21 March 2013

Chua Soi Lek pemimpin 'touch-no-go'

Kita boleh nampak dengan jelas reaksi dari BN khususnya MCA apabila Lim Kit Siang mengambil keputusan untuk bertanding di Johor dalam pilihanraya kali ini. Tindakan Penasihat DAP untuk menawarkan diri bertanding di Johor ini tidak sepatutnya dijadikan isu oleh MCA jika benar-benar MCA masih kuat dan relevan sekarang ini.

Pertamanya LKS sememangnya berasal dari Johor dan tidak sepatutnya penghijrahan beliau ke Johor menjadi isu kepada mana-mana pihak. Tidak perlu melabelkan LKS sebagi pemimpin ‘touch-n-go’ seperti yang dituduh oleh pihak Chua Soi Lek itu kerana LKS merupakan pemimpin parti yang diterima oleh mana-mana kawasan di negara ini.

Yang bertanding itu bukannya LKS tetapi adalah DAP dan LKS sebagai seorang yang berpengalaman beliau sememangnya boleh meletakkan diri beliau di mana-mana parti merasakan perlu untuk bertanding. Yang penting beliau diterima oleh parti kerana DAP adalah parti yang sudah diterima oleh semua kaum dan rakyat.

Tindakan CSL melabelkan LKS sebagai ‘touch-n-go’ itu hanya melambangkan ketakutan MCA yang kian hari kian merosot sokongan seperti juga UMNO dan MIC serta Gerakan. Kemampuan LKS bertanding di mana-mana menunjukkan yang beliau adalah pemimpin ‘versatile’ dan diterima oleh rakyat di mana-mana.

CSL sebaliknya menghadapi kesukaran untuk mencari kawasan yang boleh menerima beliau secara keseluruhan rakyat di negara ini. Bagi saya jika CSL melabelkan LKS sebagai ‘touch-n-go’ saya pula ingin melabelkan CSL sebagai pemimpin ‘touch–no-go’ kerana beliau tidak dapat diterima oleh rakyat di kebanyakan kawasan di dalam negara ini.

CSL lebih elok tumpukan usaha untuk mencari kawasan yang boleh menerima beliau dengan baik secara peribadi kerana partinya sudah boleh dianggap sebagai parti yang semakin hampir kepada kematian. Sampai sekarang ini CSL masih teraba-raba mencari tempat untuk diri beliau bertanding. Di mana sahaja beliau mencuba jawapannya ialah 'no-go' untuk beliau. CSL tidak boleh hendak 'equate'kan dirinya dengan LKS. Perbezaan beliau dengan LKS ibarat menyamakan buah bacang dengan buah epal.

Biarkan DAP melakukan apa yang baik untuk parti itu dan menjadi parti harapan rakyat untuk bersama-sama dalam kerajaan baru yang bakal dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya ini.

Semasa itu nanti barulah MCA dan rakan-rakannya dalam BN tahu rupa-rupanya ada parti lain yang jauh lebih berkemampuan dan bersih menguruskan kerajaan negeri-negeri dan Persekutuan kita ini.

Semasa itu nanti MCA dan rakan-rakan komponen yang lain mesti belajar dari pimpinan kerajaan yang baru itu bagaimana menguruskan kerajaan dengan cara yang lebih baik dan selari dengan kehendak rakyat dan sistem demokrasi itu sendiri.

Hanya BN sahaja yang terlalu 'obsessed' memuji diri sendiri sehinggakan mereka tidak sedar ada pihak lain yang lebih baik dan tidak pun memuji diri mereka kerana kejayaan DAP dan rakan-rakan lain itu merupakan kejayaan rakyat sendiri.

CSL akan melihat keadaan dalam mana kerajaan baru dengan rakyat itu 'berpisah tiada' buat jangka masa yang lama.

13 comments:

  1. Salam semua,

    Memandangkan Chua Syok Legg tidak mempunyai kawasan selamat untuk bertanding dalam PRU13 nanti maka adalah sangat wajar Kerajaan UBN dibawah pimpinan Ds Tuan Guru Najib melantik beliau sebagai penasihat hal ehwal agama dan pembangunan moral bertaraf Menteri Kabinet.

    Diharapkan beliau dapat membantu Mursyidul Am Kumpulan Syaitan Yang Dikenali Tun Mamak memperkasakan konsep wasyaitaniah yg diperjuangkan oleh kumpulan tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Whata a nation.......even the monkey in the jungle would furious to live among us.......where goes the decency......God bless Malaysia and its people.

      Delete
  2. Bang,

    Selepas heboh dan hooplah BN, bermula dari mahadeyy kata dengan kongpiden nak tawan 2/3 majoriti, TETIBA bila LKS kata nak bertanding kat Johor, semua jadi haru-biru??

    Dan kini berita kata DSAI nak tinggalkan Permatang Pauh dan akan bertanding di Selangor atau Perak, lagi kusut jadinya BN??

    Maka timbullah Rahim Tambinyer kecik bersora.....

    yakxxs!

    ReplyDelete
  3. Most politicians are self serving.

    The ordinary people must always remember only good leadership and system of government could protect their rights, dignity and interests.

    Politics should not be used to play with ordinary people lives and emotion to create unfounded fear and insecurity....it's cruel!

    Human decency, including good leadership, is about letting ordinary people live their ordinary lives.

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Ada beranikah Pak Ajib satu lawan satu dengan budak universiti di Pekan?

    Ada beranikah Hasan Jati lawan Tuan Guru Nik Aziz satu lawan satu?

    Ada beranikah kekanda Ibrahing Alik lawan Pak Cik Lim Kit Siang satu lawan satu?

    Ada beranikah Pak Muuddin lawan Rafizi satu lawan satu?

    Ada beranikah Kak Ijat lawan adik Nurul Izah debat live dalam TV?

    kah...kah...kah... ini puak UMNO dan BN, hanya pandai bising dalam kandang reban sendiri sahaja.

    Ada beranikah Kari Papagomo lawan AI debat live dalam Tv AlHijrah?

    Ada beranikah Ahmad Zahid Hamidi lawan mana-mana orang PKR atau PAS di parlimen Lahad Datu?

    Mana-mana puak bodoh tunjuk punggung, tukang baling cat dan batu dll, buang masa nak lawan. Lebih baik diam dan duduk baik-baik. Kita lihat siapa ada berani.

    ReplyDelete
  5. Pak Ah Jib n gerombolan pening kepala sbab tidak mengetahui strategi DSAI meletakkan calon2. Kekhuatiran berlaku bila DSAI mula menyatakan tidak pertahankan kerusi permatang pauh.

    Ah Jib lagi risau jika DSAI lawan dia di Pekan......

    Pening Ah Jib... pening. Nk bubar pun tak jumpa2 tarikh.

    Banyak suara yg kata esok, jumaat 22 Mac 2013 akan di umumkan bubar, tapi aku percaya dan yakin, tidak. Sebabnya LIMA 2013 akan berlangsung pada 26 hingga 30 Mac 2013, Kebiasaannya semasa LIMA beberapa kontrak pembelian aset akan dilakukan dengan nilaian berbillion ringgit.

    Sekiranya dibubarkan esok, maka kontrak2 tersebut tidak boleh di tandatangani kerana kerajaan sementara tidak boleh membuat pembelian atau perolehan aset dlm jumlah2 tertentu.

    Makanya, kalau nak bubar pun selepas LIMA....

    Tambh pening2...

    Terpaksalah upah beberapa org untuk buat kacau bilau di beberapa tempat yg berkaitan tentera sulu..
    Istihar darurat lah jawapnya, so dapat lanjutkan tempoh lagi......

    pening2 Ah Jib mencari tarikh....

    ReplyDelete
  6. Kalau CSL bertanding dikawasan majoriti Melayu, siapa nak undi seorang yang tidak bermoral. Kalau kawasan majoriti Cina pulak, tolak CSL kerana Cina nak jaga maruah. Mungkin dalam kawasan bilik tidur pun isterinya tolak.

    ReplyDelete
  7. Bang,

    SAH....manusia macam Dr MAZA neh Chua Soiled Legg dan Rahim Tambi pasti tak suka nak berkawan!

    http://drmaza.com/home/?p=2356

    ReplyDelete
  8. Pak Aspan

    Chua Soi Lek is Touch N Go longkang la, that's where he belongs, among the filth.

    ReplyDelete
  9. chua sial leg tiada kawasan utk bertanding,kawasan paling selamat untuk dia(sial) ialah Tanjung Malim itu pun anggapan dia (sial).Walaupun calon winnable untuk BN di Pandan ialah Ong Tee Keat,Najib juga nak calonkan TeeKeat di Pandan tapi dia(sial) merajuk nak letak jawatan president MCA.Manusia bersifat dendam,kecil hati dll dan langsung tiada hati berjuang utk masyarakat yang dia(sial)sendiri ingat dia (sial) wakili.

    ReplyDelete
  10. cialis doses
    - [url=http://buycialis-us.com/#26033]cialis online
    [/url] cialis side effects
    buy affordable viagra,cialis levitra organic online

    ReplyDelete
  11. cialis 10mg how long does it last jump to
    - [url=http://buycialis-us.com/#70245]buy cialis online
    [/url] cialis 10 mg effectiveness board index
    cialis 10mg or 20mg most users ever online was

    ReplyDelete
  12. cialis from canada online pharmacy log out
    - [url=http://buycialis-us.com/#55473]buy cialis
    [/url] cialis nabp
    buy cialis online jump to

    ReplyDelete