UMNO dan BN dalam bahasa yang
paling mudah, boleh dikatakan sebagai puak yang sangat cemburu dan sakit jiwa
dengan kemampuan orang lain. UMNO tidak boleh tidur apabila terfikir tentang
apa pihak Pakatan Rakyat boleh lakukan selepas memenangi pilihanraya nanti
(jika diizin Tuhan). UMNO telah diberikan mandat mentadbir negara sejak
merdeka tetapi inilah hasil pengalaman mereka mentadbir selama lebih dari
setengah abad itu. Apa pengalaman UMNO sejak tiga dekad yang lalu itu?
Pengalaman UMNO yang terbesar ialah
untuk memusnahkan daya pemikiran rakyat khususnya orang Melayu. Oleh kerana
terlalu lama mendapat mandat UMNO sudah percaya parti itu telah mengajak rakyat
berfikir hanya UMNO sahajalah yang boleh menjamin segala-galanya. Tiada UMNO
maka tiada apa-apa yang ada di negara ini. Nilai kekufuran yang dibina dan dibentuk oleh UMNO ini sememangnya tiada apa yang boleh dibandingkan dengannya.
UMNO pula membentuk keyakinan
yang dalam UMNO sendiri tidak ada siapa yang boleh berfikir. Orang yang boleh
berfikir di dalam UMNO itu hanya Dr Mahathir seorang sahaja. Semua ahli tidak perlu berfikir kerana semuanya telah difikirkan oleh Dr Mahathir bagi
pihak semua ahli-ahlinya termasuk Perdana Menteri yang mewarisi kepimpinan daripada
beliau. Ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO di setiap peringkat tidak payah
bersusah-susah untuk memikirkan apa yang baik dan buruk untuk negara. Terima
sahaja fikiran dan kehendak Dr Mahathir, dan mereka percaya negara akan
selamat.
Bercakap benar dan berterus
terang dalam UMNO adalah satu dosa dan kesalahan besar. Kalau bercakap benar
maka orang itu akan diketepikan dan disingkirkan oleh UMNO. UMNO tidak perlu
orang pandai dan bijaksana. UMNO hanya memerlukan ahli-ahli yang hanya setia
kepada pucuk pimpinan dan jangan sekali-kali cuba untuk menunjukkan pandangan dan
tindakan yang berbeza.
Siapa yang masih berdegil untuk
memberikan pandangan membina dan berbeza, mereka ini terpaksalah keluar parti
dan menyertai parti-parti dalam Pakatan Rakyat atau berehat sahaja daripada
memikirkan hal dan keadaan negara dan generasi kita yang akan datang. UMNO
bukan sahaja telah membunuh benih pimpinan dalam parti itu sejak sekian lama
tetapi telah menaikkan mereka yang tidak selayaknya duduk di dalam kepimpinan
dan menghampiri ‘corridor of power’. Itulah penyebab kenapa UMNO sudah tidak
berkempimpinan lagi, maka pimpinan negara diambil alih pemimpin yang keliru
seperti Najib serta barisan pimpinan tertinggi UMNO itu sendiri.
Apabila kepimpinan itu lemah maka
mereka ini (pimpinan) dengan sendiri bersandar kepada ‘warlords’ yang
menghampiri mereka dan terbentuklah budaya kronism yang kronik dan tidak lagi
dapat dipisahkan dengan kepimpinan itu. Sudah menjadi kelaziman jika pimpinan
itu lemah maka kelemahan itu terpaksa ditutupi dengan perkara-perkara lain dan
di negara ini cara untuk menutupinya ialah untuk membangunkan pembangunaan
mewah besar-besaran dengan menggunakan sumber kewangan dari rakyat itu sendiri.
Itu sebabnya kita masih terdengar
suara kroni dan pengikut pimpinan lemah ini meletakkan pembangunan fizikal yang
besar-besar sebagai testimonial kepimpinan mereka. Masih terdapat mereka yang
mempertahankan Dr Mahathir dengan pembinaan menara berkembar tertinggi dalam
dunia satu ketika dahulu sebagai testimonial kepimpinan Dr Mahathir. Pembinaan
Putrajaya sebagai tanda yang Dr Mahathir seorang Paerdana Menteri yang paling
hebat dan sebagainya. Kita bangga dengan tiang bendera tertinggi dalam dunia dan
suatu ketika dahulu gong yang terbesar di dunia dalam perkarangan Angkaspuri
itu pun telah menjadi modal kempen UMNO dalam pilihanraya.
Rakyat dikelirukan dengan
pembangunan seperti ini, tetapi sebenarnya pembangunan fizikal ini hanya
merupakan segelumit daripada apa yang dikatakan sebagai ‘nation building’ itu.
‘Nation building’ itu sesungguhnya melingkupi definasi yang lebih luas termasuk
pembinaan nilai manusia dan sebagainya. Di negara Scandinavia
tidak ada bangunan yang tinggi-tinggi tetapi rakyat negara itu mempunyai
pendapatan per kapita jauh lebih tinggi
dari rakyat negara G8 itu sendiri.
Di Britain kita akan melihat
pejabat Perdana Menteri di Downing
Street itu hanyalah merupakan bangunan yang
bersambung dengan rumah kedai sahaja. Di dalamnya hanya menempatkan apartment
kediaman Perdana Menteri yang hanya mempunyai bilangan bilik yang sedikit
sahaja. Apabila Perdana Menterinya keluar dari pejabatnya, beliau akan terus ke
jalan Downing itu.
Tetapi di situlah letaknya kuasa
dunia terbesar. Britain
tidak perlu ada kompleks pentadbiran seperti Putrajaya dan kerajaan Britain
tidak payah membazir wang rakyatnya. Tetapi sebaliknya di Malaysia, puluhan billion
ringgit wang rakyat telah dibelanjakan untuk membina kompleks pentadbiran yang
paling mahal dalam dunia ini. Rumah kediaman Perdana Menteri sahaja terpaksa
menanggung sewaan hampir RM20 ribu sebulan tidak termasuk kos bekalan air serta
eletrik dan sebagainya.
Di Britain adalah perkara biasa
bagi rakyatnya melihat ahli parlimen mereka menaiki keretapi bawah tanah (tube)
sahaja untuk bergerak termasuk pergi ke Dewan Parlimen mereka. Tetapi di sini
seorang ahli parlimen atau Menteri, mereka akan menaiki kereta mewah dan tidak
kurang dari itu. Memanglah itu sikap pimpinan yang baru merasakan kehidupan.
‘Everything is new to them’.
Nilai itu nampak jelas ada di
dalam budaya kepimpinan Pakatan Rakyat terutamnya PAS dan DAP. Tok Guru Nik
Aziz hidup secara simple di rumah beliau yang serba sederhana dan begitu juga
rumah Tok Guru Haji Hadi. Saya sudah sampai kesemua rumah pimpinan ini.
Pimpinan DAP seperti LGE dan LKS hanya mendiami rumah yang sederhana dan tidak
menunjuk-nunjuk. Inilah nilai dan budaya pemimpin yang sebenarnya.
Pimpinan yang menunjuk-nunjuk ini
adalah pimpinan yang lemah dan terpaksa menduduki rumah yang sebesar istana
untuk melindungi kelemahan mereka yang pernah mendiami kediaman yang tidak
lebih daripada kediaman saya yang tidak mempunyai apa-apa ini. Pendeknya, kita
tidak lagi mempunyai kepimpinan yang ‘cultured’ dan memperlihatkan budaya dan pemikiran
sebagai pemimpin rakyat.
Pimpinan Pakatan Rakyat tidak
pula ternampak dengan curut-curut besar dan panjang seperti pimpinan UMNO yang
baru mendapat kekayaan itu.
Yang mengajar pemimpin UMNO jadi sebegitu jahat ialah Mahathir. Ianya bermula dengan politik wang apabila kepimpinan Si Tua kutuk itu dicabar. Demi mempertahankan kuasa, bukan setakat wang ringgit, santau menyantau, tipu menipu, malahan segala ilmu kejahatan digunakan.
ReplyDeleteKini warisan beliau telah mahir dengan segala tingkah laku syaitan sehinggakan budaya mencuri duit rakyat telah menjadi amalan mereka tanpa sebarang rasa kekesalan. Contohnya, jika telus, projek sambungan LRT Ampang cuma berharga RM 900 juta. Tetapi apabila Najib bapa transformer penyeleweng masuk campur dengan mengarahkan supaya projek tersebut diberikan kepada George Kent yang gagal tapisan kelayakan sebanyak dua kali sebelumnya, kos projek tersebut menjadi hampir 2 bilion. Begitu besar transformasi yang berjaya dibuat oleh Najib. Hanya si BANGSAT dan PENGKHIANAT RAKYAT saja yang akan mempertahankan pemimpin sebegini.
Si Tua kutuk telah memberikan kerakyatan kepada beratus ribu rakyat Filipina dari Sulu bagi memenangkan UMNO di Sabah. Akhirnya timbul masalah sekarang ini. Jika di negara lain dah kena gantung si tua kutuk tersebut kerana tindakan yang mengancam keselamatan negara. Tetapi di bawah rejim kotor ini si tua kutuk masih meracau di sana sini menaburkan bibit-bibit perpecahan antara kaum......
memang bangsat betul, mp batu sebut jer sindiwara umno pasal lahad datu, terus ditarik ke mahkamah atas akta hasutan, hasutan peler aper tuh? itu lebih sesuai dengan fail defamation mungkin 1000juta.
ReplyDeletebagi kerakyatan easy job kepada rakyat asing pun masih ramai yg mangampu dan memuja macam tuhan. duit negara habis dibawa balik membina indonesia / filipina oleh PATI ni. camner la mata wang negara kita boleh kuat? orang muda sekarang memang dah kena ajaran sesat. langsung tak ada logic membeza kan betul dan tak betul. perompak negara dijadikan ketua... mampuik la..
Tuan,
ReplyDeletepersoalannya, kalau kerajaan membelanjakan berbilion ringgit untuk membina putrajaya, kepada siapakah sewaan bulanan 20k itu dibayar? Rumah rasmi pm itu ada tuan punya? bukan kerajaan ke pemiliknya? kalau 20k dibayar untuk maintenance, kenapa terlalu tinggi bayarannya? ada berapa ratus org kah penghuninya?
Kejayaan yang merujuk kepada bagunan tinggi adalah minda yang lapuk. Akan tetapi minda inilah yang diterapkan oleh bee end sejak dari mula lagi. Konsep minda ini perlu ditukar. Dalam senario politik, tukar bermaksud menukar kepimpinan.
ReplyDeletekalau dah pemimpin bangang, pengikutnya 10X bangang maka negara tunggang langgang macam yang jadi sekarang, hidup rakyat tak senang, asyik naik harga barang, kepala bapak BN/UMNO yang hidup senang lenang, tahniah pengundi BN sbb hangpa la negara jadi tak tenang... malang... tunggang langgang.... PRU 13 INI KITA PASTIKAN UMNO/BN KENA BUANG!!!!! BUANG KE LONGKANG!!!!!
ReplyDeleteKompleks-kompleks Putrajaya banyak guna simen menyebabkan harga simen meningkat..akhirnya rakyat tidak dapat membina rumah yang selesa kerana kos simen yang tinggi..banyak rumah rakyat kampung terbengkalai namun terpaksa juga diduduki kerana tiada pilihan....
ReplyDeleteBila PR memerentah semua simen akan dihantar ke Luar Bandar,dlm tempoh berapa bulan agaknya semua orangkampung akan duduk dirumah mewah ciptaan PR
ReplyDelete