18 May 2013

Bilakah 'divine intervention' akan sampai?

Untungnya tak seberapa, ruginya yang lebih. Itulah dialami oleh kedua-dua belah pihak, Pakatan Rakyat dan BN. Masing-masing mendapat keuntungan, tetapi lebih pula kerugian yang dialami. UMNO mendapat untung 11 kerusi lebih daripada PRU 2008 yang lalu iaitu 88 kerusi kesemuanya, tetapi kerugian sebanyak 7 kerusi keseluruhan yang diperolehi BN. Hendak bergembira tidak cukup keuntungan dan sebaliknya untuk bermenung tidak juga boleh kerana tidak pula banyak kekalahannya.

Tetapi jika dikaji dengan rapi, BN mendapat kerugian yang besar kerana begitu banyak usaha yang dilakukan oleh BN keuntungan tidak juga diperolehi. Entah berapa billion wang kerajaan dibelanjakan oleh pihak BN secara ‘direct’ atau ‘indirect’, kerusinya tetap berkurangan sebanyak tujuh jumlahnya daripada pilihanraya sebelumnya. Itu kalau dikaji dari kos yang melibatkan wang ringgit.

Tetapi harga yang paling mahal ialah perpecahan di antara kaum yang sangat ketara hasil permainan media masa dan kata-kata pihak yang berkuasa semata-mata untuk pengekalan kuasa itu. Orang Melayu dipecahkan dengan orang Cina dan India dan perpecahan di antara yang beragama juga tidak kurang parahnya. Dilagakan kita di antara kaum dan agama untuk tujuan politik tetapi tidak juga ada untungnya.

BN tetap kekurangan kerusi yang diperolehi jika dibandingkan jumlah yang mereka perolehi dari PRU yang sebelumnya. Ia ibarat berniaga buluh kasap, hujungnya hilang pangkalnya lesap. Sudah selesai pilihanraya sikap pimpinan yang berkuasa masih tidak semenggah. Ada pula pemimpin yang meminta kita semua untuk berhijrah ke negara lain jika tidak bersetuju dengan keputusan pilihanraya.

Sudah jelas parti pemerintah semakin lemah, yang bernasib baik diberikan kemenangan masih bercakap seperti orang yang terencat akal. Tidak termasuk akal bagi semua yang pernah ke sekolah atau yang tidak pernah masuk sekolah mendengar pemimpin kita menghalau rakyat kerana tidak berpuas hati dengan sesuatu isu besar. Itu belum lagi menang dua per tiga kerusi di Dewan Parlimen lagi tu. Bagaimanalah agaknya jika BN memenangai dua per tiga kerusi dalam pilihanraya yang lalu?

Sesungguhnya sangat mahal untuk mengekalkan BN khususnya UMNO untuk berkuasa. Semuanya tergadai. Perpaduan kaum yang terjalin telah tergadai, maruah parti UMNO pun jelas tergadai. Seterusnya maruah Perdana Menteri yang melaungkan usaha transformasi dalam ke semua bidang pun tergadai. Malahan semuanya tergadai.

Bagaimana pula usaha untuk menebus gadaian yang terlalu besar semasa kempen pilihanraya yang lalu itu? Kalau bengkok boleh diluruskan. Bagaimana pula yang patah? Bagaimana hendak menyambung yang patah itu. Perpaduan kaum sudah tergadai, bagaimana hendak menebusnya? PM Najib telah melahirkan hasrat untuk melakukan ‘national reconciliation’ sejurus selepas mengumumkan BN membentuk kerajaan. Tetapi keesokan harinya pimpinan UMNO dan akhbar media perdana bertanya, “apa lagi orang Cina hendak?’

Ali Rustam sehingga hari ini marah kepada kaum Cina dan menuduh Cina tidak berterima kasih kepadanya. Apa ini semua? Kenapa Ali tidak bertanya kenapa semua kaum khususnya orang Cina tidak menyokong beliau. Ini bukan kali pertama kes seperti ini berlaku. Dr Mahathir pernah kalah kepada Yusuf Rawa, mursyidul am PAS pada tahun 1969 dahulu di kawasan Kota Setar kerana Mahathir berkata dia tidak perlu undi Cina untuk menang.

Kali ini berulang lagi sejarah lama. UMNO dan penyokongnya menganggap Cina kaum pendatang dan tidak boleh diberi muka. Tetapi kaum Cina sekarang sudah sampai ke generasi keempat, bagaimana kita katakan mereka kaum pendatang. Kalau begitu adanya kenapa kita tidak bercakap tentang Dr Mahathir sebagai generasi pendatang. Mahathir baru generasi kedua sahaja, tetapi telah menjadi Perdana Menteri yang paling lama di sini.

Kadang-kadang mahu juga menyebut Mahathir sebagai seorang yang mempunyai mentaliti pendatang atau disebut dalam bahasa Inggeris sebagai ‘migrant mentality’ kerana sikapnya yang tamak dan haloba yang keterlaluan. Hendak memerintah mesti berdekad-dekad lamanya. Hendak mendapat laba sampai tidak tentu sempadannya. Kalau berkuasa hendak lama-lama, wang ringgit hendak berkoyan-koyan dan kalau boleh semuanya hendak ditinggalkan kepada keturunannya semua harta dan kuasa yang setinggi gunung. Itu semua adalah sikap orang yang mempunyai mentaliti ‘migrant’ tadi.

Budaya dan sikap itu telah tertanam begitu dalam  pemikiran dan kepercayaan pimpinan hari ini dan ia tidak dapat diatasi lagi. Ia hanya boleh diatasi dengan memulakan negara baru dengan kumpulan pimpinan yang baru keseluruhan dalam parti itu.

Keadaan politik sekarang amat meruncing pada hakikatnya, seolah-olah kita sudah hilang keyakinan untuk mencari penyelesaian yang betul itu tidak mungkin tercapai lagi selain dari kita mendapat ‘divine intervention’.

Kita wajar memahami yang pencarian kepada penyelesaian ini memerlukan kesabaran dari setiap pihak. Semua pihak sepatutnya memulakan politik baru dari sekarang. Mungkin ia memakan masa yang panjang, tetapi kata orang tua-tua, kerja beransur itu tidak bertahan. Ia akan tetap sampai kepada penyelesaiannya.

8 comments:

  1. ...TIDAK TERMASUK JUTAAN BELANJA KEMPEN UMNO-APCO !

    ReplyDelete
  2. When Devine intervention come would you recognise it? Be careful what you widh for. It maybe closer to home than you think. Peace brother.

    ReplyDelete
  3. I am a nobody but I am angry. Just bloody angry that BN has stolen our victory. I feel cheated. My family feels cheated by this BN Government.
    Where is their maruah to call themselves PM and Ministers when they won through deceit? Where is their conscience and dignity?
    Cheating million of citizens in an election is worst than murder.
    When Divine Intervention comes, it will come down hard on them. May they all rot in hell?

    ReplyDelete
  4. Great article, Mr Aspan.

    Divine intervention will come only when the almighty God sees it fit and not when Man begs.

    However God helps those who help themselves so the people must search their souls and ask for strength, wisdom and courage to take the first steps to change.

    Ubah!

    ReplyDelete
  5. Sebenarnya, rakyat Malaysia berbilang kaum masih bersatupadu. Hanya orang Umno saja yang tertinggal zaman purba. Lihat, walaupun Umno cuba berlaga lagakan kaum sedayaupaya, tidak pergolakan kuam tercetus. Berkenaan "divine intervention", saya kurang yakin. Hal hal manusia, manusia lah yang cuma tentukan.

    ReplyDelete
  6. There is no problem at all with the race relations in Sabah Sarawak and the only problem is the Chinese in the Urban areas are cheated by the Opposition.Just wait and see , even in the PRU 14 ; both Sabah Sarawak will still be the Fixed Deposits for BN.The only things which makes SABAHAN UMNO NOT HAPPY IS NOT EVEN ONE OF OUR WOMEN MPs ARE PROMOTED.BOTH "MANGKUK HAYUN" from PBB which only won 14 seats were given 2 full ministers post and BOTH WOMEN MINISTERS ARE THE MOST PROBLEMATICS MP's . THE "KITCHEN CABINETS" ARE REAL FLIP FLOP AND I BELIEVE "MANY UMNO MPs Will Revolts against President in the coming Convention". UBAH UMNO FROM WITHIN !!!! SABAH BOLIH BAH ..TUKAR SAJA 3 STOOGES , SABAHAN JADI PM...UBAHUBAH BAH...

    ReplyDelete
  7. Betul apa yang ditulis. Yang menang tak gembira mana, yang kalah pun tak sedih mana.Di Jeli sekarang, di kedai2 kopi, topik percakapan adalah sekitar 'berapa awak dapat', 'si anu tu dapat sekian RM tapi kena sumpah laknat dulu', 'si anu tu dapat panggilan telefon, tawaran macam2 kalau undi BN', 'si anu tu dapat banyak, tukang bagi pitih', 'untunglah keluarga tu dapat banyak sebab ramai isi rumahnya ngundi', ' rumah si anu tu Dato' naik sendiri', 'rumah si anu tu pengarah MITI sendiri pergi'. Begitulah keadaannya di Jeli. Tempat yang kononnya hebat ada uni, ada poli, ada MRSM, ada SekMenSains, tetapi penduduknya ramai yang miskin dan hidup melarat. PRU13 sangat sesuai dengan keadaan harga getah rendah. Undi boleh dibeli dengan harga yang rendah, sederhana, tinggi. Angkat banner depan rumah dapat bayaran, naik motosikal bawa bendera pun dapat bayaran. Kayalah sekejap. Musim pilihanraya bayar duit Amanah Ikhtiar pakai not RM100 belaka. Dalam kampung kedai runcit dibayar dengan nota RM20 baru belaka dalam satu hari tertentu. Fahamlah duit masuk kampung malam tadi. Sekarang tiada lagi. Sebelum PRU hari2 diangkut ke tempat2 tertentu untuk mengambil projek(beras,kain batik,duit,payung,dll). Lepas PRU teringat tengok mainan bunga api di kampung serta dapat kain batik dan beras daripada Kastam. Maklumlah rampasan di sempadan Siam banyak kan. Begitulah fenomena PRU di sebuah kawasan pendalaman di mana rakyat miskin, kampung, boleh dibeli dengan RM yang rendah. Itu tak hebat lagi. Yang lebih hebat lagi bila anak2 muda memangkah, letak IC dekat kertas undi, tangkap gambar guna telefon, keluar pergi claim RM200-RM300 dengan menunjukkan gambar di telefon masing2. Hebatkan. Sebab tu yang kalah senyum. yang menang pun senyum. Kalah bermaruah, menang pun tak seberapa gah.

    ReplyDelete
  8. Divine intervention will not come lah if the maelayu all used their small head to think.

    Perubahan tidak akan datang jika sesuatu kaum itu sendiri tidak mahu berubah.....tinggal dihutan lagi baik....!!!

    ReplyDelete