09 March 2013

Tolak yang melindungi samseng

UMNO tidak berupaya mempersiapkan diri mereka untuk menjadi parti yang mempunyai ‘attribute’ sebagai parti pemerintah lagi. Apa yang dilakukan oleh penyokong UMNO ke atas program Pakatan Rakyat di Bukit Katil Melaka semalam amat menjijikkan. Jika UMNO benar-benar hendak menjadi parti pembangkang, parti itu dengan penyokongnya mestilah bersabar. Tidak akan lari gunung dikejar. UMNO akan tetap menjadi pembangkang.

Banyak tuduhan buruk yang dilemparkan ke atas Pakatan Rakyat tetapi UMNO itu sendiri sudah menjadi parti yang tidak siuman kerana berkelakuan seperti gangster zaman batu dahulu. Orang hendak berdemokrasi, UMNO pun hendak berdemokrasi, tetapi tidak faham apa itu demokrasi.

Kalau di Sabah rakyat Kesultanan Sulu telah menyerang pasukan keselamatan kita, dan di Bukit Katil, Melaka pula penjenayah dan penceroboh UMNO masuk di majlis anjuran Pakatan Rakyat dan ‘mengganas’ terhadap mereka yang hadir dalam ceramah itu. Sekarang ini di mana ada pencerobohan di situ ada UMNO. Kalau dahulu saya selalu memberikan pandangan saya UMNO itu rasuah dan rasuah itu UMNO, sekarang kita lihat pula dan hampir menjadi bidalan, di mana ada keganasan di situ ada UMNO dan di mana UMNO ada di situlah ada kekerasan dan kemusnahan.

Bukit Katil adalah kawasan yang hampir pasti diambil-alih oleh Pakatan Rakyat dan sepatutnya UMNO mesti rela dengan keadaan itu. Parti itu mesti mengakui yang cara untuk kembali mendapat sokongan ialah dengan berbuat baik dan berbudaya tinggi dan bukannya dengan menjadi samseng jalanan. UMNO sepatutnya menumpukan perhatian di kawasan yang mereka boleh menang, kerana bagi UMNO untuk menumpukan tenaga dan waktu di Bukit Katil itu adalah tindakan yang ‘membuang peluru’ sahaja. 

Pada hakikatnya Bukit Katil itu adalah kawasan yang sudah pun diambil-alih oleh Pakatan Rakyat. Pengundi di Bukit Katil itu hanya menunggu untuk menyokong PR sebagai usaha untuk melangsungkan niat untuk berkuasa di Putrajaya. Bukit Katil sememangnya menjadi salah satu daripada banyak kerusi Parlimen UMNO yang akan berpindah tangan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya nanti.

Tidak baik melakukan jenayah seperti itu kerana ia hanya akan memalukan kerajaan negara kita di mata dunia kerana tidak berdaya melangsungkan demokrasi, yang sepatutnya diamalkan dengan sikap ‘gentleman’. Tindakan penyokong UMNO merosakkan bas Parti Keadilan Rakyat itu akan hanya membuatkan UMNO dipandang rendah oleh rakyat yang sedang dalam pencarian ini. Perangai buruk penyokong-penyokong UMNO inilah yang membuatkan rakyat mempunyai persepsi yang UMNO akan bertindak liar jika kalah dalam Pilihanraya yang akan datang ini. UMNO tidak mungkin berubah kerana budaya samseng ini nampaknya sudah menjadi budaya UMNO yang baru terbentuk.

Apa yang menghairankan, kenapakah pimpinan UMNO di Melaka tidak mendidik ahli-ahli serta penyokongnya untuk berkelakuan yang baik sedikit kerana dengan tindakan penyokong ini ia membabitkan imej pimpinan UMNO yang kini sudah tersedia dengan masalah-masalah yang  tidak dapat diperbaiki lagi.

Maka rakyat perlu bersatu dan mengenepikan UMNO kali ini untuk menghilangkan budaya buruk ini terus-menerus subur dalam masyarakat yang inginkan kehidupan harmonis dan muhibbah di antara kita yang berbilang kaum dan cara hidup ini.

Kita tidak boleh menerima seruan UMNO bagi rakyat bersatu di bawahnya kerana kita akan lebih selamat jika kita bersatu di luar UMNO dan BN itu. UMNO boleh meneruskan budaya samseng itu, tetapi UMNO mesti duduk di luar kerajaan. Kita amat takut jika kita ditadbir oleh kerajaan yang menggalakkan budaya samseng  menyubur di negara ini.

Hilangnya UMNO bermakna akan hilanglah budaya samseng itu, insyaallah. Budaya samseng sekarang berkembang kerana samseng ini dilindungi oleh kerajaan dan penguatkuasa undang-undng di negara ini.

Pendeknya, kita mesti tolak pendinding dan pelindung kepada samseng-samseng ini, iaitu UMNO.

22 comments:

  1. UMNO itu terrorist? di sabah, ada diberitakan terrorist sulu itu ahli umno.juga yang mengganas di melaka melontar batu merosakkan bas juga ahli umno. America patut menambah senarai dalam list terrorist mereka dengan menjadikan umno ahli terbaru sebaris deengan EZLN,AL QAEDA, etc...

    ReplyDelete
  2. " kenapa kah pimpinan UMNO di Melaka tidak mendidik ahli-ahli serta penyokongnya untuk berkelakuan yang baik sedikit....." Macamamana nak mendidik anak-buah kerana diri sendiri penyangak, perompak, perogol dan lain-lain perangai setan, takkan yang jahat nak mendidik jadi baik!!!

    ReplyDelete
  3. muzium padi gunung kheyang9 March 2013 at 22:18:00 GMT+8

    mana mungkin pimpinan umno melaka mendidik ahli mereka..
    bahkan mereka yang menggalakan
    kekerasan pada pakatan rakyat.

    kalau tak ada arahan dan bagi duit tak mungkin...samseng ini akan buat kerja terkutuk itu...

    umno menggunakan sepenuhnya kuasa yang ada pada mereka

    ReplyDelete
  4. Umno kekurangan point sudah

    ReplyDelete
  5. As Salam Tuan Aspan.

    Perangai penyokong atau budak hingus upahan pemimpin UMNO di Bkt Katil Melaka itu tak ubah seperti perangai Kafir Musyrikin yang melontar batu kepada Rasulullah SAW semasa di Mekah.

    Samseng tahi kucing ini sebenarnya telah melempar batu kepada ibu bapa, isteri atau bakal isteri, anak dan keturunan mereka di kemudian hari. Perangai dan perbuatan kaum lahanat ini sebenarnya menjauhkan keadilan dan mendekatkan kezaliman dan kedurjanaan ke dalam diri mereka sendiri.

    Kepada PR yang bakal menjadi Menteri Keselamatan Dalam Negeri selepas PRU13 kelak, pastikan video perbuatan "anak haram jadah" ini disimpan baik-baik dan pastikan mereka ini mati di dalam Lokap Polis kelak. Sebagai penyokong kebenaran, kami tak akan marah dan mengungkitpun kiranya "anak haram jadah" ini diperlakukan sedemikian bersama tukang upah mereka. Silakan!

    ReplyDelete
  6. Tolak umno bermakna tolak Penjenayah.

    ReplyDelete
  7. Kepakaran dan kemahiran serta berpengalaman dlm kerja2 jenayah ialah org umno.

    Kalau rakyat tolak umno pada pru13 ini bermakna satu dari punca berlakunya jenayah kita selesaikan. Statistik jenayah pd masa hadapan akam menurun. KPI Kerajaan baru nanti tercapai.

    ReplyDelete
  8. Hospital kena bersedia dgn paramadik dan peralatan yg cukup pd pru 13 kerana ramai yg sakit sebaik sahaja keputusan Pru 13 diumumkan. PR dah biasa kalah yg belum biasa kalah BN yg lebih stress BN.

    ReplyDelete
  9. Itulah sikap kekampungan yang dibawa oleh golongan tersebut. Sepatutnya pemikiran ini perlu dimodenkan dan dimatangkan selaras dengan kemajuan dunia kini. Anak-anak muda dan belia ini sepatutnya menjadi bangsa yang bijak, bermoral tinggi, mantap personaliti dan rasional dalam segala tindakan. Sewajarnya mereka menadi golongan yang disegani dan dipandang tinggi, bukan golongan yang diletakkan di tempat yang dipandang hina oleh orang lain. Elak dari berfikiran tidak rasional, sempit dan pendek akal. Jadilah bangsa yang maju dan berfikiran jauh. Jadilah pengikut yang boleh memimpin bukan pengikut yang sentiasa dipimpin dan mengikut sahaja apa yang disuruh. Berfikirlah.

    ReplyDelete
  10. BEKAS KETUA PEMUDA UMNO BAHAGIAN10 March 2013 at 07:35:00 GMT+8

    Tidak menghairankan bebudak UMNO yg tidak berpelajaran.Jika sekolah pun cuma drop out SRP/PMR.Paling tinggipun cuma SPM tidak lulus mudah dipergunakan oleh Ketua UMNO bahagian.Dalam kontek Bukit Katil ini,Ketua Bahagian adalah Ali Rustam cum ketua Menteri Melaka.Ali Rustam telah memperkudakan ketua Pemuda UMNO Bahagian.Dari sumber yg boleh dipercayai, Ali Rustam telah memberi jawatan Kpd Pemuda dan Wanita menduduki Ahli Majlis Daerah dg ada gaji lagi.inilah kepalanya! Mereka takut jika UMNO kalah, sumber rezeki tidak masyuk lagi...bebudak UMNO hilang tempat bergantung.

    Bebudak UMNO ini dalam 20an telah berkahwin.Jika bujang lainlah!.Cukup tahun mana nak cari duit sekolah.Sewa rumah belum bayar lagi bulan tu.Kereta 2nd hand dah nak kena tarik.Budak-budak ini mempunyai seribu satu pelbagai masalah! DSAI sudah tentu faham tentang perangai tingkah laku Bebudak UMNO ini.Fasal duit ini,mereka sanggup buat dan lakukan apa saja.

    Sekiranya Ali Rustam tidak lagi menjadi Ketua Menteri Melaka maka bebudak UMNO ini akan hilang begitu saja!

    Bebudak UMNO ini mendapat habis tinggi pun upah cuma rm 200 setiap sorang.Duit poket mereka itu ada yg sponsor.Begitulah bila anak Ali Rustam kawin hampir sejuta dibelanjakan. Mana duit itu datang? Tokeh-tokeh yg telah mendapat projek ,mereka inilah yg sponsor dg harapan utk mendapat projek lagi.Pelaburan yg mendatangkan keuntungan.Oleh itu Ali Rustam telah mengadakan sambutan kawin anaknya secara besar-besaran.

    Ali Rustam pun jaga lembu waktu kecil.Bila besar jadi meter reader air.Ali Rustam memang faham bebudak UMNO Bukit katil bahagiannya.Tindakan ALI Rustam ini menyebabkan UMNO akan menjadi pembangkang di Melaka nanti.

    Ali Rustam lulusan USM dalam sekolah kemanusiaan( School of Humanaties).pengkhususan Bahasa Malaysia.Cakap orang putih pun lintang pukang sewaktu menjadi timbalan menteri dulu.Itulah yg ditakuti Ali Rustam bila dia menjadi ketua pembangkang mcm kawan karibnya Khir Toyo yg korap tu.


    Bekas ketua pemuda UMNO bahagian

    ReplyDelete
  11. UMNO ni dahlah samseng taik kucing pastu kaki fitnah pulak tu. Tak cukup dengan fitnah, di tambah pulak kaki rasuah nombor wahid. Dahlah kaki rasuah tambah pulak dengan perangai munafik (bohong sana, bohong sini, tipu sana, tipu sini, pecah amanah, mungkir janji). Tak cukup lagi masuk pulak perangai pengkhianat bangsa dan negara (jual IC dan bagi hak mengundi kat pendatang haram).

    Pendek kata segala yang buruk dan "haram jadah" (pinjam kata2 busuk dan tengik Najib kat peneroka Felda) ada kata UMNO ..opps.. UMNO Baru ciptaan Mahathir ni, maklumlah dah membusuk sampai ke usus (bangkai bernyawa). Jadi perangai samseng UMNO B ni tak le menjadi satu kejutan kepada rakyat Malaysia. Semua orang tau, bahkan dapat disaksikan masa sarkis tahunan UMNO yang dinamakan PAU tu pun kita dapat tengok yang UMNO ni di pimpin oleh penyangak2 besar yang tak kenal Allah. Ucapan2 penuh dengan kata2 keji, cacian, ugutan serta umpatan dan fitnah tak lekang dari mulut.

    Kalau pemimpin mereka pun memang dah dari jenis yang buruk dan busuk takkan lah kita ingat yang pengikut2 mereka dari jenis2 yang baik2 dan kaki masjid? Orang islam yang kenal pada Allah dan Rasul nak ke masuk UMNO ni??? Kalau ada pun "ustad" muda yang terlibat dengan UMNO tu, bukan apa, dari jenis yang kejar dunia, asalkan duit "masyuk" ayat quran pun dia orang boleh "konar" terjemahannya!

    Dan itulah dia contoh jenis2 "manusia" yang ada dalam UMNO! Samseng? Tu baru je tahap teruk "mild" dalam UMNO! Tahap yang lagi teruk masih banyak lagi dalam UMNO! Nanti time PRU kita akan dapat lihat dengan jelas bila mana semua ulat2 and berengga2 yang duduk dalam UMNO B ni keluar menggeliat dan begelumang dalam segala yang kotor dan busuk! Apa nak dihairankan, UMNO ni kan mengambil puak Yahudi APCO sebagai penasihat!

    Nick.

    ReplyDelete
  12. Salam Tuan,

    Apa yang berlaku hal samseng-samseng ini adalah kerana sebahagian umat Islam sudah lupa Quran.

    Quran suruh :

    1. Kita beradab baik dan mulia, tapi UMNO galak beradab macam monyet menjerit di pokok.

    2. Kita jaga keselamatan masyarakat, tapi UMNO galak provokasi sambil baling batu.

    3. Banyak buat kerja ilmu, macam sains, matematik, astronomi, robotik, tapi UMNO galak pemuda-pemudi buang masa gara-gara Rm20, buat malu anak Melayu.

    4. Buat kerja memudahkan masyarakat keseluruhan, tapi UMNO buat pelajar-pelajar susah lagi berhutang, menyusahkan cikgu-cikgu "terpaksa" hadiri kuliah Ustaz Najib Razak di hujung minggu.

    5. Adil sesama insan, tapi UMNO pandang serong bangsa lain sehingga mau melucut taraf warganegara. Senang saja, selama ini bangsa lain pun bayar income tax selama ini. Apa Perkasa mahu cakap, mereka sahaja bayar income tax? Apa Perkasa ingat, seluruh kedai/pasaraya di negara ini mereka yang jalankan? Apa Perkasa ingat, semua umat Melayu sokong sikap assabiyah mereka yang jijik?

    Maka ..... memahami Quran sajalah yang akan menjamin keselematan masyarakat, tidak kira Islam atau bukan Islam.

    ReplyDelete
  13. Mana perginya Polis masa kejadian? Polis polis kalau kata kau marah pulak. Ini lah dia, sistem kita dah punah ranah bila sesebuah institusi yg sepatutnya ambil tindak tp buat bodoh je .

    ReplyDelete
    Replies
    1. polis kat Bukit Katil hari tu memang bengap habis... tapi Polis di Lahad Datu perangi laknat penceroboh sulu... anda no 1... baik gitu.

      Delete
  14. Umno sekarang sudah jadi Bangang bin Bahlol. Disaat rakyat sangat benci kepada Umno/BN di masa yang sama Umno membuat fiel yang menjadikan rakyat jijik terhadap mereka.

    ReplyDelete
  15. Tuan Aspan,
    Apa yang berlaku di Bukit Katil benar-benar memalukan orang Melaka. Nampak sangat usaha mensabotaj aktiviti anjuran pihak PR ni kerana dah berkali-kali taktik yang sama digunakan tetapi Melakalah yang paling teruk.

    ReplyDelete
  16. UMNO BN DAN SISTEM DEMOKRASI BAKAL BERKUBUR TIDAK LAMA LAGI .....INSYALLAH....SABARLAH KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA

    ReplyDelete
  17. Salam Sdr Aspan;

    Dari Presden hingga ke juak2, hidup dalam abad 21, mentaliti abad 15.

    Lihat penggunaan bahasa "Haramjadah"- Presdennya.
    Main baling2 batu- juak2nya'

    Tukang salak- anjing2nya.

    Yang dikata bagai macam haiwan, yang difaham haiwan.

    Mungkin gulungan ini sifat"kehaiwanan"nya makin menebal.
    Kerja malas nak hidup senanglenang, joli, mabuk, berjudi, nak kata tak didakwah tak menusabah......

    Entahlah bila nak berubah, atau tak berubah sampai mati..........Myi

    ReplyDelete
  18. Umno sedang sakit. Biasanya org sakit dia tak mengaku dia sakit. Sebab penafian begini akan mengurangkan rasa sakit.

    ReplyDelete
  19. Teknik menakutkan masih digunakan oleh umno utk meraih undi. Teknik ini digunakan oleh pengamal politik malaya 45 tahun dulu. Memang mujarab ketika itu tapi sekarang dah '0ver use'.

    ReplyDelete
  20. Salam Pak Aspan,

    Benarlah apa yang tuan nukilkan.

    Senario samseng Umno(B)yang berleluasa sekarang ini dapatlah di terjemahkan bahawa garis atau dasar kepimpinan dan dasar parti itu sendiri akan menuju kehancuran.

    Kejadian di Pekan,Pahang menunjukkan itulah hasil cerminan didikan Umno(B) dalam membentuk masyarakat yang tidak bertamadun di kalangan mereka.Dari YB hingga kepada ahli biasa Umno(B)dapatlah kita bayangkan bahawa nilai kemanusiaan dan amalan demokrasi langsung mereka sendiri tidak fahami apabila berhadapan dengan mahasiswa dan mahasiswi.

    Terbaru kejadian di Bukit Katil.
    Apakah pemimpin Umno(B)tidak merasa malu dengan moral ahli-ahli mereka?
    Apakah pemimpin Umno(B)/Bn merasa bangga dengan perlakuan ahli-ahli mereka yang tidak seperti manusia normal itu?
    Apakah mereka merasa bahawa kemajuan tamadun manusia di Malaysia ini sudah mencapai sasaran dalam mengangkat martabat insan yang mulia,berilmu dan berdaya saing?

    Dapatlah kita terjemahkan bahawa ini adalah hasil dari ajaran pemimpin Umno(B)/Bn sendiri terhadap ahli-ahli mereka.

    Kepimpinan yang tidak bermoral dalam Umno(B)/Bn ini jika tidak ditolak, maka kehancuran dalam hidup bermasyarakat yang saling hormat-menghormati amat jauh panggang dari api.

    ReplyDelete
  21. inilah perangai puok SETAN dikenali... Ayuh teruskan perjuangan.. Kejayan makin hampir... Ini kali lah kita TALKIN Umno... PTR.... Tentera Rakyat. Lawan sampai Tumbang.. Berjuang sampai Menang.

    ReplyDelete