Sekarang kita benar-benar berada
di dalam minggu-minggu pilihanraya yang ditunggu begitu lama. Pengumuman
pilihanraya oleh Perdana Menteri menjadi isu hangat di merata tempat. Di
mana-mana sahaja orang ramai bercakap tentang pilihanraya dan masing-masing
mempunyai andaian dan telahan masing-masing tentang keputusannya. Apa pun tidak berapa minggu sahaja lagi
rakyat akan melakukan tanggungjawab besar iaitu untuk memberikan mandat untuk
mentadbir negara dan rakyat seperti yang diperuntukkan oleh perlembagaan negara
kita.
Rakyat adalah ‘boss’ kepada pimpinan
dan mereka boleh melakukan apa sahaja mengikut selera dan cita rasa masing-masing. Rakyat
mesti bertanggungjawab untuk memberikan
‘verdict’ yang tepat terhadap pemimpin dan kepimpinan masing-masing. Perdana
Menteri telah meminta agar peralihan kuasa jika ia terjadi, dilakukan dengan
aman dan tertib dan inilah kenyataan yang pertama kali saya dengar sebagai
kenyataan yang ‘magnanimous’ dari Najib Tun Razak sejak akhir-akhir ini.
Walaubagaimanapun, yang penting
semua pihak mesti akui yang pihak pembangkang sekarang ini tidak akan melakukan
kerja yang tidak baik kerana mereka adalah pihak yang telah mengalami kekalahan
di setiap pilihanraya dan tidak pernah pula mereka melakukan kerja-kerja yang
tidak baik terhadap sesiapa setiap kali tewas dalam pilihanraya.
Kita mesti akui yang dalam
demokrasi sifat ‘gentleman’ itu adalah asas kepada sistem itu. Kita mesti
tengok contoh yang berlaku kepada Britain dalam pilihanraya umumnya
dua tahun yang lalu. Setelah parti pemerintah, Parti Buruhnya telah ditewaskan
oleh parti ‘Conservative dan Liberal Demokrat’ peralihan kuasa berlaku secara
aman dalam tempoh enam jam sahaja.
Walaupun Gordon Brown dan
partinya merupakan parti yang terbanyak kerusi tetapi tidak cukup untuk
membentuk kerajaan. Sebagai parti yang terbesar jumlah kerusi yang dimenanginya,
parti itu diberikan keistimewaan untuk menubuhkan kerajaan. Itulah sistem yang
dipakai di mana parti yang terbesar di dalam Dewan Legislatif itu ditawarkan
untuk menubuhkan kerajaan. Tetapi Parti Buruh tidak berdaya untuk menubuhkan
kerajaan kerana kekurangan jumlah kerusi maka Parti ‘Conservative’ dan ‘Liberal
Demokrat’ telah bersatu untuk menubuhkan kerajaan.
Ketua Parti Conservative David
Cameron telah menjadi Perdana Menteri dan Ketua Parti Liberal Demorat, Clegg
menjadi Timbalan Perdana Menteri. Tetapi yang penting untuk kita jadikan
contoh, peralihan kuasa telah berlaku dalam tempoh enam jam sahaja. Gordon Brown
telah menghubungi David Cameron dan mengucapkan tahniah di atas kejayaan parti
itu membentuk kerajaan campuran itu dan itu adalah etika kepimpinan yang perlu
dicontohi oleh pimpinan BN jika tertewas dalam pilihanraya kali ini.
Saya menyebut isu ini kerana
kecenderungan untuk parti pemerintah tewas dalam pilihanraya ini cerah tetapi
yang maha penentu adalah Allah SWT jua. Jika berlaku peralihan kuasa, ini
adalah kali pertama berlaku di negara kita. Itulah sebabnya elok kita mencari
contoh yang baik bagi melakukan peralihan kuasa ini. Bagi saya, peralihan kuasa
di Britain
dua tahun lalu adalah contoh yang paling baru yang ada dalam ingatan saya.
Percayalah menukar kerajaan itu
adalah hak rakyat dan ia bukannya satu tindakan jenayah. Oleh kerana itu
bukannya tindakan jenayah dan ia adalah perkara biasa berlaku dalam sesebuah
demokrasi itu, maka kita hormati keputusan itu. Tidak perlu mana-mana pihak
untuk melakukan perkara yang boleh menjahanamkan ketenteraan negara. Kita yang
mengaku sebagai sebuah negara yang hampir kepada status negara maju melakukan
jenayah di jalanan itu adalah contoh dari negara mundur dan negara ketiga
sahaja.
Kita bukannya Uganda semasa
pemerintahan Iddi Amin dahulu. Pemimpin kita semuanya berpelajaran tinggi dan
diharapkan pelajaran tinggi mereka itu akan membawa kita kepada kepimpinan yang
beretika dan bermoral.
Kita akan melakukan kehendak
demokrasi dalam beberapa minggu sahaja lagi dan kita tunjukkanlah kepada dunia
yang kita juga sudah menghampiri tahap kepimpinan negara maju…yang mengambil
alih kuasa itu secara demokrasi yang halus dan menyerahkan kuasa itu pun
melakukan penyerahan itu secara halus dan beradap juga.
Bukankah itu budaya dan cara
hidup masyarakat timur kita?
Bang,
ReplyDeleteNajib sudah buat kenyataan ini
http://www.malaysiakini.com/news/225656
Tapi sibuk geng2 tertentu dalam umno (baru) kata akan ada huru hara. Sapa yang sibuk benar yang nakkan huru hara ini berlaku?
Sama2lah kita sukat, 'baca' dan simpulkan sifir kata2 dan tindak-tanduk puak masing2 yang sedang bergolak di dalam umno (baru) itu.
p/s : Bang, rasa2 tuanpunyer umno (baru) @ Mahadei & Sons akan benarkan Ku Li bertanding dalam PRU 13 ni? Beranikah Najib kata Ya walaupun Mahadei kata TIDAK?
Baca & sukat parti sendiri akan nampak cacat celanya.
DeleteBang,
ReplyDeleteKalo kita sudah baca buku Ku Li 'Rahsia Yang Terpendam', kita akan dapat HINT mengenai perkara ini.
http://blog.limkitsiang.com/2013/04/03/open-letter-to-tengku-razaleigh-time-to-take-a-bold-stand/
Bab ni yang Rahim Tambi sudah 'cucuk' sedikit masa dulu....dia sendiri pun seperti Mahadei akan tergeliat kalu Ku Li buat apa yang dia sudah HINT dalam buku tu.
hehehe....
contoh yang terdekat, peralihan kuasa dari gerakan pada dap kat penang pru12. Koh Sukun ni walaupun belah sana, tapi gua respek sebab dia gentleman serah kuasa kat LGE dengan beradap. benda yang betul walaupun dari side sana, kita mesti bagi kredit. diharapkan, umno juga begitu apabila menyerahkan kuasa pada PR nanti. insyAllah.
ReplyDeleteThere was an article in OutSyed The Box dated 3/4/2013 titled :
ReplyDelete"GE13 Poker : Najib Calls Pakatan's Bluff"
To which I posted a comment:
“ seems like you invented a scenario, attributed it to them without basis and denounce them as scoundrels.
Brilliant.
I have follwed your blog for quite some time, and it would appear that your brilliance of this type has been increasing with time. “
But this was posted instead by Syed:
“ Anonymous said...
Seems like Anwar and now the Pakatan invented a scenario, attributed it to BN without basis and denounce the BN as scoundrels. Brilliant. I have follwed their tactics for quite some time, and it would appear that their brilliance of this type has been increasing with time. It is also a good tactic to duplicate. It is called paying them back in the same coin. It is even more brilliant when there are facts and details thrown in. Cheers.
Wednesday, April 03, 2013 6:12:00 PM “
So this non-politician blogger has gone well beyond being a BN supporter to something pretty vile. Non vile BN bloggers do not appear to exist.
ReplyDeleteRakyat Malaysia mesti tolak KIRAM (Kumpulan Import Rakyat Asing Masuk Mengundi) a.k.a Kumpulan Syaitan Yang DiKenali dalam PRU13.
Ubah!!!!!!!Ini kalilah!!!!!!!!!!!!
Ya betul! ubah & ganti semua manusia tua tak sedar diri masih lagi nak bertanding dalam pilihanraya ke 13....
DeleteHantar Karam Singh kalau nak tolak Kiram.. mereka bersaudara...
DeleteJika ada peralihan kuasa, yang paling akan banyak buat hal ialah yang makannya asyik disuap semasa bn memerintah. Takut bila PR memerintah, dia tidak pandai cari makan sendiri.
ReplyDeleteJika ada "peralihan". Jika tiada... gigit jari lah masing-masing....he he he
DeleteThe day Najib (looked very sadly) dissolved the Parliament, Paklah announces a Private Investment Initiative of US500 million on Halal Forum.
ReplyDeleteSomebody must be very angry with this Najib-endorsed Paklah move I guess.
Something amiss??
Peralihan kuasa yg dlaungkan Najib banyak helahnya.. PR mentafsir 'peralihan kuasa' dari pandangan PR sbg Pembangkang ekoran sokongan padu rakyat yg mengikuti setiap sekuel ceramah,rapat umum dan sebagainya yg dianjurkan Pakatan di seluruh negara. PR menganggap peralihan kuasa yg dimaksudkan adalah PR akan menguasai Putrajaya dan membentuk kerajaan manakala BN akan mengambik alih posisi Pembangkang di dalam Parlimen. Hakikatnya, PR usah terlalu gembira dgn kenyataan Najib ini... Peralihan kuasa secara aman hanyalah retorik Najib utk mengolah persetujuan ramai.
ReplyDeleteSebaliknya,harus kita ingat. Najib bercakap dari pihak 'kerajaan'. Najib memberi 'peringatan' kpd rakyat umumnya dan PR khususnya supaya jika berlaku peralihan kuasa,ia mestilah dilakukan secara aman. Kata2 ini merujuk kpd PERALIHAN KUASA YG BAKAL BERLAKU DI SELANGOR khususnya kerana Najib sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, sudah pasti Najib mahukan kemenangan di pihak BN walaupun dgn cara tipu. Jika tidak,apa gunanya laungan Najib utk 'mempertahankan Putrajaya hingga ke titisan darah terakhir dengan apa cara sekalipun'? Muslihat tetap muslihat..
Jika penipuan berlaku sekalipun dan BN kembali menguasai Selangor, kata2 Najib ini menjadi titik tolak utk menyekat kebangkitan rakyat seandainya PR tewas di Selangor setelah apa yg berlaku selepas rampasan kuasa di Perak tidak berulang kembali. Inilah HELAH Najib..
Bang,
ReplyDeleteAnons 9:51, Anon 10:15, Anon 10:16, Anon 10:19 neh smua duduk sebaris dalam SATU opis dgn budak ketua unit IT umno ker?
Atau
Mereka smua SB kat unit IT bukit takaman??
Atau
Dia ni SE EKOR Anon 20:26 aritu yang meroyan bila saya kata dia balachee Mahadei & Co???
haha
Keep repeating the affirmation positive thought until it becomes part of
ReplyDeleteyour automatic thinking. They will all feel as if no one will
love you again. Ask any friend and they get the relationship you want will tell you
that. Hanging on for the sake of this minor that many women stay in abusive get the relationship you want.
As long as I'm not using and are in a relationship with a young member of staff.
Look at my web blog ... what do you get your boyfriend
Climate can be affected by cold chasing the storm.
ReplyDeleteDrink plenty of water too to hydrate your hair, and start taking
herbal hair supplements. Closure: Brief discussion
on the windmill.
Also visit my homepage ... tornado chasing tour