23 June 2013

Dengarnya ada berita baik untuk negara, betul ke?

Waktu dan zaman berubah. Ia juga membawa perubahan kepada keadaan sesebuah negara termasuk politiknya sendiri. Negara kita tidak terkecuali dari melalui perubahan ini. Tidak mungkin keadaan sekarang mampu memberikan satu kerajaan yang benar-benar stabil dan berkesan.

Baik dari pihak kerajaan dan pembangkang, roh politik yang sebenarnya secocok dengan kehendak rakyat dan negara sudah tidak dapat di perkasakan lagi. Tidak mungkin kita akan mengalami satu keadaan yang pernah kita alami dahulu jika keadaan sekarang berterusan berlaku.

Ramai rakyat yang berfikir, dan ada juga pemimpin yang mencari jalan penyelesaian terhadap kecelaruan politik negara kita ini. Tentunya penyelesaian itu terbit dari pemikiran manusia yang insaf dan tekun mengamalkan introspeksi terhadap kecelaruan ini. Yang berfikir dengan bertanggungjawab akan sentiasa mencari kaedah untuk memperbaiki keadaan negara dan diri sendiri.

Di akhir-akhir ini ada kedengaran usaha beberapa pemimpin dikalangan ahli-ahli Parlimen yang tidak berpuas hati dengan keadaan yang ada sekarang ini dan formula baru nampaknya sudah mula bertunas. Samada ia akan berjaya dilakukan, itu juga adalah ketentuan dari Tuhan Maha Esa. Seperti biasa keresahan dikalangan pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli legislatif itu akan membawa perubahan dan gerak ini diharapkan adalah gerak yang diredhai Tuhan.

Kedengaran yang mereka bersungguh-sungguh mahukan perubahan ini dilakukan sekarang juga dan sambil itu melakukan transformasi yang sebenarnya yang diperlukan oleh negara dan rakyat. Jika gerakan ini menghasilkan perubahan kepada negara ia perlu mendapat sokongan semua pihak agar impian rakyat untuk hidup dalam ‘environment’ politik yang baru dan kesejukan siasah negara dapat dirasakan semua.

Kita mahukan sebuah negara baru, seperti yang selalu disebutkan oleh blog ini. Kita mahukan dasar yang baik perlaksanaannya. Kita mahukan imej rasuah yang tertempel kepada kerajaan hari ini dihapuskan dan ‘stigma’ BN itu rasuah, rasuah itu BN wajib dilenyapkan.

Imej ini tentulah datang bersama dengan manusia yang memimpinnya. Seperti yang blog ini selalu tekankan, tiada siapa dikalangan ahli-ahli kabinet sekarang berkemampuan untuk membawa perubahan ini kerana mereka semuanya terlibat dengan isu rasuah ini, setidak-tidaknya dalam erti kata ‘collective responsibility’ jemaah menteri itu.

Ia mesti dilakukan oleh pemimpn yang dipilih rakyat yang tidak terlibat bersama kabinet sekarang dalam semua keputusan ‘collective’ itu. Memilih gantian dari mereka yang berada dalam barisan kabinet dan MT UMNO sekarang ini tidak akan ada perubahannya. Selalu blog ini menyatakan dengan tegas yang mereka ini datang dari satu acuan yang sama.

Apabila kerajaan baru itu dipimpin oleh seorang yang tidak berada didalam kabinet yang mempunyai ‘stigma’ buruk itu, sekali gus imej dan pandangan serta persepsi rakyat itu akan berubah. Perubahan ini perlu dilakukan dengan kadar yang segera sebelum kita berpecah dan berbelah dalam semua hal kehidupan bernegara. Jika perubahan ini berlaku secara yang disebutkan dan dicadangkan ini maka kita agak pasti negara kita akan dipandang dengan lebih tinggi oleh masyarakat antarabangsa.

Jika Najib menjadi isunya sebagai Perdana Menteri yang terlemah ia tidak boleh diperbaiki. Tetapi beliau boleh mengubah imej serta persepsi rakyat terhadap beliau dengan mewariskan kepimpinan negara kepada seorang yang bertanggungjawab dan beramanah. Meninggalkan nama yang baik bukan semestinya melalui hasil kerja yang baik tetapi juga dengan memberikan tanggungjawab negara kepada orang yang lebih berkemampuan dari beliau itu juga adalah tindakan meninggalkan nama yang baik buat beiau.

Tindakan mengaku kelemahan dan memberikan kepimpinan negara kepada seorang yang berkebolehan untuk memperbaiki keadaan negara itu sendiri adalah pengorbanan yang sangat besar kepada rakyat dan negara. Tindakan itu juga adalah tindakan mulia demi untuk rakyat dan negara.

Beliau akan diingati oleh generasi yang akan datang sebagai seorang pemimpin yang berani melakukan tindakan untuk kebaikan dengan berkorban kepentingan peribadi beliau sendiri. Begitu juga kepada Muhyidin Yassin dan rakan-rakan kabinet yang lain. Mereka juga akan turut dikenang oleh generasi yang telah menyokong usaha rakyat untuk merubah dan menghindarkan negara dari terjerumus kedalam politik yang kacau bilau.

Jika berlaku perubahan ini, maka kita tidak lagi bersusah payah memikirkan tentang tindakan rakyat berhimpun ke sana ke mari sambil berbalas-balas tuduhan diantara pihak-pihak yang berbalah sekarang ini.

Saya tidak tahu sejauh mana kebenaran apa yang kita dengar itu. Tetapi jika Tengku Razaleigh lah orangnya yang disebut-sebut menjadi pilihan untuk diberikan tugas memperbaharui semangat negara dan demokrasi kita serta rakyatnya, ia merupakan berita yang amat memberangsangkan oleh banyak pihak dinegara ini.

Dari sudut psikologinya sahaja negara akan menganjakkan imej dan stigma negatif negara yang sedang kita alami sekarang ini kepada imej yang baru yang memberangsangkan. Apa yang sangat perlu bagi negara sekarang ialah lonjakan persepsi yang baik untuk memulakan kerja dan tanggungjawab mengtransformasikan negara dengan semangat baru dalam ‘ambience’ siasah yang baru.

Bermula dengan semangat yang baru dan suasana politik negara yang baru, maka mudahlah kita mengalihkan tumpuan rakyat yang sedang berbalah sesama sendiri di negara ini kepada penantian baru bagi mereka. Lantas lebih mudahlah rakyat bersatu serta memberikan sokongan kepada kerajaan baru dengan doa serta restu yang menyeluruh dari rakyat jelata. Suasana politik baru inilah faktur besar yang akan menyatukan rakyat yang sedang berbalah ini.

Dalam perjumpaan-perjumpaan saya dengan semua pihak setiap hari jelas apa yang kita dengar sekarang sudah terbina harapan menggunung yang sangat-sangat mereka tunggu dan nanti-nantikan, iaitu sebuah negara yang bersemangat baru.

Blog ini bersama yang ramai dibawah ini amat teruja untuk menulis lagi tentang isu ini lagi dalam posting-posting yang akan datang. Kerana apa blog ini teruja untuk menulisnya? Kerana nama yang disebut-sebut itu adalah nama yang sangat cocok dengan keperluan negara yang inginkan pembaharuan itu.

Tengku Razaleigh merupakan seorang ahli politik yang veteran disamping seorang teknokrat dan 'planner' pembangunan yang telah meletakkan asas ekonomi negara dizaman kegemilangan beliau. Hanya politik dalaman UMNO semasa itu yang telah mengenepikan beliau dari arus perdana politik negara. Beliau dikenali diperingkat antarabangsa dan pernah mempengerusikan setidak-tidak tiga institusi kewangan antarabangsa yang berbeza fungsinya dalam satu masa yang sama.

Diantaranya ialah Bank Dunia yang beribu Pejabat di Washington, Bank Pembangunan Islam yang beribu Pejabat di Jeddah serta Bank Pembangunan Asia yang beribu Pejabat di Manila. Hanya politik dalaman UMNO sahaja yang menyebabkan beliau diketepikan sejak tiga puluh tahun dahulu sehinggalah sekarang.

Teruja pula blog ini untuk menulis tentang pemimpin yang sedang menjadi sebutan ramai sekarang ini. Insyaallah, kita berjumpa lagi

30 comments:

  1. Bila lagi? Ini waktu terbaik untuk perubahan itu. Tepat orangnya yang akan menerajui negara. Sayang seribu kali sayang takut hasrat ini tidak kecapaian. Kerana yang berkuasa membuat perubahan itu ada yang matahatinya BUTA dan ada yang CELEK. Ada yang bodoh dan ada yang cerdik.Ada yang berpoket besar dan yang berperut buncit.

    Tepok dada tanya selera bah...

    ReplyDelete
  2. Pak Aspan...saya tidak fikir perkara ini akan berlaku. Umno Bn dikelilingi oleh golongan kapitalis2 yg mendahului wang ringgit berbanding rakyat. Kapitalis2 ini atau taikun2 kroni pasti jatuh sekiranya bertukar kepimpinan.

    ReplyDelete
  3. Tn Haji, Jika benar ini lah masanya bagi negara mahu melihat politik yang berbeza. Kiat tunggu dan dan menunggu apa yg didengar itu mnjadi kenyataan.

    ReplyDelete
  4. Semoga perubahan wujud sebenarnya.

    Negara kita amat memerlukan arus baru kearah kepimpinan bersih demi masa depan generasi muda.

    Agar masa depan mereka cerah. Bukan gelap saperti sekarang.

    ReplyDelete
  5. TR, the best PM Malaysian is yet to have..

    ReplyDelete

  6. AA...saya sgt bergembira jika berlaku apa yang anda sebutkan ini. Saya berdoa bro. Saya berdoa dan beroa..agar ia menjadi kenyataan.


    serkam

    ReplyDelete

  7. I woke up this morning just to hear this great news sir.
    It has been my long time prayer and if truly happens....GOD has answered all my prayer.

    KC Chong

    ReplyDelete
  8. Bagi TR diankat mertbatnya beliau harus menjad Pesiden UMNO atau PR berjaya di PRU 13 dan melantik TR sevagai kompromi.

    Message Aspan saya faham kerana tuan adalah serpihan S46.Buat masa sekarang gandingan Najib dan Mohyiddin amat mantap bagi UMNO.

    Sayang semuanya sudah terlambat- (Lagu Shidee).Time is running out for him.Will he be accepted by many ?.You tell me.

    ReplyDelete

  9. Scotsman,

    Never mind if he comes from whichever serpihan party. BUT his personal integrity and capacity as a politician and technocrat surpasses all others.

    Najib and Muhyiddin are good pair for Umno but bad for the people and the ordinary folks like me and others down here.

    Taking TR is a real and a great move for good reconciliation for everyone Malaysian. That's it.

    Englishman

    ReplyDelete
  10. Sdra Aspan,
    Saya membaca tulisan sdra, dan saya dapat rasakan sdara menulis luahan ini dari satu pengharapan yang amat tinggi,,,begitulah jua tingginya harapan saya dan kalangan rakyat yang tersedar dengan keadaan senario politik tanahair masakini.

    Satu kaedah penyelesaian mesti dan wajib diadakan untuk mengakhiri nasib duka nestapa rakyat jelata,,yang terhimpit dan merasai kepedihan bila dua 'gajah' berlawanan yang tiada kesudahan dan titik nokhtah pengakhiran nya.

    Kami rakyat jelata ingin bergerak kedepan bangkit dari lamunan,,kami tersedar dan sudah bosan dengan polemik politik kini ..Sedarlah rakyat semua dan pemimpin pembangkang semua,,bahawa kita tidak akan dapat merubah negara kita melalui jalanan. Negara kita sebuah negara berpelembagaan dan suara suara teriakan kita mahupun gegak gempita suara rakyat marhaen akan ditelan angin yang berjerebu waktu ini,,manakala pemimpin kerajaan pula akan berketawa dan tersenyum dalam mahligai mereka dengan tindaklaku perangai bodoh kita...

    Asas negara kita ialah kepimpinan Melayu dan takkan sama dengan kepimpinan bangsa Arab..Negara khatulistiwa kita hanya ada satu musim sahaja dan 'apa apa spring' atau 'surprise'sekalipun tak mungkin akan berlaku
    di bumi bernama Malaysia ini.Jiwa bangsa dan budibahasa masyarakat MelayuIslam kita berbeda dan semua bangsa mengakuinya.

    Jadi hanya ada satu saja caranya ..Saya amat bersetuju dengan Sdra Aspan bahwa hanya Ahli ahli legislatif sahaja yang mampu mengubah negara kita sekarang ini dan cadangan agar Tengku Razaleigh
    menerajui perubahan ini amat lah wajar sekali...Kita harap semua ahli ahli pembangkang dari DAP, PAS dan PKR akan menyokong sebarang usaha untuk melonjakkan TR sebagai pemimpin negara "Malaysia Baru" dan seterusnya menyelesaikan kemelut politik Malaysia yang 'terbantut' sekarang ini.

    Maaflah kalau saya katakan Sdra Anwar biarlah mengambil langkah setapak kebelakang dulu, berilah sokongan pada TR dulu buat sementara waktu,,,bila ombak dan badai gelombang sudah reda bersedialah untuk menjadi pengganti nakhoda negara.Saranan ini adalah untuk kebaikkan semua rakyat jelata.

    ReplyDelete
  11. Salam. Sudah tiba masanya YM Ku Li diangkat kembali ke tempat sepatutnya. Teruskan usaha moga jaya. Mohon Tuan Aspan kembali ke pangkuan UMNO dan gerakkan usaha ini. Harap Aspan tak kecewakan kami lagi dengan terus-terusan berada dalam DAP. Kemasukan Tuan Aspan dan Datuk Arif sebenarnya merobek kami yang setia dengan UMNO.

    Pegawai Pencen

    ReplyDelete
  12. salam Tn AA,banyak yang pentingkan tembolok,pangkat & kuasa ,sikit sangat fikir kerana Allah ! Moga kuat iman-iman ahli parlimen Malaysia! ABU jangan lupa !

    ReplyDelete

  13. There was a great opportunity to put the country on the right path for recovery in the last election to protect the best interest of ordinary people.

    But it was stolen and now you got to bear with 'them' for another 5 years in the hope no further loss or damage, forget about progress, is done to the country.

    A lot of time is being lost trying to sort out the 'mess'....there is no quick fix.



    ReplyDelete
  14. Jika tengku razalie menjadi pm..ibarat sireh pulang ke ganggang..kerana penipuan yg dilakukan oleh mahadey kutty dlm pemilihan presedin umno dulu...walaupun tengku razalie nampak semakin tua dan tidak bermaya..apa yang hak harus di kembalikan...

    ReplyDelete

  15. Anon 15.01, We need a person who can do correction hoe ever old that leader is. TR is still young compared to many of us now. He still has complete a complete set of teeth, unlike some of us us who having teeth missing here and there.

    He is still in the best of health whereas some of us have undergone heart surgeries and of sort.

    Some of the current leaders are having diabetes whereas TR as I have known him does not have any problem with diseases of that kind.

    many of us have internal organs which are older than our physics and that make us all old.

    So you can continue on....and on...

    ReplyDelete
  16. Saudara Aspan,
    Untuk mewujudkan sebuah negara baru,kita amat memerlukan pimpinan yang mempunyai intergriti yang tinggi dan peribadi sahsiah yang agak sempurna.

    Tengku Razaleigh agak menepati ciri ciri tersebut. Harapnya dalam proses pertukaran kuasa yang InsyAllah akan berlaku nanti, para pemimpin yang terlibat jangan mudah terpengaruh dengan kuasa wang.

    Wangringgit boleh membeli segalanya, tetapi tahukah para pemimpin sekelian,,,bahwa harga yang akan dibayar oleh generasi dan anak cucu kita di zaman yang akan datang??Mungkin tak terbayar selamanya jika negara dah jatuh bangkrap atau menjadi huruhara seperti negara Syria. Jadi sebelum para pemimpin di beli oleh wang rinngit, fikirkanlah dulu akan nasib anakbangsa dizaman yang akan datang.Jangan kita menjadi seperti pepatah Melayu "menang sorak ,kampong tergadai".

    Wang boleh dijualbeli dan membeli segalanya didunia ini tapi sanggupkan para pemimpin dan ahli legislatif mempergadaikan harga diri dan anak cucu sendiri untuk keseronokkan dan kemegahan bersifat peribadi sahaja.

    Fikir fikirkanlah sebelum berurusan dalam jual beli mainan politik.Harap Anwar dan seluruh ahli legislatif pebangkang sebulat hati menyokong Tengku Razaleigh sebagai pemimpin "Malayia berwajah baru" yang kita semua impikan selama ini.

    ReplyDelete

  17. Umno ini parti kartun. Pak Lah terpaksa berhenti kerana hanya mendapat140 kerusi untuk BN dalam pilihanraya umum 2008.

    Najib mendapat lebih rendah, tapi diminta kekal oleh Umno. Kalau dah kartun itu kartun juga.

    rahim zain

    ReplyDelete
  18. Sdra Aspan,
    Kami rakyat marhaen memohon kepada semua pemimpin yang menjadi ahli legislatif supaya bertekad memimpin negara untuk keluar dari kemelut krisis politik yang dihadapi negara sekarang ini.

    Fikirkanlah masadepan negara yang lebih aman,makmur dan kemewahan untuk semua rayat jelata. Elakkan dari berfikir untuk kemewahan peribadi dan kroni.

    Tekadkan hati dan bulatkan semangat
    untuk mewujudkan sebuah "Malaysia berwajah Baru". Sokonglah dan lonjakkanlah Tengku Razaleigh sebagai pemimpin baru sebuah negara
    Malaysia Baru.

    Kami rakyat jelata medoakan agar sebuah negara Malaysia Baru dapat diwujudkan dalam waktu yang terdekat.Tak sanggup kami menunggu lima tahun lagi, hidup kami rakyat jelata amat tersiksa sekarang ini dengan berbagai kos naik, harga barang naik, kos kehidupan naik, semuanya gara gara memilih BN sebagai teraju negara. Dan sememamgnya BN terpaksa mengganti semula wang yang telah terpakai semasa PRU13 baru baru ini dan membayarbalik kos kempen semasa PRU. Inilah bahananya politik yang diwarisi dari zaman ....THIR.

    Impikanlah sebuah negara "Malaysia Baru". Keluarkanlah negara kita dari berpenyakit ideologi "mahathirism".

    ReplyDelete
  19. si perssuah n penzalim tu klu suka nak kekalkan sikap rasuah n zalim n menipu juga carilah dunia lain yang bukan kepunyaan Allah swt.

    ReplyDelete

  20. This founder of Petronas, TR should be allowed to take the helm of the nation. It is very necessary to bring out the country from political and economic chaos. Stop politicking among leaders and let us all agree to admit that he's the only leader with the soul of of real democrat and a planner for better future for all of us. It has o be done instantaneously as time is running out.

    ReplyDelete
  21. Dear AA,
    Agree with you Tengku Razaleigh is our only option left. A man with high integrity and a man that have no personal interest apart from serving the nation.

    He himself already hold high in the society, have nothing "worldly life" to chase at his current age.

    He is the best politician around to lead our nation to a greater height.

    Come on Tengku, lead us...To all politicain and legislative members being from DAP, PAS , PKR and all other parties from Sabah and Sarawak, kindly please support TR
    to lead our nation. There is no other way out to bring our current political despair to a political stability.

    ReplyDelete
  22. Malaysia la ni dipimpin oleh bekas Pegawai Khas kepada bekas Pengerusi Petronas pertama, YBM Tengku Razalie. TPM yang ada la ni adalah bekas Timbalan Menteri MITI semasa Tengku Razalie jadi Menteri MITI..

    Abih mcm mana depa boleh kata Tengku Li tak layak? Kalau Tengku Li tak layak, depa 2 org ni lg tak layak..

    ReplyDelete

  23. Times magazine used to write about TR, 'if this prince was a bit less gentleman, he would have been the Prime Minister long time ago'.

    ReplyDelete

  24. TR has the highest level of capability to be the PM of Malaysia especially at this moment in time. He was crafted to by the leadership of those days to be the PM of this country. Don't waste the opportunity for us to have the country having this prince to be the PM of Malaysia. Everyone from every religion and faith is due to do continuous prayer for us to have this golden opportunity that is just in front of us now.

    ReplyDelete
  25. But Anwar DEGIL.....want PM....insisting he got more MP than Ku Li gang???....Beginilah Malaysia UMNO TERUS MENGHAMBAKAN Malaysia.....

    We need people who are humble and do a deal to ABU UMNO...Whatever it takes....yet there are hidden agenda....


    Meanwhile don't ever think UMNO-BN is NOT working in the background on some PKR or DAP or PAS katak in case Ku Li makes a move of no confidence..... TERUSKAN OCCUPY...sebab ini UNUTK MALAYSIA BARU!!...

    ReplyDelete
  26. Salam semua,

    1.Saya berpendapat kecelaruan yang berlaku sekarang adalah hasil dari kegagalan Anwar memenangi PRU 13.

    2.Kita telah memilih kerajaan BN kali ini mka hormatilah keputusan ini.

    3.Nama TR pernah disebut sebelum pilihanraya bagi menggantikan Anwar sebagai alternatif.Sahingga hari ini ianya hanya tinggal sebutan sahaja.Keberangkaliannya dan kemungkinannya ia berlaku terletak akhirnya ditangan ahli ahli dan perwakilan UMNO bukan dari pihak pembangkang.Jawapannya kita semua pasti tahu.


    4 Perhimpunan Haram Blackout 505 last saturday was a FAILURE.Husam pula mula bercelaru difikiran.Apa sudah jadi dengan mereka ini ?.

    Terima kasih .

    ReplyDelete
  27. Rasanya PR tak jadik masalah kot kalau TR jadik PM... asalkan pembaharuan iklim politik Malaysia berjalan secara telus,mulus,kudus dan tulus... di mana campurtangan Banglisia (bangla malaysia) atau malingsia (myanmar malaysia ) atau Indon malaysia dihapuskan. biarlah pemimpin@kerajaan malaysia dipilih oleh rakyatnya yang sah... bukannya Pendatang Haramjadah seperti yang bersepah di Sabah hasil kerajaan UMNO/BN dulu. TR jalan betul... kita sokong. Kalau saling tak tumpah mcm pemimpin UMNO sekarang, tak salah rasanya jika rakyat bukan sahaja turun ke jalanraya tapi menggunakan apa juga 'raya' untuk menentang kebatilan!!!

    ReplyDelete
  28. 1.Politik Malaysia tidak dapat dipisahkan dengan sentimen perkauman.Jika bangsa cina ada masalah tidak semestinya pimpinan meletak seorang yang berbangsa cina untuk menyelesaikan permasalahan bangsa cina tersebut dan begitulah sebaliknya.

    2. Manifesto umpama seperti tajuk sebuah buku, tiada tajuk tiadalah makna buku tersebut dan pada masa yang sama kita semua mengetahui bahawa isi kandungan buku adalah suatu lebih penting daripada tajuk buku tersebut.Tetapi pemikiran orang Malaysia lebih terarah kepada menilai sesuatu buku melalui pandangan orang lain daripada menilai sesuatu buku melalui tajuknya dan sebenarnya yang terbaik, kita sendirilah yang menilai nilai sesebuah buku kerana kandungannya.

    3."Sudah terhantuk baru terngadah" adalah satu peribahasa yang amat sesuai sekali untuk mengambarkan sejarah politik Malaysia dan ianya umpama peribahasa yang mampu menjadi mesin masa yang boleh meramal kejadian pada masa hadapan.Ringkasnya selagi belum bangkrap bolehlah kita setiap masa berbelanja sakan RM1000 walaupun gaji kita cuma RM2000 dan bolehlah menipu sesiapa saja selagi kita berdaya untuk menipu.Biarlah kita beramai-ramai menjadi ahli sebuah parti politik daripada menjadi salah seorang yang rajin berfikir halatuju perjuangan parti yang kita anggotai.

    - Scorpion terbang.

    ReplyDelete
  29. Mungkin satu refererandum patut diadakan untuk Rakyat memilih PM yang Rakyat hendak, dan bukan hanya oleh kira-kira 150,000 ahli sebuah parti sahaja.

    ReplyDelete
  30. Kampong man buat komen mudah lagi ringkas macam orang kampong yan tak sekolah dan buta huruf

    ReplyDelete