Apabila kita sakit kaki, kita
mesti ubati penyakit di kaki itu. Kalau kita sakit mata kita ubati penyakit
mata sampai sembuh. Tidak betul cara pengubatan jika kita sakit mata diberikan
ubat sakit lutut. UMNO sedang menyuruh rakyat makan ubat yang tidak kena dengan
penyakitnya. Itu sebabnya UMNO memberikan BRIM kononnya untuk memperbaiki taraf
hidup satu keluarga rakyat miskin. Bermacam-macam diberikan kepada rakyat
secara ‘one-off’ sedang UMNO dalam keadaan panik menghadapi pilihanraya ini.
Oleh kerana rasa sakit oleh UMNO
itu terasa di setiap tompok di batang tubuh UMNO itu terpaksa diberikan ubat.
Bagi keluarga yang kurang daripada RM3000 keluarga tersebut diberikan BRIM
sebanyak RM500 dan setakat ini BRIM telah diagihkan dua kali jumlahnya. Pemandu
teksi diberikan empat tayar percuma, jururawat diberikan pembayaran khas
sebanyak RM200 dan berbagai-bagai lagi pemberian ‘one-off’ ini. Ini merupakan
satu bentuk rasuah pilihanraya yang berlaku dan BN mengharapkan pemberian ini
akan memberikan lonjakan sokongan terhadap BN dalam pilihanraya ini.
Tetapi ini hanyalah merupakan
tindakan yang diibaratkan sebagai pemberian ubat tahan sakit sahaja. Pemberian
BRIM misalnya hanya dapat membayar satu saman ke atas kenderaan orang ramai dan
bagi mereka yang terlalu susah, pemberian BRIM ini boleh membawa mereka ke pasar
untuk merasakan masakan lazat yang jarang-jarang mereka rasakan itu buat
seminggu dua.
UMNO tidak berdaya untuk
menyembuhkan penyakit. Penyakit dan sakit itu adalah dua perkara yang berbeza.
Pemberian BRIM dan lain-lain bayaran secara ‘one-off’ itu hanyalah boleh
menghilangkan kesakitan buat sementara waktu sahaja. UMNO gagal untuk
menyelesaikan penyakit sebenarnya. Jika
seseorang merasa sakit kepala ia boleh diberikan sebiji dua panadol.
Begitu juga jika kita merasakan
sakit telinga dan merasa tegang di tengkok. Semua sakit yang saya sebutkan itu
boleh digunakan panadol untuk menghilangkan rasa sakit itu. Tetapi sebenarnya
panyakit yang dihadapi oleh orang yang selalu merasa sakit di kepala dan tegang
di tengkok itu, disebabkan oleh penyakit darah tinggi. Penyakit inilah yang
perlu disembuhkan. Apabila penyakit darah tinggi itu sembuh, kita tidak akan
merasa sakit di tengkok dan kepala tadi.
Inilah dia yang berlaku kepada
UMNO. Apa yang UMNO berikan kepada rakyat itu adalah semata-mata untuk
menghilangkan sakit sementara sahaja dan jelas ia diberikan kepada rakyat
sekarang ini agar semasa mengundi nanti pengundi-pengundi ini tidak terasa
apa-apa kesakitan. Jika rakyat merasa kesakitan selepas setelah memenangi
pilihanraya nanti, maka mereka (UMNO) tidak akan terjejas lagi kerana mereka
mempunyai lima
tahun lagi sebelum memberikan ubat tahan sakit sekali lagi.
Penyakit tetap tidak terubat
walaupun rasa sakit tadi hilang buat sementara oleh kerana makan ubat tahan
sakit tadi. Oleh kerana pemberian ubat tahan sakit itu terlalu kerap maka
banyak kesan sampingan dialami oleh pesakit-pesakit tadi. Terlalu kerap makan
ubat tahan sakit selalunya akan merosakkan buah pinggang kita dan mungkin
merosakkan hati dan limpa kita. Akhirnya jika diteruskan juga pemberian ubat
tahan sakit ini maka hampir keseluruhan tubuh kita akan menghadapi
berbagai-bagai penyakit sampingan. Kalau tidak percaya tanyalah Dr Mahathir
kerana beliau seorang doktor. Tapi jangan tanya sekarang, tanya beliau selepas
pilihanraya nanti.
Penyakit
sampingan yang lain akan tetap berlaku jika kita termakan ubat tahan sakit ini.
Di antaranya ialah penyakit yang dinamakan ‘Goods and Services Tax (GST)’
selepas pilihanraya nanti. Oleh kerana terlalu terpengaruh dengan ubat tahan
sakit tadi, maka kesan sampingan yang pasti kita hadapi ialah pembayaran cukai
yang dinamakan GST dan ia akan dikenakan kepada setiap barangan yang kita beli
selepas ini.
Berbagai-bagai
cukai akan terpaksa dibayar oleh rakyat. Oleh kerana terpengaruh dengan
pembayaran BRIM dan sebagainya ini maka akhirnya mereka akan dibebani oleh
tanggungjawab percukaian yang tidak habis-habis dari kerajaan. Bak kata
perpatah, ‘untungnya secupak, ruginya segantang’. Perlaksanaan pembayaran GST ini
ditangguhkan sehingga selepas pilihanraya.
UMNO telah
melakukan kepada rakyat seperti orang kampung menangkap ayam untuk disembelih.
Mula-mula ditaburkannya beras sehingga bawah sangkar yang telah digantung.
Apabila sampai sahaja ayam yang mengikut beras tadi di bawah sangkar itu maka
sangkar itu akan memerangkap ayam itu dan terus sahaja disembelih dan dimasak
dengan selazat-lazatnya. Ayam tadi dijadikan lauk yang enak. Itulah yang akan
terjadi kepada orang ramai. Itulah yang akan dilakukan terhadap semua rakyat
tidak kira yang kaya atau yang miskin.
Mengenakan GST
ini mungkin ada juga baiknya jika premis pelaksanaan berlandaskan kepada
situasi yang baik. Tetapi penyakit yang akan terus menerus berlaku ialah
perlakuan rasuah yang tidak terkawal. Isu rasuah ini tidak mungkin boleh
dihapuskan oleh pemerintah sekarang
kerana semua di antara mereka yang memerintah sekarang ini terlibat
secara terus atau secara tidak langsung dengan rasuah yang besar-besaran. Bagaimana
perasuah mampu untuk menyelesaikan isu rasuah?
Inilah
sebesar-besar panyakit sampingan jika kita terpengaruh dengan ubat tahan sakit
yang telah diberikan kepada rakyat sekarang ini. Perkosaan terhadap perbendaharaan
kerajaan akan lebih hebat lagi. Mereka akan berkeyakinan yang melakukan rasuah
itu boleh diteruskan kerana rakyat tetap akan memberikan sokongan dalam setiap
pilihanraya.
Memberikan sokongan kepada UMNO
itu bermakna kita membenarkan rasuah dilakukan berterusan. Itu sahaja mesejnya
jika rakyat masih memberikan sokongan kepada BN dalam pilihanraya kali ini.
Jika rakyat masih memilih BN setelah segala usaha Pakatan memberikan terbaik, bukannya rugi segantang tetapi berbendang-bendang sampai anak cucu pun kelaparan membayar hutang yg kita izinkan sekarang untuk kaum elitis BN. Jom Ubah.
ReplyDeletedepa dah jadi bomba - fire fighting. pemerintah mesti ada kuasa bagi memastikan rakyat tak susah, contoh kuasa menurunkan harga barang - cari punca kenapa harga barang naik gila2. bila harga barang turun, semua dapat nikmat. bukan semua dapat brim, broom atau brem atau apa ka jadah lagi.
ReplyDeleteall the pains can be permanently removed by eliminating the root cause.
"After reading your book, I've been hemorrhoid-free for almost two years - which is amazing because I didn't think this was possible. But the problem with such medication is that they really require much time and skills to prepare and use as well. You simply cannot live a quality lifestyle if you are suffering from External hemorrhoids.
ReplyDeleteMy web-site internal piles+treatment+symptoms
contoh terbaru di sabah pihak BN membahagikan bibit getah kepada setiap penyokong BN sebanyak 10 pokok,logik akal berapa saja hasilnya 10 pokok itu dan yang lucu lagi yang tidak ada tanah(tida ada tempat tanam) pun diberi jadi dimana dia mahu tanam,memang bodoh lah BN ini
ReplyDeleteSalam Pak Aspan.
ReplyDeleteKawasan-kawasan Felda di sekitar Gemas boleh dikatakan ada perubahan sokongan kepada PR, saya boleh kata 35% sokongan. UMNO masih lagi menguasai minda penduduk Felda dengan berbekalkan duit Felda dan BR1M tempohari.
Masyarakat banyak Felda tak pernah faham apa itu ekonomi, politik dan real life sebab malas berfikir, perasan diri berkuasa dan ada kekayaan. Kawasan Melayu tapi penguasaan ekonomi tak memihak kepada Melayu.
Terbaik..
ReplyDeleteSetiap tahun mulai tahun 2011 , Penerima BRIM bertambah, ini bermakna setiap tahun bilangan rakyat yang berpendapatan kurang dari RM 3000 akan bertambah, bagaimana negara kita hendak menjadi negara maju pada 7 tahun akan datang?
UMNO dah sakit bertahun2 dan kini bertambah tenat ,merepek,melatah ,memfitnah jadi ubat yang berkesan matikan sahaja diPRU 13 .Saya dalam umno lagi lama dari Dato AA tak adapun untung secupak kerana dia saja mengaku secupak tapi kalau diberi peluang parti lain memerentah saya percaya untungnya tak terkira berapa cupak.Dinegeri tuanlah dari rais anak yatim , isa anak samad ,mat anak hassan semuanya perompak harta rakyat .Bandar baru nilai asalnya PKNNS punya dikelentong olih anak samad melalui silap mata sampailah kepada dr Gan kong seng disenaraikan dan kini di persendirikan semula jadilah kepunyaan keluarga Dr gan ...untung secupak keini.Satu tender tak diberi kepada orang melayu dan nilai dah dibawah dap ...untung secupak ke ini...Tanah Felda sendayan masa anak hasan pula dimana peneroka hampir semuanya melayu diambil olih kerajaan NS atas dasar pembangunan dan kini pemajunya syarikat cina Matrix concept sdn bhd yang dikaitkan dengan anak hassan pula tak ado hapah molayu dapek bolih kau katokan untung socupak...lopehni semuo kawasan akan tumbang kepada pembangkan jadi macam mano bolih kato untung secupak...Olih sobab untuk socupak tu wayang saja memang layaklah UMNO ditalkinkan supaya going for good kerana cakapnya tak selupa bikin yang semuanya bawa keperutnya yang langsung tak ada vision politik yang kini dah makan tuan yang ini semua kada' dan qadha Allah subhanawataallah ..Umno beyond repair yang harga mahal rantai dari beruk yang ubatnya dimatikan sahaja kerana ianya lebih murah ...
ReplyDeleteUntung secupak rugi segantang. Peribahasa ini memang sesuai utk dipakai bagi perbuatan orang-orang yg cuba menjual kedaulatan negara kepada pihak asing utk kepentingan diri. Termasuk juga bagi orang-orang yg cuba menghuru-harakan negara dgn perbuatan memecah belah perpaduan antara kaum yg hanya akan merugikan negara. Kesimpulannya, adalah suatu perbuatan yg jahil dgn menyokong pemimpin atau seseorang yg ingin menjadi pemimpin jika telah diketahui pendirian & perbuatannya yg akan tunduk kepada kuasa besar demi matlamat peribadi.
ReplyDeleteAs Salam Pak Aspan,
ReplyDeleteWho is to be blamed for the ills of our nation?
rasa segar dan tersenyum bila pak Aspan guna pepatah untungnya secupak ruginya segantang. Memang benar belaka dan kena sangat dengan pepatah tu. Untung secupak rugi berbendang bendang pulak memang kena betul dengan UMNO ni. Jika mereka masih menang lagi lepas ni alamat kita semua akan menanggung rugi yg berpuluh tahun untuk dipulihkan. Kerajaan terkemudian kerjanya hanya memulihkan hutang dan ekonomi negara je la jawabnya.............
ReplyDeleteSaya hutang PTPTN rm25,ooo.00. Kalau PR menang seolah-olah saya dapat BRIM selama 50 tahun.
ReplyDeleteSaya akan mengerakkan seluruh keluarga dan rakan2 senasib dengan saya memastikan kemenangan PAKATAN RAKYAT.
NASIB BAIK ADA ISU SEX. KALAU TAK ADA SEX MAMPUS KALI NI BN.
ReplyDeleteHUJAH LAWAN HUJAH, BN TAK MAMPU BERSAING.
ADAM DAN HAWA DICAMPAKKAN KEDUNIA KERANA SEX. SEX PENYAKIT SEMUA MANUSIA DAN SEMUA PARTI KECUALI DIMALAYSIA PENYAKIT SEX INI HANYA KEPADA PKR DAN PAS.
BN YG RAMAI KAKI SEX TERDIRI DPD MAJORITI PEMIMPIN BN TAK MENJADI ISU BESAR KERANA HAL INI BIASALAH KPD BUDAYA UMNO.
PEMIMPIN NO SATU UMNO HINGGA PEMIMPIN BAHAGIAN DAN CAWANGAN BANYAK ISU SEX. CUKUP RAMAI KETUA PUTERI UMNO BERCERAI SEJAK AKTIF DLM UMNO KERANA GANGUAN SEX PEMIMPIN UMNO.
ISU SEX INI LEBIH BESAR DARI WANG RAKYAT YG BERBILLION RINGGIT DISALAH GUNA OLEH PEMIMPIN UMNO DAN BARISAN NASIONAL.
ISU SEX BOLEH MENUTUP SISTEM KENEGARAAN YANG PINCANG DIBAWAH KEPIMPINAN BN.
Saya nasihatkan pemimpin umno supaya beri kuliah disetiap mesjid dan surau seluruh negara supaya pemimpin dekat dihati rakyat dan rakyat dekat dihati pemimpin.
ReplyDeletekuliah perlu di buat sekurang2nya 4 kali sebulan dan setiap kuliah sekurangkurangnya satu jam setengah. tolong beri ilmu kepada masyarakat.
kalau ini boleh dibuat oleh pemimpin umno tanpa bayaran saya yakin umno tidak akan berkubur. kalau tidak, saya yakin 100% dan pasti berdasarkan tanda dan petanda umno akan BERKUBUR dan kita akan mencatit dalam sejarah malaysia.
Bukan setakat rugi segantang, tapi sebendang...
ReplyDelete