28 March 2013

Pilihanraya ke-13 : pertandingan di antara BN dengan rakyat

Tawaran Rais Yatim kepada Pakatan Rakyat untuk menggunakan saluran TV selama 10 minit untuk menyiarkan manifesto mereka (PR) beberapa hari lepas merupakan lambang betapa khianatnya niat pihak kerajaan yang sudah hampir lupus penggalnya ini. Sebagai seorang yang sudah begitu lama dalam politik dan kerajaan, tawaran itu menunjukkan yang beliau dan UMNO tidak layak untuk terus mentadbir sebuah negara demokrasi. Tingkah dan laku Rais itu melayakkan negara kita duduk sebaris dengan negara Uganda semasa diperintah oleh Idi Amin dahulu.

Kemajuan negara tidak selari dengan kemajuan sikap pemimpin seperti Rais ini. Sikap takut kepada bayang-bayang ini adalah sikap pimpinan yang berjiwa fakir. Tawaran itu seolah-olah hendak dijadikan ‘favor’ besar kepada Pakatan Rakyat. Mahu tidak mahu kita mesti mengakui, demokrasi di negara kita terlalu jauh ke belakang dari demokrasi negara-negara jiran dan negara maju yang lain.

Di Singapura pihak pembangkang boleh bercakap dan bersiaran dalam TV arus perdana mereka. Begitu juga di Indonesia. Malahan di Myanmar pun sudah nampak keterbukaan dalam isu ini. Di negara ini pihak pembangkang masih dihalang untuk mendekati pengundi dan sikap seperti ini amat menjelikkan banyak pihak. Untuk pembangkang saluran TV itu hanya digunakan untuk menyiarkan video seks yang kononnya dilakonkan oleh pimpinan pihak pembangkang sahaja.

Sikap ini boleh kita anggap sebagai sikap pengecut dan tidak bermaruah pihak kerajaan. Ia juga boleh dilabelkan sebagai tebal muka atau pun sikap muka tembok yang tidak tahu malu tetapi mengaku diri mereka sebagai pemimpin negara demokrasi yang sedang hampir kepada taraf negara maju berpendapatan tinggi. Tetapi sikap dan mentaliti mereka masih jauh ke belakang daripada mentaliti pemimpin dunia ketiga.

Di Zimbabwe pihak pembangkang masih boleh bersiaran melalui TV saluran perdana mereka. Begitu juga di Filipina semasa pemerintahan diktator Marcos dahulu. Presiden Marcos tidak bertindak terhadap 2 atau tiga saluran TV yang jelas berkempen untuk pembangkang.

Sesungguhnya pemimpin UMNO ini bukannya menyekat kemaraan parti pembangkang tetapi sebaliknya menafikan hak rakyat untuk mendapat maklumat pihak lain dari pihak kerajaan. Ini adalah pencerobohan dan pelacuran terhadap demokrasi itu sendiri. Pihak Pakatan telah menolak tawaran ini kerana menerima tawaran itu adalah satu keputusan yang mendayuskan diri sendiri.

Rakyat perlu membina demokrasi dengan semangatnya sekali. Keadaan dayus pihak kerajaan ini membebankan pemikiran rakyat yang dahagakan demokrasi sebenarnya. Kita tidak faham kenapa pelajaran tinggi pimpinan UMNO tidak boleh memperbaiki moral mereka sebagai pemimpin. Ini juga merupakan masalah di dalam UMNO. Bukan sedikit pemimpin dalam UMNO itu yang pandai dan berpendidikan tinggi dalam parti itu.

Tetapi apabila mereka masuk UMNO dan mendapat tempat, mereka bertukar menjadi orang yang miskin jiwa dan rendah pula moralnya. Sepatutnya lagi tinggi pelajaran lagi kaya moral kerana palajaran itu sepatutnya boleh membangunkan minda bukannya menumpulkan daya pemikiran mereka. Benarlah kata sesetengah pendapat yang mengatakan orang pandai pun jika menyertai UMNO akan menjadi orang yang beku otak dan pemikiran mereka. Dalam bahasa kasarnya mereka menjadi bodoh (maaf kerana terpaksa menggunakan perkataan ini) apabila menjadi ahli UMNO. Justeru mereka menyangka yang rakyat ramai ini adalah rakyat yang boleh dibodohkan terus-terusan.

Itulah sebabnya saya selalu berkata sumbangan UMNO kepada rakyat khususnya ahli dan penyokong UMNO ialah merosakkan dan membekukan pemikiran manusia. Otak yang pandai tidak diperlukan dalam UMNO kerana hanya pemimpin utama sahaja yang dibenarkan berfikir. Ahli-ahli dan penyokongnya hanya diperlukan untuk mengangguk dan bertepuk tangan dalam perhimpunan agong parti setiap tahun.

Sifat takut kepada bayang sendiri inilah yang membunuh UMNO. Kalau kita takut kepada busut kerana percaya busut itu berhantu, nescaya busut itu akan berhantu. Pemimpin UMNO bermasalah besar kerana ke mana sahaja mereka memandangi mereka ternampak hantu dan sentiasa dalam ketakutan sampaikan tidak berani memanggil pilihanraya umum negara. Itulah sebabnya kita melihat pemimpin UMNO bertempik ke hulu ke hilir sekarang ini, kerana orang yang penakut selalunya akan bertempik dan menengking apabila berhadapan dengan masalah.

Budaya percaya kepada hantu ini sememangnya biasa dalam UMNO. Kita telah mendengar bagaimana ramai pemimpin UMNO dan keluarga mereka masih berdukun dan berpawang dalam politik. Ada pawang dan dukun didatangkan jauh dari India dan ada yang didatangkan dari Thailand dan dari tempat-tempat lain. Pawang-pawang inilah yang mereka harapkan akan menghalau ‘hantu-hantu’dari pandangan dan pemikiran mereka.

Oleh itu sikap bobrok pimpinan BN dalam isu ‘air time’ untuk semua dalam pilihanraya ini akan dapat diselesaikan jika UMNO dan BN tidak lagi berada di tampuk kuasa.

Lakukan pembaharuan ini dalam pilihanraya nanti. Tindakan menukar kerajaan itu pun bukannya satu tindakan jenayah. Lagipun kita sudah tahu yang UMNO sendiri telah tahu dan mengakui yang mereka (UMNO) akan tewas dalam pilihanraya kali ini. Kalau mereka masih berkeyakinan mereka tidak akan membiarkan Dewan-Dewan Legislatif terbubar dengan sendirinya.

Membiarkan Dewan-Dewan Legislatif terbubar itu adalah insiden yang memalukan negara. Tetapi bagi mereka yang sedang menyandang kuasa sekarang ini tidak mengambilnya begitu, kerana seperti yang saya sebutkan di atas, mereka ini tidak lagi mempunyai perasaan malu.

Perasaan malu itu sudah hilang di kalangan pimpinan UMNO dan hijab mereka sudah tertutup dan perasaan malu bukannya perkara penting dalam diri mereka. Itu sebabnya mereka tidak bertindak berteraskan kepada moral dan undang-undang yang betul. Kalau sudah begitu keadaannya, kita boleh menyoal diri kita sendiri, apakah sebabnya masih ada sedikit saki baki mereka yang ingin mempertahankan pimpinan penakut ini?

Fahamilah UMNO sudah kehilangan ‘legitimacy’ untuk mendekati kuasa, jauh sekali untuk kembali memegang kuasa itu. Seperti yang saya sebut dalam posting saya yang lepas, UMNO sekarang bukannya bertanding dengan parti-parti pembangkang, tetapi bertanding dan berperang dengan rakyat. Pilihanraya kali ini adalah peperangan di antara UMNO dan rakyat.

Petang tadi seorang bekas pegawai tinggi kerajaan yang belum pernah saya kenali telah menelefon untuk bertemu dengan saya, hanya untuk berkata, “UMNO should be disbanded instantaneously. That party has become a pest to everyone and the country. It has lost all legitimacy to rule this beautiful nation.”

8 comments:

  1. nanti akan keluar la komen...klu mcm tu pi la dok kat sana...

    ReplyDelete
  2. Salam Bakal YB Aspan,

    News Paper + TV1237 digunakan utk memharumkan perbuatan Tidak Membubarkan Dewan Negeri, kata PM-1-Mongolia mencipta sejarah. Pen ditangan dan Suara dari mulut tu memang diputar-belikkan situasi seberna. Adakah kerja Bacul ini dikira mcm Hero. Kolonnya kerja bacul ini adalah sangat wangi tapi yg saheh tu busuk.

    Pernah dikatakan kepada kawan-karib pasal ini kalilah UMNO-Baru Vs Rakyat Malaysia yg bilang kaum dan PR hanya wakil rakyat yg diundang untuk lawan Kezaliman UMNO-Baru.

    Malam tadi, semasa berjumpa dengan seorang senior citizen saya menyatakan, di dunia ini hanya UMNO-Baru tg Kerajaan Federal yg paling...lama didunia ini yg tidak pernah ditewaskan selama 55tahun, jangan kira China ROC dan North Korea which is non-democractic country which u can vote your party + leaders.

    Tambahan lagi, Kerajaan secara terang terang mendiscrinasikan segolongan bangsa dan menperkasakan segolongan bangsa adalah outdated, pasal ini dunia sekarang tidak boleh lagi memainkan soal kaum/agama/bangsa.

    Takbiat buruk ini selalunya berkait rapat dengan (Gimmick) untuk menipu dan mencuri harta karun negara atas nama Bangsa/Raja/Agama. Sesiapa Pemimpim yg memainkan corak ini adalah jenis Diktator seperti jelas Adolf Hitler dan fascism yg lain. Ini adalah
    Fact sejarah dunia. Dan yg contoh lagi saheh tu Iskander A/L Kutty adalah sangat jelas sebagai tokok pirate NO.1 Malaysia.

    Gelagat beliau sgt menonjol kebelakangan ini yg sangat khuatir UMNO-Baru acuan beliau akan disandang ke tempat Pembangkang diperingkat Persekutuan.

    Amin / Ini kalilah.
    ** Membujur Laju Melintang Patah **

    ReplyDelete
  3. Ahli umno seumur hidup.

    Rais Yatim otak pembelit. Tidak seorang pun dia naikkan dlm politik di jelebu. Siapa yg rapat dlm politik dgn dia akan menempah kehancuran dlm kerjaya politiknya.

    Dlm diam dia menyimpan cita2 nak jadi Perdana Menteri. Pernah dia kempen jatuhkan Najib naikkan Pak Lah kerana kalau Pak Lah jadi PM ada can dia naik jadi TPM. Aku nak muntah bila dengar cerita ni dari seorang kawan dari NS.

    SENYUMAN dan PUJIAN Rais adalah penghinaan manakala penghinaan Rais adalah dendam yg terkeluar dari simpanan hatinya. Dia melihat org lain semua bodoh itu sebab dia terbawa2 dlm melaksanakan dasar2 kerajaan yg kononnya berperinsipkan demokrasi. Kalau jumpa ular dgn Rais kena ketuk Rais dulu kemudian baru ketuk ular.

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Tepat sekali tajuk tu.

    Memang Pak Najib ini suka bermusuh dengan rakyat :

    1. Kempen di Kelantan, dia kata Sabah paling miskin. Kempen di Sabah, dia kata Kelantan paling miskin. Jelas dia menhina RAKYAT.

    2. Pendatang puak SUlu sanggup berunding, RAKYAT sendiri kena belasah di pukul macam Bersih dulu. Treler PAS di tahan walhal kata negara demokrasi.

    3. Ceramah Pakatan RAKYAT, di hantarnya monyet gila buat kacau. Bukankah PR itu RAKYAT Malaysia.

    4. Jelas seuma penyokong PR RAKYAT MAlaysia, bayar income tax dan lain-lain tax. Maka apakah RAKYAT Malaysia sendiri di anak tirikan????

    Najib ini seolah seorang bapak suka menghasut agar si abang mengejek dan bergaduh dengan adik sendiri.




    ReplyDelete
  5. Bang,

    Suruh je Pakcik Rais bagi TIGA JAM penoh untuk Papagomo, Bigdogg, Parpukari dan Latok T gunakan untuk LAMBAKKAN kesemua video porno dan gambar2 lucah yang ada dalam simpanan mereka.

    Pakcik Rais ni kan ker paling terkenal selaku talibarut Mahadeyyy dulu sewaktu Mahadeyyy berlawan dengan Ku Li.

    Bukan ke mereka2 ni semua agen transformasi politik Najib?

    Bukan?

    Apa?....Oooo, mereka2 ni hanya agen sabotaj Mahadeyyy terhadap Najib yerr....

    DAH TUA2 SEMUANYA TAPI OTAK PENGOTOR BETUL!!

    ReplyDelete
  6. Mat anak langsat Bera.29 March 2013 at 19:32:00 GMT+8

    Mr AA. Bravo. Tajuk dan ulasan yg bernilai akademik. Layak n wajib dibaca olsh rakyat yg mau berfikir. Anda tidak layak dlm bas burok umno.tahniah. membaca posting anda aku seolah tak percaya ada bekas tokoh umno seberani dan setajam ulasan anda. Keep writing mr AA. I polo u.thx

    ReplyDelete
  7. KALI INI MEMANG UMNO BUKAN BERTANDING DENGAN PR TETAPI UMNO SEDANG BERPERANG DENGAN RAKYAT , PEMIMPIN UMNO/BN SETIAP HARI MEMPERBODOHKAN RAKYAT SATU MALAYSIA ... TUNGGU NASIB KAMU WAHAI PEMIMPIN2 UMNO YANG SOMBONG DAN ZALIM , SETAN SETAN TUA DALAM UMNO PUN DAH MULA MERACAU MEREKA INI TIDAK PERCAYA ADA SIKSAAN KUBUR DAN ADA PADA MAHSHAR ???? SEBAB ITU MEREKA TIDAK TAKUT BUAT FITNAH MEREKA TIDAK SEDAR MEREKA SEDANG MENERIMA LAKNAT ALLAH

    ReplyDelete
  8. Bang,

    Apa lagi la kotornya minda orang2 tua kat Malaysia ni weii....

    http://www.malaysiakini.com/news/225286

    Hebat betol pemikir2 umno parti sosat neh.

    ReplyDelete