27 March 2013

"Kerajaan Nogoghi bojalan macam biaso" kata Mohamad Hasan

Hari ini tamat tempoh penggal DUN Negeri Sembilan. DUN Negeri Sembilan merupakan Dewan Legislatif yang pertama terbubar dengan sendirinya. Ini merupakan satu insiden besar dalam sejarah kemerdekaan negara dalam mana Dewan Legislatif terbubar dengan sendiri. Ini disebabkan pihak yang memerintah tidak membubarkannya. Kenapa DUN Negeri Sembilan tidak dibubarkan kita sama-sama tahu. Berlalunya penggal Dewan Undangan Negeri, negeri beradat ini menunjukkan yang BN tidak berupaya untuk meyakinkan diri yang mereka mampu untuk memperolehi sokongan rakyat dalam PRU kali ini..

Mohammad Hasan, Menteri Besarnya berkata, “kerajaan Nogoghi bojalan macam biaso” dan beliau adalah Menteri Besar dalam kerajaan sementara sekarang ini. Beliau berkata beliau tidak payah memohon perkenan Duli Tuanku Yang diPertuan Besar untuk meneruskan tugas Menteri Besar dalam kerajaan sementara itu. Saya tidak pasti samada seorang Menteri Besar kepada kerajaan ‘caretaker’ perlu mendapat perkenan Tuanku, tetapi berkata yang beliau tidak perlu mendapatkan perkenan Raja Melayu itu rasanya agak sombong dan ‘unbecoming’.

Minggu depan terbubar lagi sebuah kerajaan negeri, iaitu Negeri Johor Darul Takzim. Jika didengar komen dan pandangan orang ramai, ia jelas menunjukkan yang BN akan tumpas dalam pilihanraya kali ini. Tidak kita ketahui apa yang akan berlaku selepas ini tetapi keadaan yang pertama kali kita alami ini membuatkan rasa tidak berkeyakinan terhadap kemampuan UMNO untuk terus mentadbir negara itu bertambah kuat.

Jika pertandingan di antara dua pihak dilakukan secara adil, yang pasti Pakatan Rakyat akan menang dalam pilihanraya ini. Tiada lagi kubu UMNO dan BN yang tidak ditembusi oleh Pakatan Rakyat. Di Johor, negeri kebanggaan BN selama ini sebagai simpanan tetap sudah jauh ditembusi oleh Pakatan Rakyat.

Sallahudin Ayob, Naib Presiden PAS, telah berjaya menambat hati pengundi untuk PAS dan kembalinya Lim Kit Siang ke negeri kelahirannya itu membuatkan rakyat mula bangkit untuk bersama dengan negeri-negeri lain untuk melakukan perubahan. Nampaknya negeri Johor tidak mahu ketinggalan bersama dengan rakyat negeri-negeri lain untuk merasakan suasana politik yang baru sekarang ini.

Bermula tengah malam ini Negeri Sembilan akan ditadbir oleh kerajaan sementara dan Mohamad Hasan telah berkata beliau tidak perlu mendapat perkenan Tuanku Yang diPertuan Besar untuk mengetuai kerajaan sementara itu. Kata-kata Mohamad Hasan ini tidak disenangi oleh banyak pihak kerana Negeri Sembilan adalah ahli kepada Persekutuan Malaysia dan kedaulatan kerajaan negeri itu tidak boleh wujud tanpa adanya Raja Melayu bersama.

Kita mesti ingat perlantikan seorang Menteri Besar bagi satu-satu penggal itu adalah di atas perkenan Kebawah Duli Tuanku dan perlantikan itu hanya untuk penggal itu sahaja. Jika penggal itu tamat maka Kebawah Duli Tuanku wajar memberikan perkenan untuk perlantikan seorang Menteri Besar kerajaan sementara negeri yang dinaungi oleh kebawah Duli Tuanku.  

Bagaimana pula Mohamad Hasan memberikan kenyataan terbuka yang dia tidak payah mendapatkan perkenan Tuanku untuk menjadi Menteri Besar kerajaan Sementara itu sedangkan hakikatnya rakyat belum lagi memilih kerajaan yang baru. Segala tanggungan ini wajar diberikan kembali kepada Tuanku bagi baginda melantik sesiapa yang baginda perkenan untuk mengetuai kerajaan sementara itu.

Secara ‘convention’nya Menteri Besar yang baru tamat tempohnya ataupun Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan itu boleh dilantik oleh Tuanku untuk mengetuai kerajaan sementara itu. Ahli-Ahli mesyuarat kerajaan itu termasuklah Setiausaha Kerajaan, Pegawai Kewangan Negeri atau Penasihat Undang-Undang negeri. Maka setiap di antara mereka boleh dilantik untuk mengetuai Kerajaan sementara itu.

Jadi jika Mohammad mengaku yang beliau adalah Menteri Besar Sementara secara automatik pihak yang mahir dalam perundangan perlu memberikan nasihat kepada Kebawah Duli Tuanku dalam hal perlantikan Menteri Besar Kerajaan Sementara itu.

Jadi Mohamad tidak boleh berkata, “kerajaan nogoghi bojalan macam biaso”. Kerajaan Negeri semasa penggal DUN masih ada dengan kerajaan sementara itu ada bezanya. Mohamad tidak boleh berkata ‘kerajaan akan bojalan macam biaso’.

Mohamad tidak boleh melantik dirinya sendiri. Dalam keadaan apa sekali pun Mohammad wajar mengadap Kebawah Duli Tuanku dalam hal-hal penting kerajaan Negeri Sembilan itu apatah lagi terbubarnya DUN dengan sendiri ini adalah pengalaman yang pertama kali dalam sejarah negara dan negeri merdeka ini.

Mohamad sebagai Menteri Besar wajar menghormati kedaulatan Negeri Sembilan sebagai salah sebuah negeri yang menyumbang kepada kedaulatan Persekutuan Malaysia ini. Jika Mohamad boleh lakukan, buangkan perasaan membangga diri itu.

Hanya saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan Mohamad, kita ini orang Melayu apatah lagi sebagai rakyat NS yang beradat ini, junjunglah kedaulatan Negeri Sembilan ini. Apa-apa perkara yang berkaitan dengan kerajaan negeri langsungkanlah sifat berbudi bahasa sebagai lambang rakyat Negeri Sembilan yang sepatutnya penuh dengan adat ini.

Anak perpateh selalunya dikandung adat, dan adat bersendikan syarak. Berlangsungnya adat, berlangsung jugalah syarak agama yang suci kita itu.

21 comments:

  1. Mr Sallahudin Ayob is a very nice humble man so different from Umno MBs who are so proud and arrogant.I hope he gets a chance to be Johore MB.Its the same with Khalid the S'gor MB who works very hard and is well versed in economic matters.In the case of NS I hope you get to be the MB Mr Aspan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku anak jati johor tetap akan bersama PR. Muga PR berjaya menawan JDT.. Amin

      Delete
  2. Hail all Pakatan RepresentativeS ! I am confident once elected you will be rakyat's representatives and work for the rakyat and will bring Malaysia into greater prosperity

    ReplyDelete
  3. Kalau benar Muhammad cakap seperti itu, ia menunjukkan keangkuhan dan kebiadaban terhadap DYMM Tuanku Yam Tuan Besar N.Sembilan dan rakyat N Sembilan. Beliau patut faham bahawa beliau mewakili kerajaan yang diberi mandat selama 5 tahun. Selepas 5 tahun dia adalah rakyat biasa sama seperti tukang sapu sampah di MPS. DYMM Tuanku dipohon supaya melantik orang lain menjadi ketua kerajaan sementara N Sembilan.

    ReplyDelete
  4. Salam Sdr Aspan;
    Izinkan saya bermadah seloka, kerana hati mengeletek hiba?;

    Mudik ke hulu membawa buah;
    Anak Bangsawan mengelek manggis;
    Hilang Malu, Buang Maruah,
    Kerana kuasa memanda Mengemis.

    Hilang malu buang maruah,
    Habis kuasa memanda mengemis;
    Kemana pergi mengundang padah,
    Menteri berkuasa rakyat menangis.

    Kemana pergi mengundang padah,
    Menteri berkuasa rakyat menangis;
    Gadai diri gadai maruah,
    Nyawa laksana dihujung keris.

    Gadai diri gadai maruah,
    Nyawa laksana dihujung Keris;
    Durjana sungguh dirimu Tuah,
    Kuasa Raja hendak di tiris.

    Kuasa hilang berasa gundah,
    Bapak menteri meratap hiba;
    Cukuplah kini sampailah sudah,
    Para pencuri meratah laba.

    Akurlah kepada peraturan alam kerana kita semua akan menemuiNya.....Myi

    ReplyDelete

  5. Orang sedang meroyan 'akal' dia tidak berpijak dibumi nyata. Khayalan.
    Khayalan menjelma kata Black Dog Bone.

    Kesihan UMNO dengan BN.
    Mohd Hasan jika nak kekal sebagai MB N9 kena cepat bawak adun-adun sementara tuh ishtihar masuk Pakatan Rakyat.

    ReplyDelete
  6. Salam,

    Kah...kah....kah...Adakah Pak Mat bagai kapten Nogori Sembilan, bila di arah keluar padang sebab tamat tempoh permainan masih terhegeh-hegeh nak berdiri seorang diri atas padang sampai akhir malam, stadium sudah tutup.

    Inilah yang di katakan UMNO zombie!!!!

    ReplyDelete
  7. dulu rakyat terkejut kerana tiba2 ada pilihanraya dan kini rakyat sampai naik sasau sebab teringin sangat nak pilihanraya......hahahaaaa gilo agaknya orang yg berkuasa kini.....

    ReplyDelete
  8. Bang,

    Benda ni sudah lama satu donia tahu! Lama dia jadi PM, maka berjayalah dia untuk mengaturkan giliran2 Paklah, Najib dan Muhideen SEBELOM Mukrizz di naikkan!

    http://www.malaysiakini.com/news/225043

    Sebab tu Najib melawan dengan bertangguh lagi bertangguh lagi bertangguh!

    Degil betol anak Razak neh yerr!

    ReplyDelete
  9. Besok tanggal 28 Mac 2013, N9 akan ditadbir oleh kerajaan Haremmmmmm, umpama kata PM kita, "HARAMJADAH"

    ReplyDelete
  10. Besok tanggal 28 Mac 2013, N9 akan ditadbir oleh kerajaan Haremmmmmm, umpama kata PM kita, "HARAMJADAH"

    ReplyDelete
  11. Bang,

    Ujong minggu lepas kat UKM

    Ujong minggu ni kat UTeM, Melaka

    6 April kat Selangor?

    HEBAT YERRR PM SEUMUR HIDUP NEH!

    ReplyDelete
  12. Sori bebanyak bang, lupo lak nak masukkan link berghaim ahlee neh.

    http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/perkasa-rallies-to-save-selangor-on-april-6

    ReplyDelete
  13. As Salam Tuan Aspan.

    " Anak perpateh selalunya dikandung adat, dan adat bersendikan syarak. Berlangsungnya adat, berlangsung jugalah syarak agama yang suci kita itu". Diambil dari perenggan akhir tulisan Tuan.


    Bagi Anak Hassan, pepatah pepatih dia pula berbunyi begini....." Anak Den selalunya dikandung projek, dan projek bersendikan rasuah dan kroni. Berlangsungnya rasuah, berlangsung jugalah penimbunan wang haram yang dirompak daripada hak rakyat itu".



    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko biar boto jang...
      Kah kah kah...
      Tapi mmg boto..

      Delete
  14. binatang tu tak sedo kan diri berambus daripada pejabat kamu dah habis tarikh.betoi le binatang lahabau ni

    ReplyDelete
  15. Salam Jang,
    Dah ku telah dah ku tilek bende2 pelek akan berlaku. Yg ghajin langgar peraturan org umno. Yg selalu perlekeh undang2 pemimpin umno. Yg sentap kuasa raja parti umno. Yg engkar perjanjian royalti dll ialak kerajaan umno. Mentornya DrM. Mentee Pak Lah & Pak Najib.
    Nak kata meluat.. dah tak terluat dah. Nak kata menyampah.. dah tak tersampah dah.
    Nak kata benci.. yoooo den bonci umno..
    Den bonci umno.. den bonci umno..
    Ekau camno jang oiiii..... suko??

    ReplyDelete
  16. BN dan PR berebut2 nak tawarkan khidmatan yang terbaik jadi kita sebagai pengundi tengok sekeliling dan pilihlah.Rakyat wajib ajar pemimpin politik bahawa semua layak jadi pemimpin bukan BN saja.
    Untuk sementara waktu ni biarlah Mat Hasan takbirkan bukan lama pun dan perhatikan kesilapannya supaya lebih senang dia lingkup nanti.Dia memang ego dan sombong memang layak dilingkupkan kesemua yang bersekongkol dengannya.

    ReplyDelete
  17. Hahaha, adakah ini ultra vires yg dikatakan oleh Karpal Singh? Sepatutnya Mat Hasan bukan kn jumpa pemerintah dulu? Siapa dia? Blh pula dia tentukan yg dia jd MB sementara? Syabas Pak Aspan, well said, inilh yg aku pikir baca brita N9 DUN bubar.

    Pak Aspan, sy harap kalo Pak yg jadi MB nanti (kalo PR pilih Pak la), tolonglah look into sistem jalan raya N9. Manyak jln yg dah ada Zaman Penjajah tp sampai skrg blm upgrde. ABU! Segala silap Mat Hasan harus dijadikan pengajaran dan jg kebajikan rakyat dgn penuh amanah. My best of luck to Pak.

    ReplyDelete
  18. Rakam sebagai sejarah malaysia

    ReplyDelete
  19. Apa-apa pun, yang menjadi teraju kejatuhan UMNO_BN ialah seekor Memanda yang berbinkan Iskandar Kutty yang telah digelarkan sebagai SHIT oleh SN Shahnon. Aku pula ingin menggelarkan Sicelaka ini sebagai MAHASHIT, sepadan dengan dia yang tiada tolok-banding dalam politik Malaysia.

    ReplyDelete