Apa jua yang tidak asli akan cepat
lusuh dan rosak. Barangan tiruan selalunya murah tetapi tidak boleh berfungsi
untuk jangka masa yang lama. Dia akan rosak dan akan dibuang di tepian
longkang dan jalanraya atau di dalam tong sampah. UMNO pun begitu. Ianya adalah
parti tiruan yang menggunakan jenama UMNO sedangkan UMNO itu sudah mati.
Barangkali itulah sebabnya UMNO sekarang tidak mampu berfungsi dengan baik kerana
ia bukan UMNO yang asli.
Orang yang senama itu ramai.
Di dalam negara ini berpuluh ribu orang bernama Aziz misalnya. Begitu juga orang
bernama Najib ataupun Rahim dan Salleh. UMNO juga dilekatkan kepada parti
yang telah menyudahkan proses pencapaian kemerdekaan dan parti yang bernama
UMNO itu telah terkubur atas kehendak Dr Mahathir. Pembunuhan UMNO itu dilakukan
oleh ‘bouncer politik’ Dr Mahathir yang semasa itu menjadi Setiausaha Agong
UMNO.
Sekarang ada parti yang sama
namanya dengan UMNO tetapi ia adalah UMNO tiruan dan seperti barang tiruan ia
tidak akan bertahan lama. Sekarang ini sahaja sudah calar di sana sini, di atas bocor dan di bawah pun
bocor. Baru berusia 23 tahun parti itu
sudah nampak akan terkulai kerana UMNO itu tidak asli dan tidak tulen.
Dulu saya pernah membezakan UMNO
asal dan yang baru itu dengan nama Ziela. Seorang Ziela itu adalah pelakon dan
bintang filem yang ayu dan cantik suatu ketika dahulu. Mungkin sekarang Ziela
itu masih cantik dan hanya umur sahaja yang membezakan Ziela dahulu dan
sekarang. Tetapi dengarnya Ziela ini masih sihat dan tidak mempunyai banyak
penyakit yang dialaminya.
Tetapi ada satu lagi makhluk yang
bernama Ziela, iaitu nama seekor orang utan yang menjadi maskot Tahun Melawat Malaysia 1991
dahulu. Orang utan itu diberi nama Ziela oleh Sabarudin Cik, Menteri Pelancongan
Negara semasa kita merayakan kempen tahun melawat Malaysia itu. Antara Ziela yang
pelakon dan dramatis itu dengan Ziela yang menjadi maskot Tahun Melawat Malaysia 1991
itu sangat jauh perbezaannya.
Tentu banyak perbezaan antara
Ziela pelakon itu dengan Ziela orang utan maskot Tahun Melawat Malaysia itu.
Satu yang sudah nyata menunjukkan perbezaannya ialah jangka hayat di antara
Ziela yang asal dengan Ziela yang diperkenalkan oleh Sabaruddin itu. Ziela
Maskot itu telah mati di dalam Zoo negara banyak tahun yang lalu. Nyawanya
tidak tahan lama.
Rupa pun lain di antara kedua-dua
Ziela ini. Ziela Maskot itu badannya berbulu dari kepala sehingga hujung tangan
dan kakinya, tetapi Ziela yang asal tidaklah begitu. Ziela yang asal itu
kulitnya licin dan jika berhias dengan gincu dan perhiasan muka yang lain ia
akan menampilkan wajah yang cantiknya itu.
Tetapi jika Ziela yang maskot itu
masih hidup dan dihias dengan alat-alat perhiasan yang semahal mana sekalipun, kita tidak boleh bayangkan bagaimana rupanya. Tidak ada siapa yang mampu
membayangkannya. Ziela yang asal ini boleh kita tonton dalam filem-filem dalam
mana beliau berlakon tetapi orang utan terpaksa pergi ke Zoo Negara untuk
melihatnya. Orang Utan tidak boleh berkeliaran di tempat-tempat awam kerana ia
amat merbahaya kepada keselamatan awam jika dibiarkan mereka (orang utan) ini
terlepas di tempat-tempat awam.
Sekarang sudah sampai masanya
untuk kita pergi menonton. Sekarang bolehlah kita pilih untuk menonton Ziela
Maskot atau Ziela bintang filem itu yang berlakon di Istana Budaya nanti. Masanya
tidak lama lagi. Selewat-lewatnya enam minggu lagi.
Ziela yg asli tu adalah 'Miss J' kpada arwah Tan Sri Megat Junid. Tuan pernah tgk lakonannya dalam filem 'Driving School' dulu? fuhhhh....
ReplyDeleteyang asli tetap terbaik. hahahaha
Sila tonton klip ini. Ziela orang Utah melakon juga.
ReplyDeletehttp://youtu.be/WR0xIHi6_d0
Pak Aspan,
ReplyDeleteZiela artis tak cukup cantik dan slim. Rakyat lebih suka tonton Rosmah yang " slim " dan " tawaduk " itu!.
Apa kata badak di zoo negara dinamakan Rosmah?. Sesuai tak?. Kalau artis ada Ziela, orang utan pun ada Ziela, maka kalau VVIP ada Rosmah..wajar benar badak juga ada Rosmah.
Saya pasti Hisyamuddin Rais 100% setuju.
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
ReplyDeleteYes! Absolutely right! Senang aja formula yang boleh dirumuskan pada artikel ini:
UMNO = United Mungkarat Number One
kerana dibarisi O K U dan O K S
(O K U = Operator (pemimpin) Kepupusan Ugama, dan
O K S = Objek-objek Kurang Siuman ...
Dengan itu, rasanya, cukup sudahlah, kan? So, apa lagi mau tunggu ... Kambuskanlah aja keangkuhan mereka selepas ni, K?
Terima kasih dan salam jihad.
pak aspan...ziela ok.. ziana lagi ok boh..
ReplyDeleteada video ka..hahahaha
ReplyDeleteadmin, mohon masuk bloglist.
memang semasa zaman sabarudin chik jadi menteri pelancongan,dia gila habis dgn ziela pelakon. depa (dia,megat junid,kadir shekh fadir dan ada sorang dua lagi) kalau main golf..masa putting.. semua lubang depa akan kata "ini lubang ziela j3456" last sekali megat junid yang kenyang...
ReplyDeletePak aspan,
ReplyDeleteYou running for election ?, I would be happy to donate to your campaign fund if you start one.
Salam,
ReplyDeleteSaya rasa Puteri atau Wanita UMNO ni, rasa gelilah tengok gelagat dia orang ketika menghina PR.
Zeila ni pelakon 80an. Tapi adakah wanita UMNO berperangai :
1. Bijak macam pelakon Saadiah dalam filem "Musang berjanggut"?
2. Bersopan santun lemah lembut macam pelakon Latifah Omar dalam "Bawang Putih Bawang Merah?"
atau ....
3. Memilih pangkat bedarjat macam pelakon Mak Dara dalam filem "Ibu Mertuaku"?
Walau Che Det ni banyak buat hal macam bangang, tapi saya masih respect sopan santun Puan Siti Hasmah jika dibandingkan dengan ....... eeeeeekkk Kak Mah yang macam .... alahai...(hidup pun susah, mati pun susah, pegang bendene [bendera] abang Apek dalam filem Madu Tiga).
Tuan Aspan Alias,
ReplyDeleteSaya tak berahi langsung tengok Zeila. Tapi saya teringin tengok sigila petualang dari Kerala ni mampus ditali gantung. WAJIB BACA di http://goo.gl/Mo9jn