Hari ini kita akan melihat samada
perjuangan untuk perubahan akan terhasil dari usaha yang bertahun-tahun dilakukan
oleh rakyat untuk membezakan keadaan pemerintahan rakyat dengan BN jika mereka
mendapat mandat. Hari ini akan kita lihat keputusan PRU yang paling hangat
dalam sejarah negara dan ia tidak mungkin berlaku jika BN selama ini prihatin
terhadap kemarahan rakyat yang telah mereka bendung sebegitu lama.
Jika UMNO tewas pada hari ini
maka parti itu tidak boleh menyalahkan sesiapa kerana teguran dari ahli-ahli
telah lama didengari. Tetapi UMNO tidak mengambil indah terhadap semua teguran
itu. Ini semuanya kerana sikap takbur dan angkuh UMNO itu yang berfikir mereka
boleh menungkat langit sepanjang masa.
Tetapi jika UMNO masih mendapat
sokongan, sokongan itu tidak melebihi 3% daripada sokongan pihak yang mahu
melakukan perubahan. Samada UMNO menang atau kalah saya masih teguh dengan
pandangan yang kemenangannya tidak melebihi 10 kerusi. Apa sahaja angka
kemenangan calon-calon BN ia pasti akan lebih rendah daripada apa yang mereka
perolehi dalam pilihanraya 2008 dahulu.
Apabila kurang sahaja perolehan
kerusi daripada PRU yang lepas, maka UMNO sudah boleh dianggap kalah dan tertewas
untuk membuatkan parti itu masih relevan kepada rakyat. Bagi saya elok kita
melihat kemenangan besar dari mana-mana pihak untuk mendapatkan ‘legitimacy’
sokongan dari rakyat. Tetapi jika kemenangan mana-mana pihak itu kecil maka
pimpinan semua parti perlu duduk dan melakukan pengorbanan untuk kebaikan
rakyat dan kerajaan yang bertanggungjawab terhadap negara.
Ramai rakyat sudah begitu serik
menunggu tarikh pilihanraya dan mereka tidak mahu lagi bercakap pasal politik
dalam tempoh yang agak lama selepas ini.
Saya mengucapkan selamat mengundi
dan berfikirlah semasak-masaknya sebelum kita membuang undi itu. Yang
terpenting bagi rakyat lakukan ialah berfikir sejenak dahulu sebelum membuat
keputusan. Apabila sudah berfikir maka siapa yang saudara pilih mesti dihormati ramai.
Kita tidak rela melihat kekecohan
dan pergaduhan berlaku kerana pilihanraya ini. Sebelum memilih ingat kepada
Tuhan agar segala gerak jari yang memangkah itu adalah gerak dari Tuhan
semata-mata. Apa yang digerakkan Tuhan itulah yang terbaik untuk kita.
Apabila keputusan muktamad keluar
yang terpenting bagi kita ialah untuk menerima apa-apa keputusan yang dihasilkan oleh PRU ini. Siapa yang kalah wajar menghulurkan ucapan tahniah kepada
yang menang dan itulah cara manusia yang mempunyai kehidupan yang bertamadun
mengikut zaman dan waktunya.
Saya berdoa agar PRU ini berjalan
dengan penuh tertib dan tidak berlaku perkara-perkara dan insiden yang tidak
baik terjadi. Kita hanya memilih siapa yang hendak dimandatkan bukannya untuk
mencari pergaduhan dan perkelahian.
Jika berlaku peralihan ia
merupakan kejadian yang pertama kali dalam sejarah merdeka negara kita.
Akhirnya saya mengucapkan selamat
mengundi dan jadilah pengundi yang bertanggungjawab. Apa yang ditentukan
Tuhan itu sudah mesti yang terbaik bagi kita. Tuhan Maha Mengetahui dan segala
yang berlaku itu semuanya adalah afa’alNya semata-mata. Ia tentu mempunyai
hikmahnya di sebalik segala yang berlaku.
Selamat mengundi dan buatlah
pilihan mengikut selera masing-masing. Waktu kempen sudah tamat dan sekarang
hanya menunggu keputusan daripada pilihan kita itu. Ingat menukar kerajaan itu
bukannya jenayah dan mengekalkan yang ada pun bukannya jenayah.
This is a free country. Jangan
takut atau gusar untuk membuat pilihan masing-masing.
Saya undi parti yang saya yakin dapat mentadbir malaysia ke arah yang lebih baik.
ReplyDeleteTetapi keyakinan saya mungkin tidak tepat di sisi Allah, maka saya berdoa agar parti yang benar-benar dapat mentadbir Malaysia dengan cara yang lebih baik(Pengetahuan ini hanya milik Allah) akan menang!
ReplyDeleteselepas ini jgn bergaduh gaduh lagi
Selamat mengundi. Pilihlah calun dalam kumpulan yang akan mentadbir negara dengan amanah, telus dan berhikmah. Semuga usaha kita dapat ridho Allah. TAKBIR...
ReplyDeleteAssalamualaikum
ReplyDeleteKetentuan Tuhan hari ini jugalah ada hikmah sebaliknya bahawa mungkin dlm sejarah kita kena akur menerima satu saudara warganegara baru dari Bangladesh. Apa2 pun BanK CIMB sudah mempopularkan iaitu China, India, Melayu dan Bangla...
Selepas ini tumpu kepada mengemblengkan usaha ke arah memakmurkan negara dan mensejahterakan rakyat. Buangkan yang keruh dan ambil yang jernih.
ReplyDeleteFikir- fikir dan renungkanlah...takbir!!!
ReplyDeletepak aspan semalam saya teragak2 nk undi dap tp hari ini atas semangat pakatan rakyat saya bagi undi saya pd dap moga2 bn tumbang
ReplyDeleteBaru kita akui kuasa Allah itu adalah segalanya? Sblum ni....cakap mcm malaysia ni kita yg punya? Kuasa rakyat akan menentukan...insha Allah.
ReplyDeleteYou are a good man..insan yang mulia
ReplyDeleteSalam, Naresh
Kekalahan PR adalah kesilapan pemimpin PR sendiri, terutama Kapar Sing. Org kg tidak seperti org SHAH ALAM yg bijak memilih. Org kg takut Cina jadi PM.
ReplyDeleteApa2 isu besar yg berlaku, pengundi tetap pangkah yg lama. Ini umpama makan sarapan pagi. Bila bangun tido je sarapan. Boleh tak kalau sarapan lewat. Bolehkan... Tapi kalau dah rutin begitu, begitu la tiap2 hari. Begitulah unpama pengundi2 d malaysia, terutamanya di kg2.
ReplyDeleteAssalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
ReplyDeleteSaya dahului perkongsian ini dengan jutaan kemaafan kerana agak lama menyepi, dik kesibukan tugas dan keadaan kesihatan yang tidak berapa stabil sepanjang bulan lalu. Namun begitu, saya akan tetap cuba mengikuti blog ini seupaya mungkin, insha Allah.
Ya, benar, setiap apa yang ditentukan-Nya pasti punya hikmah. Justeru, kemenangan BN kali ini juga pasti punya hikmah dan rahsia tersendiri yang akan kebocoran bila tiba waktunya kelak. Sekadar berkongsi cerita: Saya baru mengundi buat pertama kali di Parlimen Lemba Pantai ini dan sempat menyaksikan sendiri ketidaktelusan rekod pendaftaran SPR dan kedapatan kaedah pengundian yang meragukan. Kedapatan kes di mana seorang pengundi Cina OKU penglihatan warga emas yang telah tinggal di Flat Sri Pahang ini lebih daripada 30 tahun serta pernah mengundi di sini, tanpa pengetahuannya, pos pengundiannya telah bertukar ke Cheras ... Justeru, bayangkanlah, bagaimana dengan keadaannya sebegitu, dia mampu menunaikan haknya? Nak kena ambil teksikah hanya untuk memangkah? Dan, kalau ya sekalipun dikatakan ada kenderaan dan sukarelawan yang boleh memandunya ke sana, tidakkah itu juga membuang masa namanya?
Satu lagi kes ialah seorang yang belum pernah mendaftar sebagai pemilih, tiba-tiba namanya telah didaftarkan sebagai pemilih sejak 2006, lengkap dengan nama Islamnya, walhal pada tahun itu, dia masih lagi belum memeluk Islam ... Dengan saya pula, sudahlah saya dipisahkan dengan ahli keuarga saya di bilik mengundi bersebelahan, yang tolong pangkahkan calonpilihan saya, pegawai yang bertugas di tempat saya membuang undi itu, dalam keadaan saya tidak mengenalinya, sekadar tahu dia tu sukarelawan. Namun begitu, saya bersyukur, Alhamdulillah, saya tetap juga dapat memilih calon yang saya sukai tanpa rasa takut.
Justeru, pada hemat saya, keputusan ini juga masih belum mencerminkan ketelusan sebenar, ditambah pelbagai bentuk penyelewengan sepanjang kempen dan pengundian awal yang rasanya tak perlulah untuk diulas lagi. Oleh itu, usahlah kita menyalahkan kekalahan PR ini hanya kepada individu tertentu, kerana, jika ya sekalipun, kitalah yag patut menyalahkan diri sendiri kerana selama 12 PRU terdahulu, mungkin kita adalah di antara orang yang redha dan sanggup bersekongkol membiarkan kejahilan itu terus bermaharajalela membiarkan kedua mata dan telinga ita hanya terbuka dan mendengar sebelah. Saya akhiri perkongsian seketika ini dengan mengajak sekalian kita, khasnya diri saya, agar merenung sedalam mungkin dan bermuhasabah akan iktibar peristiwa ini dan teruskan azam untuk mengembalikan keharmonian dan kecemerlangan agama, Negara dan bangsa tercinta ini. Jutaan ampun dan maaf andainya perkongsian ini kurang disenangi; saya sekadar menyampaikan isi hati tanpa mampu menatap paparan pada computer ini.
Terima kasih dan salam jihad.
Obviously majority of Malaysians are against racist remarks made. Proof is that Ibrahim and Zulkifli lost, however,most Malaysians are still sceptical of other races and whether their rights will be protected
ReplyDeleteMalaysians need to work harder to improve trust and their relationship amongst all races.
BN is given an opportunity to improve their performance and govern with integrity another 5 years. Don't waste this opportunity.
History will be rewritten again in 2018.
Orang Melayu Malaysia umumnya masih tiada sifat gagasan & langsung tiada wawasan utk maju dalam arus pemikiran global masa kini. Kita tolak tepi soal penipuan pilihanraya yg berleluasa kerana perkara ini berlaku sepanjang sejarah PRU negara.
ReplyDeleteSdra unknown,
ReplyDeleteLain kali harus check tempat mengundi lebih awal.Sekira terdapat berlaku penyelewngan buat laporan pada EC, mudah sekali.Pada hemat saya PRU 13 adalah yang paling telus dan terbaik dalam sejarah.Kita terima keputusan ini tanpa syak dan wasangka.
Saya masih tidak dapat menerima kenapa DAP tidak mencalonkan sdra Aspan ? sedangkan DAP perlukan ramai lagi calon Melayu.Sekian, terima kasih.
Batu Giling