26 March 2013

"Jangan takut! Kalau kau takut, aku lagi takut!" kata AR Tompel

Apa yang berlaku sekarang adalah pengajaran sangat berharga untuk rakyat terutamanya dalam menilai prestasi kerajaan yang memerintah. UMNO itu sifatnya adalah sebuah parti yang angkuh dan MCA serta MIC juga dihinggapi oleh keangkuhan UMNO itu. Penyakit UMNO itu adalah penyakit yang sangat ‘contagious’ dan mudah merebak kepada sesiapa yang mendekati dan bersekongkol dengannya.

Kalau kita ingat-ingatkan kembali semua tindakan dan kata-kata pimpinan UMNO termasuk yang telah bersara, mereka ini adalah lambang sebenar kepada sikap dan nilai parti itu sendiri. Mereka merasakan UMNO itu sahajalah yang mampu melakukan semuanya dan menjadi penentu kepada semua manusia di dunia dan akhirat. UMNO sahajalah yang berkemampuan untuk mentadbir sedangkan Pakatan Rakyat itu tidak ada pengalaman dan berbagai-bagai lagi cemuhan yang dilakukan oleh UMNO.

UMNOlah yang terkuat dan UMNOlah yang boleh membawa tahap kemasyhuran negara di peringkat antarabangsa. Kerajaan pimpinan UMNO sahajalah yang boleh menjadi contoh kepada seluruh dunia lebih-lebih lagi bagi negara yang sedang membangun. Sememangnya UMNO itu menjadi contoh kepada banyak negara membangun dan mundur. Itulah sebabnya di negara-negara mundur perlakuan rasuah itu menjadi-jadi kerana menjadikan negara kita ini sebagai contoh.

Tok Guru Nik Aziz dicerca dan ulamak dipersendakan dengan menggunakan orang-orang setaraf “Abdullah bin Ubai’ untuk berada di dalam UMNO bagi melakukan segala kepura-puraan di dalam UMNO dan kerajaan. PAS kononnya sebuah parti sesat dan ulamak UMNO telah menjatuhkan hukum yang mengundi PAS itu adalah kerja syirik dan bermacam-macam lagi penghinaan.

Tetapi apabila sampai kita membuat penilaian kembali, kita melihat UMNO itu hanya bercakap kosong dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mengambil hati rakyat supaya menyokong mereka dalam pilihanraya ini. Dalam pada UMNO bercakap besar itu sekarang rakyat yang ramai bertanya pula kepada mereka beberapa soalan.

Soalan yang lazim didengar ialah, kenapa pilihanraya tidak juga diadakan sehinggakan Dewan Undangan Negeri Sembilan akan terbubar dengan sendirinya pada Khamis ini. Pada Isnin yang akan datang terbubar pula kerajaan Negeri Johor Darul Takzim. Selepas ini bergilir-gilir Dewan Undangan Negeri-Negeri yang lain akan terbubar dengan sendiri. Apa ini semua kalau tidak kerana UMNO sudah mengetahui yang parti itu akan tumpas dalam pilihanraya yang akan datang ini?

Dewan Parlimen pula akan luput tarikhnya penghujung April yang akan datang ini. Inikah yang dikatakan sebuah parti yang bertanggungjawab sehinggakan Dewan Legislatif terbubar dengan sendirinya? Jika benar UMNO itu berkemampuan dalam segala-galanya, kenapa merasa takut untuk mengadakan pilihanraya?

Dalam pada orang menunggu tarikh luput Dewan Legislatif Johor kebangkitan rakyat Johor terlalu mendadak dan sudah dilihat dengan begitu jelas dan tidak ada apa yang boleh dibuat oleh UMNO Johor untuk menghalang kebangkitan rakyat negeri itu menyokong Pakatan Rakyat. PAS dan DAP sudah nampak jelas telah mendapat sokongan rakyat Johor. Sallehuddin Ayob sudah menjadi sebutan rakyat Johor dan MCA sekarang sudah menjadi parti ‘orphanage’ kerana  pengaruhnya disekat oleh kemaraan DAP.

Dalam UMNO bercakap benar itu adalah haram dan satu kesalahan besar. UMNO itu angkuh dan tidak boleh ditegur dan sikap ini berlarutan kepada pemimpin di peringkat negeri dan bahagian. Saya mempunyai pengalaman pahit semasa membuat kritikan dalam UMNO dahulu sehinggakan mereka membenci dan melakukan segala yang buruk terhadap diri saya dan orang seperti saya.

UMNO sudah tidak mampu memperbaiki diri lagi. Mereka bukan tidak mahu menjadi baik tetapi mereka tidak tahu lagi bagaimana hendak menjadi baik. UMNO teraba-raba mencari apa itu kebaikan malahan ramai di antara yang mereka lakukan itu mereka anggap baik. UMNO jelas pembawa dalil hari hendak kiamat. Yang baik dikatakannya buruk dan yang buruk itu dianggapnya sebagai baik.

Tetapi sekarang ini apa yang saya dan ramai lagi pemimpin yang bercakap benar dahulu terbukti kebenarannya. Apa yang dibenci oleh UMNO terhadap kritikan kami dahulu sekarang sudah menjadi kenyataan. Urat dan akar dalam UMNO itu sudah mati. UMNO hanya kuat sedikit kerana ada kuasa di Putrajaya. Itulah sebabnya UMNO hanya bergiat di peringkat Putrajaya sedangkan di cawangan-cawangan UMNO sudah terkubur.

Pemimpin UMNO cawangan-cawangan hanya berkumpul di kedai kopi seperti orang baru balik dari tanah perkuburan setelah mengebumikan orang yang baru meninggal. Di kedai-kedai kopi ini sahajalah kita mendengar hal UMNO. Itu pun kita mendengar cemuhan terhadap rakan-rakan seperti mereka kerana merebutkan tempat.

Dewan-Dewan Legislatif kita akan terbubar dengan sendiri, malah kalau dikira daripada pandangan yang lain, Dewan Rakyat dan DUN-DUN sudah pun terbubar sekarang ini. UMNO masih terkial-kial di bawah ini sedangkan pilihanraya sudah sampai waktunya diadakan. Di cawangan-cawangan UMNO masih kaku.

Saya menulis isu ini kerana saya tidak mahu lagi rakyat di bawah ini terus mengharapkan pembelaan dari UMNO kerana pemimpin mereka di atas pun sedang menghadapi masalah besar. Masakan mereka mampu untuk menengok-nengokkan keadaan parti di bawah-bawah ini. Lagipun UMNO akan secara jelas berpecah sejurus nama-nama calon diumumkan. Tidak ada apa lagi yang hendak kita tunggu dalam UMNO itu.

Kalau UMNO sendiri takut bagaimana rakyat hendak berani ke depan mempertahankan UMNO itu? Saya teringat dialog AR Tompel dalam filem Laksaman Do Re Mi semasa mereka hendak menaiki tikar terbang dalam filem itu. “:Jangan takut! Kalau kau takut, aku lagi takut!” kata Tompel kepada Ibrahim Din dalam filem itu.

Begitulah keadaan UMNO sekarang ini. Pemimpin mereka tahu yang UMNO akan tumpas dan mereka merasa takut untuk mengadakan pilihanraya. Ketakutan pimpinan UMNO inilah yang membuatkan ahli-ahli UMNO di bawah ini merasa takut untuk memberikan sokongan kepada UMNO secara terbuka.

Oleh itu kita hanya perlu bersabar dan tingkatkan doa dan sandaran kita terhadap Allah swt. Hanya kita berharap agar segala gerak kerja kita selama ini adalah di dalam sepenuh keredoanNya sentiasa. Kita mengharapkan dari Allah yang segala gerak langkah kita sekarang ini, adalah gerak dan afa’alNya semata-mata.

Semuanya akan berlaku dengan keizinanNya semata-mata. Jangan berani-beraninya sesiapa menyangkal hakikat ketuhanan ini.

14 comments:

  1. Takut merengkuk dalam penjara, bilik berhadapan dengan Mahathir, menghitung hari-hari yang bertambah gelap.

    ReplyDelete
  2. BN jangan kasi malu ketua2 cawangan meeting kat kedI KOPI, kasi sikit luit boleg meeting kat "Starbuck" le msih kontrol Puterajaya boleh sapu banyak lagi luit.

    ReplyDelete
  3. dikalangan 29 juta rakyat malaysia
    - mahathir merupakan org yg paling takut
    - cuma kita tak tau apa yg dia takut sgt
    - skrg ni lebih dia pulak dpd najib
    - siang mlm memberii ceramah

    - mungkin kah dia takut dgn usd40bilion yg dikatakan jumlah kekayaan dia kat luar negeri tu ?

    - atau
    - mungkin kah dia takut kalau2 dia merupakan org yg pertama ke sg buloh ?

    ReplyDelete
  4. Salam,

    UMNO baru ni :
    1. Penakut
    2. Pengecut
    3. Kedekut
    4. Berserabut
    5. Pondan

    Comtoh :
    1. Negara maju lain, umum tarikh pilihanraya lebih awal, berbulan-bulan sebelumnya..di Malaysia, sampai nak keluar taik pun masih nak tahan kentut!!

    2. Negara lain beri peluang parti lain berdebat, berhujah sama rata, lagi LIVE telecast. Di Malaysia ..... seciput 10 minit, bukan LIVE dan rekod sahaja. Yang LIVE Pak Jib hampir setiap hari berjama-jam pulak, itupun sebenarnya berkempen minta mandat 5tahun lagi. Oooooo tak malu, takut bini!!

    3. Nak tolong beri permit teksi idea PR, tapi UMNO bangang bagi tayar free dan paksa orang beli proton exora pulak. Ini sudah menghina pemandu teksi.

    4. Kita kata penceroboh Lahad Datu bahaya, Pak Asammuddin Keping kata penceroboh pakai kain pelikat.

    5. Ranking universiti Malaysia tidak ada dalam kelompok 400, tapi Pak Mooyiddin kata itu tak penting, macam ranking pasukan Malaysia, Raja cakap tak penting.

    6. PR kata ada badget cukup beri pendidikan percuma, tapi bodoh bangang penyokong UMNO, dahlah kais pagi makan pagi, tapi terhegeh-hegeh nak bayar PTPTN.

    7. PR nak berhujah ekonomi, tapi puak UMNO hujah dengan video seks@@#$$$??? Ini zaman edan pak.

    8. Banyak lagi bau busuk UMNO BN ni, cukuplah di atas sebagai contoh, kalau panjang sangat list nanti nak termuntah saya bau haprak UMNO baru ni.

    ReplyDelete
  5. Ahli umno seumur hidup.

    RASUAH bukan lagi menjadi BUDAYA dalam umno/bn tetapi telah menjadi IDEOLOGI . Mana ada UMNO/BN disitu ada rasuah dan dimana ada rasuah disitu ada umno/bn.

    Kalau otak bersih sikit dan hati bersih sikit secara automatik individu itu tak boleh duduk dlm umno kerana telah bersalahan dengan ciri2 umno , prinsip2 umno dan etika umno yg bertunggakkan kepada ideologi rasuah tadi. Boleh rujuk kes kroni Taib yg jadi broka tanah dgn secara terang modus operandi rasuah itu berjalan di Serawak, kat negeri lain pun sama tapi tak di rakamkan saja.

    Kalau dah jadi ideologi susah nak buang dah kerana sifat kekal dan tepu dlm ideologi itu melekat dan terus membentuk pola pemikiran rasuah dan struktur emosi rasuah (rasa rugi kalau tak ambil rasuah sebab semua pemimpin umno ambil rasuah) dan terusan menjadi tingkahlaku kekal abadi selama2nya.

    Ideologi ini mesti di perangi habis2an dan undi PR pada PRU 13 ini adalah JIHAT menentang Ideologi atau fahaman rasuah yg akhirnya negara akan hilang kedaulatannya jika terus2an menyokong pengamal ideologi rasuah.

    ReplyDelete
  6. Sebenarnya UMNO-BN nak relax...COOL.....biar kita BEKUKAN Ketua UMNO-BN dalam Cryovac dan Kuburkan mereka. Kemudian harap ada makluk asing dari Planet Grin GRAN Gong ciptaan Sudirman dapat hidupkan atau buat analisis UMNO-BN dalam tahun 3013....

    ReplyDelete
  7. Jangan Takut ! Kalau kau takut, Aku lagi takut!

    Madey cakap kat Najib "Najib kau jangan takut ! Kau meroyan kat Media Perdana berjam-jam.Kau merayu minta beri lagi satu penggal..5 tahun ! Kau banyak buat kejahatan Najib!.Yang engkau kemut USD 500 K kat Althanthuya tu kenapa?Bukan banyak sangat ! Kau sapu RM 500 juta"

    "Kalau kau takut Najib, aku lagi takut" kata Madey.Aku beri" Mykad kpd Suluk tausuq 800,000 org.Anak aku Mokzani aku beri kontrek supply minyak kat MAS berbillion.Mirzan ambik duit MSIC 2 billion belum lagi bayar.Mana aku nak sorok USD 44 billion tu Jib?Kau tolong aku Jib,Aku akan minta buku Rosmah dipasarkan di sekolah-sekolah ".Oii... Mudin,engkau dengar tak?

    "Kalau kau takut Jib,aku lagi takut" kata Daim.Daim jadi bodoh depan khalayak ramai kerana tidak tahu cakap.Aku kata " Anwar tidak layak.Hanya engkau jib yg layak.Mana aku nak sorok MYR 66 billion tu Jib" ?

    Inilah pelakun-pelakun yg takut ketika menyebarkan fitnah.Daim org yg paling bahaya! Kerana dia rendah,egonya tinggi dan pendendam!Penyamun dari tongkang yad.Abang dia Madey pun sama...apa nama ? apa nama Daim ? Daim cakap "Najib rosmah Mansor"!

    Sg.Korok Kedah

    ReplyDelete
  8. Apa dah jadi dengan blog "Malaysians Must Know the TRUTH"? Tiada updating sejak 24 Mac 2013 lalu.

    ReplyDelete
  9. Biar org dgn gaya dan stailnya yg penting kita sbgai org pr harus mngatur krjakerja yg baik dan brkualiti untuk mmnangi pru nanti.kita fokus untuk mnerangkan kpd pngundi untuk apa kita perlu berubah dan mngundi pr.

    ReplyDelete
  10. Biar org dgn gaya dan stailnya yg penting kita sbgai org pr harus mngatur krjakerja yg baik dan brkualiti untuk mmnangi pru nanti.kita fokus untuk mnerangkan kpd pngundi untuk apa kita perlu berubah dan mngundi pr.

    ReplyDelete
  11. Ape UMNO ni? Perompak negara...!!

    ReplyDelete
  12. Kawan2:
    Yang samseng itu upahan umno
    yang korup itu pemimpim umno
    yang menipu itu org umno
    yang sombong itu pmimpin umno
    yang dibodohi itu ahli umno
    Yang kaya raya itu pmimpin umno
    Yang ganas itu org upahan umno
    Yang terpedaya itu pengundi umno
    Yang nak lari bersuaka itu ketua2 umno
    yang nak karam itu tongkang umno.
    Ayoh kita kasi karam itu tongkang dlm pru13.

    ReplyDelete