BN sudah mula membahagi-bahagikan
Bantuan Rakyat 1Malaysia. BRIM buat kali kedua dan inilah dia senjata terakhir
UMNO serta BN untuk menentukan hidup matinya parti pemerintah selama 56 tahun
itu. Bantuan RM500 itu menjadi kebanggaan Najib dan pimpinan BN kononnya begitu
prihatin terhadap rakyat yang susah dan tidak berkemampuan. UMNO terutamanya
Najib mengesahkan persepsi ramai yang UMNO sentiasa bergantung kepada kesusahan
rakyat dengan menitiskan setitik dua air ke tekak mereka yang dahaga. Najib
kini sedang melukah di tempat yang genting dan sempit.
Persoalannya, bagaimana sebuah
negara yang telah merdeka selama 56 tahun masih berjuta-juta rakyat yang susah
dan terpaksa memberikan bantuan RM500 bila pilihanraya tiba? Kalaulah keadaan
sebegini, bagaimana pimpinan kerajaan kita begitu bangga mengaku yang negara
kita sudah menghampiri ke tahap negara maju? Bagaimanakah wang sejumput itu
boleh menukar taraf hidup rakyat keseluruhannya? Inikah dia Program
Transformasi Ekonomi Najib dan UMNO? Sampai bila budaya ini akan dilakukan oleh
kerajaan dan apakah benar bantuan ini boleh menaikkan pendapatan per kapita
rakyat seperti yang digembar-gemburkan oleh Najib dan UMNO nya?
Itu sebabnya rakyat lebih
berkeyakinan cara yang hendak dilakukan oleh Pakatan Rakyat jika mandat itu
adalah cara yang lebih baik, malahan jauh lebih berfaedah dari apa yang diamalkan oleh UMNO dan BN ini. Kalau ditanyakan apakah pandangan pihak pimpinan
UMNO tentang bajet ‘alternative’, PR itu mereka sudah tentu akan menghinanya
kerana mereka tidak mahu PR memerintah dan melaksanakan apa yang dihajati oleh
pihak Pakatan Rakyat itu.
Saya tidak mahu menyentuh tentang
semua yang bakal dilakukan oleh Pakatan Rakyat setelah diizinkan Tuhan untuk
membentuk kerajaan nanti kerana masa dan ruang terlalu suntuk untuk dimuatkan
ke dalam blog ini. Tetapi biarlah saya sentuh dengan ayat dan bahasa yang mudah
bagi memudahkan rakyat yang membaca blog ini untuk memahaminya. Pihak UMNO yang
bakal menjadi pembangkang ini akan membidas apa yang saya perkatakan ini.
Mereka akan memulakan kritikannya terhadap apa yang saya perkatakan ini sebagai
tindakan yang akan membankrapkan negara dan sebagainya.
Menghapuskan tol lebuhraya yang
telah lama seperti lebuhraya Utara Selatan itu sememangnya satu niat yang baik dan
boleh terlaksana jika Pakatan ingin melakukannya setelah mendapat mandat rakyat
nanti. Lebuhraya yang berharga RM6 billion itu telah mengutip hampir RM30
billion dan tidak ada sebab untuk pihak yang mendapat konsessi itu tidak boleh
menurunkan harga tol atau pihak kerajaan memansuhkan kutipan tol itu sama sekali.
Jika janji yang satu ini sahaja terlaksana
sudah cukup untuk memberikan keringanan kepada rakyat, malahan lebih jauh berfaedah
dari rakyat beratur di tengah panas terik menerima baucer RM500 yang tidak
tentu berapa kali kita akan menerimanya. Jika kutipan tol ini dihapuskan satu
perjalanan dari Johor ke Perlis sahaja sudah menghampiri 50% dari wang
BRIM yang Najib dan UMNO bahagi-bahagikan itu. Jika Pakatan Rakyat memerintah
tidak payah berikan wang BRIM ini kerana adalah lebih baik memberikan laluan
perjalanan secara percuma kerana perjalanan kita ke utara ke selatan dan balik
itu lebih kerap dan faedah secara terus terhadap rakyat itu adalah lebih
praktikal untuk kesenangan mereka.
Jika dihapuskan PTPTN pula ia
akan lebih memberikan faedah kepada semua keluarga kerana setiap keluarga mesti
berbelanja untuk anak-anak mereka belajar sampai ke tahap menara gading.
Penghapusan PTPTN ini merupakan satu perkara yang amat menyentuh jiwa dan perasaan
semua rakyat kerana keseluruhan rakyat kita menghadapi masalah pembiayaan
pelajaran untuk anak-anak mereka. Apa yang susah sangat hendak menghapuskan
PTPTN ini seolah-olah PTPTN ini sudah wujud sejak merdeka. PTPTN ini hanya
wujud di zaman Dr Mahathir sahaja kerana dalam pentadbiran beliau wang ringgit
kerajaan digunakan untuk membina ‘empire’ perniagaan kroni dan suku-sakat
mereka sahaja. Selain daripada itu wang rakyat yang ‘bertrillion’ telah digunakan
untuk melaksanan projek yang tidak mendatangkan hasil kepada rakyat.
Sebelum pemerintahan Dr Mahathir
tidak ada pun PTPTN dan semua anak-anak yang pergi belajar ke peringkat universiti
semuanya dibiayaai oleh biasiswa yang puncanya datang dari berbagai pihak.
Sehingga pengakhir 70-an, mahasiswa masih berbincang sesama sendiri
bertanyakan biasiswa mana mereka dapat untuk masuk universiti. “You scholarship
mana?” itu merupakan soalan popular di antara mahasiswa semasa itu. Jawapannya
banyak. Ada yang kata mereka mendapat ‘state scholarship’, ada yang menjawab
‘Bank Bumi Scholarship’ atau ‘federal scholarship’ dan berbagai-bagai lagi.
Semasa itu pendapatan negara
tidaklah sebesar mana pun tetapi rakyat mendapat biasiswa dengan mudah. Tetapi
di samping menjerit dan mengaku negara kita sebuah negara yang sudah hampir
ke tahap negara maju, rakyat tidak dapat lagi biasiswa dan di sebaliknya rakyat
diberikan pinjaman PTPTN yang akhirnya telah menjerumuskan rakyat yang masih
muda terbeban dengan hutang yang bertimbun. Belum pun mendapat pekerjaan hutang
sudah menanti dan surat
saman pun mula datang berulang kali.
Kita telah mendengar cemuhan dari
pihak UMNO dan pimpinannya terhadap cadangan Pakatan Rakyat ini. Berbagai-bagai
macam jawapan dikeluarkan untuk meremehkan niat Pakatan Rakyat itu dengan
mengungut rakyat yang negara akan menjadi muflis jika Pakatan melaksanakan niat
mereka ini. Pimpinan BN selalu meletakkan kemampuan orang lain sama rendahnya
dengan tahap kemampuan pihak lain. Mereka menganggap cita-cita Pakatan Rakyat
itu tidak praktikal kerana mereka menyamakan kemampuan orang lain dengan
kemampuan yang terbatas di kalangan mereka.
Sebenarnya BN bukan tidak mampu
melakukan apa yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat itu, tetapi oleh kerana di
dalam BN itu ada elemen rasuah dan ketidakjujuran maka ia tidak mungkin dapat
dilaksanakan. Untuk melaksanakan usaha dan niat Pakatan Rakyat itu ia memerlukan
usaha gigih tanpa mempunyai unsur rasuah. Jika pemimpin mengamalkan budaya
rasuah sesiapa pun yang memimpin itu tidak akan berdaya untuk membuat keputusan
yang baik kerana ada kepentingan peribadi.
Di kesebelasan negara Scandinavia dan beberapa negara di Eropah, pelajaran
adalah percuma sedangkan negara-negara itu bukannya negara kaya yang dilimpahi
dengan penghasilan minyak dan sebagainya. Tetapi oleh kerana kerajaan mereka
merupakan kerajaan yang bersih dan tidak berbelanja wang rakyat seperti wang
datuk atau nenek mereka, maka dapatlah mereka memberikan pelajaran dan pendidikan
percuma sehingga ke peringkat yang tinggi.
Tetapi di Malaysia ini rakyat sebaliknya
terpaksa berkorban kerana karenah dan sikap pembaziran pemimpin serta keluarga
mereka menggunakan kesempatan untuk memberikan tumpuan bagi kepentingan kroni
dan keluarga mereka. Maka pemimpin-pemimpin tidak akan memberikan tumpuan untuk
memberikan hak rakyat itu. Untuk memberikan hak rakyat itu ia memerlukan
pimpinan yang serius serta kerajaan yang peka terhadap keperluan rakyat itu
dengan pelan pembangunan untuk mereka (rakyat) yang berkesan.
Kita perlu mengenepikan
pemimpin-pemimpin yang terlalu joli dengan wang rakyat tanpa rasa bersalah itu
dan kebetulannya pemimpin jenis ini semuanya dari UMNO dan MCA. Budaya
bersukaria menggunakan kemudahan dan wang rakyat ini sudah dibudayakan dan
adalah menjadi dosa yang begitu besar jika rakyat membiarkan perkara ini
berterusan berlaku.
“You scholarship mana?” itu merupakan soalan popular di antara mahasiswa,,, saya sangat setuju dgn tulisan tuan tapi selepas itu BN dgn lahapnya telah memakan kegembiraan dan kebanggaan mahasiswa tersebut,,, sungguh jahat si bapa Perasuah
ReplyDeleteMahathir memang belanja " IKUT SUKA AKU".Apa kata Soros tentang Mahathir? Mahathir ini bodoh sombong! Apa guna ada Twin Tower ? Apa guna ada Kl tower? lebih baik wang itu digunakan untuk modal insan terutamanya Rakyat Malaysia. Ini tidak, Mahathir mementingkan persen dari kroni-kroninya!
ReplyDeleteMahathir sudah ketinggalan zaman mengguna isu ketuanan Melayu.Isu ini dikaitkan dg isu perkauman.DNA Mahathir memang jenis Kerala.Mahathir menghentam Rakyat Malaysia keturunan Cina utk mendapat undi Melayu.Melayu pun tidak bodoh mahathir! Engkau berikan semua tanah di Sentul kpd YTL.Tentang bisnes engkau bersekongkol dg orang-0rang Cina.Nak dapat undi dari orang Melayu !, engkau guna approach perkauman! Jenia apakah mamak ni?
PLUS telah ujud selama lebih 30 tahun. Kroni Mahathir dah pungut berguni-guni wang rakyat yg membayar duit tol! Sudah melebihi dari kos sebenar.Tapi mamak jahanam ni boleh tersenyum lebar mengaut duit Rakyat.
Anak Rakyat disuruh ambil PTPTN. Anak Menteri dapat scholarship belajar di luar negara walaupun keputusan SPM tidak baik. Bila dah graduate, anak menteri senang dapat kerja dg keputusan ijazah yg tidak boleh dibanggakan.Anak Rakyat terpaksa bekerja di Luar negara!Apakah keadilan yg diamalkan oleh UMNO?
Setakat BRIM....di mana-mana orang berkata. Alahai itu duit rakyat! dia beri rm 500 kpd kita tetapi mereka yg berkuasa sapu berjuta-juta. kita ambil uit BRIM kerana ini bukan duit bapak Najib! Ini duit Rakyat.Undi ...sori.lah...Kita hendak tol dihapuskan, PTPTN juga dihapuskan.Tidak ada AES.Kita hendak harga minyak turun!Kita nak semua projek Kerajaan diberi kpd Rakyat dan bukannya kroni serta anak-anak mantan PM,PM,TPM dan Menteri-menteri UMNO/BN
Baling
Syabas AA dgn maklumat yg d beri tapi masih ramai terutama Melayu yg tak dengar atau tak tshu ttg fakta ini ! Tlg beri tshu cara utk sebar kan maklumat ini?
ReplyDeleteGermanay yg pernah musnah dalam perang pun bagi pendidikan percuma untuk rakyatnya..siapa kata? Duta German di malaysia. Rujuk Radio BFM 89.9
ReplyDeleteTuan,
ReplyDeleteBR1M adalah usaha Najib untuk menutup kegagalan UMNO selama 56 tahun untuk memartabatkan kedudukan orang melayu apabila menjelang PRU 13.
Kegagalan yang paling ketara boleh dilihat dari statistik dimana 1/2 atau 8.5 juta orang melayu berpendapatan RM 1,500 sebulan.
BR1M ni samalah cara jenaka bagaimana hendak suruh lembu-lembu makan rumput kering. Tuan lembu pakaikan lembu-lembu dia spek hijau supaya nampak rumput kering tu macam rumput hijau. Bia lembu tanya mengapa rasa lain dari biasa, tuan lembu tu bagaitau, ini rumput segar berperisa baru, maklumlah sekarang ini bermacam-macam teknologi moden telah dicipta untuk melestarikan kehidupan.
Dulu spek hijau yang dipakaikan epada orang melayu dalam bentuk wang RM 50 dan sehelai kain pelikat/ batik. Sebab dunia hari dah maju kedepan, spek hijau itu telah ditukar menjadi BR1M, ST1M dll.
Menipu menggunakan tektik " ala spek hijau" ini adalah satu kezaliman yang tidak dapat dimaafkan dan kejam. Kesempitan yang dihadapi hari ini adalah sesuatu keperitan yang dihadapi setiap hari tidak tahu bila akan berakhir. Semakin hari himpitan kesempitan hidup semakin terasa dengan kenaikan harga barangan tanpa kawalan oleh kerajaan.
BR1M diberi hanya kerana hendak diadakan PRU 13 je. DApat sekali sahaja dan hanya mampu menyelesai masaalah yang dihadapi paling lama untuk sebulan. Kebanyakannya dapat pagi, petang sudah dibelanja untuk membayar hutang dan membeli keperluan. 11 bulan lagi, untuk mengenapkan tahun 2013 terpakasalah menghadapi balik keperitan yang dialami sebelum dapat BRIM.
YAng layak menerima BR1M dari kalangan orang melayu secara rambang ialah 8.5 juta. Sedangkan jumlah penerima BR1M yang diluluskan meliputi semua kaum tak sampai 4 juta orang.
JIka kita mengambil kira pendapatan RM 760 kebawah ia itu threshold miskin tegar di semenanjung, jumlah penerima yang layak untuk menerim BR1M dari golongan ini ( yang berada juga dalam kolompok 8.5 juta diatas )mungkin akan memakan 1/2 dari jumlah penerima BRIM yang diluluskan. Adakah kesemuanya diluluskan untuk menerima BRIM? Ini satu realiti yang menyedihkan hati yang kita tidak boleh pandang ringan.
Satu lagi aspek kehidupan didalam dunia moden hari ini, pendapatan bulanan yang mencukupi adalah aspek terpenting yang boleh dan berupaya memberi keselesaan dan meningkat keupayaan aspek-aspek kehidupan yang lain seperti pendidikan, kesihatan dsbnya.
Realiti yang ada dihadapan mata kita jauh berbeza. Orang melayu perlu berfikiran lebih jauh dan luas kehadapan dalam aspek kehidupan, tidak lagi perkara-perkara remeh temeh seperti kita lihat hari ini.
Zack
Salam,
ReplyDeleteSaya masih ingat sekitar 1980, bila cikgu kata sesiapa SPM Gred 1, boleh pergi oversea. Wah, kami tanya, mana ada duit pergi jauh, apatah lagi ke Amerika Syarikat atau England. Cikgu kata jangan risau, ada biasiswa kerajaan, biasiswa negeri dll.
Maka adalah beberapa pelajar belajar bersungguh-sungguh, dan akhirnya berjaya ke US atau UK. Ada yang lebih bagus, terus sampai peringkat Master.
Bayangkan, SPM, belajar Fizik, Math, Kimia, Perdagangan dalam Bahasa Malaysia. Tak ada masalah pun.
Lepas SPM langsung ke luar negeri, walau Gred Satu peringkat paling rendah. Ada kawan saya Gred Satu peringkat rendah, aliran sastera, dapat biasiswa amkbik Sains Politik kat US.
Sekarang huh.... nak setangah mati belajar SPM dan pelajar sampai dapat 8A pun tak dapat ke oversea.
Lagi bagus dapat kredit biasa-biasa saja.
Sebab apa? sebab duit banyak masuk poket menteri-menteri UMNO BN.
Yang hairan, kenapa banyak anak menteri dapat belajar ke oversea ada biasiswa walaupun result SPM macam taik. Kerana rasuah! kerana anak datuk.
Kita tidak pandang rendah IPTA tempatan, tapi berilah biasiswa kepada yang sangat-sangat memerlukan. Dan ....IPTA tempatan mestilah berKUALITI tinggi, bukan tempat main angguk kepala sahaja.
Berani berhujjah kebenaran, barulah lahir graduan berkualiti.
Barulah universiti Malaysia setaraf dunia.
Salam Tuan Aspan!
ReplyDeleteHujah yang mengatakan dengan pendidikan percuma dari rendah, menengah hingga Universiti boleh menbankrapkan negara adalah hujah yang paling lahanat keluar dari mulut pemimpin-pemimpin Umno.
Dizaman negara ini masih mundur dari tahun tujuh puluhan hingga lapan puluhan, ada ramai pelajar yang dapat biasiswa dan negara tidak pun bangkrap. Tapi merekalah pemimpin lahanat yang ambil duit EPF dan bagi pada rakyat, walhal duit itu adalah duit kita sendiri yang mencarumnya. Ini satu penipuan besar dan pengkhianatan bagi rakyat
Pak Aspan,
ReplyDeleteWhy All Public Higher Education Should Be Free
Assalamualaikum...saya sangat setuju dgn pendapat En.Aspan dan mrk2 yg memberi komen di sini.Saya ada satu pendapat tetapi terkeluar drp tajuk prbincangan iaitu terdapat warga emas dan pnyokong tegar Umno yg bila diceritakn hal ini mgaku akan kelemahan kerajaan Umno tp mrk merasakn perlu lg mgundi Umno sbb bg mrk Umno masih kuat dan ramai pnyokongnya.Bg puak2 ni 'tak guna sokong PR sbb PR masih baru dan x sekuat Umno'.Mrk tak tau pnyokong PR lebih ramai dr Umno buktinya Himpunan BERSIH lebih ramai yg turun brbanding Himpunan anjuran BN sbb tgk TV3 suku dan Utusan Meloya.Umno ramai sbb ada Bangla,Myanmar,Indon dll.
ReplyDeleteKesimpulannya puak ni hanya sokong parti yg boleh menang dan kuat pada kacamata mrk.Jd, saya berpendapat untuk menunjukkan rakyat Msia bersatu menentang BN dlm PRU13 ni...semua pgundi yg menyokong PR wajib mgibarkan bendera PAS @ DAP @ PKR di rumah masing2.Guna kawasan rumah kita sendiri dan hasilnya puak2 pnyokong tegar Umno Bn ni blh kira sendiri...brp kerat sangat rumah yg berbendera Umno Bn.Memasang bendera PR di rumah kita blh mmbuktikan kesungguhan kita ingin mnjatuhkn Bn...sama mcm kita turun beramai2 utk BERSIH.
Salam Sdra Aspan,
ReplyDeleteMaaf sy tidak mengenali sdra secara dekat namun sy kerap mengikuti tulisan sdra. Tahniah dan terima kasih kerana ia sangatlah berinformasi.
Pada sy syor Pakatan Rakyat jauh lebih baik dari pemberian berbentuk wang kepada rakyat kerana wang BR1M yang segenggam tu cuma setahun sekali. Apa yang rakyat mahukan ialah pemberian berbentuk potongan seperti bil air diSelangor misalnya banyak membantu sebenarnya. Maaf sy tak sentuh PTPTN dan sbagainya tetapi sy amat setuju jika ianya dihapuskan.
Sy ada kawan diPulau Penang yang berumur 60 keatas berbangsa cina dgn bangga memberitahu saya begini..Sy diPenang dah lah dapat pencen dapat wang saguhati lagi dari Kerajaan negeri..kamu diSarawak ada ke...? Tersipu-sipu saya mengaku tidak ada..
As Salam Tuan AA.
ReplyDeleteSaya sokong sangat pendapat yang amat bernas dan tepat dari "Baling" itu. Soros adalah jauh lebih Mulia dan berprinsip daripada Mamak Kutty Kerala ini.
Mamak Kutty Kerala ini hanya pandai memijak-mijak kepala Si Tua Melayu Bodoh sampai lumat, memainkan sentimen perkauman, provokasi dan sentimen bangsa untuk terus berkuasa.
Kadangkala sukar sungguh untuk memahami kepala Si Tua Melayu Bodoh penyokong tegar UMNO ini. Mengapa mereka rasa terlalu terhutang budi kepada UMNO? Adakah mereka ini mendapat pencen dari aset UMNO? Adakah setelah mereka memilih pemimpin dari kalangan UMNO dan pemimpin itu jatuh papa kedana setelah tidak lagi pemimpin? Thailand, Indon dan Taiwan, tiada pun parti UMNO atau pemimpin seperti Mamak Kutty ini, adakah mereka semakin mundur? Jika disenaraikan apa yang dibangunkan oleh Mamak Kutty Kerala ini semuanya hanya menguntungkan kroni dan kaum keluarganya sahaja, jika Melayu dan negara ini semakin maju pun adalah kerana tempias perubahan zaman dan kemasukkan maklumat serta kemajuan dari negara jiran atau negara maju yang lain. Itu pun semuanya berbayar menggunakan cukai dan wang rakyat juga.
PM Ah Jibo Gor ini tak usahlah nak dibincangkan dia ni, belajar pun atas tiket anak orang kenamaan aje dan separuh jalan pula tu, politik beliau sentiasa tanpa cabaran "play safe", itu sebabnya perjuangan bangsa beliau hanya setakat tumit kaki Anwar aje.....
Apa yang boleh dibanggakan oleh UMNO terhadap rakyat di negara ini adalah kerana mereka berjaya memperbodohkan bangsa Melayu dan menjadikan Melayu seperti hamba abdi untuk dipijak kepalanya bagi pemimpin (penyangak) mereka untuk naik ke atas.
Jika di PRU13 nanti, UMNO dan BN masih dipilih (undi secara sah) oleh rakyat, maka sah lah yang rakyat negara ini yang memilih mereka ini dah memang "bodoh ke akhir hayat"(macam Ketul Batu Ron95 tu!).
Salam Sdr Aspan.
ReplyDeleteTABEK,Isu sebenar yg diulas dgn jitu.
Kalau BN cerdik dia kaji isu yg diutarakan, guna apa yg baik.Itu cara orang pandai bertindak.
JANGAN HARAP..... BN adalah kerajaan yg BODOH TAK BOLEH DIAJAR.
PRU 13 nanti Insyaallah kertas undi akan mengajar mereka.
Negara Maju 2020, Negara berpendapatan tinggi 2020, Hapus kemiskinan bla..bla....bla....
Sekarang ini lebih 3 juta rakyat miskin dan ssuka2 menerima bantuan tunai kerajaan.
Jangan terperanjat jika matawang Malaysia akan mempunyai dua angka kosong ditambah dibelakang nilai yg sedia ada untuk mencapai matlamat pendapatan minima rakyat.
............Jangan terperanjat jika kerajaan baru terpaksa mendirikan banyak penjara2 baru.
............Jangan terperanjat jika rakyat miskin menerima wang saraan bulanan .....
Apabila PR memerintah .......
ALLAHUAKBAR....Myi
Salam Sdr Aspan.
ReplyDeleteTABEK,Isu sebenar yg diulas dgn jitu.
Kalau BN cerdik dia kaji isu yg diutarakan, guna apa yg baik.Itu cara orang pandai bertindak.
JANGAN HARAP..... BN adalah kerajaan yg BODOH TAK BOLEH DIAJAR.
PRU 13 nanti Insyaallah kertas undi akan mengajar mereka.
Negara Maju 2020, Negara berpendapatan tinggi 2020, Hapus kemiskinan bla..bla....bla....
Sekarang ini lebih 3 juta rakyat miskin dan ssuka2 menerima bantuan tunai kerajaan.
Jangan terperanjat jika matawang Malaysia akan mempunyai dua angka kosong ditambah dibelakang nilai yg sedia ada untuk mencapai matlamat pendapatan minima rakyat.
............Jangan terperanjat jika kerajaan baru terpaksa mendirikan banyak penjara2 baru.
............Jangan terperanjat jika rakyat miskin menerima wang saraan bulanan .....
Apabila PR memerintah .......
ALLAHUAKBAR....Myi
Ulasan isu2 terkini yg tinggi mutunya dan penuh intelektual.
ReplyDeleteTahniah Pak AA, hebat mu Pak Long Baling. Kupang mari ka, Bungoq mari. Mari aku tambah satu hal lagi pasai serakahnya umno ni. Mu thou pasai AES kan? Mai habaq kat aku mana ocpd yg bayaq saman aes. Mai habaq kat aku IGP ada bayaq saman aes ka? Ada pak menteri umno bayaq saman aes? Sapa bayaq pak long? Aku. Mu. Penoreh getah Rambong nu. Penarik taksi Siong nu-Pang Lang Peli. Adil ka? Yg kaya ada pangkat write-off. Hakpapa kedana yg bayaq saman. Serupa juga dgn biasiswa, anak dema ambik ptptn ka?! Biasiswa buleh kat dema, ptptn buleh kat kita. Udah. Kita rebankan umno kali ni. Amaran: "mu tipu pru rakyat bangkit humban kamu".
ReplyDeleteAssalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
ReplyDeleteAllahu akbar! Nah, inilah natijahnya kalau dah ada highway tapi masih guna jalan kampung konon nak elak "jam" tapi paksa orang lain guna, kemudian, "charge" dengan tol, saman, dan entah trillionan apa lagi-lah tu ... Maksud saya, sememangnya UMNO kini telah terkeluar sama sekali daripada prinsip asal perjuangannya dik jagaan para penjenayah tegar; OK tak? Tak payah banyak: BRIM yang kononnya aspirasi prihatin kepimpinan yang diucapkan Menteri Wilayah Persekutuan itu pada majlis yang saya hadiri baru-baru ini, aspirasi apa namanya tu, kalau dibahagikan dengan 365 hari, baru RM1.36 sahaja; hanya dapat minum secawan teh tarik aja, tau? Atau lebih tepat, macam bagi duit kat budak-budak sekolah aja sehari pada zaman sekolah kita dulu?
Oh ya, sekadar berkongsi tentang al-kisah biasiswa: Saya pernah ditawarkan biasiswa oleh sebuah agensi di negeri TPM kita sekarang ini hampir 22 tahun yang lalu untuk belajar di luar negara. Tapi, yang lucunya, baru-baru ini, saya telah menerima dua notis saman kononnya saya gagal membayar pinjaman pelajaran yang saya pohon dan berhasrat menyaman saya tanpa notis kalau dah sampai notis ketiga. Sudahlah begitu; pada notis pertama, saya dikatakan memohon pinjaman pelajaran pada 9 Januari, 2004; sedangkan ketika itu, saya sudah setengah tahun balik ke KL ni, hanya untuk mencari kerja tetap, tetapi masih gagal ... Lalu, saya terus bertindak menelefon agensi berkenaan dan mengasaknya dengan soalan-soalan logik yang akhirnya tak terjawab! Lalu, untuk menutup aib, mereka minta pula saya untuk mengemukakan dokumen-dokumen bukti yang saya "tanam anggur" sehingga kini; lalu, atas nasihat dan komitmen sebuah NGO, sokongan rakan-rakan dan kesediaan bantuan dan sokongan perundangan beberapa orang peguam, akhirnya, saya kemukakan dokumen-dokumen tersebut dan masih menunggu respond agensi berkenaan. Apapun, sekiranya mereka masih nak main perang di "court", saya tak gentar, insha Allah; malah, silap-silap haribulan, dia orang pulak-lah nanti yang akan tersungkur, K? Mengakhiri perkongsian ini, saya tetap dengan prinsip: dia bagi kita ambil; tang pilih, "Wa Punya Suka-lah!!!"
Terima kasih dan salam jihad.
Taktik umno/bn..ialah..hendakkan rakyat malayisa kelabu/keliru..supaya senang di kotik katik kan...
ReplyDeleteSekarang ini..hanya pengundi asing yg mendapat ic menjadi talian hidup umno/bn...rakyat malaysia yg menyokong pakatan rakyat hendaklah memberi amaran kepada asing supaya jgn menjadi pengundi hantu dlm pilihanraya malaysia...
rakyat asing yg dijanji ic dan yg sudah mendapat ic..skrg ne bersikap kurang ajar..mentang mentang telah mendapat ic..jika ditakdirkan pakatan rakyat menang BATALKAN ic yg telah di berikan..pendatang ini akan menjadi alat pada bn pada pilihanraya yg akan dtg..MARUAH rakyat malaysia harus dijaga..
Najib kena serang kiri kanan. Di luar pembangkang hentam. Dalam parti sendiri pun kena tibai. Balik rumah pulak kena sergah. Mana mau pigi ha!
ReplyDeleteNajib tak takut serangan rakyat, yang dia paling takut adalah serangan jantung kerana ini azab Allah.
ReplyDeleteMahathir jugak gitu sedang menunggu serangan stroke sebagai azab Allah sebelum dimasukkan ke dalam gol.
"Wamakaru makrallah, wallohu khairul maakirin"
BN tetap terbaik...dulu, kini, selamanya...!
ReplyDeletekeh keh keh
ReplyDeleteMahadeiii NASIHATKAN najib jangan pedulikan PEMBONGKARAN deepak!
Nak terkentot nenek aku kata!
Mapuh umno mapuh bn
ReplyDelete