Dr Mahathir semakin hari semakin
tidak berpedoman dengan meminta supaya dipinda Perlembagaan untuk memberi kuasa
kepada kerajaan melucutkan kerakyatan kepada peguam-peguam seperti Ambiga, Pengerusi
Bersih dan yang lain-lain. Ini di sebabkan Mahathir tidak selari dengan pemikiran manusia yang bertamaddun dan selari dengan kehendak masa dan zaman rakyat dan negara. Mereka dianggap sebagai penentang kerajaan oleh Dr Mahathir.
Sikap Dr Mahathir semakin hari semakin mencacau dan tidak lagi menampakkan ciri-ciri seorang yang berkepimpinan untuk sebuah negara demokrasi yang beliau pernah pimpin ini. Cadangan beliau itu merupakan satu cadangan yang begitu 'unconstitutional' dan amat memeranjatkan ramai. Kata-kata yang begitu 'unlawful' itu meranapkan imej Dr Mahathir dan tidak mungkin beliau dianggap sebagai seorang negarawan sampai bila-bila.
Sikap Dr Mahathir semakin hari semakin mencacau dan tidak lagi menampakkan ciri-ciri seorang yang berkepimpinan untuk sebuah negara demokrasi yang beliau pernah pimpin ini. Cadangan beliau itu merupakan satu cadangan yang begitu 'unconstitutional' dan amat memeranjatkan ramai. Kata-kata yang begitu 'unlawful' itu meranapkan imej Dr Mahathir dan tidak mungkin beliau dianggap sebagai seorang negarawan sampai bila-bila.
Dengan sikap Dr Mahathir ini maka
semakin hari semakin jelas membuktikan yang bekas PM ini merupakan
orang yang bertanggungjawab menjadikan minda rakyat beku khususnya orang Melayu
yang beliau pimpin melalui UMNO selama dua dekad itu. Bagi Mahathir memberikan
tekanan untuk meningkatkan ketelusan dan kebersihan di dalam pilihanraya negara.
Memberikan pandangan yang berbeza dan mendesak untuk mendapatkan hak rakyat itu
adalah salah kepada pemimpin yang sudah lama bersara ini.
Elok kita bertanya kepada Dr Mahathir apa kesalahan
yang telah dilakukan oleh Ambiga sehingga Mahathir bermain dengan pandangan yang
Ambiga layak dilucutkan kerakyatannya kerana meminta diadakan pilihanraya yang
bersih. Bukankah kita sedang melihat ketidak adilan pihak berkuasa dalam
menghadapi pilihanraya ini?
Bukankah kita melihat dan
menonton saluran TV yang hanya di kuasai oleh UMNO dan BN dan tidak memberikan
peluang kepada pihak pembangkang untuk pemimpin-pemimpinnya mendapatkan peluang
untuk berhubung dengan rakyat? UMNO boleh menggunakan saluran-saluran TV yang
ada untuk membidas pihak pembangkang tetapi dalam sebuah demokrasi pembangkang
berhak untuk di berikan peluang yang sama untuk menjawab tuduhan dan tohmahan
pihak kerajaan melalui saluran-saluran TV itu.
Bukankah Bersih dan Ambiga
menuntut keseimbangan peluang untuk kedua-dua belah pihak untuk mendapatkan
liputan masing-masing. Apakah salah bagi sesiapa yang tertekan untuk
mendapatkan pembelaan. Kenyataan Mahathir ini memaparkan kepada kita yang
Mahathir hanya berani melawan musuh yang diikat dan saya selalu mengatakan
bahawa sesungguhnya Mahathir merupakan seorang pengecut dari dulu sehingga
sekarang. Mahathir bijak menutup sikap pengecutnya kerana beliau pandai
menggunakan orang lain untuk menyokongnya dengan memelihara politik dan
kepentingan kroni dan pengampu beliau selama ini.
Mahathir telah membentuk kumpulan
kepimpinan di sekeliling beliau yang tugas mereka hanyalah untuk menghiburkan
beliau semata-mata. Hanya mereka yang berjiwa kecil dan fakir sahaja yang suka
kepada ampuan sahaja dan tidak boleh di tegur dan dikritik. Mengkritik beliau
atau kerajaan yang di sokong beliau dianggap sebagai pengkhianat dan layak di
lucutkan kerakyatan mereka. Bagi Dr Mahathir sesiapa yang membangkang itu
adalah pengkhianat negara dan rakyat selayaknya hanya untuk menjadi pengangguk
dan pengampu sahaja.
Semasa Dr Mahthir sehingga
sekarang ini demokrasi tidak terlaksana dengan adil. Bagi pimpinan UMNO
dan BN itu mengadakan pilihanraya itu merupakan satu-satunya ciri demokrasi,
tetapi cara pilihanraya itu diadakan sesungguhnya jauh dari demokratik. Pihak
pembangkang selama ini diikat dan digari dan UMNO membelasah mereka yang
tergari ini. UMNO tidak berani bermain di atas padang yang rata. Bagi UMNO digari dahulu
barulah mereka berani berlawan.
Sifat UMNO yang di tonjolkan oleh
Mahathir itu telah pun sama-sama kita lihat seperti yang dilakukan keatas
seorang jaga yang telah di belasah dan di bunuh oleh pasukan polis semasa jaga
itu masih di gari baru-baru ini. Mayatnya masih tergari semasa sampai di bilik
mayat hospital. UMNO begitulah sikapnya. UMNO hanya berani berlawan apabila
pembangkang di ikat tangan mereka. Hendak berlawan secara demokrasi yang tulin
sampai sekarang UMNO belum berjaya membuktikannya kepada rakyat tempatan dan
masyarakat antarabangsa.
Sesungguhnya dari segi moralnya
Mahathir lah yang sepatutnya dilucutkan kerakyatan beliau kerana kerenah beliau
telah memecah belahkan rakyat berbilang kaum yang dahuluinya hidup dalam
situasi muhibbah dan bersatu. Mahathir telah pun mengaku yang beliau terlibat
dalam pemberian kerakyatan kepada pendatang Filipina dan ini merupakan satu
pengkhianatan terhadap negara dan selayaknya dilucutkan kerakyatan beliau
sebaliknya.
Mahathir sudah sebegitu lama
menganggap kesabaran rakyat menahan kerenah beliau itu sebagai kelemahan
rakyat. Beliau terlalu biasa mengambil kesempatan terhadap rakyat dan sanggup
membekukan pemikiran rakyat dan befikir dengan nilai yang terbalik dari nilai
manusia yang biasa. Mahathir telah cuba untuk mengalihkan pusingan
dunia ini. Mahathir cuba
untuk membuatkan matahari terbit dari barat dan terbenam di timur. Mahathir mahu menjadi malam itu siang dan
siang itu dijadikan malam.
Mahathir sesungguhnya tidak
bersikap seperti seorang negarawan seperti yang dilabelkan oleh penyokong
beliau terhadapnya. Negara selalunya tidak merapek dan merapu bila memberikan pandangan
terhadap sesuatu isu. Semakin hari semakin jelas siapa Mahathir sebenarnya.
Beliau hanya sebagai seorang yang
tidak berpendirian yang selari dengan tamadun dan kehendak negara yang kini
sedang menuju kearah perubahan dan pembaharuan dalam semua bidang kehidupan
bernegara.
mamak kutti kata undilah walau bukan melayu asal bn mamak mudah lupa daa ,ABU sahaja selamatkan negara dari para pemimpin korup !
ReplyDeleteMahathir adalah satu-satunya diktator di dunia yang dipilih melalui proses demokrasi, demokrasi yang mengikut acuan beliau sendiri.
ReplyDeleteMahathir harbors a deep insecurity. He is unsure, doubtful of who he is. He needs to prove, assert and reassure himself that he is "Malay" knowing deep down that he is "not really". As the inevitable draws nearer the more the urge to be sure, to prove that he is indeed Malay.
ReplyDeleteWell Mahathir better wake up from the self-imposed delusion. All of us are mongrels! Thoroughbreds have all died. They cannot survive in the real world.
when he was made PM some 22 years ago, I had
ReplyDeletegreat admirations for his stewardship of this
country. Then came Tg. Razali, and seeing real
threat to him personally, he started to lie to save
himself, and he continued lying on everything
ever since.
Avalion
Saudara AA dan para blogger
ReplyDeleteSepatutnya Mahathir diberi anugerah "Badut Abad ke 20 dan 21" atas segala kerenah yang telah beliau lakukan.
When ordinary people lose trust in the institutions, they lose trust in the society....once the trust is broken, it is difficult or impossible to restore.
ReplyDeleteThe ordinary people's trust had been betrayed by their ' leaders ' for so long....it's a long journey to restore this trust with significant impact on the ordinary people and economy.
Kalau ada rakyat yang perlu dilucutkan kerakyatannya maka orang pertama dan sangat patut ialah Mahadir! Ini kerana sikap dan perbuatan khianat dan derhakanya kepada YDPAgong dan negara kerana memberi kerakyatan kepada pendatang filipina untuk tujuan politik dan pengekalan kuasa yang korup! Malah gelaran Tun pun tak layak baginya atas sikapnya itu.
ReplyDeleteSyabas Saudara Aspan! Saya amat menyokong pandangan Saudara. Saya menyokong Mahathir dari aspek pemodenan negara. Tetapi dari segi human rights Mahathir hancur.
ReplyDeletePetualang dan pengkhianat negara sebenar adalah Mahathir sendiri. Dan sosok inilah yang paling afdal untuk diterajang keluar dari negara ini dan dilucutkan sebagai warga negara.
ReplyDeleteApa pun sebaik PR berkuasa nanti..Mahathir harus lebih dulu dibicarakan dan segla harta benda beliau serta keluarga yang jelas diperolehi secara salah dan bercanggah dengan undang undang...haruslah di beku dan dirampas dn dikembalikan kepada rakyat. Hukuman harus dijalankan dan jika panjang umurnya...lucutkan warga negara sebagai satu contoh baik kepada warga lain di Malaysia agar tidak mengkhianati negara sendiri khususnya kaum Melayu.
Pencacai pencacai Mahathir hanyalah golongan yang cuma tahu mengemis dan tidak mampu mencari rezki sendiri melainkan menadah tangan menunggu habuan si mamak Mahathir. Tanpa Mahathir dan UMNO...golongan ini berkemungkinan kebulur kalau masih mengekalkan mentaliti yang sama.
Sempena Tahun Ular ramai pengamal feng sui meramalkan tahun kekacaun politik. Mungkin ramalan itu benar memandangkan "ular tua" semakin meracau dan agresif disaat menanti ajal yang semakin hampir.
ReplyDeleteSetelah 22tahun bermaharajalela adalah diharapkan patukan ular tua itu tidak lagi berbisa dan rakyat mesti berhati-hati supaya tidak lagi terkena patukan si "ular tua" tersebut. Juga dipercayai bahawa kadangkala "syaitan yang dikenali"
boleh menjelma menjadi ular untuk menyelamatkan diri apabila berada dalam keadaan tersepit.
Salam,
ReplyDeleteChe Det....che Det (geleng kepala).
Sudahlah. Lebih baik kamu tulis banyak buku, dari beri komen yang macam budak-budak.
Contoh :
1. Di US, adakah bekas Presiden George Bush (Republican), masih lagi kumat kamit mulutnya hentam Obama(Demokrat)? Tidak! DIa duduk diam-diam di rumah dengan keluargnaya.
2. Di Filipina, apa sudah jadi dengan bekas Presiden Arroyo? Baru-baru ini di tuduh rasuah oleh mahkamah? Di Malaysia??????(kah...kah...Bapa segala rasuah bermaharajalela semakin kaya)
3. Di Australia, adakah huru-hura jadinya bila Julia Gillard ambil alih pemerintahan negara?
4. Di Jepun, adakah ekonomi melingkup habis, apabila tukar Perdana Menteri?
Apa sudah jadi dengan UMNO BN ini?
Semakin tidak matang bicaranya,
Batang kayu di parit kecil di sangka buaya,
Anak kecil di HKL112 di sangka teroris,
Jerung rasuah dilepas ditangkap ikan bilis,
Profesor Matematik kata 700 ribu Menteri bangang kata 20 ribu,
Jangan jangan masa kecik suka main tipu,
Media arus perdana orang sudah meluat,
Media sosial alternatif orang sudah terpikat,
Negara maju bila berdebat bincang ekonomi,
Piemimpin UMNO bila membebel bicara hura-hara sana sini,
Negara maju polis jaga rakyat,
Negara Malaysia ada polis hasut kacau rakyat,
Negara maju media kontrol kerajaan,
Negara Malaysia kerajaan kontrol media,
Pak Jib, lain kita minta lain di beri,
RAKYAT bukan suka mempermainkan diri jati.
As Salam Tuan Aspan.
ReplyDeleteLihatlah semasa di dunia lagi Allah SNT telah menunjukkan balasanNya kepada manusia yang sering melakukan kezaliman, ugutan, penindasan dan muslihat jahat terhadap insan lain untuk terus berkuasa dan diberi kuasa.
Walaupun mempunyai harta dan wang dianggarkan 44 bilion (hasil matekedarah keringat rakyat Malaya), jiwanya (Mahathir) masih berkocakkan dan bercelaru. Jauh sekali perbezaannya jika dibandingkan dengan pimpinan ulama seperti yang dikasihi Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat dalam mengharungi hari-hari tua dan senja mereka.
Betul lah seperti pesanan Khalifah Islam iaitu "ilmu dan amalan akan sentiasa menjaga kita dan mendatangkan rezeki untuk kita, manakala harta dan kemewahan perlu kita pula yang menjaganya dan akan memudaratkan kehidupan kita di dunia".
Semoga Mamak Kutty ini dipanjangkan usia sehingga 30 tahun lagi bagi melengkapkan penipuan yang tidak kesampaian selama 22 tahun dan demi menyelamatkan keluarga dan kroni yang bakal muflis jika beliau KO awal.
inilah perangai BAPAK setan dikenali.. makin lama makin menjadi mcm iblis... semua yg baik jd kesalahan... ikut perangai jahati puok umno ok.. sedarlah kubur doh pangil mari.. rumah doh suruh pergi.... insaflah... masih ada peluang...
ReplyDeletesemakin dekat pilihan raya semakin sasau dan melatah Tun Mahathir dan ini tentu ada sebab mengapa berlaku kepadanya bandingkan dengan pemimpin negara lain bila bersara duduk diam2 termasuk tak mengacau penggantinya.
ReplyDeleteKalau tak ada angin takkan pokok bergoyang dan diharap pokok tak tumbang dan mati bila PRU 13 kepunyaan pakatan rakyat.Rakyat betul2 berharap supaya kekayaan negara yang disonglap olih pemimpin UMNO didapatkan kembali dan digunakan untuk bayar hutang PTPTN ....kerana pelajar2 itu dizalimi atas kerakusan pemimpin UMNO ...
Mahathir bapa perkauman!.Dia kepala BTN.menghasut org Melayu bencikan bukan Melayu.
ReplyDeleteMahathir...Madieyy kerala India ni marga Kutty.Dia ingat dg mata terbeliak itu org takut kpd dia...Dia menjahanamkan sistem kehakiman,Madeiyy juara nego tender.Kesannya dia kumpul USD 44 billion.cakap tak Serupa bikin.
Madeiyy patut diajar bila PR memerintah!Tiada sesiapa kelapak nak dengar rintihan dan keluhan tua bangka ni.Madeiyy mesti dipenjarakan kerana dia pengkhianat bangsa!
Kedah
Jgn lupa..konspirasi siapa yg menyebabkan lucutnya imuniti & keistimewaan raja2 melayu...
ReplyDeletePak Aspan,
ReplyDeleteAmbiga telah kacau sarang tebuan UMNO untuk tetap berkuasa.
Sarang tebuan UMNO ialah SPR.
Tuntutan BERSIH telah mengancam kewibawaan SPR malah telah banyak menonjolkan kebobrokan yang ada dalam SPR selama ini!
Almarhum ust Fadhil Noor pernah mendoakan agar Allah panjangkan usia mahathir ni agar dia dapat lihat balasannya didunia lg.
ReplyDeleteHati dan akalnya sudah hitam.
ReplyDeletePak Aspan;
ReplyDeleteAda pepatah mengatakan, apabila seseorang itu mencapai umur 80 tahun dan keatas, maka perangainya akan menjadi seperti seorang kanak kanak dan kadangkala bersikap BODOH.Mahathir tak dikecualikan.Sepatutnya seorang yang mengambil rasuah dan mentadbir Negara tidak betul atau seorang pemimpin yang mengkayakan sanak saudaranya sepatutnya di lucutkan kewarganegaraannya.
Mahathir sebenarnya sudah nyanyuk dan tidak dapat berfikir dengan waras lagi.Dia siang malam sebenarnya di kejar mimpi ngeri atas kesalahannya yang terlalu banyak ketika menjadi PM dulu..Saya yakin Mahathir sedang mengigau di siang hari, kadangkala menyalak seperti anjing.....
Sejarah malaysia harus di tulis semula..siapa pengkhianat rakyat malaysia dalam isu pemberian oc pada pendatang asing..kalo bukan mahadey..
ReplyDeleteAhli politik pakatan rakyat hendak lah bangkitkan isu ic ne..jika tidak,apa yg mahadey buat di pandang sebelah mata oleh rakyat..ini soal maruah rakyat malaysia..
Bangsa melayu hendaklah sedar akan peranan mahadey yg cuba mengenelamkn org melayu dan menaikkan golongan mamak secara sistematik..walaupon mahadey berlagak seperti dia hero melayu..melayu yg mahu ditipu yg akan menyokong mahadey..
org melayu di kedah hendaklah tolak muhriz mahadey supaya pisang tidak berbuah 2 kali..
mahadey sepatutnya ditangkap dan dipenjarakan atas isu ic..kedaulatan yg dicemari oleg pengkhianat negara..
Not only malay at fault when given him 22 yrs as pm. The chinese, indian and Malaysian at fault. Change now or never.
ReplyDeleteMahathir sudah hilang taring....hayatnya bakal tiba tak lama lgi........hehehe
ReplyDeleteMahadei ingat kita tak boleh baca mainan politik kotor lagi jijik dia!
ReplyDeletehttp://www.malaysiakini.com/news/221122
Gambar deepak selaku satu dari tetamu kehormat sewaktu sambutan harijadi dia sudah tersebar luas dalam alam maya....
Mahadeiii...lu mau tipu sapa????
brim...rm500 sasaran semua pelusuk negeri...highway ader rakyat yg xpakai bab hanyer ader basikal tua ajer..apa yg baik drpd umno kita teruskan selepas pkr ambik alih nanti.
ReplyDeleteKeje mahadei, brahem perkasa, hassan jati adalah berstrategi HANYA untuk melemahkan Najib selaku Presiden umno dan PM negara. Mereka tak bodoh Pak Aspan
ReplyDeleteSegala yang keluar dari mulut dan tindak tanduk mereka bermatlamat agar Najib bertambah lemah!
Selepas berjaya melemahkan Najib, sehingga minggu lepas dia sudah beri KATA DUA kepada Najib agar BERAMBUS jika dia tak boleh baiki prestasi Paklah pada tahun 2008, secara tetiba dia kini pulak mintak rakyat beri umno 2/3 kerusi Parlimen HANYA untuk melucutkan kerakyatan Ambiga?
Dia TERLUPA bapak dia dapat kerakyatan atas pandangan jauh Tunku sewaktu menguruskan kemerdekaan??
Dia ingat kita semua sudah lupa tentang asal usul dia????????
Kompom Musa(ng) berbulu ayam!
ReplyDeletehttp://www.malaysiakini.com/news/221163
Kita semua jangan lupa!
Paul Keating called him a recalcitrant and boy, has TDM live up to this tag ever since! In fact, Paul was too mild with his description as TDM transformed into something even more sinister than anyone could ever envisage. Nonetheless, the old Devil has finally cornered himself with enough rope to do himself in. Let GE13 be his day of reckoning and may the rakyat light a bonfire worthy of sending Lucifer himself to meet his own Maker.
ReplyDeleteMahathir tidak mampu berfikir lagi...ini kata hati Mahathir
ReplyDelete1. Apa akan jadi dg aku jika UMNO/BN kalah? Apakah aku akan dibicarakan?
2. Memang banyak kesalahan aku semasa 22 tahun dulu...
3. Di mana aku nak sorokkan wang aku berbillion itu?
4. Rakyat sekarang dah cerdik dg ledakan IT. Di mana aku nak letak muka aku yg berkerut ni
5. Apa akan jadi kpd Mokzani ? Habislah kontrek supply minyak kpd MAS akan ditarik balik.
6. Anak aku Mukriz ...dengak kata letak di mana saja di Kedah, dia akan kalah!
7.Mirzan...oh Mirzan..apa akan terjadi dg anak aku.Duit yg aku suruh MISC bagi 2 billion itu belum lagi dibayar balik.
KENAPALAH AKU LETAK JAWATAN DULU?...suara kecil berbisik kat telinga Mahathir..engkau kesannya bodoh sombong.Soros cakap.
SG.BULUH
In a real and true democracy, he is just an AVERAGE person.....used by powerful people to create unfounded fear and insecurity and divide and rule the ordinary people.
ReplyDeleteLook at the mess created over the decades, there is no respect for rule and order.....an excellent environment for CRIMINAL activities in the public and private sector.
Talian hayat ameno ialah pengundi hantu pendatang asing..kerana rakyat malaysia khas org melayu tidak mau ameno lagi...
ReplyDeleteSemasa hari pengundian pada pru nnti akan berlaku bergaduhan apabila petugas pakatan rakyat mengesan pengundi hantu..dan pihak bn akan mencetus pergaduhan..untuk membela pengundi hantu..
Pakatan rakyat hendaklah menapis sukarelawan yg akan bertugas di bilik bilik tempat membuang undi,takut ahli ameno yg menyerap masuk sebagai petugas..seterusnya membiarkan sahaja pengundi yg mencurigakan iaitu pengundi hantu..
sekarang ini telah banyak pengundi hantu yg terdiri pendatang asing,cuba menghafal siapa perdana menteri malaysia,siapa agung,dan menyanyi lagu negara ku..takut di soal apabila di tangkap sebagai pengundi hantu..
Kedaulatan sebagai warga negara malaysia harus di pelihara..pengkhianat yg terlibat dlm kes ic di sabah dan seluruh negara hendaklah di dakwa...
Apa cara sah tarik semula gelaran Tun ??
ReplyDeleteJika ada, perlu dilaksana segera sebaik shj. dibuktikan bersalah dlm perbicaraan yg adil.
Seterusnya perbetulkan segala fakta sejarah yg berkaitan, terutamanya buku teks sejarah.
Lagi... tukarkan BTN kepada Biro Penolakkan/Penyucian Pemikiran Ala-beliau (BPPAM)
Lagi... kalau nak listkan semua... tak habis nanti...
"Masih simpan kad ahli UMNO"
madet ..ooooooooo madet..... lombu dah ke kondo... ekau kek mano.... mabuk todi san miguel ko.... madet oooooooo madet....
ReplyDeleteMahathir cakap tak srupa bikin tentang RASUAH...
ReplyDeletewww.youtube.com
Anwar Ibrahim - Siapa mau 5 juta?
Anwar yg tk serupa bikin
ReplyDeleteAnwar tk layak jadi pm
ReplyDelete