09 May 2013

PKR hendak pecah ke besok? Apa sudah jadi?

Azmin, Timbalan Presiden PKR, nampaknya sudah hilang kesabarannya dan tidak boleh menahan dan membendung apa yang beliau rasakan selama ini khususnya semasa pilihanraya yang baru selesai ini. Azmin tidak bersetuju Pakatan Rakyat membawa rakyat bersama mereka untuk menutup kelemahan dan kekalahan mereka dalam pilihanraya ke-13 lalu. “Rakyat sudah letih dengan politik,” kata beliau.

Azmin menempelakkan Pakatan Rakyat kerana mengheret orang ramai untuk menutup kelemahan dan kekalahan dalam PRU yang lalu. Apa yang parti-parti dalam Pakatan Rakyat lakukan ialah dengan mengakui kesalahan dan tumpukan kepada rakyat dan jauhi menumpukan masa dan tenaga untuk diri kita sendiri. Begitulah lebih kurang apa yang diperkatakan oleh Azmin hari ini.

Azmin akan membuat sidang media besok untuk membuat ‘revelation’ penting mengenai Pakatan Rakyat dan pilihanraya yang lalu. Sidang media ini menjadi tumpuan ramai kerana saya yang tidak kena-mengena pun mendapat banyak panggilan telefon bertanyakan apakah yang hendak dibongkar oleh beliau dalam sidang media itu.

Perkembangan terakhir tentang Azmin ini telah mengalih pandangan ramai daripada usaha Pakatan Rakyat dalam tindakan memanggil orang ramai untuk berhimpun memprotes keputusan pilihanraya yang dituduh oleh Pakatan Rakyat berlaku penipuan besar-besaran dalam proses pengundian Ahad lepas. Kemungkinan PR mengadakan perhimpunan susulan di Pulau Pinang dan Ipoh juga sudah tenggelam kerana perkembangan yang membabitkan Timbalan Presiden PKR ini.

Mahu tidak mahu ramai beranggapan yang keretakan sedang berlaku dalam PKR dan akan menjejaskan kekuatan PR dalam menghadapi cabaran mereka dalam masa singkat ini. Persoalannya kenapa sidang media khas ini dibuat oleh Azmin? Tentulah ia membabitkan isu yang besar yang beliau anggap sebagai kelemahan dan penyebab kenapa PR tidak dapat mengambil alih Putrajaya walaupun keadaan dan situasi semasa pilihanraya itu sangat memihak kepada Pakatan Rakyat.

Kita tunggu sahaja apa yang akan dikatakan oleh Azmin Ali pada sidang media beliau esok, jam 10 pagi. Sementara itu elok kita tidak membuat spekulasi liar kerana akhirnya apa yang hendak diperkatakan beliau akan kita dengar besok.

Apakah PKR akan berpecah atau bertaut, terpulang kepada apa yang akan diperkatakan oleh Azmin besok.

47 comments:

  1. Kalau gitu DAP bila pula nak pecah? Macam-macam jugak cerita dalam DAP tu!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak mcm MCA dah pecah dari UMNO. Lihat contoh penolakan oleh MCA jawatan EXCO di Malaka. Akhirnya berpijak di bumi nyata.

      Delete
  2. Saudara Anwar memang kurang bijak dalam mengakses karakter orang. Begitu ramai orang kepercayaannya akhirnya menjadi gunting dalam lipatan. Azmin is nothing but a hardcore UMNO type politician masking himself. So finally now he's showing his true colours.... Azmin shame on you behaving like a spoilt child!

    ReplyDelete
  3. Baguslah Azmin..teruskan usaha anda. Rakyat dah muak dengan politiking.Biarlah pemenang samada di persekutuan dan juga negeri diberi peluang untuk menjalan tanggung jawab mereka yang

    ReplyDelete
  4. its good for you to leave now azmin. gunalah segala kepakaran politik kau dan tumpanglah amalan biasa otak umno. who cares, rakyat ? apakah kalau azmin keluar rakyat akan bertambah kasih pada umno? kalau sekalipun anwar tumpas rakyat tetap akan bangun meranapkan umno. kamu adalah kudis terakhir dalam pkr. do you think you hv a better head than khalid ibrahim to be a menteri besar?

    ReplyDelete
  5. Elok jangan berpecah, kalau belum dapat ke putrajaya pun x apa sebab dapat menambahkan kemenangan.Semua orang penat tapi kita ada prinsip dan perjuangan, kita penat suatu perkara tapi kita buat lagi lain perkara yg turut memenatkan kita.

    ReplyDelete
  6. susah kalau berjuang kerana jawatan bukan kerana ALLAH.masa ni kalau azmin nak keluar mmg cukup bangang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku setuju bro.. pjuangan kata owg jawa ikot tembolok.. je. Nawaitu dh lari

      Delete
  7. PAK ASPAN,

    Saya sudah lama mengikuti pergerakan Azmin. Azmin yang sudah berusia 48 tahun ini tidak bersabar2 lagi hendak memegang kuasa/jawatan.

    Tidak mengejutkan sakiranay dia meninggalkan PK dan menyertai kembali UMNO Baru kerana gagal mendapat sebarang jawatan dalam PKR.

    ReplyDelete
  8. aku tetap berspekulasi.. adakah si polan merajuk tak dapat dilantik jadi MB Selangor?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..swbab daru dulu lagi azmin terkeliur nak jadi MB tapi. tak dapat. itulah perjuangan azmin yaini nak jawatan.

      Delete
  9. Appoint this Azmin to be the opposition leader and all kau tim. Position only he is afer.

    ReplyDelete
  10. cerita dlm BN lg mcm2...dlu beria2 ckp DAP cina itu ini...dlm paper hari nie BN ajak DAP bergabung...keh keh..meroyan ke BN?

    ReplyDelete
  11. Persoalan sekarang ialah, apakah akan diadakan pilihanraya semula kalau terbukti benar ada penipuan?

    Elok benar sekarang ini ditumpukan masa dan tenaga untuk kerja sebagai Adun dan MP. Bukti-bukti tentang penyelewengan BN dan SPR kalau ada, tunjukkan dalam Harakah, Suara keadilan, Roket dan media yang ada. Tidak perlu ditunjukkan dalam perhimpunan.

    ReplyDelete
  12. http://selokapilihanraya.blogspot.com/2013/05/bila-jarum-mula-mencucuk.html?spref=fb

    ReplyDelete
  13. Salam Pak Aspan,

    Sebenarnya Azmin bkn kecewa pasal tak dpt jd menteri besar,dia kecewa sbb manifesto pru 12 tak dilaksana dgn baik contohnya:

    1.bantuan ibu tunggal.
    2.bantuan belajar percuma bg
    kanak2 tadika.

    Manifesto ni kalau tak dilaksana dgn secepat mungkin,mcm mana PR nak
    tawan Putrajaya.PR patut tunaikan janji2 supaya baru nampak negeri berkebajikan.Jgn jadi mcm BN,sbb rakyat dah pandai menghukum pemimpin,Cuba tgk Kedah La ni apa dah jadi,pasai tak satu hati.Rakyat bukan dungu mcm dulu.Dulu blhlah rakyat kena kongkalikong,la ni internet dah ada,maklumat hujung jari.

    Azmin klau blh jgn kluar PR.Sbb rakyat dah letih berdiri,berbaris pjg sbb nak pangkah undi utk anda.Tlglah hargai penat lelah mereka yg menunggu berjam2.Jgn jadi
    mcm Zul Din apa dia dpt la ni?Nama busuk.Belajar jer pandai,tapi tak blh pikir dgn sepandai2nya.



    ReplyDelete
  14. Semua orang nak hidup senang di dunia ini , sesiapa saja , baik budak kampong ke , budak pekan ke , atau pun budak bandar ke. Nafsu yang kuasai budak budak ini kira biasa lah darah orang muda. Ada budak benggap dapat hidup senang dari kechik sampai ke tua pun benggap masih lagi di badannya. Susah nak ubah kalau dah benggap selama lamanya.

    Azmin ni kena banyak sabar dan belajar dari pemimpin pemimpin maju akhir zaman. Ghandi Mandela semua jadi ketua bila sudah matang akal mereka menguasai nafsu dan kegilaan dunia.

    Pemimpin zaman moden yang cepat naik macam maggi segera ini tak bertahan lama , ramai tersungkur dalam hina. Obama itu berbeza bagai langit dan bumi , tiada orang putih america sebijak nya jauh lagi anak melayu ka , cina ka , india ka , boleh buat tanding dengan Obama.

    Kawal nafsu ikut ajaran agama sepenuhnya adalah tanda kemenangan Azmin di masa depan.

    Kalau tak ada, pergi jalan lan....budak pekan ada banyak macam ni sampai merempit rempit dalam ladang kelapa sawit kejar biawak!

    ReplyDelete
  15. Apa yg aku nampak disini hanya perselisihan faham antara bapak n anak (anwar/azmin). Namun media memperbesarkannya bg tujuan menutup isu yg lebih besar. Penipuan oleh spr. Takkan semua tak perasan kot. Apa laaaa.....

    ReplyDelete
  16. azmin secara personel merupakan anak angkat mahathir

    - ini lah masa terbaik utk mahathir gunakan nya utk pecahkan PKR

    ReplyDelete
  17. Whatever he said in the twitter tu mmg betul, I also agree, but this are the kind of thing you said in a closed door post mortem meeting, not social media like twitter. A veteran and maklumlah org ni pandai berpolitik takkanlah mk such a greenhorn mistake. Must be smtg ak berlaku

    ReplyDelete
  18. Pak,

    kalau Azmin mencontohi Husam, insyAllah selamat dan berkat.Kalau niat nmbor wahid demi Allah, nombor dua untuk rakyat, Alhamdulilah.

    tapi kalau ultimate nya jawatan dan pangkat, tunggulah saat kejatuhan. sombong itu sahabat syaitan dan syai'tun'.

    selepas PRU, tiba musim muhasabah dan pembersihan. banyak lagi 'sampah sarap' yang bertimbun dalam PR tu. lagi cepat disapu, lagi berfaedah untuk semua.

    ikhlas, senang di eja tapi susah di amal.

    ReplyDelete
  19. azmin,hang jangan buat dajal @ syaitan yg dikenali.jadilah pemimpin yg berpendirian.guna akal yg waras.jgn ikut nafsu.

    ReplyDelete
  20. Saya nak komen tentang message Azmin saja. Yang lain2 tu saya tak tau.
    Saya sokong kenyataan dia. Dah kalah tu, mengaku sja, tak payah bawa rakyat.
    Move on

    ReplyDelete
  21. Dalam bab tokoh-tokoh kanan keluar parti, kita kena tanya PAS macam mana nak handle. Dalam sejarah hidup PAS dah berpuluh-puluh tokoh yang tinggalkan PAS dan kutuk parti tu dari luar. PAS buat tak tau aje, patah tumbuh hilang berganti. PAS wujud dan masih kuat sampai kini.

    ReplyDelete
  22. Umno kata tsunami cina disebabkan 1Malaysia gagal menambah kemenangan kerusi parlimen dan dun.Ternyata BERSIH - ABU - ABCD - INI KALILAH telah berjaya dan diterima oleh rakyat yang inginkan perubahan.

    ReplyDelete
  23. Jika utamakan perjuangan peribadi maka akan kurang perjuangan untuk parti, jika lebih utamakan perjuangan untuk parti maka berkuranglah perjuangan untuk rakyat dan jika perjuangan itu untuk rakyat maka itulah perjuangan sebenarnya yang akan relevan dan dituntut rakyat yang memberi mandat.

    ReplyDelete
  24. Salam Pak Aspan..

    Jika beliau keluar parti ianya merupakan pengkhianat kepada mandat rakyat. Kadang2 mendengar orang politik bermain politik membuatkan saya kecewa dengan Orang politik mengunakan politik untuk kepentingan diri. Orang politik sememangnya celaka dan bersikap begitu, jika sekali pun beliau masuk UMNO ianya memang dianggap begitu kerana beliau lahir dari spesis UMNO..... pentingkan jawatan dan kuasa seolah2 kuasa itu milik beliau. Pasti ingat, yang memberi kuasa ialah undi rakyat.

    ReplyDelete
  25. Azmin ni kira peranannya main wayang ke atas DSAI UNTUK Mahdeyy macam Rais Yatim DAN Berahim Ali digabungkan sewaktu kedua2 mereka bersama Ku Li dalam Semangat 46.

    KAKI KENCING UNTUK MAHADEII SEMUANYA MEREKA BERTIGA NEH!!

    ReplyDelete

  26. 'dlm paper hari nie BN ajak DAP bergabung...keh keh..meroyan ke BN?' - Anon 21:21

    If DAP join BN, this will be the greatest betrayal of ordinary people who want change.

    If that happen, ordinary chinese will vote for PAS in particular and PKR.

    Ordinary people want good government, not fake political ' leaders' with self interest.

    ReplyDelete
  27. Membantu Rakyat

    Jangan kita sebok berdemo jer, dan asyik harap anwar seorang. Mari sebahagian kita
    yang lain pergi sendiri cara aman rayu 23 wakil Parlimen BN untuk letak jawatan dan
    keluar parti masuk pakatan. Kita calonkan dan menangkan mereka semula bawah pakatan
    pada pilihanraya kecil. Niat kita satu sahaja, agar mereka ikhlas bersama untuk
    menghentikan subsidi tahunan 74b pada beberapa kerat kroni. Tanpa perlu dibeli.
    Dan menjadikan giliran rakyat pula menerima subsidi 74b tersebut. Jika kroni
    terima 10 tahun, giliran kita juga 10 tahun, secara bergilir. Adil dan lebih cara aman. 74b dibahagi 30j rakyat sama dgn RM200/bln setiap rakyat. Jika takut
    rakyat jadi malas, maka selepas giliran kami, tamatkan sahaja samada untuk rakyat/kroni.

    ReplyDelete
  28. Azmin dah minta jadi MB dari 2008 lagi, Anwar tak nak bagi sebab suruh dia fokus kat parlimen.
    Sekarang bila tak dapat putrajaya dia nak tuntut jawatan MB balik.
    Dia lupa orang pangkah dia kerana Pakatan Rakyat BUKAN nama dia AZMIN ALI.

    ReplyDelete
  29. Pakatan membawa RAKYAT atau RAKYAT yang membawa Pakatan? adakah ini masalah politik atau masalah RAKYAT?

    ReplyDelete
  30. Assalamu'alaikum Aspan, Terbaca artikel you. Sila baca artikel di sini. http://sg.news.yahoo.com/blogs/singaporescene/cartoonist-arrest-stems-honest-discussion-race-pore-054829883.html

    ReplyDelete
  31. azmin.... ada DNA umno...

    ReplyDelete
  32. 2008 Azmin nak jadi MB tapi HaSAN Ali cakap dia yang lebeh layak jadi MB. Untuk jalan penyelesaian Khalid Ibrahim jadi MB.

    Bawah pimpinan Khalid, PR dapat 2/3 majority, satu mencapaian yang tidak diduga kerana Mohd Zin Commuter ckpa BN pasti dapat 2/3 kerusi.

    Nak jadi MB mesti dapat confidence of the majority. Azmin nak jadi MB dan bagitu juga Khalid. Majority memilih Khalid iaitu DAP dan Pas yg pegang 30 kerusi. Kalau semua Adun PKR nak kan Azmin, Khalid juga yg perlu jadi MB sebab ada confidence of majority Adun.

    Kita respect lah sikit.

    ReplyDelete
  33. although i do not know Azmin, but i do believe that he is not the kind of person who will betray the ppl trust. every party component have their good and bad. and there are also hantus who will try to manipulate and poison ppl mind to change their stand. in ur blog, i saw a few too.

    as long as "pr" do not stray away from their struggle and be colorblind, my vote will always be for them.

    ReplyDelete
  34. in a certain way, it is important to have a peaceful demo to voice out ur thoughts. kalau buat senyap, others will do as they please, and will keep stepping you down. kalau nak depend on medias and the current half-past six gomen, jangan nak di harapkan langsung! "pr" did walk the talk for the people. action do speak louder than words. many can talk, tapi action... tarak?

    ReplyDelete
  35. ---poli-tikus....-bela-ko......kuasa, jawatan, ringgit.....maka rakyat ditunggangi sehabis2nya....jijik....pr/ubn serupa saja....

    ReplyDelete
  36. mana boleh dibiarkan penipuan pru. kalau dibiar saja nescaya pada pru seterusnya perkara yg sama akan berlaku dan sampai kiamatlah bn akan memerintah malaysia walaupun dilain kali mereka cuma mendapat 20% undi popular misalnya.

    sebagai satu contoh, kejadian blackout sebenarnya sudah pernah beberapa kali berlaku pada pru lalu namun apabila tiada tindakan diambil maka taktik kotor ini tetap berlaku sekarang dan akan berlaku lagi kerana mereka yakin tiada tindakan dikenakan.

    saya masih ingat kejadian blackout berlaku pada pilihanraya negeri sarawak tahun 90an, ketika kiraan undi sedang berlangsung. kiraan undi bn yg ketinggalan tiba-tiba mencanak selepas kejadian blackout. peristiwa itu sudah menjadi "urban legend" bagi rakyat di kuching sarawak.

    ReplyDelete
  37. Azmin kalau nak berambus berambuslah. Ikut jejak org yg seumpama dgn org2 terdahulu . Saya yakin akan lahir pengantinya yg lebih baik. hal ini telah menjadi sunah Alam.

    ReplyDelete
  38. Anon 17.05

    Sombongnya bercakap. Macam orang tidak ada mak bapak kamu ni. Jgn berselindung di sebalik 'anonymous'. Tunjuk muka sikit. Cakap garang tapi menyorok. Dasar manusia bodoh mengaku pandai.

    ReplyDelete
  39. Azmin pengerak mengumpul bukti dan buat petisyen sementara DSAI pemangkin kepada bantahan rakyat.ada masaalah dengan tanggungjawab masing-masing.Siapa juga umno be end dimata PBB(UN).

    ReplyDelete
  40. Azmin tu baka umno.

    ReplyDelete
  41. Anon 17.05.

    saya bukan sombong tapi tak suka org yg bawa masalah dlm parti . contoh Nakhie keluar, Pas bertambah kuat. Hasan Ali keluar, Pas bertambah kuat. Ramai tokoh yg dah keluar Pkr bukti Pkr bertambah kuat , itu yg saya maksutkan kalau azmin ada agenda peribadi berambus cepat sebab Pru 14 lama lagi sempat biat correction.

    Ingat dalil bantuan Allah bersama Jamaah.

    ReplyDelete
  42. Bro Aspan, there is nothing wrong for being ambitious. It's wrong, if they "sell their soul to the devil" in achieving it.

    At the end, Azmin did the right thing.

    ReplyDelete
  43. MONEY, MONEY, MONEY ALWAYS FUNNY IN A GREEDY MAN WORLD. AZEMIN CAN ALSO TAKE ALONG ZURAIDAH. IF NOT FOR THE "UBAH SENTIMENT" PEOPLE IN AMPANG AND ULU KELANG WOULD NOT VOTE FOR BOTH OF THEM. TOW THE LINE PLEASE. ITS THE PARTY ABOVE PERSONAL DESIRES.

    ReplyDelete