07 February 2013

Jika penjenayah masih berkuasa, rakyat salahkanlah diri sendiri

Deepak sekali lagi membawa orang ramai menatapi isu pembunuhan Altantuya dengan membuat kenyataan yang memanaskan semasa perjumpaan Mahfudz Omar, Naib Presiden PAS semalam. Dalam kenyataannya beliau meminta perlindungan dari pihak berkuasa jika beliau memberikan segala bukti pembabitan Najib dan isteriya dalam kes pembunuhan itu.

Isu pembunuhan itu sudah menjadi buah mulut orang ramai sejak bertahun-tahun yang lalu dan dua orang pegawai keselamatan yang berkhidmat dengan Najib dan isterinya telah pun di jatuhkan hukuman mati kerana di sabitkan dengan kesalahan membunuh itu. Kedua-dua pegawai keselamatan yang bertugas dengan keluarga Najib ini telah membunuh seorang wanita Monggolia tanpa sebab kerana tidak dipersoalkan kenapa mereka membunuh wanita yang mengenali Najib dan rakan-rakan beliau itu.

Mahkamah Tinggi negara, mendapati mereka berdua bersalah kerana membunuh keatas dua pegawai Polis itu, tetapi yang amat anih dalam kes ini pihak peguam cara tidak pernah bertanyakan motif pembunuhan oleh kedua-dua pesalah itu. Ini merupakan satu-satunya kes pembunuhan yang sangat anih kerana tidak di sentuh sedikit pun tentang motif pembunuhan terhadap Altantuya itu dan ini lah yang menjadi tandatanya semua pihak. Bagaimana dua orang pegawai keselamatan kepada Perdana Menteri dan isterinya melakukan pembunuhan tanpa sebab.

Semalam Deepak, ‘adik angkat’ Rosmah Mansor sendiri telah meminta Mahfudz Omar untuk melakukan sesuatu bagi melindungi beliau kerana beliau sudah bersedia untuk membongkar segala-galanya tentang apa yang beliau tahu berhubung dengan pembunuhan itu. Di negara ini, kita mempunyai ‘Protection Act 2009’ dan ‘Whistleblower Act 2010’ dan Mahfudz Omar percaya itu mencukupi untuk Deepak berlindung dalam menghadapi pembongkarannya terhadap isu pembunuhan Altantuya beberapa tahun dahulu.

Deepak percaya adalah mustahil bagi Peguam Negara hendak menafikan apa yang ada dengan saya, iaitu bukti-bukti kukuh tentang penglibatan pemimpin utama negara dan isterinya dalam isu pembunuhan ini. “Saya akan membongkar semuanya dan saya mempunyai segala bukti penglibatan semua pihak dalam pembunuhan Altantuya ini” kata Deepak.

Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh pihak Najib termasuk isu-isu yang di sebut oleh Deepak ini untuk membenamkan kes ini dari perbincangan rakyat negara. Tetapi ia tetap menjadi isu yang memanaskan. Saya percaya cadangan setengah pihak untuk membuat penyiasatan dan perbicaraan semula kes ini wajar dilakukan bagi mengelakkan dari rakyat masih tertanya-tanya tentang isu yang melibatkan pemimpin utama negara ini.

Oleh kerana isu ini melibatkan kewibawaan kerajaan dan rakyat negara maka semua pihak mesti berusaha untuk melakukan sesuatu yang benar-benar berkesan untuk menangani isu yang membosankan dan memalukan ini. Ini bukan isu untuk menjatuhkan atau membela mana-mana pihak tetapi ini isu negara dan kedaulatan yang bersama negara itu. Sebuah negara yang berdaulat tidak boleh ambil isu ini secara enteng dan ia perlu dilakukan dengan teliti dan terbuka dan di ketahui oleh rakyat jelata.

Pihak yang bersalah wajib menerima padahnya dan pihak yang berfikir ini adalah isu yang wujud mereka sepatutnya memperbetulkan keadaan samada melalui proses perundangan atau pun melalui politik. Tetapi jika di sandarkan kepada proses undang-undang kita mempunyai Peguam Negara yang menghadapi kredibilitinya. Terlalu banyak isu yang menjengkiti batang tubuh Peguam Negara itu sendiri. Walaupun kita mempunyai ‘Protection Act 2009’ serta ‘Whistleblower Act 2010’, jika Peguam Negara tidak bekerjasama isu ini tidak mungkin mampu di bawa ke tengah.

Masalahnya negara kita telah terlalu rendah kredibiliti institusi demokrasi dan penguatkuasaan undang-undangnya sejak pencabulan Badan Kehakiman dan Perundangan dari zaman Dr Mahathir sehingga sekarang. Banyak kesalahan yang dihadapi oleh pimpinan kita terlalu nyata tetapi tidak mampu diketengahkan kerana kekuasaan politik yang begitu mencengkam.

Selama ini rakyat hanya memerhatikannya sahaja. Segala bukti-bukti di sorokkan oleh pengamal undang-undang di Jabatan kehakiman dan Jabatan Perundangan itu sendiri. Immuniti yang ada kepada pemimpin politik terlalu besar, malahan lebih besar dari immuniti yang ada kepada Raja-Raja Melayu kita.

Kita tidak seperti negara-negara lain. Filipina contohnya telah mengambil segala tindakan undang-undang terhadap Presidennya Arroyo dan sekarang semua orang tahu apa yang sedang dihadapi oleh bekas Presiden itu kerana isu penyalahgunaan kuasa dan rasuah semasa bekuasa. Banyak ketua-ketua kerajaan dalam dunia ini terpaksa menghadapi undang-undang kerana kesalahan mereka semasa mentadbir negara. Ini masalah negara, bukannya masalah mempertahankan atau tindakan mendedami sesiapa.

Kita masih lagi ketinggalan zaman dan tidak salah jika kita menganggap negara kita ini terlalu mudah melupakan semua jenayah yang dilakukan oleh kepimpinan kita. Kita masih lagi membiarkan isu pengambilan wang rakyat yang berbillion oleh pemimpn negara untuk menyelamatkan perniagaan anaknya yang terbankrap dalam perniagaannya. Bagaimana perkara ini masih berlaku dalam sebuah negara yang dikatakan sedang menuju kepada negara maju jika perkara seperti jenayah yang diperlakukan oleh pemimpin kita masih tidak dapat di berhentikan.

Dalam kes Altantuya ini saya masih merasakan ia terpaksa diselesaikan melalui proses politik dahulu kerana ia memerlukan ‘political will’ untuk memulakan penyelesaian terhadap isu yang terlalu buruk ini. Pemimpin-pemimpin kita yang berada diatas tidak mungkin mempunyai kudrat untuk memastikan proses perundangan berjalan dengan betul kerana kuasa Perdana Menteri serta pengaruhnya terhadap Badan-Badan dan institusi demokrasi itu amat kuat.

Penggubal undang-undang dengan perlaksana undang-undang itu sama-sama melakukan perkara yang buruk, maka mereka bekerjasama melindungi kesalahan masing-masing. Pengasingan kuasa yang jelas patut dikembalikan kepada negara seperti sebelum pentadbiran Dr Mahathir dahulu. Jika pimpinan kerajaan hari ini tidak berkemampuan untuk membuang perkara-perkara yang dilakukan oleh Mahathir dahulu, kita rakyat yang ramai inilah yang bertanggungjawab memperbetulkannya. Rakyat perlu menyayangi negara kita. Kita tidak boleh mengharapkan pimpinan hari ini untuk mensabitkan kesalahan yang mereka lakukan sendiri.

Rakyat sahajalah yang selayaknya melakukan penghakimannya melalui proses politik dan ‘decisive’ dan ini sudah menjadi kewajipan kita semua. Jika mereka yang menjenayahi kita ini masih berada di tampuk kuasa itu bukan kesalahan sesiapa lagi.

Itu sudah menjadi kesalahan rakyat sendiri.

24 comments:

  1. PRU 13 menentukan hidup atau mati bangsa Melayu kerana ramai sgt dah peminpin Melayu yg rosak kan bangsa nya sendiri

    ReplyDelete
  2. As Salam,

    Harus di ingat AA, Sabah sudah kena dengan pendaftaran kewarganegaraan malaysia kepada rakyat asing untuk mengundi. RCI yg sedang berjalan sekarang cukup untuk rakyat sabah terkilan dengan tindakan pemimpin2 ini.

    ReplyDelete
  3. Salam sejahtera!

    Apa-apa pun, keputusannya setelah PRU 13.
    Tak kisahlah saiz berapa masalah tu, kita selesaikan bila PR dah pegang kuasa. Tanggung beres! Sebabnya terlalu banyak isu-isu dibangkitkan oleh penceramah-penceramah PR. Saya optimis ada kaedah untuk meluruskan yang zig-zag. Dalam PR ramai cerdikpandai.
    TK. Mak Wa.

    ReplyDelete
  4. Jangan sampai lepas ni Deepak pulak yang terbunuh dah la. Di negara malaysia boleh ni, macam-macam boleh terjadi..

    Macam mana rakyat boleh bergantung harapan untuk mendapat keadilan apabila Mahkamah di negara ini gagal dilihat berlaku adil serta kelihata tidak telus.

    Seorang Hakim yang mengadili suatu kes rogol yang dilakukan oleh seorang pemuda di Terengganu ke atas seekor kambing pun ada bertanya......

    " kenapa kamu melakukan perbuatan tersebut...."

    Tu baru rogol kambing kawan-kawan, tapi hakim ingin tahu sebabnya. Ini kan pulak kes tembak dan letupkan manusia bernyawa woii!!! Kenapa pihak Pendakwaraya tak tanya kenapa hangpa bunuh, sapa yang arah bunuh. Budak-budak UTK tu walaupun bodoh mana sekali pun tentu masih boleh membezakan perkara betul dan salah.

    Mengapa dilantik Pendakwaraya yang bengap mewakili kes ini. Hakim juga sama kerana menganggap motif tak penting. Macam mana la kalau orang letupkan anak darah daging dia, apakah di waktu itu motif masih tidak penting....

    Selagi regim ini tidak dihumban keluar, selagi itulah sistem kehakiman kita tidak akan pulih.

    ReplyDelete
  5. undang-undang kita "law of the jungle".Pejabat Peguam Negara yg diketuai oleh org Sabah-Gani 4 tahil,kelulusan undang-undang UM kelas tiga boleh jadi peguam negara!.Aneh sekali!

    Dia dinaikkan pangkat oleh Madeiyy kerana kerjasama antara Gani 4 tahil dg Musa Hasan berkonspirasi menghumbankan Anwar ibrahim ke Sg Buluh.Kehebatan Gani sehingga Malaysia kehilangan Pulau Batu Putih.Kelulusan Gani tidak sehebat jika dibandingkan dg AG Singapura.

    Kita mengalu-alukan Deepak hendak membongkar pembunuhan Altanthuya.Ini boleh dijadikan bukti di mahkamah Perancis!

    Kredibiliti Pej Peguam Negara cuma menjaga kepentingan politik UMNO.Gani menakut-nakutkan Rakyat dg matanya terbeliak ciplak dari Madeiyy nak saman orang!Kebolehan Gani ni setakat manalah saja?

    Madeiiyy bapa jembalang merosakkan sistem kehakiman negara. Mata Madeiyy yg terbeliak dg jenaka biawak telah kick out Abbas Salleh, Ketua Hakim Negara dan 5 hakim yg lain.

    Madeiyy ni mesti dibicarakan jika PR memerintah. Berbakul-bakul kesalahan Madeiyy menunggu dia.Madeiyy ketika ni mengalami IMSONIA, tak tahu apa yg akan menimpa nasib dirinya selepas March 2013.

    Rakyat Malaysia telah diperintah dg cara kuku besi oleh Madeiyy.Madeiyy menggunakan ISA dan OSA utk kepentingannya saja.

    Sehinggakan dia mengaut kekayaan USD 44 billion la;puran dari Wikepedia.Rakyat Malaysia memang dalam ketakutan.Apatah lagi mempunyai fahaman politik yg rendah jika dibandingkan dg Filipina,Indonesia dan Thailand.

    Insyaallah penjenayah dari ruling party yakni UMNO akan mengethui nasib diri mereka nanti! Rakyat akan menghukum mereka!

    Baling

    ReplyDelete
  6. Salam semua

    Sekarang pendedahan demi pendedahan mengenai kejelkan kepimpinan pemerintah amat terserlah dan sukar dibendung waima media arus perdana menidakkan kewujudan perkara tersebut. Pendedahan sebegini tidaklah membawa kepada perpecahan dalam negara kerana ia bersifat informasi dimana setiap warga perlu mengetahui.

    Dari pendedahan inilah membawa kepada pertimbangan samada layakkah sosok ini diangkat menjadi pemimpin untuk meneraju negara ini. Jadi pertimbangkanlah setiap informasi untuk diambilkira dalam pertimbangan semasa membuat keputusan nanti. Wallahu'alam.

    ReplyDelete
  7. AA,

    SEKIRANYA AYAM2 ASHIK MENYOKONG MUSANG MENJAGA REBANNYA, MAKA ITU BUKANNYA LAGI SALAH MUSANG KERANA SEMEMANGNYA FITRAH MUSANG MAKAN AYAM!

    ~ Loud Despair

    ReplyDelete
  8. bangsa melayu tak akan mati. yang rosak dan mati hanyalah pemimpun melayu yang korup.

    ReplyDelete
  9. As Salam Tuan Aspan.

    Kalau difikirkan semula kehidupan di negara ini seolah-olah berada di zaman jahiliah sebelum masihi. Sukar untuk mempercayai para pemimpin atau pemerintah kini terdiri dari bangsa Melayu yang beragama Islam.

    Kenapa begitu rendah moral dan kredibiliti mereka ini? Mungkin telah ditakdirkan bangsa yang dhaif ini akan pupus dek kerana sikap mereka sendiri yang mudah ditipu dan dipijak oleh segelintir dari mereka yang berperangai penyangak, perompak, penyamun dan perasuah.

    Alangkah baiknya jika mereka ini terdiri dari kalangan kafir lahanat dan menjadi pemimpin Zionis di Jajahan Israel daripada menunjukkan muka munafik yang saban hari megaku berbudi dan amat berjasa kepada rakyat sedangkan mereka inilah sebenarnya "Iblis Besar" yang sentiasa menyusah dan memperdayakan rakyat dari dulu, kini dan selamanya.

    ReplyDelete
  10. Sdr AA,

    Ada atau tidak peruntukan dalam Perlembagaan negara seperti Kanun Acara Jenayah atau Kanun Kesiksaan atau Panel Kod yg membolehkan seorang pendakwa raya bebas seperti Kenneth Star lwn Bill Clinton dulu mengambil alih tugas AG?. Minta pencerahan.

    ReplyDelete
  11. Kalau beginilah minda dan mentaliti majoriti rakyat negara ini lupakanlah status negara maju yang diimpikan..bagai menanti bulan jatuh ke riba..mahu jadi negara maju,tapi sistem politik dan undang2 serupa itu filem hindustan

    ReplyDelete
  12. Hidup mati seseorangatau sesuatu kaum itu hanyalah d tangan Allah. Selama mana amal makruf nahi munkar trlaksana, siapa shj akan dpt naungan Allah. Namun jika sebaliknya, tunggulah kehinaan, kemusnahan, kecelakaan dari Yang Maha Agung...

    ReplyDelete
  13. Sistem kehakiman sudah tiada integriti maka ini lah hasil. Yg curi susu utk bagi mkn kpd anak kerna kesepitan hidup dihukum seadil adilnya manakala yg ada berjuta ringgit dilepaskan begitu sahaja. Negaraku malaysia.

    ReplyDelete
  14. Malaysia Inc. started 30 years ago is the biggest failure....a change of govt will uncover the hidden 'mess'.

    ReplyDelete
  15. In Sya Allah..pakatan rakyat akan membentuk kerajaan selepas pru 13 nnti...isu isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing hendaklah di batalkan,pihak yg terlibat hendaklah didakwa dgn kadar segera..kembalikan maruah rakyat malaysia..

    Mahadey membawa doktrin yahudi/zionist..dgn membenarkan pendatang asing menguasai sesebuah negara sehingga menjadi pemimpin no 1 negara..seperti yg berlaku pada mahadey dan obama..

    Kedaulatan negara harus di pelihara..cukup la apa bangsa melayu rasakan apabila berkongsi dengan bangsa cina,india,dll..jgn lah di zaman milinium ni..terdapat usaha untuk membawa kemasukkan pendatang asing dan menjadikan mereka sebagai warganegara..

    Jelas pemimpin melayu yg selama ini mendapat keistimewaan dan kekayaan dgn memakai tiket bangsa melayu tidak dapat memelihara hak hak melayu...


    pengkianat bangsa/negara hendaklah di hukum..

    ReplyDelete
  16. Salam,

    Walau Deepak adakah tiada, kita harap rakyat jangan lagi diperbodohkan oleh UMO BN.

    Cukup menggunakan akal fikiran yang waras dan prihatin kepada anak cucu di masa hadapan.

    Elakkan Malaysia menjadi muflis macam Greece dll negara bersfat diktator walau atas nama demokrasi.

    ReplyDelete
  17. Rakyat Malaysia cerdik sebenarnya, cuma diracuni oleh BeEnd sekian lama, pilihan kadang tak tepat.

    kita yang ada internet ni kan dah sedar, kerja skr ni ialah how to reach as many people as possible in the remote, rural areas.

    sama-sama lah kita berusaha.
    Ayuh ubah, reformasi, Ini Kali Lah:
    https://www.youtube.com/watch?v=M2OMv7ezhqM

    ReplyDelete
  18. Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

    Alhamdulillah! Malaysia masih punya warga berjiwa seperti Deepak berbanding bapa syaitan, pembunuh dan sekalian suku-sakatnya. Justeru, jelas benar seperti yang dinukilkan Saudara Alam Flora; malunya kita tak terkata kerana mempunyai sekalian ramai pemimpin yang lebih jahil daripada zaman Arab jahiliyah. Masihkah kalian ingat akan lagu ini: "Sejahtera Malaysia"? Sebenarnya, saya berminat sekali dengan muzik dan isi kadungannya kerana ia mengandungi pujian kepada Allah dan doa sejahtera. Tapi, yang mengecewakan teramat ialah bilamana keindahan dan kesenian serta mesej tersiratnya sekadar jadi bahan mainan para dajjal ini, kan? Justeru, tiada jalan lain untuk menghalau mereka; sama ada melalui proses pilihanraya atau terus mengasak mereka di jalan-jalan dan lebuh-lebuh raya, k?

    Terima kasih dan salam jihad.

    ReplyDelete
  19. Hanya org dan pengundi yang suka jenayah akan pilih pemimpim penjenayah. Selamat mengundi penjenayah selamat mengundi koruptor, tahniah anda bijak!!!

    ReplyDelete
  20. pak,
    tadi kami gelak puas tgk video najib pukul gendang dalam iklan raya..bukan raya puasa bukan deepavali..tapi raya cina..kesian tgk dia pak..sampai mcm tu skali kan..jom pakat dislike

    ReplyDelete
  21. PRU 13 DAH DEKAT . UMAT ISLAM TOLONG INI KALI LAH SELEPAS 55 TAHUN UMNO MEMERINTASH , " CELIK MATA & RESET MINDA " TUMBANG UMNO -APCO YAHUDI " !JANGAN SALAH IBU KAMU YG. MENGANDONG KAMU , SALAHKAN TANGAN ANDA YG.PANGKAH UMNO-YAHUDIDI PRU 13 NANTI !!! HIDUP RAKYAT ! HIDUP MALAYSIA ! HIDUP ISLAM !

    ReplyDelete
  22. Madeiyy sejak akhir-akhir ni meraban di semua TV Perdana meniup sentimen "kuasa orang Melayu". Muka Madeiyy tidak menampakkan Melayu. Tua bangka ni kelihatan takut yang amat sangat jika BN kalah.Sekarang baru kita tahu mamak ni kaki gempaq dan terbeliak biji mata ni gerun dg PR.mamak kutty KERALA ni takut supply minyak ke Mas akan ditarik balik.Dia juga takut Mukriz kalah dalam PRU 13.Yang menunggu Madeiyy adalah Tribunal Rakyat.Bicarakan penjenayah ni!

    Wahai Rakyat malaysia jika hendak melihat mantan dan pemimpin-pemimpin UMNO/BN dibicarakan tentukan UBN kalah dalam PRU 13.


    Titi gajah

    ReplyDelete
  23. Pak Aspan,

    Bila kita limitkan pandangan kita kepada politik/demokrasi/keadilan, maka kita 'miss the bigger picture'!

    Allah swt dan Rasulullah saw ada ingatkan kita: "Bila kekayaan BERKISAR di kalangan puak/pihak2 tertentu sahaja......(aku teringat nama ramai pemimpin2 negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam seperti X-presiden Tunisia, Hosni Mubarak, Mahadeiii, Ghadaffi,...dan kat sini Daim, Taib Mahmud dan ramai lagi....mereka semuanya kaya raya!)

    Mereka ini bertaraf apa? Penjenayah? Itu sahaja?

    Perkara keji yang Allah swt dan Rasulullah saw sebut dan peringatkan kita jangan dibuat, mereka2 ini buat ikut suka hati mereka!

    utk kekal berkuasa, mereka/umno dan macai2 upahan jaja nama Allah, sambil melaga2kan rakyat berbilang agama, bangsa.

    Bukankah mereka bermusuh dengan Allah swt dan Rasulullah saw???

    ReplyDelete
  24. Ada yang kata Najib kena berhenti selaku PM sebelom PRU supaya Muhiden boleh naik ganti Najib untuk PACU umno memenangi PRU 13!

    Tapi mereka terlupa bahawasanya Paklah, Ku Li dan Najib serta Shahril Samad (orang Musa Hitam)semuanya maseh ada pengaruh serta pengikut dalam umno!! Adakah dengan senang mereka akan boleh mengenepikan Najib dan pilih Muhiden sebagai PM baru??

    Nak pilih PM adakah ianya HANYA urusan umno dan bukan urusan Parlimen?? Sapa yang TERAMAT BODOH yang buat cadangan bodoh neh???

    Maka geng Mahadei terpaksa guna Musa Hassan dan Deepak untuk gegar kerusi DUA SEPUPU itu sahaja!

    Najib masih teruskan kerja dia. Hisham pun buat2 pekak badak termasuk KPN TS Ismail Omar enggan layan Musa.

    Bila nama calun umno dalam PRU 13 akan keluar?. Adakah Paklah, Ku Li, Shahril Samad akan direhatkan supaya rancangan Mahadei untuk balun Najib selepas PRU 13 lebih mudah???

    Maka Umno akan bergolak sehingga bersepai tak lama lagi. Sama2lah kita tunggu. Tentu Batu Ronson dan Kampong Man enggan setuju dengan pandangan saya ni.

    ReplyDelete