Setengah pendapat sekarang ini
Parlimen sepatutnya telah terbubar jika dikira dari tarikh pembubaran Parlimen
dan Dewan-Dewan Legislatif negeri-negeri pada 8hb Mac 2008 dahulu. Setengah pendapat
lagi Parlimen dan Dewan Legislatif sesebuah negeri itu terbubar dengan
sendirinya jika dikira dari tarikh persidangan Dewan Legislatif yang pertama
selepas pilihanraya tahun itu.
Kalau dikira dari sudut mana pun
Perdana Menteri sudah kehilangan moral politik beliau kerana beliau selama ini bukanlah
seorang Perdana Menteri yang ‘legitimate’ kerana mandat yang beliau arak ke
hulu ke hilir sekarang ini adalah mandat Tun Abdullah Badawi.
Semalam Najib meminta rakyat
memberikan beliau mandat yang besar kerana beliau belum lagi mendapat mandat
itu. Katanya jika beliau dan BN tidak dapat mandat besar lebih-lebih lagi jika
BN kalah dalam pilihanraya ini segala perancangan beliau untuk mentransformasi
kerajaan dan negara akan terganggu dan punah. Jika itulah yang dipinta Najib,
kita boleh membuat persepsi yang ‘conclusive’ yang beliau akan kempunan untuk
mendapatkan mandat itu, jauh sekali untuk mendapatkan mandat yang besar.
Rayuan beliau itu memberikan
bayangan jelas yang beliau selama ini tidak memanggil pilihanraya lebih awal
ialah kerana takut kepada kekalahan. Najib tersalah langkah dari awal lagi.
Oleh kerana beliau menangguhkan pilihanraya itu sampai ke penghujung penggal
maka isu terhadap kerajaan dan terhadap beliau sendiri bertambah-tambah dan
bercambah-cambah sehinggkan beliau sudah tidak ada apa lagi alasan untuk
menyakinkan rakyat yang beliau dan UMNO itu masih relevan.
Penangguhan pilihanraya ini telah
menyebabkan beliau tertekan dari rakyat yang mahukan perubahan dan yang lebih
menyakitkan beliau lagi ialah tekanan terhadap beliau oleh pimpinan dan ahli-ahli
UMNO sendiri. Adalah wajar bagi Najib untuk memandang ke dalam daripada memandang
jauh keluar dan menganyang parti-parti pembangkang di setiap ucapan beliau
setiap hari. Najib sebenarnya mempunyai banyak masalah di dalam partinya
sendiri.
Najib ibarat panglima perang yang
besar dalam mana kumpulan dan kabilah beliau adalah kabilah yang terlalu
berpecah dan mempunyai masalah dalamannya sendiri. Beliau adalah panglima
perang yang tidak mendapat dukungan dari kumpulannya sendiri. Bukan kurang jumlah
dari bala tenteranya yang mahukan beliau terkorban dan banyak bukti-bukti yang
ramai di antara tentera beliau yang beliau pimpin akan mengacukan senjata
terhadap beliau dari belakang apabila sampai waktunya.
Masalah besar UMNO akan bermula
pada hari pengumuman calon dan selepas masing-masing calon mendapat surat watikah untuk
bertanding mewakili UMNO itu. Sabotaj mensabotaj calon parti sendiri akan
menjadi lebih hebat sekali dan saya melihatnya sebagai satu fenomena besar
di dalam UMNO semasa pilihanraya nanti.
Seruan Najib meminta beliau diberikan mandat besar itu merupakan satu mimpi di siang hari kerana penangguhan
pilihanraya kali ini adalah penyebab kenapa rakyat sudah kehilangan keyakinan
yang lebih teruk lagi. Penangguhan itu memberi makna UMNO takut menghadapi
pilihanraya dan ketakutan itu membuatkan rakyat ramai tidak berkeyakinan lagi
terhadap parti itu. Rakyat tidak akan memberikan mandat kepada kepimpinan dan
parti yang takut menghadapi pilihanraya. Apabila sesebuah parti tidak mempunyai
‘self confidence’ ia bermakna parti itu tidak akan berani membuat keputusan
dengan baik dalam isu penting yang lain.
Perasaan takut yang menghantui
UMNO inilah yang menyebabkan kepimpinan parti itu terpaksa bermuka-muka apabila
menghadapi rakyat yang berbilang kaum. Pimpinan UMNO tidak berani bercakap
dengan tegas terhadap banyak isu. Itulah sebabnya kita melihat dan mendengar
pimpinan UMNO terpaksa menggunakan isu perkauman yang menebal akhir-akhir ini.
Nampaknya kali ini UMNO hanya
menumpukan harapan mereka kepada orang Melayu sahaja yang juga sedang lari
kepada PAS. DAP sudah sememangnya mendapat sokongan kaum Cina dan akhir-akhir
ini saya mendapat banyak respons daripada orang Melayu untuk memberikan dukungan
kepada DAP dan itu adalah juga satu fenomena yang jelas.
Pendeknya apa yang dihadapi oleh
UMNO itu sekarang ini amat serius dan
yang tinggal hanyalah sokongan dari penggiat tegar UMNO yang tidak tahu
apa-apa. Mereka sekarang sedang membina budaya samseng dan mengganggu banyak program
parti-parti Pakatan Rakyat di seluruh negara.
Terbinanya budaya samseng yang
bertindak kasar dan tidak bertamadun itu tidak dapat menafikan hakikat UMNO semakin
hari semakin hilang identitinya sebagai sebuah parti pemerintah. Inilah budaya
mana-mana parti pemerintah yang akan kalah dan budaya buruk ini sememangnya
satu ‘attribute’ bagi pemerintahan yang berada di penghujung kuasa.
Apa yang dirayu oleh Najib
semalam adalah manifestasi kepimpinan UMNO yang sebenarnya. Mereka dalam
ketakutan yang keterlaluan. Apabila sudah lemah dan menghadapi krisis keyakinan
di kalangan ahli-ahli parti sendiri, maka ia adalah tanda-tanda jelas yang usia
UMNO sebagai parti pemerintah itu sudah semakin hampir.
Seperti seorang yang nazak di
hospital, UMNO sedang menghadapi ‘brain death’ dan pembubaran Parlimen itu
ibarat mencabut mesin tali hayat dari pesakit yang tidak dapat diselamatkan
lagi.
Najib sedang berhadapan dengan
pembangkang yang kuat di hadapannya. Di belakangnya pula beliau berhadapan
dengan ahli-ahli UMNO beliau sendiri yang menunggu masa untuk mengenepikan
beliau.
Najib dalam keadaan serba-salah
yang amat susah untuk beliau selesaikan. Hanya rakyat dengan keizinan Tuhan
sahaja mampu menyelesaikannya.
ReplyDeleteAnother nice write up!
Tuan Aspan, tulisan yang tepat. Sekarang apa jadi kalau Parlimen terus tidak dibubarkan dan Najib terus menganggap dirinya PM?
ReplyDelete4 tahun adalah tempoh yang cukup munasabah menonjolkan kewibawaan dan keberkesanan seseorang pemimpin. Tempoh presiden Amerika satu penggal pun hanya 4 tahun. Tempoh itu sudah cukup bagi rakyat menilai kepimpinannya.Sepanjang itu, dari segi dasar, pendekatan dan struktur pentdbirannya tidak banyak berubah dari pemimpin yang dahulu. Lantas itu apa yang dilakukannya hanya tidak memberi signifikan dalam merubah sistem pengurusan dan pentadbiran negara
ReplyDelete
ReplyDeleteSaudara AA
Ada poster terbentang dihadapan rumah saya. Saudara akan ke Kedah lagi malam ini. Saya akan hadir bersama orang ramai.Saya selalu membaca fikiran sdr melalui blog sdr. Malam ini saya bertemu dengan orangnya. Berhati-hati dalam perjalanan sdr.
Hj Mat
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
ReplyDeleteAbsolutely right without any denial ... Bayangkan, tiga hari lagi daripada hari ini (18/03/2013), DUN Johor pun akan tertanggal sendiri (21/03/2013) sebagai permulaan, diikuti Negeri Sembilan lima hari kemudian. Malah, negerinya sendiri, Pahang, pun akan terbogel juga pada 07/04/2013, diikuti Selangor (22/04/2013), Perak (24/04/2013) dan Melaka (26/04/2013). Kebetulan, negeri-negeri Perlis dan Kelantan sahaja yang berkongsi pembubaran DUN masing-masing dengan Parlimen pada 28 April, 2013 (Ahad). Saya pula secara tiba-tiba terbayangkan, berkemungkinan, kelewatan PRU ini memang disengajakan. Maknanya, dengan terbubar (terbogel)nya Parlimen itu sendiri pada masa itu, mereka dan sekalian agen syaitan mereka itu akan mengisytiharkan pula tarikh pilihanraya baru pada lebih kurang dua minggu kemudiannya, dan, sekiranya PR terbukti menang, merekalah nanti akan mencetuskan semula apa yang disebutkan sebagai "Tragedi 13 Mei". Apapun, ini hanya sekadar apa yang terlintas dan jangan dipercayai, mungkin disebabkan keresahan saya yang teramat apabila mereka (UMNO khasnya) kini sibuk mencari "publicity" murahan dengan meniupkan sentiment kebencian rakyat terhadap PR. Apapun, bersamalah kita bersatu menegakkan hak kita sebagai rakyat untuk menolak para pengkhianat ini dari Putrajaya dengan doa dan usaha secara istiqamah.
Terima kasih dan salam jihad.
AA, utk makluman dalam sesebuah kisah, penamat cerita adalah yg paling ditunggu & terpenting sekali. Oleh itu bersabarlah, buat sementara ini nikmatilah rasa gah yg ada sebab tidak lama lagi hanya akan tinggal kenang kenangan. Only memories remain. (Wal Asri...)
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteMarilah kita renungkan firman Allah swt yang di jelaskan dalam Al-Quran.
1)“Dan Mereka Merancang (tipu
daya),
Allah juga merancang (membalas
tipu daya),
Dan ALLAH sebaik-baik
Perancang(membalas tipu daya)”
( Al – Imran : 54 )
Wassalam.
Sdr AA, saya juga selalu membacakan tulisan2 sdra disini, tepatnya maksud tulisan sdra tu. Saya berusia 55 thn dah kenalkan DSAI dan TunMM sejak 70an lg.Umno boleh diharapkan sehingga hujung 90an aje, MM merosakkan Malaysia yg memulakannya sejak awal 80an lg. Mohon sdr AA tuliskan mcm mana MM yg mula serangkan Kehakiman dan Raja utk beliau mengekalkan dan menguatkan cengkaman kuasa dia keatas Malaysia.
ReplyDeleteDecades of Gangster leadership is destructive to the society and country....these 'leaders' hate the law and rule. They want to be above the law and get away with it.
ReplyDeleteThere is no room for these ' leaders ' in a modern, progressive and civilised society.
Sdr Aspan,
ReplyDeleteYes indeed.
It is not UMNO Baru(soon it will be the United Mamak & Nana Organisation !)but rather, their Ketuanan Political Leaders who are 'Brain Dead...!
Soon the Ketuanan Malays will have no Party to go to...padan muka...!
Shalom.
Bang,
ReplyDeleteumno takkan mati bang.
Pasal apa?
Pasal umno kalu mati maka matilah dan pupuslaa melayuuuu.
Kan udah ada kata2 hikmat bahawa takkan hilang melayu di donia!
maka takkan matilah umno kan??
kan?
hmmm bukan?
ReplyDeleteAnon 16.08,
Betul, Melayu tidak akan hilang didunia. Tetapi blogger Aspan used to say, 'Melayu akan hilang dunianya jika UMNO terus memerintah'!
kadiak
Najib, please address your huge problem like Altantuya's case and numerous other cases that haunt you incessantly. Good if you just resign and get out of our way. We want to stay clean.
ReplyDeleteKita Patut satu Rally Raksasa kat SPR agar Parliamen dibubarkan Serta Merta....kemudian pergi ke Istana Negara dan Istana Negeri unutk bubarkan ADUN....
ReplyDeleteIni Demokrasi APA ni..... Sial Betul UMNO. Dah Korbankan Askar dan Polis Malaysia kat Sabah, sekarang nak cuba tipu helah lain......
Kepada pegawai Polis dan Tentera pangkat rendah...Harap Bakar semua kotak UNI Hantu UMNO yang disimpan di balai/kem awak 8 Jam sebelum tamat UNDI!!
anon 16:08...
ReplyDeleteUMNO/Bn boleh meneruskan hidupnyer jika berubah......jika tak berubah...dia akan direbahkan....kemer pun tak sior dgn UMNO/BN jika penjenayah2 terus bersarang dlm UMNO/BN......UMNO/BN kini penuh dgn samseng dan penjenayah....
Salam.
ReplyDeleteAllah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri merubah apa yg ada dlm diri mereka. Org islam tentu biasa mendengar maksud ayat quran ini. Di mana2 kita pergi kita melihat dan mendengar arus dan suara perubahan berkumandang. Seluruh rakyat inginkan pembaikan dari regim korup dan fasik umno-bn. Skrg kita perlu menggandakan usaha dan menunggu parlimen dibubar. Banyakkan berdoa. Allah tidak akan mensia-siakan janji perubahan bagi umat yg gigih berjuang untuk merubah nasib mereka.
Kawan2 HAYATILAH SUASANA YANG TAK AKAN RASA DALAM HAYAT KITA. MENYAMBUT HARI2 RAYA (P/RAYA) YANG DI SAMBUT OLEH SEMUA KAUM DI MALAYSIA, 5 TAHUN (BUKAN 1 TAHUN)SEKALI. PAGI HARI RAYA KETEMPAT MENGUNDI IBARAT YANG MELAYU KE
ReplyDeleteMASJID, CINA KE TOKONG DAN INDIA KE KUIL.GANTI SEMBAHYANG RAYA DENGAN MENGUNDI. SELAMAT MENYAMBUT HARI P/RAYA 2013 SEMOGA TAHUN NI KITA SEMUA BOLEH SEMBAHYANG DI MASJID PUTRAJAYA.
Tiada Negara di Dunia ini melainkan Negara yang diperintah oleh diktator,ada pemimpin yang boleh memerintah sesebuah negara tanpa mandat yang dimiliki sendiri.
ReplyDeleteMari kita melihat dari sudut Negara Jepun,walaupun kadang kala PM mereka dipilih oleh wakil dari "The Diet",mereka kena memanggil pilihanraya dalam tempoh kurang setahun selepas mereka mengambil alih tampuk pemerintahan daripada mantan PM tidak seperti yang dilalui oleh Malaysia sekarang.
IMHO,Lacheat stay for toooo long.i personnaly think that it was now in our history Hari Ini Dalam Sejarah.
PC
Najib dan UMNO sibuk mengubati " Nyawa Ikan" tidak sedar apa Kerajaan Filipina sedang lakukan sekarang. Bacalah berita dari sana baru tahu apa tindakan lanjut mereka. Akhir nanti Sabah akan.............
ReplyDeleteTuan Aspan,
ReplyDeleteKalau UMNO dah mati otak, maknanya mati pucuk juga. Viagra & cialis pun tak mampu mengubati mati pucuk yang berpunca dari mati otak.
Kalaulah otak boleh digantikan..UMNO boleh diselamatkan. Soalnya bolehkah? Doctor In House pun tak mampu nak buat apa apa lagi! Sama sama lah kita dermakan kain kafan dan keranda nanti untuk mereka disertai bacaan talqin. Dua batu nesan dah Najib sediakan ( info dari Dato Arif ).
Hari ini jam 7.30 ptg lagi berita dari Filipina rancangan buruk Sultan dan kokco2 mereka hendak merampas Sabah. Biul pun Sultan. Rakyat Malaysia hendaklah bersatu mempertahankan Negara kita. Saya harap Perkasa medan didahapan.
ReplyDeleteTuan Aspan,
ReplyDeleteApakah yang terjadi kepada pak kaduk, walaupun telah menolong melepaskan anjing yg tersepit tetapi apabila anjing terlepas telah mengigit tangannya....nampaknya Filipina sedang tepok2 tangan sekarang.....kalau di Singapura kehebatannya mempunyai tembok cina utk elak bayar cukai, di filipina macam mana pula ???
- Batu tembok cukai
Apa pun saya nak ucap t.kasih kpd PR kerana atas gerakkan politik PR umno terpaksa kerja kuat tunjuk baik pd rakyat walaupun atas dasar tidak jujur.
ReplyDeleteSaya lihat pelik tun mahathir lancarkan buku Sejarah Rosmah. Fakta terbesar Rosmah pembunuh utama sokongan rakyar kpd umno/bn.
ReplyDeletePada usia 67 tahun orang tua itu masih beriya-iya mahu meyakinkan jiran2 tetangganya bahawasanya dia masih mampu menjaga kerukunan dan patut diberi kepercayaan untuk tadbir kehidupan kejiranan.
ReplyDeleteTetapi jiran2 sudah tahu bahawasanya anak2 orang tua itu sudah tinggalkan dia keseorangan ......
dan paling sayu, jiran2 sudah dapat menghidu orang tua itu sudah tidak dapat menguruskan kehidupan dirinya sendiri.
SABAN HARI DIA BERMAIN DENGAN TAIK!!
inilah akhir2 riwayat hidop INCIK Umnoo Al-Hamis.
Bang,
ReplyDeleteIni cadangan dari INCIK Umnoo Al-Hamis neh..heheh
http://www.malaysiakini.com/news/224325
Dia tak habis2 nak kuatkan dan gandakan usaha bunoh Najib yang saya tengok!.
UMNO brain dead, Malaysia brain drain. What to do? More than 1 million Malaysian born and bred have left our shores. Instead we get all these uneducated banglas, nigerians, pakis, filipinos, etc, etc.Now the filipinos want to take over Sabah.Cos UMNO brain dead.
ReplyDeleteYou are right.
Abdulla.
Artikel yang sungguh menyedapkan hati dan tepat sekali dengan fakta2 yang sebenar kini ujudnya Umno didalam keaadaannya sedang mengalami fasa "Mati Otak", hanya bernyawa ikan saja dan sudah tidak boleh diubati lagi. Hari Umno berputus nafas sudah ditetapkan oleh Allah iaitu pada PRU 13 ini. Selamat Jalan, Umno Pengkhianat Agama, Raja, Bangsa dan Negara.
ReplyDeleteBang,
ReplyDeleteHebat kata2 orang tua neh
http://www.malaysiakini.com/news/224467
Saya kira dia sedang bagi 'oksigen tambahan' kat INCIK umnoo.....mereka sedang berhempas pulas dan bermati2an nak selamatkan boss mereka yerrr....
Tuan Aspan,
ReplyDeleteOtak yang mati akan membawa bencana kepada negara,suatu bencana tidak ubah seperti berlakunya letusan gunung berapi super dan hentaman asteroid, reptilia besar akan pupus dan memberi peluang kepada spesis mamalia berkembang biak.
Malaysia sebenarnya perlukan barisan pemimpin yang matang dan bertanggungjawab dalam pembangunan bangsa ataupun sebenarnya kita telah ditutupkan semua pilihan dan membelakangkan kenyataan demi merealisasikan suatu kesan negatif ekoran dari perbuatan negatif.
Jangan sampai sudah terhantuk baru terngadah, bila berlakunya bencana negara bangkrap, huru-hara disebabkan sentimen agama,bangsa dan ekonomi, ancaman dari luar tapi ancaman sebenar yang sudah bersarang dari dalam tidak disedari barulah reti nak A.B.U @ A.B.C.D....
A.B.U @ A.B.C.D sekarang sebelum kita mendapat kerosakan yang lebih besar.
- Tembok Besar Melayu
slm bumi-non-malay, bukan saja bakar peti undi tapi TUNTUT Najib dedahkan perjanjian dgn Kiram dan minta maaf-buat siaran langsung- atau cari dia sampai lubang cacing atas pengorbanan perajurit kita yg maha setia lagi berjasa!!!
ReplyDeleteYe, Pak usman Awang, nyawa itu bukan saja murah tapi dimurahkan oleh anakbangsamu yg tiada maruah!!demi kebobrokan kuasa yg bukan haq.
Kuasa sebenar bukan pada Ketuanan tapi pada Keimanan.
Anonymous 19:03
ReplyDeleteciter pasal nasib sudah expired 52 tahun dulu. suatu ketika nanti akan jadi satu TRANSISI yg Allah sebut menukar umah dgn yang lebih baik. baca habis itu AQ...
Bang,
ReplyDeleteapa terok sangat mamat neh? Inilah geng2 main taik?
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/03/21/blank-cheque-offered-to-retract-sex-allegations/
Dia TERPAKSA buat begini nak NEUTRALISE kesan U-turn bapa Saiful??