tuan punahsihat 25percent. Tangan Mahathir sudah tahap mengeletar macam tangan Ahmad Nesfu. Semua yang dibuat tak kena belaka. Nampaknya kita tunggu ajelah siapa yang bakal kena jual.
MOhd Zuki
Utk jadi mudah tak payah le ambil peduli apa yg si tua ni kata,situa ni nak jaga kepentingan anak2 dia bukan kepentingan org islam/melayu.
ReplyDeleteAmbik peduli yg mudah dulu. Senang nak godam. Situa tu hulloq kita kerat keluaq pucok kita tebas. Huloq tali kita cantas. Huloq tgn minta nyawa kita pijak2 kita benam2 bg lemas cepat kojol.
DeleteRonson kata situa tua ngrwan terbilang sejak adAm. Betoi lah tu. Terbilang sebagai petualang. Si ronson pulak budak suruhan yg terAmat setia. Paham ke dak kriteria negarawan? Salah satunya beliau di sanjung 99% rakyat msia. Adaka 99% rakyatt msia sanjung situa mahadei ni? Ko.jwb sendiri la bt ronson utk sedapkan hati & jiwa. Pi ngaji lg. Muhammad kekasih Allah adalah manusia dan pemimpin tiada tolok banding. Bukan situa tu.. jumpa akku nanti di titi rambut belah 7.