Saya amat berminat kepada isu
yang melingkari MCA akhir-akhir ini. Hari ini perjumpaan di kalangan bekas
pimpinan utama MCA telah membuat keputusan untuk mendesak Chua Soi Lek
meletakkan jawatan dengan segera. Chua Soi Lek wajar bertanggungjawab atas kekalahan
MCA yang begitu besar dalam PRU yang baru selesai minggu lepas. Daripada 37 kerusi
yang ditandingi MCA hanya 7 kerusi sahaja dimenangi oleh parti kaum Cina yang
terbesar dan tertua di negara ini.
MCA merupakan rakan UMNO dan MIC
yang bersama-sama menyempurnakan perolehan kemerdekaan dari Britain pada tahun
1957 dahulu dan kekalahan MCA dalam pilihanraya yang baru selesai ini merupakan
‘follow through’ kepada kekalahannya yang besar pada PRU 2008 yang lalu. Dalam
pilihanraya ke-12 2008 dahulu MCA hanya memenangi 15 kerusi dari 45 yang
ditandinginya.
MCA nampak serius dalam usaha
memperbaiki diri dan bekas-bekas pimpinan utama parti itu berjumpa dan membuat
keputusan mendesak Chua Soi Lek untuk mengundurkan diri sebagai peneraju parti
untuk kaum Cina yang tertua di negara ini. Sikap bekas pimpinan utama parti itu
amat terpuji dan jika inilah sikap pimpinan veteran itu, MCA akan kembali pulih
secara beransur-ansur seperti banyak parti lain di dalam dunia ini yang kembali
berkuasa setelah ditolak rakyat dalam pilihanraya mereka.
Dua hari lepas MCA telah
mengambil keputusan untuk tidak menyertai kerajaan kerana penolakan oleh kaum
Cina kepada parti itu dalam pilihanraya yang baru selesai itu. Keputusan ini
merupakan satu tindakan yang benar-benar tepat kerana kekalahan MCA itu sudah
dianggap oleh kaum Cina yang mereka tidak memerlukan wakil mereka berada di
dalam kerajaan.
Liberal Demokrat Jepun, parti
yang terlalu banyak jasanya kepada negara dan rakyat Jepun telah tumbang
beberapa tahun lalu walaupun parti itu banyak jasanya kepada negara Jepun.
Parti Liberal Demokrat itulah yang membangunkan negara Jepun dari kekalahan
peperangan dunia kedua itu. Liberal Demokratlah yang telah membangunkan Jepun
menjadi kuasa ekonomi ketiga terbesar di dunia ini.
Jasa Liberal Demokrat amat besar
tetapi ditolak juga oleh rakyat setelah memerintah Jepaun selama 50 tahun
kerana wujud unsur-unsur rasuah dan salahguna kuasa di dalam parti itu, penyakit
yang dianggap sudah meresapi parti-parti kerajaan kita di sini. Setelah memperbaiki
diri semasa di luar kerajaan Liberal Demokrat telah kembali pulih dan kini
kembali semula memerintah negara Jepun dengan lebih baik dan transparent.
Parti yang membawa kemerdekaan
kepada negara India, iaitu
Parti Kongress India
juga ditolak oleh rakyat pada tahun 80-an dahulu dan digantikan dengan
Parti Janata dan Perdana Menterinya bernama Moreiji Desai. Tetapi setelah
sekian lama berada di luar kerajaan kini Parti Kongress India kembali menerajui kuasa di India setelah
parti Kongress itu memperbaiki kepimpinan mereka semasa berada di petak
pembangkang negara demokrasi terbesar dunia itu.
Begitu jugalah MCA yang telah
begitu lama berada di dalam kerajaan dan kini sedang menghadapi zaman malapnya.
Yang penting MCA wajar melakukan introspeksi yang intensif sambil memahami
segala kesilapan yang mereka telah lakukan sejak sedekad yang lalu. MCA masih
bertuah kerana bekas pimpinan utamanya masih sedar dan mempunyai ‘sense of
belonging’ kepada partinya walaupun telah tidak lagi berada di tampuk kuasa parti
itu. Mereka bersama-sama menumpukan tenaga dan usaha untuk mengembalikan MCA
sebagai parti yang relevan dan parti yang bertenaga dengan kepimpinan baru dan
diterima oleh rakyat pada masa yang akan datang.
Pandangan dan cadangan yang
bertangungjawab pimpinan veteran mereka ini memberikan suntikan semangat kepada
MCA dan jika MCA serius mengutamakan pembangunan kembali parti itu mendahulu
kepentingan Chua Soi Lek misalnya, MCA akan tetap kembali dengan keadaan yang
lebih memberangsangkan rakyat semua kaum untuk menyokongnya.
Proses pembersihan kepada sesuatu
parti itu tetap berlaku di mana-mana parti di mana-mana negara. Itu sebabnya
selalu saya perkatakan menukar kepimpinan negara dengan parti yang lain itu
bukannya satu kerja jenayah. Tetapi sebaliknya ia merupakan satu tindakan
untuk menghalang negara daripada terperosok ke lembah kekotoran pentadbiran sesebuah
negara itu yang akhirnya akan merosakkan kehidupan rakyat jelata.
Saya sangat teruja untuk memuji
MCA kerana berani mengambil tindakan dan mengakui kesilapan dan kesalahan lampau
dengan tidak berlengah-lengah lagi untuk memperbaiki diri mereka secepat yang
mungkin.
Sebagai sebuah parti yang begitu
banyak pengalaman saya mula merasakan tanda-tanda yang menunjukkan MCA akan
kembali pulih bagi meneruskan perjuangan parti itu yang jelas tertulis dalam
perlembagaan parti itu.
Seperti juga manusia yang telah
melakukan banyak kesalahan, mereka akan kembali diterima oleh agama dan
Tuhannya setelah melalui proses pembersihan yang serius, iaitu proses bertaubat
dan pembersihan diri.
Saidina omar bunuh anaknya sendiri dengan cara menanam anaknya hidup2. Anaknya perempuan yg nak ditanam hidup2 tu tolong lap peloh omar masa dia gali lubang.
ReplyDeletebila dan taubat dia jadi org yg di jamin masuk syurga.
fikir2kan peristiwa ini sebagai pengajaran...
uban janggut...
AA,
ReplyDeleteKalau Mahathir dan Anwar tidak masuk politik, aman Malaysia ni bro.
shaam
Golongan manusia yang mabuk kuasa akan menganaiya golongon manusia yang lain.Adalah mustahil golongan ini akan membiarkan kuasa mereka terlepas begitu sahaja tanpa berbuat apa-apa.
ReplyDeleteBro shaam
ReplyDeleteSelagi nama manusia, sape2 pun akan jadi macam ni... takyah nama Mahathir or Anwar, nama2 lain pun sama gak....
Mie
sutan says...
ReplyDelete...tentu saja Allah menciptakan semua ini bukan tanpa tujuan. Tidak mungkin tanpa tujuan.
Pasti, akan selalu ada hikmah di balik semua penciptaan ini.
Namun, keyakinan akan semua hikmah ini, bukan berarti kita akan mengetahuinya.
Karena keterbatasan ilmu manusia, bisa saja hikmah-hikmah itu masih tersembunyi, tidak terungkap oleh pandangan manusia yang terbatas ini......wallahuallam...