16 February 2013

Terjumpa Najib peniaga petai

Najib dan pimpinan UMNO menyelenggarakan kempen pilihanraya seperti orang menjual petai dan jering yang saya pernah kenali. Kebetulan namanya ialah Najib dan beliau menjual petai itu di salah sebuah tempat pasar sehari di Selangor. Najib penjual petai ini akan menunggu petai yang di pesannya dari orang asli di sekitar tempat perniagaan pasar sehari itu.

Saya pernah duduk dengan si Najib penjual petai ini di sebuah warung di tempat beliau berniaga itu dan saya bertanya kepadanya apa yang dia sedang tunggu di warung itu. Dia berkata dia menunggu petai yang dia pesan dari salah seorang asli yang akan menghantar petai itu kepadanya setiap hari pasar sehari itu beroperasi. Saya berseloroh dengannya sambil bertanya siapa yang memberi nama ‘Najib’ itu.

 Dia menjawab sambil  tersenyum, “kebetulan bang, nama ayah saya pun Razak, dan dialah yang memberi nama ini kepada saya. Saya sebenarnya berasal dari Tanjung Malim tetapi pindah ke sini mengikut arwah bapa saya yang bertugas sebagai anggota Polis di sini”. Saya menjawab sambil berseloroh, “bagus nama tu, itu nama Perdana Menteri tu!” Dia lantas menjawab, “tak sama bang, saya beli petai untuk di jual, Najib yang satu lagi tu membeli undi dari orang dengan harga RM500 sekali beli untuk di jual juga”

Dalam hati saya ternyata Najib pembeli dan penjual petai dan jering ini seorang yang agak ‘witty’ juga. Saya tidak menjangka seorang pembeli dan penjual petai ini prihatin dengan apa yang berlaku di sekelilingnya.

Najib penjual petai ini ramah orangnya seperti Najib PM juga. Najib penjual petai ini bercerita yang beliau telah membayar orang asli itu dengan bayaran pendahuluan yang banyak. Jadi orang asli itu akan menghantar sahaja petai itu setiap hari pasar sehari ini beroperasi. Kadangkala dia menghantar selama dua bulan petai tanpa dibayar kerana saya telah membayar pendahuluan dengan penuh dahulu. Dengan cara itu dia dapat petai dengan murah, iaitu lebih kurang RM0.20 sahaja sepapan kalau di kira secara pukul rata.

Saya pun menjawab, “pandai kau ni Najib, terhutang orang asli itu kerana pembayaran secara advance itu” Dia pun manjawab, “Nak hidup bang, kena pandai-pandai sikit. Najib ini pun pandai juga bang!” katanya.

“Duit BRIM nanti kau nak buat apa dengannya?” tanya saya. Dia jawab, “Saya nak bayar saman trafik bang dengan duit BRIM tu. “Saya di saman kerana membawa petai berlebihan di jalanraya bang. Ada dua saman. Duit BRIM tu balik balik ke kerajaan bang!” katanya pantas.

Itu sahajalah cerita pendek yang benar-benar saya alami dua minggu lepas. Rupa-rupanya orang bernama Najib ini pandai orangnya....pandai menekan orang susah. Bezanya Najib penjual petai ini menekan orang asli sahaja, Najib yang PM itu menekan orang ramai yang miskin termasuk orang asli serta Najib pembeli dan penjual petai itu sekali.

10 comments:



  1. HEEE..HEEE

    Togolek den maco coghito ni bang

    ReplyDelete
  2. kah..kah...kah semua kebetulan ! Tapi mamang betul la....

    ReplyDelete
  3. Dia beli rakyat dengan duit rakyat sendiri, tapi ramai rakyat yang masih tidak sedar kejahatan yang bertimpa atas kepala mereka itu.

    ReplyDelete
  4. Slps baca cite nie teringat pula member kat opis namanya najib..memang member nie pandai bodek & akan usahakan apa dia nak & sanggup buat apa shj asal hajatnya tercapai...mcm PM najib sanggup pukul gendang tarian cina gitu kononnya nak pujuk org cina sokong umno/bn....geli ati tgk iklan cny tu haha....haha..sekali tu dtg penang kena no...no..no.. 3x kali mcm lisent...lisent tu hahaa...

    ReplyDelete
  5. NAJIB......sinonim dg xpression ini Nak Akan Jawatan Ikut Belakang....Najib memang bijak! Nak menang dalam PRU 13, dia beri Brimm kpd Rakyat Malaysia.Nak menang di Pekan,dia minta Adnan Yaakob belasah budak-budak MU.kemenangan dalam PRU dulu- dulu pun kerana peti hantu Ikut Belakang menjelma tolong Najib.Najib juga samun projek utk anaknya.Adik Najib juga memeras keringat staff CIMB.Najib bila jadi ketua Pembangkang elok jugalah jumpa Najib Petai..ha ha.Najib penakut ni mesti belajar jadi berani


    Buah Genuak Bentong

    ReplyDelete
  6. Best betul kisah pak aspan kali ni... rendahnya taraf penjual undi bernama najib... lebih rendah dari penjual petai bernama najib...

    ReplyDelete
  7. Bang,

    DEMI ISLAM?

    http://shalehudin.blogspot.com/2013/02/sah-umno-yang-tergila-gilakan-pas.html

    Kan juak2 umno Hassan ali dan Nasha kata Pas sudah SESAT?

    Nak selamatkan umat ATAU sudah tersepit disisih umat melayu dan rakyat Malaysia akibat mainan politaik busuk, hina, keji tanpa sempadan lagi halal (REALpolitik Mahadei)????

    ReplyDelete
  8. "Saya dah bersara, saya tak ada niat nak datang balik, tapi saya sekarang ini giat untuk tolong berkempen bagi orang yang dulu tolong saya naik sampai jadi perdana menteri,"

    +

    Saya nak tolong mereka supaya mereka KENA TOLONG anak saya pulak naik jadi TPM dan kemudiannya PM!!

    Harap2 anda semua paham!

    ReplyDelete
  9. kah.kah.kah.. mane satu pilihan hati... pm najib atau petai najib... dua dua aku tak nak.. busuuuuuk.... kih.kih.kih....

    ReplyDelete