Sejak kembalinya Sallahudin Ayob,
Naib Presiden PAS dan Penasihat DAP Lim Kit Siang ke negeri kelahiran mereka,
Pakatan Rakyat mendapat pertambahan sokongan yang besar dan nampaknya sudah
membuah satu aura kebangkitan dan penentangan rakyat terhadap BN di Johor. Pemimpin BN begitu bercelaru untuk menghalang
aura penentangan rakyat terhadap kubu kuatnya (BN) sekarang ini.
Pemimpin BN termasuk pemimpin
yang sudah lama bersara yang tidak mahu berhenti politik Dr Mahathir Mohammad
turut turun padang
di Johor dengan kata-kata kesat dan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak
begitu baik dari bekas PM itu. Di antaranya Mahathir meminta rakyat Johor
menamatkan riwayat politik Lim Kit Siang di negeri kelahirannya itu.
Kenyataan Mahathir itu nampaknya
telah menyemarakkan lagi sokongan rakyat di belakang LKS dan Sallahudin Ayob
kerana kenyataan seperti itu seolah-olah Mahathir mahu mengongkong pemikiran
rakyat yang sedang dalam pencarian itu. Malahan yang membuatkan rakyat dalam
pencarian itu ialah kerana kegagalan UMNO untuk mengekalkan identitinya sebagai
sebuah parti perjuangan yang sebenarnya.
Mahathir membidas pembangkang
seperti DAP kerana katanya negara telah menukar 6 kepimpinannya tetapi DAP
masih tidak menukar kepimpinannya kerana yang berkuasa dalam DAP itu kononnya
telah membentuk budaya kronism dan sebagainya. Matlamat Dr M ini ialah untuk menekan DAP daripada memperluaskan pengaruhnya di Johor dan seluruh negara.
Kenyataan Mahathir itu sangat
mudah untuk dipatahkan jika kita berfikir dan tidak perlu mempunyai ‘intelligence’
yang tinggi untuk mengembalikan kritikan Mahathir itu. Kenyataan Mahathir itu
menunjukkan beliau sangat jauh sekali daripada memahami apa yang pihak rakyat
maksudkan perubahan itu.
Benar, UMNO telah mengubah pimpinannya sebanyak enam kali. Tetapi perubahan dari seorang pemimpin kepada
seorang pemimpin yang lain itu bukannya perubahan sebenarnya. Saya sendiri
selalu menyatakan UMNO tidak mahu mengubah kepimpinannya tetapi saya bukan
bermaksud mengubah pemimpinnya. Saya bermaksud perubahan dari Mahathir ke
Abdullah dan kini berubah kepada Najib itu bukannya perubahan. Begitu juga niat
dan kemahuan Dr Mahathir yang tidak sabar untuk mengubah pemimpin dari Najib
kepada Muhyiddin itu pun bukannya perubahan kepimpinan.
Apa yang saya maksudkan ialah
perubahan kepimpinan atau gaya
memimpin. Jika pun Najib memberikan pimpinan kepada Muhyiddin itu bukan
perubahan kerana mereka berdua ini datangnya dari acuan yang sama. Najib atau
Muhyidin sama saja kepimpinan mereka. Mereka akan terus membiarkan atau tidak
tahu untuk memberhentikan budaya rasuah kerana mereka tidak menganggap rasuah
itu adalah racun kepada rakyat dan negara. Mereka berdua akan terus menyalahgunakan kuasa kerana mereka sudah dibudayakan hidup dengan menyalahgunakan
kuasa dan rasuah.
Kepimpinan mereka sama juga seperti
kepimpinan Abdullah Badawi dan bapa kepada segala kemungkaran politik dan
ekonomi, Dr Mahathir Mohammad. Mereka ini jika berjalan mereka akan sehayun dan
selenggang, sama sahaja dan itulah yang saya katakan bertukar pemimpin tidak
semesti bertukar kepimpinan.
Yang dimahukan oleh ramai rakyat
sekarang ialah pertukaran kepimpinan bukannya menukar kepimpinan. Di antara
Mahathir, Abdullah Badawi, Najib serta Muhyiddin dan semua Naib-Naib Presiden
UMNO sekarang ini semuanya sama kepimpinan mereka.
Untuk menukar kepimpinan kita
perlu menukar acuannya dan yang ada paling hampir dengan rakyat sekarang ialah
acuan baru Pakatan Rakyat. Kalau ditukar acuannya barulah dinamakan pertukaran
kepimpinan kerana gaya
dan kepimpinan mereka adalah berbeza dengan kepimpinan Barisan Nasional.
Jika rakyat benar-benar hendak menukar
kepimpinan maka Pakatan Rakyatlah pilihannya. Jika kita masih memakai acuan BN
selagi itulah kepimpinan tidak berubah. Siapapun di kalangan UMNO mengambil
alih kepimpinan Najib keadaan tetap sama kerana kepimpinannya sama. Kalau
setakat hendak memilih pemimpin lain tetapi masih di kalangan MKT UMNO itu
misalnya, ia tidak ada pertukaran kepimpinan. Maka tidak payahlah tukar Najib
dengan Muhyiddin dilakukan.
Tetapi rakyat mahu pertukaran
kepimpinan. Untuk mendapatkan kepimpinan baru maka Pakatan Rakyat adalah
pilihan mereka. Maka DAP, PAS dan PKR adalah ‘coalition’ yang mantap untuk
memberikan kepimpinan baru itu.
Maka yang dikatakan oleh Mahathir
dan Muhyiddin yang UMNO sudah menukar enam pemimpin itu tidak relevan. UMNO
hanya menukar pemimpin tetapi tidak menukar kepimpinan.
Pembubaran Parlimen yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri hari ini merupakan kesempatan untuk menukar kepimpinan bukannya bertukar pemimpin.
Pembubaran Parlimen yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri hari ini merupakan kesempatan untuk menukar kepimpinan bukannya bertukar pemimpin.
AA, you are superb blogger. Please know that you have followers nationwide bro.
ReplyDeleteAll of us will be with DAp and Pakatan but please see you be in the lineup of candidacy bro...
james
James, Anuar Ibrahim dah kaya utk support PR. Kalau nak sumbang sila bagi utk birthday party jiran...he he he
DeleteDear Encik Aspan Alias. I would like to make a contribution to your campaign. How do I proceed?
ReplyDelete-SK
ReplyDeleteRakyat Malaysia mesti tolak KIRAM (Kumpulan Import Rakyat Asing Masuk Mengundi) a.k.a Kumpulan Syaitan Yang DiKenali dalam PRU13.
Ubah!!!!!!!Ini kalilah!!!!!!!!!!!!
Anon (SK),
ReplyDeleteBro,anything write to my email aspanalias@gmail.com
Thanks bro
Saudara AA
ReplyDeleteYa, pengumumman Dato Ariff akan bertanding di Raub, kerusi Parlimen. Di manakah saudara akan ditempatkan untuk bertanding. Saya adalah salah seorang blogger yang nak menyumbang kepada 'war chest' saudara supaya kita berjuang habis-habisan untuk menukar kepimpinan. God's willing, we will see you in Parliament.
Observer.
Kalau ada duit lebih tu sedekah pada anak yatim atau fakir miskin lebih afdal drp menyumbang utk politik sedara...
DeleteBang,
ReplyDeleteKAWAN SE KAPAL Mahadeyy ni KONGPIDEN atau dia saja2 nak sindir Najib dengan terma 'Winnable Candidates'??
http://www.malaysiakini.com/news/225672
hahaha....
Gado2 satu!
Kalau nak gado-gado balik Indon woi!
DeleteDalam masa 60 hari dari sekarang Pak Aspan boleh tulis apa saja mengenai politik sebab lepas itu Pak Aspan akan di bye bye.....
ReplyDeleteKalau acuannya begitu, jangan diharap untuk mendapat bentuk yang lain. Pecahkan acuan itu, guna acuan lain.
ReplyDeleteKalau nak buat kek bole ler guna acuan...ko ingat ini kelas masak-memasak yek?
DeleteAs Salam Tuan AA.
ReplyDeleteBagi rakyat marhaen, maksud kepimpinan atau pemimpin adalah sama sahaja kerana wujudnya kepimpinan adalah kerana pemimpin.
Tetapi dalam UMNO, istilah yang lebih sopan dan amat sesuai bagi pemimpin mereka (PM) adalah "Ketua Penyangak", menteri-menteri mereka adalah "Orang Kanan Penyangak", ketua-Ketua Bahagian mereka adalah "Agen-Agen Penyangak" dan para penyokong mereka (UMNO) adalah "Lembu-Lembu Susu Penyangak".
Istilah yang berbelit-belit bukannya penawar bagi sesuatu isu, sebaliknya serangan balas yang pantas, tepat bersama hujah yang logik adalah penentu kemenangan di dalam perjuangan politik bangsa.
Ape pun pak asfan aku akan undi PG... Kita kena berubah ya
ReplyDeleteSaya suka gaya ulasan politik Tuan AA. Terbaik
ReplyDeleteWahai Anon 20:26,
ReplyDeleteBila ada sahaja seorang umat Melayu yang cedik, pandai, berkebolehan, sanggup berkorban, ingin merubah keadaan, maka akan adalah se ekor makhluk seperti kau ni yang akan berkata2 seperti apa yang kau katakan di atas bagi pihak Mahadei & Sons.
TQ
Anon 07.44 ...bila masa pulak aku cakap "bagi pihak Mahadei & Sons" ? bangang!
DeleteUish Anon 20:26,
ReplyDeletePerghh, marahh weiii bila sebut dia BALACHEE Mahadei & Sons!! Tak nak ngaku tuuu..
Punya nyer marah, terus buat banyak posts....ekekekekk. Sempat jugak kenen DSAI tuuu!
Ngaku ajer ler kamu balacheeeeee mamak tuuu....wahai kera se ekoq!!
Bang, kasi Gado2 DUA!!
Mana Pak Aspan dapat balacee dunggu ni? Otak letak di lutut ke? Kesian Pak Aspan...
DeleteTengok You Tube wawancara TDM & DSAI dalam program Hard Talk yg berasingan serta bandingkan keduanya. Kesimpulannya, DSAI dipersenda oleh Stephan atas ketidakupayaannya dalam menjawab secara jujur, tegas & berani. Manakala TDM secara jujur, tegas & berani menjawab semua soalan Stephan & pada masa yg sama mempersenda pihak barat & Yahudi.
ReplyDeleteBang,
ReplyDeleteMahadeyy hero umat ker bila dia persenda barat dan yahudi?
Kita tahu sejak 1968 dia sudah bersujud dgn Yahudi di Harvard Univ!!....bertokguru politik Machiaveli dgn Henry Kissinger sehingga kini. Dia nak ngaku ker perkara ni.
Bagi Yahudi, Mahadeyy adalah the devil we know!!
True?
p/s : Anon 20:26 sedang berasap idong tuuu!!!
Baru la puas baca komentar macam ni. Nampak profesional. Ini tak...asyik2 isu sex, sex, sex.....Bila potilik kita nak matang! Gd job credit to AA.
ReplyDelete