Hari ini hari terakhir bagi
mana-mana pihak berkempen. Besok hari penentu arah dan hala tuju negara kita
setelah semua rakyat yang mengundi menyelesaikan tanggungjawab mereka. Hari ini
adalah hari terakhir bagi rakyat yang masih belum menentukan siapa dan pihak
mana mereka hendak berikan undi mereka.
Kumpulan ini merupakan kumpulan yang paling penting bagi kawasan yang
kemenangan dijangka tipis bagi mana-mana pihak.
“It’s neck to neck!” kata ramai
pemerhati dan penggiat politik di kedua-dua belah pihak dan pandangan mereka
ini adalah lebih tepat daripada pandangan mereka yang hanya memandang dari
rumah dan ‘internet’ atau media arus perdana. Keadaan berubah dari masa ke
semasa dan dari hari ke hari. Mereka yang benar-benar bermain politik selalunya
tidak memberikan pandangan mereka dengan emosi dan pandangan yang berat
sebelah.
Dalam ratusan mereka yang
berhubung dengan saya semalam sahaja, ada di antara penyokong BN yang mengatakan
BN terlalu sulit untuk dipertahankan di kawasan mereka dan ada pula penyokong
Pakatan Rakyat yang berkata BN masih mengatasi Pakatan Rakyat. Bukan mudah
untuk meyakinkan mereka untuk melakukan perubahan ini. Kedua-dua pihak diperincikan dan dinilai oleh semua dalam penentuan mereka yang terakhir seperti
hari ini.
Tingkah dan laku pimpinan
kedua-dua belah pihak menjadi perhatian rapi dari rakyat. Keghairahan yang ditunjukkan
oleh mana-mana pihak akan mengurangkan sokongan ramai kerana keghairahan itu
merupakan elemen penting bagi kita mengagak apa yang akan terjadi jika pihak
itu memenangi pilihanraya atau mempertahankan kedudukan dalam pilihanraya kali
ini.
Contohnya kehadiran Dr Mahathir
dan Daim Zainuddin di pentas BN sedikit sebanyak mengurangkan sokongan orang
ramai terhadap BN kerana rakyat mempunyai persepsi yang tidak begitu enak pada
kedua-dua personaliti ini. Dari membantu BN mereka ini melunturkan sokongan
rakyat terhadap parti pemerintah itu. Mereka berdua ini tidak menyedari yang
rakyat sudah tidak memandang mereka sebagai pemimpin yang jujur dan ikhlas.
Jika Mahathir benar-benar
merupakan orang yang masih berpengaruh, tidak mungkin berlaku ramai ahli-ahli
UMNO di bekas kawasan beliau di Kubang Pasu berhijrah kepada PAS sejak dua tiga
hari yang lalu. Penghijrahan ini berlaku kerana mereka berfikir yang jika UMNO
menang maka orang-orang ini akan mendapat keuntungan terus menerus seperti yang
mereka rasakan pada hari ini. Mereka berdua ini merupakan ‘warlords’ yang
terbesar di dalam UMNO itu.
Sebaliknya, ada juga berlaku penghijrahan sokongan dari pihak Pakatan Rakyat kepada BN kerana perkembangan yang berlaku di dalam Pakatan Rakyat itu sendiri. Kenyataan-kenyataan yang bercanggah-canggah di antara pimpinan parti-parti dalam DAP dan PKR misalnya, menjadikan mereka yang masih lemah sokongan mereka terhadap PR itu kembali memberikan sokongan kepada BN.
Kenyataan dua pimpinan DAP di
Johor dan di Kedah yang menyeru rakyat tidak memberikan undi terhadap calon PAS
memberikan impak yang bukan sedikit terutamanya bagi mereka yang di atas pagar.
Walaupun kenyataan yang berbau perkauman itu telah ditarik balik ia tetap
telah memberikan persepsi yang mereka masih lagi membendung sifat perkauman
yang menebal.
Ia ditambah pula dengan tindakan
DAP tidak menampak dan menzahirkan janji-janji mereka untuk menghilangkan
stigma sebagai parti yang hanya untuk orang Cina. DAP tidak memberikan gambaran
itu di setiap negeri seperti di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor. Sejak
setahun dahulu, saya telah menjelajah untuk menggambarkan yang DAP itu bukan
parti perkauman.
Tetapi akhir-akhir ini ramai yang
telah berhubung dengan saya dan telah berpatah balik sokongan mereka kepada BN.
Mereka merasakan DAP sudah boleh berdiri di atas kaki sendiri tanpa perlu
sokongan dari orang Melayu dan India.
Ada yang telah
menebal keyakinan mereka yang DAP sudah merasakan mereka sedang berada dalam
‘cloud 9’.
Mereka sudah mula menampakkan
keghairahan keterlaluan dan tidak sabar-sabar untuk mendiami pejabat Pusat
Pentadbiran Putrajaya. Sudah mula terbit sikap takbur yang tidak terkawal itu
di kalangan pimpinan DAP. Kita perlu ingat mereka yang di atas pagar yang senyap
dan tidak bercakap inilah yang sangat penting hari esok. Kita tidak menghalang
DAP untuk ke Putrajaya itu tetapi ramai merasakan yang DAP itu akan menjadi
seperti ‘si kudung mendapat cincin’ apabila merasakan keenakan kuasa di
Putrajaya itu.
Mereka (di atas pagar) akan
menjadi kumpulan penentu di kawasan-kawasan yang dijangka akan dimenangi dengan
kemenangan tipis oleh mana-mana pihak yang berjaya itu. Kadangkala ramai
di antara pemimpin yang terlau banyak bercakap tetapi mereka tidak sedar lebih
ramai lagi yang tidak bercakap tetapi sibuk dengan berfikir baik buruknya
memberikan undi perubahan kali ini.
Tidak kurang yang menganggap PKR
itu adalah DNA kepada UMNO. Itulah sebabnya terlalu banyak perkara-perkara yang
berlaku di dalam parti itu sama seperti apa yang berlaku di dalam UMNO itu.
Terlalu menggila hendak ke Putrajaya sehingga tidak melihat apa yang ada di
kiri kanan jalan ke Putrajaya itu. Saya selalu mengingatkan yang keghairahan
yang keterlaluan akan membawa padah kepada diri sendiri.
Kita mesti ingat pemikiran
pengundi boleh berubah dalam masa yang sesingkat satu jam sebelum membuang undi
mereka.
Saudara Aspan............apakah pandangan anda mengenai analisis yg saya dapat dr satu blog ini............Syukur Alhamdulillah semua artikel berkaitan PRU 13 mendapat sambutan hangat dari anda sekalian satakat ini. Dengan dorongan anda sekalian, saya telah dapat menyiapkan ramalan untuk kawasan parlimen, walaupun ini memerlukan masa yang banyak untuk menyiapkannya.
ReplyDeleteSaya tidak perlu menperkenalkan diri kepada anda yang kerap berkunjung ke laman blog ini, tetapi bagi mereka yang baru terdorong melawat ke sini, terutama dimasa demam pilihan raya sekarang, saya perlu memberi sedikit informasi tentang rekod dan kaedah ramalan.
Sejak kita memulakan projek ini, kita telah menyiapkan ramalan untuk 12 pilihan raya kecil sejak tahun 2009 lagi. Kita juga telah menyiapkan ramalan untuk Pilihan Raya Negeri Sarawak dalam tahun 2011. Ramalan-ramalan in terbukti ketepatannya , kecuali di satu kawasan sahaja. Kesemua ramalan yang lepas boleh diakses dalam blog ini.
Ramalan dibuat dengan kaedah multiple regression analysis untuk menghasilkan model yang memerlukan input data yang banyak dari semua kawasan pilihan raya, iaitu sebanyak 222 kawasan parlimen kesemuanya. Beberapa faktor telah dipilih untuk diujikaji bagi mempastikan signifikannya data tersebut dalam model yang akan digunapakai.
Faktor-faktor penentu (independent variables) yang telah diujikaji dan terpilih sebagai signifikan untuk sesuatu kawasan parlimen ialah jumlah pengundi Melayu, Cina,India, dan Bumiputera di Sarawak dan Sabah, faktor pengaruh parti dalam kawasan tersebut dan berapa kali penyandang telah bertanding sebelumnya. Semua faktor diatas didapati sangat signifikan, yakni memberi kesan yang ketara keatas keputusan pilihan raya.
Dalam ramalan ini saya menganggarkan sokongan pengundi Melayu kepada BN diparas 61%, undi Cina 25% dan undia kaum India 60%. Juga saya inputkan aras kekuatan tradisi BN di dalam setiap kawasan pilihanraya.
Dalam membuat ramalan ini, saya ketepikan fahaman politik sendiri bagi menghasilkan ramalan yang objektif dan terbukti tepat sebelum ini. Sama ada ramalan kali ini juga setepat itu, Allahu ‘alam, Allah sahaja yan mengetahui, dan insya Allah kita akan bersama-sama tahu pada 5 Mei ini
Dalam menyediakan ramalan saya akur dengan respond anda sekalian. Pengunjung pengunjung dari BN biasanya gembira, tetapi yang dari PR ramai yang marah kerana ramalan untuk kawasan kawasan DUN setakat ini memihak kepada BN.
Hasil kajian menunjukkan BN akan menang dalam PRU ke 13 dengan memperolehi majority melebihi 2/3. Butiran seperti dalam jadual di bawah:
Jadual: Ramalan Keputusan Pilihan Raya Parlimen Malaysia Tahun 2013
Semenanjung BN Minima BN Maxima
BN 113 121
DAP 27 26
PKR 17 13
PAS 8 5
Jumlah 165 165
Sabah & Sarawak
BN 46 49
DAP 8 7
PKR 2 1
PAS 0 0
Bebas 1 0
Jumlah 57 57
Jadual di atas menunjukkan dalam senario minima BN akan memenangi 159 kerusi parlimen di seluruh Malaysia manakala DAP akan memenangi 35 kerusi, PKR 19 dan PAS 8. Dalam senario yang terbaik pula BN akan memenangi 170 kerusi, diikuti DAP dengan 33 kerusi, PKR 14 dan PAS 5. Untuk majoriti 2/3 BN hanya memerlukan 148 kerusi.
How can Pakatan win? BN openly buy vote at Air Puteh! They even have RELA monitor the vote buying process.
ReplyDeletewww.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=jQSe8_lBq6g
aku pengundi atas pagar... dah 3x mengundi yg sama tapi xngam juga.. ini kali lah baru ngam.. kalau xngam kat tempat aku pun xape...xjadi masalah,, yg penting aku dah pikir2 masak.. dah geseng kata orang jawa,aku akan cuba untuk pilih yg sama (PR). UNTUK KEMENAGAN PADA KALI INI. Sama je INI KALI LAH, UBAH JGN XUBAH, ABC@ABCD.. AMIN..
ReplyDeleteDAP memang parti chauvinis cina tongsan ... bodohla melayu kalau beri undi kpd DAPig ...
ReplyDeleteIf voters felt DAP is too arrogant that shame on DAP and voters. I would love to see BN continue plunder the country wealth. Fortunately, I have green card but I feel sorry for fellow Malaysian that remain in Malaysia. Corruption less important than the feeling of arrogant politician from DAP. Shame on DAP! Why can't you increase the number of non-Chinese members by 50%! Since most of you are arrogant Chauvinistic, we will continue vote for BN though they took billions of dollars from the rakyat.
ReplyDeleteDAP is confident But that is politics You have appear confident. Not appear like a loser.They are standing in the least number of seats compared to PAS & PKR
ReplyDeleteAnyway you have a good man(Malay) standing on the DAP ticket in Raub. I hope he wins and there will be changes in DAP. Cocky or not we must support DAP if the party is to stand in our areas. This is our best chance to change the political landscape of Malaysia. Ini Kali Lah!
ReplyDeleteMr Aspan, lots of thanks for joining me and family for tea in subang jaya days ago. We shall be driving back to Raub tonite to vote for Dato Ariff sakmongkol. I dont vote for Dap and you know that. We are voting Dato Ariff sakmongkol for your sake bro. I see that you are true and loyal friend to him. For that we shall vote for him at earliest possible time tomorrow morning bro. See u when we are back to subang tomorrow. Let's have teh tarik at pelita than.
ReplyDeleteAA, a true democrat with rational thinking. I am voting for personality not party. Can you tell me why I must vote for Kamarul Baharin? Abu Ubaidah is a good man from a good family.
dino ampangan
Yes dino..
DeleteKamarul bahrin penyebab utama klu pr kalah d ns..
-SHK-
As Salam Tuan.
ReplyDeleteAtas pagar, bawah pagar, tepi pagar, sisi pagar ke.....Semuanya akan terkesan sekiranya salah memilih sebuah parti yang kerjanya menipu, merompak, menyamun dan menjual harta rakyat untuk kesenangan para pemimpin mereka, keluarga dan kroni.
Kadangkala rakyat yang menyokong pembangkang (PR) pun tidaklah rasa sesusah atau terlalu tertekan dengan masalah ekonomi yang diterajui BN, tetapi oleh kerana mereka celik politik maka mereka memilih PR. Sebaliknya pengundi atas pagar yang kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang yang terlalu taksub dan berkarat sangat untuk menyokong BN, terasa jauh lebih tertekan. Cumanya otak kemetot mereka itu tidak mampu berkembang lagi untuk menerima kebenaran.
Pengundi yang buta maklumat atau atas pagar ini kerapkali ingin menyalahkan parti pembangkang (PR)dan ingin menjatuhkan parti pembangkang. Tanpa mereka sedari yang sebenarnya mereka telah menghancurkan diri mereka dan keluarga mereka sendiri. Kalau tidak percaya maka berilah BN mandat untuk 5 tahun lagi, nescaya sebagai seorang rakyat di negara ini pastinya kamu akan menyesal untuk sekurang-kurangnya 20 tahun lagi. Tetapi waktu itu segalanya sudah terlambat......Melayu memang suka ditipu dan susah untuk berhijrah atau berubah, sedangkan hijrah atau berubah itu adalah sunnah Rasullullah SAW. Yang mereka paling gemar adalah ditipu oleh para pemimpin Melayu sejak dari dahulu, kini dan selamnya. Selamat berbodoh-bodoh sehingga ke anak cucu.
ReplyDeleteUndi siapa yang kita rasa selesa. Jangan terpengaruh dgn hasutan sesiapa. Sendiri fikirlah
ReplyDeletemana mungkin bn peroleh kerusi yg lebih banyak berbanding 2008..
dalam situasi di mana umno berbalah sesama sendiri dan ramai calon umno yg bertanding bebas yg belum pernah disaksikan sebelum ni.
contoh jelas parlimen kuala kangsar dan tasek gelugur yg hampir pasti beralih kepada pakatan rakyat.
bn pastinya akan terima tentangan yg sangat sengit.
pertandingan ini diramalkan akan memihak kepada pakatan rakyat dengan mood rakyat yg mahukan perubahan setelah melihat negeri2 yg ditadbir oleh pakatan rakyat menunjukkan prestasi yg amat memberangsangkan dan mendapat pujian ketua audit negara.
sy meramalkan pakatan rakyat menguasai 120 kerusi parlimen daripada 222 kerusi yg dipertandingkan.
Pada pendapat saya, cukuplah dgn analisa itu dan ini, buay tekad dihati kita untuk ubah kerajaan, jgn menyesal klak bila BN kembali berkuasa...minyak naik, barang naik...maksiat, jenayah berleluasa...ubah la kerana takut akan siksa allah, jgn takut kepada taghut BN...ubahlah malaysia...hijrah itu pengorbanan, hijrah itu perjuangan, hijrah membentuk persaudaraan, hijrah membentuk perpaduan...fikirlah...ubah malaysia 5 mei 2013...
ReplyDeleteOsman Pot Dikson is underestimating the strenth of PAS I believe PAS will take many seats away from UMNO
ReplyDeleteSLM...saya mengajak berfikir utk PRU13. saya telah berumur 55 th tlh melalui byk kli plihan raya.sy pnuh yakin UMNO/BN menghadapi saat-saat paling sukar dan brtarung nywa skrg.smua ini akibat tangan-tangan mrk sejak TMAHADHIR hingga skrg.mrk rakus shingga mrasakn sgala2 nye bumi Mlaysia hak mrk.tanah,lngit,air dan klau blh angin jg milik mrk.Hatta dnyut nadi,emos,kebebasan mnusia jg dirgut.Org yg brbeza pndangn,ikhlas mmbetul,diugut,dikunci mulutnya.Demokrasi hnya brpihak kpd mrk,bru diguna pkai.Tengoklah krajaan di ngeri Perak.Krajaan yg than uji sperti Kelantan tlh mlalui saat2 getir.Rkyat Kelantan yg ditunjangi TGNA dan brisan kpimpinan yg jitu mgharunginya dlm kpayahan.Mrk mmerintah krajaan dlm krajaan.JPP unit krajaan yg kcil diberi kuasa spt sebuah krajaan.sdgkan mrk tidak mlalui sehelai krtas undi pun.tapi ini bkn salah JPP.Royalti diurus oleh pmimpin UMNO yg kalah.Krajaan ngeriplihan rkyat hnya mndengar angka shj.
ReplyDeleteKami rkyat Kelantan dan rkyat Malaysia majoriti tnpa hnti brmunajat kpd Allah,mrintih mrayu kpd Allah supaya mmberi ptunjuk dan kekuatan kpd rkyat majoriti supaya tidak lgi mmilih UMNO/BN krn :
1.Tangan2 mrk yg rasuah spt PKFZ,PERWAJA,NFC(bukan fitnah tpi fakta)
2.Transformasi hnya retorik angka
-jenayah bknnya brkurang,rkyat rsa tidak selamat.
-sekolah prasarana yg mendukacitakan,pngangkutan,kmudahan prniagaan semuanya tidak memihak kpd rkyat,bebanan kos hidup,rkyat perlukan pancing bkn ikan.
3.Mrk hina sgala agamawan yg tdk sehaluan hatta agma itu yg hebat di Malaysia spt Dr Haron Din shingga TGNA dipalit dgn isu seks
4.Mrk mengajar budaya fitnah dan lucah
5.Mrk brcakap 1M tetapi di kg2 dan mjlis2 trtutup mrk sgt rasis - tgklah TMAHATHIR yg sptutnya mnjadi cool man
6.Tiada karisma dan kberanian utk brhujah scr ilmiah dlm ruang yg trbuka sbab itu mnawarkn 10 mnit shj utk PR mrk UMNO/BN 23jam 50 mnit.
7.Akhirnya UMNO/BN pupus kpimpinan.
8.Isu2 bsr spt kes Mongolia dibiarkn trgantung.
9.ngr dlm bebanan htg bila mncecah 53% drpd pndapatn.AKHIRNYA RKYAT MENANGGUNG SEGALA2NYA.MAKA ESOK 5 MEI KITA RKYAT MALAYSIA YG IKHLAS,LUHUR INGINKN KEDAMAIAN,KTENANGAN,KPERKASAAN DGN PNUH NEKAD AYUH KTA TAMATKAN KKUASAAN BN.TAKBIRRRRRRRRRR!!!!
Salam Tuan Aspan!
ReplyDeleteMarilah kita semua berlaku jujur pada diri kita dan kepada seluruh rakyat Malaysia amnya.
Analisa ramalan yang tidak bebas tidak memberi apa-apa makna dan tidak boleh memberi keputusan PRU yang jitu, tetapi adalah perang saraf semata-mata seperti Encik Osman di atas.
Apa pun kita perlu memahami apa maksud demokrasi itu dan ia mesti tidak boleh berlaku pada padang perlawanan yang tak sama.
Secara ringkasnya, senario politik masa kini ada tiga bahagian. Pihak yang mahu perubahan, pihak yang takut perubahan dan pihak yang tak tahu nak memilih yang mana satu.
Apa-apa analisa pun, saya berpendapat faktor lain dari yang disebutkan tadi adalah faktor penentu. Iaitu faktor Illahi. Pihak mana yang bermunajat lebih dia akan menang. Disini tiada lagi isu kajiselidik sebab faktor tersebut telah di overriding.
Jadi tak kiralah apa maksudnya, pihak yang mana berusaha lebih kearah itu, pihak yang demikian akan menang. Ini adalah pendapat dari segi spiritual yang lain hanyalah tinggal menjadi sejarah,
ReplyDeleteI m voting for Pakatan but I have come to term that BN is leading us marginally. Painful to hear it but that is the crude and actual fact.
Maybe we will try again in 14th GE.
If the BN willing to sell the country to foreigner to vote, I am afraid GE 14th is too late for anyone to selamatkan Malaysia. Hope we don't have to wait tat long.
DeleteBryan
Ini kalilah
ReplyDeletesaya undi,saya harap saya doa saya tawakkal kpd Allah pr akan menang,bn xkn dpt kemenangan semudah yg osmang pok dikson ramalkan,pru 13 ni amat berbeza dr pru sebelum ni,di tmpt saya pas dn dap bertanding utk dun dn parlimen,undi utk pas sudah pasti tp utk dap masih blum pasti lg disebabkn kenyataan pemimpin dap kebelakangan ini saya xkn undi mca so mungkin saya rosakn undi
ReplyDeleteHampir bersetuju dgn ramalan dan pandangan diatas. Apapun, saya juga memandang pengundi atas pagar sbg boleh membawa keuntungan pada kedua pehak. Walaupun dikira semua pengundi telah ada pilihan masing2, tetapi dgn senario terutama dari DAP sgt menggangu pikiran pengundi Melayu.selain faktur tingkahlaku calun yg menzahirkan "rasis" dan seakan tidak mau kompromi dgn Melayu - bolih memberi kesan kpd pengundi utk tetap memberi undi kpd BN.
ReplyDeleteGelagak yg tidak mampu dinafikan oleh setengah dari DAP samada calun maupun penyokong secara umum memperlihatkan semacam menunjukkan kerakusan apabila "berkuasa" lusa ! Dah ada gaya2 bertindak jaguh dan bermain sentimen yg tinggi. Hal ini, cakap lah apapun, tidak dpt diterima sama sekali oleh org Melayu. Bila keadaan ini bergelodak dlm penyokong2 DAP dan kiranya ditambah dgn "menang" nanti bolih membawa padah! Keceluparan penyokong berbentuk sebegini, kiranya berlaku akan menghancurkan usaha yg sudah ditamam. Jadi, perlu hati2. Perlukan toleransi yg tinggi. Kalau tidak, akan menyentuh khalayak yg ramai dan tak mustahil boleh merugikan semua.....(Boleh dibincangkan).
Berbalik pada pengundi atas pagar...memang penting dan mustahak juga dilihat pada pengundi muda yg pertama kali mengundi...jumlahnya besar, lebih 2.1 juta belia.Pengundi kumpulan ini, bagi saya punyai minda lebih terbuka dan punyai akses kpd maklumat didepan mata. Mereka diantara pengguna dan pengamal media moden termasuk Twitter, FB dll. Tidak mustahil, pengundi muda ini, boleh menggegar ! Tetapi, pemerhatian umum, trend semasa masih menjurus kepada PR. Apapun, pengundian besok akan menentukan. Cuma sebagai pemerhati senyap, izinkan saya turut memberi maklum bahawa kepada mana satu ....BN atau PK yg menang dan berkuasa, INGATLAH, jangan jadi mabuk darah ! Supaya tidak mengundang resah gelisah sehingga kita tidak lagi menjadi gah tapi akan terbelasah !
ReplyDeleteAA, I believe that the difference between PR and BN will be very close...may be 3 percent.
pagar peeps kata !!
ReplyDeleteKAMI PILIH BN !!!
Ini kalilah.
ReplyDeletePak AA,
ReplyDeleteKalau lah ada pengundi tersebut yang mahu menghukum DAP, maka hukuman itu turut sampai ke diri sendiri. Cubalah fikir mendalam lagi, yang pasti datang jika BN menang, GST, AES, tol naik, minyak naik Dan dalam paip mandatori insurans kesihatan yang mungkin kosnya 10% bulanan. Gaji kita susah naik kerana rasuah berleluasa dan pekerja asing yang tinggi.
Pengundi atas pagar spt sy akan melihat kearah mana sesuatu parti itu akan pergi....kekiri atau kekanan....jika dilihat 5 lima tahun kebelekangan ini...negeri2 dibawah PAKATAN yg diberi peluang oleh ALLAH tidak menunjukkan kecemerlangan mereka memerintah...janji yg x tertunai...mengkayakan kroni..hanya yg buta hati shj yg melihat ianya satu kejayaan buat PAKATAN ironi tidak....apakah janji menurunkan harga minyak...menurunkan harga kereta....lupuskan hutang PTPTN...hapuskankan tol...adalah sesutu yg relevan..hanya siBODOH..shj yg mengatakan "YA"....
ReplyDeleteKebiasaannya pengundi atas pagar akan menentukan kemenangan calon @ parti yang bertanding.Golongan yang seharusnya dibotakkan kepala kerana kebanyakkan mereka ini tidak mampu menggunakan otak untuk berfikir jauh kehadapan bila nampak duit didepan mata.
ReplyDeleteseperti biasa, akan tetap pangkah "pr" for a better malaysia to all who's truly colorblind. menang atau kalah, does not matter, atleast "pr" cuba sedaya upaya. for me, can only hope! knowing "bn", by hook or by crook, they will make sure they win. jikalau di takdirkan mereka kalah, sudah tentu perkara yg tidak di ingini akan berlaku. they are well prepare for all this, and they are good at that.
ReplyDeleteanyway, selamat mengundi pada semua. hidup "pr"... abu! abh!
salam...