Najib dan pimpinan UMNO
menyelenggarakan kempen pilihanraya seperti orang menjual petai dan jering yang
saya pernah kenali. Kebetulan namanya ialah Najib dan beliau menjual petai itu
di salah sebuah tempat pasar sehari di Selangor. Najib penjual petai ini akan
menunggu petai yang di pesannya dari orang asli di sekitar tempat perniagaan
pasar sehari itu.
Saya pernah duduk dengan si Najib
penjual petai ini di sebuah warung di tempat beliau berniaga itu dan saya
bertanya kepadanya apa yang dia sedang tunggu di warung itu. Dia berkata dia
menunggu petai yang dia pesan dari salah seorang asli yang akan menghantar
petai itu kepadanya setiap hari pasar sehari itu beroperasi. Saya berseloroh
dengannya sambil bertanya siapa yang memberi nama ‘Najib’ itu.
Dia menjawab sambil tersenyum, “kebetulan
bang, nama ayah saya pun Razak, dan dialah yang memberi nama ini kepada saya.
Saya sebenarnya berasal dari Tanjung Malim tetapi pindah ke sini mengikut arwah
bapa saya yang bertugas sebagai anggota Polis di sini”. Saya menjawab sambil
berseloroh, “bagus nama tu, itu nama Perdana Menteri tu!” Dia lantas menjawab,
“tak sama bang, saya beli petai untuk di jual, Najib yang satu lagi tu membeli
undi dari orang dengan harga RM500 sekali beli untuk di jual juga”
Dalam hati saya ternyata Najib
pembeli dan penjual petai dan jering ini seorang yang agak ‘witty’ juga. Saya
tidak menjangka seorang pembeli dan penjual petai ini prihatin dengan apa yang
berlaku di sekelilingnya.
Najib penjual petai ini ramah
orangnya seperti Najib PM juga. Najib penjual petai ini bercerita yang beliau
telah membayar orang asli itu dengan bayaran pendahuluan yang banyak. Jadi
orang asli itu akan menghantar sahaja petai itu setiap hari pasar sehari ini
beroperasi. Kadangkala dia menghantar selama dua bulan petai tanpa dibayar
kerana saya telah membayar pendahuluan dengan penuh dahulu. Dengan cara itu dia
dapat petai dengan murah, iaitu lebih kurang RM0.20 sahaja sepapan kalau
di kira secara pukul rata.
Saya pun menjawab, “pandai kau ni
Najib, terhutang orang asli itu kerana pembayaran secara advance itu” Dia pun
manjawab, “Nak hidup bang, kena pandai-pandai sikit. Najib ini pun pandai juga
bang!” katanya.
“Duit BRIM nanti kau nak buat apa
dengannya?” tanya saya. Dia jawab, “Saya nak bayar saman trafik bang dengan
duit BRIM tu. “Saya di saman kerana membawa petai berlebihan di jalanraya bang.
Ada dua saman.
Duit BRIM tu balik balik ke kerajaan bang!” katanya pantas.
Itu sahajalah cerita pendek yang
benar-benar saya alami dua minggu lepas. Rupa-rupanya orang bernama Najib ini
pandai orangnya....pandai menekan orang susah. Bezanya Najib penjual petai ini
menekan orang asli sahaja, Najib yang PM itu menekan orang ramai yang miskin
termasuk orang asli serta Najib pembeli dan penjual petai itu sekali.
10 comments:
HEEE..HEEE
Togolek den maco coghito ni bang
kah..kah...kah semua kebetulan ! Tapi mamang betul la....
Dia beli rakyat dengan duit rakyat sendiri, tapi ramai rakyat yang masih tidak sedar kejahatan yang bertimpa atas kepala mereka itu.
Slps baca cite nie teringat pula member kat opis namanya najib..memang member nie pandai bodek & akan usahakan apa dia nak & sanggup buat apa shj asal hajatnya tercapai...mcm PM najib sanggup pukul gendang tarian cina gitu kononnya nak pujuk org cina sokong umno/bn....geli ati tgk iklan cny tu haha....haha..sekali tu dtg penang kena no...no..no.. 3x kali mcm lisent...lisent tu hahaa...
Pak Aspan,
Islam menjadi rosak disebabkan umat Islam sendiri
NAJIB......sinonim dg xpression ini Nak Akan Jawatan Ikut Belakang....Najib memang bijak! Nak menang dalam PRU 13, dia beri Brimm kpd Rakyat Malaysia.Nak menang di Pekan,dia minta Adnan Yaakob belasah budak-budak MU.kemenangan dalam PRU dulu- dulu pun kerana peti hantu Ikut Belakang menjelma tolong Najib.Najib juga samun projek utk anaknya.Adik Najib juga memeras keringat staff CIMB.Najib bila jadi ketua Pembangkang elok jugalah jumpa Najib Petai..ha ha.Najib penakut ni mesti belajar jadi berani
Buah Genuak Bentong
Best betul kisah pak aspan kali ni... rendahnya taraf penjual undi bernama najib... lebih rendah dari penjual petai bernama najib...
Bang,
DEMI ISLAM?
http://shalehudin.blogspot.com/2013/02/sah-umno-yang-tergila-gilakan-pas.html
Kan juak2 umno Hassan ali dan Nasha kata Pas sudah SESAT?
Nak selamatkan umat ATAU sudah tersepit disisih umat melayu dan rakyat Malaysia akibat mainan politaik busuk, hina, keji tanpa sempadan lagi halal (REALpolitik Mahadei)????
"Saya dah bersara, saya tak ada niat nak datang balik, tapi saya sekarang ini giat untuk tolong berkempen bagi orang yang dulu tolong saya naik sampai jadi perdana menteri,"
+
Saya nak tolong mereka supaya mereka KENA TOLONG anak saya pulak naik jadi TPM dan kemudiannya PM!!
Harap2 anda semua paham!
kah.kah.kah.. mane satu pilihan hati... pm najib atau petai najib... dua dua aku tak nak.. busuuuuuk.... kih.kih.kih....
Post a Comment